PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA FASAL 1 NAMA 1. Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA, (MALAYSIAN BREASTFEEDING PEER COUNSELOR ASSOCIATION) dengan singkatan MBFPCA. Selepas ini disebut "Persatuan". FASAL 2 ALAMAT 1. Alamat persatuan dan tempat urusan persatuan ialah 13-G, Jalan Medan PB2A, Pusat Bandar Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. atau di tempat lain iaitu atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa. 2. Alamat untuk surat menyurat ialah 13-G, Jalan Medan PB2A, Pusat Bandar Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Alamat dan tempat urusan berdaftar serta alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Persatuan terlebih dahulu. 1

FASAL 3 TUJUAN DAN MATLAMAT 1. Tujuan Persatuan ini adalah 1.1. Membentuk jaringan pembimbing ibu menyusu di Malaysia 1.2. Memberi sokongan dan bimbingan kepada ibu-ibu di Malaysia untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu 1.3. Meningkatkan kadar dan tempoh penyusuan ibu di Malaysia 1.4. Memberi maklumat yang tepat dan penerangan yang berlandaskan fakta dan kajian mengenai penyusuan ibu 1.5. Menjadi landasan aktiviti kemasyarakatan untuk kumpulan sokongan penyusuan ibu di dalam komuniti 1.6. Membantu pihak hospital rakan bayi bagi merealisasikan langkah ke 10 Inisiatif Hospital Rakan Bayi FASAL 4 KEAHLIAN 1. SYARAT-SYARAT KEAHLIAN 1.1 Ahli Biasa terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan telah menghadiri latihan penuh Bengkel Latihan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia anjuran Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia. 1.2 Ahli Bersekutu terbuka kepada individu yang mempunyai minat dalam aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan ini, tetapi tidak memenuhi kriteria ahli biasa. Ahli ini tidak berhak mengundi dan memegang sebarang jawatan Persatuan. 2. Individu yang telah digugurkan keahliannya atas sebab melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam perlembagaan, perlu mengikuti semula Bengkel Latihan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia dan membayar yuran tahunan untuk tahun tersebut. 2

FASAL 5 SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan Persatuan ini adalah daripada: 1. Yuran Masuk 1.1 Ahli Biasa : Tiada 1.2 Ahli Bersekutu : RM20.00 Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja 2. Yuran Tahunan 2.1 Ahli Biasa : RM50.00 Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja 2.2 Ahli Bersekutu : RM30.00 Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja 2.3 Yuran tahunan hendaklah diperjelas kepada Bendahari dalam tempoh 30 hari dari 1 Januari tiap-tiap tahun. 2.4 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu (1) tahun akan hilang hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar. 2.5 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan. 3. Sumbangan Persatuan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan kewangan/harta dan ianya wajib diisytiharkan di dalam Penyata Tahunan Persatuan. 4. Kutipan Derma Persatuan boleh membuat kutipan derma dari orang ramai dengan syarat kebenaran Pendaftar Persatuan dan kelulusan pihak berkuasa berkenaan diperolehi terlebih dahulu. 5. Perniagaan Persatuan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih dan lain-lain kegiatan ekonomi. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus tidak 3

boleh diberi kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang di buat dengan tujuan baik seperti untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini. FASAL 6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebabsebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG 1. Pengelolaan persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada 4

waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusankeputusan yang melibatkan semua ahli. 3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah: 3.1 menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun lalu; 3.2 menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; 3.3 memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun akan datang; dan 3.4 menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda mesyuarat termasuk Laporan Tahunan Persatuan beserta Penyata Kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat berdaftar Persatuan. 5. Mesyuarat Agung khas bagi Persatuan ini boleh diadakan: 5.1 bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa, atau 5.2 atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan. 5

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 8 JAWATANKUASA 1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai-pegawai Persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: Seorang Pengerusi Seorang Naib Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Seorang Penolong Bendahari 7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa 6

2. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia. 3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula. 4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mensyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. 5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat sekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: 6.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; 7

6.2 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan 6.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. 7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat. 8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 9. Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. 10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 1. Pengerusi, dalam tempoh memegang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari. 2. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. 8

3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Persatuan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Persatuan, 1966. 4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha. 6. Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari. 7. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 10 KEWANGAN 1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini, wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang 9

bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. 2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS SAHAJA) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan. 3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangan bersama Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan. 4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM2000.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM RM10000.00 (RINGGIT MALAYSIA SEPULUH RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM2000.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. 5. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Persatuan. 6. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. 10

FASAL 11 PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula. 2. Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PEMEGANG AMANAH 1. Dua orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Persatuan akan dimanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). 2. Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Persatuan. 3. Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang mengakibatkan ia tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung. 11

FASAL 13 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 1. Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undangundang. 2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung. FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG 1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. FASAL 15 LARANGAN 1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang dimainkan di premis pertubuhan. 2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. 3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. 4. Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. 5. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat. 6. Perkhidmatan ahli Persatuan kepada ibu-ibu adalah percuma. Ahli dilarang mengenakan sebarang bayaran atas perkhidmatan yang dihulurkan sekiranya mereka membantu ibu-ibu sebagai wakil daripada Persatuan, walaupun 12

mereka layak mengenakan bayaran oleh kerana mereka mempunyai sijil yang bertauliah. 7. Persatuan ini atau mana-mana ahlinya tidak boleh terlibat dengan sebarang bentuk promosi dengan mana-mana syarikat yang mengeluar, memasar dan mengedarkan susu formula atau pun makanan pelengkap bayi yang bertentangan dengan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan (2008). Promosi tersebut termasuklah sama ada secara aktif mahupun secara pasif. 8. Persatuan ini serta mana-mana ahlinya tidak boleh melakukan sesuatu perkara mahupun perbuatan yang bercanggah dengan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan (2008) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 9. Ahli tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Persatuan kepada mana-mana media tanpa mendapat kelulusan dan persetujuan daripada Pengerusi terlebih dahulu. 10. Ahli tidak boleh bertindak mewakili syarikat sendiri atau syarikat lain secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan promosi atau komersil atau keduaduanya sekali apabila melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti Persatuan ini. 11. Ahli tidak boleh memujuk, mempengaruhi serta mempromosikan barangan penyusuan untuk tujuan komersil kepada klien atau ibu yang mendapatkan khidmat kaunseling daripadanya, semasa sesi kaunseling atau sepanjang aktiviti Persatuan ini berlangsung. Larangan ini termasuklah pengaruh untuk membeli barangan penyusuan yang tidak diperlukan oleh klien. 12. Ahli tidak boleh memberikan sebarang informasi atau kenyataan yang berkaitan dengan penyusuan dan kesihatan tanpa berlandaskan fakta yang sahih. Sebarang maklumat yang disampaikan tanpa berdasarkan kepada fakta yang tepat akan disifatkan sebagai pendapat peribadi ahli dan ia tidak mencerminkan pendirian Persatuan ini. 13. Ahli tidak boleh membiarkan perkhidmatan dan konsultasi yang diberikan oleh beliau dipengaruhi oleh sebarang nilai komersil yang boleh menjejaskan integriti profesion laktasi. 13

14. Ahli tidak boleh bersikap prejudis dan bertindak secara diskriminasi terhadap mana-mana individu. Ahli perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada klien tanpa mengira bangsa, agama, umur serta latar belakang mereka. 15. Ahli-ahli dalam Persatuan ini dilarang daripada membuat rakaman fotografi, audio mahupun visual terhadap mana-mana sesi kaunseling ataupun ibu dan/atau bayi tanpa persetujuan individu terbabit terlebih dahulu. FASAL 16 PINDAAN UNDANG-UNDANG 1. Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas. 2. Sebarang perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan ini hendaklah mendapat persetujuan tidak kurang dua pertiga (2/3) jumlah ahli yang hadir dan berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas. 3. Satu ketetapan atau usul hendak mengubah atau meminda Perlembagaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha tidak kurang daripada sepuluh (10) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan akan berlangsung 4. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan ini hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam tempoh dua puluh lapan (28) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai dari tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Persatuan. FASAL 17 PEMBUBARAN 1. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan dengan sendiri melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi hadir dalam sesuatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. 14

2. Notis tentang sebarang usul atau cadangan untuk membubarkan Persatuan ini hendaklah diedarkan/dikemukakan kepada semua ahli tidak kurang dari satu bulan dari tarikh yang ditetapkan untuk mengadakan Mesyuarat Agung yang dipanggil khas untuk tujuan pembubaran tersebut. 3. Sekiranya tercapai persetujuan untuk membubarkan Persatuan ini melalui cara yang disebut di atas, maka akaun Persatuan ini hendaklah ditutup dan segala hutang serta tanggungan Persatuan ini hendaklah dijelaskan kesemuanya. Baki wang dan harta benda yang tinggal hendaklah dibahagi mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Khas berkenaan. 4. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Persatuan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu. FASAL 18 Seperti di Lampiran BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA FASAL 19 PERKARA AM 1. Persatuan ini tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahlinya yang berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadi. 2. Mana-mana ahli yang mengetahui tentang salah laku ataupun perlanggaran salah satu atau lebih peruntukan-peruntukan di kalangan ahli-ahli Persatuan ini, hendaklah mengemukakan maklumat berkenaan kepada Pengerusi atau Jawatankuasa Tertinggi agar siasatan boleh dilaksanakan segera. PENGERUSI SETIAUSAHA NOR KAMARIAH MOHAMAD ALWI NURHAYATI MOHD HASHIM 15

LAMBANG Persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia Rekabentuk : Lambang pertubuhan ini berbentuk ibu dan anak dan di bawahnya disokong oleh kedua tapak tangan. Perkataan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor tertera di bahagian kanan merupakan nama asal program yang melahirkan pertubuhan ini. Keterangan: Ibu dan Anak yang sedang menyusu membawa maksud mereka adalah kumpulan sasaran utama yang perlu dibantu melalui aktiviti pertubuhan ini. Amalan penyusuan ibu pula adalah pokok perjuangan di dalam pertubuhan ini. Tangan yang sedang menadah ibu yang sedang menyusukan bayinya membawa maksud ahli pertubuhan ini bersedia membantu pasangan ibu dan bayi untuk menjayakan penyusuan ibu; Warna Merah bermaksud semangat membara untuk membantu yang diterapkan di dalam kesemua ahli pertubuhan ini. Warna Emas bermaksud nilai penyusuan ibu umpama nilai emas yang tiada bandingan... Setiausaha Nama: Nurhayati Mohd Hashim Pengerusi Nama: Nor Kamariah Mohamad Alwi 16