BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Oleh. Nurnee Bukehmatee Idris Mohd Radzi Abu Hassan Abdul Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

AR-RISALAH ISU KEDUA-PULUH TIGA: ASATIZAH & PENULISAN DAKWAH

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

Pelajaran 7. Dinamik Bendalir. Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Transkripsi:

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN 5.0. Pengenalan Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui, penulis mendapati bahawa Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka banyak merakamkan kata-kata serapan asing termasuklah kata yang berasal daripada bahasa Arab. Kata yang berasal daripada bahasa Arab diberikan label Ar bagi menandakan bahawa entri tersebut berasal daripada bahasa Arab. Walaupun begitu banyak juga entri yang berasal daripada bahasa Arab yang tidak diberikan label Ar atas alasan kata tersebut telah lama terserap dalam bahasa Melayu dan menjadi entri Melayu yang mantap. al-mu jam al-wasit yang dijadikan rujukan balas utama kepada entri kajian pula tidak menyenaraikan pola entri yang persis kepada entri yang dikaji. Penulis terpaksa mengolah semula padanan makna berdasarkan kata dasar bahasa Arab. Tetapi bukan semua entri yang begitu hanya beberapa entri sahaja yang terpaksa melalui proses tersebut. Kebanyakan entri yang dikaji ada padanannya dalam al-mu jam al-wasit dan sama polanya. 122

5.1. Kesimpulan Berikut merupakan beberapa kesimpulan yang diperoleh penulis daripada penulisan dan penyelidikan yang dilakukan: 1. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui pedagang dan para pendakwah merupakan titik pertemuan utama pengaruh bahasa Arab yang merupakan keluarga bahasa Afro-Asiatik ke dalam bahasa Melayu yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Abad ke-14 hingga abad ke-18 merupakan suatu tempoh yang ketara zaman bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa Arab. Sebagaimana kata Abdullah Hassan (1994), kemasukan agama Islam ke dunia Melayu membawa bersama pengaruh Arab. Perkataan-perkataan Arab yang masuk ke dalam bahasa Melayu merupakan kata yang berbentuk: keagamaan, ilmu pengetahuan, adat budaya, pergaulan serta kejadian. 2. Daripada keseluruhan entri yang ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) terdapat sebanyak 1,467 entri berlabel Ar berbanding sebanyak 1,355 entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (KD3). Sebanyak 112 pertambahan entri. Jumlah 1,467 entri yang dinyatakan merupakan keseluruhan entri yang berlabel Ar termasuklah kata yang berbentuk istilah agama dan bermaksud umum. Entri tersebut terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu bentuk tunggal, bentuk frasa, dan bentuk ma rifah dengan al yang kebanyakannya merupakan 99 nama Allah SWT atau Asmaul Husna. 123

Lebihan 112 entri yang terdapat dalam KD4 sebenarnya telah melalui proses pengambilalihan entri-entri yang pada mulanya diberikan label Ar dalam KD3 tetapi dibuangkan labelnya dalam KD4 kerana dianggap telah mantap sebagai kata Melayu. Bermakna pertambahan entri yang berlaku dalam KD4 sebenarnya lebih daripada jumlah tersebut. 3. Walaupun telah dinyatakan bahawa setiap entri berlabel Ar diberikan untuk menunjukkan kata tersebut berasal daripada bahasa Arab namun masih banyak lagi entri-entri lain yang dipinjam daripada bahasa Arab tidak diberikan label Ar nya. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana terdapat di antara entri yang tidak diberikan label Ar itu tidak boleh dianggap mantap kerana penggunaannya amat terhad kepada beberapa perkara sahaja. Contoh seperti entri Al-bai Bithaman ajil yang bermaksud konsep perbankan Islam yang merujuk kepada penjualan barang dengan bayaran tertangguh, dan banyak lagi contoh-contoh lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 607 entri termasuk entri-entri yang dianggap mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu. 4. Daripada 1,467 entri yang berlabel Ar yang disemak, disaring mengikut batasan kajian, terdapat sebanyak 441 entri agama yang berlabel Ar dalam KD4. Analisis mendapati bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak 311 entri menepati maksud padanannya dalam bahasa Arab melalui rujukan utama al-mu jam al-wasit iaitu 124

70.5%. Entri yang dinilai tepat merupakan kata yang menepati makna yang diterima oleh masyarakat Melayu dan masyarakat Arab walaupun bagi masyarakat Arab entri tersebut masih mempunyai beberapa maksud lain yang lebih umum selain daripada makna keagamaan. 5. Sebanyak 82 entri atau 18.6% merupakan entri yang dinilai sebagai hampir tepat berbanding kata asal Arabnya. Kebanyakan kata yang dikira sebagai hampir tepat maknanya merupakan kata yang mempunyai titik persamaan dari segi maksud asal tetapi berbeza dari sudut penerangannya sebagai contoh kata Jumaat merupakan hari keenam dalam seminggu bagi masyarakat Melayu tetapi al-mu jam al-wasit menyatakan bahawa ia merupakan hari kelima dalam seminggu. Kedua-duanya bermaksud hari tetapi berbeza pula dari sudut gilirannya. Begitu juga dengan dapatan-dapatan yang lain. 6. Sejumlah 47 patah atau 10.7% entri tidak mempunyai makna yang tepat berbanding al-mu jam al-wasit. Kebanyakan kata yang terdiri dalam klasifikasi ini merupakan kata yang bermaksud khusus dalam bahasa Melayu tetapi bermaksud umum bagi bahasa Arab. Sudut pandangan dan huraian yang berbeza setiap kamus juga mempengaruhi perbezaan makna dalam kajian ini. Sebagai contoh kata al-kitab merujuk kepada al-quran bagi masyarakat Melayu tetapi al-mu jam al-wasit hanya merujuk kepada himpunan helaian sahaja walaupun ada makna al-quran sekiranya merujuk kepada kitab-kitab Arab yang berkaitan. 125

7. Kata maulud diletakkan dalam senarai tidak tepat kerana maknanya telah menyimpang jauh daripada makna asalnya. Saya berpendapat bahawa kata ini sebenarnya telah mengalami penyimpangan dari sudut sebutan bukan penyimpangan dari sudut makna. Oleh kerana analisis yang dijalankan melihat kepada zahir kata sebagaimana yang terakam maka kata tersebut dianalisis seperti kata-kata lain. 8. Entri maulid dimasukkan kedalam Kamus Dewan semenjak edisinya yang ketiga lagi bagi memperbetulkan penggunaan kata maulud yang digunakan secara meluas suatu ketika dahulu. Walaupun kata ini mempunyai persamaan maknanya dengan entri asal dalam bahasa Arab, kata ini biasanya tidak digunakan bagi tujuan umum. Kata maulid ini biasa dirangkaikan dengan nabi atau rasul dan secara tidak langsung menjadikan kata ini khusus digunakan untuk makna hari kelahiran nabi. Maka dengan sebab itu kata ini dikelaskan sebagai hampir tepat dengan makna kata asal. 10.7% Analisis Ketepatan Makna Entri Agama Berlabel Ar dalam KD4 18.6% Tepat Hampir Tepat Tidak Tepat 70.5% Rajah 5.1 Peratusan ketepatan makna entri agama berlabel Ar dalam KD4 126

5.2. Saranan Memandangkan Kamus Dewan merupakan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, maka cadangan dan saranan yang dikemukakan ini lebih ditujukan kepada Bahagian Perkamusan, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1. Semua entri dalam Kamus Dewan yang berasal daripada bahasa Arab sama ada yang diberikan label Ar mahupun yang tidak, perlu disemak dan dinilai semula supaya semua entri yang diketahui asalnya daripada bahasa Arab diberikan label Ar. Entri Arab yang telah sebati sebutannya mengikut lidah Melayu, dicadangkan supaya label Ar tidak diberikan seperti kata: perlu, petua yang berasal daripada kata asalnya fardu dan fatwa. 2. Perkataan khalaf yang merupakan pasangan kepada entri salaf tidak disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kata ini perlu disenaraikan kerana mempunyai kesinambungan makna dengan maksud kata salaf yang membawa maksud generasi sahabat Nabi Muhammad SAW, tabiin dan tabi tabiin. Setiap kali perbincangan mengenai salaf dilakukan dalam masa yang sama perbincangan mengenai khalaf tidak dapat lari daripada perbincangan tersebut. Maka kata ini amat wajar sekali untuk disenaraikan. Begitu juga dengan nama dua tanah suci iaitu Mekah/Makkah dan Madinah yang sinonim dengan ibadat haji dalam kalangan masyarakat Islam perlu disenaraikan kerana sehingga kini masyarakat masih keliru tentang pengejaannya yang sebenar terutama perkataan Mekah. 127

3. Beberapa huraian entri serapan Arab sama ada yang berlabel atau tidak perlu, perlu dinilai semula dengan merujuk kamus-kamus besar ekabahasa Arab seperti Lisān al- Arab, al-mu jam al-wasit, al-munjid dan sebagainya agar dapat dilakukan penambahbaikan terhadap beberapa entri yang agak melencong jauh maksudnya berbanding asal. 4. Cadangan supaya label Ar tidak dibuang pada edisi seterusnya Kamus Dewan walaupun entri tersebut telah dianggap mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu. Ini adalah untuk memelihara maklumat yang begitu bernilai untuk masyarakat yang tidak mempunyai pengetahuan yang khusus dalam bidang bahasa dan juga untuk generasi akan datang. 5. Menerbitkan sebuah kamus atau daftar kata yang menyenaraikan seluruh entri Melayu yang telah diserap daripada bahasa Arab sama ada meliputi bidang agama atau umum, yang baru atau lama, yang telah mantap atau tidak. Penerbitan kamus atau daftar kata ini akan dapat membantu ramai penyelidik untuk membuat kajian lanjut mengenai kata serapan Arab dari sudut yang berbeza. Entri bagi kata yang disenaraikan juga perlu dipadankan dengan tulisan Jawi bagi memudahkan perbandingan dibuat terhadap kata asal Arab melalui rujukan-rujukan berbahasa Arab yang sudah tentu menggunakan tulisan Arab. 128

6. Entri yang berbentuk istilah agama yang tersenarai dalam tulisan Jawi dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) perlu dikekalkan ejaannya dalam bahasa Arab bagi memelihara maknanya dan sekiranya kata tersebut menjadi kata umum akibat berlakunya perubahan morfologi atau sebagainya, maka kata tersebut tidak menjadi masalah sekiranya disesuaikan mengikut kaedah yang telah digariskan. 5.3. Penutup Segala kesimpulan adalah berdasarkan penelitian yang dilakukan terhadap entri-entri yang dirasakan perlu diberikan perhatian yang serius untuk memelihara makna keagamaannya yang melibatkan akidah. Cadangan penambahbaikan dan penerbitan beberapa daftar atau kamus akan memudahkan para pengkaji seterusnya yang berhasrat membuat kajian berdasarkan bahan kajian yang sama. Semoga kajian ini membawa manfaat kepada pengkaji-pengkaji lain untuk membuat kajian yang lebih lanjut atau melihatnya dari aspek yang lain pula pada masa yang akan datang. 129