MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

KEHENDAK SHARIAH DALAM AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 (AKTA 759): SATU TINJAUAN. oleh MOHAMMAD AZAM HUSSAIN* RUSNI HASSAN** AZNAN HASAN***

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi Xpress Cash-i

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP04

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

PANDUAN PELAKSANAAN PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Borang Cadangan Insurans Plat Kaca

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Borang Cadangan Insurans Mesin

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

Transkripsi:

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

ISI KANDUNGAN BAHAGIAN A: PENGENALAN PENDAHULUAN BAHAGIAN B: RUJUKAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH PERKARA SYARIAH YANG BOLEH DIRUJUK BAHAGIAN C: TADBIR URUS DAN PROSEDUR MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT SHARIAH PRA-MESYUARAT DENGAN SEKRETARIAT MAJLIS PENASIHAT SHARIAH PEMBENTANGAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH MAKLUMAN KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SHARIAH BAHAGIAN D: LAMPIRAN ILUSTRASI RUJUKAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH BORANG RUJUKAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH CARTA ALIRAN RUJUKAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH GLOSARI 2

BAHAGIAN A: PENGENALAN PENDAHULUAN 1. Manual ini diterbitkan sebagai panduan kepada institusi kewangan Islam (IKI) dan mana-mana pihak yang diperuntukkan di bawah undang-undang tertentu (selepas ini dikenali sebagai pihak yang merujuk ) dalam membuat rujukan berhubung persoalan Syariah berkenaan perniagaan kewangan Islam kepada Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS). 2. Manual ini diterbitkan di bawah seksyen 51 (2) Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta) dan telah disahkan oleh MPS. 3. Fungsi dan rujukan kepada MPS yang terkandung dalam manual ini adalah tertakluk di bawah seksyen 52, 55 (1) dan 57 Akta. Cabutan peruntukan-peruntukan ini boleh dirujuk dalam Glosari. BAHAGIAN B: RUJUKAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH PERKARA SYARIAH YANG BOLEH DIRUJUK 4. Pihak yang merujuk boleh mengemukakan rujukan kepada MPS berhubung perkara yang menghendaki penentuan hukum Syarak merangkumi perkara berikut, namun tidak terhad kepada: i. isu Syariah dalam penstrukturan produk atau instrumen perniagaan kewangan Islam; ii. isu Syariah dalam variasi yang signifikan kepada produk atau instrumen perniagaan kewangan Islam sedia ada; iii. isu Syariah dalam pelaksanaan dan pengoperasian sesuatu produk atau instrumen perniagaan kewangan Islam; iv. perbezaan pandangan antara Jawatankuasa Syariah IKI yang boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat; dan v. apa-apa perkara yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh MPS yang berkaitan dengan undang-undang dan pengawalseliaan. 3

5. Bagi tujuan mengemukakan rujukan kepada MPS seperti dalam perenggan 3, perkara Syariah yang hendak dirujuk hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Syariah IKI berkenaan. 6. Ilustrasi rujukan kepada MPS boleh didapati dalam Lampiran A. BAHAGIAN C: TADBIR URUS DAN PROSEDUR MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT SHARIAH PRA-MESYUARAT DENGAN SEKRETARIAT MAJLIS PENASIHAT SHARIAH 7. Pihak yang merujuk hendaklah mengadakan sesi pra-mesyuarat dengan Sekretariat MPS (Sekretariat). Sesi pra-mesyuarat tersebut bertujuan untuk: i. memastikan sama ada terdapat isu Syariah ke atas perkara yang dirujuk; ii. mengenal pasti keputusan MPS sedia ada yang berkaitan, namun tiada duluan (precedent) dalam aplikasi dan konteks bagi perkara yang dirujuk; dan/atau iii. memastikan bahawa tiada keputusan MPS berkenaan perkara yang dirujuk. 8. Pihak yang merujuk dikehendaki untuk memastikan bahawa maklumat asas secara menyeluruh tentang perkara yang dirujuk dibincangkan dalam pra-mesyuarat bersama Sekretariat. Pra-mesyuarat di antara pihak yang merujuk dan Sekretariat merupakan langkah dalam penyediaan kertas cadangan bagi tujuan pembentangan kepada MPS. 9. Merujuk kepada perenggan 5(ii), Sekretariat akan menjalankan semakan ke atas keputusan MPS sedia ada sekiranya terdapat keputusan yang berkaitan dengan perkara yang dirujuk. Keputusan-keputusan MPS boleh diperolehi daripada: i. Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam (Edisi Kedua) dan terbitan susulan kepadanya; dan ii. Piawaian Syariah yang diterbitkan oleh BNM. 4

10. Sekiranya Sekretariat mendapati ada keputusan MPS yang khusus dan Sekretariat berpendapat ia terpakai ke atas perkara yang dirujuk, Sekretariat akan memaklumkan perkara yang dirujuk tersebut kepada MPS untuk maklum balas. Sekretariat selanjutnya akan menyampaikan maklum balas tersebut kepada pihak yang merujuk. 11. Sekiranya Sekretariat mendapati bahawa perkara yang dirujuk mengandungi isu Syariah dan mempunyai merit untuk dibentangkan kepada MPS, pihak yang merujuk hendaklah melengkapkan borang rujukan kepada MPS (seperti di Lampiran B) dan menyediakan kertas cadangan yang lengkap dan muktamad bagi tujuan pembentangan kepada MPS (butiran seperti di perenggan 18-21). 12. Sekiranya Sekretariat mendapati bahawa kertas cadangan tidak lengkap atau perkara yang dirujuk tidak berhubung dengan isu Syariah, Sekretariat boleh menolak permohonan pihak yang merujuk untuk merujuk kepada MPS. 13. Sekiranya permohonan untuk merujuk kepada MPS ditolak oleh Sekretariat, pihak yang merujuk boleh mengemukakan rayuan kepada Pengerusi MPS untuk mendapatkan persetujuan bagi pembentangan kepada MPS berdasarkan faktorfaktor berikut: (i) (ii) (iii) terdapat maklumat baharu yang wajar dipertimbangkan oleh Sekretariat dan MPS; terdapat justifikasi yang lebih kukuh bagi membuktikan wujudnya merit untuk pembentangan kepada MPS; dan/atau apa-apa pertimbangan lain yang dikira wajar oleh Pengerusi MPS. PEMBENTANGAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH Peranan Sekretariat 14. Sekretariat akan menentukan agenda mesyuarat berhubung isu-isu yang akan dirujuk kepada MPS, tertakluk kepada kelulusan Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful (JPIT). Agenda mesyuarat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi MPS. 5

15. Sekretariat akan menjalankan kajian dan penilaian Syariah ke atas kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang merujuk. 16. Sekretariat akan mengaturkan mesyuarat MPS pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dipersetujui oleh MPS bagi membincangkan rujukan yang diterima. Peranan pihak yang merujuk 17. Perkara yang ingin dirujuk hendaklah ditentukan dan disahkan oleh Jawatankuasa Syariah IKI (JKS) berkenaan. 18. Bagi tujuan pembentangan kepada MPS, pihak yang merujuk hendaklah mengemukakan dokumen berikut kepada Sekretariat: (i) Borang Rujukan kepada MPS seperti di Lampiran B yang lengkap diisi; dan (ii) Kertas cadangan yang lengkap dan muktamad. Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dihantar kepada: 19. Pihak yang merujuk hendaklah menyediakan kertas cadangan yang lengkap dan muktamad dalam bahasa Melayu, dan mengemukakan kertas cadangan kepada Sekretariat selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh pembentangan kepada MPS. Kertas cadangan hendaklah merangkumi, namun tidak terhad kepada maklumat berikut: i. Latar belakang perkara yang dirujuk; ii. Struktur atau instrumen yang dicadangkan (jika berkenaan); 6

iii. Akad Syariah yang diguna pakai beserta pandangan ulama berhubung prinsip yang dicadangkan dan rujukan Syariah (jika berkenaan); iv. Huraian perkara yang dirujuk, isu-isu Syariah yang timbul, penyesuaian fikah, dan fatwa semasa yang relevan (mana-mana yang berkenaan); v. Pandangan dan syor JKS yang terperinci dan rujukan yang digunakan; dan vi. Sebarang data atau maklumat sokongan yang berkaitan. 20. Pihak yang merujuk hendaklah memastikan bahawa kertas cadangan yang dikemukakan kepada Sekretariat telah disemak dan mendapat kelulusan daripada JKS IKI berkenaan. 21. Pihak yang merujuk hendaklah memaklumkan kepada Sekretariat dengan memberi notis secara bertulis selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum pembentangan kepada MPS sekiranya ingin menangguhkan pembentangan atau menarik balik cadangan. Pembentangan kepada MPS 22. Pada hari mesyuarat MPS, pihak yang merujuk hendaklah membentangkan perkara yang dirujuk dalam mesyuarat MPS dengan kehadiran wajib sekurangkurangnya seorang ahli JKS. MAKLUMAN KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SHARIAH 23. Melainkan terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, keputusan MPS akan dimaklumkan kepada pihak yang merujuk tiga (3) hari bekerja selepas pembentangan kepada MPS. 24. Keputusan MPS ke atas perkara yang dirujuk adalah muktamad. 7

BAHAGIAN D: LAMPIRAN (A) ILUSTRASI RUJUKAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH Ilustrasi (i): Isu Syariah dalam dalam penstrukturan produk atau instrumen perniagaan kewangan Islam MPS dirujuk berhubung cadangan oleh sebuah IKI untuk memperkenalkan produk deposit akaun semasa, simpanan dan pelaburan. Produk-produk deposit akaun ini menggunakan konsep qard hasan dan gabungan antara qard hasan dan mudharabah. Ilustrasi (ii): Isu Syariah dalam variasi yang signifikan kepada produk atau instrumen perniagaan kewangan Islam sedia ada MPS dirujuk berhubung cadangan oleh sebuah IKI untuk membuat olahan kepada produk pembiayaan sedia ada yang berasaskan konsep musyarakah mutanaqisah. IKI tersebut ingin mewujudkan kemudahan pengeluaran semula (redraw facility). Ilustrasi (iii): Isu Syariah dalam pelaksanaan dan pengoperasian Rujukan dikemukakan kepada MPS oleh sebuah pertubuhan kebajikan berkenaan amalan sebuah IKI yang meletakkan syarat membenarkan pihak bank membekukan akaun simpanan pelanggan yang mungkir dalam membuat bayaran terhadap pembiayaan mengikut jadual dan mengambil wang daripada akaun tersebut tanpa sebarang perintah daripada mahkamah. 8

(B) BORANG RUJUKAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH Sekretariat Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia Jabatan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur Tel : 60(3) 2698 8044 (samb 8124) Faksimili : 60(3) 2694 3724 Emel : sac.secretariat@bnm.gov.my A. MAKLUMAT PERUJUK Sila tandakan [ ]pada petak yang berkenaan: Bank Islam Berlesen Institusi Perbankan yang menawarkan Skim Perbankan Islam Bank Islam Antarabangsa Berlesen Institusi Kewangan Pembangunan Pengendali Takaful Berlesen Pengendali Takaful Semula Profesional Lain-lain: 1. Nama: 2. Jawatan Sekarang: 3. Alamat Surat-Menyurat: 4. Emel: 9

5. No Telefon: 6. No Faks: B. MAKLUMAT RINGKAS PERKARA YANG DIRUJUK Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan dan pastikan maklumat berkaitan diterangkan dengan jelas. 6. Latar Belakang Ringkas Perkara yang Dirujuk 7. Isu-isu Syariah 10

(C) CARTA ALIRAN RUJUKAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH 1. Pihak yang merujuk mengemukakan rujukan kepada MPS *Perkara yang dirujuk hendaklah ditentukan oleh JKS IKI berkenaan 2. Mengadakan sesi pra-mesyuarat bersama Sekretariat 4(a) Ada keputusan MPS /tiada isu Syariah 3. Sekretariat menjalankan semakan ke atas keputusan sedia ada 4(a) 1. Sekretariat memaklumkan kepada MPS berhubung perkara yang dirujuk dan keputusan MPS yang terpakai untuk maklum balas Sekretariat 4(a) 2. Sekretariat menyampaikan maklum balas kepada pihak yang merujuk 4(b) Sekiranya: i) Terdapat isu Syariah ii) Terdapat keputusan MPS namun tiada duluan dalam aplikasi dan konteks perkara yang dirujuk iii) Tiada keputusan MPS iv) Mempunyai merit untuk dibentangkan kepada MPS Pihak yang merujuk 7. Sekretariat memaklumkan keputusan MPS kepada pihak yang merujuk 6(b) Sekretariat membentangkan analisis dan kajian Syariah ke atas perkara yang dirujuk 6(a) Pihak yang merujuk membentangkan kertas cadangan (i) Mendapatkan persetujuan mengenai isu yang akan dibentangkan dalam mesyuarat MPS (ii) Menjalankan kajian dan penilaian Syariah ke atas kertas cadangan (iii) Mengaturkan mesyuarat MPS 5. Mesyuarat MPS (i) Menyediakan kertas cadangan yang dimuktamadkan dan mendapat kelulusan daripada JKS IKI (30 hari sebelum pembentangan kepada MPS) (ii) Melengkapkan Borang Rujukan kepada MPS beserta kertas cadangan Memberi notis secara bertulis selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum pembentangan kepada MPS kepada Sekretariat sekiranya ingin menangguhkan pembentangan atau menarik balik cadangan Permohonan ditolak Pihak yang merujuk boleh mengemukakan semula rujukan beserta justifikasi yang kukuh bagi membuktikan terdapat merit untuk pembentangan kepada MPS dan tertakluk kepada persetujuan Pengerusi MPS. 11

GLOSARI Peruntukan dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 Seksyen 51 (2) Seksyen 52 Seksyen 55 (2) Seksyen 57 Perincian Majlis Penasihat Shariah boleh menentukan tatacaranya sendiri. Majlis Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya mengikut Bahagian ini; (b) untuk menasihati Bank mengenai apa-apa isu Syariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi Bank; (c) untuk memberikan nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan (d) apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diputuskan oleh Bank. Mana-mana institusi kewangan Islam berkenaan dengan perniagaan kewangan Islamnya, boleh (a) membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan; atau (b) mendapatkan nasihat, Majlis Penasihat Shariah mengenai operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Syariah. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah menurut suatu rujukan yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah mengikat institusi-institusi kewangan Islam di bawah seksyen 55 dan mahkamah atau penimbang tara yang membuat rujukan di bawah seksyen 56. 12