PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

SOALAN NO. 15 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

SOALAN NO. 29 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB BUKAN LISAN IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL [ KANGAR] 9 JUN 2014 (ISNIN)

NO. SOALAN: 126 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI TIONG KING SING

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

SOALAN NO. 16 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

DEWAN RAKYAT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KETIGA BELAS (2014)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN (SIB UTI] 5 NOVEMBER 2014 (RABU) Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang ( Sibuti ] minta MENTERI

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

SOALAN NO: 504 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Tuan Ramkarpal Singh a/i Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta SOALAN NO. 14 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN [ KULIM BANDAR BAHARU 1 16 OKTOBER 2014 ( KHAMIS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

MEMUPUK PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

AGENSI-AGENSI PELAKSANA PEMBANGUNAN KOMUNITI DALAM NEGARA FEM3331

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

FACT SHEET

Civil Defense Emergency Response Team (CDERT) dalam menguruskan masalah

NOTA: [R:UJUK PENY AT A RASMI HARlAN (HANSARD))

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT LIS AN 11 JUN 2014

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

SOALAN NO: 131 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KETIGA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

jalankan. Nyatakan bantuan-bantuan dan atau program-program untuk

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG]

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT LISAN 29 MAC 2017

KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TIDAK DIJAWAB DI DALAM DEWAN. (SOALAN NO. 3, NO.6, NO.

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

NO. SOALAN: 263 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PERTANYAAN DARI PAD A BERTULIS DATO' IR. NAWAWI BIN AHMAD [ LANGKAWI]

minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT LIS AN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

M ESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KETIGA BELAS(2017) DEW AN RAKYAT. Dato' Hajah Norm ala Binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]

DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN LISAN LISAN 24 MAC 2015

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

MAJLIS SAMBUTAN KETIBAAN MH8325 (KETIBAAN PULANG KUMPULAN TERAKHIR JEMAAH HAJI KE TANAH AIR) OLEH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 5 NOVEMBER 2014 (RABU) dalam memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dalam

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KANDUNGAN KANDUNGAN GLOSARI FALSAFAH DAN PRINSIP OBJEKTIF DAN STRATEGI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED (PULAI)

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN INKLUSIF

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KETIGA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

Undang-Undang Malaysia

Ahli Kimia (Pindaan) 1 D.R. 1/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975.

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

bererti bekerjasama mencapai tujuan bersama yang tidak dapat dicapai oleh individu atau organisasi (Kagan, 1991).

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

Membudayakan Penyelidikan Dalam Perkhidmatan Awam

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SENARAI TUGAS GURU BESAR

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. menyatakan senarai jumlah kes Skim Cepat Kaya di bawah Akta

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

JPA(BPO)(S)328/2Klt.2(29) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN

PERANAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM) DALAM PENGURUSAN BENCANA Oleh

1/05> NO. SOALAN: 71 DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT] SOALAN. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT] minta MENTERI

kakitangan dan struktur syarikat berkenaan. Adakah perlunya

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHO YUSOFF [RANT AU PANJANG] 6 NOVEMBER 2014

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PERANCANGAN STRATEGIK UITM CAWANGAN JOHOR

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH VB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

SOALAN: 241 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN M. KULA SEGARAN AIL V. MURUGESON [ IPOH BARAT]

Transkripsi:

SOALAN NO. 358 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : JAWAB BUKAN LISAN DARIPADA TUAN AHMAD MARZUK BIN SHAARY [BACHOK] TARIKH 7 MAC 2016 (ISNIN) SOALAN Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kes penderaan dan penculikan kanak-kanak bagi tahun 2015 dan apakah langkah Kerajaan bagi menangani masalah ini. i ft

JAWAPAN: YB DATO* SRI ROHANI ABDUL KARIM. MENTERI PEMBANGUNAN WANITA. KELUARGA DAN MASYARAKAT Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin dan memandang serius akan kes penderaan dan penculikan ke atas kanak-kanak yang merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa hadapan negara. Merujuk kepada statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada JKM pada tahun 2015 adalah sebanyak 2,270 kes. Merujuk kepada statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kes penculikan kanak-kanak yang dilaporkan kepada PDRM pada tahun 2015 adalah sebanyak 2 kes. Bagi menangani kes penderaan kanak-kanak, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang melibatkan penggubalan dasar dan perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan serta pelaksanaan 2

program advokasi. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut: Akta Kanak-Kanak 2001 Akta Kanak-Kanak telah digubal pada tahun 2001 bagi memelihara, melindung dan memulihkan mangsa kanak-kanak. Mereka yang melakukan penganiayaan atau mendedahkan kanak-kanak hingga menyebabkan kanak-kanak mengalami kecederaan fizikal, emosi atau seksual boleh disabitkan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Apabila disabitkan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20.000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak Bahagian II Akta Kanak-Kanak 2001 juga memperuntukkan penubuhan Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak untuk menasihati Menteri tentang aspek perlindungan kanak-kanak. Seterusnya Majlis ini mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) yang dianggotai oleh seorang Pelindung (Pegawai Kebajikan Masyarakat) sebagai Pengerusi, pegawai perubatan, pegawai kanan polis serta anggota masyarakat yang prihatin terhadap isu sosial yang melibatkan kanak- 3 M

kanak. Fungsi utama PPKK adalah untuk menyelaras perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan. Pada masa ini terdapat 134 buah PPKK di seluruh negara. Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Kerajaan telah menggubal Dasar Perlindungan Kanak-Kanak pada bulan Julai 2009 untuk memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan sewajarnya. Dasar ini turut memastikan komitmen menyeluruh diambil oleh semua pihak, termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak dalam melindungi kanak-kanak khususnya daripada sebarang bentuk keganasan mental dan fizikal, kecederaan, pengabaian, penderaan atau eksploitasi dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Selain itu, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) telah ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan advokasi kepada keluarga dan kanak-kanak berisiko tinggi dalam aspek penderaan dan pengabaian. Kini terdapat 149 PAKK di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada 20,000 orang kanak-kanak. PAKK menyediakan program berbentuk 4

seminar, kursus dan bengkel serta intervensi yang berbentuk motivasi, bimbingan kaunseling dan sukan. Khidmat Kaunseling KPWKM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa penderaan kanak-kanak bagi membantu mengukuhkan emosi dan psikologi mangsa penderaan kanak-kanak. Dalam hal ini seramai 183 orang Pegawai Psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 orang Pegawai Psikologi di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), 16 orang Pegawai Psikologi di Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN), serta 51 orang orang Panel Kaunselor di bawah penyelarasan LPPKN sentiasa bersedia untuk membantu kanak-kanak dan ahli keluarga apabila berlaku kes-kes traumatik. Selain itu, Pegawai Psikologi juga membuat lawatan susulan secara berterusan untuk mengembalikan semangat dari aspek emosi, fizikal, mental dan spiritual klien agar mereka dapat menangani tekanan yang dialami, menerima realiti dan akhirnya kembali stabil. 5 I >5

Pasukan Pencegahan Penaaniavaan dan Pengabaian Kanak-Kanak (SCAN TEAM) Selain itu, kerajaan telah memperkenalkan Scan Team di 34 buah hospital kerajaan di seluruh negara. Pasukan ini berperanan khusus untuk mengendalikan kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak dan dilaksanakan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai Pakar Pediatrik. Talian Kasih 15999 dan Childline Pada tahun 2007 puia, KPWKM telah memperkenalkan perkhidmatan Talian Nur yang kini dikenali sebagai Talian Kasih 15999. Talian ini membantu untuk memudahkan orang awam dan mangsa penderaan kanak-kanak membuat aduan dan mendapatkan khidmat nasihat. Seterusnya, pada bulan November 2010, KPWKM telah memperluaskan perkhidmatan Talian Kasih 15999 dengan mewujudkan talian khusus bagi aduan kanak-kanak iaitu Childline 15999. Talian ini merupakan talian tambahan bagi memberi perkhidmatan kaunseling kepada kanak-kanak dan bertindak sebagai perantara untuk menangani kes penganiayaan kanak-kanak. 6

Program Advokasi Bagi mengukuhkan usaha untuk menangani masalah penderaan kanakkanak, KPWKM melalui JKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai program advokasi kepada masyarakat di semua peringkat dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain dan NGO. Kerajaan telah mengenal pasti beberapa punca utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak seperti perbalahan antara keluarga, kekurangan kemahiran keibu bapaan, tekanan kewangan dan lain-lain lagi. Sehubungan itu, program advokasi telah direka bagi tujuan mengurangkan penderaan kanak-kanak dalam masyarakat. Antara program yang telah dilaksanakan ialah: i) Kursus Pra perkahwinan SMARTSTART LPPKN. Sebanyak kursus telah dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan seramai 24,470 peserta dari tahun 2006 hingga Disember 2015. Program ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, NGO dan badan-badan agama. ii) Program Keluarga@Kerja (Parenting@Work). Sebanyak 748 program telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga Disember 2015 7

dengan melibatkan penyertaan seramai 31,422 orang ibu bapa. Program ini dijalankan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti FELDA dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), pihak swasta seperti Maybank dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta NGO seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPI M). iii) Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN. Sebanyak 12,674 kursus telah dilaksanakan pada tahun 2008 hingga Disember 2015 dengan melibatkan penyertaan seramai 1.43 juta orang peserta. iv) KPWKM sentiasa menjalinkan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia. Dalam hal ini, LPPKN telah membangunkan program PEKERTI@Sekolah berdasarkan Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Program ini dilaksanakan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran. Modul yang digunakan antara lain memberi pengetahuan akan bahaya dan risiko salah laku seks. Pelajar yang terlibat adalah 8

murid Tahun 6 iaitu selepas peperiksaan UPSR, dan pelajar Tingkatan 3 iaitu selepas peperiksaan PMR dan pelajar Pendidikan Khas. Hingga Disember 2015, seramai 10,025 orang murid telah mengikuti program rintis ini. Sebagai kesimpulan, KPWKM amat prihtin akan isu penderaan kanak-kanak. Pelbagai program telah dijalankan oleh kementerian dan agensi-agensi di bawahnya. Walau bagaimanapun usaha berterusan dan kerjasama bersepadu daripada semua pihak iaitu agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan setiap anggota masyarakat diperlukan bagi membanteras kes penderaan kanak-kanak di negara ini. 9