S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

dokumen-dokumen yang mirip
Amanah Saham Panduan Pelabur

Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaburan

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Berurusan dengan Pengantara Takaful

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Pengenalan kepada Kewangan

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Akaun Semasa Mudarabah

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Kuliah 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Analisis Risiko PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

ATW Prinsip Kewangan

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Akaun Pelaburan Wafiyah

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

DASAR ANTI RASUAH RGIS

KULIAH 6: SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Akaun Pelaburan Waheed

Tatakelakuan. Pembekal

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

Penilaian Sekuriti PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PRUlink global fund (Foreign)

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) - Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pelabur Bijak

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pengenalan kepada Ekonomi

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

BAHAGIAN I PERMULAAN

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pengenalan Makroekonomi

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2000/2001. April 2001

Transkripsi:

S i r i P e n d i d i k a n S I D C Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti Pusat Perkembangan Industri Sekuriti ( Securities Industry Development Centre - SIDC), cabang pendidikan dan latihan Suruhanjaya Sekuriti, memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu peserta pasaran menerusi peningkatan kemahiran, profesionalisme dan kesedaran di kalangan pelbagai kumpulan pasaran. Ia memenuhi objektifnya dengan: mendidik para pelabur mengenai risiko dan ganjaran pelaburan, perancangan kewangan dan hak-hak serta tanggungjawab mereka; mempromosikan pemahaman yang lebih meluas mengenai tugas dan tanggungjawab para pengarah dan pemegang saham syarikat awam tersenarai; mempromosikan profesionalisme dan kepakaran di kalangan perantara pasaran; 2 menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam pasaran modal menerusi pendidikan; memudahkan perkembangan program pendidikan bagi para pelajar dan ahli akademik universiti tempatan; dan menyediakan bantuan latihan untuk pengawal selia serantau. Terbitan pertama Ogos 2000 Terbitan kedua Oktober 2000

MERANCANG DAN MENGAWASI KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA Adalah amat penting untuk menilai kedudukan kewangan anda dengan jujur sebelum memulakan sebarang rancangan untuk membuat pelaburan. Dalam menilai kedudukan kewangan anda, tentukan berapa banyak yang anda boleh ketepikan untuk membuat pelaburan iaitu sebagai satu cara menambah simpanan. Oleh itu, anda harus mempertimbangkan soalan-soalan berikut: Berapakah pendapatan semasa anda dan berapa pula simpanan anda setiap bulan? Apakah tujuan anda menyimpan wang? Apakah aset cair yang anda miliki umpamanya simpanan wang atau saham? Apakah aset tetap yang anda miliki umpamanya rumah atau rumah kedai? 3 Apakah pinjaman yang telah anda ambil dan berapa banyak faedah atau bayaran pokok yang anda kena bayar balik? Selepas menilai kedudukan kewangan semasa anda, bolehlah anda menetapkan matlamat dan menentukan sama ada anda mahu menyimpan wang untuk membeli sebuah rumah dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang atau mengumpulkan kekayaan untuk persediaan ketika bersara. Atau mungkin untuk menunaikan fardu haji ataupun pendidikan tinggi anak-anak dalam masa lima hingga 10 tahun lagi. SEDIAKAN PELAN KEWANGAN ANDA Perancangan kewangan adalah satu proses di mana pelabur individu menilai matlamat kedudukan kewangan sendiri untuk menyediakan dan melaksanakan sesuatu pelan kewangan itu.

Pelan kewangan ini pula bukanlah sesuatu yang statik, tetapi satu proses berterusan yang mengaitkan kedudukan kewangan kepada objektif kewangan anda sambil mengambil kira keadaan persekitaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah. Objektif kewangan anda mungkin merangkumi, antara lain: menghasilkan tahap pendapatan yang dikehendaki mengekalkan atau meningkatkan kuasa pembelian aset. mewujudkan tahap risiko yang boleh diterima mencapai tahap kecairan dan kelenturan yang sesuai. mencapai tahap terjamin dan berdikari yang memadai untuk masa kini dan akan datang 4 memaksimumkan pulangan dalam tempoh tertentu mewujudkan jadual waktu yang sesuai untuk melabur, tempoh memegang sesuatu pelaburan itu dan melepaskan pelaburan. MEMAHAMI RISIKO PELABURAN Sebelum melaksanakan pelan kewangan anda, ada satu lagi prinsip asas yang perlu sentiasa diingat iaitu semakin tinggi pulangan yang diperoleh daripada pelaburan, semakin tinggi risiko yang ada. Ini adalah prinsip asas pelaburan: balasan risiko seimbang yang dikaitkan dengan setiap keputusan pelaburan yang anda buat. Semakin tinggi risiko yang ditanggung, Semakin banyak ganjaran yang diperoleh. Begitu juga sebaliknya.

Amnya, ada tiga jenis risiko pelaburan: Risiko pasaran am risiko kepada pelaburan yang bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran antarabangsa. Risiko seperti ini sukar dikawal, kecuali mengambil keputusan untuk berundur daripada pasaran sepenuhnya. Risiko sektor pasaran berkaitan dengan sektor pasaran tertentu, misalnya, prestasi saham kewangan lebih baik berbanding saham perladangan. Atau saham hartanah memberi pulangan yang lebih baik berbanding saham tenaga. Risiko khusus berkaitan dengan prestasi sesuatu sekuriti dalam portfolio pelaburan, misalnya, prestasi saham syarikat tertentu dipengaruhi oleh keadaan dalam syarikat berkenaan. Untuk menangani ketiga-tiga risiko pelaburan tersebut adalah wajar jika anda memastikan aset anda dipelbagaikan. 5 PELBAGAIKAN PELABURAN ANDA Elakkan melabur semua wang anda dalam satu jenis pelaburan kerana bukan mudah meramalkan arah pasaran. Misalnya, jika semua simpanan anda terikat dalam pasaran saham, alangkah malang sekali jika anda memerlukan wang tunai dengan segera ketika kegawatan ekonomi berlaku sedangkan pasaran saham mengalami kejatuhan. Atau anda meletakkan semua wang dalam satu sektor pasaran saham misalnya sektor hartanah atau sektor kewangan dan kemudian terpaksa menanggung kemerosotan sektor-sektor tersebut sementara sektor yang lain berkembang pesat.

Oleh itu, amat penting anda mempelbagaikan pelaburan dengan memiliki pelbagai jenis aset dalam pelbagai produk pelaburan yang terdiri daripada pelbagai sektor. Melalui pempelbagaian, anda mengurangkan risiko kerugian modal dan memungkinkan pulangan yang lebih baik, lebih konsisten, dalam jangka masa yang lebih lama. Pelbagaikan pelaburan anda untuk mengurangkan risiko. Mana-mana pelaburan yang tidak menunjukkan prestasi baik boleh diimbangi oleh pelaburan yang berprestasi lebih baik. Elakkan kepelbagaian yang berlebihan kerana pendekatan ini boleh menyebabkan pulangan berkurangan. Lagipun sukar mengawasi pelaburan jika portfolio anda terlalu meluas. PROFIL RISIKO ANDA 6 Jenis pelaburan yang dipilih, dan setinggi mana risiko yang sanggup diterima, bergantung penuh kepada profil risiko peribadi anda. Jumlah risiko yang harus anda terima bergantung pula kepada taraf kehidupan anda, nilai bersih harta dan simpanan yang dimiliki, pendapatan semasa, potensi pendapatan dan tuntutan kewangan yang anda tanggung. Gabungkan kesemua ini dengan keperluan yang anda rasa berkewajipan memenuhinya serta matlamat kewangan yang anda harap untuk dicapai dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang. Disenaraikan di sini beberapa contoh profil risiko dan jenis pelaburan yang telah dipadankan dengan personaliti dan objektif pelaburan. Profil pelabur Amat konservatif Jenis Pelaburan Sekuriti kerajaan, sekuriti yang dijamin oleh bank, sekuriti amanah Konservatif Semata-mata pelaburan pendapatan, debentur, bon korporat, produk insurans tertentu

Profil pelabur Jenis Pelaburan Kelompok Pertengahan Harta tanpa hutang, saham, pelaburan yang berkait langsung dengan amanah (dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa Keusahawanan Harta dengan hutang, saham, pelaburan yang berkait langsung dengan amanah (dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa Spekulatif Opsyen, niaga hadapan, lukisan atau koleksi berharga Ciri-ciri yang terdapat dalam jadual di atas hanyalah satu petunjuk. Untuk lebih tepat, lain-lain ciri dan faktor juga perlu diambil kira. Sesetengah orang mungkin tidak setuju langsung dengan kategori pelaburan yang telah dipadankan dengan profil risiko. Selain itu, mungkin juga berlaku pertindihan dalam ciri/faktor. 7 PEMIKIRAN YANG RASIONAL Sesuatu keputusan untuk membuat pelaburan lebih mudah diperkatakan daripada dilakukan. Kita perlu disiplin untuk menguasai emosi dan berfikir secara rasional apabila melabur. Harus juga ingat bahawa dalam apa jua pelaburan, terdapat ketika di mana keadaan tidak menentu akan menyebabkan berlaku penyimpangan jangka pendek. Oleh itu, anda perlu tabah dan pegang pelaburan anda bagi tempoh yang lebih lama supaya dapat mengimbangi turun naik jangka pendek. Elak bertindak kerana khabar angin. Kerap kali terdengar desas-desus mengenai harga saham tertentu akan naik dan ramailah berebut-rebut membeli saham tersebut sehingga mendorong harganya melonjak naik.

Langkah pembelian tinggi menyebabkan harga saham naik dan membolehkan pihak yang memulakan khabar angin itu mengambil kesempatan untuk menjual saham mereka pada harga yang lebih tinggi. Anda mungkin terperangkap dan akhirnya terpaksa memegang saham pada harga yang tinggi apabila nilainya jatuh kerana penjualan mendadak/berterusan. Oleh itu, periksa dengan teliti semua maklumat dan bertindak hanya setelah berfikir dengan rasional. MENGAWASI PELABURAN ANDA 8 Tidak kira betapa bagus pelan kewangan yang disediakan dan pernah berjaya pula pada masa lalu, ia tidak semestinya kekal dan statik. Undang-undang dan peraturan sentiasa berubah, persekitaran ekonomi sentiasa bergerak serta kesan pasaran domestik dan antarabangsa memerlukan anda sentiasa mengkaji semula pelaburan anda untuk memastikan strategi pelaburan yang sedia ada masih relevan dengan objektif dan matlamat kewangan anda. Berapa kerap anda harus menyemak dan menilai prestasi pelaburan bergantung kepada saiz dan jangka masa pelaburan. Ia bergantung juga kepada strategi pelaburan anda dan juga sama ada anda telah memilih pelaburan berisiko rendah atau berisiko tinggi. Menilai Prestasi Mengawasi pelaburan anda hendaklah satu proses yang berterusan dan dinamik. Anda harus sentiasa berwaspada tentang perubahan keadaan dan sekatan yang dihadapi, memahami perubahan yang berlaku dalam pasaran modal dan bagaimana ia berkait rapat dengan anda. Selain itu, anda harus sentiasa sedar kedudukan ekonomi negara dan prestasi syarikat yang sahamnya anda miliki, untuk memastikan sama ada anda perlu menyusun semula strategi pelaburan.

Sekiranya anda mempunyai saham, awasi prestasi syarikat dengan memantau: Keuntungan Pertumbuhan pendapatan Sumbangan keuntungan mengikut segmen Dividen Hutang. Sentiasa baca pengumuman syarikat, surat pekeliling pemegang saham, laporan tahunan dan interim dan tumpukan perhatian kepada tarikh tutup hak, waran, pengambilalihan, perolehan, laporan juruaudit dan kepentingan pengarah. Anda juga harus menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan untuk mengetahui bagaimana syarikat ditadbir dan untuk mengukur prospek perniagaannya. Jumlah Pendapatan, Pulangan Pendapatan dan Pertumbuhan Modal 9 Prestasi pelaburan anda harus diukur melalui jumlah pendapatan yang diperoleh. Jumlah pendapatan merangkumi pendapatan dividen dicampur untung modal setelah menjual pelaburan anda. Untuk mendapatkan peratus pulangan, bahagi jumlah pulangan dengan kos pelaburan dan darab dengan 100. Konsep ini amat penting apabila mahu membuat penilaian untuk melihat prestasi pelaburan anda. Jangan melihat pendapatan daripada dividen sahaja sebagai pengukur prestasi. Pulangan pendapatan daripada pelaburan adalah pendapatan yang dihasilkan bersamaan dengan peratus nilai pasaran pelaburan. Bagi saham, pendapatan adalah melalui pembayaran dividen; di mana pendapatan pelaburan hutang seperti

bon merupakan pembayaran faedah. Biasanya kadar hasil diukur berdasarkan tempoh 12 bulan tetapi boleh juga diukur tanpa mengambil kira jangka masa. Cara paling lazim untuk mengira kadar hasil pelaburan adalah dengan membahagi pendapatan yang diterima dalam tempoh 12 bulan berbanding nilai pasaran semasa. Bagaimanapun, ingat bahawa terdapat cara lain untuk mengira kadar hasil, semuanya sah dan semuanya berguna. Pertumbuhan modal daripada pelaburan adalah kenaikan nilai sesuatu pelaburan itu dalam satu jangka masa. Ia tidak mengambil kira pendapatan yang diterima oleh pelabur daripada pelaburan tersebut. Untung modal atau kerugian adalah perbezaan antara harga jualan atau wang yang diterima setelah menjual pelaburan itu berbanding pembeliannya atau harga kosnya. 10 Mengawasi Amanah Saham Untuk skim pelaburan berkelompok seperti amanah saham, anda juga patut mengawasi pengurus dana anda di segi prestasi, strategi dan portfolio. Anda boleh mendapatkan maklumat berikut daripada pengurus dana: Prestasi pasaran pelaburan yang relevan Tahap turun naik berkaitan dengan pulangan Kadar inflasi Prestasi pengurus dana lain yang serupa Strategi yang digunakan dalam tempoh terdekat.

Anda harus ingat bahawa hasil yang diterima daripada pelaburan tertakluk kepada banyak faktor rambang dan maklumat prestasi jangka pendek tidak semestinya ukuran tepat tentang kemahiran pengurus dana anda. Pengurus dana diukur berdasarkan perkhidmatan yang mereka sediakan, yakni prestasi dan laporan. Anda perlu tanya sama ada apa yang anda harapkan daripada pulangan telah dipenuhi. Adakah pengurus dana telah melakukan apa yang diharapkan, misalnya membeli saham selaras dengan strategi dan mandat yang telah dibincangkan? Sebagai langkah permulaan, pastikan yang anda berurusan dengan wakil dan ejen yang bertauliah. MELABUR DENGAN BIJAK: YANG PERLU DIELAKKAN DAN YANG PERLU DILAKUKAN Jangan membeli pelaburan yang ditawarkan melalui panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali atau membenarkan jurujual mendesak anda membeli pelaburan. Minta maklumat secara bertulis sebelum membuat keputusan. 11 Jangan membuat pelaburan dalam sesuatu yang anda tidak fahami. Dapatkan nasihat pakar. Jangan andaikan bahawa pihak yang memberi anda nasihat itu adil. Jangan tulis cek atas nama penasihat. Jangan buat pelaburan sehingga anda telah membaca prospektus dan semua maklumat mengenai pelaburan tersebut.

Mesti bersikap waspada apabila dijanjikan keuntungan dalam masa singkat atau pulangan yang agak tinggi. Pulangan tinggi biasanya bermakna risiko tinggi. Mesti pertimbangkan sikap anda terhadap risiko. Pelaburan yang berlainan mempunyai darjah risiko yang berbeza. Bolehkah anda bertahan sekiranya pelaburan anda jatuh dalam jangka masa pendek? Mesti membuat pertimbangan mengenai apa yang mahu dicapai. Adakah anda sedang berusaha untuk bergerak serentak dengan inflasi atau mencari pertumbuhan segera? Berapa lama anda sanggup membiarkan wang anda terikat dalam pelaburan? 12 Mesti teliti bayaran yang dikenakan. Adakah ia berpatutan? Adakah bayaran itu sama dengan bayaran yang dikenakan oleh pihak lain? Mesti ingat bahawa prestasi pelaburan lalu bukan jaminan pulangan akan datang. Mesti ingat bahawa melabur dengan wang pinjaman boleh menimbulkan risiko yang lebih tinggi. Mesti minta resit dan simpan semua kertas kerja dan surat-menyurat mengenai pelaburan anda di tempat yang selamat. Mesti sentiasa mengawasi pelaburan anda.