ALUAN PENGARAH POLITEKNIK MERLIMAU. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

dokumen-dokumen yang mirip
LANGKAH LANGKAH SEBELUM HADIR MELAPOR DIRI

2. Semua calon pelajar dikehendaki mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

POLITEKNIK JELI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jalan Raya Timur Barat Jeli KELANTAN, MALAYSIA

JADUAL PEMBAYARAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

(bankislam.biz), atau - Mesin ATM BIMB, atau - Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

Pendaftaran Pelajar Baharu Sarjana Muda Teknoloqi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Politeknik Sultan Azlan Shah bagi Sesi September 2017

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM ) 04 JUN 2017

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

ARAHAN: Sila baca panduan ini dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran dan lapor diri berjalan lancar.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS NOVEMBER 2017

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Tahniah diucapkan kerana berjaya ditawarkan Pengajian di Politeknik.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BAHAGIAN TAJUK MUKA SURAT

LANGKAH 1: Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN

LAPOR DIRI DAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR SENIOR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN SESI DISEMBER 2017

TATACARA PEMBAYARAN BAYARAN PENGAJIAN DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Jadual 1 : Bayaran Yuran Pengajian. Bil Perkara RM Cara Bayaran

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sungai Lang Sungai Air Tawar SELANGOR, MALAYSIA

NDUAN PENDAFTARAN ARAHAN

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN SEMESTER: 2 SESI: DISEMBER 2013

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU. Transforming Life

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SEMUA SEMESTER TERMASUK TANGGUH LI SESI: JUN 2014

TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA SERTA BAYARAN PENDAFTARAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH Kulim Hi-Tech Park Kulim, Kedah Darul Aman Tel: Faks: Laman Web:

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DIS 2017

POLITEKNIK MERSING. KEMENTERIAN pendidlrian ifiala`t'sift JALAN NITAR, MERSING JOHOR DARUL TAKZIM

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

PERTANYAAN AM BERKENAAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2016

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2018

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 POLITEKNIK PORT DICKSON

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI: JUN 2016

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-26 POLITEKNIK PORT DICKSON

JADUAL YURAN DAN BAYARAN PELBAGAI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2015

BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS 2016 TARIKH :20 NOV 2016

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2011 TARIKH : 11/12/2011

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

Masa : 2.30 ptg 4.00 ptg (*tertakluk kepada perubahan) Tempat : Dewan Besar, PSMZA. (*tertakluk kepada perubahan)

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Behrang Stesen Behrang PERAK, MALAYSIA

PENDAHULUAN. Selamat menjadi warga PSMZA dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Tahniah!!!!!

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

2. Sukacita dimaklumkan tarikh rasmi lapor diri pelajar Sesi Jun 2016 diadakan pada:

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2015

PENEMPAHAN KAMSIS SESI JUN 2016

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DIS 2017

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

POLITEKNIK METrO TAWAU SABAH (PMTS)

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SENARAI SEMAK GRADUAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

ISI KANDUNGAN BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

Pelajar Baru Sesi Jun 2013

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR BERPINDAH DARI POLITEKNIK LAIN BAGI SESI DISEMBER 2017

TERHAD ARAHAN MELAPOR DIRI PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 56/17

CIMB Bank

Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Ke 5, 2018 Politeknik Jeli

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2018

BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

SOALAN-SOALAN LAZIM - PENERAJU TUNAS POTENSI (DERMASISWA)

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DIS 2017

Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Ke 29 Politeknik Kota Bharu

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-19 (2017) POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016

Transkripsi:

ALUAN PENGARAH POLITEKNIK MERLIMAU Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). Adalah diharapkan agar semua pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dalam program yang dipilih seiring dengan misi Politeknik untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia. Saya amat berharap agar para pelajar baharu dapat menggunakan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini sebagai panduan supaya sesi pendaftaran sebagai warga PMM nanti dapat berjalan dengan baik dan lancar. Akhir kata, saya dan seluruh warga PMM mengalu-alukan kedatangan para pelajar baharu dan mengharapkan agar setiap pelajar menggunakan peluang yang ada bagi mengukir kejayaan sebagai seorang insan yang cemerlang. Akhir kata SELAMAT MAJU JAYA. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MEJAR (K) ZOLKARNAIN BIN HAJI JOBSHI, AMP Pengarah Politeknik Merlimau, Melaka

SELAMAT DATANG ke POLITEKNIK MERLIMAU Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Tahniah diucapkan kepada semua siswa dan siswi Pelajar Baharu kerana berjaya mendapat tempat pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki mendaftar diri sebagaimana yang dicetak pada Surat Pendaftaran Pelajar Baharu. Sila fahami isi kandungan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini dan melengkapkan semua borang-borang pendaftaran yang disertakan. Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan bakal pelajar baru dan mengharapkan agar perjalanan bersama keluarga ke politeknik ini nanti berada dalam keadaan selamat hendaknya. Sekian, terima kasih. Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka Tel : 06-263 6687

MAKLUMAT UMUM Politeknik Merlimau (PMM) merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia terletak di daerah Jasin, 2 km dari pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin. Politeknik mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002. PMM telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau. VISI Menjadi pusat kecemerlangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang unggul dalam menjana modal insan berkualiti, transformatif dan berdaya saing di peringkat global. MISI Mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional untuk melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. 1. Menyedia dan melengkapkan prasarana yang kondusif berteraskan teknologi hijau. 2. Memperkasakan organisasi melalui warga kerja yang komited, kompeten, passionate dan profesional. 3. Membudayakan kecemerlangan dan pemantapan rohani bagi pembentukan jati diri dan daya saing pelajar di peringkat global. 4. Melebarkan Jaringan Industri-Akademia-Komuniti melalui Perkongsian Pintar untuk meningkatkan ilmu dan kebolehpasaran graduan

PERINGATAN Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarya agar proses pendaftaran anda dapat berjalan dengan lancar dan memulakan pengajian anda di politeknik dengan selesa. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara tersebut di bawah tidak dipatuhi dan mengemukakan maklumat palsu. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak menarik balik tawaran tempat pengajian di PMM sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU Pembayaran yuran perlu dibuat di Bank Islam Malaysia Berhad mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh PMM. Pembayaran yuran menggunakan cek mestilah dibayar kepada KOPERASI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA BERHAD. Pelajar yang mendapat tawaran asrama TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan sendiri. Pelajar TIDAK DIBENARKAN bertukar PROGRAM. Semua dokumen berikut MESTILAH DITANDATANGANI pelajar, ibubapa/penjaga dan *saksi 1. Borang HEP 1 : Borang Maklumat Peribadi Pelajar 2. Borang HEP 2 : Laporan Pemeriksaan Doktor (Pemeriksaan Perubatan dicop dan ditandatangani oleh Doktor Perubatan Kerajaan/Swasta yang SAH. Pihak kami TIDAK menanggung sebarang kos pemeriksaan tersebut. Filem X-Ray TIDAK PERLU disertakan) 3. Borang HEP 3 : Kebenaran IbuBapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan 4. Borang HEP 4 : Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung 5. Borang HEP 5 : Akuan Pelajar 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar. Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum

PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN a. Semakan dokumen asal akan dilaksanakan pada hari pendaftaran. Anda MESTI membawa dokumen asal seperti yang diminta oleh pihak PMM. Pendaftaran akan DITOLAK sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut dan terdapat PERCANGGAHAN maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik. b. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Panduan Pendaftaran ini sebelum pendaftaran. (sila turunkan TANDATANGAN anda, ibu/bapa/penjaga dan saksi). c. Bayaran Yuran Pengajian, Yuran Asrama dan Yuran Pendaftaran TELAH DIBAYAR di bank menggunakan kaedah pembayaran seperti yang dinyatakan. Jumlah bayaran seperti yang ternyata di dalam Jadual Kutipan PMM. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama SURAT PENGESAHAN PENAJAAN (SURAT ASAL) semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran. RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR LELAKI Baju Seluar Baju kemeja PUTIH, bertali leher, berlengan panjang atau pendek. Seluar slack panjang warna HITAM Kasut Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin. Kasut berladam logam yang berbunyi bising adalah DILARANG. Rambut Rambut pendek dan kemas. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor dan diwarnakan DILARANG. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.

Perhiasan Sebarang bentuk perhiasan DILARANG melainkan cincin yang tidak keterlaluan. Cincin emas dilarang. PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR PEREMPUAN Baju Berbaju kurung PUTIH yang menutup aurat (pelajar Islam), bersih, kemas dan sopan. Berkain HITAM dan bertudung HITAM bagi yg muslim. Kasut Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat (kasut HITAM bertumit tidak melebihi 2½ inci) dan bertutup. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising DILARANG. Rambut Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan. Dilarang berambut seperti afro, punk, berekor dan diwarnakan. Perhiasan Tidak digalakkan memakai barang kemas. Perhiasan yang berlebihan DILARANG. Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan DILARANG. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan bersopan. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

KEMUDAHAN KAMSIS / PENGINAPAN Kemudahan kamsis adalah terhad dan ditawarkan untuk satu semester sahaja. Pelajar Kamsis hendaklah membawa dua (2) helai kain selimut, dua (2) helai kain cadar single bed dan dua (2) sarung bantal 60cm x 40cm dan bantal sendiri. Peralatan elektrik yang dibenarkan di kamsis: Komputer, pencetak, telefon bimbit dan kalkulator. Pelajar Kamsis boleh membeli makanan dan minuman di kafeteria. Dianggarkan RM5.00 hingga RM10.00 sehari diperlukan untuk perbelanjaan makan. Semester seterusnya, anda perlu mengatur sendiri penginapan anda jika tidak ditawarkan kamsis. Terdapat rumah sewa di persekitaran politeknik dengan anggaran kadar sewa sekitar RM300 RM1,000. Jenis sewaan pula ialah sebuah rumah atau dikira mengikut kepala (kadarnya RM 80-100/orang). BANTUAN KEWANGAN Maksud bantuan kewangan (peringkat diploma) adalah:- i. Pinjaman Pengajian perlu membayar balik ii. Biasiswa Pengajian - tidak perlu bayar balik (tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian) iii. Bantuan Khusus Pengajian Tidak perlu bayar balik seperti contoh pelajar OKU, pelajar miskin/fakir, MARA (ibu/bapa berkhidmat dengan MARA), orang asli dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Pelajar perlu menampung sendiri segala perbelanjaan yang diperlukan sepanjang pengajian. Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PMM. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon daripada Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis. Sila buat salinan Surat Tawaran PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU untuk memohon pinjaman @ bantuan kewangan @ biasiswa.

A. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) KAEDAH PERMOHONAN PTPTN (SECARA ONLINE) 1. Pemohon hendaklah memohon pinjaman PTPTN secara online melalui laman web pinjaman online di alamat: http://www.ptptn.gov.my/gateway/ 2. Sebelum membuat permohonan secara online, pemohon perlu mendapatkan maklumat terperinci di laman web http://www.ptptn.gov.my/gateway/ 3. Pelajar-pelajar Politeknik Merlimau yang memohon dikehendaki untuk meletakkan nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad. Garis panduan permohonan online seperti di laman web http://www.ptptn.gov.my/ B. Lain-Lain Agensi Yang Menawarkan Bantuan Kewangan Senarai agensi penajaan / biasiswa boleh merujuk web di alamat http://www.moe.gov.my/v/penajaan-spt C. Bantuan Kewangan (Katogeri Fakir / Miskin) Pelajar yang telah sedang mengikuti pengajian boleh memohon bantuan kewangan di agensi-agensi yang menghulurkan khidmat bantuan kewangan seperti Lembaga Zakat Negeri / Majlis Agama Islam Negeri. Pemohon boleh merujuk kepada agensi berkenaan mengikut negeri tempat tinggal. Pemohonan adalah tertakluk kepada syaratsyarat oleh agensi yang berkenaan. D. Bantuan Kewangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Semakan lanjut boleh lawati laman web http://www.jakoa.gov.my/web/guest/programbantuan-pendidikan

E. Biasiswa Pelajar boleh memohon biasiswa daripada agensi-agensi awam/swasta. Pemohon adalah terdiri daripada mereka yang telah melepasi peperiksaan semester satu dalam tempoh pengajian di Politeknik dan mendapat keputusan yang cemerlang (CGPA yang tinggi bergantung kepada syarat-syarat agensi yang menawarkan biasiswa) Secara umumnya pinjaman dari mana-mana agensi Yayasan Negeri tidak dikenakan caj faedah untuk bayaran balik, manakala PTPTN mengenakan caj faedah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun semua agensi yang menawarkan khidmat pinjaman tertakluk kepada syaratsyarat perjanjian mengikut kepada sebarang perubahan semasa agensi tersebut. Pemohon boleh menyemak dengan agensi yang berkaitan melalui laman web / telefon terus dengan agensi tersebut.

PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK MERLIMAU Koordinat GPS : N 2 10'6" E 102 25'38"

TATACARA PROSES PENDAFTARAN 1 Terima Surat Panggilan Mendaftar 2 Muat turun Buku Panduan Pendaftaran Borang HEP 1 HEP 6 3 Membuat pembayaran yuran di Bank Islam Malaysia Berhad 4 Membuat pendaftaran online di http://www.pmm.edu.my/jhep/ 5 Mendaftar di politeknik (Rujuk Tentatif Hari Pendaftaran)

CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN

TENTATIF HARI PENDAFTARAN (15 JUN 2014 AHAD) MASA AKTIVITI 7.30 pagi - 8.00 pagi Persediaan lalulintas & parkir Ketibaan Pelajar & Ibu bapa / penjaga 8.00 pagi - 10.30 pagi PENDAFTARAN KAMSIS a) Terus ke lobi Blok mengikut tawaran b) Ambil kunci dan bergerak ke Bilik Kamsis 10.30 pagi - 12.30 tgh TAKLIMAT IBUBAPA Ibubapa/Penjaga dijemput ke KHEMAH IBU BAPA menghadiri sesi bersama Pengarah PMM, Mejar (K) Zolkarnain Bin Haji Jobshi A.M.P 12.30 tgh - 2.00 petang Rehat/Solat Zohor di Pusat Islam PMM. Ibubapa/Penjaga meninggalkan kampus PEMBAYARAN YURAN Semua bayaran perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Calon yang tidak menjelaskan yuran TIDAK AKAN didaftarkan. Semua pembayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda menarik diri atau berhenti daripada Politeknik Merlimau. Calon yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama semasa mendaftar salinan asal surat pengesahan penajaan. Calon perlu menjelaskan semua pembayaran walaupun mendapat tajaan. Pihak PMM akan membuat tuntutan kepada agensi berkenaan dan akan mengembalikan semua tuntutan yang diterima daripada agensi kepada pelajar. JUMLAH BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN Terdapat 3 jenis yuran yang perlu dijelaskan sebelum Hari Pendaftaran iaitu : 1. Yuran Pengajian 2. Yuran Asrama 3. Yuran Pendaftaran

Bil Jenis Yuran Kaedah Bayaran Jumlah Bayaran Maklumat Akaun 1. Yuran Pengajian a) Pindahan wang mesin ATM ATAU b) Cash Deposit Machine (CDM) ATAU c) Perkhidmatan Perbankan Internet Bank Islam RM 200.00 No. Akaun BIMB : 16018010017541 Nama akaun: POLITEKNIK KPT 2. Yuran Asrama ** jika ditawarkan asrama a) Pindahan wang mesin ATM ATAU b) Cash Deposit Machine (CDM) ATAU c) Perkhidmatan Perbankan Internet Bank Islam RM 60.00 ** jika ditawarkan asrama No. Akaun BIMB : 16018010017541 Nama akaun: POLITEKNIK KPT 3. Yuran Pendaftaran a) Pindahan wang mesin ATM ATAU b) Cash Deposit Machine (CDM) ATAU c) Perkhidmatan Perbankan Internet Bank Islam ATAU d) Bayaran di kaunter bank Pelajar lulusan SPM / Kolej Komuniti 6 semester RM 550.00 (Tawaran Asrama) atau RM 530.00 (Tidak ditawarkan asrama) ATAU Pelajar lulusan politeknik/kolej komuniti 4 semester RM 520.00 (Tawaran Asrama) atau RM 500.00 (Tidak ditawarkan asrama) No. Akaun BIMB : 4033010011919 Nama akaun: KOPERASI POLITEKNIK MERLIMAU BERHAD

PANDUAN PEMBAYARAN 1. Bayaran di mesin ATM BIMB : 1. Lain-lain 2. Pembayaran Bil/Yuran IPT 3. Yuran IPT 4. Masukan NO KAD PENGENALAN pelajar 5. Pilih bil. bayaran yuran 6. Masukkan amaun yang betul 7. Transaksi selesai, ambil resit 2. Bayaran Perbankan Internet di laman web http://www.bankislam.com.my : 1. Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts". 2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam 3. Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment" 4. Pilih Politeknik KPT pada senarai payee corporation 5. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang IC/Passport number dan klik "next" 6. Klik select pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran 7. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay" 8. Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan verifikasi. Klik Confirm untuk pengesahan pembayaran 9. Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran

3. Bayaran Cash Deposit Machine : Untuk Yuran Pengajian & Yuran Asrama 1. Pilih menu Yuran IPT 2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar 3. Pilih POLITEKNIK KPT 4. Sahkan data dan masukkan wang 5. Sahkan jumlah kemasukan wang 6. Transaksi selesai dan ambil resit Untuk Yuran Pendaftaran 1. Pilih menu Yuran IPT 2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar 3. Pilih YURAN PELBAGAI 4. Pilih PMM 5. Sahkan data dan masukkan wang 6. Sahkan jumlah kemasukan wang 7. Transaksi selesai dan ambil resit Berikut adalah contoh slip pembayaran berjaya dan gagal: Nama & No KP dipaparkan Nama & No KP dipaparkan Nama & No KP TIDAK dipaparkan

4. Bayaran (Yuran Pendaftaran sahaja) melalui kaunter bank : PERHATIAN: Pastikan setiap urusan pembayaran diwajibkan memasukkan No Kad Pengenalan pelajar. Simpan semua slip pembayaran yuran untuk rujukan di masa hadapan. Sila bawa bersama semasa pendaftaran. AGIHAN YURAN PENDAFTARAN Program Minggu Haluan Siswa (makan & cenderamata) Programme handbook Buku Panduan Pelajar Smartcard Barang Keperluan Aktiviti Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar Aktiviti Pelajar Pembangunan Diri Aktiviti Jabatan JKA, JKE, JKM, JPH, JP, JPA dan JMSK Kerohanian (Muslim/Non-Muslim) Majlis Sukan Politeknik Aktiviti Pelajar Asrama Yuran keahlian dan saham koperasi Insurans pelajar Aktiviti Psikologi & Kerjaya Buku ITD

SENARAI SEMAK BIL PERKARA 1. 2. Salinan surat tawaran program pengajian (surat dari Jabatan Pengajian Politeknik) Salinan surat panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu (surat dari Politeknik Merlimau) 3. Borang HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 dan HEP6 4. Resit bayaran Yuran Pengajian 5. Resit bayaran Yuran Asrama 6. Resit bayaran Yuran Pendaftaran 7. Membuat pendaftaran online di http://www.pmm.edu.my/jhep/ 8. Mencetak Slip Pendaftaran Online 9. Sijil / Slip SPM asal (calon lulusan SPM) ATAU Sijil Asal Modular (calon lulusan Kolej Komuniti) 10. 6 keping gambar paspot 11. Pakaian secukupnya sepanjang Minggu Haluan Siswa

SELAMAT MENDAFTAR JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU KB1031, Pejabat Pos Merlimau 77300 Merlimau, Melaka Tel : 06-263 6687 E-mel : jhep@pmm.edu.my Web : www.pmm.edu.my/jhep/