Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

dokumen-dokumen yang mirip
Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 1 D.R. 20/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

DASAR ANTI RASUAH RGIS

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Laporan borang; buku-buku; rekod-rekod dan perakaunan dalaman; arahan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Undang-Undang Malaysia

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta A1489 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) - Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pelabur Bijak

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) -

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

BAB 14 AUDIT DALAMAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

DR. 31/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2009

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Amanah Saham Panduan Pelabur

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (Pindaan 1/2017) MALAYSIA Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

D.R. 7/2010 RANG UNDANG-UNDANG PERSAINGAN 2010

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Undang-Undang Malaysia

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

Transkripsi:

Amalan Dengan Ketekunan Wajar KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Apakah Maksud Ketekunan Wajar? 3. Mengapa Ketekunan Wajar Diperlukan? 4. Tujuan Ketekunan Wajar 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar? 7. Melaksanakan Kajian Semula Ketekunan Wajar Perlunya Sistem Ketekunan Wajar Yang Sempurna 8. Penggunaan Senarai Semak Ketekunan Wajar 9. Lampiran 1 10. Lampiran 2

Pengenalan 1. Penerbitan ini dihasilkan untuk membantu peserta pasaran di dalam industri sekuriti memahami sifat dan matlamat ketekunan wajar, serta menyarankan prosedur dan ketekunan wajar yang boleh diwujudkan untuk membantu peserta pasaran dalam memajukan amalan dengan ketekunan wajar. 2. Bagaimanapun, penerbitan ini bukanlah merupakan satu keterangan yang lengkap mengenai ketekunan wajar mahupun bertujuan sebagai nasihat undang-undang atau untuk menyusutkan mana-mana kewajipan yang dikenakan ke atas seseorang oleh undangundang. Ia juga tidak mengulas kesemua isu atau kehendak yang mungkin timbul dalam setiap situasi. Selain itu, keputusan mahkamah yang berkaitan di masa akan datang akan memberi kesan kepada skop dan pemakaian ketekunan wajar sepertimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang sedia ada. 3. Semua orang hendaklah mendapat nasihat profesional dan/atau undang-undang mengenai kecukupan ketekunan wajar setelah mengambil kira liabiliti diri di bawah Bahagian IV Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (ASS) dan keadaan di dalam apa jua situasi. Bimbingan mengenainya hendaklah juga diperolehi daripada persatuan profesional masing-masing. Apakah Maksud Ketekunan Wajar? 4. Tidak ada definisi undang-undang mengenai perkataan-perkataan "ketekunan wajar". Dalam konteks tempatan sedia ada, secara ringkasnya ia bermaksud proses di mana siasatan perlu dilakukan terhadap semua maklumat/pernyataan material yang diperlukan di bawah seksyen 32 ASS untuk tujuan pendedahan yang tepat pada masanya, mencukupi dan benar. Mengapa Ketekunan Wajar Diperlukan? 5. Pindaan baru-baru ini kepada Bahagian IV ASS memperkenalkan peruntukan baru di dalam seksyen 32B ASS yang mengenakan liabiliti jenayah berhubung dengan penyerahan cadangan di bawah seksyen 32 ASS. 6. ASS juga memberi satu pembelaan terhadap pendakwaan atau apa-apa prosiding kerana melanggar seksyen 32B ASS jika terbukti bahawa defendan telah membuat penyiasatan yang munasabah dalam hal keadaan sedemikian dan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seksyen 32B ASS tidak dilanggar. Peruntukan ini disediakan di dalam Lampiran 1 untuk memudahkan rujukan. 7. Peruntukan pembelaan statutori ini menjadikannya satu obligasi bagi orang-orang yang berkenaan untuk mengamalkan ketekunan wajar serta mengambil langkah-langkah bagi memastikan bahawa pendedahan semua dokumen, pernyataan dan maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti adalah tepat pada masanya, mencukupi dan benar. 8. Amalan dengan ketekunan wajar juga wujud di dalam perundangan di negara-negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Ini juga timbul daripada obligasi undangundang yang dikenakan ke atas setiap peserta pasarannya berhubung dengan pendedahan dan penyerahan maklumat material dan tepat di dalam tawaran sekuriti.

Tujuan Ketekunan Wajar 9. Suruhanjaya Sekuriti telah menyatakan komitmennya terhadap peralihan secara beransuransur daripada sistem berasaskan merit kepada satu rangka pengawalseliaan berasaskan penzahiran berhubung dengan isu sekuriti. 10. Rangka pengawalseliaan yang berasaskan penzahiran ialah suatu rangka pengawalseliaan di mana akses penerbit kepada pasaran sekuriti dibenarkan dengan syarat penerbit mendedahkan maklumat yang relevan untuk membolehkan pelabur dan penasihat profesionalnya menilai risiko atau merit pelaburannya. 11. Oleh itu, tanggungjawab dan kebertanggungjawapan yang berat diletakkan di bahu penerbit dan pengarah, penganjur, penasihatnya dan siapa sahaja yang terbabit di dalam cadangan untuk memberi pelabur dan penasihat profesionalnya dengan pendedahan semua maklumat material yang tepat pada masanya, mencukupi dan benar. 12. Atas sebab-sebab inilah peruntukan undang-undang telah diperkenalkan untuk mengenakan obligasi ketekunan wajar ke atas peserta pasaran dalam penyerahan cadangan kepada Suruhanjaya Sekuriti. Peserta pasaran harus ingat bahawa penyerahan maklumat dan dokumen sedemikian kepada Suruhanjaya Sekuriti adalah untuk tujuan memberi pelabur dan penasihat profesionalnya pendedahan kepada semua maklumat material yang tepat pada masanya, mencukupi dan benar. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 13. Mereka yang dikehendaki di bawah undang-undang untuk mematuhi keperluan di bawah seksyen 32B ASS dalam apa jua keadaan terpulanglah kepada tafsiran kehakiman. Mereka ini akan mempunyai liabiliti diri di bawah peruntukan di dalam ASS, bergantung kepada peranan dan keupayaan yang mereka mainkan di dalam cadangan terbitan korporat. 14. Mereka ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, syarikat awam yang menerbit atau menawarkan sekuriti untuk belian atau langganan, pengarah dan penganjur mereka, bank saudagar atau apa jua badan yang menjadi penasihat, mana-mana penasihat yang lain seperti peguam, akauntan dan jurunilai berhubungan dengan penyerahan maklumat dan dokumen di bawah seksyen 32 ASS. 15. Mereka yang sedemikian hendaklah pada setiap masa mematuhi prinsip pemeliharaan dan kelakuan seperti berikut: a. Standard integriti yang tinggi di dalam semua hubungan perniagaan dan kewangan pada setiap masa; b. Kemahiran, pemeliharaan dan ketekunan wajar hendaklah diamalkan di dalam pemberian apa-apa perkhidmatan atau nasihat; c. Mesti ada objektivi dan kebebasan di dalam semua pertimbangan perniagaan dan profesional.

Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar? 16. Setakat mana ketekunan wajar diperlukan di dalam sesuatu situasi bergantung kepada keadaan sesuatu kes. Keperluan ini tentu sekali berbeza mengikut terbitan cadangan korporat yang dipertimbangkan. Tidak ada standard statutori di dalam ASS tentang bagaimana kecukupan ketekunan wajar akan dinilaikan. 17. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya, sejauh mana amalan ketekunan wajar ini dilaksanakan memerlukan siasatan dan kajian semula yang menyeluruh dan teliti yang biasanya dilakukan oleh seseorang yang cermat. 18. Sungguhpun perkara ini menunggukan penentuan oleh mahkamah, beberapa garis panduan boleh didapati daripada faktor-faktor berikut yang dianggap penting dalam menentukan sama ada takat ketekunan wajar mencukupi atau berpatutan: a. satu proses yang sempurna di mana perlaksanaan ketekunan wajar dijalankan hendaklah diadakan; b. hendaklah ada penyeliaan yang mencukupi bagi memastikan bahawa proses ini dijalankan dengan sempurna; c. siasatan hendaklah mendapatkan fakta yang dianggap penting oleh pelabur dan penasihat profesionalnya dalam menentukan sama ada untuk melabur di dalam sekuriti berkenaan; d. data dan maklumat yang dibekalkan hendaklah disahkan secara bebas seberapa yang boleh; e. jenis sekuriti; f. kedudukan seseorang itu ketika menyertai proses penyerahan, tawaran dan penerbitan; g. hubungan seseorang dengan penerbit dan pihak-pihak lain yang bertanggungjawab dan terbabit di dalam penyerahan cadangan itu; h. sekiranya individu terbabit, jawatan yang dipegangnya; i. pergantungan yang munasabah ke atas pegawai, pekerja dan yang lain-lain yang mana melalui tugas mereka sepatutnya mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu fakta (dan merujuk kepada fungsi dan tanggungjawab mereka berhubung dengan penerbit dan penyerahan cadangan tersebut); j. sama ada seseorang itu telah mengambil bahagian di dalam penyediaan suatu fakta atau dokumen yang dimasukkan sebagai rujukan di dalam cadangan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti; k. jenis pemegang saham atau orang-orang yang berkemungkinan menjadi bakal pelabur; dan l. hakikat bahawa penasihat-penasihat profesional lain dijangka mempunyai pengetahuan tentang sesetengah perkara yang mungkin akan dirujuk oleh seseorang. 19. Faktor-faktor ini bukanlah lengkap. Pertimbangan lain atau isu lain mungkin juga akan timbul ekoran keperluan khusus serta garis panduan lain yang mungkin dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau lain-lain pihak berkuasa yang sedemikian. 20. Kajian semula ketekunan wajar dibuat bukan sahaja dari segi penyerahan pernyataan, maklumat dan dokumen yang perlu kepada Suruhanjaya Sekuriti tetapi hendaklah diteruskan sehingga cadangan itu telah dilaksanakan sepenuhnya.

21. Suruhanjaya Sekuriti akan menggalakkan peserta pasaran untuk memajukan amalan ketekunan wajar, berpandukan faktor-faktor yang disebutkan di atas. Peserta pasaran juga digalakkan mempraktikkan amalan sedemikian di mana boleh, berhubung dengan penyerahan pernyataan, maklumat dan dokumen yang perlu kepada Bursa Saham Kuala Lumpur, Pendaftar Syarikat dan pihak berkuasa lain yang relevan. Melaksanakan Kajian Semula Ketekunan Wajar - Perlunya Sistem Ketekunan Wajar Yang Sempurna 22. Sistem ketekunan wajar memastikan bahawa segala maklumat penting dibekalkan kepada para pelabur dan dipastikan kesahihannya sejauh mana boleh. Setakat mana keberkesanan liputan sistem ini adalah bergantung kepada saiz, betapa kompleks dan jenis atau bentuk operasi penerbit dan setakat mana ia mempunyai keberkesanan proses laporan dan pendedahan yang sedia ada. 23. Satu cadangan yang dilaksanakan oleh beberapa pihak perundangan bagi menganjurkan proses ini adalah untuk membentuk satu kumpulan kerja amalan ketekunan wajar yang mengandungi wakil-wakil kanan daripada penerbit, penganjur, penasihat dan semua orang yang bertanggungjawab di dalam penyediaan maklumat dan dokumen bagi penyerahan yang akan melapor dan menasihatkan lembaga pihak penerbit. 24. Bagaimanapun, adalah perlu ditekankan bahawa kewujudan kumpulan kerja amalan ketekunan wajar ini tidak melepaskan penerbit serta para pengarah dan pegawaipegawainya daripada tanggungjawab dan tanggungan mereka untuk mengendalikan kajian semula amalan dengan ketekunan wajar yang diperlukan. Tanggungjawab utama setiap masa diletakkan kepada penerbit, lembaga pengarah dan para pegawai yang bertanggungjawab bagi penyerahan, kenyataan, dokumen atau maklumat yang dikemukakan. 25. Di dalam Lampiran 2 diberikan beberapa perkara yang perlu dipastikan sejauh mana yang wajar oleh kumpulan kerja, jika ia ditubuhkan. Penggunaan Senarai Semak Ketekunan Wajar 26. Oleh kerana setiap terbitan sekuriti mempunyai ciri-ciri istimewanya tersendiri, satu senarai semak yang seragam tidak mungkin dapat dibentuk bagi meliputi semua keadaan dan kemungkinan. Bagaimanapun, bagi menyiapkan segera satu kajian semula ketekunan wajar dan mendapatkan semua maklumat yang berkaitan, satu pendekatan yang teratur adalah perlu dan juga digalakkan. 27. Semua orang yang perlu menjalankan satu kajian semula ketekunan wajar hendaklah memastikan bahawa sebarang senarai semak yang digunakan oleh mereka adalah cukup lengkap dan dibentuk khas bagi memenuhi keadaan-keadaan tertentu yang berbangkit. Memandangkan kepentingan yang berbeza-beza yang terdapat di kalangan pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi kajian semula ketekunan wajar, nasihat selanjutnya harus diperolehi daripada badan-badan profesional yang berkaitan berhubung dengan prosedur dan senarai semak yang diperlukan untuk dilaksanakan dan dipatuhi. 28. Walaupun Suruhanjaya Sekuriti menggalakkan badan-badan profesional memajukan senarai semak ketekunan wajar mereka sendiri sebagai panduan untuk ahli-ahlinya, ia ingin mengingatkan bahawa senarai semak ini hanyalah untuk membantu di dalam memastikan bahawa ketekunan wajar diamalkan. Penyemakan senarai semak ini tidak harus dianggap sebagai hasil muktamad kajian semula ketekunan wajar.

Lampiran 1 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 32B. Pernyataan palsu atau mengelirukan, dsb. (1) Jika apa-apa pernyataan atau maklumat dikehendaki dikemukakan kepada Suruhanjaya di bawah Penggal ini berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa cadangan yang dikemukakan menurut seksyen 32 - (a) seorang pemohon, mana-mana pegawainya atau sekutunya; (b) seorang penasihat kewangan atau pakar; atau (c) mana-mana orang lain, shall not - tidaklah boleh - (aa) mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan; (bb) mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang dalamnya terdapat ketinggalan yang material; atau (cc) terlibat dalam atau membantu atau bersubahat dalam kelakuan yang dia tahu adalah mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan Suruhanjaya. (2) Adalah menjadi suatu pembelaan kepada suatu pendakwaan atau apa-apa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, setelah membuat penyiasatan yang munasabah dalam hal keadaan sedemikian, mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan sehingga masa pernyataan itu dibuat atau pemberian maklumat itu atau penglibatannya dalam kelakuan itu, sememangnya mempercayai bahawa - (a) pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan; (b) ketinggalan itu tidaklah material; (c) tidak ada ketinggalan material; atau (d) kelakuan yang berkenaan itu tidaklah mengelirukan atau memperdayakan.

(3) Jika - (a) pernyataan atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) telah dikemukakan atau diberikan kepada Suruhanjaya, atau kelakuan yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilakukan; dan (b) orang yang disebut dalam subseksyen itu menyedari sebelum cadangan itu dilaksanakan atau dijalankan sepenuhnya - (i) bahawa pernyataan atau maklumat itu mungkin palsu atau mengelirukan atau tak lengkap secara material; atau (ii) bahawa kelakuan itu cenderung kepada mengelirukan atau memperdayakan, maka orang itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya mengenai fakta yang disebut dalam subperenggan (b)(i) atau (b)(ii), jika terpakai, dan mengambil apa-apa tindakan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya menurut subseksyen 32(7). (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Lampiran 2 Beberapa perkara yang perlu dipastikan, setakat yang wajar, apabila sesuatu kumpulan kerja itu ditubuhkan: 1. Segala syarat perlantikan seseorang itu hendaklah dinyatakan dengan jelas dan disebarkan kepada semua anggota kumpulan kerja berkenaan. 2. Program kerja dan prosedur bagi kajian semula bebas (independent) ketekunan wajar yang perlu dikendalikan oleh setiap orang yang bertanggungjawab diselaraskan untuk memastikan kecekapan kegunaan masa, kos dan sumber 3. Segala syarat perlantikan seseorang itu hendaklah dinyatakan dengan jelas dan disebarkan kepada semua anggota kumpulan kerja berkenaan. 4. Program kerja dan prosedur bagi setiap segmen tertentu kajian semula ketekunan wajar berkenaan ditetapkan supaya meliputi, secara menyeluruh, skop dan ketelitian kajian semula itu. 5. Pasukan-pasukan individu yang bertanggungjawab bagi mengendalikan kajian semula berkenaan mempunyai pengalaman dan kelayakan secukupnya. 6. Mesyuarat-mesyuarat kumpulan kerja hendaklah diadakan dengan tetap bagi menilai kemajuan kajian ketekunan wajar berkenaan. Mesyuarat-mesyuarat tersebut bertujuan untuk mengemaskini kajian serta membolehkan keputusan segera dibuat. Ia juga bertujuan untuk membolehkan proses amalan ketekunan wajar berjalan lancar tanpa sebarang halangan dan untuk memberikan jaminan bahawa proses tersebut berjalan mengikut jadual dan semua isu penting telah dikenalpasti dan dibincang serta diatasi. 7. Kertas-kertas kerja, rekod sumber dan laporan-laporan yang kerap dan sempurna disediakan untuk memberikan haluan mengenai skop ketekunan wajar tersebut, kerja yang dilakukan dan hasil dari kerja-kerja yang dijalankan. 8. Satu laporan komprehensif muktamad mengenai setiap aspek ketekunan wajar disediakan untuk lembaga pihak penerbit. 9. Prosedur-prosedur pengesahan diwujudkan untuk memperkukuhkan secara bebas (setakat yang wajar) segala kenyataan, dokumen dan maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti.