PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM) PERTUBUHAN DOKTOR-DOKTOR ISLAM MALAYSIA (PERDIM)

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

Perlembagaan Badan Pelajar Berdaftar. Nama badan pelajar : Persatuan Pelajar Sains Sukan Universiti Malaya. 1. Tujuan atau kepentingan badan pelajar :

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC) Selepas ini disebut "Pertubuhan". (2) Takrif Nama : (3) Taraf Pertubuhan : Lain-lain FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah D/A FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU SABAH dan alamat untuk surat-menyurat adalah D/A FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU SABAH atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT (1) Menyediakan satu wadah atau persatuan bertujuan untuk menghimpun peminatpeminat pacuan empat roda serta mereka yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan khususnya kakitangan UMS untuk melaksanakan program 1

kesukarelawan komuniti; (2) Memupuk budaya kesukarelawan, semangat kerjasama dan bantu membantu dikalangan kakitangan UMS; (3) Menyalurkan khidmat sukarela oleh ahli profesional dalam kelab atau lain-lain bentuk khidmat masyarakat yang boleh disumbangkan oleh ahli kelab; (4) Memberi kursus, latihan dan seminar berkaitan kemahiran penggunaan kenderaan pacuan empat roda dan peralatan bantuan kenderaan; (5) Mengeratkan dan merapatkan jurang hubungan di antara Universiti Malaysia Sabah dan masyarakat luar bandar; (6) Menganjurkan program dan aktiviti berkaitan dengan kenderaan pacuan empat roda. FASAL 4 KEAHLIAN (1) Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut; A. Ahli Biasa Ahli Biasa adalah terbuka kepada semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah sama ada mempunyai kenderaan pacuan empat roda atau mereka yang meminati aktiviti kesukarelawan komuniti. Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia dan mestilah berumur 18 tahun ke atas. B. Ahli Bersekutu Mereka yang bukan terdiri daripada kakitangan UMS sama ada mempunyai kenderaan pacuan empat roda atau mereka yang meminati aktiviti kesukarelawan komuniti dan menyokong Pertubuhan boleh menjadi Ahli Bersekutu dengan syarat ianya dicadangkan oleh sekurang-kurangnya dua orang Ahli Biasa dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pertubuhan. Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia dan mestilah berumur 18 tahun ke atas. Mereka tidak boleh mengundi dan tidak boleh memegang jawatan dalam Pertubuhan. C. Ahli Kehormat Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada Pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran. Mereka tidak boleh mengundi dan tidak boleh 2

memegang jawatan dalam Pertubuhan. (2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab. (3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli. FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. (2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebabsebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada: (1) Bayaran masuk: Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu RM200.00 (Ringgit Malaysia: dua ratus sahaja) (2) Yuran Tahunan: Ahli Biasa RM100.00 (Ringgit Malaysia: satu ratus sahaja) Ahli Bersekutu RM80.00 (Ringgit Malaysia: lapan puluh sahaja) a) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahun. b) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan 3

hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. c) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. d) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. e) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan. (3) Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan. (4) Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG (1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan. 4

(3) Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Dwi Tahunan adalah: a) Mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu; b) Mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit; c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan); d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kirakira pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan pertubuhan. (5) Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan: a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha pertubuhan. (6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. (8) Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari 5

tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. (9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 8 JAWATANKUASA (1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih setiap dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan: a) Seorang Presiden b) Seorang Timbalan Presiden c) Seorang Setiausaha d) Penolong Setiausaha e) Seorang Bendahari f) Dua (2) orang Ahli Jawatankuasa (2) Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. (3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan. Semua pegawai dipilih semula setiap dua (2) tahun sekali. (4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung. (5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam 6

setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa: a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit. (7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan. (8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Dwi Tahunan diadakan. (9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, tidak amanah, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebabsebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan pertubuhan. (10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. 7

(11) Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI (1) Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan. (2) Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. (3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat. (4) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan Pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira. (5) Ahli Jawatankuasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 10 KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit. 8

(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM2,000.00 (Ringgit Malaysia: dua ribu sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan. (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut. (4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: sepuluh ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM50,000.00 (Ringgit Malaysia: lima puluh ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: sepuluh ribu sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan. (5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira- Kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kita-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. (6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun. FASAL 11 JURUAUDIT (1) Seorang yang bukannya Pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. (2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PENTADBIR HARTA 9

(1) Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan Pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri pertubuhan. (2) Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung. FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN (1) Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahliahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu. FASAL 15 LARANGAN (1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis Pertubuhan. (2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959. (3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan. 10

(4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. (5) Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada Pertubuhan bagi mencapai matlamat Pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan. (6) Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan dalam Pertubuhan, menjadi penasihat pekerja Pertubuhan jika ia telah hilang kelayakan menurut seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966. FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 17 PEMBUBARAN (1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. (2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. (3) Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera 11

Keterangan Sama seperti keterangan lambang yang digunakan. 2. Lambang Keterangan a) Bentuk asas bulat mengambarkan kesempurnaan dalam melaksanakan amanah dan tanggunjawab sosial kepada komuniti selaras dengan moto pertubuhan iaitu melaksanakan aktiviti sukarelawan. b) Ikon kenderaan melambangkan kelab ini sebagai kelab kenderaan pacuan empat roda. c) Logo UMS melambangkan kelab ini bernaung di bawah Universiti Malaysia Sabah. d) Maksud warna i. Warna tulisan kuning: Melambangkan semangat kesukarelawan. ii. Warna bulatan merah: Melambangkan keberanian dan semangat waja iii. Warna bulatan biru: Melambangkan semangat kerjasama dan setiakawan. iv. Warna kenderaan: Warna putih melambangkan keikhlasan, kesucian dan kemurnian. v. Warna hitam: Melambangkan kesabaran dan kecekalan. 3. Lencana Keterangan Sama seperti keterangan lambang yang digunakan. 12