Oleh: YBhg. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Profesor Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan


Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SKP2101 BERSEMUKA1-27 OGOS Dr Zatul Himmah Adnan2016 1

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

DEBAT SANTAI LANCASTER UNIVERSITY 02hb JANUARI 2013

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

FACT SHEET

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

RUNDINGAN KUASA LANGKAH TERBAIK ADENAN

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

UCAPAN. Program Kenali Penyu, Sayangi Penyu 2016

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

DISKUSI ILHAM PROFESOR:

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

LAPORAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN SK GUAR NANGKA 2013

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TEKNOLOGI AUDIO DIGITAL PRINSIP ASAS AUDIO DIGITAL

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNANM)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (22) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

Pengurusan Strategik

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) PENSYARAH IPG

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR (N41) Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Transkripsi:

SEMINAR FIQH AL-AWLAWIYYAT (KEUTAMAAN) DALAM MENDEPANI ISU SEMASA UMAT ISLAM Tarikh Tempat : 10 April 2010 / 25 Rabiul Akhir 1431H : Auditorium Intim, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak Darul Ridzuan PERLAKSANAAN SYARI AH ISLAMIYYAH DIMANAKAH KEUTAMAANNYA? Oleh: YBhg. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Profesor Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) aabari2008@yahoo.com Anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Perak Dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) 1

Abstrak Perlaksanaan syariat dalam konteks negara perlu dibuat dalam kerangka perlembagaan dan dalam soal ini perlembagaan telah menyediakan ruang yang cukup untuk maksud tersebut. Meskipun begitu pengalaman selama ini memberi isyarat bahawa apa yang lebih kritikal ialah sokongan dan dokongan rakyat. Tanpa faktor ini amat sukar untuk sesuatu dasar atau program itu dapat dilaksanakan dengan berjaya dan berkesan. Inilah yang menuntut kita membuat rangka kerja yang meletakkan keutamaan yang betul. I. PENGENALAN Kerangka perlembagaan merujuk kepada peruntukan dan batasan yang terkandung di dalam perlembagaan, baik persekutuan dan negeri. Perlu dinyatakan bahawa kerangka ini muncul berdasarkan sejarah dan kenyataan yang ada di negara kita. Islam adalah sebahagian yang penting daripada perlembagaan kita. Kenyataan ini perlu diterima oleh semua orang, baik umat Islam atau sebaliknya. Dalam kerangka yang ada ini Islam diberikan kedudukan yang istimewa berbanding dengan agama-agama lain. Bagaimanapun ini tidak disenangi kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak selaras dengan konsep sama rata dan dengan itu tidak adil. Pelaksanaan syariat Islam, khususnya hukum Islam, perlu dilakukan melalui kerangka perlembagaan. Ini kerana ia memerlukan dana dan kuasa pelaksana yang ditentukan di situ. Ini semua dengan sendirinya menuntut kita memperolehi mandat rakyat; sesuatu yang tidak mudah untuk didapati dalam suasana dan landskap politik sekarang. Bagaimanapun ini sahaja pendekatan yang lebih sesuai dan ini dengan sendirinya menuntut kita faham dan bersabar dalam merancang strategi yang betul. II. ISLAM DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN Islam mempunyai kedudukan Islam yang tertentu di dalam perlembagaan. Dan ini telah bermula sejak merdeka lagi. Setengahnya malah telah wujud lama sebelum itu. Kenyataan ini dengan sendirinya menekankan bahawa ruang yang ada itu cukup dan bergantung kepada sejauh mana kreativiti dan komitmen kita dalam bekerja untuk mencari dan memperguna ruang untuk melaksanakan Islam. 2

Dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan itu Malaysia tidak boleh dikatakan negara sekular; sama ada dalam konteks yang represif atau agnostik. Tetapi setakat mana negara dan perlembagaan ini adalah benar-benak Islamik bergantung kepada kualiti dan komitmen umat Islam sendiri. Tetapi walau apa pun jika dibandingkan antara program yang dibuat pada awal merdeka dengan apa yang ada sekarang memang nampak ada perbezaan; baik dari segi konsep maupun kuantitinya. Ini sahaja sudah cukup untuk kita mengatakan bahawa dalam keadaan kerangka yang tidak berubah itu pun begitu banyak perubahan sudah dibuat sehingga ada pihak-pihak tertentu yang melihat bahawa negara ini sudah semakin jauh dari landasan asal yang mereka anggap sekular. Walau apa pun kedudukan dan ruang-lingkup Islam tidak harus disempitkan kepada Per.3 sematamata. Islam harus menyerap dan meresap ke seluruh kerangka perlembagaan melalui pelaksanaannya. Perlu disebut bahawa pelaksanaan Islam tidak semestinya dibuat melalui programprogram khusus atas nama Islam. Pelaksanaan Islam boleh juga dilakukan atas nama membasmi kemiskinan, pendidikan, reformasi undang-undang dan sebagainya. Dengan kata lain kita tidak harus wujud obsesi yang keterlaluan terhadap warna dan label sesuatu program itu. Pendekatan yang seperti ini bukan sahaja menyelamatkan Islam dari terus menjadi bahan debat dan kontroversi yang tidak berkesudahan tetapi juga boleh menunjukkan bahawa Islam adalah untuk semua. Bahawa Islam adalah rahmat untuk sekelian alam. Ini tidak bermakna bahawa kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana yang diisytiharkan oleh Per.3 itu tidak penting. Perisytiharan ini tetap penting kerana peruntukan tersebut sebenarnya adalah jatidiri, sejarah dan sifat sebenar negara ini. Begitu juga dengan peruntukanperuntukan lain seperti Islam dalam konteks hak kebebasan agama di bawah Per.11, keistimewaan Islam dalam konteks penggunaan wang awam dalam Per.12 dan juga kedudukan mahkamah syariah di bawah Per.121(1A). Kedudukan negeri di dalam persekutuan juga penting ditekankan kerana Islam adalah hak dan bidang kuasa negeri. Peruntukan-peruntukan di atas sebenarnya tidak terancam atau di dalam bahaya sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu sekarang. Kita percaya bahawa di dalam kerangka perlembagaan yang ada peruntukan-peruntukan itu akan kekal kerana adalah tidak mungkin bagi Majlis Raja-Raja membenarkan pindaan apalagi pemansuhan. Apa yang lebih kritikal sebenarnya ialah pengisian, bukan sekadar mempertahankan peruntukan-peruntukan berkenaan. Sebenarnya sejak merdeka tidak ada peruntukan mengenai Islam yang telah dimansuhkan. Bahkan, jika dilihat dalam konteks Per.121(1A) dan beberapa inisiatif lain di dalam pentadbiran, sebenarnya telah ada pertambahan dan kemajuan. 3

III. KEUTAMAAN MASAKINI Perlembagaan hanya menyediakan kerangka untuk pelaksanaan dasar dan program. Dengan itu tidak timbul soal meminda kerana banyak komplikasi yang akan timbul. Selain itu isu tersebut boleh menyebabkan sokongan bukan Islam menurun. Kita telah tekankan bahawa kerangka yang ada ini sekiranya sokongan rakyat bersama kita boleh digunakan untuk melaksanakan Islam. Dalam rangka itulah kita berasa bahawa apa yang lebih penting buat masa ini ialah pemerkasaan rakyat. Dalam pada itu umat Islam mereka perlu menunjukkan contoh yang baik. Tanpa prasyarat ini sukar untuk rakyat menerima Islam. Kepemimpinan yang selama ini mewakili umat Islam jelas gagal dan mereka perlu digantikan. Tetapi ini harus dilakukan atas tema lain; contohnya pemerkasaan hak rakyat, perlunya mempertahankan kerangka federalisme dan juga perlu diwujudkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran. Dalam keadaan pentabdiran Islam juga tidak menampakkan ciri-ciri yang terpuji adalah tidak taktikal untuk membawa isu dan soal Islam dalam politik sekarang. Imej Islam yang tertayang di Malaysia sekarang ialah Islam yang tidak positif kerana di sana tidak kelihatan kehebatan yang ada di dalam sejarah Islam. Pelaksanaan undang-undang di kalangan umat Islam perlu diperkasa dan diperkemaskan. Kelihatannya hanya badan-badan tertentu sahaja yang mengambil peduli ke atas aspek ini. Yang lain lebih menumpukan kepada retorik untuk menegakkan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Meskipun ini wajar ia menampakkan tidak wujudnya kesedaran tentang perlunya kedudukan dan kebajikan umat Islam diambilkira. Kemiskinan, keruntuhan keluarga dan seumpamanya perlu diberi perhatian berat. Buat masa ini apa yang jelas kelihatan ialah bahawa Islam tidak dilihat menyediakan penyelesaian dan ini harus diakui sebagai kelemahan; bukan kelemahan agama tetapi kelemahan umat dan kepemimpinannya. Untuk menangani isu-isu ini dengan lebih berkesan pendokong gerakan Islam perlu melihat dan mempelajari kerangka dan sistem yang ada; bukan menghentam dan meremehkannya dengan hujah simplistik: mereka tidak ikut Islam sebab itu ada masalah! 4

Bagi para pendokong Islam yang terlibat dengan politik mereka perlu sedar bahawa peranan mereka ialah untuk menunjukkan bahawa kelompok Islam mampu memerintah. Dalam rangka itu mereka perlu memahami isu dan keperluan semasa; sesuatu yang jelas belum diperlihatkan. Wacana tertentu seperti desakan untuk mengembalikan pilihan raya PBT jelas menunjukkan kelemahan kita. Dalam pada itu ada yang lebih selesa untuk terus kekal menjadi pembangkang dan membenarkan pihak lain yang terbukti korup dan gagal menjunjung amanah umat untuk terus berkuasa atas nama Melayu dan perpaduan umat. Inilah sebenarnya yang berlaku apabila ada di kalangan pendokong gerakan yang berjinak-jinak dengan gagasan kerajaan perpaduan yang kabur itu. Akhirnya ia jelas tidak kemana; ayam terlepas tangan bahu tahi! Apa yang berlaku sebenarnya ialah kelesuan minda dan kegagalan untuk menangkis godaan kemewahan dunia yang sementara. Akhir-akhir ini nampak beberapa perkembangan positif yang selaras dengan kehendak Islam. Ini termasuk cadangan pengasingan gerabak untuk lelaki dan perempuan oleh KTM. Ini adalah satu contoh yang menunjukkan bahawa apabila masyarakat sedara kebaikan sistem Islam mereka akan melaksanakannya sendiri. Tetapi perlu diakui bahawa tidak semua, termasuk yang melaksanakan Islam di dalam sistem yang ada sekarang, faham keutamaan yang sebenar. Setengahnya slogan yang dipakai pun tidak menunjukkan kebijaksanaan dan kepedulian mereka. Mereka lebih pentingkan label dan gambar dari isi dan kesannya kepada masyarakat. Contohnya Syariah tonggak keadilan. Tidakkah lebih baik dan lebih menarik jika dikatakan keadilan tonggak syariah? Slogan yang kedua ini jelas lebih inklusif kerana ia menekankan keadilan; khususnya bagi masyarakat biasa yang tidak memahami syariah dengan mendalam. Apalagi masyarakat bukan Islam yang masih sangsi dan skeptikal kepada Islam dan segala kandungannya. 5

IV. PENUTUP Pelaksanaan syariat adalah satu proses yang panjang dan penuh liku dan ia bermula dengan penerimaan kepemimpinan Islam. Untuk itu para pendokong gerakan Islam perlu tampil memimpin masyarakat. Dalam rangka itu mereka perlu inklusif terlebih dahulu. Sebab itu mereka tidak harus terjebak dengan gerakan dan laungan yang bersifat eksklusif. Setengah daripada gerakan Islam jelas tidak peduli dan tidak sedar kepada pertimbangan ini. Mereka lupa gambar besar perjuangan kita. Mereka terperosok dan syok sendiri dalam dunia mereka sendiri. Pendokong gerakan Islam yang sebenar harus sedar tentang perlunya anjakan paradigma berlaku. Dalam rangka itu mereka tidak harus gabrah dan terikut-ikut dengan rentak permainan dan retorik gerakan Islam jadian yang tiba-tiba muncul terpekik terlolong mempertahankan Islam sedangkan sebelum ini mereka entah di mana. Mereka juga bercakap tentang kedudukan Islam dalam perlembagaan. Tetapi mereka lebih kepada menggunakan kedudukan itu sebagai sesuatu yang eksklusif dan rasis yang menakutkan golongan bukan Islam. ini perlu dielakkan oleh pendokong gerakan yang berpandangan jauh; yang sedar bahawa gerakan ini perlu diberikan asas yang kuat untuk dapat diteruskan oleh generasi akan datang. Bacaan lanjut: 1. Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001 2. Abdul Aziz Bari, Malaysian Constitution: A Critical Introduction, Kuala Lumpur: The Other Press, 2003 3. Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publications, 2005 4. Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis, Shah Alam: Arah Imprin, 2008 6