dapur pilihan teres dua tingkat Rona Segar Hamparan di Ruang Dapur dapur impiana Inovasi Dapur Terkini

dokumen-dokumen yang mirip
DAPUR kondominium. Penyelaras PUTRI ADILA MIRZA SAARI Teks MARLIANA SHAMSUDDIN Foto AHMAD SHAHIR OSMAN Ilham Dapur Moden.

DAPUR PILIHAN teres. dapur impiana Inovasi Dapur Terkini

dapur pilihan-semi-d dapur impiana Inovasi Dapur Terkini

Pesona Kabinet Kayu. Kekal Malar Hijau

Moden Dan Klasik. BERSATU DI RUANGAN DAPUR Penulis PUTRI ADILA MIRZA SAARI Foto BAIDIUZZAMAN AB MALEK. dapur pilihan

VINTAJ GATSBY KEDIAMAN

INTERIOR. Inspirasi RALPH LAUREN

Gaya Resort. Kayu Cetus TAMAN HEBAT DUA TAHUN MERANCANG AKHIRNYA TAMAN IMPIAN TAMPIL SEMPURNA. PROFIL taman

KUBIQ KITCHEN COVER STORY KUBIQ. NATASHA S FIRST CHOICE! With Kubiq, I did it my way! Pelakon. Penulis. Peragawati.

TAMAN HEBAT. PROFIL taman

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Interior. Foto g r a f e r Tri Rizeki Darusman M O D E R N & CLEAN LOOKS. Vol. 14 No. 01 Januari 2013

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan audit EKSA KUMPULAN 1

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) CAWANGAN PULAU PINANG JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

Barang Mesti Beli UNTUK KEDIAMAN ANDA!

KRITERIA PENILAIAN AMALAN 5S

Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Inspirasi TAMAN TROPIKA. Mampu Milik

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan

TUNJANG 6: KEMANUSIAAN UMUR 4 TAHUN

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

Arkib Negara Malaysia

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

3.6 REKA BENTUK BANDAR Profil Fizikal dan sosial budaya

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN

PANDUAN KESERAGAMAN EKSA

2. Staf biasa boleh memohon untuk tinggal di Perumahan Staf Universiti sekiranya rumah disediakan untuk staf biasa atau terdapat kekosongan.

Budaya Penyelenggaraan Kemudahan Kolej di Kalangan Mahasiswa: Kajian Kes di Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Dunia baru pesakit- kanser

HD9216 HD9217. Manual pengguna

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Elemen-elemen Binaan Rumah Melayu Tradisional; Implementasi Dalam Bentuk Kontemporari..

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KEPERLUAN PENYEDIAAN BILIK REGISTRI DAN BILIK REKOD

REKABENTUK ANTARAMUKA PENGGUNA DALAM PERSEKITARAN WINDOWS

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BUKU B. (5) yang selalu mengambil berat tentang diri saya. (6) belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Dramatic Lighting. Pencahayaan menjadi kekuatan desain pada apartemen yang terinspirasi dari gaya Jepang ini.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UiTM KELUAR Dari Rawang / Ipoh Lebuhraya Utara - Selatan. LEBUHRAYA LATAR Rawang/KL/Gombak/Selayang. Elmina Tol KEUNGGULAN DI PUNCAK KEMEWAHAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

SENI KRAF MELAYU DALAM SENIBINA LANDSKAP

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

IMBASAN PELAJARAN SEBELUM INI

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB I PENDAHULUAN. kerja-kerja memindah ataupun kerja-kerja penyimpanan.bahan-bahan seperti paip, dan

Model Pengurusan Strategik

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN PEYAKIN KESELAMATAN

Psikologi kognitif. Sinopsis:

KOMPONEN B: RUANG TEMPAT KERJA DAN PERALATAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Pengenalan kepada Ekonomi

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat

LAPORAN AMALI 4. Rajah 1 : Penumpuan cahaya oleh kanta penumpu.

Pengurusan Bilik Darjah

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

BAHAGIAN TERAS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

Program Membangunkan Keupayaan ICT MKM

Panduan semasa ditemuduga.

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

DENAH LT. 2 DENAH TOP FLOOR DENAH LT. 1

Modul MS Access 1: Pengenalan. 1.0 Mengenal pasti kegunaan perisian pangkalan data dalam menghasilkan bank data dan bank maklumat dalam pendidikan.

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

STRATA LWN BERTANAH Apakah Pilihan Anda?

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

Pada akhir pelajaran, murid dapat: Tatabahasa: Kosa kata umum mandur, perdu, betah,sabak Istilah -fasik, maniac, knob

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Insakh Pan Dukka. Faran bin Yusoff. Kota Bharu Kelantan Darul Naim

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

~ 1 ~ 2. Apa itu Pangkalan Data. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

Penafian 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Luka Terbakar dan Melecur

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

FASA 1 FASA 2 LENGKAP DENGAN TAMAN-TAMAN HIJAU UNTUK BERIADAH & BEREKREASI BERSAMA KOMUNITI REALISASIKAN IMPIAN ANDA DISINI BLOK A BLOK C BLOK B

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

Transkripsi:

dapur pilihan teres dua tingkat Rona Segar Hamparan di Ruang Dapur 44

Dapur berkonsepkan terbuka ini tampak begitu segar dengan sentuhan reka bentuk moden dan percikan rona kuning yang sangat menyerlah. Wajah segar dapur jelas dirasai sebaik memasuki kediaman yang berlokasi di pusat pentadbiran, Putrajaya ini. Dengan pesona dan garapan rona kuning pada permukaan kabinet, seolah memercik keceriaan dan kesegaran berterusan pada ruang dapur. Pemilik kediaman, Haneyza dan suaminya Long Ahmad berjaya menghadirkan satu ruang dapur yang lari daripada konsep tipikal pada ruang dapur. Hasilnya, sebuah dapur yang mendapat sentuhan rona kuning dapat dijelmakan. Meskipun rona sebegini kurang menjadi pilihan, namun ternyata keputusan yang dibuat pasangan suami isteri ini membuahkan hasil yang begitu menyerlah dan mengagumkan. Semuanya bermula dengan perbincangan antara kami berdua dan pihak Reno Concept. Saya menginginkan sebuah dapur yang berona pastel. Meskipun warna kuning bukanlah warna kegemaran saya, namun hasil perbincangan bersama, kami akhirnya memilih rona kuning sebagai warna yang bakal menghiasi ruang dapur ini, ujar Haneyza. Dapur yang berkonsep terbuka, sedia menerima tetamu yang hadir ke kediaman ini. Konsep terbuka membenarkan ruang dapur dikongsi dengan ruang tamu dan ruang makan yang bersebelahan dengan dapur. Hal ini ditambah dengan faktor lokasi dapur yang berada bersebelahan pintu masuk. Tetamu boleh melihat ruang dapur sebaik memasuki kediaman Long Ahmad dan Haneyza. 45

Konsep terbuka sering dikaitkan dengan elemen kekeluargaan. Dapur terbuka membolehkan pemilik melakukan kerja dapur seperti memasak atau membakar kek sambil memantau anak kecil yang menonton televisyen di kaunter bar. Di samping itu, dapur yang dihubungkan secara harmoni dengan ruang lain dalam kediaman membolehkan pemilik berinteraksi dengan tetamu ketika menyiapkan makanan. Pendeknya, dapur terbuka mampu menjadi medium sosial yang baik di kalangan ahli keluarga mahupun tetamu yang hadir. Menjadi pelengkap kepada dapur terbuka ini, pereka menghadirkan sebuah kaunter bar yang berfungsi begitu efisien dan versatil. Pemilik boleh menjadikan kaunter bar sebagai ruang menikmati sarapan, menyediakan dan menyajikan makanan. Fungsi kaunter bar ini pula tidak terhad, ia juga berperanan sebagai zon storan yang begitu baik. Laluan trafik yang memanjang memudahkan pemilik kediaman melakukan kerja dapur. 46

Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan reka bentuk dapur yang dibawakan oleh Reno Concept. Pereka bukan sahaja banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai rekaan dapur, malah sentiasa terbuka dengan idea yang kami lontarkan. 47

Pemilik : Long Ahmad Rosli Long Hassan & Haneyza Idris Jenis kediaman : Teres dua tingkat Lokasi : Putrajaya INFO RINGKAS DAPUR Lokasi: Projek/Pereka: RENO CONCEPT, Seksyen 13 Shah Alam (03 55131932) Konsep dapur : Moden kontemporari Material pintu kabinet dasar : High gloss Material pintu kabinet gantung : Reflective glass Material kaunter top : Batu quartz Komposisi unit dapur : Peletakan kabinet pada pelan lantai L dengan menempatkan dua dapur gas dan induksi dan zon penstoran. Sebuah kaunter bar sebagai zon penyediaan dan menyajikan makanan dan dilengkapi tiga unit kerusi. Pentingkan storan dan minat masak Tatkala penulis tiba di kediaman Long Ahmad dan Haneyza, pemilik kediaman baru sahaja menyiapkan resipi kek kegemaran keluarga mereka. Haneyza sememangnya begitu meminati segala yang berkaitan masakan terutamanya membakar kek. Justeru tidak hairan, sebahagian zon penstoran dijadikan tempat penyimpanan perkakasan untuk memasak atau membakar kek. Ya, zon penstoran begitu dititikberatkan oleh pemilik kediaman. Saya dan ahli keluarga gemar membakar kek. Justeru, kami menggunakan zon storan sebaik mungkin dengan meletakkan perkakasan dan bahan membuat kek. Sistem aksesori yang melengkapi zon storan juga membuatkan kerja bertambah mudah di dapur, ujar Haneyza. Dapur moden ini tidak terkecuali dengan aktiviti memasak yang dilakukan pada setiap hari. Haneyza mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti memasak dan ini mendorongnya untuk menghadirkan dua jenis dapur masak yang terdiri dari dapur gas dan dapur induksi. Menurut Haneyza, dia lebih selesa menggunakan dapur induksi ketika memasak. Namun demikian, dapur gas tetap ditampilkan kerana mendapat permintaan ibunya yang turut menetap di kediamannya. Pengalaman memasak menggunakan dapur gas dan dapur induksi memang berbeza. Ada sesetengah masakan memang memerlukan api agar pengalaman memasak itu dapat dirasai lebih hebat dan puas. Lagipun ibu saya lebih gemar memasak di dapur gas mendorong saya menampilkan keduadua jenis dapur, jelas Haneyza. Ruang storan dimanfaatkan dengan dijadikan tempat menyimpan perkakasan membuat kek. 48

Kehadiran dapur gas dan induksi di ruangan yang sama membolehkan pemilik kediaman memiliki pengalaman memasak yang hebat. 49

Eric, pereka dari RENO CONCEPT Material moden diaplikasikan Memadankan ciri moden yang ingin dibawakan pada ruang dapur, pereka menggunakan pintu kabinet yang mendapat sentuhan kemasan high gloss. Kemasan ini membantu penggayaan yang lebih anggun pada ruang dapur selain memiliki banyak kelebihan daripada segi teknikal. Ia tidak mudah calar dan permukaan yang lembut dapat mengelakkan pembiakan bakteria. Manakala, pada bahagian kabinet gantung, pereka membawakan kemasan reflective mirror pada pintu kabinetnya. Kehadiran kemasan kaca memberi ilusi ruang berganda pada dapur yang bersaiz 8 kaki x 16 kaki ini. Ia juga membantu daripada segi pencahayaan dengan memantulkan cahaya daripada lampu di dapur. 50 Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan reka bentuk dapur yang dibawakan oleh Reno Concept. Pereka bukan sahaja banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai rekaan dapur, malah sentiasa terbuka dengan idea yang kami lontarkan. Akhirnya kami dapat merealisasikan dapur idaman yang moden dan minimalis di kediaman kami, ungkap Haneyza. Konsep terbuka pada dapur membolehkan Haneyza memantau aktiviti anaknya ketika bekerja di dapur.