POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

dokumen-dokumen yang mirip
2. Staf biasa boleh memohon untuk tinggal di Perumahan Staf Universiti sekiranya rumah disediakan untuk staf biasa atau terdapat kekosongan.

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BORANG MENDUDUKI KUARTERS SAINS

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

PROSES KERJA PENEMPATAN EKSPATRIAT DI PERUMAHAN UNIVERSITI (GAMBANG & PEKAN)

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SYARAT DAN KELAYAKAN CUTI TANPA GAJI DAN SEPARUH GAJI. Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab Persendirian

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERATURAN LALULINTAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2012

DASAR PENEMPATAN DI KOLEJ

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

PERJANJIAN ini dibuat pada...haribulan... Diantara. yang beralamat di.. (selepas ini disebut sebagai Tuan..Beralamat...No.Kad

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Universiti Malaysia PAHANG

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN KOMPUTER DAN PERALATAN ICT GUNASAMA BAGI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

POLISI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

PEKELILING KEPADA MAHASISWA DIPLOMA BIL.18/2017

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PEKELILING KEPADA PELAJAR BIL. 12/2009

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN PEROLEHAN KERJA BAGI JUMLAH SEHINGGA RM100, Kod Dokumen : SOK/KEW/GP010/BUY

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

BORANG PENDAFTARAN KARNIVAL JOM SIHAT Stadium Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru 19 Oktober 21 Oktober 2012

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

PERKHIDMATAN PENGENDALIAN KANTIN KIOSK NO. 2, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (JURUTRENGKAS) GRED N17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SURAT PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 3 TAHUN 2007 TAPISAN KESELAMATAN

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia Jun 2010

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik Audio Visual/ Jurukamera yang dilantik terus;

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

Transkripsi:

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI A. PENGENALAN Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti. B. TAFSIRAN Dalam polisi ini: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Penghuni bermakna mereka yang terdiri daripada staf, keluarga staf dan mereka yang diberi kebenaran untuk mendiami rumah Universiti. Keluarga staf bermakna bagi staf, isteri/suami dan anak-anak serta tanggunganya. Rumah Universiti bermakna rumah yang telah disediakan oleh universiti seperti Rumah Khas Jawatan, Rumah Khas Jabatan, Rumah Transit dan mana-mana kategori perumahan yang dinamakan oleh Universiti. Rumah Khas Jawatan bermakna rumah yang telah dikhaskan kepada pemegang jawatan tertinggi universiti. Rumah Khas Jabatan bermakna rumah Universiti yang dikhaskan kepada pusat tanggungjawab (PTJ) untuk kegunaan staf tunggu sedia atas kepentingan perkhidmatannya. Rumah Staf bermakna rumah Universiti yang disediakan kepada penghuni yang telah diberi kebenaran dalam tempoh yang ditetapkan. Rumah Tamu bermakna Rumah Universiti yang disediakan untuk tetamu berdasarkan tujuan tertentu dan diberi kebenaran dalam tempoh yang dimohon dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Polisi Perumahan Universiti M/S 1

C. KEMUDAHAN 1. Universiti pada dasarnya tidak terikat untuk menyediakan kemudahan perumahan kepada staf. Walaubagaimanapun Universiti menyediakan sebilangan rumah kepada staf atas kepentingan perkhidmatan berdasarkan justifikasi tertentu. 2. Pemohon perlu mengemukakan permohonan untuk mendiami rumah universiti. 3. Pengurusan rumah Universiti adalah di bawah pengurusan Jabatan Pendaftar. 4. Pengubahsuaian, pemeriksaan dan penyelenggaraan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH). D. KATEGORI PERUMAHAN UNIVERSITI 1. Rumah Khas Jawatan Rumah yang dibina/sewa khusus sebagai kediaman rasmi Naib Canselor. Kediaman dilengkapi dengan perabot mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001. 2. Rumah Khas Jabatan Rumah yang dibina/sewa khas oleh Universiti untuk seseorang pegawainya yang mustahak berada setiap masa dekat dengan tempat bekerja kerana kepentingan perkhidmatan pegawai (staf tunggu sedia seperti juruteknik, pegawai perubatan, pegawai keselamatan dan sebagainya). 3. Rumah Staf Rumah yang dibina/sewa oleh Universiti sebagai penempatan sementara untuk tempoh yang telah ditetapkan. 4. Rumah Tamu Rumah yang dibina/sewa oleh Universiti untuk kemudahan tetamu dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. E. ASAS PENGURUSAN PERUMAHAN UNIVERSITI 1. Pengurusan Perumahan Universiti diurus berpandukan Perintah Am Bab E dan Pekeliling Perkhidmatan serta surat pekeliling berkaitan dengannya yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa. Polisi Perumahan Universiti M/S 2

2. Perumahan Staf a) Penempatan di Rumah Staf adalah bersifat sementara iaitu untuk tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. Walau bagaimanapun staf boleh dipertimbangkan untuk tempoh lanjutan sekiranya mempunyai justifikasi dan terdapat kekosongan. b) Dalam tempoh menduduki, mereka dikehendaki mencari rumah/rumah sewa. c) Rumah Staf dilengkapi dengan perabot asas seperti di Appendix B. Nota : Pengurusan boleh menggunakan budi bicara mereka dalam menentukan (menambah, mengurang atau meminda) perabot dan lain-lain kelengkapan yang sesuai dari semasa ke semasa. 3. Rumah Staf dikenakan sewa mengikut jenis rumah yang disediakan (Rujuk Lampiran 1). 4. Staf dikehendaki untuk membayar segala bil bulanan bagi bekalan air dan elektrik secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan menjelaskan sebarang denda atau kompaun (sekiranya ada) disebabkan oleh kelewatan menjelaskan bil-bil tersebut. F. DASAR PENEMPATAN 1. Universiti berhak memperuntukkan sebarang rumah kediaman kepada manamana staf yang difikirkan sesuai untuk mendapatkan rumah atau menyaran staf berkongsi rumah. 2. Universiti pada dasarnya tidak bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perumahan kepada staf. Walaubagaimanapun Universiti menyediakan sebilangan rumah kepada staf atas kepentingan perkhidmatan berdasarkan justifikasi tertentu. 3. Universiti berhak mengarahkan penghuni mengosongkan sesebuah rumah Universiti untuk sebarang tujuan atau sebab-sebab lain yang munasabah dengan memberi notis satu (1) bulan tanpa bertanggungjawab memberi rumah lain sebagai gantinya. 4. Universiti berhak menarik balik kelulusan yang telah diberi sekiranya penghuni tidak mendiami rumah tersebut tanpa sebarang notis dalam tempoh empat belas (14) hari selepas serahan kunci. 5. Penghuni perlu menjelaskan deposit yang telah ditetapkan sebelum serahan kunci dibuat. Polisi Perumahan Universiti M/S 3

6. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Bantuan Sara Hidup (COLA) dipotong sebanyak 50% daripada kadar kelayakan staf tunggu sedia yang disediakan kemudahan Rumah Khas Jabatan. 7. Seseorang staf yang dibenarkan mendiami sesebuah Rumah Khas Jawatan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya akan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa melainkan jikalau ia telah dikecualikan daripada membayar sewa mengikut syarat-syarat perkhidmatannya. 8. Penghuni yang mendiami rumah Universiti adalah dilarang membuat pengubahsuaian kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah. Penghuni juga akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabot-perabot di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan yang sepatutnya. 9. Penghuni adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah diperuntukkan kepadanya. Selain daripada tanggungan penghuni serta tetamu-tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah itu juga tidak boleh digunakan selain daripada tempat kediaman. 10. Penghuni adalah juga dilarang daripada memelihara haiwan ternakan dan peliharaan, dimana-mana bahagian rumah atau dalam kawasannya. 11. Penghuni yang menghuni rumah Universiti jenis pangsapuri hendaklah menggunakan ruang jemuran di kawasan yang telah disediakan. 12. Penghuni hendaklah menjaga keharmonian masyarakat terutama jiran-jirannya bagi menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. 13. Penghuni hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kunci rumah dan sebarang kehilangan kunci hendaklah dilaporkan segera ke Bahagian Keselamatan dan bayaran denda sebanyak RM50.00 akan dikenakan. 14. Penghuni juga dilarang untuk menukar atau mengubah set kunci (tombol) tanpa kebenaran pihak universiti dan boleh dikenakan bayaran denda sebanyak RM100.00 jika didapati berbuat demikian. Polisi Perumahan Universiti M/S 4

15. Penghuni bertanggungjawab menjaga kebersihan dalam dan luar kawasan rumahnya dengan sebaik-baiknya semasa penghuni menduduki rumah tersebut dan ketika penghuni keluar dari rumah tersebut selepas tempoh menduduki tamat atau atas apa-apa arahan daripada pihak pengurusan universiti. 16. Penghuni dikehendaki melaporkan apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya apabila sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku atau diketahui kepada pihak pengurusan. Pemeriksaan berkala oleh Jabatan Pendaftar dengan kerjasama pihak Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH) akan dilaksanakan dengan pemakluman kepada penghuni terlebih dahulu. 17. Penghuni dikehendaki membayar semua gantirugi di atas kerosakan atau kehilangan kemudahan yang telah disediakan oleh universiti akibat kecuaian penghuni sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. 18. Penghuni yang telah diperuntukkan sebuah rumah Universiti hendaklah menyatakan tarikh ia bercadang hendak memasuki rumah tersebut. Penghuni akan dikehendaki menandatangani satu Surat Akuan Masuk Rumah mengambil alih tanggungjawab atas segala barang-barang, perkakas-perkakas, dan perabot-perabot dalam rumah tersebut seperti di Lampiran E. 19. Penghuni yang akan berpindah keluar dari rumah Universiti hendaklah memberi notis kepada pihak Universiti sekurang-kurangnya empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh keluar rumah. 20. Penghuni juga perlu menyerahkan semua kunci rumah tersebut kepada pihak Universiti dan menandatangani Surat Akuan Keluar Rumah seperti di Lampiran F. 21. Sewa rumah akan dikira dari tarikh daftar masuk sehingga tarikh akhir daftar keluar rumah. Bayaran sewaan adalah mengikut kadar sewaan yang ditetapkan melalui potongan gaji atau secara tunai. 22. Sekiranya didapati tidak melaksanakan perkara-perkara yang telah dinyatakan di dalam syarat-syarat penempatan di atas, kemudahan rumah Universiti akan ditarik balik. 23. Polisi ini boleh dipinda dari semasa ke semasa mengikut keperluan Universiti. Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang Polisi Perumahan Universiti M/S 5

LAMPIRAN 1 JENIS RUMAH DAN KADAR SEWAAN RUMAH UNIVERSITI Bil. Jenis Rumah Kadar Sewaan Bulanan 1. Rumah Teres Setingkat Tiga Bilik (Kolej Kediaman 2, Kampus Gambang) RM800.00 2. Rumah Pangsapuri Empat Tingkat Dua Bilik (Blok B, Kampus Gambang) RM600.00 3. Rumah Pangsapuri Tiga Tingkat Satu Bilik (Pangsapuri Gambang Perdana, Gambang) RM600.00 4. Rumah Teres Dua Tingkat Empat Bilik (Taman Peramu Permai, Pekan) RM800.00 Nota Pengurusan boleh menggunakan budi bicara mereka dalam : i. mengkaji semula dan menentukan (menambah, mengurang atau meminda) sewaan yang sesuai dengan kadar semasa bagi rumah sedia ada, setiap tiga (3) tahun sekali. ii. menetapkan sewaan yang setara (berdasarkan keluasan lantai dan kelengkapan) bagi rumah-rumah baharu yang bakal dibina di masa akan datang yang mungkin berbeza saiz dan strukturnya. Polisi Perumahan Universiti M/S 6