POLISI MYGIFT UMP 1.0 PENGENALAN & LATARBELAKANG

dokumen-dokumen yang mirip
POLISI MYGIFT UMP. 2.2 Membangun dan memajukan dana atau harta yang diperolehi melalui kerjasama pihak yang sesuai bagi pihak UMP.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

TATACARA PENGURUSAN TABUNG ENDOWMEN/WAKAF DAN TABUNG SUMBANGAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

2. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & PENGEMBANGAN ILMU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2015

Universiti Malaysia PAHANG

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA (SPLN)

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

BAB 6 PENGURUSAN ASET

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

PENGURUSAN KUMPULANWANG AMANAH

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

UTHM.PB/100-6/4/1(26) 8 Disember 2012 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2012

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

2, Penjanaan sumber dalaman pada masa ini telah banyak dilaksanakan di PTj. Antaranya

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

EDARAN PEKELILING PENTADBIRAN BIL.3 TAHUN 2010 KEAHLIAN KELAB REKREASI DAN SUKAN

GARIS PANDUAN BERKAITAN INDUSTRY- CENTRE OF EXCELLENCE (I-CoE) Universiti Malaysia Pahang

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 Tahun 2014 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERUBAHAN MEMBERI KESAN KEPADA SISTEM PENGURUSAN KUALITI

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

YAYASAN NO. SYARIKAT: M

I~""00".-J_I N I~SH I lis tsot001 : 2000REO. NO.AR3Ill SUitusInstitution Cert No:

Universiti Malaysia PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

EDARAN PEKELILING PENTADBIRAN BIL.2 TAHUN 2010 : TATACARA KERJA LEBIH MASA. Dengan harmatnya saya diarah menarik perhatian berhubung perkara di atas.

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN LIBATSAMA INDUSTRI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

Transkripsi:

Universiti Malaysia Pahang Kertas JKPU Bil. /Tahun (2015) POLISI MYGIFT UMP 1.0 PENGENALAN & LATARBELAKANG 1.1 Bermula tahun 2012, lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara telah menerima taraf universiti autonomi, sekali gus menyaksikan transisi perubahan dunia pendidikan negara. Pemberian taraf autonomi adalah untuk mempertingkatkan daya saing IPTA negara supaya menjadi antara institusi terbaik dunia. Pada masa sama, ia meningkatkan tahap profesionalisme IPTA dalam pengendalian empat bidang iaitu tadbir urus institusi, kewangan dan penjanaan kekayaan; pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta kemasukan pelajar. 1.2 Kebanyakkan universiti terkemuka dunia seperti Massachusetts Institute of Technology di Amerika Syarikat dan Nanyang Technological University di Singapura menjadikan kekuatan alumni mereka sebagai salah satu cara untuk meningkatkan jumlah perolehan dana endowmen di insitusi masing-masing. Model yang sama juga telah digunakan oleh universiti tempatan seperti UTM. 1.3 Pihak UMP berusaha untuk melonjakkan usaha mendapatkan Endowmen dari badan - badan dalam dan luar negara. Dana ini merupakan satu bentuk dana yang disalurkan oleh individu mahupun syarikat persendirian yang ingin menyalurkan bantuan kewangan kepada insitusi pendidikan bagi tujuan pembangunan pendidikan. Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk aktiviti pengembangan ilmu yang telah dipersetujui secara bersama. 1.4 Idea mengenai MyGift ini timbul hasil daripada menghadiri seminar World University Forum di Amerika Syarikat pada penghujung tahun 2014. Satu jawatankuasa sementara telah dibentuk dan digerakkan untuk merangka dan membangunkan program serta sistem portal program MyGift. 1.5 Pada peringkat permulaannya pihak jawatankuasa sementara telah melihat UTM, UM dan UPM sebagai salah satu usaha menandaras. Lawatan ini juga telah dilakukan untuk melihat struktur serta inisiatif yang telah dijalankan oleh ketiga-tiga universiti yang terlibat dalam usaha untuk menjana dana endowmen. 1.6 Hasil daripada siri perbincangan ini satu sistem pembayaran atau tatacara menderma serta portal MyGift juga telah berjaya dibangunkan pada penghujung Mei 2015.

1.7 Kertas kerja ini telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali Ke-91, Bilangan 2/2015, pada 14 Mei 2015 dan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Kali Ke-24, Bilangan 2/2015 pada 15 Jun 2015. Satu bengkel khusus bagi membincangkan mengenai pembangunan Polisi MyGift juga telah diadakan pada 15 hingga 16 Ogos 2015, bertempat di The Royale Bintang, The Curve Damansara. Kertas kerja ini sekali lagi dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali Ke-94, Bilangan 5/2015, pada 11 November 2015 untuk semakan semula dan penambahbaikan. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Polisi ini disediakan adalah untuk menyediakan satu panduan kepada warga UMP dan ahli-ahli Kelab Alumni, Universiti Malaysia Pahang mengenai satu program endownmen iaitu MyGift UMP kepada warga UMPwarga UMP dan ahli-ahli Kelab Alumni meraih dana dalam bentuk kewangan untuk Universiti Malaysia Pahang. 2.3 Polisi ini juga menjelaskan mengenai kaedah-kaedah pemberian insentif kepada pihak-pihak yang terlibat melalui 9 tabung yang telah diwujudkan. 3.0 DEFINISI DAN JENIS ENDOWMEN & DERMA 3.1 Endowmen Endowmen adalah pemindahan wang atau harta sebagai derma untuk UMP. Endowmen mempunyai terma dan syarat tertentu dalam penggunaannya. Dalam sesetengah keadaan, endowmen perlu dibelanjakan dengan cara tertentu atau dilaburkan tanpa menjejaskan pelaburan pokok secara berterusan ataupun untuk tempoh masa yang tertentu. Ini membolehkan sumbangan tersebut memberi impak dalam jangka masa lama berbanding jika ia dihabiskan sekaligus. 3.2 Sumbangan kepada Tabung Sumbangan secara sukarela kepada tabung boleh diberikan dalam bentuk tunai atau barangan. Sumbangan ini tidak boleh ditarik balik. Sumbangan ini boleh dikategorikan masing-masing kepada 'terhad' atau 'tidak terhad'. 'Terhad' bermakna penderma menentukan keadaan di mana sumbangan yang boleh digunakan. 'Tidak Terhad' bermakna penderma tidak menetapkan apaapa syarat bagi pemberian hadiah. 2

3.3 Endowmen dan Sumbangan Tabung yang tidak diterima Berikut adalah senarai endowmen dan sumbangan tabung yang tidak diterima oleh UMP: (i) Endowmen dan Sumbangan Tabung yang tidak konsisten dengan dasar dan polisi universiti. (ii) Endowmen dan Sumbangan Tabung yang menghalang universiti untuk menerima sumbangan lain. (iii) Endowmen dan Sumbangan Tabung yang boleh mewujudkan elemenelemen diskriminasi. (iv) Endowmen dan Sumbangan Tabung yang melanggar undang-undang dan peraturan yang terpakai di UMP. JENIS TABUNG Endowmen Kursi PENGISIAN/AKTIVITI Dana atau derma dari pertubuhan atau yayasan sukarela untuk penubuhan Kursi Kecemerlangan di universiti seperti Kursi Automotif untuk menjalankan aktiviti seperti wacana ilmiah, akademik, penyelidikan, penerbitan dan perkongsian ilmu serta pembinaan kapasiti. Universiti yang memiliki banyak dana boleh mengadakan pelbagai aktiviti di seluruh dunia seperti penyelidikan, membayar gaji Professor ternama dan menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang sehingga menjadikannya terkenal dan maju. Endowmen Tajaan Makmal/Kemudahan Bagi membiayai kos pembinaan dan peralatan saintifik seperti untuk mewujudkan makmal bergerak bagi membantu meningkatkan lagi industri negara. Tabung Endowmen ini juga bertujuan agar lebih ramai mahsiswa dapat menikmati biasiswa dan kemudahan yang disediakan, selain menyediakan pelbagai prasarana untuk merancakkan aktiviti akademik di universiti seperti makmal termaju dan geran penyelidikan. Syarikat-syarikat korporat yang berminat boleh memilih untuk menaja mana-mana makmal yang disenaraikan untuk ditaja bagi memacu kegemilangan penyelidikan di UMP khasnya dan Malaysia amnya. Makmal yang ditaja akan dinamakan dengan nama individu atau syarikat korporat yang terlibat bagi menghargai peranan dan sumbangannya. 3

Endowmen Pelajar Biasiswa Membantu mahasiswa dari keluarga miskin atau yang menghadapi masalah kewangan untuk menamatkan pengajian di peringkat universiti. Di samping itu juga, dana ini turut dapat menyokong para pelajar yang cemerlang dalam pelajaran untuk menyambung pelajaran yang lebih tinggi di UMP serta memberi peluang kepada para pelajar untuk mengikuti program-program keilmuan di luar negara yang memerlukan kos yang tinggi. Tabung Ramadhan Tabung Masjid Dijalankan sepanjang tahun terutama dalam bulan Ramadan dan Syawal untuk mengumpul dana sumbangan daripada seluruh warga universiti meliputi warga UMP, mahasiswa, alumni, individu dan syarikat korporat bagi meningkatkan Tabung Endowmen selaras dengan ajaran Islam yang mengalakkan, umatnya melakukan amal jariah sempena bulan yang mulia. Pelbagai sumbangan dalam bentuk wang ringgit ataupun peralatan bagi membantu pelbagai aktiviti dan pembangunan Masjid UMP serta lain-lain masjid yang memerlukan. Penderma mempunyai pilihan untuk menyumbang ke dalam tabung Masjid UMP secara terus atau secara atas talian. Tabung Wakaf Program wakaf ini ditujukan kepada individu atau syarikat korporat untuk menyumbangkan peralatan, kemudahan, kenderaan, tanah, bangunan dan tunai bagi tujuan wakaf. Tabung Bencana Bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa yang menghadapi bencana seperti bencana banjir, kebakaran atau kemusnahan harta benda disebabkan malapetaka dengan meringankan bebanan mereka sama ada dalam bentuk wang ringgit mahu pun barangan. Aktiviti di bawah tabung bencana UMP telah bermula sejak tahun 2013. Banjir besar yang melanda Negeri Pahang pada tahun 2013 menjadikan UMP lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang sama pada tahun akan datang. Pengagihannya tidak dikhaskan kepada bencana banjir semata-mata. Ia juga turut meliputi lain-lain bencana seperti kebakaran, tanah runtuh dan lain-lain musibah yang dikelaskan sebagai bencana. Tabung Komuniti Program pemindahan ilmu turut menjadi tumpuan UMP. 4

Selain menumpukan dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pengkomersialan dan keusahawanan, UMP turut memainkan peranan untuk memasyarakatkan university seperti program bersama asnaf, ibu tunggal dan masyarakat orang asli. Pelbagai program yang direka khusus untuk merapatkan jurang di antara masyarakat dan komuniti universiti. Ianya juga untuk menyokong program-program yang melibatkan universiti, komuniti dan industri. Tabung Sumbangan Tidak Patuh Syariah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23 hingga 25 Jun 2009, telah memutuskan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperoleh dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri. Pengurusan tabung yang mana asetnya sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barangan yang tidak ketahui tepat dari mana sumbernya akan diuruskan dengan cara yang betul. 4.0 PENTADBIRAN 4.1 MyGift akan ditadbir oleh Unit Kelestarian dibawah Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK), Jawatankuasa Pengurusan Amanah dan Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Universiti Malaysia Pahang. 4.2 Pentadbiran 3 tabung endowmen adalah berasaskan kepada pelaburan simpanan tetap. 4.3 Manakala pentadbiran 6 tabung lain adalah berdasarkan aktiviti dengan kelulusan dan makluman Pemegang Amanah yang telah dilantik. 4.4 Proses-proses dan borang-borang berkaitan boleh dirujuk pada Lampiran I, II, dan III. 5

5.0 TATACARA PENGURUSAN ENDOWMEN DAN GIFT 5.1 Insentif MyGift Bagi menggalakkan penglibatan warga UMP dan ahli-ahli Kelab Alumni dalam aktiviti penjanaan pendapatan universiti, setiap sumbangan yang dibawa masuk akan dikategori kepada peringkat dan peratusan insentif/caj pentadbiran seperti kadar di bawah: NO KATEGORI JUMLAH SUMBANGAN INSENTIF UNTUK INDIVIDU/ KUMPULAN 1 Diamond dari RM500,001.00 dan ke atas 3% 2 Platinum dari RM250,001.00 hingga RM500,000.00 3% 3 Gold dari RM100,001.00 hingga RM250,000.00 4% 4 Silver dari RM50,001.00 hingga RM100,000.00 4% 5 Bronze dari RM30,000.00 hingga RM50,000.00 5% Jadual 1: Kadar Peratus insentif bagi Sumbangan Kewangan 5.3 Setiap sumbangan layak untuk dikecualikan cukai pendapatan Sub Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967: Rujukan: LHDN. 01/35/42/51/179-6.5693 Tarikh Kuatkuasa: 15.04.2005 Warta Kerajaan: Bilangan 12546 5.4 Sumbangan dalam bentuk cek/tunai perlu dialamatkan kepada BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, akaun nombor Maybank MBB 556235304236. Sumbangan secara atas talian juga boleh dibuat melalui laman sesawang MyGift, UMP di http//www.mygift.ump.edu.my. 5.5 Panduan Pentadbiran 5.5.1 Tabung-tabung yang terlibat dengan pemberian insentif adalah: i. Endowmen Kursi ii. Endowmen Tajaan Makmal/Kemudahan iii. Endowmen Biasiswa Pelajar iv. Tabung Ramadhan v. Tabung Masjid 6

vi. Tabung Wakaf vii. Tabung Bencana viii. Tabung Komuniti 5.5.2 Pemberian insentif melalui Tabung Sumbangan Tidak Patuh Syariah tidak termaktub dalam pemberian insentif dengan mengambilkira pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam yang memutuskan bahawa harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri. 5.5.3 Warga UMP atau ahli-ahli Kelab Alumni boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan dana kewangan daripada manamana individu/syarikat/industri yang berpotensi serta perlu bertanggungjawab untuk menjaga nama baik UMP sepanjang perbincangan dijalankan. 5.5.4 Hanya sumbangan yang bernilai RM30,000.00 ke atas sahaja layak untuk diberikan insentif seperti di JADUAL 1: Kadar Peratus Caj Pentadbiran bagi Sumbangan Kewangan, perkara 5.2. 5.5.5 Warga UMP dan ahli-ahli kelab perlu mendaftarkan nama dan pihak yang sedang warga UMP atau ahli-ahli Kelab Alumni berurusan sebelum atau selepas perbincangan telah dimuktamatkan. Hanya nama warga UMP atau ahli-ahli Kelab Alumni sahaja akan didaftarkan. 5.5.6 Jika urusan perbincangan itu melibat lebih dari seorang warga UMP atau ahli Kelab Alumni, ketua inisiatif perlu dilantik dikalangan warga UMP atau ahli Kelab Alumni yang terlibat. 5.5.7 Ketua inisiatif perlu mengisytiharkan nama warga UMP atau ahli Kelab Alumni atau individu (jika melibatkan bantuan dari pihak ketiga) yang terlibat dalam menjayakan urusan tersebut berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui oleh semua pihak kepada Pegawai Unit Kelestarian bagi mengelakkan sebarang masalah pembahagian insentif di kemudian hari. Nama-nama individu yang terlibat perlu dimaklumkan melalui borang yang disediakan oleh Unit Kelestarian. 7

5.5.8 Ketua inisiatif bertanggungjawab untuk memaklumkan penyumbang mengenai caj pentadbiran yang akan dikenakan terhadap sumbangan yang disalurkan. 5.5.9 Ketua inisiatif perlu memastikan urusan perundingan berjaya bagi membolehkan Unit Kelestarian meluluskan pembayaran insentif kepada individu yang terlibat dengan menyertakan bukti sumbangan. 5.5.10 Unit Kelestarian akan membantu jika diperlukan. Walau bagaimanapun pembahagian insentif akan turut melibatkan Unit Kelestarian dengan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui. 5.5.11 Pihak UMP tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan apa-apa bentuk modal seperti tiket penerbangan untuk mendapatkan dana bagi tabung di bawah MyGift. 5.5.12 Warga UMP yang dilantik sebagai urusetia yang menguruskan urusan MyGift adalah tidak layak menerima insentif berdasarkan kepada klausa ini. 6.0 LEMBAGA PEMEGANG AMANAH MY GIFT 6.1 Tujuan Penubuhan Menerajui perlaksanaan strategi dalam mendapatkan Dana Endowmen Universiti dan menentukan hala tuju dana. 6.2 Fungsi Jawatankuasa i. Memastikan pengurusan 3 tabung endowmen Universiti dan 6 tabung dana lain berkembang dan diuruskan dengan baik oleh Jawatankuasa Pengurusan Amanah dan mencapai objektif penubuhannya. ii. Membantu Jawatankuasa Pengurusan Amanah dalam merangka dasar dan strategi dalam mendapatkan dana daripada pihak luar. iii. Memantau prestasi pengumpulan dana supaya mencapai objektif yang dihasratkan. iv. Membantu menghubungkan Jawatankuasa Pengurusan Amanah dengan mana-mana agensi/organisasi yang berkaitan untuk menyumbang ke Endowmen dan Tabung yang diwujudkan. 6.3 Lembaga Pemegang Amanah mesti bersidang sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau apabila keperluan mendesak dari masa ke masa. 8

6.4 Lembaga Pemegang Amanah Pengerusi Ahli Jawatankuasa Setiausaha Pengerusi Lembaga UMP i. Naib Canselor UMP ii. Pendaftar UMP iii. Wakil Komuniti Bendahari UMP 7.0 TOR MESYUARAT (KUORUM) 7.1 Lembaga Pengurusan Amanah dan JK Pengurusan Amanah akan menentukan terma rujukan berdasarkan skop dan fungsi yang diluluskan oleh universiti. Struktur Governan Pengurusan My Gift 8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN AMANAH MY GIFT 8.1 Tujuan Penubuhan Jawatankuasa Membantu melaksanakan strategi dan dasar yang telah dirangka oleh Lembaga Pemegang Amanah UMP dalam usaha mendapatkan sumber kewangan daripada pelbagai organisasi. 8.2 Fungsi Jawatankuasa: i. Melaksanakan strategi dan dasar yang telah dirangka bagi mencapai sasaran perolehan dana. ii. Merangka polisi, polisi dan peraturan berhubung tatacara pengurusan akaun endowmen dan tabung iii. Memantau prestasi pengumpulan dana. iv. Memastikan segala sumbangan dan perbelanjaan diuruskan berdasarkan polisi dan peraturan yang telah ditetapkan. 9

v. Bertanggungjawab dalam penyediaan laporan dan penyata seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah. vi. Membangunkan garis panduan dan prosedur bagi pengurusan dan pentadbiran My Gift vii. Menentukan skop dan tanggungjawab urusetia My Gift 8.3 Struktur Jawatankuasa Pengurusan Amanah: Pengerusi Ahli Jawatakuasa Urusetia Naib Canselor 1. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa 2. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 3. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) 4. Penolong Naib Canselor, Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti 5. Penolong Naib Canselor, Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat 6. Pengarah Kerja, Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta 7. Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan 8. Pengerusi Alumni, UMP 9. Bendahari Pegawai Unit Kelestarian 8.4 Pematuhan Polisi ini tertakluk kepada pematuhan kepada undang-undang terpakai Universiti Malaysia Pahang. 8.5 Pindaan dan semakan polisi Polisi ini boleh dipinda dari masa ke semasa. 10

LAMPIRAN 1 PROSES-PROSES MYGIFT 11

LAMPIRAN 2 Ketua Unit Kelestarian Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Lebuhraya Tun Razak 26300 Kuantan Pahang Darul Makmur PERMOHONAN KEBENARAN DAN PEMBAHAGIAN INSENTIF MYGIFT Tarikh: Tuan, MEMOHON KEBENARAN DAN PERSETUJUAN PEMBAHAGIAN INSENTIF MYGIFT Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya No. Kad Pengenalan: selaku ketua inisiatif mewakili ahli-ahli memohon kebenaran untuk menjalankan kerja-kerja bagi mendapatkan dana bagi program MyGift dan bersetuju dengan pembahagian insentif MyGift seperti jadual di bawah: No Nama Peranan/F ungsi % Pembahagian No. untuk dihubungi 1 Ketua 30 2 Ahli 1 20 3 Ahli 2 20 4 Ahli 3 15 5 Ahli 4 15 (Sila tambah baris jika melebihi ruang di atas) 3. Untuk makluman pihak saya/kami sedang berurusan dengan individu/syarikat seperti maklumat di bawah: No Nama Syarikat/Individu PIC Sasaran perolehan 12

(Sila tambah baris jika melebihi ruang di atas) Pihak saya/kami juga bersetuju untuk dikenakan pemotongan ke atas kos sebenar daripada pembahagian insentif yang telah dipersetujui seperti jadual di atas sekiranya pihak saya/kami menggunakan apa-apa peruntukan universiti bagi tujuan perolehan mana-mana dana bagi 9 tabung yang telah disenaraikan. 4. Pihak saya/kami juga bersetuju bahawa pemberian insentif akan dibuat apabila wang telah dimasukkan sepenuhnya kepada akaun UMP melalui pengesahan Unit Kelestarian bahawa sejumlah wang yang dijanjikan telah berada di dalam akaun tabung yang dimaksudkan. 5. Pihak saya/kami bertanggungjawab untuk menjaga nama baik universiti sepanjang proses perundingan serta bertanggungjawab sepenuhnya bagi segala tindakan saya/kami sepanjang urusniaga berlangsung. Sekian, terima kasih. Yang benar,.. (NAMA PENUH KETUA) NO K/P: 13

LAMPIRAN 3 KEBENARAN BAGI MENJALANKAN KERJA-KERJA MENDAPATKAN DANA MYGIFT Nam Individu/Ketua Inisiatif Tarikh: Tuan, KEBENARAN BAGI MENJALANKAN KERJA-KERJA MENDAPATKAN DANA BAGI PROGRAM MYGIFT Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Pihak Universiti Malaysia Pahang mengambil maklum mengenai usaha pihak tuan/puan untuk mendapatkan dana bagi program MyGift. 3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan bertanggungjawab untuk menjaga nama baik universiti sepanjang proses perundingan. Pihak tuan/puan juga bertanggungjawab sepenuhnya bagi segala tindakan sepanjang urusniaga berlangsung. Sekian, terima kasih. Yang benar,.. (NAMA PENUH) Penolong Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti S.k Naib Canselor Ketua Unit Kelestarian 14