PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

Kepada, AlumniKKBP.bil ( ) Tarikh : Tuan/Puan/Dato /Datin. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar 1 / 2012.

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS 84 86100, AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS 84 86100, AYER HITAM, JOHOR KANDUNGAN FASAL 1. NAMA FASAL 2. ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN FASAL 3. LOGO DAN LAMBANG FASAL 4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT FASAL 5. KEAHLIAN FASAL 6. YURAN FASAL 7. SUMBER KEWANGAN FASAL 8. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 9. MESYUARAT AGUNG FASAL 10 JAWATANKUASA FASAL 11 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI FASAL 12 KEWANGAN FASAL 13 JURUAUDIT FASAL 14 PENTADBIRAN HARTA FASAL 15 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG FASAL 16 PENASIHAT/PENAUNG FASAL 17 LARANGAN FASAL 18 PINDAAN UNDANG-UNDANG FASAL 19 PEMBUBARAN i

PERLEMBAGAAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS 84 86100, AYER HITAM, JOHOR FASAL 1: NAMA 1.1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS 84 (SMAH84). Selepas ini disebut Pertubuhan. 1.2. Takrif nama: Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam yang menduduki SPM dalam tahun 1984 dan seterusnya menamatkan alam persekolahan mereka dari sekolah ini dalam tahun yang sama. 1.3. Bertaraf: Lain-lain. FASAL 2: ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN 2.1. Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah seperti di para 2.1.1 atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. 2.1.1. No. 8, Bazar Niaga Ayer Hitam, Jalan Batu Pahat, 86100 AYER HITAM, Johor. 2.2. Alamat untuk surat menyurat adalah seperti di para 2.2.1 2.2.1. No. 8, Bazar Niaga Ayer Hitam, Jalan Batu Pahat, 86100 AYER HITAM, Johor. 2.3. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. 1

FASAL 3: LOGO DAN LAMBANG 3.1. Vektor Manusia: Melambangkan perpaduan, kerjasama dan permuafakatan sesama ahli. 3.2. Lencana Sekolah: Merupakan sekolah di mana kami dididik dan pencetus inspirasi menuju kejayaan. 3.3. Moto: Bersatu, Berhemah dan Beriltizam. 3.4. Misi: Kami bersama membimbing generasi muda ke arah kejayaan. 3.5. Visi: Ke arah menjana keluarga dan masyarakat cemerlang FASAL 4: OBJEKTIF DAN MATLAMAT 4.1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar Kelas 84 sebagai pemangkin kecemerlangan anak-anak ahli. 4.2. Sebagai satu mekanisma sokongan dalam membimbing pendidikan dan pemilihan kerjaya anak-anak di samping memastikan kebajikan ahli alumni diberi perhatian. 4.3. Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut. 4.4. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan. 4.5. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah. 2

4.6. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan sekolah SMDM dari segi akademik mahupun disiplin pelajar. 4.7. Menjana saluran dan medium menyuarakan pendapat, pandangan, masalah dan kemuskilan antara ahli dalam melahirkan keluarga bahagia dan cemerlang. FASAL 5: KEAHLIAN 5.1. Keahlian pertubuhan adalah seperti berikut: 5.1.1. Ahli Biasa 5.1.1.1. Warganegara Malaysia 5.1.1.2. Umur minima 18 tahun 5.1.1.3. Kawasan/tempat tinggal Ahli Bekas pelajar Sekolah Menengah Ayer Hitam dan tinggal di mana-mana di dalam Malaysia. 5.1.1.4. Keturunan/ Bangsa: Semua 5.1.1.5. Jantina: Semua 5.1.1.6. Agama: Semua 5.1.1.7. Kriteria Keahlian Yang lain: a. Keahlian persatua ini hanya terbuka kepada bekas Pelajar Sekolah Menengah Ayer Hitam. b. Keahlian selain yang dinyatakan diatas boleh dipertimbangkan dengan budi bicara Jawatankuasa Persatuan Alumni. 3

5.1.2. Ahli Bersekutu 5.1.2.1. Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa. Ahli Bersekutu tidak dibenarkan memegang jawatan atau mengundi. 5.2. Prosedur Permohonan dan Penerimaan Keahlian Pertubuhan 5.2.1. Mereka yang ingin memohon keahlian perlu mengisi borang yang diterbitkan oleh pertubuhan dan dihantar kepada Setiausaha pertubuhan untuk diluluskan. 5.2.2. Pendaftaran juga boleh dilakukan secara online melalui laman blog Alumni SMAH84 iaitu http://alumnismah84.wordpress.com. 5.2.3. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. 5.2.4. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli. 5.2.5. Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perlembagaan pertubuhan. FASAL 6: YURAN 6.1. Yuran pendaftaran pertubuhan dikenakan ke atas pemohonan ahli baru adalah: 6.1.1. Bayaran pendaftaran ahli (Sekali sahaja bayar) yang telah ditetapkan ialah RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Malaysia ) sahaja. 6.1.2. Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli baru selepas permohonan untuk menjadi ahli dibuat diluluskan. 4

6.1.3. Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember kepada Bendahari pertubuhan bagi tahun yang sama permohonan keahlian ahli diluluskan. 6.2. Yuran tahunan (Bayaran penuh untuk setiap tahun) dikenakan ke atas semua ahli adalah: 6.2.1. Sejumlah yuran RM 120.00 (Seratus Dua Puluh Ringgit Malaysia) sahaja untuk tempoh setahun perlu dijelaskan bagi setiap tahun. 6.2.2. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk bulanan atau tahunan tanpa lewat menyelesaikan jumlah bayaran mengikut ketetapan sebelum akhir Oktober setiap tahun untuk tahun yang sama. 6.3. Ahli yang gagal melunaskan hutang yurannya lebih daripada 3 bulan selepas bulan Oktober untuk tahun yang sama akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan boleh hilang hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. 6.4. Ahli yang membiarkan hutangnya yuran lebih dari 2 tahun, dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. 6.5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. 6.6. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. 5

FASAL 7: SUMBER KEWANGAN 7.1. Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam apa-apa bentuk dan sumbangan yang diterima hendaklah diisytiharkan di dalam Penyata Tahunan Pertubuhan. 7.2. Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih dan lain-lain kegiatan ekonomi. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan Pertubuhan dan tiada sebahagian pun daripada wang atau keuntungan tersebut boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada manamana ahlinya. FASAL 8: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 8.1. Pemberhentian secara sukarela 8.1.1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. 8.1.2. Segala bayaran tertunggak kepada yang ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyerahan surat pemberhentian. 8.1.3. Pihak pertubuhan berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan bayaran tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan. 8.1.4. Mana-mana ahli pertubuhan yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Majlis Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli pertubuhan. 8.2. Pemecatan ahli 8.2.1. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung 6

keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. Ahli yang dipecat boleh membuat rayuan untuk menjadi ahli semula dengan membuat bayaran kemasukan ahli. FASAL 9: MESYUARAT AGUNG 9.1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (½) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 9.2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan. 9.3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah: 9.3.1. Mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu; 9.3.2. Mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit; 9.3.3. Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan) 7

9.3.4. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 9.4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. 9.5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan: 9.5.1. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau 9.5.2. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan. 9.6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 9.7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 9.8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 9.9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. 8

FASAL 10: JAWATANKUASA 10.1. Jawatankuasa pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: 10.1.1. Majlis Tertinggi a. Seorang (1) Pengerusi b. Seorang (1) Naib Pengerusi c. Seorang (1) Setiausaha d. Seorang (1) Naib Setiausaha e. Seorang (1) Bendahari f. Seorang (1) Naib Bendahari g. Seorang (1) AJK 10.1.2. Seorang (1) ketua serta seorang (1) ahli untuk setiap biro-biro yang berikut : a. Akses dan Multimedia b. Kebajikan dan Kerohanian c. Kaunseling dan Pendidikan d. Sukan dan Rekreasi 10.2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. 9

10.3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula tiap-tiap dua tahun sekali. 10.4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan 10.5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 5 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (½) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 10.6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: 10.6.1. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; 10.6.2. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan 10.6.3. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat. 10

10.7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. 10.8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 10.9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. 10.10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. 10.11. Jawatankuasa sebelumnya hendaklah menyerahkan semua dokumen yang berkaitan dengan Pertubuhan kepada Jawatankuasa yang baru dipilih, namun masih dipertanggungjawabkan jika ada kesilapan, kerosakan, dan kehilangan semua rekod atau dokumen tersebut. FASAL 11: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 11.1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. 11.2. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. 11

11.3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. 11.4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 11.5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. 11.6. Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari. 11.7. Ahli Jawatankuasa Biasa dan Biro hendaklah menghadiri semua mesyuarat Pertubuhan dan membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 12: KEWANGAN 12.1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, biayaan dan perbelanjaan yang telah mendapat persetujuan Jawatankuasa atas perkara-perkara dan aktiviti yang memberi faedah dan keuntungan pertubuhan dan ahlinya. 12

12.2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 250 (Dua Ratus Lima Puluh Ringgit Malaysia) sahaja pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam bank di atas nama Pertubuhan. 12.3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan. 12.4. Perbelanjaan RM 250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 251.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Satu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. 12.5. Penyata kewangan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 13 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan dan kunci kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. 12.6. Tahun kewangan Pertubuhan ini adalah untuk tempoh 12 bulan bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. FASAL 13: JURUAUDIT 13.1. Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. 13.2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan dan kunci kira-kira Pertubuhan bagi dua (2) tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan dan kunci kira-kira 13

Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 14: PENTADBIR HARTA 14.1. Harta yang tidak boleh dialih bagi Pertubuhan hendaklah didaftar atas nama Pertubuhan dan segala surat cara yang berkaitan dengan harta itu adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah suratcara itu telah disempurnakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat bahawa suratcara itu disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan Pertubuhan ini yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa itu dan pelantikan mereka adalah disahkan oleh satu perakuan daripada Pendaftar Pertubuhan dan dimeterikan dengan meteri Pertubuhan. 14.2. Segala hak milik Pertubuhan tidak boleh dijual, ditarik balik atau dipindah hak milik dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan. FASAL 15: TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 15.1. Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak jelas di dalam undang-undang ini. 15.2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung. FASAL 16: PENASIHAT/PENAUNG 16.1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis 14

FASAL 17: LARANGAN 17.1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang dimainkan di premis pertubuhan. 17.2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. 17.3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. 17.4. Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. FASAL 18: PINDAAN UNDANG-UNDANG 18.1. Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 19: PEMBUBARAN 19.1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. 19.2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. 15

19.3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. DISAHKAN OLEH:... Pengerusi Nama : AZIZ BIN HAMZAH Tarikh: 27 Dis 2013 DISEDIAKAN OLEH:... Setiausaha Nama : SAH RURAZI BIN AHMAD Tarikh: 27 Dis 2013 16

SMAH 01 BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS 84 http://alumnismah84.wordpress.com / email: alumnismah@gmail.com Nama :. No. Kad Pengenalan :.. Saya seperti nama di atas merupakan bekas pelajar *SMAH84 / bekas pelajar SMAH (SMDM) / bukan bekas pelajar dengan ini rela hati untuk menjadi ahli persatuan dan berikrar akan mematuhi Perlembagaan Persatuan dan aktif bersama dalam sebarang aktiviti yang dikendalikan. Saya yang benar, Nama :.. Tarikh:.. Tanda Tangan :.. Dicadangkan oleh: Disokong oleh: ------------------------------------------- Keputusan Status Permohonan ---------------------------------- Permohonan ini telah dinilai atas kreteria yang diperlukan, dan diputuskan permohonan ini adalah *diluluskan/tidak diluluskan. Nama :.. Tanda Tangan :.. Tarikh:.. -------------------------------------------Keratan Yuran Pendaftaran---------------------------------- Bersama ini saya sertakan RM (Ringgit Malaysia:..) sebagai Yuran Pendaftaran saya bagi menjayakan program penubuhan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam Kelas 84. Nama :.. Tarikh:.. Tanda Tangan :.. * potong mana yang tidak berkenaan 1

SMAH 01 1. Nama 2. Nama Gelaran 3. MyKad 4. Alamat Persuratan BUTIR-BUTIR PERIBADI Photo 5. Bangsa 6. Agama 7. Email 8. No Talipon Rumah: HP: 9. Kerjaya 10. Institusi 11. Kepakaran 12. Nama Isteri/Suami 13. Nama Gelaran BUTIR-BUTIR PASANGAN Photo 14. MyKad 15. Bangsa 16. Agama 17. Bekas Sekolah Ya Tidak 18. No Talipon 19. Email 20. Kerjaya 21. Institusi 22. Kepakaran 2

SMAH 01 BUTIR-BUTIR ANAK 23. Nama MyKad Status Belajar/Kerja a. b. c. d. e. f. g. h. LAIN-LAIN BUTIR 24. Perkara Suami Isteri a. Jenis Darah Anak b. Penyakit c. Alahan d. e. f. g. h. 3