STAG2022 Stratigrafi Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

5. Jasad batuan yang cair dan panas yang terdapat dibawah bumi dipanggil sebagai apa? (a) Lava (b) Magma (c) Igneus (d) Sedimen (e) Tiada jawapan

BAB 9 KESIMPULAN. Bab terakhir ini meringkaskan secara padat kesimpulan yang telah dicadangkan di

STAG3012 Petrologi batuan endapan

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

Warisan Semula jadi Tanjung Mali perlu di kekalkan dan dipelihara

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011

BAB 8 USIA MUTLAK BATUAN DAN SEJARAH TEKTONIK. Bab ini bertujuan untuk meringkaskan usia mutlak batuan igneus yang terdapat di

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

Interpretasi Stratigrafi daerah Seram. Tabel 4.1. Korelasi sumur daerah Seram

STAG3012 Petrologi batuan endapan

STAG3012 Petrologi batuan endapan

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini membincangkan secara ringkas berkenaan aspek-aspek seperti kedudukan

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM GEOLOGI (HS21) SEMESTER /2011 SG GEOLOGI ASAS

BAB II TINJAUAN GEOLOGI REGIONAL

BAB I PENDAHULUAN. Bayat merupakan salah satu daerah yang menarik sebagai obyek penelitian

Ciri Litologi

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB 2 GEOLOGI REGIONAL

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

8. Pengertian dalam Hubunngan Geologi

berukuran antara 0,05-0,2 mm, tekstur granoblastik dan lepidoblastik, dengan struktur slaty oleh kuarsa dan biotit.

II. TINJAUAN PUSTAKA. Pada gambar di bawah ini ditunjukkan lokasi dari Struktur DNF yang ditandai

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB I PENDAHULUAN. (Sulawesi Selatan) (Gambar 1.1). Setiawan dkk. (2013) mengemukakan bahwa

STAG3012 Petrologi batuan endapan

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011

UAW 101 PENGANTAR ARKEOLOGI KULIAH MINGGU 7 (25/10/2012) BAHAN ASAS BUDAYA MATERIAL

BAB 2 PENGENALAN GRANIT SEMENANJUNG MALAYSIA. Semenanjung Malaysia mempunyai batuan igneus terdiri daripada batuan plutonik dan

BAB II GEOLOGI REGIONAL

Bab III Geologi Daerah Penelitian

INVENTARISASI BITUMEN PADAT DENGAN OUTCROP DRILLING DAERAH MUARA SELAYA, PROVINSI RIAU

BAB II TINJAUAN PUSTAKA. Menurut Kastowo (1973), Silitonga (1975), dan Rosidi (1976) litologi daerah

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III Perolehan dan Analisis Data

BAB III STRATIGRAFI 3. 1 Stratigrafi Regional Pegunungan Selatan

Gambar III.7. Jalur sabuk lipatan anjakan bagian tenggara Teluk Cenderawasih.

BAB II GEOLOGI REGIONAL

Bab II Tinjauan Pustaka

BAB 2 GEOLOGI REGIONAL

Umur dan Lingkungan Pengendapan Hubungan dan Kesetaraan Stratigrafi

BAB I PENDAHULUAN. telah banyak dilakukan kegiatan eksplorasi dan eksploitasi yang dilakukan oleh

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL

Jilid 1. Penulis : Arief Harisa Muhammad. Copyright 2013 pelatihan-osn.com. Cetakan I : Oktober Diterbitkan oleh : Pelatihan-osn.

BAB IV ASOSIASI FASIES DAN PEMBAHASAN

Geologi Daerah Perbukitan Rumu, Buton Selatan 34 Tugas Akhir A - Yashinto Sindhu P /

BAB II TINJAUAN UMUM

Umur GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB IV ANALISIS STRUKTUR GEOLOGI

Tukun tiruan adalah bahan binaan manusia yang berpotensi untuk mengumpul dan meningkatkan pengeluaran ikan yang ditangkap oleh nelayan.

BAB IV SEJARAH GEOLOGI

BAB 2 TATANAN GEOLOGI

BAB II TINJAUAN PUSTAKA

BAB IV SEJARAH GEOLOGI

Foto 3.5 Singkapan BR-8 pada Satuan Batupasir Kuarsa Foto diambil kearah N E. Eko Mujiono

III. ANALISA DATA DAN INTERPRETASI

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

Metamorfisme dan Lingkungan Pengendapan

BAB I PENDAHULUAN. Persebaran batuan metamorf tekanan tinggi di Indonesia (Gambar I.1)

BAB II TINJAUAN UMUM

Kecamatan Nunukan, Kabupaten Nunukan, Provinsi Kalimantan Timur

Bab II Geologi Regional

Memorandum Pendidikan

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

III.3 Interpretasi Perkembangan Cekungan Berdasarkan Peta Isokron Seperti telah disebutkan pada sub bab sebelumnya bahwa peta isokron digunakan untuk

BAB I PENDAHULUAN. Area penelitian terletak di area X Malita Graben yang merupakan bagian

BAB II GEOLOGI REGIONAL

Gambar 1. Kolom Stratigrafi Cekungan Jawa Barat Utara (Arpandi dan Padmosukismo, 1975)

BAB I PENDAHULUAN. banyak terkait oleh mineralisasi endapan hidrotermal-magmatik. Dalam berbagai

BAB II GEOLOGI REGIONAL

POTENSI BAHAN GALIAN GRANIT DAERAH KABUPATEN TOLITOLI PROVINSI SULAWESI TENGAH

BAB 2 Tatanan Geologi Regional

GEOLOGI DAERAH SADENG LEUWISADENG, KABUPATEN BOGOR, JAWA BARAT

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II GEOLOGI REGIONAL

II. TINJAUAN PUSTAKA. Zona penelitian ini meliputi Cekungan Kalimantan Timur Utara yang dikenal juga

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB I PENDAHULUAN 1.1. Latar Belakang

BAB 3 KAITAN LAPANGAN. Bab ini membincangkan tentang cerapan lapangan bagi setiap pluton di dalam Jalur

BAB II TINJAUAN UMUM

BAB II GOLOGI REGIONAL DAERAH PENELITIAN

BAB II GEOLOGI REGIONAL

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

TUGAS AKHIR PERENCANAAN PERBAIKAN KALI BABON KOTA SEMARANG

BAB III GEOLOGI DAERAH PENELITIAN

BAB I PENDAHULUAN. pada Sungai Kedawung. Secara geologi, menurut Pringgoprawiro (1982) formasi

BAB II TINJAUAN UMUM DAERAH PENELITIAN

Transkripsi:

STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Kumpulan Bentong

Pengenalan Kawasan Bentong-Raub telah dikaji sejak sekian lama. Batuan Paleozoik Bawah yang terdapat di sini dikenali dengan berbagai nama, antaranya Arenaceous Formation oleh Richardson (1939), Foothills Formation oleh Richardson (1946) dan Bentong Group oleh Alexander (1959, 1968). Kumpulan Bentong seperti yang dinyatakan oleh Alexander (1968) terdiri daripada empat unit litologi yang utama iaitu a) rudit, b) arenit, c) lutaceous dan d) cherty. Unit batuan syis yang banyak terdapat di sebelah barat unit di atas tidak dinyatakan dengan jelas, tetapi di kawasan Genting Sempah, unit syis ini dicampurkan bersama membentuk Kumpulan Bentong. Pengenalan Kumpulan Bentong merupakan satu zon sutura di mana tempat berlakunya pertemuan dua kepingan tektonik.

Litologi dan usia Kumpulan Bentong tersebar dengan luas, daripada sempadan Thailand hingga ke Muar, Johor. Batuan yang membentuk jalur ini ada berbagai jenis dan Tjia (1987) telah mengelaskannya kepada 4 jenis; - Serpertinit - Syis kuarza-mika - Batu kapur - Klastik-rijang Kumpulan Bentong ini dipercayai berusia Paleozoik Awal, iaitu daripada Ordovisi hingga Devon. Stratigrafi Kumpulan Bentong yang dulunya digunakan untuk kawasan Bentong oleh Alexander (1955) telah diperluaskan lagi penggunaannya untuk keseluruhan batuan Paleozoik Bawah yang terdapat di timur Granit Banjaran Besar. Di sepanjang jalur yang menganjur hampir utara-selatan ini, banyak kajiankajian yang telah dilakukan. Antara kawasan yang mana kajian terperinci telah dilakukan ialah kawasan Bentong- Raub, Karak, Kuala Kelawang, Durian Tipus, dan Kuala Pilah. Kawasan di sebelah utara daripada Bentong tidak ada kajian terperinci yang telah dilakukan. Di kawasan-kawasan ini, batuan Kumpulan Bentong ini telah dibahagikan atau dikenali dengan beberapa nama formasi. Sebahagian daripada formasi-formasi ini boleh dikorelasikan diantara satu sama lain.

KAWASAN KUALA BETIS, GUA MUSANG Kumpulan Bentong ditandakan sebagai unit syis sahaja. Di timur (Jalur Tengah) terdapat Formasi Gua Musang). KAWASAN BENTONG-RAUB Alexander (1968) telah bahagikan Kumpulan Bentong ini kepada dua unit; - Siri Arenit Tua - Siri Syis Siri Syis terdiri daripada syis kuarza dan grafit bersama-sama dengan filit, sabak dan hornfels. Selain itu terdapat juga syis garnet dan amphibol. Jujukan ini telah mengalami perlipatan kuat. Siri Arenit Tua terdiri daripada lapisan sedimen jenis flysch. Terdapat berbagai litologi dalam siri ini, antaranya ialah; - Konglomerat - kuarzit bermika dan subgrewak - Syal, filit dan syis - Rijang berkarbon

KAWASAN BENTONG-RAUB Haile et al (1977) mendapati bahawa Kumpulan Bentong yang ada di sini boleh dipetakan kepada beberapa unit atau formasi, iaitu; Kumpulan Raub (di Jalur Tengah) Lapisan merah (redbeds) - Awal Karbon / Devon Rijang/argilit - Awal Devon Syis - Awal Devon / lebih tua Di antara unit-unit yang ada ini dipercayai terdapat satah ketakselarasan. KAWASAN BENTONG-RAUB Haile et al (1977) mendapati bahawa Kumpulan Bentong yang ada di sini boleh dipetakan kepada beberapa unit atau formasi, iaitu; Kumpulan Raub (di Jalur Tengah) Lapisan merah (redbeds) - Awal Karbon / Devon Rijang/argilit - Awal Devon Syis - Awal Devon / lebih tua Di antara unit-unit yang ada ini dipercayai terdapat satah ketakselarasan.

Unit Syis Unit Syis terdiri daripada syis kuarza-mika, syis kuarza-grafit dan juga syis amphibol. Lim (1972) mencadangkan unit ini dimasukkan ke dalam fasies syis hijau (greenschist), iaitu subfasies epidot-biotit. Unit syis ini telah terlipat, dan tercangga lebih kuat berbanding dengan unit lain. Berdasarkan kepada canggan ini, Haile et al (1977) mencadangkan unit Syis ini dpisahkan dengan unit di atasnya oleh satah ketakselarasan ataupun sesar. Tiada fosil ditemui dalam unit syia, tetapi ianya dikatakan berusia Ordovisi-Silur. Unit Rijang/Argilit Unit Rijang/Argilit terdiri daripada rijang, termasuk rijang radiolaria, syal, batu lodak dan juga batu pasir. Unit ini telah mengalami perlipatan (atau mungkin lipatan nendatan?), tetapi belum termetamorf hebat. Unit ini dikatakan berusia Devon Akhir-Karbon Awal, berdasarkan kepada kewujudan radiolaria (Spiller & Metcalfe, 1995a; 1995b). Fauna Devon Akhir dicirikan oleh kewujudan Holoeciscus foremanae cheng, Popofsleyellum sp. Holoeciscus longus, manakala fauna Karbon Awal dicirikan oleh Albaillella undata dan Albaillelle deflandnei.

Unit Lapisan Merah Unit Lapisan Merah merupakan unit yang termuda. Lapisan Merah ini terdiri daripada selang lapis konglomerat, batu pasir dan batu lumpur yang memperlihatkan warna kemerahan. Lapisan ini mempunyai perlapisan yang landai, tidak terlipat seperti mana unit-unit Paleozoik di bawahnya, dan lapisan merah ini dipercayai terendap di sekitaran daratan. Tiada fosil ditemui, dan Haile et al (1977) mencadangkan unis Paleozoik Bawah (Karbon atau lebih tua) untuk lapisan ini. Walau bagaimanapun Lapisan Merah ini tidak termetamorf, asalan daratan dan tidak memperlihatkan canggaan yang kuat. Ini mencadangkan usia yang lebih muda, mungkin Jura-Kapur. Jadi jika ini benar, maka lapisan merah ini sepatutnya dikeluarkan daripada Kumpulan Bentong. B E N TO N G - R A U B KUAT ER NAR T ER TIAR KAP UR Litolog i & k esan ca ng ga an y an g dia la m i ole h L ap isa n M e rah in i m e nc ad an gk an usia y an g m ud a, iaitu Jura -K a pu r JURA TR IAS PER M LA PISAN M ERA H - litologi - konglom erat, batu pasir & ba tu lum pur - warna kemerahan - tiada fosil - tidak termetamorf & kurang tercangga - usia p aling m uda iaitu Devon atau awa l Ka rbon KAR BO N DE VON SIL UR OR DOVIS I KAM BRIAN CHE RT-ARGILIT - litologi - rija ng, sya l, b atu loda k & batu pasir - ad a lipatan, tetapi belum termetamorf kuat - terdapat fosil - radiolaria & graptolit - usia D evon Awal Spille r & M etca lfe (1995) tem ui fosil Perm Awal SYIS - litologi - syis kuarza-mika, syis kuarzagrafit, syis amp hibol (syis hijau) - terlipat & tercangga dengan kuat - tiada fosil - usia Awal D evon atau lebih tua

GEOLOGI KAWASAN KARAK Batuan Kumpulan Bentong yang terdapat di Bentong-Raub boleh ditemui di bahagian selatan. Kajian terperinci geologi kawasan Karak telah dilakukan oleh Jaafar Ahmad (1976). Beliau telah menggunakan penamaan Formasi Karak untuk jujukan Kumpulan Bentong yang berusia Paleozoik Bawah. Jaafar Ahmad (1976) telah mencampor kesemua unit batuan yang ada (syis, rijang dan argilit) ke dalam satu formasi yang sama. Memandangkan syis merupakan batuan yang telah termetamorf kuat, manakala unit rijang dan argilit lain belum atau kesan metamorfismenya sangat rendah, dipercayai berlaku satu aktiviti atau proses metamorfisme selepas terbentuknya sedimen syis dan sebelum pemendapan rijang-argilit. Proses metamorfisme ini membentuk satu satak ketakselarasan di antara unit syis dengan unit rijang-argilit di atasnya. Jadi adalah sangat tidak sesuai meletakkan kedua-dua unit ini ke dalam satu Formasi Karak. Hubungan stratigrafi seperti yang dicadangkan oleh Haile et al (1977) untuk kawasan Bentong-Raub diguna pakai untuk kawasan Karak. Di bahagian atas Formasi Karak terdapat unit batu kapur dan berdasarkan jumpaan radiolaria, unit ini berusia Perm Awal. GEOLOGI KAWASAN KARAK

KA RAK! " KUATER NAR TER TIAR KAP UR JURA TR IAS PER M KAR BO N DE VO N SILUR OR DOVIS I FORMASI KARA K - Sem ua unit "K um pulan B entong" digabu ngkan ke dalam satu formasi - litologi te rdiri d aripa da batuan m etam orf syis, hornfel, kuarzit bersam a -sam a dengan rijang, rudit-a re nit, argilit dan juga ba tu kap ur serta piroklas - terdapat fosil graptolit - usia D evon Awal - ad alah tida k be ra pa sesuai untuk m engg abungkan jujukan term etam orf kuat (unit syis) b ersam a-sam a unit kurang termetamorf (rijang & argilit) - Spiller & Metcalfe (1995) tem ui radiolaria Perm B awa h di kawasan Binta Ma nis - dica dangkan kem ba li kepa da pe m bahagia n oleh Haile (1977) KAM BRIAN GEOLOGI GENTING SEMPAH Di kawasan Genting Sempah, terdapat satu jasad batuan sisa bumbung ( roof pendant ) di atas jasad granit. Batuan ini dipetakan sebagai Kumpulan Bentong oleh Alexander (1968). Haile (1970) mendapati batuan Kumpulan bentong ini terdiri daripada empat unit batuan; - Riolit dan dasit paling muda - Jujukan lapisan merah konglomerat dan tuf ignimbrit (Konglomerat Sempah) - Jujukan rijang-argilit (Chert Gombak) - Jujukan syis (Syis Selut) paling tua

GEOLOGI GENTING SEMPAH Syis Selut dipisahkan dengan Chert Gombak oleh sesar, manakala terdapat satu ketakselarasan antara Konglomerat Sempah dengan Chert Gombak. Haile (1970) mencadangkan usia Konglomerat Gombak sebagai Awal Karbon atau Devon kerana batuan riolit yang terletak d atas konglomerat ini beruia awal Perm berdasarkan kajian penentuan usia radiometri oleh Bignell (1972). GEOLOGI GENTING SEMPAH Spiller & Metcalfe (1995) telah menemui fosil dariolaria daripada rijang yang terdapat dalam Chert Gombak. Usia yang diperolehi ialah Devom Akhir Karbon Awal. Ini mencadangkan yang Chert Gombak adalah setara dengan jujukan chert-argilit yang terdapat di kawasan Bentong-Raub, dan besar kemungkinan Syis Selut ini juga boleh dikorelasikan dengan unit syis yang terdapat di Bentong-Raub. Masalah sekarang ialah usia untuk Konglomerat Sempah. Dalam jujukan konglomerat ini terdapat batuan tuf, dan aktiviti volkanik memang aktif pada masa Karbon, Perm hingga Trias. Tetapi batuan volkanik juga ada dilaporkan dalam jujukan batuan sedimen daratan Kumpulan Gagau yang berusia Jura-Kapur. Ada kemungkinan Konglomerat Sempah ini setara dengan lapisan merah yang terdapat di Bentong- Raub, yang mana sekarang ini ramai pengkaji meletakkannya ke dalam usia Jura- Kapur.

G E N TIN G S E M PA H & KUATER NAR TER TIAR KAP UR JURA M ungkinkah K onglom erat Sem pah juga ber usia Jur a-k apur, seperti m ana L apisan M erah Raub? TR IAS PER M KAR BON DE VON SIL UR OR DOVIS I KAM BRIAN $ % # K O NG L OM ERAT SEM PA H - litologi - konglom erat, batu pasir & ba tu lum pur - riolit Perm B awa h terletak di atas unit ini - tiada fosil - usia Dev on ata u aw al K arb on CH E RT G O M B AK - litologi - rija ng, syal, b atu loda k & batu pasir - usia D evon Awal Spiller & Metc alfe (1995) te m ui radiolaria Devon Akhir - Karbon Aw al SYIS SEL UT - litologi uta m a ia lah syis - terlipat & tercangga dengan kuat - tiada fosil - usia Awal D evon atau lebih tua GEOLOGI KUALA KELAWANG (Shu,1989) Batuan Paleozoik menganjur ke kawasan Kuala Kelawang, Durian Tipus hinggalah ke Kuala Pilah.

GEOLOGI KUALA KELAWANG (Shu,1989) Di Kuala Kelawang, Shu (1989) telah membahagikan batuan Kumpulan Bentong ini kepada tiga unit; - Konglomerat Kelintau (Karbon) paling muda - Lapisan Pelong (Devon) - Syis Jelebu (Ordovisi Silur) paling tua Formasi Semantan tersingkap di timur dalam Jalur Tengah Syis Jelebu yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Syis Pilah terdiri daripada Syis kuarza-mika, syis grafit, filit serta terdapat juga amphibolit dan serpentinit. Di atas syis ini terletak secara tidak selaras jujukan selang lapis rijang, argilit dan batu pasir yang dikenali sebagai Lapisan Pelong. Fosil graptolit yang ditemui mencadangkan usia Awal Devon atau mungkin juga Akhir Silur. Konglomerat Kelintau yang terdiri daripada lapisan merah konglomerat, batu pasir dan syal. Tiada fosil dilaporkan di dalam jujukan batuan sedimen daratan ini, tetapi Shu (1989) mencadangkan usia Karbon. GEOLOGI KUALA KELAWANG (Shu,1989)

GEOLOGI KUALA PILAH (Khoo, 1998) Terdapat tiga unit batuan utama di sekitar Kuala Pilah; -Syis Jelebu - Lapisan Kepis (termasuk Marmar Jelai) - Formasi Semantan Formasi Semantan terletak di dalam Jalur Tengah Semenanjung Malaysia. GEOLOGI KUALA PILAH (Khoo, 1998) Kajian oleh Khoo (1998) di kawasan Kuala Pilah mendapati cuma terdapat satu unit batuan Paleozoik Bawah yang setara dengan Kumpulan bentong iaitu Syis Jelebu. Sebelum ini nama Syis Pilah telah lama diguna pakai. Walau bagaimanapun, Spiller & Metcalfe (1995) dan Basir Jasin & Che Aziz Ali (1997) menemui singkapan rijang-argilit di kawasan Langkap, dan mereka telah memperolehi radiolaria daripada rijang ini. Usia rijang ini dikatakan Devon Akhir Karbon Awal. Jujukan rijang-argilit ini dikenali oleh Basir Jasin & Che Aziz Ali (1997) sebagai Chert Langkap. Chert Langkap ini adalah setara atau boleh dikorelasikan dengan Lapisan Pelong (Shu, 1989) dan unit chert-argilit (Haile et al, 1977).

GEOLOGI KUALA PILAH (Khoo, 1998) Lapisan (Formasi) Kepis Di Kuala Pilah terdapat Formasi Kepis yang tertabur di sebelah timur Jelebu (Pilah) Syis. Litologi Formasi Kepis mengandungi pelbgai fasies; - arenit - argilit - rudit -batu kapur Unit fasies batu kapur dalam Formasi Kepis dikenali sebagai Ahli Marmar Jelai. Ahli Marmar Jelai ini terdiri daripada batu kapur warna gelap dan mengandungai fosil. Batu kapur ini saling mengjejari dengan unit klastik lain Forlasi Kepis. GEOLOGI KUALA PILAH (Khoo, 1998) Lapisan (Formasi) Kepis Usia Banyak fosil dilaporkan ditemui dalam Formasi Kepis, antaranya fusulina, brakiopod, koral, krinoid, kayu dan tumbuhan. Semua fosil mencadangkan usia Awal Perm untuk Formasi Kepis.

GEOLOGI DURIAN TIPUS (Loganathan, 1993) Di kawasan lebih ke selatan, iaitu sekitar Durian Tipus, kajian terpeninci dilakukan oleh Loganathan (1993). Jujukan yang terdapat di kawasan Kuala Kelawang juga boleh ditemui di kawasan Durian Tipus ini. GEOLOGI DURIAN TIPUS (Loganathan, 1993) Loganathan (1993) menggunakan penamaan yang sama dengan Shu (1989), iaitu; - Syis Jelebu - Lapisan Pelong - Konglomerat Kelintau. Satu perbezaan yang nyata di antara kedua-dua pengkaji ini ialah penentuan usia Konglomerat Kelintau. Loganathan (1993) menggunakan tiga sebab mengapa Konglomerat Kelintau tidak sesuai diletakkan ke dalam usia Paleozoik; - Tidak ada sedimen daratan yang berusia Paleozoik, dan kesemuanya berusia Mesozoik Akhir. - Lapisan Konglomerat Kelintau termiring landai atau sederhana, dan ini tidak konsisten dengan adanya aktiviti pergerakan orogeni pada masa Paleozoik dan Mesozoik Tengah. - Kurangnya telerang kuatza yang memotong lapisan Konglomerat Kelintau, sedangkan dalam batuan Paleozoik lain terdapat terlalu banyk telerang kuarza. Sekarang ini, alasan pertama yang diberikan di atas sudah tidak sesuai kerana di Semenanjung Malaysia memang sudah dikenal pasti terdapat formasi batuan sedimen daratan yang berusia Paleozoik, antaranya ialah Formasi Redang dan Formai Bukit Keluang. Walau bagaimanapun, alasan kedua dan ketiga masih relaven. Adalah dipercayai Konglomerat Kelintau boleh dikorelasikan dengan lapisan merah yang terdapat di Bentong-Raub, dan Konglomerat Sempah di Genting Sempah, dan mungkin berusia Jura-Kapur.

STRATIGRAFI KUMPULAN BENTONG K UALA D URIAN K ELAWAN G T IPU S #' ( K UALA PILAH ' KUATER NAR TER TIAR KAP UR JURA TR IAS PER M # LA PISAN L ANG K AP - B asir Jasin & Che Az iz (1997) m ene m ui jujukan rijang - argilit di kaw asa n Ku ala Pilah - terdapa t fosil radiolaria D evon Akhir - Ka rbon Awal KONGLOMERAT KE LINTAU - litologi uta m a la pisan m erah konglomerat, batu pasir & syal - tiada fosil - Shu (19 89) cada ngkan usia Karbon - L ogana th an (1993) m e ncada ngkan usia Jura - Kapur KAR BO N DE VO N SIL UR # ) %# ) %# Formasi Kepis %# Jujukan ini m ungkin se tara de ngan Lap isan Me ra h yang terdapa t di Bentong - R aub & berusia Jura - Kapur LA PISAN PELONG - jujukan selang lapis rija ng, argilit & batu pasir - terdapat fosil graptolit - usia Awal D evon atau Silur Akhir OR DO VIS I KAM BRIAN SYIS JEL EB U - juga dikenali sebagai Syis Pilah - litologi uta m a ia lah syis m ika-kuarza, syis grafit, filit serta serpentinit - usia O rdov isi - Silur STRATIGRAFI KUMPULAN BENTONG Khoo (1990) mencadangkan Keseluruhan batuan Paleozoik di kaki gunung Banjaran Besar (Main Range Foothills) dikenali sebagai Kumpulan Bentong. Secara umumnya terdapat dua unit utama dalam Kumpulan Bentong; - Unit Syis Guna pakai nama Syis Pilah - Unit Arenit-Argillit Guna pakai Formasi Karak. Khoo (1990) turut melibatkan Formasi Kepis) Unit yang tidak dapat dibuat pembahagian (terutama di bahagian utara) dipanggil Kumpulan Bentong. Formasi Kepis (Perm Awal) tidak sesuai dikumpulkan ke dalam Kumpulan Bentong kerana perbezaan usia yang ketara.

Sekian