SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MUZIK

dokumen-dokumen yang mirip
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MUZIK TAHUN SATU

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

PEMETAAN PENDIDIKAN MUZIK KSSR

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK TAHUN TIGA

PEMETAAN PENDIDIKAN MUZIK KSSR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK TAHUN SATU

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN MUZIK KSSR TAHUN 4. Menyanyikan lagu Budi Bahasa dengan pic yang betul.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN MUZIK KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

AMALAN BAHASA MELAYU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

Menyanyi lagu yang biasa didengar. Bergerak mengikut lirik lagu. Menyanyi lagu mengikut sebutan lirik. Mengenal alat muzik tidak berpic.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

PENDIDIKAN SENI KREATIF

MINGGU TAJUK/BIDANG OBJEKTIF KEMAHIRAN/ISI KANDUNGAN IMPAK CATATAN DI AKHIR PELAJARAN MURID KEMAHIRAN :

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6 SK BANDAR PUTRA KULAIJAYA MINGGU TAJUK/BIDANG OBJEKTIF KEMAHIRAN IMPAK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

KATERING DAN PENYAJIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

KESUSASTERAAN MELAYU

RANCANGAN TAHUNAN DUNIA MUZIK TAHUN 1 SK BANDAR PUTRA KULAIJAYA. Pengalaman Muzikal Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.

DISKRIPTOR B6D1 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN MUZIK (Memberi Respon Kepada Semua Elemen Muzik Secara Kreatif dengan Betul dan Tepat)

PENDIDIKAN MUZIK TAHUN LIMA

PENDIDIKAN MUZIK TAHUN LIMA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN REKA CIPTA TINGKATAN EMPAT 2002

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

Kurikulum Kebangsaan

PENDIDIKAN MUZIK TAHUN ENAM

PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PEMBELAJARAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI 2012 HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sukatan Pelajaran BAHASA MELAYU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MEMBUAT PERABOT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DISKRIPTOR B3D1 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN MUZIK (Memberi Respon Kepada Elemen Muzik)

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SENI VISUAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

RANCANGAN PELAJARAN DUNIA MUZIK TAHUN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DESKRIPTOR B5D1 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN MUZIK (Memberi respon kepada semua elemen muzik dengan betul dan tepat)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Transkripsi:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MUZIK

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah PENDIDIKAN MUZIK Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2000

Cetakan Pertama 2000 Kementerian Pendidikan Malaysia 2000 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang-mana-mana bahagian artikel,ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 110803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Sukatan pelajaran pendidikan muzik. ISBN 983-62-7110-4 1. Music study and teaching (Primary)- Malaysia 2. Music-Outlines,syllabi.etc l. Malaysia Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum. 372.87043

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. i v.

Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Muzik ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan memberi murid pengetahuan tentang unsurunsur muzik, pelbagai jenis muzik, pelbagai jenis alat muzik, serta memberi murid pengalaman menghasilkan muzik yang mudah. Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek Bahasa Muzik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif dan penghargaan estetik. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

PENDAHULUAN Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid. Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan, strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Masteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar. 1

MATLAMAT Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni. OBJEKTIF Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR, murid dapat: 1. mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan terminologi muzik 2. mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik 3. membaca dan menulis notasi muzik 4. mengetahui dan memahami teknik menyanyi 5. memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang betul 6. mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik 7. memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul 8. memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif 9. memperkembangkan daya penghargaan estetik terhadap karya dan persembahan muzik 10. menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan dengannya 11. mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan ingin mencuba 2

ORGANISASI KANDUNGAN Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR mengandungi program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Isi kandungannya memberi tumpuan kepada elemen pengetahuan dan kemahiran di samping mengambil kira penerapan nilai. Kurikulum ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik dalam seni muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan domain efektif murid khususnya dalam bidang kesenian. Selaras dengan itu, sukatan pelajaran ini digubal untuk membimbing murid ke arah menghayati dan menikmati muzik secara intelektual. Oleh yang demikian, kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Muzik KBSR disusun berdasarkan aspek-aspek berikut: i. Persepsi Estetik ii. Pengalaman Muzikal iii. Ekspresi Kreatif iv. Penghargaan Estetik Setiap aspek seterusnya diikuti dengan ceraian aspek yang mengandungi faktor-faktor yang lebih spesifik sebagai tumpuan pengajaran dan pembelajaran. Susunan keempat-empat aspek tersebut bukanlah suatu hierarki yang tetap. Susunan sedemikian adalah semata-mata bagi kemudahan mengorganisasikan kandungan sukatan pelajaran. 3

KANDUNGAN 1. PERSEPSI ESTETIK Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik 1. Dalam aspek ini, murid mengetahui dan memahami konsep bagi unsurunsur asas dalam muzik dan selanjutnya berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakuan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan menulis. 1.1 Irama 1.1.1 Detik, Tekanan dan Meter Detik Pembahagian meter: 2 3 4 6 4 4 4 8 Tekanan: tekanan detik dalam meter 2 3 4 6 4 4 4 8 1.1.2 Tempo Pelbagai tempo : lambat; cepat; sederhana. 1.1.3 Nilai not dan nilai tanda rehat Nilai not : semibrif; minim bertitik; minim; krocet; kuaver; semi kuaver Nilai tanda rehat: semibrif; minim; krocet; kuaver. 1 : Unsur muzik, istilah, konvensi notasi muzik 4

1.1.4 Corak irama Corak irama pada rentak: mac; waltz; masri; zapin; inang; joget; sumazau. Corak irama pada ostinato: ostinato irama. 1.2 Melodi 1.2.1 Pic Aras pic: pic tinggi; pic rendah. Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar; bertangga; melompat. Solfa: do re mi fah soh lah ti do re. 1.2.2 Skel Skel diatonik: major; minor harmonik. 1.2.3 Warna ton Warna ton pelbagai sumber bunyi: suara; alat muzik; perkusi badan; bahan improvisasi 2 ; bunyi alam sekitar. 1.2.4 Harmoni Jenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter; dron; ostinato melodi. 2 : Benda-benda yang digunakan sebagai alat untuk menghasilkan bunyi 5

1.2.5 Tekstur Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan: tebal; nipis. Jenis lapisan suara dalam tekstur: melodi kaunter; dron. 1.2.6 Bentuk Pembinaan bentuk : frasa. Jenis bentuk muzik: AB; ABA. 1.3 Ekspresi 1.3.1 Dinamik Aras dinamik: lembut; kuat. Perubahan dinamik: beransur lembut; beransur kuat. 1.3.2 Mud Deskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat; cemas; takut; tenang. 1.4 Sistem notasi 1.4.1 Lambang not muzik dan tanda rehat Not muzik: w h. h q. q e x Tanda rehat: 6

1.4.2 Tanda isyarat dan istilah baluk tekanan garis bar staccato klef trebel harkat ulangan kaitan frasa fermata piano tanda kromat forte ansur lembut 7

2. PENGALAMAN MUZIKAL 3 Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan alat muzik. Dalam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan permainan alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik mengikut teknik yang betul secara amali. 2.1 Pengetahuan teknik sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr 2.1.1 Teknik dalam nyanyian: postur; pernafasan; pengeluaran ton; sebutan. 2.1.2 Teknik dalam permainan perkusi: postur; cara memegang; cara memainkan. 2.1.3 Teknik dalam permainan rekoder: postur; pernafasan; penjarian; penglidahan; penghasilan ton. 2.1.4 Kriteria persembahan : keseimbangan; kesepaduan; koordinasi; etika. 2.2 Pengalaman muzik 2.2.1 Menyanyi: menyanyi pelbagai jenis lagu terdiri daripada lagu kanak-kanak, lagu patriotik, lagu budaya masyarakat Malaysia. 2.2.2 Memainkan alat perkusi: memainkan alat perkusi ringan; dram getar 4 ; dram tenor; dram bes bagi mengiringi nyanyian atau muzik instrumental. 3: Perkara yang ada kaitan dengan penghasilan muzik. 4: Dram yang mempunyai gegetar. 8

2.2.3 Memainkan rekoder: (a) memainkan not 3. EKSPRESI KREATIF (b) memainkan rekoder bagi mengiringi nyanyian atau muzik instrumental. Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif. Dalam aspek ini murid meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk bahan muzik. 3.1 Penerokaan Pengalaman menemui: meneroka pelbagai bunyi. 3.2 Improvisasi Pengalaman kreatif: mengimprovisasi lirik, corak irama, dan melodi 3.3 Reka Cipta Pengalaman kreatif: mereka cipta corak irama. 9

4. PENGHARGAAN ESTETIK Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya secara lisan dan bertulis. Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai terhadap bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam, mengenalpasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis, menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan bertulis. 4.1 Nyanyian Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik ( perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan. Pelbagai muzik vokal: nyanyian solo; nyanyian berkumpulan; nyanyian dua lapisan suara. 4.2 Muzik instrumental Memberi respon kepada pelbagi aspek tentang karya atau persembahan muzik instrumental seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan. Pelbagai muzik instrumental: solo; berkumpulan. 10