DOKUMEN AWAL POLITIK ISLAM Anwar Fakhri Bin Omar Umi Salamah Binti Mohamad Aini

dokumen-dokumen yang mirip
19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Bab 2. Bab 5. Bab. Bab 1. Bab. 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 10. Bab

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

PERJANJIAN HUDAIBIYAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

PENGENALAN CTU261 5/18/2014. Fatimah Hamrie 1 CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

KREATIVITI POLITIK NABI MUHAMMAD SAW. Oleh Mohd Azmir Mohd Nizah Pusat Pengajian Teras, USIM

Kelompok 4. Sadri wahyudi Siti cholifah Sarah haikal

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU 553 BAB 8 - ISLAM HADHARI 1

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Perjuangan Nabi di Kota Madinah dalam Menegakan Agama Islam

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

Dapatkan Skema di

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

TAMADUN ISLAM TEMA 1 : MANUSIA & MASYARAKAT BAB 1 :MANUSIA DAN MASYARAKAT SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

SEJARAH SPM 1249/2 (Set A)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA. minggu ke 5

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Dapatkan Skema di

PENGENALAN PENDAHULUAN CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013 PEMBAHAGIAN NILAI DEFINISI NILAI: ISI KANDUNGAN: PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

PEMBUKAAN KOTA MEKAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Kesetiaan kepada Syarikat

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

Transkripsi:

DOKUMEN AWAL POLITIK ISLAM Anwar Fakhri Bin Omar Umi Salamah Binti Mohamad Aini Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia PENDAHULUAN Umumnya, kajian mengenai sejarah awal penulisan politik Islam adalah satu ruang lingkup yang tidak banyak dikaji oleh sejarawan secara terperinci. Kebanyakannya tidak menyenaraikan tokoh-tokoh Islam tertentu yang masyhur untuk penulisan politik Islam. Justeru, penulisan ini memberi tumpuan kepada sejarah awal penulisan politik Islam pada zaman Rasulullah yang dibahagikan kepada dua iaitu penulisan Piagam Madinah dan warkah diplomatik. Tersebarnya Islam di Madinah hingga terbentuknya sebuah negara Islam adalah titik tolak Islam sudah mula mendapat kuasa politiknya yang sebenar pada zaman tersebut. Alat untuk menulis pada ketika itu juga terbatas seperti dedaun, pelepah tamar, tulangtulang yang lebar, batu, kayu, kertas dan seumpamanya. Ditambah pula pada waktu itu, para sahabat lebih menumpukan kepada penulisan al-quran secara tidak rasmi, dan ilmu politik bukanlah satu cabang ilmu terkenal ketika itu untuk ditulis secara terperinci. Justeru itu, apabila terdapat perekodan bagi Sahifah Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia dan warkah politik baginda nabi SAW dalam usaha untuk mengembangkan syiar Islam, aspek ini adalah penting untuk dihuraikan dengan lebih lanjut. STRATEGI POLITIK RASULULLAH SAW Sejarah mencatatkan bahawa tindakan awal yang dilakukan oleh nabi SAW sebaik tiba di Yathrib ialah membina sebuah masjid yang kemudiannya dikenali sebagai Masjid Quba. Pembinaan Masjid Quba ini perlu dilihat dalam bentuk yang simbolik, kenapa nabi bersusah-payah mengasaskan pembinaan itu, sedang sembahyang boleh dilakukan di mana-mana sahaja di bumi Allah ini asalkan tempat itu suci dan bersih. Inilah strategi politik Rasulullah untuk menarik perhatian masyarakat Madinah tentang aspek ketamadunan Islam (Munir, 2002). Tindakan ini dilihat sebagai langkah pertama ke arah pembangunan insan di Madinah kerana masjid mempunyai identiti yang tersendiri terutama dalam proses membentuk personaliti manusia agar menjadi hamba Tuhan yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan juga negaranya. Biarpun begitu, Quba bukanlah lokasi yang strategik untuk dijadikan pusat pentadbiran. Dengan itu, nabi bergerak masuk ke kawasan tengah oasis dan mendirikan penempatan awal bagi golongan Muhajirin. Kawasan yang dipilih oleh nabi SAW itu dikatakan tidak berpenghuni pada masa itu kerana orang Yathrib lebih gemar tinggal di kawasan tanah tinggi. Walau bagaimanapun, keadaan ini telah berubah sama sekali terutama apabila lembah oasis itu berjaya dibangunkan oleh nabi SAW dengan deretan rumah-rumah orang Muhajirin, premis perniagaan, pasar borong dan juga masjid jami yang kemudiannya lebih dikenali sebagai Masjid al-nabawi. Semua ini merupakan prasarana penting dalam sesebuah masyarakat (Fisher, 1959). 349

Penempatan awal masyarakat Muhajirin yang hanya dihuni sekitar tujuh puluh keluarga itu kemudiannya telah berkembang pesat ekoran kehadiran sebahagian penduduk Makkah yang turut memeluk agama Islam. Keadaan ini tentunya memerlukan kepimpinan khusus dalam kalangan masyarakat Islam yang baru berkembang. Pada peringkat ini, peranan nabi SAW sebagai pemimpin umat Islam jelas terserlah dan mula mendapat pengiktirafan daripada majoriti penduduk Yathrib. Pengiktirafan ini bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat Arab, tetapi turut diterima oleh masyarakat Yahudi yang merupakan penduduk majoriti dan hidup kaya-raya di kawasan oasis itu. Pengiktirafan orang-orang Yahudi terhadap kewujudan negara Islam yang diterajui oleh nabi Muhammad SAW itu adalah berasaskan persetujuan mereka menerima segala butiran yang termaktub dalam dokumen Sahifah Madinah lantaran turut memasukkan golongan Yahudi sebagai sebahagian daripada warga negara Madinah yang baru diasaskan itu. Untuk melihat secara lebih jelas akan program politik yang dilaksanakan oleh nabi Muhammad SAW di Madinah, perlu merujuk kepada objektif politik Islam iaitu untuk menjaga kepentingan agama di samping mengurus pentadbiran dunia. Sebenarnya pengurus kedua-dua aspek ini adalah amat sukar dan terlalu banyak cabarannya. Oleh sebab itu, kita dapati pelbagai cerita yang didedahkan oleh Allah SWT dalam al-quran menunjukkan bagaimana para anbiya sebelum daripada nabi Muhammad SAW terpaksa menghadapi pelbagai rintangan semasa menjalankan tugas mempertahan kepentingan agama dan pengurusan dunia. Ramai di antara mereka yang terkorban di tangan musuh. Pengalaman yang serupa juga telah dihadapi oleh nabi SAW sehingga memaksa baginda untuk meninggalkan bumi tempat tumpah darahnya (Makkah) demi mengelakkan angkara kekejaman golongan Quraish. Tindakan kejam tanpa toleransi masyarakat Quraish itu telah pun dirakamkan oleh Allah SWT melalui surah al-kafirun yang menjelaskan sikap keras hati golongan kafir Quraish itu (Watt, 1980). Menyedari hakikat kedudukan orang Mujahirin yang agak kecil jumlahnya di negara yang baru diasaskan itu, nabi SAW telah mengambil inisiatif mengadakan hubungan persaudaraan (mu akhah) di antara golongan Muhajirin dan Ansar (Aus & Khazraj) bagi memastikan, bukan sahaja golongan Muhajirin tidak dilihat sebagai pendatang, tetapi bertujuan membentuk satu masyarakat Muslim yang utuh bersepadu tanpa dipisahkan oleh barrier perkauman yang boleh menjejaskan negara dan umat Islam keseluruhannya. Setelah Nabi berkeyakinan bahawa hubungan mu akhah itu telah terjalin dengan baik dan kedudukan umat Islam telah benar-benar mantap, barulah baginda mengadakan persahabatan dan kerjasama dengan kabilah-kabilah Arab lain dan juga golongan Yahudi yang tinggal di Yathrib pada masa itu. Hasrat nabi untuk mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang bersepadu telah menjadi realiti apabila saranannya diterima oleh kebanyakan kabilah Arab dan komuniti Yahudi. Dengan itu, lahirlah sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan agama di Yathrib dengan memakai satu bentuk kewarganegaraan yang dikenali sebagai ummah. Namun demikian, demi memastikan setiap komponen dalam komuniti ummah itu benarbenar bertanggungjawab terhadap negara yang baru dibentuk, nabi SAW mengambil keputusan untuk menukar nama Yathrib kepada Madinah. Idea penukaran nama baru ini ternyata mendapat sambutan yang positif daripada seluruh masyarakat Yathrib tanpa sebarang bantahan. Dan bermula dari saat itu, Yathrib lebih dikenali dengan panggilan Madinah. Nama baru ini kemudiannya dan dimeteraikan dalam dokumen perjanjian yang dikenali sebagai Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah. Sesungguhnya 350

penukaran nama baru Madinah dan rupa bangsa baru Ummah mempunyai signifikan yang amat luas dari segi politik dan perpaduan kerana dengan ini tiada siapa lagi dapat mengaku yang Madinah itu hak mereka atau hak mana-mana golongan tertentu. Jelasnya, penyusunan semula masyarakat Madinah yang ditaja oleh nabi Muhammad SAW berjalan lancar. Proses pengukuhan bagi mengikat setiap rakyat agar sama-sama berjuang bagi mempertahankankan bumi Madinah serta memajukannya telah disusun dengan teliti. Ini termasuklah aspek kesatuan ummah dan kedaulatan negara, hak asasi manusia dalam bidang sosial, ekonomi dan kediaman, kebebasan beragama, hak golongan minoriti, tugas warga negara dalam soal politik dan ekonomi, kewajipan mempertahankan negara, kepimpinan serta polisi kerajaan dalaman dan juga luaran (Mahyuddin, 1986). SEJARAH AWAL PENULISAN POLITIK ISLAM (DOKUMEN SAHIFAH MADINAH) Suatu perkara yang paling asas dalam pembentukan sesebuah negara ialah perlembagaannya. Tanpa perlembagaan, halatuju negara menjadi kabur dan tidak menentu. Dengan itu, perkara pertama yang dilakukan oleh nabi Muhammad SAW sebaik sampai ke Madinah ialah menyusun sahifah yang boleh dianggap sebagai perlembagaan untuk dijadikan panduan serta landasan pentadbiran negara yang baru dibina serta sebagai bukti catatan politik yang pertama dibuat ketika zaman tersebut. Berbagai-bagai komen dan saringan telah dibuat oleh para cendekiawan Timur dan Barat, terhadap Sahifah al-madinah yang disusun oeh nabi Muhammad SAW. Rata-rata mereka mengkagumi kemampuan perancang perlembagaan itu, dan menganggapnya sebagai suatu yang unik dan luar biasa. Prof William Montgomery Watt menganggap Kesatuan Ummah yang dirangka oleh nabi Muhammad SAW itu sebagai Pax Islamica. Prof Zafir al-qasimi pula melihat perlembagaan Madinah sebagai suatu peraturan yang dirangka untuk menjamin kebahagiaan semua penduduk (warganegara Madinah) tanpa mengira status kaum, agama dan warna kulit. Sementara Prof. Ahmad Ibrahim berpendapat bahawa Perlembagaan Madinah telah membawa perubahan besar dengan memperuntukkan sebuah institusi kerajaan pusat bagi menjamin keadilan, kestabilan dan keamanan tanpa menghapuskan kuasa ketua kaum serta keistimewaan golongan-golongan tertentu dalam masyarakat Madinah. Mengikut Prof Hamidullah, Sahifah Madinah merupakan suatu perlembagaan bertulis yang paling lengkap dan dianggap tertua pernah direkodkan dalam sejarah (Ismail Bakar, 2010). ASPEK PENTING DALAM SAHIFAH MADINAH Menusuri kandungan Sahifah Madinah itu jelaslah bahawa perkara utama yang ditekankan oleh nabi SAW ialah aspek keselamatan negara, perpaduan kaum, kesucian agama, uruf atau budaya dan juga hak ketuanan kepimpinan. Dalam artikel 1 & 2 dijelaskan kedudukan orang Mukmin/Muslim dari kalangan Quraish dan penduduk tempatan Yathrib serta para penyokong mereka sebagai warga negara Madinah yang mempunyai keistimewaan khusus berbanding dengan warga negara lain. Artikel 3 & 11 pula menjelaskan tanggungjawab setiap kaum yang terlibat dengan perjanjian Sahifah agar menjaga kepentingan bersama tanpa sebarang prejudis antara satu sama lain. Mereka juga bebas mengamalkan budaya serta peraturan atau undang-undang adat mereka bagi menyelesaikan permasalahan yang wujud di kalangan mereka. Tetapi mestilah dengan cara yang baik dan adil. Sementara artikel 12-15 pula memberi kebebasan kepada orang-orang mukmin untuk menguruskan hal ehwal mereka sendiri dengan syarat tidak melampaui batas agama kerana dalam Islam 351

kedudukan mereka adalah sama. Akan tetapi orang mukmin tidak boleh mengutamakan orang kafir dalam sebarang pertikaian dengan orang mukmin dan tidak boleh membantu orang kafir untuk menjatuhkan orang mukmin. Seterusnya artikel 24-25 dijelaskan kedudukan orang-orang Yahudi dari pelbagai kabilah yang mengikat perjanjian persefahaman (MOU) adalah tertakluk dengan peraturan Sahifah iaitu mesti sama-sama mempertahankan kepentingan negara Madinah dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan tradisi masing-masing. Mereka juga bebas melakukan aktiviti ekonomi sama ada perniagaan, pembuatan, pertanian, ternakan dan apa sahaja yang lumrah kepada mereka tanpa boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Jelasnya dari sudut hak dan tanggungjawab semua yang terlibat dengan perjanjian Sahifah adalah sama sahaja. Malah sekiranya orang-orang Yahudi itu ikut serta dalam peperangan, maka mereka juga berhak mendapat ghanimah sama seperti orang mukmin yang lain. Klausa ini walau bagaimanapun tidak wujud dalam naskhah asal Sahifah. Mengikut Abu Ubayd ia ditambah oleh Rasulullah SAW kepada artikel 24 iaitu setelah turunnya ayat al-quran berkaitan peraturan jizyah. Namun demikian, mereka tidak boleh sesuka hati membatalkan MoU itu kecuali mendapat persetujuan daripada nabi SAW dan mereka juga tidak dibenarkan sama sekali mengadakan apa-apa hubungan dengan pihak Quraish atau membantu mereka dalam hal-hal yang diragukan dari sudut keselamaan negara. Sebaliknya jika hubungan itu didapati tidak akan menjejaskan keselamatan negara, maka ia boleh dilakukan tanpa perlu merujuk kepada nabi SAW. Begitu juga mereka tidak perlu melibatkan baginda SAW dalam hal-hal kecil dan tidak penting. Suatu hal yang paling menarik dalam Sahifah ini ialah tiada langsung saranan untuk memerangi mana-mana pihak biarpun terhadap musyrikin Makkah yang dianggap kejam itu. Apa yang diutamakan ialah kesepaduan kaum dan kesediaan untuk mempertahankan wilayah Madinah andainya diserang oleh kuasa asing. Sebaliknya jika berlaku peperangan dan ada cadangan untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik, maka cadangan itu mestilah diterima kecuali jika peperangan itu bertujuan untuk menghancurkan agama Islam itu sendiri (artikel 45). Ini bermakna bahawa Islam tidak pernah menggalakkan peperangan kerana peperangan boleh membawa kehancuran semua. Oleh itu, sebarang bentuk polisi yang menyerupai forward defence tidak wujud dalam Sahifah Madinah (al-dinuri, 2006). Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa ruh atau semangat penyusunan Sahifah Madinah, tidak lain dan tidak bukan, adalah semata-mata untuk mencapai keamanan dan keharmonian sejagat dengan mengemukakan satu gagasan yang boleh diterima dan dipersetujui semua. Dengan lain perkataan, ia bertujuan untuk menjaga kepentingan seluruh anggota masyarakat yang tinggal menetap di dalam wilayah Madinah tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, kedudukan ekonomi, warna kulit dan taraf kerakyatan iaitu peribumi ataupun pendatang. Setiap rakyat mempunyai hak yang sama dalam soal agama dan sosio-ekonomi serta tanggungjawab yang serupa dalam hal mempertahankan keselamatan negara. Jelasnya, masing-masing terikat dan tertakluk pada peraturan yang telah dipersetujuji bersama seperti dalam Sahifah Madinah. Namun demikian, peribumi Yathrib serta golongan Muhajirin mempunyai keistimewaan tertentu, sementara nabi Muhammad SAW adalah merupakan pemimpin nombor satu negara di mana setiap rakyat wajib akur dengan segala keputusan yang ditetapkan oleh baginda. Sekiranya terdapat mana-mana individu yang tidak bersetuju dengan apa-apa butiran yang terdapat dalam Sahifah itu ataupun apa-apa sahaja peraturan yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW maka 352

ia tidak perlu merusuh, tetapi boleh meninggalkan Madinah dengan cara yang aman. Pendekatan ini secara tidak langsung menggambarkan keterbukaan sistem politik Madinah yang sukar ditandingi (Happold, 1950). Untuk lebih mudah, kepentingan Sahifah Madinah dipecahkan kepada beberapa subtopik utama: 1. Rasulullah menjadi Ketua Negara Penerimaan Rasulullah sebagai Ketua Negara telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan menyelesaikan masalah yang timbul dari semasa ke semasa. 2. Pengekalan Struktur Kekeluargaan Masyarakat Madinah Pengekalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam di samping pengubahsuaian sebahagian daripadanya sejajar dengan hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah sebagai Ketua Hakim akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang di luar bidang kuasa ketua kaum berkenaan. 3. Hidup Bermasyarakat Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada pihak musuh. 4. Penyatuan Ummah Piagam Madinah telah menyatukan kaum-kaum atau suku-suku yang sebelum ini sentiasa berselisih faham misalnya Auz dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin. 5. Kegiatan Ekonomi Memberi kebebasan kepada semua pihak untuk menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan. Hal ini untuk mengelak penguasaan penuh (monopoli) orang Yahudi terhadap ekonomi Islam di Madinah seperti mana penguasaan ekonomi oleh Quraisy di Makkah. 6. Kebebasan Berdagang Kebebasan yang diberikan menarik minat pedagang-pedagang luar datang ke Madinah. Akhirnya Madinah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam telah beransur-ansur menguasai ekonomi Madinah dan kawasan di sekitarnya. 7. Kebebasan Beragama Dengan kebebasan ini, orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam tanpa gangguan atau sekatan. Hal ini memberi peluang orang bukan Islam mendekati orang Islam seterusnya berminat dengan ajaran Islam apabila memerhati akhlak dan personaliti dan disiplin umat Islam melakukan aktiviti harian termasuk amal ibadat. 8. Wujud negara Islam Madinah Orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama dan Madinah sebagai sebuah negara Islam dengan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin. Sebelum ini, perkara ini ditolak oleh mereka. 353

9. Hak Keselamatan Terjamin Keselamatan penduduk tanpa mengira agama atau kaum akan terjamin selagi mereka patuh kepada Piagam Madinah. Pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan termasuk memerangi, menghalau atau membunuh jika terpaksa. Contohnya Bani Qainuqa dihalau dari Madinah dan perang diisytiharkan terhadap mereka. WARKAH DIPLOMATIK Secara umum, diplomatik ialah hubungan dua hala di antara dua negara atau negara-negara bagi mencapai sesuatu tujuan tertentu. Dalam zaman pemerintahan nabi SAW di Madinah terdapat beberapa bentuk hubungan diplomatik yang telah dilaksanakan oleh baginda. Antara yang terawal berupa warkah diplomatik kepada Raja al-najashi, pemerintah Habshah berkaitan penghijrahan umat Islam Makkah ke negara itu ekoran tindakan kejam kaum Quraish. Seterusnya hubungan perjanjian antara nabi SAW dengan perwakilan kabilah Aus dan Khazraj dari Yathrib yang melibatkan kepentingan dua hala. Aktiviti diplomatik berkembang pesat setelah negara Madinah berjaya ditubuhkan oleh nabi SAW dan konflik dalaman dengan golongan Yahudi selesai. Terdapat beberapa warkah diplomatik yang dikirimkan oleh nabi SAW kepada pemimpin-pemimpin negara asing seperti pemerintah Mesir, Rom, Parsi dan ketua-ketua kabilah Arab yang bertaburan di semenanjung Tanah Arab. Warkah tersebut bertujuan memperkenalkan negara Madinah kepada negara terbabit serta pengiklanan tentang sistem pemerintahannya yang berasaskan Islam. Sebahagian daripada warkah diplomatik itu mendapat sambutan yang positif, manakala sebahagiannya pula mendapat respon yang negatif. Walau bagaimanapun, itu adalah suatu percubaan yang baik di mana ia menunjukkan ciri-ciri kepimpinan cemerlang oleh nabi SAW. Mengikut senarai yang diberi oleh Prof Muhammad Hamidullah, terdapat kira-kira 250 warkah diplomatik yang telah dikirimkan oleh nabi SAW kepada para pemimpin luar yang sezaman dengannya tanpa mengira saiz negara itu besar ataupun kecil dan juga kedudukan rajanya masyhur ataupun tidak. Hakikat ini menunjukkan bahawa objektif pengiriman warkah diplomatik itu adalah semata-mata untuk memperkenalkan negara Madinah dan agama Islam kepada pemimpin negara berkenaan. Jika merujuk kepada jawapan beberapa pemerintah tersebut pertamanya jawapan oleh pemerintah Rom jelas berbeza dengan jawapan yang diberi oleh al-najashi. Ia menampakkan sikap sombong pemerintah Rom apabila ia menggunakan khitab al-hija di akhir suratnya dengan mengatakan sekiranya ia lakukannya, maka bermakna ia bersedia untuk menjadi hamba kepada nabi SAW dan sanggup untuk membasuh kaki nabi SAW. Oleh sebab itu nabi SAW dikatakan meramalkan bahawa kerajaan Rom akan hancur buat selama-lamanya (Ibn al-athir, 1994). Sungguhpun jawapan daripada Qaisar Rom itu agak mengecewakan, namun nabi SAW tidak berputus asa. Baginda tetap juga bertindak mengirim beberapa warkah lagi kepada pemerintah Rom di wilayah-wilayah lain. Antaranya ialah Raja Maqauqis yang memerintah negeri Mesir. Berbeza dengan Qaisar, al-maqauqis sebaliknya telah menjawab warkah nabi SAW itu dengan baik dan bersopan, malah menghadiahkan kepada nabi SAW pakaian, baghal dan dua orang jariah termasuk Mariah al-qibtiyyah yang dikahwini oleh nabi SAW (Ibn Kathir, 2005) di mana dengannya baginda memperoleh seorang cahaya mata lelaki iaitu Ibrahim. 354

Di samping itu, nabi juga tidak ketinggalan mengirimkan warkah diplomatik kepada kisra Parsi. Warkah ini, walau bagaimanapun telah dikoyak oleh Kisra sebaik sahaja sampai ke tangannya. Apabila berita ini disampaikan kepada nabi SAW oleh Abdullah bin Huzafah yang membawa warkah tersebut, maka nabi SAW berkata, Kerajaannya nanti juga akan terkoyak. Sehubungan dengan itu juga, nabi SAW telah mengambil inisiatif mengirimkan beberapa warkah lain kepada wakil-wakil Kisra yang memerintah di wilayah-wilayah tertentu. Antaranya ialah al-munzir bin Sawa di Bahrain. Warkah nabi SAW itu telah dijawab dengan baik oleh al-munzir, namun ia tidak memberi apa-apa komitmen. Sebaliknya beliau telah berjanji untuk menghebahkan kepada penduduk Bahrain yang majoritinya terdiri daripada penganut agama Yahudi dan Majusi (animisme). Mengikut Ibn al-athir, sebaik sahaja al-munzir membaca warkah nabi SAW itu, beliau dan seluruh kabilah Arab yang tinggal di Bahrain telah memeluk agama Islam, sementara orang-orang Yahudi dan Kristian pula memilih untuk membayar jizyah bagi mengelakkan tindakan peperangan oleh Islam. Gembira dengan tindakan positif al-munzir itu, nabi SAW dilaporkan telah menulis surat khusus kepada al-munzir bagi mengalu-alukan keputusannya memeluk Islam serta mendoakan agar beliau dapat memberi kerjasama sewajarnya demi kepentingan Islam. Dengan meneliti aspek warkah diplomatik yang dilaksanakan oleh nabi SAW, banyak pengajaran diperoleh. Pertama, usaha yang gigih berserta dengan niat yang ikhlas merupakan injuksi kepada semangat juang yang tidak pernah luntur dan kecewa. Kedua, pendekatan berhikmah berasaskan maw izah hasanah yang diaplikasikan oleh nabi SAW dalam semua aspek gerak kerjanya menjadikan ia tidak jemu atau bosan dengan kerenah musuh-musuhnya. Ketiga, pengetahuan yang luas tentang situasi politik serta sosio-budaya sesuatu negara memudahkan nabi SAW menyusun strategi bagi menggerakkan operasi dakwahnya. Akhir sekali, kecekapan baginda dalam memilih delegasi yang tepat dan berwibawa bukan sahaja untuk menyerahkan warkah yang dibawa, tetapi mampu menjelaskan semua persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin yang ditemui itu dengan cara yang paling meyakinkan. Ini adalah di antara kunci dan faktor kejayaan nabi SAW dalam misi diplomatiknya. Malah, suatu hal yang menarik ialah semua pembesar dunia yang ditemui oleh delegasi Madinah itu tahu akan perkembangan serta situasi umat Islam di Madinah. Hakikat ini membuatkan mereka bersedia menerima semua delegasi yang di kirim oleh nabi SAW itu dengan mudah tanpa sekatan. KESIMPULAN Kedua-dua aspek ini merupakan suatu signifikan awal dalam politik Islam yang menunjukkan kebijaksanaan Rasulullah dalam berpolitik. Politik Islam juga adalah satu bidang ilmu yang penting kerana ia melibatkan semua individu yang menetap dalam sebuah negara yang merdeka. Ini bermakna, sama ada orang itu faham atau tidak dengan sistem politik dan pentadbiran yang diamalkan oleh negara, ia tetap terlibat dengan sistem politik negara itu. 355

RUJUKAN Abdul Munir Yaacob. 2002. Etika dan Budaya Berpolitik Dari Perspektif Islam. IKIM: Kuala Lumpur Fisher, S.N. 1959. The Middle East: A History. Alfred A.Knopf: New York. Ibn al-athir, Izzudin Abi al-hasan Ali. 1994. al-kamil fi al Tarikh. Dar Ihya al Turath al- Arabi: Beirut Ibn Kathir, Abu al-fida Ismail. 2005. al-sirah al-nabawiyah. Dar al-kutub al-ilmiyyah: Beirut. Ismail Bakar. 2010. Sejarah Pemikiran Politik Islam. Penerbit UKM Bangi: Selangor. Mahyuddin Hj. Yahya. 1986. Ensiklopedia Sejarah Islam. Penerbit Ukm Bangi: Selangor. Happold, F.C. 1950. The Approach to History. Christophers: London. al-dinuri, Ibn Qutaybah. 2006. al-imamah wa al-siyasah. Dar al-kutub al Ilmiyyah: Beirut. 356