Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) - Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pelabur Bijak

dokumen-dokumen yang mirip
Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Amanah Saham Panduan Pelabur

DASAR ANTI RASUAH RGIS

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Suruhanjaya Sekuriti TELUS ADIL TERJAMIN CEKAP. Suruhanjaya Sekuriti Securities Commission

Pengenalan kepada Kewangan

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2011

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

ACW Perakaunan Korporat II

JTW Perakaunan Kewangan Pertengahan

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

MODUL 201 (B) PERANCANGAN PELABURAN

SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

BAHAGIAN I PERMULAAN

Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Disemak pada 23 Mei 2016

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) -

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

Tinjauan Operasi. Cadangan Korporat

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

S P E E C H E S Ucapan Pembukaan oleh Encik Ali Abdul Kadir, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

PENYATA KEWANGAN 31 DISEMBER 2001

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Set lengkap penyata kewangan ini boleh didapati daripada laman web Syarikat di

Polisi Privasi. Pengenalan

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Kesetiaan kepada Syarikat

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Akaun Pelaburan Wafiyah

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 1 D.R. 15/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Akaun Pelaburan Waheed

Definisi Syarikat. yang diperbadankan mengikut akta syarikat 1965 atau mana-mana. enakmen. ahli-ahlinya. ahlinya.

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER YANG STANDARD DI BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA)

PELAN PERNIAGAAN. 1. RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak lebih daripada 1 halaman)

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Transkripsi:

Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) - Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pelabur Bijak KANDUNGAN Pengenalan Apakah Itu Prospektus? Mengapa Anda Perlu Membaca Prospektus Apa Yang Terkandung Di Dalam Prospektus Cara Mengguna Prospektus Apa yang Perlu Diketahui Di Mana Perlu Dicari Maklumat Asas Muka Depan - Siapa Menjual Apa? Ringkasan Maklumat Penting - Adakah Ianya Benar? Maklumat Perniagaan - Apakah Perniagaan Syarikat? Maklumat Kewangan - Dana Awam Masuk, Untung Keluar? Pemegang Saham, Pengarah dan Pengurusan - Siapakah Mereka yang Mengendalikan Perniagaan? Pertimbangan Risiko - Adakah Pelaburan Yang Dicadangkan Selamat? Pesanan Terakhir Carta Aliran Proses Mengkaji Prospektus IPO Daftar Kata Penolak Tuntutan Buku kecil ini bukanlah satu perakuan untuk membeli atau menjual syer-syer di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO). Tujuannya hanyalah untuk memberi penerangan am bagi anda. Ia tidak mengandungi kesemua nasihat atau maklumat mengenai IPO, atau pun menjadi pengganti bagi nasihat perundangan atau pelaburan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, anda disyor mendapatkan nasihat profesional mengenai risiko berkaitan dengan pelaburan dalam IPO sebelum melabur. Walaupun segala usaha telah diambil dalam memastikan ketepatan kandungan buku kecil ini, pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak akan bertanggungjawab bagi mana-mana maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap. Maklumat yang diberikan di dalam buku kecil ini hanyalah untuk rujukan dan bukannya sebagai pengganti kepada nasihat profesional, yang perlu anda dapatkan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Pengenalan Melabur di dalam bursa saham tidak seharusnya dilakukan mengikut "hati naluri" berasaskan gerak hati, tekaan, maklumat panas, khabar angin atau spekulasi. Ini adalah kenyataan bagi pelaburan di dalam sekuriti syarikat yang telah pun disenaraikan di bursa saham; begitu juga bagi pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang memohon penyenaraian buat pertama kalinya. Memohon penyenaraian di bursa saham juga disebut sebagai "pengapungan awam" atau "pengapungan". Tujuan memohon penyenaraian adalah untuk mendapatkan dana bagi perkembangan perniagaan atau pertumbuhan syarikat. Oleh yang demikian, syarikat yang memohon penyenaraian akan menawarkan sebahagian sekuritinya untuk dijual kepada orang awam, sebagai sebahagian daripada urusan penyenaraian. Tawaran ini disebut sebagai Tawaran Awam Permulaan (IPO). Kini, setiap syarikat yang ingin membuat IPO perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti sebelum IPO tersebut boleh dilaksanakan. Dalam mempertimbangkan sesuatu cadangan IPO, Suruhanjaya Sekuriti akan mengkaji secara keseluruhan kesesuaian syarikat yang membuat IPO. Setelah mendapat kelulusan, syarikat berkenaan diperlukan menerbit satu prospektus yang menerangkan tentang syarikat dan pemiliknya, bidang perniagaan, prestasi syarikat serta ramalan masa depan syarikat. Pembelian sekuriti yang ditawarkan oleh syarikat yang membuat IPO, sebenarnya, merupakan satu kontrak antara syarikat tersebut dengan anda, sebagai pelabur. Seperti juga lain-lain kontrak, adalah penting bagi anda untuk memahami sepenuhnya hak-hak anda serta terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam prospektus. Anda tidak boleh mendakwa "tertipu" kemudian kelak. Buku kecil yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti ini bertujuan untuk membantu anda menggunakan sebaik mungkin prospektus IPO.

Apakah Itu Prospektus? Prospektus adalah satu dokumen pelawaan, iaitu, satu dokumen yang mempelawa orang ramai melabur di dalam syarikat yang menerbitkan prospektus dengan membeli sekuritinya. Prospektus mestilah mengandungi semua maklumat yang relevan mengenai syarikat yang membuat IPO, dan perlu dikemukakan kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan. Oleh yang demikian, maklumat yang terkandung di dalam prospektus adalah syarat-syarat bagi pelawaan atau tawaran yang dibuat. Adalah penting bagi pelabur membaca dan memahami syarat-syarat di dalam prospektus berkenaan agar dapat menilai bagi dirinya sendiri risiko atau kelebihan melabur di dalam syarikat berkenaan. Penerbitan, pengedaran atau penyebaran prospektus IPO melibatkan tiga langkah. Pertama, syarikat yang memohon penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) atau Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebutharga Automasi Malaysia (MESDAQ) perlu mendapat kelulusan daripada bursa-bursa berkenaan untuk prospektus tersebut; kedua, prospektus tersebut hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk penelitian dan kelulusan; dan ketiga, prospektus tersebut hendaklah dihantar kepada Pendaftar Syarikat (ROC) untuk serah simpan dan pendaftaran. Langkah-langkah Bagi Penerbitan, Pengedaran atau Penyebaran Prospektus IPO

Mengapa Anda Perlu Membaca Prospektus Prospektus adalah satu dokumen yang amat penting. Bagi anda sebagai pelabur, membaca prospektus adalah cara bagi anda untuk menilai daya keuntungan dan daya maju syarikat berkenaan sebelum membuat keputusan sama ada untuk melabur atau tidak. Keputusan tanpa maklumat penting ini mungkin akan menyebabkan kerugian besar. Oleh yang demikian, anda mesti meneliti prospektus berkenaan dan memahami risiko yang sebenar sebelum membuat keputusan. Anda harus menilai dengan teliti asas-asas atau "fundamental" syarikat yang ingin memohon penyenaraian dengan mengkaji maklumat yang terkandung di dalam prospektus. Walaupun IPO nampaknya merupakan satu pilihan pelaburan yang baik kerana jangkaan am mengenai pulangan awal yang tinggi, yang disebut sebagai premium, namun risiko tetap wujud dan tiada jaminan bahawa premium yang diperolehi adalah seperti yang anda harapkan. Apa Yang Terkandung Di Dalam Prospektus Apa yang sepatutnya terkandung di dalam prospektus kini tertakluk kepada akta dan peraturan-peraturan berikut: - Akta Syarikat 1965; - Peraturan-peraturan Penyenaraian bursa-bursa saham; dan - "Polisi dan Garis Panduan Terbitan/Tawaran Sekuriti", Suruhanjaya Sekuriti Walaupun kandungan prospektus IPO pada umumnya adalah sama, namun piawaian penzahiran dan penampilannya mungkin berbeza d antara satu prospektus IPO dengan yang lain.

Cara Mengguna Prospektus Apa yang Perlu Diketahui Analisis anda terhadap sebuah syarikat IPO hendaklah bermula dengan prospektus. Selanjutnya, anda perlu menanyai diri sendiri beberapa soalan penting. Misalnya, anda mungkin ingin tahu sama ada perniagaan berkenaan akan berkembang atau sebaliknya. Jualan yang lebih tinggi bermakna lebih banyak keuntungan dan sewajarnya harga saham yang lebih baik. Walau bagaimanapun, perangkaan tidak memberikan gambaran yang selengkapnya. Bacalah prospektus dengan teliti untuk mendapatkan maklumat mengenai prospek pertumbuhan syarikat berkenaan. Anda juga mahu mengetahui siapa yang mengurus syarikat IPO, produk yang dijual oleh syarikat IPO, siapa yang membeli produknya, dan sama ada produk tersebut akan terus laris dijual. Maklumat penting mengenai aspek-aspek tersebut boleh didapati dari pelbagai bahagian di dalam prospektus IPO. Carta aliran mengenai cara membaca prospektus diberikan di bawah. Carta Aliran Proses Mengkaji Prospektus IPO

Di Mana Perlu Dicari Dapatkan nasihat dan segala maklumat yang anda perlukan mengenai syarikat IPO daripada bahagian-bahagian berikut di dalam prospektus: - kulit muka (halaman depan dan halaman sebelah muka depan); - jadual tawaran indikatif; - definisi; - panduan korporat; - jadual kandungan; - ringkasan maklumat; - ringkasan modal saham, perangkaan terbitan/tawaran, hutang piutang, dan penggunaan hasil kutipan; - butir-butir tawaran awam; - maklumat perniagaan; - maklumat kewangan; - maklumat mengenai pemegang saham, pengarah dan pengurusan; - lain-lain maklumat; - pertimbangan risiko berkaitan dengan perniagaan dan prospek syarikat; - lampiran; dan - prosedur permohonan dan penerimaan. Walaupun syarikat-syarikat diberi kelonggaran dalam mengatur dan menampilkan maklumat masing-masing dan tidak perlu mengikut susunan seperti yang ditetapkan, prospektus IPO yang sempurna hendaklah mengandungi penzahiran bidang-bidang penting seperti berikut: - maklumat asas muka depan; - ringkasan maklumat penting; - maklumat perniagaan; - maklumat kewangan; - pemegang saham, pengarah dan pengurusan; dan - pertimbangan risiko. Maklumat Asas Muka Depan - Siapa Menjual Apa? Adalah baik sekiranya memulakan pembacaan di peringkat permulaan. Muka depan akan menerangkan: - sekuriti apa yang dijual; - jumlah sekuriti yang dijual; - harga jualan sekuriti yang ditawarkan; dan - siapa yang menguruskan jualan sekuriti berkenaan. Ringkasan Maklumat Penting - Adakah Ianya Benar? Bahagian ini menerangkan asas-asas syarikat, seperti rangkaian perniagaannya dan keperluan dana baru. Ia memberikan suatu gambaran maklumat mengenai syarikat. Maklumat-maklumat penting termasuklah: - gambaran am mengenai syarikat IPO, aktiviti perniagaannya, para penaja dan pemegang saham terbesar, dan pihak pengurusan; - ringkasan mengenai maklumat kewangan syarikat, termasuk prospek dan masa depannya; - ringkasan faktor-faktor risiko atau faktor-faktor yang boleh menjejas perniagaan dan prestasi kewangan syarikat; dan

- ringkasan modal saham, perangkaan terbitan dan tawaran, hutang-piutang dan hasil kutipan yang akan diperolehi daripada orang awam. Anda perlu merujuk kepada bahagian-bahagian prospektus yang lain bagi maklumat yang lebih menyeluruh mengenai tajuk-tajuk yang dibentangkan di dalam bahagian ringkasan. Maklumat Perniagaan - Apakah Perniagaan Syarikat? Mengkaji apakah jenis perniagaan dan siapakah pesaing-pesaingnya merupakan kunci bagi menentukan tahap kejayaan syarikat IPO. Anda mungkin juga bertanya sama ada syarikat IPO berkenaan mempunyai produk tersendiri kerana ini akan memberikannya kelebihan berbanding dengan saingannya. Adakah syarikat IPO berkenaan berasaskan bidang teknologi? Bolehkah ia mengawal harga produknya? Atau adakah ia merupakan satu lagi jenama di dalam pasaran yang sudahpun meluas? Soalan-soalan ini dan lain-lain pertanyaan dijawab di dalam bahagian Maklumat Perniagaan. Pelabur hendaklah bersedia untuk membaca dengan tekun dan teliti kerana bahannya agak berat. Para penyedia prospektus IPO beranggapan bahawa ini adalah kali pertama pembaca ingin mengenali syarikat dan oleh itu mungkin akan membentangkan kesemua fakta mengenai sejarah syarikat, struktur korporat, aktiviti dan operasi supaya memberikan gambaran lengkap mengenai syarikat mereka. Maklumat yang diberikan akan meliputi perkara-perkara berikut: - latar belakang industri atau sektor termasuk ciri-ciri industri atau sektor yang diceburi oleh syarikat IPO; - prospek bagi industri atau sektor berkenaan; - jenis produk/perkhidmatan yang dijual; - para pelanggan dan pembekal syarikat IPO; - teknologi, cara pengeluaran dan saluran pengedaran yang digunakan; dan - aspek-aspek komersil seperti rangkaian runcit, agensi, pengedaran, jenama, francais, lesen-lesen, paten dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan. Bagi syarikat-syarikat yang ingin memohon penyenaraian di MESDAQ, memandangkan syarikat-syarikat berkenaan banyak berasaskan kepada teknologi, bahagian ini akan juga menerangkan secara mendalam isu-isu berkaitan teknologi bagi syarikat tersebut. Maklumat Kewangan - Dana Awam Masuk, Untung Keluar? Di sini, kita berhadapan dengan perkara pokok atau persoalan sebenarnya. Soal penting yang perlu dibangkitkan adalah sama ada keuntungan akan keluar melalui tingkap apabila orang awam memasuki syarikat sebagai rakan kongsi. Di antara perkara-perkara yang mungkin anda ingin ketahui ialah bagaimana jualan-jualan syarikat menghasilkan untung bersih dan sama ada paras margin keuntungan adalah konsisten. Menganalisis dan menilai data kewangan pada dasarnya adalah untuk menentukan nilai syer syarikat, kekuatan kewangannya dan kualiti pengurusannya. Hasil kajian ini akan memberi petunjuk kepada anda sama ada wajar atau tidak untuk melabur di dalam syarikat berkenaan. Pelabur yang mengabaikan tanggungjawab mungkin akan menyesal kelak.

Bahagian Maklumat Kewangan merupakan bahagian penting di dalam prospektus dan pada umumnya dibahagikan kepada: - maklumat sejarah kewangan; dan - maklumat kewangan masa depan. Maklumat sejarah kewangan biasanya mengandungi ringkasan akaun untung rugi teraudit atau proforma dan lembaran imbangan syarikat (berasaskan yang disatukan), seperti yang dipetik daripada Laporan Akauntan di dalam lampiran-lampiran prospektus. Bagi sesetengah perniagaan, maklumat mengenai aliran tunai mungkin diperlukan. Penzahiran maklumat sejarah kewangan biasanya adalah untuk tempoh lima tahun lalu kecuali syarikat yang memohon penyenaraian di MESDAQ di mana syarikat berkenaan mungkin tidak mempunyai sejarah kewangan langsung. Maklumat ini hendaklah dibentangkan bersama-sama teks penerangan serta analisis prestasi kewangan yang lalu. Daripada teks dan analisis yang disediakan, anda harus cuba mengesan sebarang kelemahan dalam prestasi kewangan yang lampau kerana ini boleh menjejas prestasi masa depan. Syarikat IPO bertanggungjawab menzahirkan sebarang aliran yang lampau atau keadaankeadaan khusus yang mungkin mengubah perangkaan bagi sesuatu tahun kewangan tertentu, dengan memberi penerangan jelas tentang mengapa sesuatu perkara itu berlaku. Sila ambil perhatian bahawa data penting yang perlu dirujuk ialah "untung selepas cukai tetapi sebelum perkara-perkara luarbiasa." Keuntungan yang diperolehi selepas mengambil pertimbangan perkara-perkara luarbiasa kadang kala boleh mengelirukan kerana ia boleh menyembunyikan tahun yang tidak menguntungkan. Misalnya, syarikat mungkin telah menjual aset seperti tanah, bangunan atau syer bagi mendapatkan keuntungan untuk menonjolkan prestasi tahunan yang berkeuntungan rendah. Maklumat kewangan masa depan biasanya meliputi jangkaan bagi perkara-perkara berikut: - jualan pusing ganti; - keuntungan sebelum cukai sebelum ditolak kepentingan minoriti; - keuntungan sebelum cukai setelah ditolak kepentingan minoriti; - keuntungan selepas cukai; dan - kadar dividen kasar dan bersih/jumlahnya. Sekali lagi, tidak seperti syarikat-syarikat yang memohon penyenaraian di BSKL, syarikatsyarikat yang memohon penyenaraian di MESDAQ tidak perlu membentangkan ramalan hasil kewangannya. Tetapi bagi penyenaraian di BSKL, syarikat IPO biasanya memberikan dasar/anggapan atau justifikasi bagi perangkaan yang diramalkan. Perhatikan perkara ini dengan teliti bagi menentukan sama ada ramalan yang dibentangkan adalah munasabah atau hanya suatu khayalan. Dan anda perlu sentiasa ingat bahawa ramalan bukanlah sesuatu yang akan menentukan dengan tepat betapa baiknya prestasi syarikat di masa akan datang. Justeru itu, janganlah terlalu terbawa-bawa dengan sikap optimis. Daripada ramalan keuntungan, dan harga tawaran syer syarikat IPO, anda boleh menganggarkan pengganda harga-perolehan "PE Multiple" syarikat IPO berkenaan. Pengganda harga-perolehan, bersama dengan analisis kualitatif mengenai syarikat IPO berkenaan, boleh digunakan untuk menilai sama ada harga terbitan/tawaran saham syarikat IPO berkenaan setanding dengan harga saham syarikat-syarikat yang telahpun disenaraikan dan mempunyai jenis perniagaan yang serupa.

Anda perlu juga melihat analisis segmen bagi jumlah dagangan dan keuntungan oleh anakanak syarikat dan syarikat-syarikat sekutu, produk/perkhidmatan dan pasaran/kedudukan geografi bagi kedua-dua maklumat sejarah kewangan dan ramalan kewangan. Pemegang Saham, Pengarah dan Pengurusan - Siapakah Mereka yang Mengendalikan Perniagaan? Prospektus hendaklah memberikan maklumat secukupnya tentang pihak-pihak berikut: - pemegang saham utama dan penaja syarikat IPO, termasuk nama dan pegangan saham individu-individu yang bertanggungjawab bagi syarikat IPO; - lembaga pengarah termasuk perwakilan mereka dan butir-butir mengenai kelayakan, pengalaman dan bidang tugas setiap pengarah, dan sama ada mereka pengarah eksekutif atau bukan eksekutif; dan - kakitangan pengurusan penting di bawah taraf pengarah; dengan memberikan butirbutir mengenai kelayakan, pengalaman dan bidang tugas mereka. Kaji senarai pemegang saham, pengarah dan pengurusan. Walaupun profil yang diberikan bukanlah bermakna kualiti pengurusan mereka mendapat penarafan ÒSIRIMÓ, namun anda masih boleh mendapat gambaran tentang tahap kepakaran dan pengalaman mereka. Penglibatan pasaran dan kepentingan pemegang-pemegang saham utama, para pengarah dan kakitangan pengurusan utama di dalam aktiviti perniagaan yang serupa atau bersaing akan dizahirkan sepenuhnya dan dibincang di dalam prospektus, seperti juga dengan sebarang urusniaga yang lampau atau akan datang dengan syarikat-syarikat berkaitan. Anda harus berhati-hati dengan urusniaga mereka yang akan datang bersama-sama syarikatsyarikat yang berkaitan. Pertimbangan Risiko - Adakah Pelaburan Yang Dicadangkan Selamat? Bahagian ini akan menakutkan sesetengah pelabur kerana ia memberi ingatan tentang masalah-masalah lampau, masa kini dan yang dijangkakan bagi syarikat berkenaan. Namun, anda perlu menyedari bahawa ia memainkan peranan penting dengan menyedarkan anda tentang bahaya-bahaya yang ada sebelum anda melabur di dalam syarikat berkenaan; tambahan pula, setengah daripada risiko tersebut adalah risiko biasa. Faktor-faktor risiko yang relevan kepada perniagaan, industri dan prestasi kewangan syarikat IPO mungkin berbentuk am atau pun khusus bagi syarikat berkenaan. Risiko am termasuk: - kejatuhan dan kenaikan harga sekuriti bergantung kepada keadaan bursa saham pada umumnya, dan keadaan ekonomi Malaysia dan dunia; - perubahan-perubahan dasar kerajaan; - risiko pertukaran asing; - keadaan cuaca; dan - pergerakan kadar faedah.

Pertimbangan risiko khusus bagi syarikat termasuk perkara-perkara berikut: - kebergantungan kepada kakitangan utama; - kebergantungan kepada sebilangan kecil pelanggan, pembekal atau projek-projek dalaman; - perubahan harga bahan-bahan mentah; - kemunculan pesaing-pesaing baru di dalam industri; dan - tindakan undang-undang tertentu yang telah pun bermula atau pun mungkin dikenakan. Anda akan mendapat manfaat daripada mengetahui cara para pengarah syarikat bercadang untuk menangani atau mengurangkan impak faktor-faktor risiko yang telah dikenalpasti.

Pesanan Terakhir Sesebuah prospektus IPO mungkin panjang dan kadang kala merupakan dokumen yang membosankan. Bagaimanapun, ia boleh membantu anda memahami dengan lebih mendalam syarikat di mana anda bercadang untuk melaburkan wang anda. Setidak-tidaknya, anda harus membaca bahagian ringkasan maklumat penting prospektus IPO jika anda tidak mempunyai masa atau kecenderungan untuk membaca keseluruhan dokumen. Bagi lain-lain dokumen yang berbentuk kontraktual, jangan lupa membaca nota-nota halus. Ini bermakna nota kaki, nota halus dan "Nota Kepada Akaun" di dalam prospektus. Panduan ini bertujuan sebagai satu pengenalan am. Anda boleh mendapat maklumat lanjut daripada BSKL, MESDAQ, pertubuhan-pertubuhan industri kewangan, dan daripada broker atau penasihat kewangan anda. Risiko tetap wujud di dalam apa jua bentuk pelaburan. Suruhanjaya Sekuriti, bursa saham atau pun mana-mana juga pihak berkuasa tidak dapat melindungi seseorang pelabur daripada menanggung kerugian berkaitan dengan risiko pelaburan biasa, seperti perubahan di dalam nilai pelaburan akibat daripada volatiliti pasaran. Adalah amat penting bagi anda sendiri untuk sentiasa berjaga-jaga.

Daftar Kata Akaun Untung Rugi : Kenyataan yang menunjukkan prestasi operasi sebuah syarikat bagi sesuatu tempoh BSKL : Bursa Saham Kuala Lumpur, yang ditubuhkan pada 2 Julai 1973 Lembaran Imbangan MESDAQ : Kenyataan yang menunjukkan jenis dan nilai aset, liabiliti, dan ekuiti pemegang saham syarikat pada sesuatu tarikh yang diberikan : Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia (MESDAQ) yang ditubuhkan pada 6 Oktober 1997 sebagai sebuah bursa saham bagi syarikatsyarikat yang mempunyai pertumbuhan tinggi dan berasaskan teknologi Pengapungan : Suatu proses di mana syarikat memohon untuk penyenaraian atau mengapung saham-sahamnya buat pertama kalinya di bursa saham Pengapungan Awam Pengganda Harga- Perolehan : Sama makna seperti "pengapungan" : Diperolehi melalui perhitungan berikut: Harga Setiap Satu Syer / Perolehan Setiap Satu Syer Dalam konteks IPO, bakal pengganda harga-perolehan boleh dihitung seperti berikut: Harga Tawaran Setiap Satu Syer / Ramalan Keuntungan Setiap Satu Syer Premium Prospektus ROC SC Sekuriti Syer Biasa : Lebihan harga saham di atas harga tawaran awal : Satu dokumen pelawaan yang mempelawa orang ramai melabur di dalam syer sesebuah syarikat : Pendaftar Syarikat : Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan pada 1 Mac 1993 sebagai sebuah badan pengawalselia bagi industri sekuriti : Debentur, saham dan syer di dalam sebuah syarikat termasuk sebarang hak atau opsyen terhadap debentur, saham dan syer, dan sebarang kepentingan di dalam skim-skim unit amanah : Sekuriti yang mewakili kepentingan pemilikan di dalam sebuah syarikat. Jika syarikat tersebut juga telah menerbitkan syer utama, kedua-dua pemegang saham biasa dan utama mempunyai hak-hak pemilikan, tetapi syer-syer utama biasanya mempunyai tuntutan terlebih awal terhadap dividen dan, sekiranya berlaku pembubaran, aset

Tawaran Awam Permulaan : Sama makna seperti "pengapungan" Tawaran Untuk : Satu cara menawarkan sekuriti di mana satu tawaran dibuat kepada pihak Jualan awam oleh, atau bagi pihak, pemegang-pemegang saham utama syarikat IPO Terbitan Awam : Satu cara menawarkan sekuriti di mana satu tawaran sekuriti baru dibuat kepada orang ramai, untuk melanggan atau membeli, oleh, atau bagi pihak, sebuah syarikat bagi sekuritinya sendiri