بسم هللا الرحمن الرحيم

dokumen-dokumen yang mirip
SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

MANIFESTO PRU 14 CAMERON HIGHLANDS

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

MEMUPUK PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Koperasi Pengangkutan

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

Polisi Privasi. Pengenalan

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

CADANGAN PENINGKATAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAJUK LOKALISASI DALAM PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA: PERSEPSI AMIL

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

HARI MISI KESINAMBUNGAN BISNES 2017 : JCORP INTRAPRENEUR 2.0 CHALLENGE

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PERSIDANGAN MEJA BULAT: ISU & CABARAN KONTEMPORARI DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016


BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Inovasi dan Perubahan

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG]

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

Prinsip Pembangunan Komuniti

ULASAN BUKU PENGENALAN

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Akaun Pelaburan Waheed

Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Transkripsi:

RESOLUSI PERSIDANGAN MEJA BULAT: ISU DAN CABARAN KONTEMPORARI DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA بسم هللا الرحمن الرحيم الحمد هلل رب العالمين وصلوات هللا وسالمه على رسوله األمين خاتم النبيين وعلى اله وصحبه أجمعين Dengan rahmat dan kurniaan Allah swt. selesai sudah Persidangan Meja Bulat yang bertemakan Isu dan Cabaran Kontemporari Dalam Pengurusan Zakat di Malaysia. Persidangan ini telah berlangsung selama satu hari iaitu pada 3 November 2016 bersamaan dengan 3 Safar 1438H di Institut Kajian Tinggi Islam Antarbangsa (IAIS) Malaysia. Persidangan ini merupakan anjuran bersama IAIS Malaysia, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Sekretariat Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (SPZN). Persidangan telah membahaskan isu-isu dan perkara-perkara sebagaimana berikut: 1. Isu-isu kemiskinan di Malaysia 2. Cabaran institusi zakat dalam menangani kemiskinan di Malaysia 3. Isu-isu mendesak dalam pengurusan zakat di Malaysia Persidangan telah bersetuju terhadap perkara-perkara berikut: A. Isu-isu kemiskinan di Malaysia 1. Persidangan telah mengenalpasti bahawa: i. Mekanisme pengukuran kemiskinan di Malaysia telah mengalami penambahbaikan melalui pendefinisian semula konsep kemiskinan dan keperluan asas yang lebih menyeluruh dengan mengambilkira komponen-komponen seperti pengangkutan, akses pendidikan dan tahap kesihatan. 1

ii. iii. iv. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kadar kemiskinan di Malaysia termasuklah pendidikan yang rendah, pengangguran terutamanya di kalangan belia, perubahan demografi dan cabaran-cabaran tertentu golongan miskin. Golongan miskin sering terdedah kepada skim-skim dan program-program yang menjanjikan kemewahan segera, termasuklah yang berunsurkan penipuan, namun dari segi jangka panjangnya boleh menggugat status kewangan serta menghalang proses mobiliti sosial mereka. Tidak wujudnya keseragaman metodologi dan mekanisme penetapan komponenkomponen had al-kifayah antara negeri-negeri dan institusi-institusi zakat di Malaysia. B. Cabaran institusi zakat dalam menangani kemiskinan di Malaysia 1. Persidangan mengenalpasti bahawa institusi zakat menghadapi cabaran dalam menangani kemiskinan di Malaysia dari perbagai aspek sebagai berikut: i. Institusi Zakat mengalami masalah kekurangan dana akibat keperluan asnaf yang meningkat serta menjangkaui kadar kutipan. ii. Pembayar Zakat mempunyai kesedaran dan kefahaman yang kurang mengenai hukum kewajiban zakat harta serta peranan institusi zakat; mempunyai persepsi yang salah terhadap institusi zakat jesteru mengakibatkan mereka cenderung untuk mengagihkan sendiri zakat tanpa melalui saluran lembaga zakat. iii. Asnaf: Terdapat asnaf yang mempunyai masalah sikap seperti kurangnya rasa bersyukur dan lemahnya keyakinan diri sehingga mengakibatkan mereka bergantung sepenuhnya kepada bantuan dari institusi zakat. iv. Agensi: Tidak terdapatnya medium integrasi data antara institusi zakat, badan kerajaan serta agensi-agensi lain yang berkaitan. C. Isu-isu mendesak dalam pengurusan zakat di Malaysia 2. Persidangan mengenalpasti bahawa: i. Institusi zakat terdedah kepada persepsi masyarakat yang pelbagai antara lainnya adalah kos kutipan yang tinggi, perbezaan kaedah taksiran zakat, ketidakseragaman hukum zakat di antara negeri-negeri, pengasingan urusan kutipan dan agihan, proses agihan yang mengambil masa dan perlu melalui banyak prosedur, institusi zakat menggunakan wang zakat, serta terdapat kaunter kutipan zakat yang banyak berbanding kaunter agihan yang dilihat amat sedikit. 2

ii. iii. iv. Institusi zakat menghadapi pelbagai cabaran dalam memperkasakan kutipan zakat perniagaan (korporat), seperti insentif cukai yang kurang menarik perhatian pihak korporat, halangan dalam menyampaikan maklumat zakat yang tepat kepada pihak pembuat keputusan dalam sesebuah syarikat, status kewajiban zakat syarikat yang belum diselaraskan dan terdapatnya syarikat yang mengagihkan zakat mereka tanpa melalui lembaga zakat. Institusi zakat turut menghadapi pelbagai cabaran dalam memperkasakan usahawan-usahawan asnaf seperti isu kekurangan ilmu dan bakat dalam berniaga, kekurangan motivasi, kekurangan idea serta wujudnya masalah sikap dalam menguruskan perniagaan. Institusi zakat menghadapi isu kurangnya penyelarasan maklumat dan aktiviti antara institusi zakat negeri-negeri dengan agensi-agensi swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO). D. Cadangan Penambahbaikan Persidangan mencadangkan perkara-perkara berikut: 1. Perlu diwujudkan mekanisme perlindungan bagi golongan miskin daripada skim-skim yang menawarkan kemewahan segera namun boleh menjejaskan status kewangan mereka dalam jangka masa panjang. 2. Program-program khusus untuk menggalakkan mobiliti sosial golongan miskin perlu dijalankan termasuklah menawarkan latihan keusahawanan di kalangan mereka serta menyediakan peluang pendidikan yang lebih luas, merangkumi pendidikan teknikal dan vokasional dan juga kemahiran pengurusan kewangan. 3. Strategi dan langkah-langkah khusus perlu dirangka demi mengurangkan kebergantungan asnaf kepada bantuan zakat. 4. Platform khusus perlu diwujudkan sebagai medium integrasi dan perbincangan isu-isu zakat di antara agensi zakat negeri-negeri, pihak Kerajaan Pusat serta badan-badan bukan kerajaan (NGO). 5. Proses pendidikan dan pemahaman menyeluruh perlu diperhebatkan khususnya mengenai kewajipan berzakat dan peranan institusi zakat dalam masyarakat Islam. 6. Gerak kerja dalam membasmi kadar kemiskinan hendaklah dipikul bersama oleh agensi-agensi kerajaan sebagai penerajunya dan institusi-institusi zakat sebagai pelengkapnya. 3

7. Sebuah badan sekretariat perlu ditubuhkan untuk menjalankan kajian-kajian yang berimpak tinggi berkaitan isu-isu mengenai zakat. Sekretariat Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (SPZN), Lembaga Zakat Selangor dan IAIS Malaysia boleh menjadi penyelaras bagi sekretariat ini. 8. Menganjurkan Simposium Zakat Nasional 2017 bagi tujuan untuk membentangkan hasil-hasil kajian yang telah dijalankan serta memantau hasil resolusi yang tercapai daripada persidangan ini. Institusi Zakat 9. Perlu mewujudkan mekanisme pengukuran kemiskinan yang lebih inclusive, dynamic dan comperehensive dengan mengambilkira kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh termasuk bentuk kemiskinan yang pelbagai dimensi dan faktor perubahan demografi. 10. Kaedah penentuan asnaf yang lebih berkesan perlu dibentuk seperti mewujudkan bank data pemohon zakat yang bersepadu antara negeri-negeri. 11. Metodologi yang seragam perlu dibentuk dalam penentuan garis kemiskinan dan penentuna komponen-komponen had al-kifayah. 12. Mekanisme yang jelas dan berkesan di dalam menangani persepsi masyarakat terhadap institusi zakat perlu diperhalusi seperti menyediakan kemudahan yang lengkap dan mesra pelanggan, menyediakan sumber maklumat yang tepat dan terkini, pengiktirafan tadbir urus institusi zakat yang cekap, penggunaan media sosial yang lebih meluas, dan menyediakan ruang komunikasi dua hala antara institusi zakat dan ahli masyarakat. 13. Koordinasi dan penyelarasan maklumat perlu ditambahbaik khususnya di antara institusi kefatwaan dan institusi zakat bagi menyelesaikan isu ketidakselaran fatwa mengenai zakat korporat. 14. Mempelbagaikan kaedah kutipan zakat bagi meningkatkan hasil kutipan. Regulator 15. Mencadangkan kepada pihak yang mempunyai kawalan terhadap badan korporat seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara 4

Malaysia untuk menggalakkan pembayaran zakat di kalangan syarikat-syarikat korporat. Kewajiban zakat perlu ditekankan sebagaimana kewajiban pembayaran cukai. 16. Memberikan rebate berdasarkan kadar pembayaran zakat perniagaan sebagai salah satu insentif percukaian. 17. Memohon pihak kerajaan untuk mengekalkan status quo peruntukan Seksen 6A(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi mengekalkan kelangsungan kos menampung keperluan asnaf. 5