SENARIO SEMASA DAN STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN Oleh: Zulkifli Haji Mohd Yusoff 1 & Nur Atiyah binti Suratem 2

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

SK (2) TAMAN KERAMAT

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

BAB KEEMPAT ANALISIS DATA. Di dalam usaha untuk memperincikan kemahiran tilawah al-qur an al-karim,

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 1 PENGENALAN. Sesunggguhnya al-quran al-karim yang diturunkan Allah S..W.T kepada rasul

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA LAPORAN TARIKH : 10 MEI 2013 TEMPAT : DEWAN KULIAH KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Baghdadi, iaitu yang diterbitkan oleh Syihab Resources. Keberkesanan kaedah ini dinilai

SEJARAH KEMUNCULAN TEKNIK-TEKNIK BACAAN AL-QURAN DI. Al-Quran merupakan wahyu Allah S.W.T yang diturunkan kepada seluruh umat manusia

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

LAMPIRAN A: BORANG SOAL SELIDIK

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI. Bab tiga disertasi ini akan memberi tumpuan kepada metodologi atau kaedah bacaan yang

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 TAJWID KBM 1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

Transkripsi:

SENARIO SEMASA DAN STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN Oleh: Zulkifli Haji Mohd Yusoff 1 & Nur Atiyah binti Suratem 2 1. PENDAHULUAN Al-Quran Al-Karim amat penting dalam memandu kehidupan manusia yang sentiasa dahagakan petunjuk dari Allah. Hal ini bertepatan dengan fungsi utamanya sebagai sumber hidayah yang menjadi panduan kepada umat sejagat. Namun begitu, tanpa usaha murni dan inisiatif daripada individu itu sendiri untuk mendalami al-qur an, nescaya adalah mustahil seseorang itu mampu menghayati al-qur an sebagai sumber hidayah dengan baik. 3 Dalam mendalami al-qur an, terdapat pelbagai cabang ilmu pengajian al- Qur an yang membuktikan bahawa al-qur an itu adalah mukjizat agung daripada Allah. Antaranya ialah ilmu tafsir, ilmu tajwid dan ilmu qiraat. Pengajian tentang bacaan al- Qur an adalah salah satu cabang penting dalam pengajian al-qur an ini. 2. SENARIO SEMASA PENGUASAAN BACAAN AL-QUR AN DI MALAYSIA Realiti berkenaan penguasaan bacaaan al-qur an di Malaysia adalah pada paras yang membimbangkan. Masih lagi terdapat ramai umat Islam yang belum mampu menguasai bacaan al-qur an di mana bacaan mereka dilihat kurang lancar seperti lemah dari sudut bacaan mengikut tajwid yang betul dan tidak menyebut huruf hijai yyah dengan lafaz makhraj yang tepat. Malah yang lebih menggusarkan adalah apabila didapati masih ramai umat Islam di Malaysia yang mengalami masalah buta huruf al- Qur an. Kenyataan ini dibuktikan melalui kajian yang dibuat pada tahun 2006 oleh Saidi Mohd di Terengganu. Penulis yang telah menganalisa keupayaan bacaan al-qur an dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Terengganu menemui hasil yang cukup 1 Profesor Pengajian al-quran, Jabatan al-quran dan al-hadith, Akademi Pengajian Islam, UM 2 Nur Atiyah binti Suratem merupakan Pembantu Penyelidik kepada Prof. Zulkifli 3 Al-Qur an. Surah Sad ayat 29 1

mengecewakan. Penulis mendapati daripada jumlah keseluruhan, terdapat 38.1% pelajar yang mempunyai gred yang sangat lemah dalam tahap bacaan al-qur an. Penulis juga membuat analisa kepada tahap bacaan al-qur an para pelajar daripada pelbagai aspek hukum berbeza seperti fasohah, mad, nun sakinah dan lain-lain. Hasil daripada analisa tersebut, menunjukkan nilaian purata tahap penguasaan pelajar terhadap bacaan al-qur an dari aspek hukum yang berbeza adalah pada paras yang memuaskan sahaja. 4 Selanjutnya, pada kajian tahun 2010 oleh Imran Kamal Basah memperlihatkan lagi kelemahan umat Islam dalam penguasaan al-qur an. Hasil daripada kajian penulis terhadap kemahiran bacaan al-fatihah dalam kalangan jemaah masjid di Daerah Hulu Langat mendapati bahawa terdapat 31.3% jemaah yang lemah dalam bacaan al-fatihah. Menurut penulis, bacaan lemah ini diambil kira dari sudut pembaca melakukan sekurangkurangnya satu kesalahan besar dalam bacaan al-fatihah selain bacaan al-fatihah mereka tidak lancar dari sudut Fasahah dan Makhraj. 5 3. STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN Perkembangan Pengajian al-quran telah melewati garis masa yang cukup panjang di mana ia bertitik mula daripada zaman penurunan al-quran semasa hayat hidup Rasulullah saw. Selari dengan peredaran zaman, begitu juga dengan bidang pembacaan al-quran yang sentiasa melalui proses perkembangan dan pembaharuan kaedah pembelajaran. Pengajian bacaan al-qur an ini bermula pada zaman Rasulullah saw di mana ketika itu, Jibril a.s yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikan wahyu al-qur an dan mengajarkannya kepada Nabi Muhammad saw secara langsung. 6 Kaedah pengajaran dan pembelajaran bacaan al-qur an ini dikenali sebagai talaqqi musyafahah. 7 Kemudian pengajaran bacaan al-qur an ini berkembang dari Kaedah Baghdadiyah, Qiraati, Hattawiyyah dan yang terkini Kaedah al-jabbari. 4 Saidi Mohd. (2006) Keupayaan bacaan al-quran di kalangan pelajar tingkatan empat di beberapa buah sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu. Universiti Malaya : Tesis Sarjana. 5 Imran Kamal Basah. (2010) Kemahiran Bacaan al-fatihah Dalam Kalangan Jemaah Masjid : Kajian di Masjidmasjid Daerah Hulu Langat, Selangor. Universiti Malaya : Tesis Sarjana. 6 Mohd Yusuf Ahmad (2000) Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-qur an. hlmn. 26 7 Maslina Muhammad. (2006) Kaedah Hattawiyah dalam Pengajaran al-qur an : Kajian Terhadap Keberkesanan Pelaksanaannya di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah, Perak. Universiti Malaya : Tesis Sarjana, hlmn. 34 2

3.1 Kaedah Baghdadiyah 8 Kaedah ini dikatakan berasal daripada Baghdad, Iraq dan ia merupakan kaedah yang terawal dalam pembelajaran al-qur an. Kaedah Baghdadiyah mempunyai banyak ciri persamaan dengan kaedah pembelajaran semasa zaman Rasulullah saw di mana guru akan memperdengarkan bacaannya kepada pelajar sebelum para pelajar tersebut diminta untuk menghafalnya. 3.2 Kaedah Qiraati 9 Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggunakan pendekatan bunyi dimana para pelajar diperkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf hijaiyyah setelah dibariskan. Kaedah ini mula diasaskan oleh seorang pengajar al-quran sepenuh masa, Ustaz H. Dahlan Salim Zarkasyi pada tahun 1963 di Indonesia. Pada asalnya sebelum beliau menemukan Kaedah Qiraati ini, beliau telah pun menjalankan kelas pengajian al- Quran untuk kanak-kanak di sana. Seperti mana kebanyakan institusi dan kelas pengajian al-quran yang lain, beliau juga turut menggunakan kaedah Baghdadiyah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Tercetusnya idea untuk mencari alternatif baru dalam kaedah pengajian al- Quran apabila beliau berhasrat untuk menjalankan ujian bacaan ke atas pelajarnya. Setelah satu sesi ujian bacaan al-quran dijalankan bagi menyemak status pembacaan anak-anak didiknya, beliau mendapati para pelajar tersebut gagal menguasai bacaan al-quran dengan baik. Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya di benak beliau sendiri sehingga mendorong beliau untuk mengenal pasti punca bagi permasalahan ini. Beliau memulakan usaha mencari akar kepada permasalahan tersebut dengan membeli buku-buku pengajian al-quran yang terdapat di pasaran. Setelah beberapa 8 Opcit. hlmn. 51 9 Rihanah Abidin. (1998) Pengajian al-qur an di Kalangan Kanak-Kanak Berdasarkan Kaedah Qiraati di Mata Ayer Perlis. Universiti Malaya : Latihan Akademik Sarjana Muda. 3

analisa dibuat, beliau mendapati buku-buku tersebut belum boleh memudahkan cara pembelajaran al-quran. Kemudian, usaha diteruskan lagi dengan membuat kajian dan perbandingan di institusi pengajian al-quran yang sedia ada. Hasil daripada perbandingan tersebut, beliau mengetahui bahawa terlalu sukar untuk menemukan institusi pengajian yang menawarkan khidmat pengajian al-quran secara tartil. Maka dengan itu, telah timbul idea bagi menghasilkan satu pendekatan pengajian al-quran yang mudah bagi kanak-kanak serta golongan yang baru mengenal al-quran. Kaedah ini telah dinamakan oleh pengasasnya sendiri dengan nama Qiraati yang bermaksud bacaanku. Pada peringkat permulaan, Ustaz Dahlan telah menulis dan membukukan kaedah tersebut kepada 10 jilid. Kemudian setelah kaedah ini diuji dan dilihat berkesan kepada golongan yang baru mempelajari al-quran, beberapa saringan serta penambahbaikan dibuat menjadikan 10 jilid yang asal kepada 8 jilid. Kemudian, ia diseragamkan lagi menjadi 5 jilid dan susunan terakhir sebanyak 5 jilid itu dilihat paling berkesan serta mampu membentuk kanak-kanak yang mahir membaca al-quran dalam tempoh masa yang singkat. 3.3 Kaedah Iqra 10 Selain daripada Kaedah Qiraati dan Baghdadiyah, Kaedah Iqra merupakan satu lagi kaedah yang dilihat mampu memudahkan pembelajaran orang awam yang baru mula belajar mengenal bacaan al-quran. Seperti mana Kaedah Qiraati yang menggunakan pendekatan menguasai asas huruf Hijaiyyah terlebih dahulu, Kaedah Iqra juga menerapkan perihal yang sama. Pembaca akan dilatih supaya mengenal asas huruf Hijaiyyah yang berbaris sebelum meneruskan peringkat seterusnya dengan tilawah al-qur an. Kaedah yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Haji As ad bin Humam ini diolah sebagai kesinambungan dan pelengkap kepada Kaedah Baghdadiyah yang sedia ada. Idea untuk menerbitkan buku berkenaan kaedah mudah dalam membaca al- Quran telah terlahir ketika pengasasnya merasa gusar apabila mendapati masih ramai 10 Sopiah Napiah. (2002) Tinjauan Terhadap Keberkesanan Pengajian Iqra : Suatu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun Parit Buntar, Perak. Universiti Malaya : Latihan Akademik Sarjana Muda. 4

dalam kalangan umat Islam yang kurang mahir membaca al-quran. Hasil daripada kajian beliau jalankan, maka terlahirlah susunan buku Iqra : Cara Cepat Belajar Membaca al-quran pada tahun 1988. Buku ini terdiri daripada 6 jilid dan telah diuji keberkesanannya di segenap lapisan masyarakat dan pelbagai tempat. Kaedah Iqra yang berasal dari Indonesia ini telah dibawa ke Malaysia pada awal tahun 1995. Ia telah dikaji dan diuji terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai silibus utama dalam pembelajaran al-quran. Kementerian Pelajaran Malaysia juga menjadikan Kaedah Iqra ini sebagai panduan dalam membentuk Sistem Pengajaran dan Pembelajaran al-quran di kalangan muridmurid Sekolah Rendah, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Masyarakat. 3.4 Kaedah Hattawiyah 11 Kaedah yang mula diperkenalkan seawal tahun 1983 ini telah diasaskan oleh Drs. Hj. Mohammad Hatta. Walaupun ia telah mula dipraktikkan sejak tahun 1983 lagi, namun kaedah ini hanya diuji pakai dan diterapkan dalam kelas-kelas yang diajar sendiri oleh Drs. Hj. Mohamad pada awalnya. Pada saat itu, beliau begitu yakin bahawa melalui kaedah yang diciptanya itu mampu membolehkan seseorang tahu membaca al-quran dalam tempoh masa 4 ½ jam sahaja walau individu tersebut tidak mampu lancer sepenuhnya. Selanjutnya, pada awal 1985 kaedah yang dicipta Drs Haji Mohammad Hatta ini mula dikenali sebagai Sistem Metode 6 Kali Pertemuan. Kaedah ini kemudiannya diperkenalkan ke peringkat lebih tinggi iaitu Kementerian Pendidikan Agama Islam Indonesia. Oleh hal yang demikian, Drs Haji Mohammad Hatta berpendapat bahawa adalah wajar sekiranya kaedah ini ditukar kepada nama yang lebih komersial agar ia lebih mudah diingati. Drs Haji Mohammad Hatta telah meletakkan nama kaedah tersebut sebagai Metode Hattaiyyah yang mana nama tersebut adalah bersempena dengan nama beliau sendiri. 11 Opcit. hlmn. 58 5

Di Malaysia pula, kaedah ini telah mula diperkenalkan pada awal tahun 1994. Namun begitu, nama yang dikomersialkan di Malaysia sedikit berbeza ejaannya iaitu Kaedah Hattawiyyah. Kemudian, atas kerjasama padu dan inisiatif oleh pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pengasas Kaedah Hattawiyyah telah diundang ke Malaysia bagi tujuan mempromosi kaedah tersebut ke Malaysia. Kaedah Hattawiyyah ini sedikit berbeza pelaksanaannya dengan kaedahkaedah lain kerana kaedah ini menggunakan huruf Rumi sebagai medium baru dalam mengenalkan huruf-huruf al-quran. Kebiasaannya para pelajar telah mempunyai kemahiran dalam tulisan dan bacaan Rumi. Hal ini bermakna, Kaedah Hattawiyyah ini memanfaatkan kemahiran penulisan dan pembacaan Rumi yang sedia ada dengan baik. Sebagai contoh : Kalimah Asas Bacaan al-qur an ب ب م ل Bacaan Mengikut Kaedah Hattawiyyah Dibaca dengan bibi Dibaca dengan mulun Namun demikian, kaedah ini kurang mendapat perhatian dan tidak dipraktikkan dengan baik kerana maklumat dan pengetahuan berkenaan kaedah ini kurang diberi pendedahan. Tidak seperti mana Kaedah Iqra yang cukup terkenal di seantero Tanah Melayu, Kaedah Hattawiyyah ini kurang popular walaupun garis masa ketika kaedah ini mula bertapak adalah lebih kurang sama dengan Kaedah Iqra. 4. TEKNIK AL-JABARI SEBAGAI ALTERNATIF BARU 12 4.1 Pengenalan Teknik al-jabari11f Idea untuk mencipta kaedah ini terlahir ketika pengasasnya iaitu Drs. H. Yusuf Sodik merasa kesukaran untuk mengajar bacaan al-qur an. Beliau berpendapat 12 Irnawati Amusin, Siti Sarah Izham dan Zulkifli Mohd Yusoff. Kaedah al-jabari Suatu Pengenalan 6

bahawa tempoh masa yang diambil untuk mengajar ilmu bacaan al-qur an adalah terlalu singkat kerana ketika itu masih terdapat ramai pelajar yang tidak mampu hadam hasil pembelajaran bacaan al-qur an dengan baik. Oleh hal yang demikian, pada tahun 1989, lengkaplah susunan buku yang diolah oleh Drs. Hj. Yusuf sendiri iaitu Buku Bimbingan Praktis Baca Tulis al-qur an. Walaupun Drs. Hj. Yusuf telah melunaskan susunan bukunya, namun beliau merasakan bahawa teknik yang beliau terapkan dalam kandungan buku ini iaitu dengan menyalin huruf Arab ke huruf Latin bukanlah teknik yang terbaik. Lalu, beliau behasrat untuk mengharmoni dan memperbaikkan lagi isi kandungan buku tersebut sehingga lahirlah Kaedah al-jabari. Hasil daripada usaha gigih beliau dan kerjasama dengan team Kantor Wilayah Department Agama Propinsi Jawa Barat, maka secara rasmi pada 3 Januari 1991 terbitlah buku Kaedah al-jabari (Bimbingan Praktis Baca Tulis al-qur an). 13 Melalui Yayasan Pendidikan al-jabari yang dikemudi oleh tiga orang pakar dalam bidang tersendiri iaitu pakar al-qur an, kaligrafer peringkat ASEAN dan Qari Peringkat Antarabangsa (Kementerian Agama Republik Indonesia, 2010), kaedah ini telah berkembang dengan baik di Indonesia. Di Malaysia pula, kaedah ini mula dikembangkan hasil usaha sama antara Masjid Tun Abdul Aziz Petaling Jaya, Selangor dan Yayasan Semesta Berdaftar. Pengasasnya sendiri iaitu Drs Hj. Yusuf telah menetapkan matlamat supaya Kaedah al-jabari ini mampu menjadi jalan keluar kepada masalah buta huruf dengan cara yang lebih mudah. Melalui kaedah ini juga, beliau menggunakan falsafah dengan memperkenalkan huruf berbaris fathah sebagai asas pembelajaran. Kaedah ini juga bermula daripada peringkat pembelajaran yang mudah, kemudian dilanjutkan ke tahap yang sederhana sebelum pembelajaran diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut pengasasnya lagi, falsafah penyusunan titian ingatan yang diterapkan dalam kaedah ini diolah daripada kalimah Arab yang memiliki makna supaya Bahasa Arab dapat diperkenalkan kepada para pelajar. 4.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Teknik al-jabari 13 Interview Prof Zulkifli di Rumah Drs Hj Yusuf, Bandung pada 1hb November 2013, jam 12.20 tgh 7

Sistem yang dimuatkan dalam kaedah al-jabari bermula dengan set induksi iaitu Solsimasi (Nazham), Selawat Badar, Nasyid Kitab Qur an serta Titian Ingatan dan silibusnya terdiri daripada Jilid 1 sehingga Jilid 4. Sebelum memulakan proses pembelajaran, para pelajar akan dibimbing oleh para guru untuk membaca doa. Kaedah seterusnya yang digunakan adalah dengan menyanyi. Kaedah menyanyi dilihat mampu membantu pelajar untuk menghafal dengan lebih baik selain ia merupakan teknik pembelajaran yang disarankan dalam pedagogi pengajaran. Dalam kaedah al-jabari, huruf-huruf hija iyyah akan dihafal melalui titian ingatan yang mana nada irama bagi nyanyian tersebut adalah sama dengan Selawat Badar dan nasyid bertajuk Kitab Qur an. Selanjutnya, kaedah yang dipraktikkan adalah kaedah membaca. Dalam sesi membaca ini, konsep talaqqi dan musyafahah diaplikasikan di mana guru akan membaca huruf-huruf al-qur an terlebih dahulu, kemudian para pelajar mendengar dan meniru bacaan guru tersebut. Setelah itu bacaan para pelajar akan disemak semula dan diperbetul oleh guru melalui konsep tasmik dan talaqqi. Kaedah ini akan berterusan sehingga pelajar benar-benar mahir dan sebutan huruf hija iyyah itu dibaca dengan makhraj yang tepat. Selain membaca dan menyayi, kaedah menulis juga diberi perhatian dalam kaedah al-jabari ini.seperti mana kaedah membaca tadi, guru akan menulis dengan cara yang betul di hadapan pelajar terlebih dahulu sebelum para pelajar meniru tulisan tersebut dan mula menulis sehingga benar-benar mahir.dengan adanya kaedah menulis secara praktikal ini, para pelajar dapat menguasai bacaan dan tulisan al-qur an pada satu masa yang sama. Kaedah terakhir sekali yang diterapkan dalam Kaedah al-jabari ini adalah kaedah soal jawab yang mana guru akan mengadakan sesi soal jawab bersama para pelajar mengenai sesi pembelajaran yang lalu. Kaedah ini adalah supaya sesi pembelajaran ini menjadi lebih menarik, merangsang minat para pelajar terhadap ilmu yang dipelajari serta mencungkil kecekapan pelajar. Kaedah ini bukan sahaja terhad kepada sesi soal jawab guru kepada pelajar, malah pelajar juga turut serta menyatakan soalan kepada guru agar sesi pembelajaran melahirkan suasana perbincangan harmoni. 8

4.3 Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Teknik al-jabari Pembelajaran al-jabari yang terdiri daripada beberapa peringkat ini mempunyai peruntukkan masa yang tersusun di mana tempoh masa bagi setiap jilid atau peringkat ini adalah berbeza-beza. Jilid Pola Asas Pelajaran Waktu Tajuk Pelajaran Pelajaran Tambahan 1 Mengenal huruf tunggal 4 Jam Membaca huruf tunggal Mengenal angka berharakat Fathah berharakat Fathah Arab Menulis huruf tunggal berharakat Fathah 2 Mengenal huruf sambung, bunyi i, u, huruf mati dan tanwin. 3 Mengenal Mad, Lin, Hukum al-ghunnah, Izhar, Idgham, Ikhfa dan Iqlab. 4 Qalqalah, Hukum Mim Mati, Tanda-tanda Mad, 6Jam Membaca huruf sambung, bunyi u, huruf mati dan tanwin. Menulis huruf sambung, awal, tengah dan akhir. Menulis harakat Kasroh, Dhammah dan Tanwin. 10 Jam Membaca Mad, Lin, Hukum al-ghunnah, Izhar, Idgham, Ikhfa dan Iqlab. Menulis huruf-huruf yang mengandungi Mad, Lin, Hukum al-ghunnah, Izhar, Idgham, Ikhfa dan Iqlab. 10 Jam Membaca Qalqalah, Hukum Mim Mati, Nama-nama huruf turutan al-jabari Istilah-istilah ilmu tajwid dan surahsurah pendek, Istilah-istilah ilmu tajwid, awal surah 9

Wakaf dan Tanda-tanda Mad, Wakaf Al-Baqarah dan Fawatihussurah dan Fawatihussurah Ayat Kursi. 4.4 Keistimewaan Teknik al-jabari Kaedah al-jabari ini adalah sebagai alternatif baru dalam pembelajaran al- Qur an yang mana ia mampu menampung kekurangan kaedah-kaedah sebelum ini. Antara keistimewaan yang dilihat dalam kaedah ini adalah, kaedah ini dilihat mampu membantu para pelajar menguasai kemahiran menulis dan membaca al- Qur an pada masa yang sama. Kaedah-kaedah sebelum ini secara umumnya hanya mampu membantu pelajar untuk menguasai satu aspek kemahiran sahaja. Kaedah ini juga amat mudah dipraktikkan oleh pelajar kerana akar utama pembelajarannya adalah melalui kaedah titian ingatan huruf hija iyyah yang mana huruf-huruf ini diulang dalam bentuk nyanyian empat kata yang menjadi judul pelajaran. Dengan memberi kelebihan dari sudut mudah dipelajari oleh kanakkanak yang baru mengenal al-qur an, kaedah ini juga dilihat sesuai diguna pakai kepada golongan dewasa yang ingin menguasai bacaan dan tulisan al-qur an. Merujuk kepada tempoh masa yang diperuntukkan dalam pembelajaran al- Qur an melalui teknik ini iaitu 30 jam sahaja, terbuktilah bahawa kaedah al-jabari ini mampu membantu individu yang ingin menguasai bacaan al-qur an dalam masa yang singkat. Oleh hal yang demikian, Kaedah al-jabari ini mempunyai keistimewaan dari sudut penggunaan masa yang mana ianya hanya menggunakan tempoh masa yang pendek untuk menghasilkan pelajar yang mahir dalam al- Qur an. 5. KESIMPULAN Al-Qur an yang merupakan mukjizat agung daripada Allah s.w.t ini adalah sumber hidayah kepada seluruh manusia. Namun, untuk memperoleh hidayah dan petunjuk berpandukan al-qur an, manusia harus berusaha untuk mendalaminya melalui beberapa cabang ilmu pengajian al-qur an. Membaca al-qur an merupakan salah satu cabang ilmu yang utama dalam pengajian al-qur an. 10

Seiring dengan peredaran zaman dan masa, kaedah-kaedah yang digunakan dalam menguasai bacaan al-qur an berkembang dengan baik dari zaman ke zaman. Bermula dari Kaedah Baghdadiyyah, Kaedah Qiraati, Kaedah Hattawiyyah, Kaedah Iqra sehinggalah yang terkini Kaedah al-jabari. Kaedah al-jabari ini dilihat menjadi satu alternatif baru dalam pembelajaran bacaan al-qur an. Semoga dengan beralihnya garis masa kepada zaman teknologi dengan kelahiran gajet-gajet canggih yang menjadi keperluan utama dalam rutin harian manusia, begitu juga dengan Kaedah al-jabari yang diharap mampu menjadi tunjang utama dalam pembelajaran al-qur an masa kini. 11