KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1/1995

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 1999 PELAKSANAAN PERKONGSIAN PINTAR ANTARA AGENSI-AGENSI KERAJAAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen : UPM/ISMS/SOK/P001 PROSEDUR PELAN TINDAK BALAS INSIDEN ICT

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

RANGKA DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KERAJAAN

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

TAKLIMAT PENGENALAN SUBMODUL PENGURUSAN TATATERTIB. Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/KES/P004

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

PENGENDALIAN MESYUARAT

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 RANGKA DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KERAJAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) - GRED N17

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1997 :: Polisi Pelaksanaan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) di Ibu Pejabat ::

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2006 PENGUKUHAN TADBIR URUS JAWATANKUASA IT DAN INTERNET KERAJAAN

PEJABAT KESIHATAN DAERAH JOHOR BAHRU JOHOR

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2005

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN" Ruj. Kami: dlm.ipk.sel Jld.2

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/PEL/P001

Transkripsi:

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANG- UNDANG DI PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA JULAI 2001 Dikelilingkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan

JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62505 PUTRAJAYA Telefon: 2321957 Kawat: PERDANA Fax: 2984172 Ruj.Kami : UPTM 159/303/2781 KL Tarikh : 1 Ogos 1997 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Ketua Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan TUJUAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2001 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DI PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH Pekeliling ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan sistem pemantauan penguatkuasaan undang-undang di peringkat pentadbiran daerah. RASIONAL 2. Pihak Kerajaan memberi perhatian serius kepada usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Ini ada1ah kerana pelanggaran undang-undang yang tidak dikawal boleh mengakibatkan kehilangan hasil dan menjejaskan kredibiliti Kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang yang telab digubal. Oleh itu langkah-iangkah perlu dipergiatkan oleh semua agensi penguatkuasa supaya pelanggaran undang-undang dapat dikurangkan atau dibendung. 3. Penyelesaian masalah penguatkuasaan undang-undang adalah lebih berkesan jika boleh ditangani di peringkat akar umbi atau di peringkat bawah sebelum masalah ini merebak menjadi masalah nasional. Bagi menjaga kesejahteraan daerah, usaha penguatkuasaan undang-undang ini juga memerlukan penglibatan daripada berbagai kumpulan iaitu dari orang awam, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Penghulu dan juga badan-badan bukan Kerajaan (NGO) di peringkat daerah untuk menyampaikan maklumat. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan sistem pemantauan penguatkuasaan undang-undang yang dicadangkan ini adalah wajar diterajui oleh Pegawai Daerah selaku Ketua Pentadbir bagi daerah berkenaan. 1

SISTEM PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 4. Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-undang (SPPU) ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisme yang bersepadu bagi menangani masalah-masalah penguatkuasaan undang-undang di peringkat pentadbiran daerah. Di antara ciri-ciri utama SPPU ini adalah: (c) Mengenal pasti sebuah jawatankuasa yang sesuai sama ada dengan mewujudkan sebuah jawatankuasa baru ataupun menggunakan jawatankuasa yang sedia ada untuk memantau penguatkuasaan undang-undang; Mesyuarat jawatankuasa berkenaan hendaklah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dengan keahliannya terdiri daripada semua agensi penguatkuasaan di peringkat daerah; dan Bermesyuarat sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali untuk agensi-agensi penguatkuasaan melaporkan kepada Pegawai Daerah mengenai pelanggaran undang-undang di daerah berkenaan untuk diselaraskan usaha yang memerlukan tindakan bersepadu. Seterusnya Pegawai Daerah akan melaporkan ke peringkat jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah. 5. Adalah diharapkan bahawa menerusi pelaksanaan SPPU ini, maklumat mengenai pelanggaran undang-undang yang terkumpul dapat menjadi input kepada Pegawai Daerah dalam perancangan untuk pembangunan sosio-ekonomi yang lebih seimbang. Di samping itu, maklumat yang diperolehi dapat digunakan untuk perancangan dalam mengambil langkah-langkah pro aktif untuk menangani masalah pelanggaran undang-undang. 6. Panduan terperinci mengenai SPPU ini adalah seperti dijelaskan dalam 'Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-undang (SPPU) Di Peringkat Pentadbiran Daerah' yang disertakan di Lampiran kepada Pekeliling ini. PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. TARIKH KUATKUASA 8. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. (TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN) Ketua Setiausaha Negara 2

Lampiran kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2001 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG (SPPU) DI PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri 3

KANDUNGAN Muka Surat TUJUAN 5 LATAR BELAKANG 5 (c) JENTERA PEMANTAUAN SPPU 5 (d) SKOP PELANGGARAN UNDANG-UNDANG YANG 7 DlPANTAU OLEH SPPU (e) FAEDAH DARIPADA PELAKSANAAN SPPU 7 (f) PROGRAM PELAKSANAAN SPPU 8 Peringkat 1: Persediaan Sebelum Pelaksanaan SPPU 8 Peringkat 2: Pelaksanaan SPPU 9 (g) PENUTUP 9 SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN 1: Contoh Risalah Untuk Publisiti 12 LAMPIRAN 2: Contoh Borang Aduan 13 LAMPIRAN 3: Garis Panduan Pelaksanaan 14 Pemantauan Penguatkuasaan Undang-undang (SPPU) Untuk Pegawai dan Staf Pejabat Daerah LAMPIRAN 4: Format Laporan Bulanan Oleh 17 Agensi Peringkat Daerah Kepada Urus Setia (Jawatankuasa Di Peringkat Daerah) LAMPIRAN 5: Format Laporan Oleh Urus Setia 18 (Jawatankuasa Di Peringkat Daerah) Kepada Mesyuarat Jawatankuasa Di Peringkat Negeri 4

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DI PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan menerangkan sistem pemantauan penguatkuasaan undangundang (SPPU) dalam pentadbiran daerah dan kaedah pelaksanaannya di semua Pejabat Daerah. LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan SPPU merupakan satu lagi usaha Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses penguatkuasaan undang-undang agensi-agensi Kerajaan daerah khususnya dalam menangani isu pelanggaran undang-undang. Kerajaan merasakan bahawa penyelesaian isu-isu dan masalah penguatkuasaan undang-undang adalah lebih berkesan jika ditangani dari peringkat akar umbi atau di peringkat bawah, iaitu di peringkat daerah sebelum masalah itu merebak menjadi masalah nasional. Idea pewujudan SPPU ini adalah hasil daripada pemerhatian YAB Perdana Menteri bahawa terdapatnya peningkatan insiden pelanggaran undang-undang dan peraturan-peraturan Kerajaan secara terbuka. Keadaan ini sekiranya tidak dibendung boleh menjejaskan imej Kerajaan di samping memberi mesej bahawa pentadbiran undang-undang yang dilaksanakan tidak berkesan. 3. Pada masa ini, tindakan terhadap kes pelanggaran undang-undang sebahagian besarnya adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui rondaan harian pegawai penguatkuasa agensi Kerajaan. Tugas pemantauan penguatkuasaan seperti ini amat membebankan Kerajaan dari segi kos, personel dan masa. Oleh itu, Kerajaan ingin menarik penyertaan yang lebih aktif daripada orang awam dan badan bukan Kerajaan (NGO) dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini, khususnya di peringkat daerah. JENTERA PEMANTAUAN SPPU 4. SPPU merupakan satu sistem pemantauan berpusat tentang penguatkuasaan undang-undang di peringkat daerah. Pelaksanaan SPPU akan diselaras oleb satu mesyuarat jawatankuasa yang perlu dikenalpasti oleh Pegawai Daerah, iaitu sama ada mewujudkan satu jawatankuasa baru atau menggunakan jawatankuasa sedia ada. Jawatankuasa ini berperanan menentukan hala tuju dan dasar-dasar pelaksanaan SPPU di peringkat daerah. 5. Bagi melaksanakan peranan pemantauan penguatkuasaan undang-undang, tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleb mesyuarat jawatankuasa ini termasuklah: Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya setiap tiga bulan untuk membincang dan menganalisis laporan pelanggaran undang-undang yang dikemukakan oleh agensi-agensi di peringkat daerah; 5

Membincangkan isu-isu semasa atau masalah-masalah penguatkuasaan undangundang di peringkat daerah; (c) Merangka pelan tindakan/strategi bagi mengatasi masalah-masalah penguatkuasaan undang-undang yang dihadapi; (d) (e) (f) Menyelaras dan memberi arahan kepada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan untuk melaksanakan pelan tindakan yang diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa berkenaan; Mengkaji prestasi kemajuan penguatkuasaan undang-undang oleh agensi-agensi di peringkat daerah; dan Menyediakan laporan kepada mesyuarat jawatankuasa di peringkat negeri sekiranya maklumat pelanggaran undang-undang yang dipantau menunjukkan trend yang kerap berulang yang memerlukan penyelesaian di peringkat pengurusan atasan. 6. Bersesuaian dengan peranan mesyuarat jawatankuasa ini, maka keahliannya hendaklah meliputi agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang beroperasi di peringkat daerah. Penentuan agensi penguatkuasa yang perlu menjadi ahli adalah bergantung kepada isu-isu pelanggaran undang-undang yang ingin dipantau dan boleh ditetapkan oleh Pegawai Daerah. 7. Pelaksanaan konsep SPPU ini ditunjukkan seperti di Rajah 1. Pusat operasi sistem ini ialah Pejabat Daerah di mana Pegawai Daerah dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan SPPU. Di bawah sistem ini, Pejabat Daerah akan menjalankan beberapa fungsi penting iaitu: (c) Mengumpul maklumat pelanggaran undang-undang daripada orang awam dan menyalurkannya kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan; Menyelaras laporan bulanan daripada agensi penguatkuasa untuk dibincang dan dibuat keputusan; dan Kes pelanggaran undang-undang atau peraturan yang tidak dapat diselesaikan oleh mesyuarat jawatankuasa berkenaan, hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya. 8. Sumber maklumat yang dipantau oleb SPPU ialah aduan daripada orang awam dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO). Oleh itu, di bawah sistem ini orang awam dan NGO akan digalak mengemukakan laporan ke Pejabat Daerah mengenai mana-mana kejadian pelanggaran undang-undang yang berlaku. Orang awam juga boleh mengemukakan laporan terus kepada agensi penguatkuasa atau melalui Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK). Aduan yang disampaikan oleh orang awam kepada JKKK akan disampaikan oleh Penghulu kepada Pejabat Daerah untuk tindakan. 9. Di bawab SPPU, semua agensi penguatkuasa undang-undang di peringkat daerah akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah untuk mengumpul dan menguruskan maklumat. Dalam hal ini, agensi penguatkuasa akan merekod dan mengambil tindakan ke atas semua aduan awam, sama ada yang diterima melalui Pejabat Daerah atau terus daripada 6

orang awam dan NGO. Selanjutnya, agensi berkenaan perlu mengemukakan laporan bulanan khusus mengenai pelanggaran undang-undang serta tindakan yang telah diambil kepada Pejabat Daerah bagi dibentangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan. SKOP PELANGGARAN UNDANG-UNDANG YANG DIPANTAU OLEH SPPU 10. Di bawah SPPU, Pegawai Daerah dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa yang memantau penguatkuasaan undang-undang akan menentukan jenis-jenis pelanggaran undang-undang yang ingin dipantau di sesuatu daerah. Masalah pelanggaran yang dipantau ini mestilah masa1ah yang dianggap penting yang boleh menjejaskan kepentingan ekonomi negara, kesejahteraan masyarakat setempat dan imej Perkhidmatan Awam. Sebagai misalan, pemantauan kepada pelanggaran undang-undang berikut bo1eh diberi keutamaan: Undang-undang Alam Sekitar: pencemaran sungai/1aut/udara melalui aktiviti seperti pembakaran terbuka, pembuangan sampah di sungai/pantai, pengeluaran asap berlebihan daripada kenderaan/kilang-kilang, dan per1upusan sisa toksid; Undang-undang Tanah: kegiatan mencuri pasir, pencerobohan tanah Kerajaan, pembinaan rumah haram/setinggan, dan pe1anggaran syarat penggunaan tanah; (c) (d) Undang-undang Perhutanan: pembalakan haram, pencerobohan hutan simpan, dan kegiatan mencuri hasil hutan/pembalakan haram; dan Undang-undang Jenayah: jenayah menggunakan senjata api, jenayah oleh pendatang asing, dan kegiatan merosakkan harta awam. FAEDAH DARIPADA PELAKSANAAN SPPU 11. Pelaksanaan SPPU akan membantu Pejabat Daerah dan agensi penguatkuasa meningkatkan keberkesanan pelaksanaan undang-undang di peringkat daerah. Maklumat yang dikumpul dari sistem ini boleh digunakan bagi berbagai tujuan, di antaranya: (e) (f) (g) (h) (i) (j) Merancang dan mengambil langkah-1angkah proaktif untuk menangani masalah pelanggaran undang-undang; Menjadi input kepada perancangan bagi mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang; Mengukur keberkesanan undang-undang dan peraturan serta mengambil langkah-langkah pembetulan dan pencegahan; Menjadi petunjuk prestasi agensi-agensi penguatkuasa; Menyediakan maklum balas mengenai keberkesanan undang-undang bagi urusan pindaan undang-undang; Menyediakan maklumat bagi tujuan audit pengurusan; 7

(k) (l) Memberi maklumat tentang perlakuan masyarakat dan persepsi mereka terhadap undang-undang yang berhubung kait dengan perkhidmatan yang disediakan; dan Menimbulkan kesedaran dan komitmen pihak pengurusan untuk merancang langkah-langkah mengatasi masalah penguatkuasaan yang berlaku. PROGRAM PELAKSANAAN SPPU 12. Pe1aksanaan projek SPPU ini me1ibatkan dua peringkat tindakan, iaitu peringkat persediaan sebe1um pelaksanaan SPPU dan peringkat pelaksanaan SPPU. Peringkat 1: Persediaan Sebelum Pelaksanaan SPPU Pejabat Daerah 13. Bagi melaksanakan sistem ini, Pejabat Daerah dikehendaki membuat persediaan seperti berikut: (c) (d) (e) (f) Menetapkan pegawai dan staf tertentu untuk mengendalikan aduan awam dan menguruskan maklumat/data SPPU ; Membuat publisiti kepada orang awam tentang pelaksanaan SPPU. Publisiti ini boleh dilakukan melalui sesi penerangan dan pengedaran risalah. Contoh risalah yang boleh disediakan adalah seperti di Lampiran 1. Publisiti ini juga boleh dipanjangkan kepada ahli-ahli pemimpin masyarakat, JKKK dan kumpulan NGO tempatan; Menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat aduan. Kemudahan ini meliputi penyediaan Borang Aduan seperti di Lampiran 2 dan kemudahan komunikasi seperti hotline, faksimili dan laman web; Memberi latihan kepada pegawai dan staf yang terlibat dengan pengendalian SPPU. Bagi memudahkan sesi latihan ini, satu dokumen panduan pelaksanaan SPPU hendaklah disediakan untuk rujukan pegawai dan staf yang terlibat. Contoh panduan ini ialah seperti di Lampiran 3; Menyelaras persiapan-persiapan bagi pelaksanaan SPPU dengan agensi-agensi Kerajaan di peringkat daerah; dan Menubuhkan jawatankuasa baru atau menetapkan jawatankuasa sedia ada di peringkat daerah yang akan memantau penguatkuasaan undang-undang. Agensi Penguatkuasa Peringkat Daerah 14. Bagi melaksanakan sistem ini, agensi penguatkuasa peringkat daerah dikehendaki membuat persediaan seperti berikut: Menetapkan pegawai dan staf tertentu untuk mengendalikan aduan awam dan menguruskan maklumat/data SPPU; 8

Memberi penerangan kepada pegawai dan staf yang terlibat tentang tanggungjawab mereka dari segi: (i) (ii) (iii) Mengambil tindakan ke atas aduan awam yang diterima dari Pejabat Daerah; Menyalurkan aduan tersebut kepada Bahagian-bahagian yang berkaitan dalam organisasi mereka untuk tindakan; dan Menyedia dan mengemukakan laporan bulanan kepada mesyuarat jawatankuasa di peringkat daerah yang akan memantau penguatkuasaan undang-undang. Peringkat 2: Pelaksanaan SPPU Pejabat Daerah 15. Pada peringkat ini Pejabat Daerah dikehendaki mengambil empat tindakan berikut: Menerima aduan pelanggaran undang-undang daripada orang ramai; Menyalurkan aduan tersebut kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan; (c) Mengumpul laporan bulanan daripada agensi penguatkuasa untuk pembentangan dalam mesyuarat jawatankuasa di peringkat daerah yang akan memantau penguatkuasaan undang-undang. Format laporan bulanan ini ditunjukkan di Lampiran 4; dan (d) Mengemukakan laporan kes pelanggaran undang-undang yang tidak dapat diselesaikan oleh mesyuarat jawatankuasa di peringkat daerah yang akan memantau penguatkuasaan undang-undang kepada mesyuarat jawatankuasa di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Format laporan ini adalah seperti di Lampiran 5. Agensi Penguatkuasa Peringkat Daerah 16. Agensi penguatkuasa peringkat daerah pula perlu mengambil tindakan-tindakan berikut: Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan awam yang disalurkan oleh Pejabat Daerah. Tindakan yang serupa juga dilakukan terhadap aduan yang diterima oleh agensi penguatkuasa secara langsung daripada orang awam; dan Menyediakan laporan bulanan kemajuan tindakan yang diambil ke atas aduan awam dan seterusnya menyampaikan laporan itu kepada Pejabat Daerah dalam pembentangan kepada mesyuarat jawatankuasa di peringkat daerah yang akan memantau penguatkuasaan undang-undang. 9

PENUTUP 17. SPPU adalah salah satu usaha penting bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Usaha ini membuktikan kesungguhan dan komitmen Kerajaan untuk memperkukuhkan sistem penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada. Bagi menjayakan projek SPPU ini, semua pihak perlu memberi sokongan dan kerjasama, terutamanya Setiausaha Kerajaan Negeri, agensi penguatkuasa, pegawai dan staf Pejabat Daerah, Penghulu dan orang awam serta NGO. 10

Rajah 1 Sistem Pemantauan Penguatkuasaan Undang-undang (SPPU) Di Peringkat Pentadbiran Daerah 11

12 Lampiran 1

Lampiran 2 BORANG ADUAN PELANGGARAN UNDANG-UNDANG MAKLUMAT PERIBADI Nama Pengadu No. K.P. Alamat Pos No. Telefon/Fax/ e-mail : : : : Aduan ADUAN Butir-butir Kejadian Tempat Tarikh/Masa Tarikh: Tandatangan:... Sila catatkan aduan dan kemukakan ke Pejabat Daerah. Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja Nama Penerima Aduan:.... Jawatan:. 13

TUJUAN Lampiran 3 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG (SPPU) UNTUK PEGAWAI DAN STAF PEJABAT DAERAH Tujuan garis panduan ini ialah untuk menjelaskan kepada pegawai dan staf Pejabat Daerah mengenai proses kerja bagi melaksanakan SPPU. PROSES KERJA 2. Bagi melaksanakan SPPU, pegawai dan staf Pejabat Daerah perlu melaksanakan lima proses kerja seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. PROSES 1 : Menerima Aduan Awam 3. Pegawai dan staf Pejabat Daerah yang menerima aduan awam dikehendaki mengambil tindakan berikut, bersesuaian dengan cara aduan disampaikan: Aduan diterima melalui Borang Aduan/surat biasa Mencatatkan tarikh terima di atas Borang Aduan/surat aduan; dan Menyerahkan borang kepda Pegawai Bertugas SPPU. Aduan diterima melalui talian hotline/telefon/pengadu hadir sendiri Merekodkan aduan dalam borang aduan; dan Menyerahkan borang tersebut kepada Pegawai Bertugas SPPU. Aduan diterima melalui website/e-mail Mencetak aduan daripada website berkenaan; dan Menyerahkan aduan yang telah dicetak (hard copy) kepada Pegawai Bertugas SPPU. PROSES 2 : Menyalur Aduan Awam Kepada Agensi Penguatkuasa 4. Setelah menerima dokumen-dokumen aduan daripada Proses 1, Pegawai Bertugas SPPU dikehendaki mengambil tindakan berikut: Membuat salinan dokumen aduan (untuk simpanan Pejabat Daerah); Meneliti kandungan aduan bagi menentukan agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan; 14

(c) (d) (e) Menghantar dokumen aduan kepada agensi penguatkuasa yang berkaitan (salinan asal); Membuat catatan di atas dokumen salinan Pejabat Daerah tarikh aduan dihantar ke agensi penguatkuasa; dan Memfailkan salinan dokumen aduan untuk rekod pejabat. PROSES 3 : Menganalisa Laporan Bulanan Daripada Agensi Penguatkuasa 5. Pegawai Bertugas SPPU dikehendaki mengambil tindakan berikut pada awal setiap bulan: (c) (Dalam minggu pertama) Memberi peringatan kepada agensi penguatkuasa supaya menghantar Laporan Bulanan Pelanggaran Undang-undang sepanjang bulan lepas (Lampiran 4); Mengumpul Laporan Bulanan daripada agensi penguatkuasa; dan Menyerah laporan kepada Pegawai Daerah untuk pembentangan di mesyuarat jawatankuasa di peringkat daerah. PROSES 4 : Membentang Laporan Bulanan Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Di Peringkat Daerah 6. Setelah menerima Laporan Bulanan daripada agensi penguatkuasa; Pegawai Daerah dikehendaki: (c) (d) Memanggil mesyuarat untuk bersidang; Meminta agensi penguatkuasa berkaitan memberi penjelasan tentang perkara yang dilaporkan; Membincangkan isu-isu yang dilaporkan, isu-isu semasa dan masalah penguatkuasaan undang-undang di peringkat daerah; dan Membincangkan pelan tindakan bagi mengawal/ mencegah pelanggaran undang-undang di daerah berkenaan. PROSES 5 : Mengemukakan Maklumat Kepada Mesyuarat Jawatankuasa di Peringkat Negeri 7. Dalam mesyuarat jawatankuasa di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang difikirkan sesuai, Pegawai Daerah dikehendaki mengemukakan laporan tentang kes pelanggaran undang-undang yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah. Laporan dibuat melalui format seperti di Lampiran 5. 15

Lampiran 3 Rajah 1: Proses Tindakan Oleh Pegawai Dan Staf Pejabat Daerah Untuk Melaksanakan SPPU 16

Lampiran 4 FORMAT LAPORAN BULANAN OLEH AGENSI PERINGKAT DAERAH KEPADA URUS SETIA (JAWATANKUASA DI PERINGKAT DAERAH) Daerah : Bulan : Jabatan dan Jenis Pelanggaran Undangundang/Peraturan Mengikut kategori (1) Bil. Kes Yang Lepas Bil. Kes yang Diterima (2) Bil. Kes Bulan Ini Jumlah Kes Bil. Kes Selesai (3) Bil. Kes Belum Selesai (4) Penjelasan Ke Atas Kes Yang Belum Selesai (5) JUMLAH 17

Lampiran 5 FORMAT LAPORAN OLEH URUS SETIA (JAWATANKUASA DI PERINGKAT DAERAH) KEPADA MESYUARAT JAWATANKUASA DI PERINGKAT NEGERI Daerah : Bulan : Jabatan dan Jenis Pelanggaran Undangundang/Peraturan Mengikut kategori (1) Bil. Kes yang Diterima (2) Bil. Kes Selesai (3) Bil. Kes Belum Selesai (4) Penjelasan Ke Atas Kes Yang Belum Selesai (5) JUMLAH 18