UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU MALAYSIA (ASTRA)

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

ISI KANDUNGAN. Perkara

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transkripsi:

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA KANDUNGAN Muka Surat FASAL 1 : NAMA 2 FASAL 2 : TEMPAT URUSAN 2 FASAL 3 : BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 2 FASAL 4 : TUJUAN / MATLAMAT 3 FASAL 5 : KEAHLIAN 3 FASAL 6 : BAYARAN MASUK,YURAN DAN BAYARAN LAIN 4 FASAL 7 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 5 FASAL 8 : MESYUARAT AGUNG 5 FASAL 9 : JAWATANKUASA 7 FASAL 10 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 9 FASAL11 : KEWANGAN 9 FASAL 12 : PEMERIKSA KIRA-KIRA 10 FASAL 13 : PENGAMANAH 11 FASAL 14 : TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 11 FASAL 15 : PENASIHAT / PENAUNG 11 FASAL 16 : LARANGAN 11 FASAL 17 : PINDAAN UNDANG-UNDANG 12 FASAL 18 : PEMBUBARAN 12 MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 2

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA (Malaysia Deaf Muslim Association) FASAL 1 : NAMA Nama persatuan ini ialah Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Malaysian Deaf Muslim Association atau nama ringkasnya PRISMA. Selepas ini dikenali sebagai pertubuhan. FASAL 2 : TEMPAT URUSAN Alamat dan tempat urusan pertubuhan serta untuk surat menyurat ialah: d/a Persekutuan Orang Pekak Malaysia No. 6-13A, Menara KLH Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Selangor Darul Ehsan Atau di mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh ahli Jawatankuasa dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan alamat hendaklah memperolehi kebenaran daripada Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu. MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 3

FASAL 3 : BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA Logo: Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia a. Keterangan LOGO Terdapat sepasang tangan yang berbentuk isyarat yang membawa simbol kekeluargaan, kerjasama dan rumah di dalam bahasa isyarat. Ini melambangkan kerjasama golongan pekak dan golongan bukan pekak Islam. Bulan sabit melambangkan menyinarkan orang pekak Islam dalam Islam. b. Warna Hijau: Melambangkan memajukan dan memantapkan Aqidah Orang Pekak Islam sebagai anutan. Putih: Melambangkan kejujuran dan ketekunan. c. Perkataan PRISMA maknanya tulisan ringkas untuk perkataan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 4

FASAL 4 : TUJUAN / MATLAMAT Objektif Pertubuhan ini ialah : a. Menyatukan orang Pekak beragama Islam dalam satu masyarakat. b. Melaksanakan Program Pembangunan Islam kepada warga Pekak. c. Memantapkan Aqidah orang Pekak Islam. d. Bekerjasama dan mengeratkan perhubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan pertubuhan tanpa mengira kaum bagi mewujudkan persahabatan di peringkat kebangsaan dan antrabangsa. e. Mendapatkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam. f. Memberi bimbingan dan nasihat kepada warga Pekak untuk menyelesaikan masalah dan perdamaian. g. Mengembang dakwah kepada warga Pekak Islam melalui pendakwah bertauliah. MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 5

FASAL 5 : KEAHLIAN (1) Keahlian terbahagi kepada 2 Kategori berikut: (1) Ahli Biasa. Terbuka kepada warganegera Malaysia berumur 18 tahun ke atas, beragama Islam dan berdaftar dengan Persatuan Orang Pekak Negeri. (2) Ahli Bersekutu. Terbuka kepada orang Islam bukan Pekak dan berdaftar dengan Persatuan Orang Pekak Negeri. Ahli Bersekutu tidak boleh mengundi dan diundi. (3) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa, boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. (4) Tiap-tiap permohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli PRISMA dan berhaklah ia sebagai ahli. (5) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli PRISMA ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 6

FASAL 6 : BAYARAN MASUK,YURAN DAN BAYARAN LAIN (1) Bayaran yuran dan bayaran lain yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut: Bayaran yuran RM5.00 untuk menjadi ahli seumur hidup bagi ahli Pekak. Bayaran yuran RM10.00 untuk menjadi ahli seumur hidup bagi ahli bukan Pekak (Ahli Bersekutu). (2) Yuran ahli seumur hidup hendaklah dibayar kepada Bendahari Kehormat terlebih dahulu di dalam masa 3 bulan pada awal tiap-tiap tahun (1hb. Januari), (3) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran seumur hidup. FASAL 7 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. (2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang pertubuhan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 7

difikirkan munasabah oleh ahli Jawatankuasa. Sebelum ahli tersebut digantung atau dipecat, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab pemecatan dan penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah diberi peluang untuk memberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung bagi menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 8 : MESYUARAT AGUNG (1) Pengelolaan pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang pertubuhan dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mei pada tarikh, masa, dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah: MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 8

(a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu; (b) menerima laporan Bendahari Kehormat dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu; (c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira bagi sesi akan datang (pemilihan diadakan dua tahun sekali); dan (d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan penyata kirakira pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan pertubuhan. (5) Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan : (a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau (b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat pertubuhan. (6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Kerhormat kepada semua ahli sekurangkurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 9

(8) Fasa 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan dalam Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh dijalankan. (9) Setiausaha Kerhormat hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 9 : JAWATANKUASA (1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung dua tahun sekali: i) Seorang Yang Dipertua ii) Seorang Timbalan Yang Dipertua iii) Seorang Setiausaha Kehormat iv) Seorang Penolong Setiausaha Kehormat v) Seorang Bendahari Kehormat vi) Tujuh Orang Ahli Jawatankuasa Biasa (2) Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 10

(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula setiap dua tahun. (4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung denganya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatanya dalam tahun lalu kepada tiaptiap Mesyuarat Agung Tahunan. (5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangya sekali dalam tiga bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya setengah (1/2) daripada ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupi korum mesyuarat. (6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 11

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang telah diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; (b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka teradap cadangan itu; dan (c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. (7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. (8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang demikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. (9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawaipegawai lain untuk menjalankan urusan PRISMA, dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan yang cuai dalam MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 12

pekerjaan, curang, tidak cekap. Ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan pertubuhan. (10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. FASAL 10 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI (1) Yang Dipertua dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat apabila telah diluluskan. Yang Dipertua juga hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. (2) Timbalan Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya. (3) Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan segala perintah Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyuarat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali buku akaun dan buku kewangan. Setiausaha Kehormat hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 13

ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan. Ia hendaklah mendatangani semua cek pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari Kehormat. Setiausaha Kehormat hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan pertubuhan kepada Pendaftaran Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. (4) Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah membantu Setiausaha Kehormat menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya. (5) Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha Kehormat. (6) Ahli jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. rfasal11 : KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang pertubuhan hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 14

(2) Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih RM 1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah mesti dimasukkan ke dalam bank dalam yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama pertubuhan. (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. Semasa ketiadaan yang Dipertua, Setiausaha Kehormat atau Bendahari Kehormat, maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai penganti untuk menurunkan tandatangan. (4) Perbelanjaan yang melebihi RM5,000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) pada sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pertubuhan dan perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. (5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Bendahari Kehormat dan Pemeriksa Kira-kira yang dilantik dibawah Perkara 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kirakira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinan boleh diperolehi untuk makluman ahli di alamat tempat urusan pertubuhan yang berdaftar. (6) Tahun kewangan pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 15

FASAL 12 : PEMERIKSA KIRA-KIRA (1) Dua orang yang bukannya pegawai pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula. (2) Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kira-kira kewangan pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga boleh pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua memeriksa kira-kira kewangan pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 13 : PENGAMANAH (1) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). (2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan. (3) Seseorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab yang lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 16

seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam mesyuarat agung. FASAL 14 : TAFSIRAN UNDANG-UNDANG (1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 15 : PENASIHAT / PENAUNG Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penaung bagi pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuanya secara bertulis. FASAL 16 : LARANGAN (1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah PRISMA: Roulette, Lotto, Fan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker s game dan semua yang bergantung pada nasib; MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 17

(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959; (3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan; (4) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. FASAL 17 : PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 18 : PEMBUBARAN (1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam satu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 18

(2) Sekiranya pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan pertubuhan yang sah mengikut undangundang hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. (3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu... Yang Dipertua Nama : AQLAM BIN JAFRI.. Setiausaha Kehormat Nama: MOHAMAD SAZALI BIN SHAARI MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 19