KENYATAAN AKHBAR. SWCorp SASAR 53 BUAH BANDAR BERSIH MENJELANG TAHUN 2017

dokumen-dokumen yang mirip
INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN YBHG DATO SRI ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA SEMPENA DIALOG PERDANA PERKHIDMATAN AWAM 2012 ANJURAN RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

PENGURUSAN ICT Perancangan Pembangunan ICT Sekolah

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Model Pengurusan Strategik

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

SASARAN KERJA TAHUNAN (2014)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

Pencernaan Budaya PERDANA UiTM

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Sustainable Education 54

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

P E L A N H A L A T U J U 5 T A H U N PERPADUAN H T T P S : / / W W W. S U R V E Y M O N K E Y. C O M / R / E D U R O A D M A P

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF

Pelaksanaan Amalan 5S INSTITUT BIOSAINS

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

TAKLIMAT PENYELARASAN DAN PENGHARMONIAN AUDIT SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR ISO 14001:2004 (EMS) UPM

KOD PROJEK: K-GT/20(UPM-11) IPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. AZNI BIN IDRIS

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (Knowledge Transfer Programme) - KTP - KOMUNITI - JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UTeM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Taklimat Kriteria untuk Komponen 2 -Transformasi (Sub-Komponen Jaringan Komuniti) Bagi Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran Sempena

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2013 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

Transkripsi:

KENYATAAN AKHBAR SWCorp SASAR 53 BUAH BANDAR BERSIH MENJELANG TAHUN 2017 SEREMBAN, 1 JUN 2015 SWCorp menganjurkan Konvensyen Bandar Bersih untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan serta pendekatan yang spesifik berkaitan Program Bandar Bersih yang sedang giat dilaksanakan kini. Program ini adalah inisiatif SWCorp untuk menjadikan 53 buah bandar di bawah seliaan SWCorp sebagai bandar yang bersih, seterusnya merealisasikan visi Malaysia agar tersenarai di dalam kelompok antara 10 negara terbersih di dunia selaras dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin untuk menjadikan Malaysia di antara 10 negara terbersih di dunia. Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Datuk Halimah Binti Mohd Sadique,Program Bandar Bersih ini melibatkan beberapa fasa di mana fasa pertama terdiri daripada 5 buah bandar perintis iaitu Putrajaya, Pekan, Muar, Langkawi dan Rembau. Manakala fasa kedua dan ketiga masing-masing melibatkan 24 buah bandar bagi mencapai status bandar bersih. Jelasnya, keperluan terhadap pengiktirafan bandar bersih perlu mematuhi penilaian melalui kriteria seperti bandar mampan, tahap kebersihan persekitaran, kebertanggungjawaban masyarakat, pengurusan sumber dan penyediaan infrastruktur yang lestari. Demikian dinyatakan YBhg. Datuk Halimah Binti Mohd Sadique selepas ditemui dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun SWCorp Yang Ketujuh Dan Konvensyen Bandar Bersih. Dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Halimah juga merasmikan Konvensyen Bandar Bersih yang dihadiri kira-kira 800 orang peserta yang terdiri daripada Agensi-agensi kerajaaan dan swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada seluruh negeri, AJK dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT), mahasiswa-mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS), ahli

Persatuan Mata Hati Malaysia, Penguatkuasa SWCorp dan syarikat konsesi. Jelasnya, untuk menerusi penglibatan pelbagai pihak dalam konvensyen tersebut, ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencapai agenda kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih, indah dan sejahtera. Tegasnya, untuk merealisasikan agenda tersebut, peranan masyarakat adalah kunci kejayaan yang utama. Oleh yang demikian, SWCorp mengambil pendekatan yang kreatif, mendalam dan fokus untuk memenangi hati dan nurani masyarakat. Oleh itu, sempena Sambutan Ulang Tahun Yang Ketujuh SWCorp, Pelan Tindakan Winning The Hearts And The Minds telah dilancarkan. Sasaran utama Pelan WHM ini adalah untuk mendekati masyarakat melalui jalinan yang mesra supaya masyarakat akan sama-sama menyokong aspirasi SWCorp dan memberikan komitmen terhadap budaya penjagaan alam sekitar.berdasarkan pelan tindakan yang dibuat ini, ia secara tidak langsung dapat menjadikan SWCorp sebagai sebuah organisasi yang dirujuk, relevan, dihormati dan dikenali (Referred, Relevant, Respected, Renown) selain ia secara tidak langsung menjadi garis panduan kepada warga kerja SWCorp untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi pelanggan dan mengujakan sehingga masyarakat menjadi penyokong dan penggerak yang berpengaruh dalam melaksanakan aspirasi yang dihasratkan. Menerusi jalinan mesra yang dibina oleh kerajaan dan komuniti hasil daripada Pelan Tindakan WHM, ia secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti 3R yang mana ia akan bertindak sebagai platform untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya 3R yang merangkumi elemen pengurangan, guna semula dan kitar semula barangan terbuang. Menurut YBhg. Datuk Halimah, sekiranya amalan 3R ini dapat diimplimentasikan dalam kehidupan seharian, ia bukan sahaja dapat membantu membantu menjaga kelestarian alam,malah dapat membantu menjana pendapatan dan sumber ekonomi isi rumah sekaligus meningkatkan taraf kehidupan mereka. Jelas YBhg, Datuk Halimah, bagi merealisiskan matlamat negara untuk mencapai 22% kadar kitar semula pada tahun 2020, peranan golongan belia khususnya daripada golongan mahasiswa dan mahasiswi amat diharapkan kerana meraka merupakan generasi baharu yang akan mentadbir negara dan menentukan corak indikator tahap kelestarian alam. Justeru itu, Program Green Campus diyakini antara program yang mampu melakukan anjakan

paradigma terhadap kadar kitar semula negara. Menerusi pelaksanaan program ini, ia mampu untuk menghubungkan semua pihak di antara institusi pengajian tinggi bagi melaksanakan aktiviti kelestarian kampus meliputi pelbagai aspek seperti aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi. Tambah beliau, menerusi program ini, ia dapat meningkatkan lagi kefahaman masyarakat terhadap amalan kelestarian kampus di mana IPT dapat dijadikan role model atau pemangkin transformasi melalui perkongsian ilmu atau knowledge transfer dalam membudayakan kebersihan sekaligus melahirkan masyarakat yang peka dan bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar. Justeru itu, beliau menyeru agar masyarakat agar tidak bergantung dengan sesetengah pihak sahaja dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam tetapi semua pihak perlu turut sama berganding bahu untuk memastikan kejayaan program-program yang sedang dilaksanakan ini demi kepentingan semua. ******************************************************************************************************* Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Puan Hartini Binti Mhd Azmi Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Korporat Telefon : 012-464 9871 E-mel : hartini.azmi@swcorp.my Dikeluarkan oleh : Bahagian Korporat b.p. Ketua Pegawai Eksekutif Solid Waste Corporation (SWCorp) Pembersihan Awam Telefon : 03-2245 9336 Faks : 03-2245 9394 / 9293 Laman Web : http://www.ppsppa.swcorp.my

Maklumat tambahan: Kriteria Bandar Bersih Bagi mencapai status bandar bersih, terdapat 3 kriteria utama yang perlu dicapai iaitu dari aspek pengurusan, fizikal dan sosial. 1. Kitar Semula - Separation At Source - Kadar Kitar Semula - Pusat Kitar Semula 2. Impak Kesihatan - Penyakit bawaan penyakit Kriteria Bandar Bersih Pengurusan Fizikal Sosial 3. Infrastuktur - Lokasi tapak pembuangan sampah secara tidak sah - Sisa binaan dan perobohan bangunan - Lokasi dumping site (tapak pelupusan sanitari) 1. Sistem Saliran Dan Sungai 2. Fasiliti 3. Kawasan Awam 4. Collecton Point (tong komunal) dan bilangan tong sampah 1. Tahap Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar 2. Tahap Kesediaan 3R 3. Penglibatan Masyarakat Dalam Program Bandar Bersih 4. Aduan - Jumlah aduan masyarakat 5. Komitmen - Kerjasama daripada semua agensi

Aspirasi Bandar Bersih adalah untuk menjadikan: i) Persekitaran kawasan bandar berada dalam keadaan bersih dan indah. ii) Kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kawasan bandar berada di tahap membanggakan dengan pemantauan dan kawal selia yang sistematik. iii) Tahap kesedaran awam di kalangan masyarakat meningkat dengan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama-sama menjadikan bandar dan kawasan kejiranan masing-masing kekal bersih dan indah. iv) Amalan 3R dan budaya menjaga kebersihan dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat. 11 Strategi Program Bandar Bersih adalah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8 9. 10. 11. Memberi inspirasi secara menyeluruh kepada semua pihak-pihak. Mendidik untuk membudayakan amalan kebersihan. Kualiti perkhidmatan konsesi di tahap terbaik Meningkatkan tanggungjawab komuniti. Program Gempur Littering (pembuangan sampah merata- rata). Kolaborasi dengan semua agensi-agensi. Pelan Media yang berkesan. Meingkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan. Penghargaan dan pengiktirafan. Pemantauan tahap kebersihan secara total dan berterusan. Penilaian dan kajian semula pelan tindakan bandar bersih..

Pelancaran Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds (WHM) Sasaran utama Pelan WHM ini adalah untuk mendekati masyarakat melalui jalinan yang mesra supaya masyarakat akan sama-sama menyokong aspirasi SWCorp dan memberikan komitmen terhadap budaya penjagaan alam sekitar.. Melalui jalinan ini, SWCorp akan sentiasa menjadi sebuah organisasi yang dirujuk, relevan, dihormati dan dikenali (Referred, Relevant, Respected, Renown). Pelbagai inisiatif yang lebih signifikan akan dilaksanakan melalui pelan tindakan ini yang memberikan penekanan khusus kepada hubungan simbiosis dengan masyarakat agar SWCorp akan menjadi sebuah agensi yang dekat di hati dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang mengujakan sehingga masyarakat menjadi penyokong dan penggerak yang berpengaruh dalam melaksanakan aspirasi yang dihasratkan. STRATEGI WINNING THE HEARTS AND MINDS (WHM) Pelan Tindakan WHM mengandungi Objektif Strategik, Strategi dan Tindakan yang disusun begitu rapi dan teliti meliputi keseluruhan perkara penting bagi memastikan pelaksanaannya memberi kesan yang maksimum. Pelan Tindakan ini menggariskan empat (4) Objektif Strategik seperti berikut: Objektif Strategik 1 : Merapatkan Hubungan Dengan Masyarakat Dan Pelanggan Supaya Merasai Dan Mengalami Mutu Perkhidmatan Yang Diberikan. Masyarakat dan pelanggan yang menghargai perkhidmatan yang diberikan hanya akan diperolehi sekiranya mereka merasakan bahawa perkhidmatan tersebut memberi kesan baik kepada mereka. Oleh yang demikian hubungan yang erat harus dipertingkatkan dan SWCorp perlu membina reputasinya sebagai sebuah organisasi yang berprestasi tinggi dengan barisan kepimpinan yang berwibawa dan dihormati. Untuk memenangi hati masyarakat dan pelanggan mendapatkan keyakinan mereka amat penting. Oleh itu, menunaikan janji dan menjalinkan hubungan yang mesra serta

pendampingan melalui program-program yang dilaksanakan adalah strategi yang amat penting. Strategi untuk melaksanakan Objektif Strategik yang pertama adalah seperti berikut: 1.1 Membina reputasi sebagai organisasi yang berwibawa dan berprestasi tinggi. 1.2 Kepimpinan organisasi yang berwibawa, disegani dan dihormati. 1.3 Komunikasi berkesan untuk menonjolkan perkhidmatan yang mengujakan. 1.4 Menjalin hubungan mesra dan mendekati masyarakat melalui programprogram pendampingan yang mengujakan. 1.5 Mengotakan janji (Walk The Talk). Objektif Strategik 2 : SWCorp Di Hati Masyarakat Dan Pelanggan Pelaksanaan WHM memerlukan kemahiran yang tersendiri dan ia perlu dipertingkatkan di kalangan warga SWCorp. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran psikologi, seni menambat hati dan nurani masyarakat. Selain daripada itu mendengar suara rakyat, memberi perkhidmatan yang mengembirakan, memberi penghargaan dan pengiktirafan juga perlu untuk meletakkan SWCorp di hati masyarakat dan pelanggan. Seterusnya menjadikan SWCorp menjadi sebuah organisasi yang menjadi rujukan dan pilihan. Strategi bagi melaksanakan Objektif Strategik kedua ini adalah seperti berikut: 2.1 Memperkasakan kompetensi seni memenangi hati masyarakat dan pelanggan di kalangan wargakerja SWCorp. 2.2 Mendengar suara masyarakat dan pelanggan serta muda didampingi. 2.3 Memberi perkhidmatan yang menggembirakan masyarakat dan pelanggan. 2. 4 Memberi pengiktirafan dan penghargaan. 2.5 Menjadi sebuah organisasi rujukan dan pilihan (Referred and Preferred)

Objektif Strategik 3: Aspirasi Dan Agenda SWCorp Disokong, Dihayati Dan Diamalkan Oleh Masyarakat Dan Pelanggan Objektif Strategik ketiga ini amat penting kerana tanpa sokongan, penghayatan dan amalan terhadap Pelan Tindakan WHM aspirasi dan agenda SWCorp, tidak akan berjaya. Mendidik masyarakat untuk menghargai dan menyampaikan aspirasi dan agenda SWCorp dengan kaedah yang paling berkesan, meningkatkan pendampingan, menanamkan rasa kesetiaan, melaksanakan handholding dan memberi tanggungjawab kepada masyarakat untuk melaksanakan inisiatif SWCorp merupakan strategi yang akan memastikan kejayaan Objektif Strategik ini. Strategi bagi Objektif Strategik ketiga adalah seperti berikut: 3.1 Menyampai dan mendidik masyarakat dan pelanggan untuk menghayati serta menghargai aspirasi dan agenda SWCorp. 3.2 Meningkatkan pendampingan (engagement) dengan masyarakat dan pelanggan. 3.3 Menanamkan kepercayaan serta kesetiaan masyarakat dan pelanggan. 3.4. Melaksanakan bimbingan kepada masyarakat dan pelanggan untuk laksanakan program-program yang berimpak tinggi. 3.5 Memberi tanggungjawab (empowering) kepada masyarakat untuk melaksanakan inisiatif SWCorp.

Objektif Strategik 4: SWCorp dikenali sebagai organisasi yang sentiasa prihatin dan mengutamakan pelanggan Keprihatinan dan mengutamakan pelanggan merupakan dua perkara asas untuk menzahirkan sebuah organisasi yang disayangi dan dekat di hati. Oleh yang demikian Objektif Strategik keempat ini memberi tumpuan khusus berhubung perkara tersebut melalui strategi-strategi berikut: 4.1 Mempamerkan imej SWCorp sebagai organisasi yang prihatin. 4.2 Mengutamakan pelanggan dalam setiap inisiatif SWCorp (Customer First) 4.3 Mengambil tindakan yang dapat menyentuh perasaan masyarakat dan pelanggan Aspirasi Unggul Adalah menjadi aspirasi SWCorp untuk melahirkan masyarakat yang menghargai dan memelihara kebersihan persekitaran serta alam sekitar sebagai anugerah dan amanah Pencipta demi kelangsungan kehidupan kelestarian alam sekitar.