APLIKASI MODUL GATEH SPM CSL2013 Cg. Sazali bin Ibrahim MA(Malaya) PKP SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan.

dokumen-dokumen yang mirip
PEPERIKSAAN PRASPM 2013

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1


1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

SKEMA SARAWAK KUCHING ZON B 2013 K1

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1


2011


MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

1


Kertas 1 BAHASA MELAYU TAHUN Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahaglan 8. Dua jam lima belas minit

SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Objektif taklimat ini :

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

MAJLlS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS PMR 2013 BAHASA MELAYU KERTAS2 2 JAM

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU


FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 (1103/1) : Murid dapat menghuraikan pendapat tentang nilai murni yang perlu diamalkan

Bahasa Malaysia (910)

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Bahasa Malaysia (910)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

TAKLIMAT. 3 Mac 2018


PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 SKEMA JAWAPAN KERTAS2. Markah penuh kertas 2: 100 markah

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2016 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013


KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAHAGIAN A (80 markah) Jawab semua soalan PERTANIAN ORGANIK. Pertanian mesra alam Tiada penggunaan baja kimia

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

CADANGAN lsi JAWAPAN KARANGAN BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B. Bahagian A. [30 markah]

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

PERCUBAAN SPM 2016 Bahasa Melayu Tingkatan 5 Kertas 1 Peraturan Pemarkahan

KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Transkripsi:

1 APLIKASI MODUL GATEH SPM Cg. Sazali bin Ibrahim MA(Malaya) PKP SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan. KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN) Bahagian A [Masa dicadangkan : 45 minit] [30 markah] Lihat rajah di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan Isi 1 : Kempen Isi 2 : Aktiviti Kebahasaan Isi 3 : Menerbitkan bahan bacaan Prosedur: 1. Pastikan calon menganalisis soalan dan mengenal pasti: i. Tugasan : cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ii. Tema : bahasa kebangsaan iii. Kata kunci : cara-cara Kriteria Penskoran Karangan Bahagian A PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang 26 30 (28 30) (26 27) Kepujian 20 25 (23-25) (20 22) Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

2 PENDAHULUAN Ayat 1: TEMA Ayat 2: JUSTIFIKASI Mutakhir, isu yang berkaitan dengan...(sebutkan tema) dalam kalangan... (sebutkan isu ini melibatkan siapa) tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk meningkatkan/memperkasakan ATAU menangani/membanteras...(tema)...di negara ini kerana...(peribahasa)... di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ATAU hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ATAU yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang Persoalannya, apakah...( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan tanda tanya (?) Ayat 3 : TUGASAN Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah caracara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? ISI PERTAMA GAPO 1 BAKPO 2 BAKPO LAGI? LAGU MANA YO LO KO NI? Pada pendapat saya + (TUGASAN) + yang paling utama/efektif + ialah/adalah dengan + (ISI PERTAMA) Ayat 1 Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita. Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA) Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, + (ISI) + juga mestilah + (BILA/DI MANA/CADANGAN) Ayat 3 Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, + (ISI) + seperti... Ayat 4 Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan Tegasnya, + (ISI) + (TUGASAN) Ayat 5 Tegasnya, kempen Cintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan. Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen Cintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

3 ISI KEDUA GAPO BAKPO BAKPO LAGU MANA YO LO KO NI Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Selain itu, + (ISI) + juga dikenal pasti sebagai + (TUGASAN Tukar kata kunci) Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA) Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, + (ISI) + juga + (BILA/DI MANA/CADANGAN) Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, + (ISI) + termasuklah... Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu... + tugasan + isi kedua Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan. Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan. ISI KETIGA GAPO BAKPO BAKPO LAGU MANA YO LO KO NI (TUGASAN Tukar kata kunci) + yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI) Ayat 1 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Dalam konteks ini + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA) Ayat 2 Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, + (ISI) + juga + (BILA/DI MANA/CADANGAN) Ayat 3 Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, + (ISI) + merangkumi... Ayat 3 Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis + isi 3 + tugasan Ayat 4 Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

4 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. KESIMPULAN Saranan + Harapan Seruan Ayat 1 Ayat 2 Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk me... + Tema + agar... Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Seruan (hafal dan ubah suai) Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa! Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa! RAJAH KOHEREN DAN KOHESI ISI 1 ISI 2 TEMA : Pendahuluan ISI 1 : Perenggan 1 : Perenggan 2 ISI 2 ISI 3 : Perenggan 3 ISI 3 KESIMPULAN : Kesimpulan

5 Contoh Karangan Lengkap: Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen Cintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan. Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan. Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

6 KARANGAN BAHAGIAN B (RESPONS TERBUKA) Kriteria Penskoran Karangan Bahagian B PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang 80 100 (90 100) (80 89) Kepujian 66 79 (73-79) (66 72) Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada penegasan isi. Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata SOALAN 1: DIMENSI DIRI Pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru. Tugasan : Cara-cara saya menghargai jasa guru Tema : guru Isu : pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar Kata kunci : cara-cara Isi : 1. berbudi bahasa serta beradab sopan 2. berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah 3. prihatin dan sayang kepada guru 4. memziarahi guru 5. mendoakan kesejahteraan guru

7 Panduan: 1. Pastikan perenggan pendahuluan LEBIH PENDEK daripada mana-mana perenggan isi. 2. Pastikan perenggan isi ditulis secara seimbang dan mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas. 3. Pastikan calon menulis sekurang-kurang 5 perenggan isi (lebih daripada 100 patah perkataan dalam setiap isi) sebagai prasyarat untuk mendapat cemerlang. 4. Tatkala menulis ayat topik, pastikan calon merujuk kepada kata kunci soalan dalam memaparkan isi. Contohnya, Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru (Kata kunci soalan ialah cara anda. Tukarkan kepada cara saya) Isi 1 : berbudi bahasa serta beradab sopan Ayat topik: Cara saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. PENDAHULUAN Tema Isu Justifikasi Tugasan Sajak Guru Oh Guru oleh Seniman Negara Usman Awang sangat signifikan dan membawa makna yang besar kepada warga pendidik. Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah cara saya menghargai jasa guru?

8 ISI PERTAMA Pada pandangan saya, cara saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka. Hal ini bermaksud, saya akan menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru. Saya juga akan sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Saya mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini. ISI KEDUA Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplin yang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapat memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa menjalankan tugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga membolehkan guru-guru menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para guru malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas. Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka.

9 ISI KETIGA Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Saya berpendapat demikian kerana amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan, saya boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Saya optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru. ISI KEEMPAT Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara saya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan saya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah bahawa frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai pelajar.

10 ISI KELIMA Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini dikatakan demikian kerana mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah mendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbanan guru. KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kita timba daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat dikandung badan. Renungilah bait puisi di bawah ini.. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri. Saranan Harapan Seruan

11 KARANGAN LENGKAP: Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Sajak Guru Oh Guru oleh Seniman Negara Usman Awang sangat signifikan dan membawa makna yang besar kepada warga pendidik. Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah cara saya menghargai jasa guru? Pada pandangan saya, cara untuk saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka. Hal ini bermaksud, saya akan menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru. Saya juga akan sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Saya mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini. Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplin yang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapat memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa menjalankan tugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga membolehkan guru-guru menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para guru malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas. Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka. Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Saya berpendapat demikian kerana amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan, saya boleh menghargai jasa guru dengan

12 meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Saya optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara saya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan saya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah bahawa frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai pelajar. Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini dikatakan demikian kerana mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah mendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbanan guru. Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kita timba daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat dikandung badan. Renungilah bait puisi di bawah ini.. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.