UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU MALAYSIA (ASTRA)

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

Perlembagaan Badan Pelajar Berdaftar. Nama badan pelajar : Persatuan Pelajar Sains Sukan Universiti Malaya. 1. Tujuan atau kepentingan badan pelajar :

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

ISI KANDUNGAN. Perkara

Transkripsi:

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN. FASAL 1 NAMA PERSATUAN a) Persatuan Penduduk Pangsapuri Langat Jaya, Cheras, Selangor Darul Ehsan (PPPLJ). FASAL 2 TEMPAT URUSAN a) Alamat dan tempat urusan persatuan ialah Dewan Rekreasi Pangsapuri Langat Jaya, Jalan Datok Alias, Off Jalan Hulu Langat, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat ialah A-3-E, Pangsapuri Langat Jaya, Jalan Datok Alias, Off Jalan Hulu Langat, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA -TIADA- FASAL 4 TUJUAN DAN MATLAMAT PERSATUAN a) Menyatukan penduduk yang tinggal di Pangsapuri Langat Jaya, Jalan Datok Alias, Off Jalan Hulu Langat, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan. b) Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat member kebaikan kepada ahli-ahli pertubuhan. c) Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, swasta, dan pemaju perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit. d) Membentukkan masyarakat Pangsapuri Langat Jaya yang bersefahaman, hormat-menghormati, harmoni dan aman damai di kalangan penduduk di Pangsapuri Langat Jaya. e) Mengurus dan menggunakan wang persatuan bagi kegunaan dalam menjalankan sebarang aktiviti yang memerlukan dana. f) Sebagai wakil dalam menyuarakan pendapat ataupun bantahan, mencari penyelesaian dan bekerjasama dengan pihak pemaju PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 1

atau mana-mana pihak yang terlibat untuk kepentingan penduduk-penduduk di Pangsapuri Langat Jaya. g) Menjaga dan melindungi harta benda penduduk-penduduk Pangsapuri Langat Jaya sama ada harta benda persendirian atau awam. FASAL 5 KEAHLIAN a) Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan adalah penduduk, penyewa dan pemilik di Pangsapuri Langat Jaya, Cheras, Selangor. b) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dengan mengisi borang keahlian serta dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli persatuan dan dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. c) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli. d) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. e) Setiap pemohon dikehendaki membayar yuran ahli kali pertama mereka dan yuran masuk semasa menghantarkan borang keahlian mereka kepada pihak setiausaha persatuan. Yuran ahli kali pertama ini akan dikembalikan kepada pemohon sekiranya permohonannya tidak diluluskan. f) Proses meluluskan permohonan perlu mengambil masa selama 7 hari hingga 14 hari daripada tarikh penerimaan borang keahlian oleh pihak persatuan. Permohonan yang telah diluluskan akan diberitahu dengan surat rasmi daripada pihak persatuan kepada pemohon. FASAL 6 : BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN. a) Bayaran masuk dan yuran perlu dijelaskan adalah seperti berikut: Bayaran Masuk RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja) Bayaran Masuk RM 2.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ringgit Sahaja) PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 2

b) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh empat belas hari dari awal tiap-tiap bulan c) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tiga bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 3 bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. e) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. f) Yuran khas atau kutipan wang daripa ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. g) Resit yuran tahunan akan disampaikan kepada ahli-ahli persatuan yang telah menjelaskan bayaran mereka. Resit yang mempunyai tandatangan Pengerusi Persatuan dan Bendahari Persatuan ini adalah dokumen yang sah untuk membuktikan seseorang ahli persatuan itu telah menjelaskan yuran masuk dan yuran bulannya. h) Sebarang yuran khas atapun kutipan yang bagi tujuan tertentu hendaklah mendapat persetujuan daripada 51% atau lebih orang jawatankuasa persatuan terlebih dahulu. FASAL 7 : PEMBERHENTIAN DAN ATAU PEMECATAN AHLI a) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan segala hutangnya. b) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau yang bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa.sebelum jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut,ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau pengantungannya secara bertulis.ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 8: MESYUARAT AGUNG PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 3

a) Pengelolaan persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahlinya. Sekurang-kurangnya 51% daripada jumlah yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk mesyuarat. b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam atau 30 minit daripada waktu yang ditetapkan untuk bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh jawatankuasa ; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam atau 30 minit daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli yang hadir berkuasa untuk menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa untuk mengubahkan mana-mana undang-undang persatuan dan/atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli persatuan. c) Mesyuarat Agung tahunan bagi persatuan hendaklah diadakan setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak boleh lewat daripada tarikh 31hb Mac pada tarikh,masa,dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa.kerja-kerja Mesyuarat Agung tahunan adalah seperti berikut: i) Menerima laporan jawatankuasa yang berkenaan tentang kerja persatuan di dalam tahun yang lalu; ii) Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; iii) Melantik ahli-ahli jawatankuasa baru dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; iv) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat tersebut. d) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat agung tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit.salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli dialamat tempat urusan persatuan. e) Mesyuarat Agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan: I) Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa,atau II) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.permintaan itu hendaklah dihantar kepada setiausaha persatuan. f) Mesyuarat agung khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh didalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 4

g) Pengumunan dan agenda untuk mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan oleh setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. h) Fasa 8 (1) dan 8 (2) dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat agung khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam bulan dari tarikh ini,mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. i) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 9 : JAWATANKUASA a) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:- I. Seorang Pengerusi. II. Seorang Timbalan Pengerusi. III. Seorang Setiausaha. IV. Seorang Penolong Setiausaha. V. Seorang Bendahari. VI. Lapan Orang Ahli Jawatankuasa Biasa. b) Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. c) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai Jawatankuasa yang dilantik akan memegang jawatan selama 1 (satu) tahun dan boleh dilantik semula jika disokong pada Mesyuarat Agung. d) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 5

e) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan.pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. f) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: I) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; II) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan III) Keputusan hendaklah dengan undi yang banyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. g) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. h) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. i) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawaipegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. la boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebabsebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan. j) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa FASAL 10: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 6

a) Pengerusi, dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. la mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. la hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari. b) Timbalan Pengerusi hendaklah membantu pengerusi dalam menjalankan tugasnya dan memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. c) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim Penyata Tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. d) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. e) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. la hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan pengerusi dan setiausaha. f) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 11: KEWANGAN a) Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini, wang persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kaki-tangan yang bergaji, dan upah pemeriksa kira-kira, tetapi walau bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mana-mana Mahkamah. b) Bendahari hanya dibenarkan menyimpan jumlah wang runcit yang tidak melebihi RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja ) pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun bank yang disetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama persatuan. PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 7

c) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha. Semasa ketiadaan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan. d) Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM1000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja ) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama Bendahari dan Setiausaha. e) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kirakira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli persatuan di tempat urusan persatuan. f) Tahun kewangan persatuan ini bermula dari lhb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. FASAL 12: PEMERIKSA KIRA-KIRA a) Dua orang bukannya pegawai persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan tersebut selama satu tahun dan boleh dilantik semula bagi tahun yang kedua. b) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga, dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi, untuk mengaudit kira-kira persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 13: PEMEGANG AMANAH a) TIGA (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun, warganegara Malaysia, hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Kepada mereka yang akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan persatuan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). b) Pemegang Amanah tidak boleh menjuak, menarik balik atau menukar-milik harta kepunyaan persatuan tanpa kelulusan dan kuasa Mesyuarat Agung persatuan. PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 8

c) Seorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan Pemegang Amanah itu tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pemecatan seseorang Pemegang Amanah maka, kekosongan itu bolehlah dipenuhi oleh Pemegang Amanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung. FASAL 14: TAFSIRAN UNDANG-UNDANG a) Di antara Mesyuarat-Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang. b) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung berlaku, maka keputusan Jawatankuasa AJK terhadap ahli-ahli persatuan adalah sah dan muktamad, jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 15: PENASIHAT ATAU PENAUNG a) Jawatankuasa boleh, jika, difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak untuk menjadi Penasihat atau Penaung bagi persatuan ini dengan syarat orang yang di lantik itu bolehmenyatakan persetujuannya secara bertulis. FASAL 16: LARANGAN a) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam tempat urusan persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belankai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game, video game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib atau judi. b) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh cuba menghalang atau dengan apaapa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil pesanan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. c) Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri, sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. d) 'Faedah' seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan Malaysia 1966, tidak boleh diberikan oleh persatuan kepada mana-mana ahli. FASAL 17 : PINDAAN UNDANG-UNDANG PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 9

a) Undang-undang persatuan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Pemohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftaran Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. FASAL 18: PEMBUBARAN a) Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada 51% daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil secara khas untuknya. b) Sekiranya persatuan ini hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan terlebih dahulu, dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung. c) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftaran Pertubuhan dalam masa 14 hari daripada tarikh pembubaran itu disetujui. Disahkan oleh: JAMALUDIN BIN HASSAN Pengerusi PPPLJ ZAINUDIN BIN JAHAYA Timbalan Pengerusi PPPLJ PPKLJ/Perlembagaan Persatuan/Sep 2006 m/s 10