GARIS PANDUAN DAN TATACARA PENERBITAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PENERBITAN PUSAT KAJIAN KECEMERLANGAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

TAKLIMAT PENULISAN BAB DALAM BUKU (CHAPTERS IN BOOK)

BORANG PENYERAHAN MANUSKRIP PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Borang Penerbitan Karya Asli / Bahan Terbitan Umum

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P003

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

PROSEDUR PENERBITAN BAB DALAM BUKU

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Borang Penerbitan Karya Asli / Bahan Terbitan Umum

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

DASAR PENERBITAN - UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA -

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PENERBIT UPM Kod Dokumen: UPM/OPR/PUPM/P001 PROSEDUR PENGURUSAN PENERBITAN BUKU ILMIAH

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

DASAR PENERBITAN JURNAL

OPERASI PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANCELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) KOD DOKUMEN: UPM/OPR/HEPA/P001

ARAHAN KERJA PELANTIKAN PENILAI/PEMERIKSA LUAR DAN PENILAIAN PROGRAM

UPSI (ISO) / BSM / P06 PINDAAN : 01

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN

PANDUAN PENERBITAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

FORMAT PENULISAN PENERBITAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: UPM/OPR/PNC-PPK/P003

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH DAN KREATIF 2016 (PIK 2016)

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Struktur Pengurusan Bank Item dan Peraturan Pemarkahan 4

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

BORANG PERMOHONAN JAWATAN

PERATURAN PEPERIKSAAN

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PROSEDUR PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR PK.UiTM.FKM.(OA).10

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN KLINIKAL PROGRAM DOKTOR PERUBATAN FASA II DAN III

GARIS PANDUAN UNIT PERUNDINGAN UNIVERSITI MALAYA ISI KANDUNGAN. Bil Perkara Mukasurat. 1.0 Pemakaian Definisi Perundingan 2. 3.

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P012. PROSEDUR CUTIBELAJAR Tarikh: 30/04/2013

BORANG PENILAIAN KERTAS KERJA PERMOHONAN MENGHADIRI PERSIDANGAN DENGAN PEMBIAYAAN FAKULTI Senarai Semak

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Transkripsi:

HALAMAN 1/15 1.0 PERUNTUKAN 1.1 Pembiayaan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu adalah daripada peruntukan Tabung Akademi Pengajian Melayu (Jabatan Penerbitan). 1.2 Semua permohonan peruntukan untuk penerbitan (buku, monograf, jurnal, buletin, dan sebagainya) akan dimohon untuk mendapatkan kelulusan dalam Mesyuarat Lembaga Akademi Pengajian Melayu yang diadakan setiap tahun. 1.3 Bagi peruntukan yang tidak digunakan untuk sesuatu tahun, akan dibawa ke tahun seterusnya untuk tempoh tiga (3) tahun. 1.4 Peruntukan yang telah melebihi tiga (3) tahun akan dilupuskan, kecuali ada permohonan untuk membawa peruntukan itu ke tahun seterusnya. 1.5 Peruntukan yang tidak digunakan atas pembatalan sesuatu penerbitan akan digunakan untuk Jabatan Penerbitan mengikut keperluan perbelanjaan Jabatan Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu. 2.0 AKTA HAK CIPTA 2.1 Hak Cipta Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya menetapkan bahawa, tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian, artikel, ilustrasi, jadual, isi kandungan manamana buku terbitan Jabatan Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu dalam apa juga bentuk, dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman, atau lainlain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. 2.2 Sebarang keizinan bagi menerbitkan semula bukubuku hak cipta Akademi Pengajian Melayu perlu mendapat persetujuan yang tertakluk kepada syarat atau Akta Hak Cipta. 3.0 PERATURAN 3.1 Apabila sesebuah manuskrip diterima untuk diterbitkan oleh Jabatan Penerbitan, urusan penerbitan manuskrip tersebut akan diuruskan oleh Jabatan Penerbitan. 3.2 Jabatan Penerbitan mempunyai hak mutlak dalam menguruskan penerbitan sesebuah manuskrip yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penerbitan Akademi Pengajian Melayu. 3.3 Pemasaran, dan penjualan buku yang diterbitkan oleh Jabatan Penerbitan akan diuruskan oleh Jabatan Penerbitan. 3.4 Penilai yang dilantik menilai sesebuah manuskrip yang diterbitkan oleh Jabatan Penerbitan mestilah seorang pakar dalam bidang / perkara yang dinilai.

HALAMAN 2/15 3.5 Jawatankuasa Penerbitan berhak menolak, dan melarang manamana manuskrip yang dipercayai mempunyai elemen yang bertentangan dengan dasar Universiti atau boleh membawa serta menjejaskan nama baik Akademi Pengajian Melayu daripada diterbitkan oleh Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu. 3.6 Manuskrip yang ditulis bersama pengarang luar (bukan kakitangan Akademi Pengajian Melayu), boleh juga diterbitkan melalui Jabatan Penerbit (dengan kelulusan Jawatankuasa Akademi Pengajian Melayu). 3.7 Penyerahan surat permohonan untuk menerbitkan buku, monolog, buletin, dan sebagainya hendakah disertakan bersama. 3.8 Kakitangan akademik, Akademi Pengajian Melayu yang ingin menerbitkan sebuah terbitan ilmiah (buku, monograf, jurnal, buletin, dan sebagainya) dengan Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu hendaklah menyerahkan manuskrip dalam bentuk hard copy, dan soft copy kepada: Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur 3.8.1 Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu akan membawa manuskrip berkenaan ke Jawatankuasa Penerbitan Akademi Pengajian Melayu untuk proses selanjutnya. Hanya manuskrip yang diperakukan oleh Jawatankuasa sahaja boleh diterbitkan. 3.8.2 Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad. Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu akan memaklumkan kepada Pengarang tentang status kelulusan bagi sesebuah manuskrip, dan untuk proses selanjutnya. 3.9 Setiap penerbitan dalam bentuk buku melibatkan seorang editor atau editor bersama. 3.10 Penilai manuskrip diberikan tempoh selama tiga (3) bulan sahaja. 3.11 Setiap penerbitan buku akan dicetak sebanyak 500 naskhah sahaja. 3.12 Buku yang diulang cetak, akan dicetak sebanyak 500 naskhah sahaja. 4.0 BUKU 4.1 Panduan Penulisan Buku 4.1.1 Manuskrip boleh ditulis dalam bahasa Melayu ATAU bahasa Inggeris. 4.1.2 Manuskrip mestilah dihantar dalam bentuk softcopy berserta dua salinan hardcopy untuk tujuan penilaian, dan surat permohonan untuk menerbitkan buku, monolog, buletin, dan sebagainya hendaklah dihantar ke Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu.

HALAMAN 3/15 4.1.3 Nama, gelaran, jawatan, alamat penuh, nombor telefon, dan butirbutir mengenai penulis hendaklah disertakan pada helaian hadapan sebelum tajuk artikel. 4.1.4 Manuskrip hendaklah ditaip pada kertas putih bersaiz A4 sahaja, langkau dua baris, menggunakan Font Arial saiz 12. 4.1.5 Penulis tidak boleh menghantar manuskrip yang telah ditulis oleh penulis lain atau manuskrip yang telah diterbitkan oleh media cetak, media elektronik atau lainlain bentuk terbitan. 4.1.6 Melampirkan bibliografi pada bahagian akhir manuskrip. 4.1.7 Penyediaan indeks bagi manuskrip yang dihantar.

HALAMAN 4/15 4.2 Carta Alir Penerbitan Buku Carta Alir Penerbitan Buku adalah seperti dalam Jadual 3. Perolehan Manuskrip Permohonan menerbitkan buku di Jabatan Penerbitan Permohonan diajukan ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan Pembaikan oleh penulis PERUBAHAN Kelulusan & Penentuan (Mesyuarat Lembaga Akademi Pengajian Melayu) DITERIMA Pelantikan Penilai Manuskrip oleh Jawatankuasa Penerbitan Penilai Manuskrip DITERIMA Penyusunan & Perancangan reka letak oleh Pembantu Penerbitan DITOLAK DITOLAK Dimaklumkan kepada pemohon Dikembalikan kepada pemohon Perlantikan Editor oleh Jawatankuasa Penerbitan Penyuntingan oleh Editor Penyediaan pruf oleh Pencetak Pengesahan pruf oleh Editor DITERIMA Proses percetakan PERUBAHAN Dikembalikan kepada Pencetak Jualan / Edaran 4.2 Jadual 3

HALAMAN 5/15 4.3 Pelantikan Penilai Bagi BukuBuku Terbitan Akademi Pengajian Melayu 4.3.1 Dilantik oleh Jawatankuasa Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu. 4.3.2 Tempoh pelantikan mengikut keperluan. 4.3.3 Syaratsyarat pelantikan: 4.3.4 Tugas: 4.3.3.1 Terdiri daripada ahli akademik yang bergiat aktif dalam bidang Pengajian Melayu atau berkaitan. 4.3.3.2 Berkhidmat di dalam atau di luar Universiti Malaya. 4.3.4.1 Menilai manuskrip yang dihantar oleh penulis bagi penerbitan Akademi Pengajian Melayu. 4.4 Pelantikan Editor Bagi Buku Kompilasi / Monograf Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu 4.4.1 Dilantik oleh Jawatankuasa Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu. 4.4.2 Tempoh pelantikan mengikut keperluan dalam bidangbidang berkaitan. 4.4.3 Syaratsyarat pelantikan: 4.4.4 Tugas: 4.4.3.1 Terdiri daripada ahli akademik yang bergiat aktif dalam bidang Pengajian Melayu atau berkaitan. 4.4.3.2 Berkhidmat di dalam atau di luar Universiti Malaya. 4.4.4.1 Menilai manuskrip yang dihantar oleh penulis bagi penerbitan Akademi Pengajian Melayu. 4.4.4.2 Pembacaan Pruf. 5.0 JURNAL 5.1 Panduan Penulisan Jurnal Pengajian Melayu 5.1.1 Tajuk makalah mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris. 5.1.2 Makalah boleh ditulis dalam bahasa Melayu ATAU bahasa Inggeris.

HALAMAN 6/15 5.1.3 Abstrak mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris berserta kata kunci (keywords). 5.1.4 Setiap artikel atau petikan yang diambil dari terbitan lain mesti diletakkan nota kaki sebagai rujukan. 5.1.5 Makalah mestilah dihantar dalam bentuk softcopy berserta dua salinan hardcopy untuk tujuan penilaian. 5.1.6 Nama, gelaran, jawatan, alamat penuh, nombor telefon, dan butirbutir mengenai penulis hendaklah disertakan pada helaian hadapan sebelum tajuk artikel. 5.1.7 Makalah hendaklah ditaip pada kertas putih bersaiz A4 sahaja, langkau dua baris, menggunakan Font Arial saiz 12. 5.1.8 Penulis tidak boleh menghantar makalah yang telah ditulis oleh penulis lain atau makalah yang telah diterbitkan oleh media cetak, media elektronik atau lainlain bentuk terbitan. 5.1.9 Melampirkan bibliografi pada bahagian akhir makalah. 5.1.10 Jumlah patah perkataan adalah antara 3,000 hingga 5,000 patah perkataan. 5.1.11 Jabatan Penerbitan berhak menolak manamana makalah atau artikel yang tidak memenuhi syaratsyarat penerbitan seperti di atas. 5.1.12 Manuskrip lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau hantaran tangan ke alamat: Jabatan Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

HALAMAN 7/15 5.2 Carta Alir Penerbitan Jurnal Carta Alir Penerbitan Jurnal adalah seperti dalam Jadual 4. Mula Penerimaan Artikel Semakan Kesesuaian artikel oleh Sidang Editor Dikembalikan kepada penulis Kenalpasti Penilai Dikembalikan kepada penulis untuk pembetulan Hantar untuk penilaian Dikembalikan kepada penulis Perakuan Sidang Editor untuk diterbitkan Percetakan Tamat 5.2 Jadual 4

HALAMAN 8/15 5.3 Pelantikan Lembaga Penasihat Jurnal 5.3.1 Seseorang yang dilantik sebagai Pengarah Akademi Pengajian Melayu adalah secara automatik menjadi Ahli Lembaga Penasihat Jurnal Akademi Pengajian Melayu. 5.3.2 Bilangan Ahli Jawatankuasa adalah seramai lima (5) orang. 5.3.3 Dilantik oleh Pengarah Akademi Pengajian Melayu. 5.3.4 Tempoh pelantikan adalah selama lima (5) tahun. 5.3.5 Syaratsyarat pelantikan: 5.3.6 Tugas: 5.3.5.1 Terdiri daripada ahli akademik yang bergiat aktif dalam bidang Pengajian Melayu atau berkaitan. 5.3.5.2 Berkhidmat di dalam atau di luar Universiti Malaya. 5.3.6.1 Sebagai penasihat terhadap pembangunan Jurnal Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 5.4 Pelantikan Ketua Editor Bagi Jurnal Pengajian Melayu 5.4.1 Dilantik oleh Pengarah Akademi Pengajian Melayu. 5.4.2 Tempoh perkhidmatan selama satu (1) tahun. 5.4.3 Syaratsyarat pelantikan: 5.4.4 Tugas: 5.4.3.1 Terdiri daripada ahli akademik yang bergiat aktif dalam bidang Pengajian Melayu atau berkaitan. 5.4.3.2 Berkhidmat di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 5.4.4.1 Menyelaras, dan menjalankan kerjakerja penyuntingan Jurnal Pengajian Melayu. 5.4.4.2 Pembacaan Pruf.

HALAMAN 9/15 5.5 Pelantikan Sidang Pengarang Bagi Jurnal Pengajian Melayu 5.5.1 Terdiri daripada lima (5) orang ahli. 5.5.2 Dilantik oleh Ketua Jabatan Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu. 5.5.3 Tempoh pelantikan adalah selama satu (1) tahun. 5.5.4 Syaratsyarat pelantikan: 5.5.5 Tugas: 5.5.4.1 Terdiri daripada ahli akademik yang bergiat aktif dalam bidang Pengajian Melayu atau berkaitan. 5.5.4.2 Berkhidmat di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 5.5.5.1 Membantu tugastugas Ketua Editor. 5.6 Pelantikan Penilai Makalah Bagi Jurnal Pengajian Melayu 5.6.1 Dilantik oleh Jawatankuasa Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu. 5.6.2 Tempoh pelantikan adalah mengikut keperluan. 5.6.3 Syaratsyarat pelantikan: 5.6.4 Tugas: 5.6.3.1 Terdiri daripada ahli akademik yang bergiat aktif dalam bidang Pengajian Melayu atau berkaitan. 5.6.3.2 Berkhidmat di dalam atau di luar Universiti Malaya. 5.6.4.1 Menilai makalah yang dihantar oleh penulis bagi penerbitan Jurnal Pengajian Melayu.

HALAMAN 10/15 6.0 PERATURAN AGIHAN NASKHAH Peraturan Agihan Naskhah adalah seperti dalam Jadual 5. Jurnal Pengajian Melayu Penulis/Penyumbang Artikel 2 naskhah Penilai Artikel 2 naskhah Ketua Editor 2 naskhah Sidang Pengarang 1 naskhah Lembaga Penasihat 2 naskhah Staf Akademik 1 naskhah Penulis 50 naskhah Buku Penilai 1 naskhah Editor 1 naskhah Staf Akademik 1 naskhah Buku Kompilasi/Monograf/Katalog Penyumbang Artikel 2 naskhah Editor 1 naskhah Tokoh 10 naskhah Staf Akademik 1 naskhah Buletin Akademi Pengajian Melayu Edaran untuk semua 6.0 Jadual 5 7.0 PERATURAN PEMBAYARAN 7.1 Bayaran kepada editor, dan penilai Kadar bayaran di bawah juga meletakkan pertimbangan kepada aspek kepakaran penilai, komen yang diberikan Penilai, ketepatan masa, dan klasifikasi manuskrip. 7.1.1 300 halaman RM300.00 7.1.2 Lebih 300 halaman RM500.00 7.2 Bayaran kepada penterjemah 7.2.1 Mengikut jumlah perkataan bagi setiap manuskrip yang diterima. 7.2.2 Dikenakan sebanyak 0.03 sen bagi setiap perkataan.

HALAMAN 11/15 8.0 PEMASARAN Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu turut membuat pemasaran, dan jualan buku terbitannya. 8.1 Jualan Buku 8.1.1 Ahli Jawatankuasa Jualan Buku Dan Tugasnya 8.1.1.1 Dilantik oleh Ketua Jabatan Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu. 8.1.1.2 Bilangan ahli jawatankuasa adalah mengikut keperluan. 8.1.1.3 Tempoh pelantikan selama satu (1) tahun. 8.1.1.4 Tugas: 8.2 Pemberian Diskaun Jualan Buku 8.1.1.4.1 Membantu dalam kerjakerja penjualan buku Akademi Pengajian Melayu. 8.2.1 Pembelian yang kurang daripada 10 nashkah tidak akan diberi sebarang potongan harga. 8.2.2 Potongan harga hanya akan diberi mengikut bilangan naskhah seperti berikut: 10 naskhah ke atas 5% 20 naskhah ke atas 7% 30 naskhah ke atas 10% 40 naskhah ke atas 15% 50 naskhah ke atas 25% 100 naskhah ke atas 30% 8.2.3 Bukubuku yang rosak akan diberi potongan harga sebanyak 30%. 8.2.4 Promosi, dan Karnival Jualan Buku. 8.2.5 Bukubuku akan dijual dengan potongan harga sebanyak 5% hingga 90% mengikut tahun terbitan, dan pasaran. 8.2.6 Staf Akademi Pengajian Melayu yang membeli buku akan diberi potongan harga sebanyak 25% dengan jumlah maksimum 10 naskhah sahaja untuk setiap pembelian. 8.2.7 Penulis yang ingin membeli buku tulisan mereka sendiri akan diberi potongan harga sebanyak 30% untuk setiap pembelian.

HALAMAN 12/15 8.2.8 Potongan harga sebanyak 30% akan diberi kepada pengedarpengedar buku yang menjual buku terbitan Akademi Pengajian Melayu, walaupun buku yang dibeli/ dipesan kurang dari 10 naskhah. 8.3 Hasil Kutipan Jualan Buku 8.3.1 Jualan buku adalah menggunakan resit daripada Bendahari Universiti Malaya. 8.3.2 Hasil jualan berserta salinan kedua resit diserahkan kepada Bendahari. 8.3.3 Kakitangan tentu yang mempunyai kebenaran sahaja dibenarkan untuk menerima wang jualan, dan menandatangani resit. 8.3.4 Setiap resit direkodkan berserta butiran berkaitan buku, dan dikemas kini pada setiap bulan. 9.0 PENGURUSAN STOR DAN STOK BUKU 9.1 Pengurusan stor buku, dan pengiraan stok buku terbitan Jabatan Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu adalah dibuat secara manual, dan data berkaitan semua buku terbitan Akademi Pengajian Melayu direkodkan ke dalam Perisian Excel. 10.0 PELUPUSAN BUKU 10.1 Syaratsyarat pelupusan: 10.1.1 Bukubuku terbitan yang telah melebihi 15 tahun. 10.1.2 Sebanyak 10 naskhah setiap terbitan disimpan sebagai rujukan Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu. 10.2 Dengan kaedah: 10.2.1 Ditawarkan terlebih dahulu untuk didermakan kepada pensyarahpensyarah, dan pelajarpelajar yang berminat untuk memiliki bukubuku tersebut, terutama pensyarahpensyarah, dan pelajarpelajar Akademi Pengajian Melayu. 10.2.2 Didermakan kepada manamana perpustakaan atau badan kebajikan. 10.2.3 Didermakan kepada sesiapa sahaja yang berminat.

HALAMAN 13/15 11.0 JAWATANKUASA 11.1 Bidang Tugas Jawatankuasa 11.1.1 Memantau segala urusan penerbitan bermula daripada penerimaan manuskrip yang diuruskan sehingga keproses akhir penerbitan. 11.1.2 Penilaian peringkat pertama untuk setiap penerimaan manuskrip yang diterima sama ada manuskrip diterima atau tidak. 11.1.3 Meluluskan atau menolak manamana manuskrip yang dikemukakan berdasarkan ciriciri penerbitan ilmiah Akademi Pengajian Melayu. 11.1.4 Melantik penilai bagi setiap manuskrip yang diterima oleh Jawatankuasa Penerbitan. 11.1.5 Menentukan ciriciri bagi sesuatu karya untuk boleh diterbitkan di bawah naungan Universiti. 11.1.6 Menentukan dasar penerbitan, percetakan, pengedaran dan penjualan karyakarya yang diterbitkan. 11.1.7 Mengkaji dasar Penerbitan dari semasa ke semasa.

HALAMAN 14/15 PROSES KERJA,, 1. Permohonan Penerbitan Penerima surat permohonan daripada penulis untuk menerbitkan buku, dan terus direkodkan dalam fail permohonan penerbitan dengan kadar segera. Surat permohonan dibalas untuk menyatakan permohonan peruntukan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan, dan Pembangunan. Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan, dan Pembangunan, permohonan akan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Akademi Pengajian Melayu untuk mendapat kelulusan, dan penentuan peruntukan. Permohonan penerbitan mendapat kelulusan, dan penentuan peruntukan. Surat untuk penyerahan manuskrip/makalah berserta softcopy dikeluarkan kepada penulis. Jika permohonan ditolak, surat kepada pemohon dikeluarkan untuk memaklumkan permohonan ditolak. 2. Penerimaan Manuskrip Surat dikeluarkan untuk mengesahkan penerimaan manuskrip. Jika manuskrip masih lagi belum diterima, surat peringatan penyerahan manuskrip akan dikeluarkan, dan satu tempoh masa ditetapkan. Jika pemohon masih belum menyerahkan manuskrip, surat peringatan akan dikeluarkan bagi meminta penulis membuat surat permohonan baru untuk menunda ke tahun seterusnya penerbitan tersebut berserta peruntukan yang telah diperolehi jika penerbitan itu masih mahu diteruskan. 3. Urusan Penilaian Manuskrip Pelantikan penilai dibuat oleh Jawatankuasa Penerbitan setelah penilai dihubungi terlebih dahulu. Surat pelantikan penilai berserta borang persetujuan sebagai penilai dihantar kepada penilai. Hantar satu salinan manuskrip/artikel yang lengkap tanpa nama pengarang/penulis untuk dinilai berserta borang Laporan Penilaian. Tempoh satu (1) bulan diberikan kepada penilai untuk menghantar Laporan Penilaian. Sekiranya Borang Penilaian Manuskrip tidak diterima dalam tempoh satu bulan, penilai akan dihubungi, dan tempoh lanjutan diberikan selama sebulan lagi. Setelah Borang Penilaian Manuskrip diterima, tindakan susulan mengikut perakuan penilai akan dilakukan. Manuskrip akan disemak bagi memastikan pembetulan telah dibuat berasaskan laporan penilai. Tindakan susulan dibuat berasaskan bersesuaian dengan kes: a) Bagi pembetulan major, manuskrip asal, manuskrip salinan penilai, dan cadangan penilai diserahkan kepada pengarang untuk penulisan semula. b) Bagi pembetulan minor, manuskrip salinan penilai, dan cadangan penilai diserahkan kepada pengarang untuk pembetulan mengikut tempoh masa yang bersesuaian. Jika laporan penilai menyatakan manuskrip tidak layak diterbitkan, keluarkan PTPO KJ/PTPO KJ PTPO KJ/ / PTPO KJ PTPO PTPO PTPO KJ/ / PTPN

HALAMAN 15/15 surat makluman akan dikeluarkan kepada penulis, dan manuskrip tersebut juga akan dikembalikan kepada penulis. 4. Penyusunan dan perancangan reka letak Sekiranya manuskrip tidak memerlukan pembetulan, atur huruf, dan reka letak bahan mengikut spesifikasi akan disediakan. Setelah selesai kerja penyusunan, dan reka letak urusan penyuntingan akan dilakukan. 5. Urusan Penyuntingan Manuskrip Jabatan mencadangkan pelantikan editor, dan cadangan tersebut akan bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan. Surat pelantikan editor bersama borang persetujuan sebagai editor akan dikeluarkan. Satu salinan manuskrip yang lengkap akan dihantar kepada editor untuk penyuntingan dalam tempoh masa bersesuaian mengikut kerumitan bahan. Penerimaan kembali manuskrip yang telah disunting daripada editor berserta perakuan tentang pembetulan yang dibuat. 6. Penyediaan Pruf Setelah pembetulan selesai dilakukan, manuskrip akan hantar kepada pencetak untuk urusan penyediaan pruf. Setelah pruf diterima daripada pencetak, satu salinan pruf kepada editor akan dihantar untuk penyemakan dalam masa dua minggu. Hantar pruf yang yang telah dibetulkan kepada pencetak. Penentuan sama ada pruf kedua telah lengkap, dan naskhah bersih diterima. Permohonan CIP, dan nombor ISBN daripada Perpustakaan Negara menggunakan borang yang telah disediakan untuk tujuan identiti buku. Sekiranya manuskrip masih memerlukan pembetulan, manuskrip tersebut akan diserahkan semula kepada pencetak untuk dibetulkan dalam masa satu (1) minggu. Pembacaan pruf dilakukan semula setiap kali pembetulan dibuat oleh pencetak. Masukkan CIP, dan nombor ISBN yang diterima daripada Perpustakaan Negara ke manuskrip. Hantar pruf akhir kepada editor, dan penulis untuk tujuan pengesahan. KJ PTPO 7. Penyediaan Indeks. (tanpa muka surat) 8. Penyerahan Pruf akhir berserta indeks kepada pencetak. 9. Jualan / Edaran PTPO Rekod jumlah buku yang telah siap dicetak, dan rekod jumlah setiap kali edaran, dan jualan dilakukan akan direkodkan. Rujukan : KJ PTPO : Ketua Jabatan : Pembantu Penerbitan : Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)