Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

dokumen-dokumen yang mirip
1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Fasal-fasal yang dipinda

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi. Pengenalan

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

BUTIRAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Borang Cadangan Insurans Mesin

KENYATAAN PRIVASI (BAHASA MALAYSIA)

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Polisi Privasi Smiggle

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

SYNERGY CARDS SDN BHD

Fasal-fasal yang dipinda

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Borang Cadangan Insurans Plat Kaca

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Terma dan Syarat Perbankan Umum

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Transkripsi:

NOTIS PRIVASI 1.0 Umum 1.1 Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad adalah di antara lain, syarikat-syarikat di dalam AFFIN Holdings Berhad ( Kumpulan AHB ). Di Kumpulan AHB kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undangundang Malaysia. Kumpulan AHB hanya akan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda mengikut undang-undang berkenaan (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010), Notis Privasi ini dan/atau terma privasi dalam mana-mana perjanjian yang anda mungkin telah atau akan masuk dengan mana-mana entiti Kumpulan AHB. Notis Privasi ini menerangkan: a. Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan serta cara kami mengumpul maklumat peribadi tersebut b. Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda c. Pihak-pihak yang kami mendedahkan maklumat peribadi anda kepada d. Pilihan yang kami tawarkan, termasuk cara mengakses dan mengemaskinikan maklumat peribadi anda Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa: a. "Kumpulan AHB" merujuk kepada AFFIN Holdings Berhad, Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan/atau syarikatsyarikat berkait. b. "Maklumat Peribadi" merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk nama anda, alamat, pekerjaan, butiran untuk menghubungi anda, butiran akaun anda, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang dilanggan dan apa-apa maklumat lain yang perlu mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami. Untuk mengelakkan keraguan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya berkenaan jika anda seorang individu. 1.2 Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda selaras dengan Notis Data Privasi ini. 1.3 Sekiranya anda merupakan sebuah syarikat yang membekalkan maklumat peribadi para pengarah, pemegang-pemegang saham dan / atau para pegawai kepada kami, pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran mereka dan bawa Notis Privasi ini untuk perhatian para pengarah, pemegang-pemegang saham dan / atau para pegawai yang maklumatnya peribadi bakal / telah dibekalkan kepada kami. 2.0 Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan Serta Cara Kami Mengumpul Maklumat Peribadi Tersebut 2.1 Untuk membolehkan kami mengendali pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan akaun/fasiliti untuk anda dan/atau untuk secara amnya memberikan anda produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin perlu dan/atau mungkin diperlukan untuk mengumpul,

merekod, memegang, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu "memproses") maklumat peribadi dan maklumat kewangan mengenai anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat peribadi: a. untuk mengesahkan identiti peribadi dan latar belakang anda; b. untuk mengesahkan kedudukan kewangan dan kepercayaan kredit anda (jika perlu) dan/atau; c. yang anda berikan apabila anda memohon produk dan perkhidmatan kami. 2.2 Kami mungkin akan mendapatkan maklumat-maklumat ini daripada anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada: a. melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan, apabila menggunakan produk atau perkhidmatan kami, apabila mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan dan promosi, dan semasa ulasan kewangan; b. melalui komunikasi lisan dan bertulis anda dengan kami dan/atau ejen yang diberi kuasa oleh kami; c. daripada pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti majikan, pemegang akaun bersama, penjamin, tertakluk kepada persetujuan anda; d. dari analisis cara anda menggunakan dan mengurus akaun/fasiliti anda dengan kami, dari transaksi yang anda buat dan dari bayaran yang dibuat kepada/daripada akaun /fasiliti anda; dan/atau e. daripada sumber lain yang berkenaan yang anda telah memberikan persetujuan anda untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan anda dan/atau ia sebaliknya tidak dihadkan. 3.0 Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda 3.1 Selain dari yang dinyatakan di atas, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk satu atau lebih tujuan seperti berikut: a. untuk menilai permohonan anda untuk produk dan perkhidmatan kami; b. untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui pemeriksaan rujukan kredit; c. untuk mengurus dan mengekalkan akaun dan fasiliti anda dengan kami; d. untuk menguruskan perniagaan kami dan perhubungan anda dengan kami; e. untuk lebih memahami keperluan pelaburan anda yang semasa dan akan datang dan keadaan kewangan anda; f. untuk menyediakan anda dengan maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda; g. untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami dan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang baru; h. untuk menghubungi anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan perkhidmatan; i. untuk mentadbir tawaran, pertandingan dan promosi; j. untuk membalas pertanyaan dan aduan anda; k. untuk mengemaskini, menyatukan dan memperbaiki ketepatan rekod kami;

l. untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dikumpulkan tanpa maklumat peribadi atau diagregat dengan cara yang tidak mengenal pasti anda sebagai seorang individu; m. untuk menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analisis transaksi anda dengan kami; n. untuk memenuhi keperluan pendedahan seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang mengikat Kumpulan AHB; o. untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko; p. untuk menilai risiko-risiko kewangan dan insurans; q. untuk memindah atau menyerah hak, faedah dan tanggungjawab kami di bawah manamana perjanjian anda dengan kami; r. untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan kembali sebarang hutang yang terhutang kepada kami; s. untuk menjalankan pemeriksaan pencegahan pengubahan wang haram; t. untuk pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah; dan/atau u. untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undangundang, standard, peraturan dan/atau garis panduan. 4.0 Pendedahan Maklumat Peribadi Anda 4.1 Sebagai sebahagian daripada penyediaan produk dan perkhidmatan kami kepada anda dan pengurusan dan/atau operasi berkenaan dengannya, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda (setakat yang perlu) kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut: a. syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai agen dan/atau penasihat profesional kami; b. syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi yang anda minta; c. syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang anda minta; d. penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, penilai, pentaksir, juruaudit, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional yang lain) di mana kebenaran diberikan oleh anda; e. mana-mana individu yang anda telah maklumkan kepada kami sebagai mempunyai kuasa untuk memberi arahan atau untuk menggunakan akaun/fasiliti atau produk atau perkhidmatan bagi pihak anda; dan/atau f. mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh penyusunan semula fasiliti yang diberikan kepada anda atau penjualan hutang, atau pemerolehan atau penjualan mana-mana syarikat oleh AHB, dengan syarat bahawa mana-mana penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama ia pada asalnya dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami; g. sebarang penjamin kepada pemberi sekuriti untuk fasiliti yang diberikan oleh kami kepada anda; h. mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyelesaikan apa-apa wang yang tertunggak di bawah fasiliti yang diberikan oleh kami kepada anda; i. mana-mana agensi penarafan, penanggung insurans atau broker insurans atau pembekal perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;

j. mana-mana institusi kewangan, peniaga, Persatuan Perkhidmatan Antarabangsa VISA, MasterCard International Incorporated dan persatuan kad lain yang berhubungan dengan mana-mana kad kredit dan/atau kad debit yang dikeluarkan kepada anda oleh kami; dan/atau k. mana-mana orang yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan manamana hak kami di bawah perjanjian anda dengan kami, 4.2 Semua pihak yang disebut dalam fasal 4.1 di atas mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada syarikat-syarikat dalam Kumpulan syarikat mereka, sekutu-sekutu dan para Pengarah mereka, pemegang-pemegang saham, para pekerja syarikat berkenaan dan sekutu-sekutu, para penasihat profesional, para pembekal perkhidmatan, rakan-rakan strategik, pihak pengawal selia dan pihak-pihak lain berdasarkan pada "asas perlu tahu" yang mana pihak-pihak ini mungkin mempunyai perniagaan atau urusan dengan mereka. 4.3 Perkara di atas adalah tertakluk pada setiap masa kepada undang-undang (termasuk peraturan, standard, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan Kumpulan AHB (sama ada di dalam atau di luar Malaysia). 5.0 Pendedahan untuk Tujuan Pemasaran 5.1 Seterusnya, setiap entiti dalam Kumpulan AHB strategiknya mungkin menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran yang kami percaya mungkin menarik perhatian anda atau memberi manfaat kepada anda. 5.2 Anda boleh memberitahu kami pada bila-bila masa sekiranya anda tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada kami, daripada mana mana entiti di dalam Kumpulan AHB dengan menulis kepada cawangan kami di mana akaun anda di buka. Arahan bertulis terkini yang anda berikan kepada kami akan diguna pakai. 5.3 Sila ambil perhatian bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman web kami mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan kami yang lain yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami kepada anda, operasi akaun dan/atau kemudahan anda dengan kami, dan/atau tanpa kos tambahan dikenakan ke atas anda. 5.4 Namun demikian berkenaan dengan produk/servis pihak ketiga atau rakan kongsi strategik kami, komunikasi pemasaran hanya akan di buat kecuali anda memberi persetujuan bertulis kepada kami. Sila merujuk kepada cawangan kami di mana akaun anda di buka. 6.0 Bila Kami Mendedahkan 6.1 Selain dari seperti yang dinyatakan di atas, kami akan mengendalikan maklumat peribadi anda sebagai sulit dan peribadi dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa dari luar Kumpulan AHB kecuali: a. di mana anda telah memberi kebenaran; b. di mana kami diperlukan atau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undangundang;

c. di mana yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas AHB; d. di mana kami mungkin memindahkan hak dan obligasi di bawah perjanjian ini; dan/atau; e. di mana kami diperlukan untuk memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak pengawal selia yang berkenaan. 7.0 Bagaimana Jika Maklumat Peribadi Yang Anda Berikan Adalah Tidak Lengkap? 7.1 Di mana ia dinyatakan, ia adalah wajib untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk atau perkhidmatan kami. Sekiranya anda menolak untuk memberikan apa-apa maklumat peribadi yang wajib tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan/permintaan anda atau menyediakan anda dengan produk atau perkhidmatan kami. 7.2 Anda perlu memberitahu kami jika terdapat sebarang perubahan dalam data peribadi anda, jika tidak, data peribadi terkini yang dikumpulkan daripada anda akan digunapakai. 8.0 Hak Anda Untuk Mengakses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda 8.1 Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami. a. Anda boleh mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda dalam milikan AHB dengan membuat permintaan melalui borang permintaan akses yang boleh didapati di laman web atau di mana-mana cawangan kami, dengan syarat pembayaran yuran pemprosesan yang berkaitan (jika berkenaan). Kami akan berusaha dengan munasabah untuk menyediakan anda dengan salinan maklumat peribadi yang diminta dalam tempoh 21 hari dari penerimaan Borang Permintaan Akses yang telah lengkap bersama yuran pemprosesannya. b. Sila ambil perhatian bahawa AHB mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta bersifat komersial yang sulit atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda akan sebab-sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan anda c. Jika permintaan mengakses data anda berjaya dan anda berpendapat bahawa maklumat peribadi yang dipegang oleh kami tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau jika berkaitan, bukan terkini, anda boleh membuat permintaan untuk membetulkan maklumat peribadi tersebut. d. Anda juga boleh membantu kami untuk memastikan maklumat peribadi anda (seperti alamat mel terkini anda) dikemaskini, kerana ia akan membolehkan kami melayani anda dengan lebih baik. e. Sekiranya anda ingin membetulkan/mengemaskinikan maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami sebelum ini, sila tulis atau maklumkan kepada kami di alamat yang disediakan di bawah. Kami akan berusaha secara munasabah untuk memenuhi

permintaan anda untuk membetulkan maklumat peribadi anda dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permintaan bertulis anda. f. Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan AHB mungkin menggunakan budi bicaranya dalam membenarkan pembetulan/pengemaskinian yang dipinta atau mungkin memerlukan dokumen keterangan yang lanjut mengenai maklumat baru tersebut untuk mengelakkan penipuan (fraud) dan ketidaktepatan. 9.0 Membuat Pilihan Berkaitan Pendedahan Dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda 9.1 Tertakluk sentiasa kepada hak dan kewajipan kontraktual kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda boleh menggunakan pilihan yang diperuntukan kepada anda berkaitan dengan pendedahan, penyimpanan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi Pengurus Cawangan Servis atau Pegawai Perkhidmatan Pelanggan yang mengendalikan hal-ehwal akaun anda di pejabat/cawangan Kumpulan AHB. 9.2 Khas untuk Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd, anda juga boleh menulis kepada: Pusat Panggilan (Call Centre), Tingkat 15, Bangunan AFFINBANK, No. P3.4, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor. (Untuk perhatian: Ketua Bahagian Pusat Panggilan/Call Centre Team Leader) Tel: 0355223000 Fax: 0355115625 10.0 Pertanyaan Atau Aduan Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini atau cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hubungi manamana individu yang dinamakan di atas. 11.0 Pindaan Notis Privasi ini boleh dipinda oleh kami dengan memberi notis mengikut masa yang berpatutan untuk mematuhi keperluan regulatori dan lain-lain. Notis Privasi (Syarikat-Syarikat AHB) BM Julai 2016