KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN MJHEP SYARAT-SYARAT AM TEMPOH BIASISWA 2

dokumen-dokumen yang mirip
SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

POLISI SKIM CUTI BELAJAR STAF BUKAN AKADEMIK (SCuBBA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA -CB/SCuBBA/P1-

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN


PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (LUAR NEGARA)

GARIS PANDUAN SKIM POST DOKTORAL UPSI (ISO) /BSM /P02 /GP03

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PANDUAN ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA. Malaysia (SSM) menyediakann. negara. Panduan anugerah biasiswa SSM adalah seperti berikut:

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

BORANG PERMOHONAN BERNIKAH KAHWIN (Untuk diisi di dalam dua salinan)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2017?

TAKLIMAT UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR DI JEPUN (TAMAT PENGAJIAN 2013)

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

KADAR YURAN PROGRAM KERJASAMA UMP-HsR JERMAN

PERMOHONAN BIASISWA WAKAF ILMU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) JENIS BIASISWA YANG DITAWARKAN

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

PERATURAN PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PEKELILING PENDAFTAR

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

BORANG PINJAMAN PELAJARAN. 1.1 Nama :. (seperti dalam kad pengenalan) 1.2 No. K/P Baru :. 1.3 Tarikh Lahir :. 1.4 Umur :.

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

21030 Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);

Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia Jun 2010

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

KONTRAK PEKERJAAN. 2.2 Gaji hendaklah dibayar oleh Majikan berdasarkan sebulan sekali tidak lewat dari hari ketujuh bulan berikut.

BANTUAN KEWANGAN 1.0 PEMBIAYAAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Transkripsi:

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN MJHEP 1 3.0 SYARAT-SYARAT AM 1-2 4.0 TEMPOH BIASISWA 2 5.0 ELAUN-ELAUN DAN KEMUDAHAN LAIN 5.1 SYARAT LAYAK PENERIMAAN ELAUN DAN KEMUDAHAN 2 5.2 ELAUN SARA HIDUP 2 5.3 ELAUN BUKU 2 5.4 ELAUN PERALATAN 3 5.5 ELAUN PAKAIAN 3 5.6 ELAUN PENEMPATAN 3 5.7 ELAUN PRAKTIKAL 3 5.8 YURAN PENGAJIAN 3 5.9 YURAN ASRAMA 4 5.10 RAWATAN PERUBATAN 4 5.11 TAMBANG PERJALANAN 4 5.12 PEMBAYARAN ELAUN-ELAUN TAMBAHAN 4-5 6.0 PERATURAN PEMBAYARAN BISISWA 6-7 7.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN 7 8.0 PERJANJIAN PROJEK BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA 7 9.0. TANGGUNGJAWAB 9.1 KELAKUAN 7-8 9.2 KEGIATAN POLITIK 8 9.3 KAHWIN 8 9.4 GAGAL PENGAJIAN 9 9.5 MENANGGUHKAN PENGAJIAN 9 9.6 KEGAGALAN 10 9.7 PERTUKARAN KURSUS/TEMPAT PENGAJIAN 10 9.8 PENGURUSAN PASPORT ANTARABANGSA 10 10.0 TUGAS 10-11 11.0 HAK YAYASAN PELAJARAN MARA 12 12.0 KADAR-KADAR PEMBAYARAN ELAUN 13-14 E M M G RA PR O TI ON A U C E D HI GH ER N A P A J A )

MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAMME (MJHEP) 1.0 PENGENALAN Projek Ijazah Berkembar Jepun ( Japanese Associate Degree [JAD] ) dilaksanakan di bawah Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun ( Malaysia Japan Higher Education Program (MJHEP)), Yayasan Pelajaran MARA (YPM). MJHEP adalah di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan Malaysia di mana YPM telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana. 2.0 PROJEK-PROJEK BIASISWA DI BAWAH TAJAAN PROGRAM MJHEP Program MJHEP menawarkan Projek-Projek Biasiswa seperti berikut: 2.1 Projek Ijazah Berkembar Jepun (Japanese Associate Degree [JAD]) di UniKL IPROM MJHEP di tempatkan di premis MARA-Japan Industrial Institute [MJII], Beranang, Selangor yang dulunya dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Beranang. 2.2 Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti Konsortium Jepun. 2.3 Ijazah Sarjana di universiti-universiti Jepun. 2.4 Ijazah Kedoktoran di universiti-universiti Jepun. Calon-calon yang terpilih bagi mengikuti Projek JAD adalah dari kalangan pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengikuti Projek berkenaan. 3.0 SYARAT-SYARAT AM Pelajar yang menerima tawaran penajaan Projek Biasiswa adalah terikat dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian seperti mana berikut: 3.1 Pelajar tidak boleh menerima sebarang tawaran penajaan pengajian dari badan-badan lain yang melibatkan Ikatan Kontrak atau Perjanjian Projek Biasiswa. 3.2 Tawaran Projek Biasiswa ini akan dilanjutkan sehingga ke peringkat universiti yang membawa kepada penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Walau bagaimana pun, Projek Biasiswa ini adalah tertakluk kepada syarat pelajar menamatkan Kursus Diploma Kejuruteraan Teknikal Jepun di UniKL IPROM MJHEP, MJII Beranang, dengan jayanya dan mendapat 1

PERATURAN PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN ( JAPANESE ASSOCIATE DEGREE) tempat di Universiti Jepun dan syarat-syarat lain seperti mana yang tercatat di dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD. 3.3 Pelajar tidak dibenarkan keluar atau menarik diri dari pengajian setelah mendaftar sebagai pelajar JAD. Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pelajar yang berkenaan. 3.4 Menandatangani SURAT AKUJANJI bagi memperakui penerimaan Tawaran Projek Biasiswa JAD. 3.5 Menandatangani Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD dan mengembalikannya pada tarikh yang telah ditetapkan. 4.0 TEMPOH PROJEK BIASISWA Tempoh pembiayaan Projek Biasiswa JAD adalah selama TIGA TAHUN di Malaysia dan DUA TAHUN di Jepun. 5.0 ELAUN-ELAUN DAN KEMUDAHAN LAIN Semasa mengikuti pengajian pelajar adalah layak menerima elaun-elaun seperti yang tersebut di Muka Surat 2,3,4 dan 5 dan tertakluk kepada syaratsyarat seperti mana berikut: 5.1 Elaun-Elaun dan Kemudahan-Kemudahan lain hanya layak diterima setelah Perkara 3.0 (3.4 & 3.5) disempurnakan. 5.2 Elaun Sara Hidup Dibayar setiap bulan bagi menyara hidup semasa menuntut di UniKL IPROM MJHEP, MJII, Beranang, Selangor. Kadar Elaun yang akan dibayar di universiti Jepun bergantung kepada Penempatan Zon Universiti di Jepun, seperti mana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (rujuk Lampiran 1). 5.3 Elaun Buku Dibayar secara Outright Grant sekali setahun. 2

MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAMME (MJHEP) 5.4 Elaun Peralatan Dibayar secara Outright Grant pada Tahun 2 dan 3 (Tahun 1 dan 2 universiti) di UniKL IPROM MJHEP, MJII Beranang dan pada setiap tahun di universiti Jepun (Tahun 3 dan 4). 5.5 Elaun Pakaian Dibayar sebelum pelajar berlepas ke Jepun secara Outright Grant sekali di dalam tempoh pembiayaan pengajian Projek JAD. 5.6 Elaun Penempatan Dibayar sebelum pelajar berlepas ke Jepun secara Outright Grant untuk membantu pelajar menampung perbelanjaan-perbelanjaan runcit seperti tambang perjalanan sebelum mendapat tempat tinggal yang tetap di negara Jepun. Dengan pembiayaan elaun ini, pelajar tidak dibenarkan membuat apa-apa tuntutan berkenaan dengan perbelanjaan penempatan pelajar di universiti Konsortium Jepun. 5.7 Elaun Praktikal Dibayar sekiranya pelajar diwajibkan menjalani latihan oleh pihak universiti semasa dalam pengajian. Sekiranya pelajar menerima apa-apa bayaran dari firma/institusi di mana pelajar ditempatkan untuk latihan amali itu, maka bantuan ini tidak diberikan. Elaun ini akan dibayar apabila dituntut oleh pelajar pada masa pelajar dikehendaki menjalani latihan, dengan syarat, tuntutan berkenaan disokong dengan pengesahan daripada pihak universiti bahawa pelajar adalah diwajibkan menjalani latihan amali berkenaan. 5.8 Yuran Pengajian Dibayar seperti berikut oleh YPM bagi pihak pelajar iaitu: 5.8.1 Yuran Masuk dan Pendaftaran. 5.8.2 Yuran Pengajian, termasuk Yuran Makmal dan Syarahan. 5.8.3 Yuran Peperiksaan yang berhubung dengan kursus. 5.8.4 Yuran Kesatuan penuntut jika diwajibkan oleh pihak Kolej/Universiti. 5.8.5 Yuran Orientasi Pelajar yang diwajibkan oleh pihak Kolej/Universiti. 3

PERATURAN PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN ( JAPANESE ASSOCIATE DEGREE) 5.9 Yuran Asrama dan Pengangkutan Yuran Asrama bagi penginapan pelajar dan pengangkutan di UniKL IPROM MJHEP, MJII Beranang akan dibayar oleh YPM bagi pihak pelajar. 5.10 Rawatan Perubatan 5.10.1 Di Malaysia, rawatan perubatan pelajar adalah di bawah pembiayaan pihak UniKL IPROM MJHEP, MJII Beranang. YPM akan membiayai dan mendaftar pelajar di bawah Projek Skim Insurans Berkelompok UniKL IPROM - MJHEP. 5.10.2 Di Jepun, pelajar diwajibkan mengambil insurans kesihatan. YPM akan membayar balik kos pembayaran premium insurans berkenaan yang dihadkan kepada insurans kesihatan sahaja. 5.10.3 YPM tidak bertanggungjawab membayar balik tuntutan bil-bil rawatan perubatan di Malaysia dan di Jepun. 5.10.4 Pelajar adalah dikehendaki kembali ke Malaysia, sekiranya mengalami sakit yang berpanjangan dan boleh menyebabkan jangka masa pengajian pelajar terjejas. YPM akan menamatkan Projek Biasiswa pelajar dan tidak bertanggungjawab ke atas apaapa tuntutan ganti rugi berkenaan dengan perkara ini. 5.11 Tambang Perjalanan 5.11.1 YPM akan menguruskan perjalanan penerbangan pelajar ke Negara Jepun mengikut jalan yang terdekat dan termurah semasa pergi dan setelah tamat pengajian. 5.11.2 Tuntutan bayaran balik tambang bagi kedua-dua perjalanan di atas akan diluluskan hanya bagi perjalanan yang telah diurus melalui YPM atau wakilnya. 5.11.3 Pembayaran tambang perjalanan dan penerbangan akan ditanggung sepenuhnya oleh YPM sekiranya pelajar diarahkan pulang atau mengikut aktiviti yang diatur oleh pihak YPM. 5.12 Pembayaran Elaun-Elaun Tambahan YPM juga akan membiayai elaun-elaun seperti mana berikut: 4

MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAMME (MJHEP) 5.12.1 Elaun Penyediaan Kertas Kerja Dibayar sekali sepanjang pengajian di Malaysia, sekiranya pelajar diwajibkan menyediakan Kertas Kerja oleh pihak Kolej sebagai satu syarat untuk bergraduasi. Elaun ini akan dibayar secara Outright Grant pada akhir tahun pelajar dikehendaki memulakan penyediaan Kertas Kerja dengan syarat, tuntutan berkenaan disokong dengan pengesahan daripada pihak Kolej bahawa pelajar adalah dikehendaki untuk menyediakan Kertas Kerja. Satu salinan Kertas Kerja hendaklah dikemukakan kepada YPM setelah tamat kursus kelak. Kertas Kerja berkenaan boleh dengan kebenaran YPM digunakan oleh pegawai-pegawai Kerajaan, pelajar-pelajar atau orang perseorangan sebagai bahan bacaan dan rujukan ilmiah. 5.12.2 Elaun Penyediaan Tesis Dibayar sekali sepanjang pengajian, sekiranya pelajar diwajibkan menyediakan tesis oleh pihak universiti sebagai satu syarat untuk mendapatkan Ijazah. Elaun ini akan dibayar secara Outright Grant pada akhir tahun pelajar dikehendaki memulakan penyediaan tesis, dengan syarat, tuntutan berkenaan disokong dengan pengesahan daripada pihak universiti bahawa pelajar adalah dikehendaki untuk menyediakan tesis. Satu salinan tesis hendaklah dikemukakan kepada YPM setelah tamat kursus kelak. Tesis berkenaan boleh dengan kebenaran YPM digunakan oleh pegawai-pegawai Kerajaan, pelajar-pelajar atau orang perseorangan sebagai bahan bacaan dan rujukan ilmiah. 5.12.3 Elaun Akhir Pengajian Dibayar setelah pelajar berjaya menamatkan pengajian dan sebelum kembali ke Malaysia untuk menampung perbelanjaanperbelanjaan runcit seperti pembayaran upah mengangkut dan membawa balik barang-barang, tambang dari rumah ke lapangan terbang di Jepun dan dari lapangan terbang KLIA ke tempat kediaman di Malaysia. Dengan pembiayaan elaun ini, pelajar tidak dibenarkan membuat apa-apa tuntutan yang berkaitan. 5

PERATURAN PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN ( JAPANESE ASSOCIATE DEGREE) 6.0 PERATURAN PEMBAYARAN BIASISWA 6.1 Pelajar Tahun 1 Diploma Kejuruteraan Teknikal Jepun setelah menyempurnakan Perjanjian Projek Biasiswa JAD dan memulakan pengajian di UniKL IPROM MJHEP, MJII, Beranang, Selangor akan diperuntukkan pembiayaan berikut: 6.1.1 Elaun Bulanan Sara Hidup 6.1.2 Elaun Buku Tahunan 6.1.3 Perlindungan Insurans 6.2 Pelajar Tahun 2 dan 3 Diploma Kejuruteraan Teknikal Jepun di UniKL IPROM MJHEP, MJII, Beranang akan diperuntukkan pembiayaan berikut: 6.2.1 Elaun Bulanan Sara Hidup 6.2.2 Elaun Buku Tahunan 6.2.3 Elaun Peralatan 6.2.4 Perlindungan Insurans 6.2.5 Elaun Penyediaan Kertas Kerja 6.3 Pelajar setelah menamatkan Diploma Kejuruteraan Teknikal Jepun (Pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda) dan sebelum berlepas ke Jepun akan diperuntukkan pembiayaan berikut: 6.3.1 Elaun Sara Hidup Penempatan Sementara 6.3.2 Tiket Penerbangan 6.3.3 Perlindungan Insurans 6.4 Pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda sebelum memulakan pengajian di Universiti Konsortium Jepun akan diperuntukkan pembiayaan berikut: 6.4.1 Elaun Sara Hidup (3 bulan pertama sebagai pendahuluan) 6.4.2 Elaun Penempatan Sementara 6.4.3 Elaun Pakaian 6.4.4 Perlindungan Insurans 6.5 Pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda semasa dalam pengajian akan diperuntukkan pembiayaan berikut: 6.5.1 Elaun Bulanan Sara Hidup 6.5.2 Elaun Buku (Tahunan) 6.5.3 Elaun Peralatan (Tahunan) 6

MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAMME (MJHEP) 6.5.4 Elaun Penyediaan Tesis (Tahun 4) 6.5.5 Elaun Praktikal (Tahun 4) 6.5.6 Elaun Akhir Pengajian (Tahun 4) 6.5.7 Perlindungan Insurans (Tahunan) 6.6 YPM membiayai pembayaran yuran-yuran yang berkaitan dengan pengajian pelajar semasa di UniKL IPROM MJHEP, MJII, Beranang, Malaysia dan di Universiti Konsortium Jepun. 7.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN 7.1 Pelajar diwajibkan menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Sekiranya, pihak Hospital Kerajaan tidak dapat menyiapkan Laporan Kesihatan dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka, doktor persendirian bolehlah menjalankan pemeriksaan tersebut. 7.2 YPM akan membatalkan Tawaran Biasiswa, sekiranya pelajar tersebut tidak lulus pemeriksaan kesihatan tersebut. 7.3 Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan pemeriksaan tersebut adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri. 8.0 PERJANJIAN PROJEK BIASISWA IJAZAH BERKEMBAR JEPUN 8.1 Pelajar diwajibkan menandatangani Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD YPM yang dikepil bersama dengan Pakej Tawaran Biasiswa. 9.0 TANGGUNGJAWAB 9.1 Kelakuan 9.1.1 Semasa mengikuti pengajian, pelajar dikehendaki berkelakuan sebagai penuntut yang bertanggungjawab dan diwajibkan untuk mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh YPM, pihak UniKL IPROM MJHEP, MJII, Beranang dan Konsortium Universiti Jepun serta Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Jepun dari masa ke semasa. 7

PERATURAN PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN ( JAPANESE ASSOCIATE DEGREE) 9.1.2 Sekiranya pelajar didapati atau dilaporkan terlibat dalam manamana kes jenayah dan apa-apa salah laku yang akan mencemarkan nama baik Kerajaan Malaysia dan Negara, maka tindakan tatatertib akan diambil dan Biasiswa pelajar akan ditamatkan berkuat kuasa serta merta. Jika ianya berlaku, pelajar akan dipanggil balik dan dikehendaki membayar ganti rugi sebagaimana yang ditetapkan di dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD. 9.1.3 Dalam tempoh pengajian, pelajar tidak dibenarkan membuat perjalanan ke lain-lain Negara selain dari Negara tempat pelajar menuntut, kecuali dengan kelulusan YPM. 9.1.4 Sekiranya pelajar diluluskan untuk pergi ke Negara berkenaan, maka, YPM tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan yang terlibat akibat daripada perjalanan tersebut. Sekiranya pelajar didapati atau dilaporkan melakukan perjalanan sedemikian tanpa kelulusan, maka, tindakan tatatertib akan diambil dan Biasiswa pelajar boleh ditamatkan. Jika ianya berlaku, pelajar akan dipanggil balik dan dikehendaki membayar ganti rugi sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD. 9.2 Kegiatan Politik 9.2.1 Pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh YPM tidak selaras dengan kepentingan pelajar atau kepentingan Kerajaan Malaysia. Apabila pelajar diberitahu oleh YPM bahawa apa jua kegiatan yang pelajar mengambil bahagian adalah tidak selaras dan bertentangan dengan kepentingan pelajar atau kepentingan Negara, maka, pelajar hendaklah berhenti dengan serta merta. 9.2.2 Pelajar tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu memohon kelulusan bertulis dari YPM dan YPM berhak meluluskan atau tidak meluluskan permohonan berkenaan. 9.3 Kahwin 9.3.1 Semasa tempoh pengajian, pelajar tidak digalakkan bernikah kahwin. Walau bagaimanapun pelajar boleh bernikah kahwin dengan syarat: 8

MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAMME (MJHEP) 9.4 Gagal Pengajian 9.3.1.1 Mendapat persetujuan dan kebenaran bertulis daripada ibu bapa, penjamin-penjamin dan YPM. 9.3.1.2 YPM tidak bertanggungjawab menanggung apa-apa perbelanjaan yang timbul di atas tindakan tersebut. 9.3.1.3 YPM akan menarik balik Biasiswa, sekiranya, prestasi akademik pelajar tidak memuaskan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung akibat dari tindakan tersebut. 9.4.1 Pelajar yang gagal di dalam mana-mana semester akan ditamatkan penajaannya. 9.5 Menangguhkan Pengajian Penangguhan pengajian hanya dibenarkan dalam keadaan berikut: 9.5.1 Pelajar telah menandatangani dengan lengkap Surat Perjanjian Projek Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun [JAD], MJHEP. 9.5.2 Sudah mendapat Pemeriksaan/Laporan Kesihatan yang lengkap daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau Pegawai Perubatan di Pusat Rawatan Perubatan Swasta yang diperakui oleh pihak YPM. 9.5.3 Penangguhan hanya dibenarkan dalam tempoh SATU Sesi Pengajian Akademik sahaja. 9.5.4 Pelajar dikehendaki menyambung pengajian semula pada Sesi Pengajian Akademik seterusnya tanpa gagal. 9.5.5 Kegagalan untuk menyambung semula pada Sesi Pengajian Akademik berikutnya dianggap sebagai kegagalan untuk menyambung pengajian dan pelajar boleh ditamatkan pengajian menurut Perkara 9.5.1 di bawah Peraturan Projek Biasiswa (yang kini dirujuk sebagai 9.6) dan pelajar tidak layak untuk dibayar mana-mana elaun tambahan. (Catatan: Satu Sesi Akademik bersamaan dengan Dua (2) Semester Pengajian tertakluk kepada syarat-syarat pengajian di universiti berkenaan). 9

PERATURAN PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN ( JAPANESE ASSOCIATE DEGREE) 9.6 Kegagalan Biasiswa pelajar akan ditarik balik sekiranya pengajian pelajar ditamatkan oleh pihak Universiti atau YPM dan pelajar akan dikehendaki membayar ganti rugi sebagaimana yang ditetapkan di dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD. 9.7 Pertukaran Kursus/Tempat 9.7.1 Pelajar adalah dimestikan mengikut Kursus Kejuruteraan yang telah didaftarkan di tempat pengajian. Pertukaran kursus atau tempat pengajian atau penarikan diri daripada kursus yang diikuti adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan ini menyebabkan biasiswa pelajar boleh ditarik balik dan pelajar akan dikehendaki membayar ganti rugi sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Perjanjian Projek Biasiswa JAD. 9.8 Pengurusan Pasport Antarabangsa 10.0 TUGAS 9.8.1 Urusan untuk mendapatkan Pasport Antarabangsa dan Sijil Kesihatan Antarabangsa yang boleh diperoleh dari hospitalhospital dan pusat-pusat kesihatan adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri. 10.1 Pelajar diwajibkan memaklumkan secara bertulis mengenai penempatan dan alamat terbaru kediaman dan alamat universiti di negara Jepun kepada: 10.1.1 NAIB PRESIDEN KANAN Bahagian Pendidikan Global Yayasan Pelajaran MARA UniKL IPROM -MJHEP MARA-Japan Industrial Institute [MJII] Bahagian Akademik & Hal Ehwal Pelajar Lot 2333, Jalan Kajang Seremban 43700 Beranang SELANGOR DARUL EHSAN 10

MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAMME (MJHEP) 10.2 Memberitahu YPM secara bertulis, sekiranya berlaku pertukaran alamat. 10.3 Menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian yang diikuti dan menghadiri syarahan-syarahan, latihan praktikal dan apa-apa tugas yang ditetapkan. 10.4 Menduduki semua peperiksaan yang dijadualkan dan ditetapkan di dalam pengajian yang diikuti. 10.5 Menghadiri ceramah atau perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh YPM/Kedutaan Besar Malaysia (KBM) umpamanya, Jamuan Perayaan Hari Malaysia dan lain-lain. 10.6 Mengemukakan satu salinan keputusan peperiksaan yang disahkan, setiap semester/tahun akademik dalam tempoh DUA MINGGU selepas keputusan peperiksaan diumumkan kepada alamat-alamat seperti mana tertera pada Perkara 10 (10.1) di atas. 10.7 Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian yang kurang sopan atau sebarang pakaian yang menutup muka semasa menghadiri syarahan-syarahan, tutorial, latihan praktikal, kerja-kerja makmal dan sebagainya, juga semasa menghadiri ceramah-ceramah atau perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh YPM dan KBM. 10.8 Kembali ke Malaysia dengan segera sebaik sahaja mendapat pengesahan tamat kursus daripada pihak universiti di Jepun, walaupun jangka masa kuat kuasa Biasiswa belum tamat. 10.9 Membenarkan pihak universiti menghantar terus keputusan peperiksaan pelajar bagi setiap semester/tahun akademik ke YPM. 10.10 Memaklumkan kepada YPM tarikh kembali ke Malaysia SATU BULAN sebelum berbuat demikian. 10.11 Melaporkan diri dalam masa SATU MINGGU dari tarikh kembali di Malaysia ke alamat seperti mana tercatat pada Perkara 10 (10.1). 11

PERATURAN PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN ( JAPANESE ASSOCIATE DEGREE) 11.0 HAK YAYASAN PELAJARAN MARA 11.1 YPM berhak untuk meminda mana-mana perbekalan dan syarat-syarat di dalam Peraturan Projek Biasiswa ini dan/atau menambahnya, pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan dan pelajar adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. 11.2 YPM juga berhak untuk menarik balik mana-mana perbekalan dan syarat-syarat di dalam Peraturan Projek Biasiswa ini, tanpa memberikan sebarang sebab dan pelajar adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. 12

MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAMME (MJHEP) YAYASAN PELAJARAN MARA Projek Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun 12.0 KADAR-KADAR ELAUN PENGAJIAN DI MALAYSIA [3 TAHUN] APR-DIS TAHUN 1 [DIPLOMA] JAN-DIS TAHUN 1 [DIPLOMA] JAN-DIS TAHUN 2 [DIPLOMA] JAN-MAC TAHUN 3 [DIPLOMA] 1. Elaun Sara Hidup* 3,870.00 5,160.00 5,160.00 1,290.00 2. Elaun Penyediaan 0 100.00 100.00 Kertas Kerja 3. Elaun Buku 450.00 450.00 450.00 0 4. Elaun Peralatan 0 100.00 100.00 0 5. Elaun Penempatan 0 0 0 0 Sementara 6. Insurans Kesihatan 100.00 100.00 100.00 0 JUMLAH (RM) 4,420.00 5,910.00 5,910.00 1,290.00 *RM 430.00 sebulan PENGAJIAN DI JEPUN [2 TAHUN] APR-DIS TAHUN 3 JAN-DIS TAHUN 4 JAN-MAC TAHUN 4 1. Elaun Sara Hidup [Zon A] [Zon B] 1,242,000 1,190,250 1,656,000 1,587,000 414,000 396,750 2. Elaun Buku 43,000 43,000 0 3. Elaun Pakaian 24,000 0 0 4. Elaun Penempatan [Zon A] [Zon B] 207,000 198,375 0 0 0 0 5. Elaun Peralatan 17,000 17,000 0 6. Elaun Praktikal 0 **138,000 0 7. Elaun Akhir Pengajian [Zon A] [Zon B] 0 0 0 0 82,800 79,350 8. Elaun Penyediaan Tesis 0 0 42,000 JUMLAH [YEN] ZON A 1,533,000 1,716,000 538,800 JUMLAH [YEN] ZON B 1,472,625 1,647,000 518,100 Nota : Kadar Elaun [Zon A] dan [Zon B] adalah berdasarkan kepada taraf penempatan pelajar di Jepun mengikut Skim Pembayaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia seperti di Lampiran 1. *Elaun Penyediaan Kertas Kerja dibayar apabila dituntut oleh pelajar dan memenuhi syarat di Perkara 5.0 (5.12.1). **Elaun Praktikal dibayar apabila dituntut oleh pelajar dan memenuhi syarat di Perkara 5.0 (5.7). Elaun Sara Hidup: Zon A = 138,000 Zon B = 132,250 13 13

PERATURAN PROJEK IJAZAH BERKEMBAR JEPUN ( JAPANESE ASSOCIATE DEGREE) LAMPIRAN 1 13.0 KADAR BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) UNTUK NEGARA JEPUN MENGIKUT ZON PENEMPATAN [UNTUK RUJUKAN] PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA ZON NAMA KAWASAN SARA HIDUP (YEN) ELAUN PELAJAR PENEMPATAN AKHIR PENGAJIAN (YEN) (YEN) A Tokyo, Kanagawa, Yokohama, Kawasaki, Nagoya, Kyoto, Osaka, Hyogo, Kobe 138,000 207,000 82,800 B Lain-Lain Tempat 132,250 198,375 79,350 14

Catatan 15 MALAYSIA JAPAN HIGHER EDUCATION PROGRAMME (MJHEP)