LAPORAN PROGRAM PENTAS SAMUDERA MALAYSIA INDONESIA. Oleh: Nur Hidayatul Farahi Binti Abdullah & Rafiuddin bin Rohani

dokumen-dokumen yang mirip
LAPORAN PROGRAM DELIGASI MUHIBBAH JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PIS KE SARAWAK

Delegasi kami bergambar bersama pensyarah Politeknik Negeri Batam di hadapan premis mereka

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Unit 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, m.s. 23)

PROGRAM KOLABORASI IPT ANTARABANGSA INTEGRASI DAN EKSPLORASI BUDAYA ASEAN, MAHASISAWA POLITEKNIK MALAYSIA, ZON SELATAN

KERTAS KERJA PROGRAM JALINAN UKHUWAH PUSAT CITRA UNIVERSITI DENGAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SG RAMAL TARIKH 10 MEI 2015

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM BAKTI SISWA (BAKSIS)

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 2 UTeM 2007

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON Politeknik Mersing, Johor DISEDIAKAN :

Alunan Gurindam Nazam di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Program Jalinan Warisan : Masyarakat Melanau, Mukah

Laporan Program Sukarelawan Di Zoo Negara

LAPORAN PROGRAM JARINGAN AMAL DAN IFTAR BERSAMA RUMAH ANAK- ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN TARIKH 5 JULAI 2015 (AHAD)

LAPORAN ROADSHOW UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KE PEKANBARU, INDONESIA

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

LAPORAN PROGRAM TEAM BUILDING KUMPULAN ASASI KEJURUTERAAN M4. TARIKH : 02 dan 03 Mac 2013 TEMPAT : Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

LAPORAN PROGRAM IFTHAR MAHABBAH KOMUNITI

UCAPAN ALUAN PROF. MADYA DR. ZAINAB HAMZAH PENGARAH UNIT MEDIA UniMAP SEMPENA MALAM MESRA MEDIA UniMAP JULAI 2011*HOTEL PUTRA PALACE*

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Sesi Meet and Greet bersama Penulis I'm a Backpackers: Korea Halian Azurin

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

LAPORAN AKTIVITI LUAR KUMPULAN B3 DI D AMBANG RESORT PEKAN, PAHANG.

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM. ASSAMUALAIKUM WRT WBKTH DAN SALAM SEJAHTERA

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

[UNIT UPACARA & PROTOKOL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

CHIA CHONG YANG A143398

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mat Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan isteri.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

LAPORAN KELAB LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Koperasi Pengangkutan

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

LAPORAN JAWATANKUASA MULTIMEDIA PROGRAM MUTIARA INSPIRASI KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA NO MATRIK

LAPORAN KAJIAN KES KELAB TAMAN KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR (KEBUDAYAAN) KE SABAH ANJURAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN KELUARGA (PERBADANAN ASET KERETAPI)

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

PEMBANGUNAN TAMAN DASAR LAUT SULTAN ISKANDAR INISIATIF POLITEKNIK DALAM PEMELIHARAAN EKOSISTEM AKUA MARIN PERAIRAN LAUT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.

SENI KRAF MELAYU DALAM SENIBINA LANDSKAP

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

HHHC 9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN (SET 23)

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

LAPORAN KURSUS HHHC 9601 LN00029/2015 BIODATA PELAJAR NUR HAKIMAH BINTI ISMADI. UNIVERSITI, THAILAND EXCO PENGANGKUTAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS BERBUKA PUASA RTM 19 JUN (Salutasi akan dikemaskini pada hari acara)

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROGRAM AMAL TAUTAN KASIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA: AKTIVITI BERDASARKAN KONTRAK PEMBELAJARAN TAJUK: PROGRAM AMAL TAUTAN KASIH

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

TEKS UCAPAN OLEH YBHG PROFESOR DR AHMAD YUSOFF. BIN HASSAN, NAIB CANSELOR UTeM SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM LAWATAN UNIVERSITI DIAN NUSWANTORO (UDINUS),

PELANCONGAN DESA DAN IMPAK KE ATAS PEMBANGUNAN KOMUNITI SETEMPAT. Anthony Tshin Jabatan Pelancongan dan Hospitali6 Politeknik Kota Kinabalu

LAPORAN KELAB LAWATAN SAMBIL BELAJAR. a) Nama Program : Program Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains

LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti Laporan Hasil Pembelajaran

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

PROGRAM ZIARAH KASIH 2015

Bab 6. Kesimpulan. Kajian berhubung dengan budaya pemakanan masyarakat Malaysia. daripada perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN KOMUNIKASI

BULETIN 5S PPUKM 27 ZON BERENTAP MEREBUT KEJUARAAN DI KONVENSYEN 5S PPUKM S AMALAN KAMI B I L A N G A N 1 / S I D A N G R E D A K S I :

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

1.1 Perancangan Projek

1. Terima kasih kerana dapat bersama kami malam ini. Saya ingin mengambil. peluang dalam perjumpaan kita malam ini untuk mengucapkan terima kasih

PERATURAN PERTANDINGAN CONGKAK SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2017 (CONGKAK)

TEKS UCAPAN YG BHG. BRIG JENERAL DATO PROFESSOR DR KAMARUDIN HUSSIN KOMANDER REJIMEN 509 ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS BBQ SKAW SIRI 21/2010

Transkripsi:

LAPORAN PROGRAM PENTAS SAMUDERA MALAYSIA INDONESIA Oleh: Nur Hidayatul Farahi Binti Abdullah & Rafiuddin bin Rohani 25 27 April 2016 Tanjung Pinang, Riau Indonesia Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Ibrahim Sultan 25 hingga 27 April 2016 - Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan Program Pentas Samudera Malaysia-Indonesia di Tanjung Pinang, Riau yang disertai oleh 20 orang pelajar dan seorang pegawai pengiring. Program 3 hari 2 malam ini merangkumi aspek Perkongsian Budaya antara Malaysia dan Indonesia, Program Khidmat Komuniti dan Penandaarasan yang menjadi agenda utama bagi delegasi kali ini. Hasrat untuk berkongsi idea dan pendapat serta melaksanakan program kemasyarakatan dilihat amat sesuai untuk dilaksanakan di sini. Meskipun Malaysia dan Indonesia dikatakan serumpun, namun masih terdapat sedikit perbezaan yang membuka minda dan pandangan para pelajar. Jauh Perjalanan Luas Pemandangan, itulah yang cuba dizahirkan oleh saudari Azahani Natasha Azman selaku Pengarah Program kali ini dalam mengekalkan adat tradisi serta asal usul yang masih belum tersingkap di minda. Sejarah yang tidak pernah dititikberatkan selama ini ternyata memberi makna yang sangat mendalam. Konsep perkongsian budaya antara dua negara yang seakan tidak gah pada masyarakat sebenarnya memberikan impak yang besar serta mendalam kepada para pelajar. Bukan itu sahaja, kekuatan ukhwah diantara delegasi kali ini telah memberikan suatu cerminan dalam menjalinkan kerjasama posotif di antara kedua-dua negara khususnya melibatkan pengantarabangsaan pelajar.

Perjalanan selama 2 jam 30 minit menaiki feri yang melalui Selat Tebrau pemisah Malaysia, Indonesia dan Singapura membuka mata bahawa sempadan Malaysia dan Singapura tidak lah sebesar mana namun perbezaan ketara pembangunan antara kedua Negara dapat dilihat. Setibanya di Tanjung Pinang, kami terus menuju ke Bintan Permata Resort iaitu hotel tempat kami menginap. Kemudian kami dibawa menikmati hidangan makan tengah hari di Dapoer Melayu yang dikatakan keaslian makanan Melayu dapat dirasai di sini. Bermula di sinilah, kami bersama wartawan TV Kepulauan Riau (KEPRI) menjalani penggambaran bersama Yamaha Rider Club (YRC). Kami terus ke Pusat Kraftangan Budaya Indonesia (PKBI) - Komunitas Siput Gonggong untuk melihat hasil kraftangan yang diperbuat daripada siput gonggong. Di sana, kami melihat hasil kreativiti dan inovasi masyarakat Indonesia yang menggunakan bahan semulajadi iaitu Siput Gonggong sebagai salah satu hasil pendapatan mereka. Hasilnya, pelbagai produk dihasilkan seperti perhiasan rumah, rantai dan sebagainya untuk dijadikan hasil kraftangan yang sesuai dibawa pulang sebagai cenderahati kepada ahli keluarga. Pengalaman serta kaedah pembuatan juga turut dikongsi bersama. Ternyata di mana ada keinginan di situ ada usaha. Berbekalkan kreativiti, sesuatu produk yang dianggap tidak mempunyai nilai menjadi

salah satu pencetus komunitas ini untuk terus mengekspresikan idea mereka melalui karya yang mereka hasilkan. Melalui pemerhatian kami, hasil kraf tangan yang terhasil tidak mempunyai salinan atau edisi terhad. Hasil kraftangan mereka juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri selain menjadi trademark bagi komunitas ini. Seterusnya, kami menuju ke Dataran Raja Ali Haji. Di sana kami mendengar penerangan mengenai sejarah Tanjung Pinang oleh pemandu pelancong kami iaitu En Fairullah berkaitan asal usul ketamadunan Nusantara atau Alam Melayu bermula dari Tanjung Pinang. Raja Ali Haji merupakan seorang raja yang memerintah Tanjung Pinang suatu masa dahulu yang dikatakan di bawah Kerajaan Johor Riau. Makanan utama di Tanjung Pinang ialah nasi dagang di mana nasi yang ditanak tanpa santan berbekalkan satu jenis lauk untuk dibawa berdagang suatu masa dahulu. Oleh kerana Tanjung Pinang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Johor Riau, makanya Tanjung Pinang lebih dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Di sini, terletaknya Tugu Pensel dan Tugu Buku sebagai simbolik kepada meluasnya ilmu dan pentingnya penyebaran ilmu suatu masa dahulu. Kawasan persekitaran di Tanjung Pinang mengingatkan kami kepada cerita Melayu klasik yang memaparkan kehidupan harmoni penduduk kampung. Bangunan yang dibina juga lebih bercirikan seni bina alam Melayu. Kesimpulannya, Bandar Tanjung Pinang di Kepulauan Riau ini bermotifkan seni bina alam Melayu dan masih kuat adat tradisinya. Ketamadunan Melayu jelas terlihat di sekitar Bandar ini.

Perjalanan diteruskan pada hari kedua ke Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) untuk perkongsian budaya dan diskusi berkaitan program pengantarabangsaan. Kami disambut oleh Prof Syafsir Aklus (Rektor UMRAH), Prof Firdaus (Wakil Rektor bidang Akademik dan Kerjasama) dan En Ulul Azmi (Pegawai Pengantarabangsaan UMRAH). Majlis dimulakan dengan ucapan dari pegawai pengiring delegasi Malaysia, En Rafiuddin Rohani dan seterusnya oleh Prof Syafsir Aklus, Rektor UMRAH mengalukan kedatangan dan ketibaan Delegasi Malaysia dari Politeknik. Majlis diteruskan dengan perkongsian budaya oleh kedua-dua negara. Delegasi Malaysia memperkenalkan baju tradisi etnik - etnik di Malaysia iaitu dari etnik India (Sari), etnik Orang Ulu dan etnik Iban serta etnik Kadazandusun, manakala delegasi Indonesia memperkenalkan pakaian asli Tanjung Pinang yang dizahirkan dalam tarian selamat datang. Sementara menunggu untuk acara perkongsian makanan oleh kedua buah negara, agenda berbalas pantun secara spontan oleh kedua pasukan Malaysia dan Indonesia berlangsung. Kecekapan dan kepetahan kedua pasukan membeli dan membalas pantun secara spontan menunjukkan bahawa tradisi adat melayu tidak dilupakan oleh generasi muda masa kini.

Kemudian, sesi diskusi diteruskan melalui pertukaran idea, pendapat dan cadangan antara kedua universiti. Sesi diskusi ini memberi pengetahuan baru dari segi sistem pendidikan yang diguna pakai oleh kedua buah negara dan bagaimana sistem ini terlaksana. Acara diteruskan dengan perkongsian makanan oleh kedua pihak universiti. Bagi delegasi Malaysia, pihak PIS memperkenalkan Tangyuan (Makanan Kaum Cina), Badak Berendam (Makanan Kaum Melayu) dan Masalodeh (Makanan Kaum India) manakala pihak UMRAH memperkenalkan Sempolan iaitu siput sedut yang dimasak bersama sayur pucuk ubi, paku pakis, kangkung dan bayam. Rasanya seakan masak lemak cili padi tetapi lebih pedas serta teksturnya agak melekit kerana masakan itu dicampuri dengan tepung ubi. Setelah acara utama selesai, delegasi Malaysia menghiburkan peserta dengan aktiviti energizer untuk menghidupkan suasana dan beramah mesra dengan perwakilan pelajar UMRAH. Pihak UMRAH pula mempersembahkan gurindam 12 yang terkenal di Tanjung Pinang hasil ciptaan Raja Ali Haji dengan diiringi tarian. Nazam gurindam itu menyentuh jiwa serta menggamit memori klasik Melayu di mana unsur nasihat yang diwariskan kepada generasi dahulu berjaya mengajak para pendengar jatuh cinta kepadanya. Ia juga adalah garapan dari terjemahan naskhah al -Quran. Dalam diskusi bersama warga UMRAH, telah dinyatakan tentang pembukaan program-program diploma serta kursus pendek untuk pelajar antarabangsa di PIS. Tambahan lagi, wakil delegasi juga telah menyatakan hasrat untuk kunjungan kedua yang akan disertai oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Puan Hjh Rashidah Mustapa serta pegawai-pegawai pengantarabangsaan bagi tujuan memberikan keterangan lanjut berkaitan program yang telah disediakan.

Kemudian, kami menuju ke Panti Asuhan Muhammadiah yang menempatkan anak-anak yatim serta kurang berkemampuan. Di sana, kami melakukan aktiviti khidmat komuniti bersama mereka seperti persembahan boria, energizer, dan seterusnya melakukan gotong royong pembersihan kawasan panti asuhan tersebut. Sumbangan disampaikan kepada wakil Panti Asuhan berupa dana dari pihak delegasi Malaysia. Kami juga berpeluang menunaikan solat Asar berjemaah bersama mereka di surau. Meskipun hidup dalam serba sederhana, potensi diri anak - anak di panti asuhan ini tidak kurang hebatnya. Ada di antara mereka yang mempelajari ilmu seni mempertahankan diri iaitu silat. Persembahan seni silat dari Indonesia kepada kami sedikit sebanyak membuktikan bahawa hidup dalam kesederhanaan bukan punca utama untuk tidak berjaya. Apa yang lebih menarik minat kami apabila ada juga di antara mereka yang dianugerahkan suara yang lunak apabila mereka mendendangkan lagu kepada kami. Aktiviti di Panti Asuhan ini bukan terhenti setakat itu sahaja. Pelbagai lagi aktiviti yang telah dijalankan seperti pencarian pelajar yangb erani tampil ke hadapan, pencarian pelajar yang berbakat serta lawatan sekitar kawasan.

Sepanjang berada di Panti Asuhan ini, rakaman TV KEPRI terus dijalankan khusus untuk perjalanan program sepanjang tiga hari ini. Rakaman dimulakan dengan penglibatan YRC sebagai salah satu kelab yang aktif dalam program CSR dan kemudian diikuti dengan wakil delegasi Malaysia. TV KEPRI yang terkenal dengan tagline TVnya masyarakat Kepulauan Riau dilihat aktif dalam program-program bercorak kemasyarakatan khas untuk penduduk di sini. Program yang telah dijalankan oleh kami telah menarik minat YRC serta wartawan TV untuk dijadikan salah satu slot rancangan mereka. Aktiviti yang dijalankan adalah berkisar kepada kawasan sekolah, asrama dan sekitarnya. Kutipan sampah, pembersihan kawasan diselangseli bersama energizer yang dilakukan bersama para pelajar di sana. Bagi pelajar lelaki, perlawanan futsal dijalankan di antara delegasi Malaysia dan Indonesia untuk mengeratkan lagi ukhwah di antara mereka. Pihak YRC, pegawai serta wartawan masingmasing mencari sudut terbaik dalam penggambaran yang dijalankan dan seterusnya akan dipaparkan di dalam slot rancangan TV mereka. Kerjasama ini amat baik untuk hubungan kedua-dua negara dalam programprogram seterusya.

Keesokan harinya sebelum berangkat pulang ke Malaysia, kami dibawa ke Pulau Penyengat untuk melawati bangunan atau tempat peninggalan sejarah serta makam di Raja. Dikhabarkan di sinilah lahirnya Bahasa ibunda kita yang digelar Bahasa Melayu yang digunapakai sehingga ke hari ini. Seterusnya, pulang dari Pulau Penyengat kami dibawa ke pasar pagi untuk membeli cenderahati sebagai kenangan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan. Pasar itu boleh dikategorikan sebagai pasar dalam bangunan yang menjual pakaian, aksesori dan cenderahati. Antara tarikan utama pasar tersebut ialah kain pasang, telekung, kain batik dan kain pelekat. Perjalanan pulang diteruskan dengan menaiki feri ke Malaysia. Kami tiba di PIS pada jam 5.30 petang. ---- SEKIAN ---- mesra bicara kita berhimpun adanya kisah puteri putera dua negara kita serumpun hanya dipisah pentas samudera