RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 2 PERATURAN PEMARKAHAN

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

BAB 4 Ibadah Membina Insan Berkualiti II

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

TINGKATAN : Disediakan oleh : Ust Safaee Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

BAB 4 Ibadah Membina Insan Berkualiti II

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

BAB 6: ETIKA KRISTIAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Satu jam lima belas minit 5226/1 PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT BACHOK, KELANTAN

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

SKEMA TASAWWUR ISLAM

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Modal insan: membentuk keluarga berkesan. Sinopsis:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

KANDUNGAN KBSM HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA ii. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Apakah FPK? Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Kurikulum Kebangsaan

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

BINA INSAN GURU IPGK SULTAN ABDUL HALIM. Prof. Sidek Mohd Noah

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

TASAWWUR ISLAM KERTAS1 DAN 2

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

M24/7 Bahan doa untuk Ogos 2015

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia



SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

2 SULIT 5226/1 Bahagian A [20 markah]

Bahagian A. [20 markah]

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Transkripsi:

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002 Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendikan pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan akan berlaku kesan-kesan sampingan atau pengaruhpengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan anak muda serta menggugat kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakat hari ini terutama di kalangan muda mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, melepak, vandalisme dan sebagainya adalah di antara bukti yang jelas terhadap perlunya para ibu bapa berusaha menanganinya. Gejala-gejala seperti kerapuhan pegangan agama, kekosongan jiwa, kekurangan daya pemikiran di kalangan muda mudi, krisis rumah tangga, perilaku anak-anak yang liar, tiada pegangan hidup, tidak menghormati orang tua, lebih suka kepada kebebasan mutlak dan keseronokan serta hanyut dalam arus pengaruh kebudayaan asing yang lebih banyak merosakkan jiwa adalah akibat daripada kelonggaran disiplin dalam sistem kekeluargaan. Sehubungan dengan itu Wawasan 2020 telah memberi penekanan penting mengenai perkara ini dengan menegaskan bahawa di antara cabaran-cabaran yang mesti diatasi bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benarbenar berbudaya penyayang, adalah sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyatnya tidak diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca daripada sistem kekeluargaan yang berlandaskan agama. Menerusinya akan wujudlah sebuah masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berbudaya mulia yang kemudian akan membentuk satu sistem sosial yang mantap dan dapat mendepani pelbagai cabaran. Konsep dan falsafah Rumahku Syurgaku Konsep dan falsafah bagi mencapai matlamat rancangan Rumahku Syurgaku ini adalah berasaskan keapda syariat Islam yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Di antara aspek-aspek yang ditekankan ialah membina kebahagiaan, meningkatkan daya intelek, mewujudkan suasana penghayatan Islam dan kedamaian dalam keluarga, penjagaan kesihatan, mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah, mengamalkan perhubungan yang baik dan berkesan serta membina sifat penyayang dan toleransi di kalangan anggota keluarga.

Membina Kebahagiaan Kebahagiaan adalah suatu yang abstrak yang lahir dari hati seseorang. Tanda kebahagiaan antaranya dapat dilihat apabila seseorang itu berasa tenang, suka dan gembira. Ini dapat dinilai melalui raut wajah dan tingkah lakunya. Kebahagiaan adalah sesuatu yang amat penting kepada setiap insan. Ia menjadi suatu matlamat hidup seseorang di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu mengapa setiap orang sanggup bersusah payah dan bermati-matian untuk mencari kebahagiaan. Sebaliknya kegagalan untuk mendapat kebahagiaan akan membawa kepada kekecewaan. Kita dapati, ramai orang menjadi gila kerana hidupnya tidak bahagia. Ada pula yang sanggup mati kerana gagal menemui kebahagiaan. Hakikatnya kemuncak kebahagiaan sebenar dalam hidup seseorang itu ialah apabila ia telah berjaya melakukan kebaikan atau amal soleh serta menghindari segala bentuk larangan yang telah ditetapkan oleh Islam. Ciri utama yang menjadi ukuran masyarakat yang bahagia ialah mereka yang patuh kepada suruhan Allah secara terus menerus dengan penuh khusyu. Membina Intelek dan Meningkatkan Ilmu Pengetahuan Hidup dalam erti kata yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam al-quran, antaranya ialah untuk tidak melupakan kehidupan dunia. Untuk tidak mengabaikan urusan nasib di dunia ini setiap umat Islam mestilah mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan daya intelek masing-masing. Dengan itu mereka dapat menjangkau pelbagai keperluan, melepasi segala halangan dan rintangan serta mencapai ketinggian darjat menepati kehendak Islam sebagai agama yang tinggi. Kemuliaan Islam tidak memberi erti kalau kehidupan umatnya tidak berkualiti. Ilmu pengetahuan itu mempunyai tiga kepentingan utama. Pertama: membentuk peribadi muslim supaya dapat menjalani suruhan agama dengan sewajarnya. Kedua: membentuk sebuah umat yang kuat. Ketiga: mempertahankan kesucian dan ketinggian agama Islam. Sekiranya umat Islam tidak mempunyai ilmu pengetahuan, kesucian dan ketinggian agama Islam akan terjejas. Mewujudkan suasana penghayatan Islam dalam keluarga Islam telah meletakkan asas yang sempurna supaya rumah menjadi suatu tempat yang selesa kerana kebahagiaan itu bermula di rumah. Untuk menjadikan rumah sebagai syurga maka aktiviti-aktiviti seperti mendirikan

sembahyang secara berjemaah, membaca al-quran, memberi salam ketika masuk dan keluar rumah dan sebagainya perlu dihidupkan bagi mewujudkan suasana yang harmoni di dalam sesebuah rumah tangga. Mengekalkan kedamaian dan Kerukunan rumah tangga Rumah tangga bahagia ialah rumah tangga yang wujud unsur-unsur kedamaian dan keselesaan. Suami sebagai ketua keluarga berkewajipan memimpin isteri dan anak-anaknya menerusi kehidupan yang diredhai Allah SWT dengan memberi didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni kepada mereka. Di antara unsur-unsur kedamaian di dalam rumah tangga ialah menanamkan sikap tolong menolong dan bantu membantu dalam keluarga, menjalinkan semangat kejiranan yang baik, menunaikan tuntutan fardhu kifayah, mengadakan aktiviti rekreasi dan sebagainya. Semuanya ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dan mewujudkan kemesraan dalam keluarga. Mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga Tidak dinafikan bahawa wang dan harta merupakan satu keperluan dalam kehidupan berumah tangga, lebih-lebih lagi di zaman yang serba mencabar ini. Boleh dikatakan hampir keseluruhan keperluan hidup memerlukan wang. Oleh itu Islam menyuruh umatnya bekerja kuat mencari kehidupan yang kukuh dan maju supaya dunia ini dipenuhi dengan kemakmuran. Dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi rumah tangga, setiap keluarga mestilah menguruskan soal-soal perbelanjaan dengan jalan yang betul dan halal. Perkara-perkara yang menjadi tegahan agama seperti pembaziran, makan riba, rasuah, menipu, merompak dan sebagainya wajib dijauhi malahan Islam menyuruh umatnya supaya hidup bersederhana dan berjimat cermat serta mengutamakan keberkatan Ilahi. Rezeki yang diperolehi itu sepertiga daripadanya hendaklah dibelanjakan untuk maksud nafkah, satu pertiga untuk maslahat umur seperti zakat, sedekah dan seumpamanya dan sepertiga lagi adalah untuk tabungan atau simpanan untuk kegunaan di masa depan. Mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah tangga Rumah tangga adalah tempat sesebuah keluarga menikmati hidup. Keselesaan dalam rumah amat mustahak kerana kebahagiaan keluarga itu bermula di rumah. Kebersihan di dalam rumah akan melahirkan suasana yang harmoni dan sejahtera kerana kebanyakan gejala sosial hari ini adalah berpunca dari kepincangan rumah tangga dan keadaan rumah yang tidak terurus.

Berkomunikasi secara baik Hubungan antara individu dalam keluarga adalah penting untuk menjamin keharmonian di dalam rumah tangga. Aspek hubungan antara individu atau komunikasi ini amat dititikberatkan oleh Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia.... (ali-imran: 112) Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan unsur berhubungan amatlah penting untuk menjamin manusia mencapai kebahagiaan. Dalam mencapai tahap kesempurnaan sesebuah keluarga, setiap ahli keluarga hendaklah memahami diri dan peranan masing-masing serta menjalankan kewajipannya. Manakala bagi mengekalkan dan meningkatkan hubungan baik dalam keluarga pulak, aspek kemahiran komunikasi adalah sangat penting. Kebanyakan orang tidak peka dengan keperluan ini dan tidak mengambil inisiatif untuk memahami setiap permasalahan yang timbil dalam keluarga sedangkan pendekatan hikmah seperti toleransi, pemaaf dan sebagainya amat dituntut oleh syarak. Memupuk kasih sayang dalam keluarga Kasih sayang dalam keluarga adalah penting. Elemen ini perlu wujud dan disuburkan dalam sesebuah keluarga bagi melahirkan kedamaian, kesejahteraan dan kebahagiaan. Banyak cara boleh dilakukan bagi mewujudkan perasaan kasih sayang dalam keluarga. Di antaranya ialah melalui didikan yang sempurna. Selain pendidikan secara formal yang diterima di sekolah, anak-anak juga perlu dibentuk dan ditanamkan dengan perasaan kasih sayang dan semangat kerjasama, tunjuk ajar, nasihat dan kaunseling yang membina. Lebih daripada itu anak-anak bukan sahaja perlu diajar supaya saling menyayangi sesama ahli keluarga, malah merasa sayang terhadap binatang peliharaan dan harta benda. Mereka hendaklah selalu diingatkan bahawa Allah SWT sangat suka kepada orang-orang yang mempunyai perasaan kasih sayang, suka bekerjasama dan tolong menolong sesama sendiri. Sebaliknya Allah SWT benci kepada orang-orang yang sering bergaduh, bermusuh-musuhan, tidak mahu bekerjasama dan benci-membenci sesama sendiri. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga, setiap ahlinya terutama sekali para ibu bapa hendaklah segera mencari jalan penyelesaian.

Sesungguhnya kasih sayang adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga. Sekiranya dalam sesebuah keluarga itu tidak wujud satu ikatan yang baik dan harmoni, maka masyarakat akan menjadi pincang, lantas bangsa dan negara menjadi lemah. Apabila situasi ini berlaku kemajuan tidak akan dapat dicapai dan masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan. Kesimpulan Rumahmu Syurgaku adalah satu wawasan negara yang berteraskan ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rumah tangga sebagai satu komponen utama dalam pembentukan sesebuah masyarakat mestilah disempurnakan melalui piawai yang bersesuaian dengan ajaran Islam yang mengimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani manusia. Bagi mencapai maksud syurga bagi sesebuah rumah tangga, maka semua petunjuk dan ajaran yang disebutkan perlulah diikuti dan dipatuhi dengan sebaik mungkin. Hal ini memerlukan perancangan yang rapi dan sikap yang positif di mana sesiapa yang gagal memenuhi disiplin dan peraturan-peraturan tersebut, maka rumah tangganya belum berjaya mencapai tahap kebahagiaan sebagaimana yang dituntut oleh Islam.