PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

dokumen-dokumen yang mirip
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

Kurikulum Kebangsaan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MUZIK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN DUA

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SENI KREATIF

AMALAN BAHASA MELAYU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KATERING DAN PENYAJIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KEMAHIRAN HIDUP ASAS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

PENDIDIKAN KESIHATAN

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

Tutor: En Md Yusoff b Daud

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN

PENGURUSAN KEHIDUPAN (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS BAHASA MALAYSIA (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI (MASALAH PENDENGARAN)

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN

Transkripsi:

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS [ Masalah Pendengaran ] Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2010

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN Kandungan Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK Kurikulum Modular Berasaskan Standard MUKA SURAT iii iv v vi viii ix Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris 1 Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Pengukuhan iii

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iv

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara v

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN Pendahuluan Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. Matlamat Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. vi

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu: 1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Sains dan Teknologi 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Keterampilan Diri vii

Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Perkembangan Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi Reka Bentuk Kurikulum Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil Insan seimbang Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. ix

KSSRPK PENDIDIKAN KESIHATAN PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. MATLAMAT Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti OBJEKTIF Murid boleh : 1. mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; 2. mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; 3. menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. FOKUS MATA PELAJARAN Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga bidang pembelajaran utama iaitu: 1. Kesihatan Fizikal Bidang pembelajaran ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan. 2. Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Bidang pembelajaran ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan emosi, kekeluargaan dan perhubungan. 3. Kesihatan Persekitaran Bidang pembelajaran ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas. Bidang Pembelajaran tidak perlu diajar mengikut urutan. Pengajaran Dan Pembelajaran Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas, Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan hendaklah memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai. Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran: 1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran belajar harus diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada mata-mata pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta isu-isu global perlulah dihubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan. 1

2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkatkan untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif hendaklah dikendalikan oleh guru. 3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid peroleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuklah aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca dan belajar seumur hidup. 4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan hendaklah dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi dan tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat. 6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalaman pembelajaran harus disusun atur dengan mengambil kira pelbagai kecerdasan murid agar murid itu dapat belajar dengan cara tersendiri dan dalam keadaan yang paling sesuai. Maka kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan dan kecacatan. 7. Penguasaan kemahiran Kajian Masa Depan hendaklah dilakukan untuk membolehkan murid sedar tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. 8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat asas hendaklah digalakkan. Pentaksiran 1. Kaedah Pentaksiran yang digunakan adalah: Pemerhatian berterusan Penilaian hasil kerja Penilaian berterusan Senarai semak Lisan Pemeriksaan fizikal secara berkala 2. Kekerapan menjalankan pentaksiran - Pentaksiran dijalankan sepanjang masa. 3. Ciri-ciri Pentaksiran adalah: Penilaian secara menyeluruh Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan kemahiran, status kesihatan dan amalan harian Criterian-based evaluation dan bukan perbandingan antara murid Laporan pentaksiran perlu disediakan dalam bentuk profil/folio murid Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit. 2

4. Penggunaan hasil pentaksiran Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain. ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, kualiti bermaksud semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran kurikulum berasaskan standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid. Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkah laku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan. Tajuk-tajuk setiap bidang pembelajaran adalah: Bidang Pembelajaran 1 Kesihatan Fizikal Kesihatan Diri dan Reproduktif Pemakanan Penyalahgunaan Bahan Bidang Pembelajaran 2 Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Pengurusan Emosi Kekeluargaan Perhubungan Bidang Pembelajaran 3 Kesihatan Persekitaran Penyakit Keselamatan Pertolongan Cemas OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan: 1. menjaga kebersihan tubuh badan 2. mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat 3. mengenali ubat 4. mengurus emosi 5. menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain 6. menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan 7. mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit 8. menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, tempat awam dan tempat permainan 3

BIDANG PEMBELAJARAN 1: KESIHATAN FIZIKAL STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN STANDARD KANDUNGAN 1.1 Kesihatan Diri dan Reproduktif Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Mengenali bahagian anggota badan manusia Contoh:- kepala, badan, tangan, kaki dan genital. 1.1.2 Berkata TIDAK/JANGAN kepada sentuhan tidak selamat Mengetahui penjagaan kebersihan diri Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri 1.1.3 Menamakan peralatan penjagaan kebersihan diri. 1.1.4 Menjaga kebersihan diri - kepala, muka, gigi, tubuh, tangan,kaki dan genital. 1.1.5 Menjaga kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri 1.1.6 Mengelakkan daripada berkongsi alatan keperluan diri sikat, berus gigi, tuala, pakaian dalam, peralatan makan dan minum. 1.2 Pemakanan Mengetahui jenis makanan harian Mengetahui makanan serta minuman yang bersih dan selamat. 1.2.1 Menamakan makanan harian. 1.2.2 Menamakan makanan mengikut waktu makan. (sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) 1.2.3 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman yang cukup, bersih dan selamat 1.3 Penyalahgunaan bahan Mengetahui pelbagai jenis ubat 1.3.1 Mengenal pelbagai jenis dan bentuk ubat. 1.3.2 Mengambil ubat di bawah pengawasan ibu bapa. 4

BIDANG PEMBELAJARAN 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 2.1 Pengurusan Emosi Memahami perasaan STANDARD KANDUNGAN Mengetahui cara mengurus perasaan mengikut situasi STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu. 2.1.2 Menunjuk cara meluahkan perasaan yang sesuai mengikut situasi. 2.1.3 Menyedari bahawa kasih sayang, penerimaan, rasa kepunyaan dan keselamatan adalah asas keperluan emosi. 2.2 Kekeluargaan Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga. 2.2.1 Mengenal diri sendiri. 2.2.2 Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga 2.2.3 Menghormati diri, ibu bapa dan ahli dalam keluarga/penjaga 2.2.4 Mengambil maklum ibu bapa, penjaga dan orang dewasa yang boleh dipercayai sebagai sumber rujukan untuk mendapat maklumat. 2.3 Perhubungan Mengetahui perhubungan dengan - ibu bapa/penjaga - ahli keluarga - rakan sebaya - individu 2.3.1 Menamakan hubungan kekeluargaan. 2.3.2 Mewujudkan hubungan baik dan mesra dengan ibubapa, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain 2.3.3 Mengenal pasti sentuhan yang selamat dan tidak selamat. 2.3.4 Berkata TIDAK/ JANGAN kepada sentuhan tidak selamat 2.3.5 Memberitahu orang yang boleh dipercayai apabila berlaku sentuhan tidak selamat 2.3.6 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan ahli Keluarga 5

BIDANG PEMBELAJARAN 3: KESIHATAN PERSEKITARAN 3.1 Penyakit Mengetahui vektor STANDARD KANDUNGAN Mengetahui penyakit berjangkit - penyakit kulit - penyakit tangan, kaki dan mulut - demam selesema - jangkitan cacing 3.2 Keselamatan Mengetahui keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.1 Menamakan haiwan pembawa penyakit. 3.1.2 Menamakan jenis-jenis penyakit yang dibawa. 3.1.3 Cara-cara mengatasi dan mencegah penyakit. 3.1.4 Mengenali penyakit berjangkit 3.1.5 Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit pada diri kepada orang lain dan sebaliknya 3.1.6 Mengamalkan kebersihan diri 3.2.1 Menulis sendiri nama dan nombor telefon. 3.2.2 Menyimpan sendiri nama, nombor telefon, alamat sendiri serta nama, nombor telefon dan tempat kerja ibu bapa atau penjaga 3.2.3 Memohon bantuan daripada orang yang boleh membantu ketika mengalami kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan 3.2.4 Menunjukkan cara meminta bantuan semasa berlaku kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan. 6