PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG- UNDANG KECIL

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD (Nombor Pendaftaran :1912, Tarikh Pendaftaran 23 April 1953)

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA (ASSOCIATION OF BUMIPUTERA WOMEN IN BUSINESS AND PROFESSION, MALAYSIA) 1. NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen, Malaysia (Association of Bumiputera Women in Business and Profession, Malaysia) atau dengan nama ringkasnya PENIAGAWATI. Selepas ini disebut Pertubuhan. 2. TEMPAT URUSAN Alamat surat-menyurat dan tempat urusan Pertubuhan ialah No. 29, Jalan Kent 3, Off Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Kerja. Tempat urusan dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh dipinda tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. 3. LAMBANG Seperti Lampiran A. 4. OBJEKTIF (1) Tujuan/objektif Pertubuhan adalah untuk membangun dan membantu golongan wanita Bumiputera di dalam perniagaan dan profesyen bagi memajukan perniagaan dan profesyen masing-masing serta meningkatkan taraf hidup golongan ini. (2) Dalam menjalankan tujuan di atas, Pertubuhan diberi kuasa untuk:- (a) (b) Menjalankan apa-apa aktiviti selaras dengan tujuan Pertubuhan termasuk menganjur latihan keusahawanan di dalam apa-apa bentuk sekalipun, mengadakan lawatan dan kunjung hormat, memberikan bimbingan, menjalankan usahasama dengan pihak lain dan apa-apa aktiviti yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Kerja. Mengumpul wang dengan apa cara sekalipun, tertakluk kepada undangundang Malaysia dan Perlembagaan ini, termasuk dari kutipan bayaran yuran keahlian, penganjuran aktiviti dan program, penerimaan derma, bantuan, geran serta dana, mengambil pinjaman kewangan, menjalankan perniagaan dan apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Kerja. 1

5. KEAHLIAN (1) Kategori Keahlian Terdapat tiga (3) kategori keahlian iaitu:- Ahli Biasa Ahli Seumur Hidup Ahli Kehormat (2) Kelayakan Menjadi Ahli Permohonan bagi Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup adalah terbuka kepada wanita Bumiputera yang merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia yang menjalankan perniagaan atau profesyen atau pengurusan seperti berikut:- (a) (b) (c) (d) Pemohon hendaklah menjalankan perniagaan di Malaysia sebagai tuan punya atau tuan punya bersama di dalam perniagaan milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); ATAUPUN Pemohon hendaklah menjalankan perniagaan sebagai tuan punya bersama yang memegang saham pada kadar tidak kurang dari 5% saham di dalam syarikat berhad yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tersenarai di Bursa Malaysia; ATAUPUN Pemohon hendaklah menjalankan profesyen sebagai tuan punya atau tuan punya bersama di dalam firma profesional di Malaysia yang dilesen atau didaftar mengikut undang-undang bagi profesyen berkenaan; ATAUPUN Pemohon hendaklah memegang jawatan di dalam pengurusan atasan, di dalam syarikat sendirian berhad, syarikat berhad atau firma professional tetapi tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kerja. Keahlian bagi Ahli Kehormat terbuka kepada :- (a) Pemohon tidak lagi menjalankan perniagaan dan telah hilang kelayakan menjadi Ahli Seumur Hidup mengikut Perlembagaan Pertubuhan dengan syarat pemohon telah menjadi Ahli Seumur Hidup dengan membayar yuran sepenuhnya sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum membuat permohonan menjadi Ahli Kehormat. (3) Permohonan Menjadi Ahli Semua permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Pertubuhan dan dicadang serta disokong oleh dua (2) orang ahli dan mestilah dikemukakan kepada Setiausaha Kehormat beserta dengan yuran yang ditetapkan untuk dimajukan kepada Jawatankuasa Kerja yang akan mempertimbangkan permohonan tersebut. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja mengenai permohonan menjadi ahli adalah muktamad tanpa memberi sebab-sebabnya. 2

(4) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan di atas, hendaklah setelah membayar yuran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli. 6. BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN (1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:- Ahli Biasa (a) (b) Bayaran masuk RM 30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja) Yuran Tahunan RM 110.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sepuluh Sahaja) Ahli Seumur Hidup (a) (b) Bayaran masuk RM 30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja) Yuran Seumur Hidup RM 1,100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Satu Ratus Sahaja) dibayar sekaligus. Ahli Kehormat tidak perlu membayar apa-apa yuran. (2) Tempoh Pembayaran Yuran Yuran Tahunan bagi Ahli Biasa hendaklah dibayar kepada Bendahari Kehormat terlebih dahulu tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun. (3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun dari tempoh di Fasal 6(2) akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha Kehormat atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. (4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dari tempoh di Fasal 6(2) dengan sendirinya terhenti dari menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Kerja boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. (5) Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. (6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan. Tertakluk kepada fasal 6(3). 3

7. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) Seseorang ahli dianggap sebagai telah berhenti secara otomatik dari menjadi ahli Pertubuhan jika:- Sebarang Perintah Penerimaan atau Perintah Penghukuman kebankrapan dijatuhkan ke atas ahli ataupun Perintah Penggulungan dijatuhkan ke atas mana-mana firma di mana ia menjadi tuan punya atau tuan punya bersama. Ia dihukum bersalah oleh mana-mana Mahkamah atas sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang seterusnya dipenjarakan. Ia disahkan gila atau tidak siuman oleh doktor yang bertauliah. (iv) Wang yuran tahunan bagi ahli tersebut telah tertunggak selama dua (2) tahun berturut-turut dan ahli gagal menjelaskan yuran tersebut dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kehormat kepada ahli mengkehendaki beliau membuat pembayaran itu. (v) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis satu (1) bulan terlebih dahulu kepada Setiausaha Kehormat dan menjelaskan segala hutangnya. (2) Mana-mana ahli atau Ahli Jawatankuasa Kerja yang gagal mematuhi undangundang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kerja. Sebelum Jawatankuasa Kerja memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja terhadap mana-mana ahli adalah muktamad dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. (3) Seseorang ahli yang dilucutkan dari Pertubuhan di bawah Fasal 7.2 tidak boleh dicadang untuk dilantik semula sebagai ahli Pertubuhan selama tempoh lima (5) tahun dari tarikh perlucutan tersebut. (4) Jika mana-mana ahli berhenti menjadi ahli kerana apa-apa jua sebab maka beliau dan juga waris, wasi, pentadbir dan penggantinya tidak ada hak ke atas sebarang kepentingan atau sebarang tuntutan ke atas wang atau harta benda Pertubuhan. (5) Jika seseorang ahli berhenti menjadi ahli menurut Fasal 7.1 atau Fasal 7.2, maka hendaklah beliau menjelaskan semua tunggakan yang terhutang pada tarikh pemberhentiannya sebagai ahli. 4

8. MESYUARAT AGUNG (1) Mesyuarat Agung Tahunan Korum dan Penangguhan Mesyuarat a) Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali jumlah ahli Jawatankuasa Kerja, mengikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. b) Jika korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan ke suatu tarikh (tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja. Jika korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, ahli-ahli yang hadir mempunyai kuasa untuk meneruskan perjalanan mesyuarat pada hari itu, tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan hak semua ahli. Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan ini hendaklah diadakan secepat mungkin selepas ditutup tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 30 Jun pada setiap tahun pada suatu tarikh, masa dan tempat yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja. Urusan Mesyuarat Agung Tahunan Sidang Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah:- a) Memilih dan melantik seorang (1) Yang Dipertua (tertakluk kepada Fasal 15 (4). b) Menerima laporan Jawatankuasa Kerja mengenai perjalanan Pertubuhan sepanjang tahun yang terdahulu. c) Menerima laporan Bendahari Kehormat dan penyata kewangan Pertubuhan yang telah diaudit bagi tahun yang terdahulu. d) Tertakluk kepada Fasal 9 memilih dan melantik seorang (1) Presiden, seorang (1) Timbalan Presiden I, seorang (1) Timbalan Presiden II, seorang (1) Setiausaha Kehormat, seorang (1) Bendahari Kehormat, seorang (1) Penolong Setiausaha Kehormat, seorang (1) Penolong Bendahari Kehormat bagi 2 tahun yang akan datang; e) Melantik seorang (1) Juruaudit Dalaman dan seorang (1) Juruaudit Luaran bagi tahun semasa dan tertakluk kepada Fasal 12. f) Melantik empat (4) orang Pemegang Amanah (jika ada) dan tertakluk kepada Fasal 13. g) Meluluskan dasar am mengenai perjalanan/aktiviti Pertubuhan untuk tahun berikutnya. 5

h) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (iv) Notis Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar kepada sekalian ahli-ahli tidak lewat dari dua puluh satu (21) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda mesyuarat termasuklah salinan minit mesyuarat, laporan, penyata akaun Pertubuhan yang telah diaudit bagi tahun yang terdahulu beserta usul (jika ada). Salinan bagi dokumendokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. (2) Mesyuarat Agung Khas (1) Mesyuarat Agung Khas hendaklah diadakan:- a) Pada bila-bila masa yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Kerja; ATAUPUN b) Atas permintaan bersama secara bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan. (2) Mesyuarat Agung Khas yang diminta diadakan oleh ahli-ahli hendaklah diadakan tidak lewat dari tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu oleh Jawatankuasa Kerja. (3) Notis Notis dan agenda sidang Mesyuarat Agung Khas hendaklah dimajukan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh sidang mesyuarat yang telah ditetapkan itu. (4) Perjalanan Mesyuarat Fasal 8(1)(a) dan (b) berkaitan dengan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah juga dipakai bagi sidang Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat bahawa jika ahli-ahli yang hadir tidak mencukupi korum setengah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan, sidang Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu hendaklah dibatalkan dan tiada sidang Mesyuarat Agung Khas boleh diminta untuk tujuan serupa sehingga luput enam (6) bulan dari tarikh tersebut. (3) Pengundian Apa-apa pengundian di Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas hendaklah seperti berikut:- a) Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup layak membuang satu (1) undi. b) Ahli Kehormat tidak layak mengundi. Semua perkara dalam sidang mesyuarat hendaklah diterima oleh undi terbanyak. Pengundian hendaklah dijalankan dengan cara mengangkat tangan tetapi sekiranya lebih dari lima (5) orang ahli yang berhak mengundi dan hadir di sidang mesyuarat tersebut meminta pengundian secara kertas undi dijalankan, permintaan tersebut hendaklah dilaksanakan. 6

(iv) Pengundian secara proksi adalah dibenarkan tetapi setiap ahli yang berhak mengundi hanya boleh memegang tidak lebih dari dua (2) proksi dalam sidang mesyuarat. 9. JAWATANKUASA KERJA (1) Satu Jawatankuasa Kerja Pertubuhan seperti berikut hendaklah dipilih dan dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang terdiri dari:- Jawatankuasa Induk a) Seorang (1) Presiden b) Seorang (1) Timbalan Presiden I c) Seorang (1) Timbalan Presiden II d) Seorang (1) Setiausaha Kehormat e) Seorang (1) Bendahari Kehormat f) Seorang (1) Penolong Setiausaha Kehormat g) Seorang (1) Penolong Bendahari Kehormat 8 orang Ahli Jawatankuasa Biasa (dilantik dari kalangan Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup oleh Jawatankuasa Induk). (2) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas Eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia. (3) Kelayakan Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahliahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kecuali 8 orang Ahli Jawatankuasa Biasa adalah dilantik oleh Jawatankuasa Induk. Semua Ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah terdiri dari Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup. Ahli Kehormat tidak boleh memegang jawatan di dalam Jawatankuasa Kerja. Ahli yang memegang mana-mana jawatan penting iaitu sebagai Ahli Majlis/Exco di peringkat negeri atau di peringkat kebangsaan dalam manamana parti politik tidak layak dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja. Ahli yang memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif di dalam pertubuhan lain di mana objektifnya sama, menyerupai atau bercanggah dengan Pertubuhan ini tidak layak dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pertubuhan ini untuk mengelak timbulnya kekeliruan dan konflik kepentingan. (4) Tempoh Perlantikan Jawatankuasa Kerja akan memegang jawatan sehingga dua (2) sidang Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang dan apabila jawatan itu dikosongkan mereka boleh dilantik semula setiap 2 tahun. (5) Berhenti dari Jawatankuasa Kerja. Presiden, Timbalan Presiden I, Timbalan Presiden II, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Penolong Bendahari Kehormat dan Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa hendaklah mengosongkan jawatannya; 7

Jika beliau tidak menghadirkan diri selama tiga (3) kali berturut-turut di sidang Mesyuarat Jawatankuasa Kerja tanpa alasan yang munasabah atau cuti khas yang dibenarkan Kerja akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Kerja; Jika dengan memberi notis bertulis ia meletakkan jawatannya dan perletakan jawatan itu diterima oleh Jawatankuasa Eksekutif; Jika ia disingkir dari menjadi ahli mengikut Fasal 7 (2). (6) Memenuhi Kekosongan Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia, meletakkan jawatan atau dipecat mengikut Fasal 7, maka Jawatankuasa Induk boleh melantik ahli yang berhak, sesuai dan layak bagi mengisi kekosongan yang berlaku dalam Jawatankuasa Kerja sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. (7) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Kerja hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam dua (2) bulan. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. Notis mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kehormat tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Semua keputusan hendaklah diterima oleh undi terbanyak. (8) Pengedaran Surat Pekeliling Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Kerja dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Kehormat bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Kerja secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Kerja mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan Keputusan hendaklah dengan undi terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui Surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Kehormat kepada mesyuarat Jawatankuasa Kerja berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. (9) Fungsi dan Kuasa Jawatankuasa Kerja Fungsi-fungsi Jawatankuasa Kerja ialah:- (a) Menyusun dan mengawasi aktiviti Pertubuhan ini dan membuat keputusan mengenai perkara yang berkaitan dengan perjalanannya mengikut Perlembagaan Pertubuhan dan kehendak ahli secara majoriti yang telah dinyatakan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas tanpa membuat rujukan terlebih dahulu kepadanya dan hendaklah sentiasa terus kekal berada di bawah kuasa Mesyuarat Agung. 8

Mengelola dan mengaturkan Kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhanan mengikut Dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Kerja tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung tanpa membuat rujukan terlebih dahului kepadanya dan Jawatankuasa Kerja mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa Kerja hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada setiap Mesyuarat Agung Tahunan. (b) (c) (d) (e) Menubuhkan Jawatankuasa Kecil yang difikirkan sesuai untuk menjalankan aktiviti atau menguruskan program Pertubuhan dan mewakili kuasa-kuasa yang mungkin perlu diwakilkan kepada manamana jawatankuasa-jawatankuasa kecil itu. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan Urusan pertubuhan serta melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan sesuai untuk melicinkan perjalanan Pertubuhan atau menjalankan program Pertubuhan. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Kerja atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. Menetapkan gaji bagi kakitangan Pertubuhan serta bayaran lain kepada mana-mana pihak di dalam menjalankan program pertubuhan. Membuat aturan, aktiviti, keputusan dan segala perkara berkenaan dengan Pertubuhan demi kepentingan Pertubuhan. (f) Jawatankuasa Kerja boleh mewujudkan undang-undang kecil untuk mentadbir Pertubuhan dengan syarat mendapat persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan induk Pertubuhan, 10. TUGAS JAWATANKUASA KERJA (1) Presiden Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Presiden hendaklah memangku bagi pihaknya di sidang Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas. Presiden hendaklah selama tempoh jawatannya mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan hendaklah bertanggungjawab bagi perjalanan mesyuarat yang betul. Presiden mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit setiap mesyuarat. (2) Timbalan Presiden I Semasa ketiadaan Presiden, Timbalan Presiden 1 hendaklah memangku jawatan Presiden. 9

(3) Timbalan Presiden II Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden I, Timbalan Presiden II hendaklah memangku jawatan Presiden. (4) Setiausaha Kehormat Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan pentadbiran Pertubuhan, menurut Perlembagaan ini dan aturan yang dibuat di bawahnya dan hendaklah menjalankan arahan yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa Kerja. Setiausaha Kehormat bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan segala buku, suratdan dokumen Pertubuhan kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha Kehormat hendaklah menghadiri semua sidang mesyuarat, mencatitkan perjalanan mesyuarat Setiausaha Kehormat juga hendaklah menyimpan daftar ahli yang mengandungi butir-butir termasuk nama, tempat dantarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah setiap ahli. Setiausaha Kehormat hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan menghantar penyata Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966. (5) Bendahari Kehormat Bendahari Kehormat hendaklah bertanggungjawab bagi semua hal kewangan Pertubuhan. Bendahari Kehormat hendaklah membuat dan menyimpan penyata akaun Bank serta semua dokumen kewangan Pertubuhan dan hendaklah bertanggungjawab tentang kesahihan kandungannya. (6) Penolong Setiausaha Kehormat Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah membantu Setiausaha Kehormat dan semasa ketiadaannya, ia hendaklah memangku jawatan Setiausaha Kehormat. (7) Penolong Bendahari Kehormat Penolong Bendahari Kehormat hendaklah membantu Bendahari Kehormat dan semasa ketiadaannya, ia hendaklah memangku jawatan Bendahari Kehormat. (8) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. 11. KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa akaun. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. (2) Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja. Akaun bank itu hendaklah dibuat atas nama Pertubuhan. 10

(3) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih dari RM100,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahului. Perbelanjaan yang kurang daripada RM2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. (4) Penyata akaun hendaklah disimpan berkaitan dengan jumlah wang yang diterima dan digunakan, cara penerimaan dan bagaimana perbelanjaan itu dilakukan ke atas harta benda, kredit serta tanggungan Pertubuhan ini hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 12 Perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata akaun yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat Urusan Pertubuhan. (5) Tahun Kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan hendaklah berakhir pada 31 Disember setiap tahun. (6) Semua wang kepunyaan Pertubuhan hendaklah dimasukkan ke dalam manamana akaun bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja atas nama Pertubuhan ataupun nama program anjuran Pertubuhan tertakluk kepada Fasal 11(9)(viii). (7) Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan ini hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden (atau semasa ketiadaannya oleh salah seorang Timbalan Presiden), Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. (8) Jawatankuasa Kerja boleh memberi kuasa kepada mana-mana pihak untuk membuat perbelanjaan yang berkenaan dengan program Pertubuhan dengan syarat perbelanjaan yang lebih daripada jumlah RM2,000 bagi satu masa hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Jawatankuasa Kerja dan tertakluk kepada Fasal 11(4). (9) Pertubuhan diberi kuasa untuk: menderma, mengeluar atau membelanja wang dengan apa jua cara yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja tertakluk kepada Fasal 11 (4). (iv) (v) (vi) menyimpan, melabur dan mengurus wang Pertubuhan dengan efektif dan mengikut cara seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja dari semasa ke semasa. meminjam wang, mencagar untuk meminjam, jika perlu, mengikut cara seperti yang ditentukan dari masa ke masa oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas. membeli, menerima secara warisan atau dengan apa cara sekalipun memiliki dan memegang mana-mana tanah atau bangunan untuk kepentingan Pertubuhan. menjalankan projek atau aktiviti secara usahasama dengan pihak lain dan mengagih keuntungan seperti yang dipersetujui oleh kedua pihak. menubuhkan Yayasan Pertubuhan untuk menerima, mengumpul, mengurus dan mentadbir tabung wang untuk peningkatan dan pembangunan wanita Bumiputera dalam perniagaan dan profesyen keseluruhannya tertakluk kepada kelulusan Pejabat Pendaftaran Syarikat. 11

(vii) (viii) menubuh, mengambilalih dan mengendalikan syarikat, koperasi atau apaapa badan perniagaan serta melantik Lembaga Pengarah dalam badan perniagaan. Perlantikan Lembaga Pengarah hendaklah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas. membuka akaun atas nama projek yang dikendalikan atau nama yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja bagi menerima, mengurus dan mentadbir projek atau program yang berkaitan demi menjayakan tujuan Pertubuhan. 12. JURUAUDIT (1) Seorang Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup yang bukan Ahli Jawatankuasa Kerja Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit Dalaman. Juruaudit Dalaman akan memegang jawatan tersebut selama satu (1) tahun dan tidak boleh dilantik semula untuk tahun berikutnya. (2) Seorang Juruaudit yang berdaftar, bertauliah dan bukan dari kalangan ahli Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit Luaran. Juruaudit Luaran akan memegang jawatan tersebut selama satu (1) tahun dan boleh dilantik semula. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan itu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, kekosongan itu hendaklah dipenuhi oleh Juruaudit Dalaman atau Luaran baru yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja. (3) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Juruaudit juga harus pada bila-bila masa, sekiranya diminta oleh Jawatankuasa Kerja dikehendaki mengaudit akaun Pertubuhan bagi mana-mana tempoh dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Kerja. 13. PEMEGANG AMANAH (1) Sekiranya perlu, empat (4) orang Pemegang Amanah yang terdiri dari wanita Bumiputera yang berusia lebih dari dua puluh satu (21) tahun hendaklah dilantik di dalam sidang Mesyuarat Agung untuk memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan oleh Mesyuarat Agung. Mereka adalah diberi hak ke atas segala harta benda alih atau tidak alih Pertubuhan dan hendaklah menguruskan harta tersebut seperti yang diarahkan oleh Mesyuarat Agung. (2) Pemegang Amanah tidak boleh menjual, mengeluar, mencagar, memajak atau memindahmilik mana-mana harta benda Pertubuhan tanpa izin dan kuasa dari Mesyuarat Agung Pertubuhan. (3) Pemegang Amanah boleh dilucutkan jawatannya sebelum akhir tempoh oleh Mesyuarat Agung atas sebab-sebab uzur, fikiran tidak waras, tidak berada dalam negeri atau atas sebab-sebab munasabah yang lain mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan memuaskan. (4) Sekiranya Pemegang Amanah meninggal dunia, meletak jawatan atau dilucutkan jawatan sebelum Mesyuarat Agung, maka kekosongan jawatan itu hendaklah dipenuhi atau diisi oleh Pemegang Amanah yang baru sekiranya perlu, yang dilantik oleh sidang Mesyuarat Agung selepasnya. 12

14. PENTAFSIRAN (1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa Kerja boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa Kerja, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan Dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. 15. PENAUNG, PENASIHAT, PENYOKONG DAN YANG DIPERTUA (1) Penaung Jawatankuasa Kerja boleh melantik seorang wanita Bumiputera warganegara Malaysia sebagai Penaung Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis. Setiap perlantikan adalah untuk tempoh masa dua (2) sidang Mesyuarat Agung Tahunan. Penaung boleh dilantik semula. (2) Penasihat Jawatankuasa Kerja boleh melantik tidak lebih dari lima (5) orang Wanita Bumiputera warganegara Malaysia sebagai Penasihat Pertubuhan yang menyokong cita-cita dan tujuan serta boleh memberi bimbingan dan nasihat kepada Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis. Setiap perlantikan adalah untuk tempoh masa dua (2) sidang Mesyuarat Agung Tahunan. Penasihat boleh dilantik semula. (3) Penyokong Mana-mana individu, pertubuhan, firma, syarikat atau perbadanan yang menyokong cita-cita dan tujuan Pertubuhan dan yang sudah pun membayar sebanyak minima Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM 1,000) setahun hendaklah dinamakan sebagai Penyokong Pertubuhan. Penyokong tidak berhak mengundi atau menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja. (4) Yang Dipertua Yang Dipertua hendaklah dilantik dari Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi memegang jawatan tersebut sehingga dua (2) sidang Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang apabila jawatan itu dikosongkan olehnya. Yang Dipertua boleh dilantik semula. Dalam tempoh jawatannya, Yang Dipertua hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas serta bertanggungjawab atas perjalanan mesyuarat. 16. LARANGAN (1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Jadual 1 dan 2, Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 tidak boleh dimainkan di premis Pertubuhan. (2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. (3) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. 13

(4) Pertubuhan ini tidak boleh mengadakan pergabungan atau apa-apa perhubungan di luar Malaysia tanpa mematuhi Akta Pertubuhan 1966. 17. PINDAAN PERLEMBAGAAN (1) Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali melalui ketetapan dalam sidang Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas Pertubuhan. Sebarang pindaan hendaklah berkuatkuasa dari tarikh pindaan tersebut diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Ketetapan sedemikian hendaklah disokong oleh suara terbanyak iaitu dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang hadir dan berhak mengundi dalam sidang mesyuarat itu. (2) Permohonan untuk meminda Perlembagaan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pindaan diterima oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas Pertubuhan. 18. PEMBUBARAN (1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang hadir dan berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. (2) Sekiranya Pertubuhan ini hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka kesemua hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut Perlembagaan hendaklah dijelaskan dengan sepenuhnya dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan. (3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu. Ruj : PPM/WKL 0860/78 Jld. 2 (18) 14

KETERANGAN LAMBANG Merujuk kepada Fasa 3 di muka surat 1, berikut adalah keterangan mengenai lambang Pertubuhan. 3. LAMBANG Lambang Pertubuhan seperti yang ditunjukkan pada muka surat 35, ia berupa perkataan P ditulis secara khat dengan ekornya menuju ke atas dan berwarna biru. Warna biru pada logo melambangkan semangat perpaduan yang teguh di kalangan ahli Peniagawati. Warna hitam pada perkataan PENIAGAWATI melambangkan daya juang yang tinggi dan dedikasi ahli Peniagawati untuk meninggikan martabat usahawan wanita di persada global. Kod Warna Biru Cyan: 91, Magenta: 53, Yellow: 24, Black: 4 Kod Warna Hitam Cyan: 100, Magenta: 100, Yellow: 100, Black: 100 Jenis Font Times New Roman