BAB III GAMBARAN UMUM PEGADAIAN SYARIAH DEWI SARTIKA. Dalam bab ini, penulis akan menjelaskan sejarah ringkas penubuhan Institusi Pegadaian

dokumen-dokumen yang mirip
BAB III OBJEK PENELITIAN : PERUM PEGADAIAN PUSAT. Alamat : Jalan Kramat Raya No. 162 Jakarta Pusat Fax : (021) ,

BAB II GAMBARAN UMUM PERUSAHAAN

BAB II PROFIL PT. PEGADAIAN (PERSERO) KANWIL I MEDAN. A. Sejarah Ringkas Perusahaan PT. Pegadaian (Persero) Kanwil I Medan

BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang

BAB II GAMBARAN UMUM LOKASI PENELITIAN

BAB II GAMBARAN UMUM PERUSAHAAN. dengan harta gerak dengan jaminan sistem gadai sehingga bank ini pada

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam

BAB II GAMBARAN UMUM PERUSAHAAN

BAB III GAMBARAN UMUM PEGADAIAN SYARIAH KENDAL

BAB III GAMBARAN UMUM OBJEK DAN HASIL PENELITIAN

BANK DAN LEMBAGA KEUANGAN LAIN Page 127

BAB II GAMBARAN UMUM LOKASI PENELITIAN. sistem gadai. Lembaga ini pertama kali didirikan di Batavia tanggal 20 Agustus Pada

BAB III OBJEK DAN METODA PENELITIAN

BAB II TINJAUAN UMUM TENTANG PT. PEGADAIAN. sejarah pegadaian di indonesia, berasal dari Bank Van Leening zaman VOC. 1 Pada

BAB II PROFIL PERUSAHAAN. Vereenigde Oostindische Compagnie atau VOC mendirikan Bank Van Leening

BAB I PENDAHULUAN. perusahann. Tumbuh dan berkembangnya perusahaan sangat tergantung

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

BAB II GAMBARAN UMUM PEGADAIAN SYARIAH CABANG HR. SOEBRANTAS PEKANBARU

BAB II GAMBARAN UMUM

BAB II GAMBARAN UMUM PT. PEGADAIAN(PERSERO) CABANG PERAWANG JALAN RAYA PERAWANG KM. 5. Belanda (VOC) yaitu pada sekitar abad ke-19.

BAB I PENDAHULUAN. melalui PT. Pegadaian. Kistyarini (Kompas, 2011:11) menuliskan bahwa masyarakat

BAB III LAPORAN PENELITIAN. A. Gambaran Umum Perum Pegadaian Syari ah Cabang Bandar Lampung

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang. Perkembangan perekonomian yang semakin kompleks membutuhkan

BAB III METODOLOGI PENELITIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang Masalah. Pengembangan Sumber daya manusia dalam berbagai bidang usaha

BAB III LAPORAN HASIL PENELITIAN

I. PENDAHULUAN. merupakan beban yang amat berat dirasakan oleh sebagian warga masyarakat.

BAB II GAMBARAN UMUM PERUSAHAAN. A. Sejarah Singkat Pegadaian Syariah Cabang Subrantas

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

BAB III PROFIL PEGADAIAN SYARIAH DI PEKALONGAN. A. Gambaran Umum Objek Penelitian (Pegadaian Syari ah Di

BAB II KAJIA PUSTAKA DA KERA GKA PEMIKIRA

BAB IV PEMBAHASAN HASIL PENELITIAN. pada tanggal 20 Agustus Belanda ( ), Bank Van Leening milik pemerintah Belada

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

BAB III METODE PENELITIAN. Salemba, beralamatkan di Jl. Salemba Raya No. 2 Jakarta Pusat

Financial Check List. Definisi Pegadaian. Mengapa Masayrakat Perlu Menggunakan Jasa Pegadaian? Kapan Masyarakat. Menggunakan Jasa. Pegadaian?

BAB II GAMBARAN UMUM. praktekan di wilayah-wilayah Eropa lainnya misalnya Inggris dan Belanda.

EKONOMI ISLAM. 2. Konsep Penguasaan - Manusia bebas bergerak seluas2nya dlm garis panduan yg disediakan oleh Allah

BAB III METODE PENELITIAN

BAB V PENUTUP. bertanggung jawab, saling bekerja sama dan saling melindungi dalam kegiatankegiatan

BAB II GAMBARAN UMUM PERUSAHAAN. Pegadaian berdiri pada tanggal 20 Agustus 1746 di Batavia (sekarang

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

BAB II GAMBARAN UMUM LOKASI PENELITIAN. (VOC) mendirikan BANK VAN LEENING yaitu lembaga keuangan yang

BAB III GAMBARAN UMUM PERUSAHAAN DAN PEMBAHASAN. Perum Pegadaian merupakan salah satu lembaga keuangan bukan bank

BAB II PROFIL PERUSAHAAN

PEGADAIAN ATA 2014/2015 M3/IT /NICKY/

Latar Belakang/Sejarah

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BAB III ANALISA MASALAH DAN PEMBAHASAN

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

BAB IV HASIL PENELITIAN DAN PEMBAHASAN. Pegadaian (Persero) Cabang Gorontalo Selatan termasuk dalam sejumlah

A. Sejarah Ringkas PT. Pegadaian (Persero) Kanwil 1 Medan

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

MODEL E_MURABAHAH (ASAS) UNTUK INSTITUSI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM MALAYSIA* oleh DR NOOR INAYAH YAAKUB** MOHAMAD RIZAL ABDUL RAHMAN***

BAB I PENDAHULUAN. modern ini, merupakan beban yang amat berat dirasakan oleh sebagian warga. sakit dan biaya untuk mengadakan kegiatan usaha lainnya.

BAB III STRATEGI PEMASARAN PRODUK GADAI (AR-RAHN) DAN MINAT NASABAH PADA PEGADAIAN SYARIAH CABANG BLAURAN SURABAYA

BAB I PENDAHULUAN. dengan istilah pembiayaan yang dilakukan oleh Lembaga Keuangan Syari ah baik

BAB II PROFIL PERUSAHAAN. Vereenigde Oostindische Compagnie atau VOC mendirikan Bank Van Leening

BAB III APLIKASI AKAD MURA<BAH{AH SEBAGAI PEMBIAYAAN KEPEMILIKAN LOGAM MULIA \ PADA PEGADAIAN SYARIAH UNIT KETINTANG SURABAYA

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

BAB 1 PENDAHULUAN. melalui mekanisme pengadaan barang pemerintah, Diantaranya. penyediaan infrastuktur telekomunikasi, maupun barang-barang keperluan

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Kartika dan Nur, Analisis Penerapan Akuntansi Gadai Syariah (Rahn) Pada Pegadaian Syariah Cabang Jember

Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya Pegadaian

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

BAB I PENDAHULUAN. Pelembagaan Bisnis gadai pertama kali di Indonesia sejak Gubernur

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 3 ANALISIS SISTEM INFORMASI AKUNTANSI REVENUE CYCLE

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Model Pengurusan Strategik

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

BAB 1 PENDAHULUAN. yang semakin canggih sangat berpengaruh bagi sebuah perusahaan. Persaingan

AR-RAHNU SEBAGAI SUMBER PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT: AMALAN PENYEDIA PERKHIDMATAN RINGKASAN EKSEKUTIF

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi akad mudarabah dalam operasi

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

ATURAN PAJAKGADAI (AR-RAHN) KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

BAB III PERUM PEGADAIAN. berdirinya, Pegadaian didirikan oleh Pemerintah Hindia-Belanda pada. Beberapa tahap lahirnya Pegadaian sampai dengan sekarang

Institusi terulung dalam sejarah Islam dan bertindak sebagai Perbendaharaan Negara Dikenali juga dengan nama Kementerian Kewangan pada masa kini.

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

NOTIS MAKLUMAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM BERKAITAN BAJET 2018

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

I. PENDAHULUAN. Dalam rangka menyelenggarakan pemerintahan, pelayanan masyarakat dan

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

BAB II PROFIL PT. PEGADAIAN (PERSERO) KANWIL I MEDAN

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAB III METODE PENULISAN. saat itu usaha pegadaian mengalami beberapa perubahan sejalan dengan

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Transkripsi:

BAB III GAMBARAN UMUM PEGADAIAN SYARIAH DEWI SARTIKA 3.1. Pengenalan Dalam bab ini, penulis akan menjelaskan sejarah ringkas penubuhan Institusi Pegadaian di Indonesia, iaitu yang bermula dari masa penjajahan Belanda hingga masa sekarang. Penulis juga akan menjelaskan produk apa sahaja yang ditawarkan oleh institusi Pegadaian di Indonesia. Selain itu, sejarah penubuhan Pegadaian Syariah Dewi Sartika juga akan didedahkan secara ringkas pada bab ini, sama ada dari landasan hukum, visi dan misi, budaya syarikat, struktur organisasi, maupun produk-produk yang ditawarkan oleh Pegadaian Syariah Dewi Sartika. 3.2. Sejarah Ringkas Pegadaian di Indonesia 3.2.1. Pegadaian Masa Pemerintahan Belanda (1746-1811) 97 Sejarah Pegadaian bermula pada saat Pemerintahan Belanda dengan menubuhkan Bank Van Leening, iaitu institusi kewangan yang memberikan kredit dengan sistem gadaian, institusi ini pertama kali ditubuhkan di Batavia 98 pada tarikh 20 Ogos 1746. 97 Pegadaian Dari Masa ke Masa,laman sesawang Pegadaian, dicapai Ogos 2012. http://www.pegadaian.co.id/. 98 Batavia adalah Bandar Jakarta pada masa penjajahan belanda. Sebelum datangnya Belanda ke Indonesia, Bandar tersebut bernama Jayakarta, lalu diubah oleh Belanda menjadi Batavia. Lalu pada masa Pemerintahan Jepun (1942) nama Bandar tersebut diubah lagi menjadi Jakarta sampai saat ini. Lihat di sejarah Jakarta, laman sesawang Jakarta, dicapai 07 Ogos 2012, http://www.jakarta.go.id/web/news/1970/01/sejarah-jakarta.

3.2.2. Pegadaian Masa Pemerintahan British (1811-1816) 99 Ketika British mengambil alih kuasa Indonesia dari pihak Belanda, Bank Van Leening milik pemerintah dibubarkan dan masyarakat diberi kuasa untuk menubuhkan syarikat pengadaian dengan syarat mesti mendapat lesen dari Pemerintah Daerah (PD) tempatan. Namun aturan tersebut berimpak buruk, pemegang lesen menjalankan amalan rentenir atau tukang riba yang dirasa kurang menguntungkan pemerintah British yang berkuasa pada masa itu. Oleh kerana itu, penubuhan pengadaian diberikan kepada umum yang mampu membayarkan pajak yang tinggi kepada pemerintah. 3.2.3. Pegadaian Masa Pemerintahan Belanda II (1816-1942) 100 Pada saat Belanda berkuasa di Indonesia untuk kali kedua, aturan yang diterapkan Pemerintah British ke atas pegadaian tetap dipertahankan dan menimbulkan impak yang sama di mana pemegang hak ternyata banyak melakukan penyelewengan dalam menjalankan perniagaan. Selanjutnya pemerintah Hindia Belanda mengkaji kembali tentang pegadaian, cadangan yang dikemukakan adalah sebaiknya aktiviti pegadaian diurus oleh pemerintah agar dapat memberikan perlindungan dan manfaat yang lebih besar bagi masyarakat. Berdasarkan hasil penelitian tersebut, pemerintah Hindia Belanda mengeluarkan peraturan nombor 131 tarikh 12 Mac 1901 yang menetapkan bahawa aktiviti Pegadaian merupakan monopoli Pemerintah dan tarikh 1 April 1901 ditubuhkan Pegadaian Negara pertama di Sukabumi (Jawa Barat), selanjutnya setiap tarikh 1 April diperingati sebagai hari ulang tahun Pegadaian Indonesia. 99 Pegadaian Dari Masa ke Masa,laman sesawang Pegadaian, dicapai Ogos 2012. http://www.pegadaian.co.id/. 100 Ibid.

3.2.4. Pegadaian Masa Pemerintahan Jepun (1942-1965) 101 Pada masa Jepun berkuasa di Indonesia, bangunan pejabat pusat Pegadaian yang beralamat di Jalan Kramat Raya 162 dijadikan tempat tawanan perang dan Jabatan Pusat Pegadaian dipindahkan ke Jalan Kramat Raya 132. Tidak banyak perubahan yang berlaku pada masa Jepun memerintah Negara Indonesia, sama ada dari sisi polisi mahupun struktur organisasi jawatan pegadaian. Pegadaian dalam Bahasa Jepun disebut Sitji Eigeikyuku, Pegadaian diketuai oleh orang Jepun yang bernama Ohno- San dengan naib orang peribumi yang bernama M. Saubari. 3.2.5. Pegadaian Masa Kemerdekaan Republik Indonesia 102 Dalam masa ini Pegadaian sudah beberapa kali berubah status, iaitu sebagai Syarikat Negara semenjak 1 Januari 1961, kemudian mengikut Peraturan Pemerintah (PP) Nombor 7/1969 menjadi Syarikat Jawatan, selanjutnya mengikut Peraturan Pemerintah (PP) Nombor 10/1990 (yang diperbaharui dengan PP Nombor 103/2000) berubah lagi menjadi Perusahaan Umum (Syarikat Am) hingga sekarang. 3.3. Produk-Produk Pegadaian Dalam operasi Pegadaian di Indonesia, ada beberapa produk yang ditawarkan, iaitu: 103 a) Perkhidmatan Gadai KCA ( Kredit Cepat dan Aman), iaitu kredit dengan sistem gadai yang diberikan untuk semua golongan pelanggan, sama ada untuk keperluan penggunaan maupun untuk keperluan produktif. 101 Ibid. 102 Ibid. 103 Produk Pegadaian, laman sesawang Pegadaian, dicapai Ogos 2012, www.pegadaian.co.id.

b) Perkhidmatan Emas GALERI 24, iaitu Perkhidmatan penjualan logam mulia kepada masyarakat secara tunai atau ansuran dengan proses cepat dan dalam jangka waktu yang fleksibel. c) Perkhidmatan Fidusia 1. KREASI (Kredit Ansuran Sistem Fidusia), iaitu pinjaman ansuran bulanan yang diberikan kepada Usaha/Perniagaan Mikro Kecil dan Menengah (UMKM) untuk pengembangan perniagaan dengan sistem fidusia. Fidusia bererti jaminan untuk pinjaman hanya dengan Bukti Pemilikan Kenderaan Bermotor (BPKB) sehingga kenderaan masih boleh digunakan untuk urusan niaga. 2. KRASIDA (Kredit Ansuran Dengan Sistem Gadai), iaitu iaitu pinjaman ansuran bulanan yang diberikan kepada Usaha/Perniagaan Mikro Kecil dan Menengah (UMKM) untuk pengembangan perniagaan dengan sistem gadaian. 3. KRISTA (Kredit Usaha Rumah Tangga), iaitu kredit yang diberikan kepada para wanita peniaga yang tergabung dalam kumpulan untuk pengembangan perniagaan dengan sistem tanggung bersama. d) Perkhidmatan Lainnya 1. KUCACI (Kiriman Wang Cara Instan, Cepat dan Aman), iaitu Perkhidmatan penghantaran dan penerimaan wang dari dalam dan luar negeri dengan kos kompetitif yang bekerjasama dengan Western Union. 2. Perkhidmatan Simpanan, iaitu perkhidmatan kepada pelanggan yang ingin menyimpan barang berharga miliknya, seperti emas, berlian, surat

berharga, maupun kenderaan dengan kos murah. Dalam perbankan perkhidmatan ini dikenal dengan safe deposit box 3. Perkhidmatan Taksiran, iaitu bentuk perkhidmatan kepada masyarakat yang ingin mengetahui kualiti daripada harta perhiasan emas, berlian dan batu permata, sama ada untuk keperluan pelaburan ataupun untuk keperluan perniagaan. 4. Kresna, iaitu kredit (pinjaman) ansuran bulanan yang ditawarkan bagi pejabat Pegadaian yang telah memiliki pendapatan tetap. 5. Langen Palikrama, iaitu auditorium yang diurus oleh pegadaian untuk disewa kepada masyarakat yang ingin menggunakan untuk keperluan berbagai acara. 6. INVESTA (Investasi Harta Berharga Milik Anda), iaitu pinjaman dengan sistem gadaian yang diberikan bagi pelanggan sama ada individu atau institusi dalam jangka waktu tertentu dengan jaminan berupa saham yang diakui dan dijualbelikan di Bursa Efek Indonesia serta Obligasi. 7. KREMADA (Kredit Perumahan Rakyat), iaitu pinjaman (kredit) yang diberikan untuk masyarakat yang mempunyai pendapatan rendah (kurang daripada IDR 2.000.000) untuk tujuan renovasi dan pembangunan rumah. 8. KAGUM (Kredit Aneka Guna Untuk Umum), iaitu kredit (pinjaman) ansuran bulanan dengan sistem fidusia yang ditawarkan bagi kaki tangan suatu institusi yang sudah memiliki pendapatan. Perkhidmatan ini boleh didapati di syarikat atau institusi yang telah menjalin kerjasama dengan Pegadaian. 9. G-lab, iaitu perkhidmatan untuk mengetahui keaslian dan kualiti batu permata serta sijil batu permata tersebut.

3.4. Pegadaian Syariah Dewi Sartika Jakarta 3.4.1. Sejarah Ringkas Penubuhan Pegadaian Syariah Dewi Sartika Jakarta Melihat semakin berkembangnya minat masyarakat terhadap produk Syariah, dan juga PERUM Pegadaian melihat ada peluang untuk melaksanakan amalan gadaian yang selari dengan Syariah, maka PERUM Pegadaian mengadakan kerjasama dengan PT. Bank Muamalat Indonesia (BMI) dalam mengupayakan pelaksanaan amalan gadaian yang selari dengan Syariah, maka pada bulan Mei 2002 telah ditandatangani sebuah kerjasama antara kedua-dua pihak bagi menubuhkan gadai Syariah. PERUM Pegadaian sebagai pelaksana manakala Bank Muamalat Indonesia sebagai pihak yang memberikan dana. 104 Selain alasan diatas, terdapat pula beberapa alasan lain mengapa amalan pegadaian berdasarkan Syariah perlu ditubuhkan, iaitu: 1 1. Ada keinginan masyarakat Islam untuk bertransaksi secara islami. 2. Undang-undang membolehkan adanya Rahn. 3. Pegadaian ditengah masyarakat Islam wajib melaksanakan produk tersebut. 4. Persaingan usaha, dimana pegadaian mesti dapat menjawab cabaran agar tidak ditinggalkan oleh pelanggan. Sebab beberapa alasan tersebut, maka ditubuhkan Pegadaian Syariah Dewi Sartika sebagai Unit Layanan/Perkhidmatan Gadai Syariah (ULGS) yang pertama di Indonesia yang beralamat di jalan Dewi Sartika No. 139 A Jakarta Timur, Indonesia. Adapun akad utama yang digunakan dalam operasi di gadaian Syariah adalah akad Rahn dan 104 Zainuddin Ali, Hukum Gadai Syariah (Jakarta: Sinar Grafika Offset, t.t.), 16. 1 Warta Pegadaian, Usaha Lain Dari PERUM Pegadaian (Jakarta: Percetakan Pegadaian, 2003), 6. 00

akad IjÉrah 106. Konsep operasi gadaian Syariah merujuk pada sistem ekonomi moden iaitu asas rasionaliti dan keberkesanan yang diselarikan dengan nilai-nilai Islam. Fungsi operasi gadaian Syariah itu sendiri dijalankan oleh pejabat-pejabat Cawangan Pegadaian Syariah/Unit Perkhidmatan Gadaian Syariah sebagai satu unit organisasi di bawah binaan bahagian usaha lain PERUM Pegadaian. Unit Layanan/Perkhimatan Gadai Syariah (ULGS) ini merupakan unit usaha bebas yang secara struktural berasingan urusannya dari amalan gadaian konvensional. 107 Dengan penubuhan Pegadaian Syariah Dewi Sartika, maka keinginan pelanggan untuk mendapatkan pembiayaan yang aman, cepat, dan bebas riba dapat dipenuhi. 3.4.2. Landasan Hukum Penubuhan Pegadaian Syariah Dewi Sartika Secara hukum negara, landasan hukum penubuhan Pegadaian Syariah Dewi Sartika adalah Peraturan Pemerintah (PP) Nombor 103, tarikh 10 November 2000 tentang PERUM Pegadaian. Manakala secara Syariah, landasan hukum penubuhan Pegadaian Syariah Dewi Sartika adalah fatwa Dewan Syariah Nasional (DSN) Nombor 25/DSN-MUI/III/2002 tentang rahn. 108 106 Kedua akad tersebut digunakan untuk produk-produk yang ditawarkan oleh Pegadaian Syariah, kecuali produk MULIA yang menggunakan akad MurÉbaÍah. 107 Ari Agung Nugraha, "Gambaran Umum Kegiatan Usaha Pegadaian Syariah", laman sesawang Tripod, dicapai 14 Mac 2011, http://ulgs.tripod.com/aboutme.htm. 108 Ibid.

3.4.3. Visi dan Misi Visi dan Misi Pegadaian Syariah Dewi Sartika adalah seperti berikut: 109 a. Visi syarikat: Menjadi Champion dalam pembiayaan mikro dan kecil berasaskan gadai dan fidusia bagi masyarakat menengah ke bawah. b. Misi syarikat: 1. Membantu program pemerintah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat khasnya golongan menengah ke bawah dengan memberikan penyelesaian kewangan yang terbaik melalui pemberian pinjaman skala mikro, kecil dan menengah dengan dasar hukum gadai dan fidusia. 2. Memberikan manfaat kepada pihak berkepentingan dan melaksanakan tadbir urus syarikat yang baik secara konsisten. 3. Melaksanakan usaha lain dalam rangka optimalisasi sumber daya. 3.4.4. Budaya Syarikat Dalam suatu syarikat, diperlukan budaya tinggi yang mesti disokong oleh seluruh lapisan kaki tangan agar tercipta sistem kerja yang optimum. Dalam mewujudkan tujuan tersebut, maka syarikat Pegadaian Syariah Dewi Sartika menerapkan budaya yang di sebut INTAN, iaitu: 110 109 Visi dan Misi, laman sesawang Pegadaian, dicapai 09 Ogos 2012. www.pegadaian.co.id. 110 Ibid.

a) INOVATIF 1. Berinisiatif, kreatif dan produktif 2. Berorientasi pada penyelesaian b) NILAI MORAL TINGGI 3. Taat beribadah 4. Jujur dan berpikir positif c) TERAMPIL (Mahir) 5. Kompeten di bidangnya 6. Selalu mengembangkan diri d) ADI PERKHIDMATAN 7. Peka dan cepat tanggap 8. Empatik, santun dan ramah e) NUANSA CITRA 9. Memiliki sense of belonging 10. Peduli nama baik syarikat 3.4.5. Struktur Organisasi dan Tugas Struktur organisasi untuk pengurusan usaha Syariah terdiri dari struktur organisasi Bahagian Usaha Syariah dalam skala Nasional dan struktur organisasi Pejabat Cawangan Pegadaian Syariah Dewi Sartika. Di Pegadaian Syariah Dewi Sartika, struktur organisasi tertinggi ialah Pengarah, lalu Pengurus, lalu Penaksir, Kasir, Penyimpan, Pemegang Gudang dan Keselamatan. Selain itu ada pula Pengurus Unit yang bertanggungjawab langsung kepada Pengarah.

Untuk lebih jelasnya, penulis akan menggambarkan struktur organisasi dalam sebuah charta berikut: 111 Carta 3.1. Struktur Organisasi Pegadaian Syariah Dewi Sartika Pejabat Wilayah VIII Jakarta BMI Funder Pengarah Pengurus Unit Pengurus Penaksir Juru Wang Penyimpan Pemegang Gudang Keselamatan Sumber: Pegadaian Syariah Dewi Sartika Tugasan setiap bahagian dalam syarikat: Seorang Pengarah di Pegadaian syariah Dewi Sartika mempunyai kewajipan untuk mengkoordinasikan seluruh bahagian dalam syarikat tersebut. Ianya juga melakukan pengawasan terhadap kerjaya seluruh kaki tangan, serta ianya menjadi wakil syarikat dalam berhubungan dengan pihak di luar syarikat. 112 111 Komaruddin Syam (Pengarah Pegadaian Syariah Dewi Sartika.Jakarta), dalam temubual dengan penulis, 18 Disember 2012. 112 Ibid.

Seorang Pengurus syarikat ataupun pengurus unit mempunyai tugasan yang hampir sama, iaitu menjalankan operasi seluruh perkhidmatan yang disediakan syarikat seperti produk Arrum, Mulia, Western Union dan Fidusia. Namun, seorang pengurus syarikat mempunyai tanggungjawap yang lebih luas cakupannya, iaitu tanggungjawap atas syarikat. Manakala seorang pengurus unit ianya hanya bertanggungjawap atas unit sahaja. 1.5. Produk-Produk Pegadaian Syariah Dewi Sartika Dalam operasinya yang selari dengan Syariah, maka produk-produk yang ditawarkan oleh Pegadaian Syariah Dewi Sartika, iaitu: 113 a. Perkhidmatan Syariah 1. Rahn, iaitu skim pinjaman untuk memenuhi keperluan dana bagi masyarakat dengan sistem gadaian sesuai Syariah. Adapun barang yang boleh dijadikan jaminan adalah perhiasan, alat elektronik dan kenderaan. 2. Pembiayaan Arrum, iaitu skim pinjaman dengan sistem Syariah bagi para peniaga mikro dan kecil untuk keperluan niaga dengan pelunasan secara ansuran menggunakan jaminan surat kenderaan/bukti Pemilikan Kenderaan Bermotor (BPKB). 3. Pembiayaan Amanah, iaitu skim pemberian pembiayaan bagi masyarakat berpendapatan tetap untuk pemilikan motosikal atau kereta. Pembiayaan ini diberikan dengan jangka waktu tertentu yang pelunasannya dilakukan secara ansuran. 113 Komaruddin Syam (Pengarah Pegadaian Syariah Dewi Sartika.Jakarta), dalam temubual dengan penulis, 18 Disember 2012. 55

b. Perkhidmatan Emas MULIA (Murabahah Logam Mulia untuk Investasi Abadi), iaitu program yang memudahkan pemilikan jongkong emas melalui penjualan logam MULIA oleh pegadaian kepada masyarakat secara tunai atau ansuran. 114 1.6. Kesimpulan Pegadaian merupakan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1746. Pada awal mulanya, pegadaian sering berpindah kuasa, bermula dari pemerintahan Belanda, lalu British, selanjutnya Jepun. Beberapa aturan pula pernah diamalkan di Pegadaian. Di antaranya ialah aturan penubuhan pengadaian oleh pemerintah dan masyarakat umum. Manakala statusnya pula beberapa kali berubah, bermula dari Syarikat Negara (1961), kemudian menjadi Syarikat Jawatan (1969), selanjutnya mengikut Peraturan Pemerintah (PP) Nombor 10/1990 (yang diperbaharui dengan PP Nombor 103/2000) berubah lagi menjadi PERUM hingga sekarang. Pegadaian Syariah Dewi Sartika yang beralamat di jalan Dewi Sartika No. 139 A Jakarta Timur merupakan pegadaian Syariah pertama yang ditubuhkan di Indonesia. Iaitu pada tahun 2003 atas kerjasama antara PERUM Pegadaian dengan PT. Bank Muamalat Indonesia. Dalam operasinya, Pegadaian Syariah Dewi Sartika menawarkan beberapa produk kepada masyarakat, seperti pembiayaan Arrum, Rahn, Amanah dan MULIA. Akad utama dari produk-produk Pegadaian Syariah Dewi Sartika adalah akad ijérah dan akad rahn. Namun ada juga produk yang menggunakan akad murébaíah, iaitu produk MULIA. 114 Layanan Emas, laman sesawang Pegadaian, dicapai 14 Mac 2012, http://www.pegadaian.co.id/. 55