REAKSI BRITISH TERHADAP KEGIATAN HIZBUL MUSLIMIN DI TANAH MELAYU,

dokumen-dokumen yang mirip
SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

Isi BAHAGIAN I LATAR BELAKANG DAN PERIBADI 1 BAHAGIAN II PENTADBIRAN BRITISH DAN PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR 75

Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2014

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

Parti Islam Se-Malaysia - Wikipedia

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Tindakan PKM (Parti Komunis Malaya) Membakar rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

ALAMAT BAITULMAL SELURUH MALAYSIA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN BILANGAN 2 TAHUN 2012

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

SENARAI EXCO PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA SESI

Objektif korporat yang digariskan berupaya meletakkan FELCRA Berhad di landasan tepat untuk menjadi agensi pembangunan yang bersifat global dan

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Sistem Ahli. Pembentukan Parti Perikatan. Pilihan raya Negeri

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

MALAYSIA AKTA PERTUBUHAN 1966 BORANG 9 (PERATURAN 10)

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION. Tujuan Penubuhan UMNO. Perjuangan tokoh UMNO

PEGAWAI PERUBATAN TETAP

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

ISHAK SAAT MOHD AZHAR BAHARI

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

Ucapan Aluan Pengarah SKM 3. Perutusan Pengerusi KRKB 4-5. Ahli Lembaga Koperasi 6-7. Carta Organisasi 8. Notis Mesyuarat 9. Aturcara Majlis 10

BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

Set naskah Al-Quran Tafsir Ar-Rahman dalam terjemahan Bahasa Inggeris. Meninjau proses percetakan menggunakan mesin 8-warna.

BAB 4 MALAYAN UNION SEBAB-SEBAB PEMBENTUKAN MALAYAN UNION

MINIT MESYUARAT KRITERIA PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN KALI KEEMPAT

BAB 5 : KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

1. Apakah yang mendorong peningkatan semangat nasionalisme orang Melayu pada tahun 1946? (m/s 45)

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JTK. PRESIDEN Dato Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah Pejabat Presiden. Jawatan Nama Alamat : : : Jalan SS 6/1 Kelana Jaya. Wisma Ungku A.

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

PERATURAN TETAP SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Berikut adalah dinukilkan catatan Amaluddin Darus rahimahullah mengenai usahanya mengembangkan PAS di Kelantan.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

KENAIKAN KADAR BANTUAN SARA HIDUP

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Persatuan Penduduk Saujana Impian Makmur

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2015 PEMINDAHAN TERBITAN RASMI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR KEBANGSAAN TEKNOLOGI MAKMAL 2017 (SKETMA-13)

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

vvvvvvvvvv MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEPANDU SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO KALI PERTAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: MAJLIS PERASMIAN PROJEK MUTIARA NEGERI SEMBILAN 2011 PADA: 17 NOVEMBER 2011 TEMPAT:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

1.0 PENGENALAN 2.0 PIHAK YANG BOLEH MEMOHON

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

BORANG PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERLANJUTAN TEMPOH PEMBIAYAAN DEN GAKUAN PELAJA Nama Pelajar :... No. Kad Pengenalan :... Nama IPTA/ IPTS/ POLITEKNIK:...

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG TAHUN 2017 PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA (PERSADA)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

ETIKA MESYUARAT AGUNG

AKTIVITI PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN OLEH PELAJAR RPJJ

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH PEMBIAYAAN DEN GAKUAN PELAJA Nama Pelajar :... No. Kad Pengenalan :... Nama IPTA/ IPTS/ POLITEKNIK:...

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM KUMPULAN UTUSAN SEMPENA NUZUL AL-QURAN BERSAMA ANGKASA DAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

Transkripsi:

REAKSI BRITISH TERHADAP KEGIATAN HIZBUL MUSLIMIN DI TANAH MELAYU, 1948-1949 ABU HANIFAH HARIS Persidangan Intelektual Kebangsaan Malaysia (PIKM) 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris 17 April 2013

PENGENALAN - Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, kesedaran orang Melayu terhadap kedudukan bangsa Melayu yang tertindas semakin meningkat. - Orang Melayu mula mengenali erti kebebasan dan mula menampakkan kematangan dalam berpolitik melalui kesedaran mereka terhadap penubuhan parti politik bagi mencapai kemerdekaan. - Lahir UMNO yang dilabel British sebagai puak kanan, serta penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dilabel oleh British sebagai puak kiri. - Segelintir orang Melayu menyedari tentang keperluan kepada penubuhan sebuah parti politik bercorak Islam yang memperjuangkan kemerdekaan. - Kesedaran tersebut membawa kepada penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 1948.

PENUBUHAN HIZBUL MUSLIMIN - Penubuhan Hizbul Muslimin berkait rapat dengan penganjuran Kongres MATA di Gunung Semanggol, Perak (13-16 Mac 1948, Maahad al-ihya al-sharif), - Satu usul juga telah dipersetujui bagi menjemput kesemua orang Melayu, termasuklah UMNO, PKMM dan Sultan Kedah ke kongres tersebut. - Satu resolusi telah dicapai pada hari kedua Kongres MATA iaitu penubuhan Hizbul Muslimin (HM). - Barisan pemimpin Hizbul Muslimin terdiri daripada Ustaz Abu Bakar al-baqir (Ketua Umum), Haji Ariffin bin Haji Alias (Ketua Satu) dan Daud bin Jamil (Ketua Dua). - HM disyaki berhubung dengan Masyumi (Indonesia). - Dato Onn Jaafar pernah memberi amaran kepada orang Melayu dengan menggelarkan pengikut HM, hubaya-hubaya musuh turun dari gunung.

Maahad al-ihya al-sharif, Gunung Semanggol, Perak Ustaz Abu Bakar al-baqir

1. Pada bulan April 1948, British pernah melaporkan kandungan pekeliling rasmi yang dikeluarkan oleh HM. - Tanah Melayu berdasarkan ajaran Islam bercita-cita untuk mencapai kemerdekaan, mewujudkan Pan- Islamisme dan menjadikan sebuah Negara Islam. - Bendera HM berwarna merah dan putih, iaitu warna kebangsaan Tanah Melayu. - Setiap orang Islam layak menjadi ahli HM sekiranya mereka dapat mematuhi dasar parti. - HM melihat bahawa kerjasama dengan semua pertubuhan di Tanah Melayu amat penting bagi mengembangkan perjuangan politik. - Ahli HM perlu membayar yuran kemasukan (50 sen), selain yuran langganan ($1 bagi tempoh 4 bulan). - HM menerima sumbangan derma dalam bentuk wang.

2. Pada 23 Mac 1948, British pernah melaporkan pemergian Ustaz Abu Bakar ke Johor Bahru untuk memujuk Hajah Zainun Sulaiman (Ibu Zain) agar dapat memimpin Bahagian Wanita HM. - British juga pernah melaporkan kejayaan Lembaga Kesatuan Melayu Johor (LKMJ) menyebarkan pamflet berkenaan tujuan dan tanggungjawab HM kepada orang Melayu di Johor. Salinan pamflet tersebut juga telah dihantar kepada MATA untuk diedarkan. 3. Pada 16 April 1948, satu mesyuarat dilaporkan telah diadakan di rumah salah seorang pemimpin HM iaitu Haji Ariffin bin Haji Alias di Johor. 4. Pada 18 April 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir dilaporkan telah melawat Parit Raja di Batu Pahat, Johor bagi menghadiri mesyuarat penubuhan cawangan HM yang dihadiri hampir 100 orang hadirin.

- Usul untuk melantik Haji Mohd. Salleh bin Abdul Karim (Panglima Salleh) sebagai Presiden HM cawangan Batu Pahat juga telah dipersetujui. - Meskipun Haji Mohd. Salleh tidak hadir, namun majoriti ahli mesyuarat yakin bahawa Haji Mohd. Salleh pasti akan menerima pelantikan tersebut. - Ibu Zain juga dilaporkan telah menolak pelawaan untuk menjadi pemimpin Bahagian Wanita HM. - Laporan dari Perak pula menyatakan bahawa Presiden dan Setiausaha Persatuan Muhibbah Malim Nawar, iaitu salah satu pertubuhan di bawah UMNO telah meletakkan jawatan bagi menyertai HM. - Mereka juga telah menjemput Ustaz Abdul Rab Tamimi untuk datang ke Malim Nawar, Perak bagi menubuhkan cawangan HM di Malim Nawar.

5. Pada 20 April 1948, British turut melaporkan kejayaan Ustaz Abu Bakar al-baqir menubuhkan cawangan HM di Melaka di bawah pimpinan Haji Ahmad bin Harun selaku Presiden. 6. Pada 20 April 1948, British melaporkan pemergian Ustaz Abu Bakar al-baqir, Tengku Osman, Mohamed Asri dan seorang individu yang tidak dikenali daripada Perpaduan Rakyat Kalimantan (PRK) ke Ulu Gadong, Negeri Sembilan untuk melawat Madrasah Ittihadiyyah. - Ustaz Abu Bakar al-baqir juga dilaporkan telah mengadakan perbincangan sulit dengan Haji Mohamed Yattim, salah seorang ahli jawatankuasa madrasah tersebut berkenaan tujuan penubuhan HM. - Laporan dari Seremban menyatakan bahawa Bahagian Belia HM telah berjaya ditubuhkan dan ibu pejabatnya terletak di Gunung Semanggol, Perak.

- Bahagian Belia HM dipimpin oleh Ustaz Osman bin Hamzah dan dibantu oleh beberapa orang belia yang merupakan tenaga pengajar Maahad al-ihya al-sharif, Gunung Semanggol, Perak. 7. Pada 24 April 1948, Mesyuarat sulung HM cawangan Selangor pimpinan Ustaz Mohamed Sasi selaku Presiden telah diadakan di Sekolah Arab, Kajang. - Mesyuarat tersebut dihadiri sekitar 110 orang hadirin seperti Ustaz Abu Bakar al-baqir, Raja Idris selaku Penghulu Kajang, dan Tuan Haji Arshad selaku Kadi Lenggeng, Negeri Sembilan, termasuklah 35 orang perempuan yang merupakan anggota AWAS. 8. Pada 24 April 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir dilaporkan telah menghadiri mesyuarat di Lenggeng, Negeri Sembilan yang dihadiri oleh ahli PKMM, PETA dan Persatuan Indonesia Merdeka (PIM).

9. Pada 2 Mei 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir dilaporkan telah melawat Kedah untuk menubuhkan cawangan HM di Kedah. Namun begitu, beliau gagal mendapatkan sokongan Haji Hussin bin Che Dol, Presiden Persatuan Guru-Guru Agama. - British juga melaporkan penyiaran berita dalam Utusan Melayu keluaran 7 Mei 1948 berkenaan perhimpunan di bangunan PKMM cawangan Seremban bagi mengalu-alukan penubuhan HM. Namun begitu, berita tersebut didapati palsu, dan Ustaz Abu Bakar al- Baqir dan pengikutnya dilaporkan hanya bermalam di ibu pejabat PKMM cawangan Seremban sahaja. - Pada 10 Mei 1948, HM cawangan Kluang dilaporkan berjaya ditubuhkan dan dipimpin oleh Ustaz Othman bin Rahimin selaku Presiden dan Imam Mahmud bin Yussof selaku Timbalan Presiden.

10. Pada 11 Mei 1948, cawangan HM di Tanjong Karang, Selangor berjaya ditubuhkan dan dipimpin oleh Haji Rahmad bin Haji Jailani (Presiden) dan Omar bin Kiyai Marzuki (Timbalan Presiden). Mesyuarat tersebut dihadiri 115 hadirin, termasuklah anggota AWAS. 11. Pada 14 Mei 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir dilaporkan tiba di Kemaman, Terengganu dan disambut oleh Abu Bakar bin Mohamed Amin, bekas Timbalan Pengutip Hasil Tanah Kemaman yang ketika itu merupakan Presiden PKMM cawangan Terengganu. 12. Pada 15 Mei 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir dilaporkan tiba di Kuala Terengganu. 13. Utusan Melayu keluaran 15 Mei 1948 dilaporkan menyiarkan rencana tulisan Yunus bin Yatimi yang merayu ulama dan pihak berwajib agar bangkit semula seterusnya terlibat secara aktif dalam bidang politik.

14. Pada 16 Mei 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir tiba di Besut, Terengganu dan menghadiri perhimpunan yang dihadiri hampir 300 orang di Kampung Raja, Besut. 15. Pada 16 Mei 1948, Yunus bin Yatimi iaitu Setiausaha HM dan bekas Bendahari Angkatan Pemuda Insaf (API) telah melawat Labu, Negeri Sembilan bagi memenuhi jemputan Hamdan bin Abdul Latif, Presiden PKMM cawangan Labu. 16. Pada 18 Mei 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir telah menyampaikan ucapan di Kota Bharu, Kelantan. 17. Pada 21 Mei 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir dan pengikutnya telah melawat Kelantan, seterusnya mengadakan mesyuarat di Besut, Terengganu. 18. Utusan Melayu keluaran 2 Jun 1948 dilaporkan telah memberikan pandangan berkenaan lawatan Ustaz Abu Bakar al-baqir di Pantai Timur.

19. Pada 23 Mei 1948, cawangan HM di Alor Gajah, Melaka dilaporkan telah berjaya ditubuhkan. 20. Pada 4 Jun 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir telah mencadangkan penubuhan cawangan HM di Balik Pulau, Pulau Pinang sempena peristiwa Israk Mikraj. Namun begitu, tiada respons diberikan menyebabkan cadangan tersebut terpaksa ditangguhkan. 21. Pada 5 Jun 1948, Bahagian Belia HM dilaporkanberjaya ditubuhkan di Maahad al-ihya al- Sharif, Gunung Semanggol. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Mohamed Asri telah dihadiri hampir 200 belia, termasuklah Ustaz Abu Bakar. 22. Pada 12 Jun 1948, seorang individu bernama Bung Shariff Mujuo dilaporkan tiba di Pulau Pinang, seterusnya bertolak ke Gunung Semanggol pada keesokan harinya.

- Bung Shariff disyaki sebagai pegawai Barisan Tentera Masyumi di Sumatera dan melawat seluruh Tanah Melayu bagi menyiasat aktiviti rakyat Indonesia. - Beliau dilaporkan akan menjadi salah seorang tenaga pengajar di Maahad al-ihya al-sharif. - Beliau juga dikenali sebagai Shukor Shariff dan telah mencadangkan penubuhan Syabāb Hiz al-muslimīn (Bahagian Belia Hizbul Muslimin). 23. Pada 29 Julai 1948, beberapa pemimpin tertinggi HM dan Bahagian Belia HM telah ditangkap seperti Ustaz Abu Bakar al-baqir, Ustaz Abdul Rab Tamimi bin Sulaiman dan Ustaz Abdul Rauf bin Ahmad. - Beberapa tangkapan lain juga telah dibuat terhadap ahli HM seperti Mohamed bin Abbas, Saidon bin Abdul Jalal, Che Lah bin Haji Mohamed, Mohamed Noor bin Haji Mokhtar dan Anwar bin Haji Taha.

- Penangkapan Ustaz Abu Bakar al-baqir, Ustaz Abdul Rab Tamimi dan Ustaz Abdul Rauf bin Ahmad juga menyebabkan salah Mohamed Asri telah menghantar telegram kepada Pesuruhjaya Jeneral British bagi membantah penangkapan mereka. 24. Pada 28 Julai 1948, Ustaz Abu Bakar al-baqir pernah menulis surat kepada Pesuruhjaya Jeneral British bagi mengisytiharkan bahawa HM merupakan sebuah parti politik Islam yang berusaha untuk mencapai matlamat perjuangan melalui jalan keamanan dan saluran perlembagaan kerana Islam sendiri tidak pernah mengiktiraf keganasan. - Tujuan utama penubuhan HM ialah bagi membangkitkan keadaan sosial orang Melayu, selain meluaskan pemahaman mereka terhadap agama.

25. Pada bulan Ogos 1948, Setiausaha HM dilaporkan telah melawat Pulau Pinang dan sedang merancang penerbitan sebuah pamflet berjudul Siaran Benar yang akan melaporkan kegiatan HM dan peranan Ustaz Abu Bakar al-baqir sehingga penangkapan beliau di Melaka. - British juga melaporkan salah seorang anggota HM mengaitkan penangkapan tiga pemimpin utama HM akibat permusuhan mereka dengan Menteri Besar Perak iaitu Dato Abdul Wahab bin Abdul Aziz. - Menurut British, pergerakan HM boleh mengancam keselamatan melalui perjuangan politik bercorak agama yang boleh menarik sokongan ahli UMNO dan PKMM. - British juga percaya bahawa HM yang telah dibiayai oleh Parti Masyumi dari Indonesia juga boleh menjadi jambatan perhubungan antara PKMM dengan UMNO.

Walaupun HM masih dikawal komunis dari Indonesia, namun politik bercorak agama yang diperjuangkan mampu menarik sokongan orang Melayu. - Pada bulan September 1949, British melaporkan bahawa HM kemungkinan besar akan dibubarkan. - Menurut Haji Ariffin (Ketua Satu HM), keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, selain masalah hutang disebabkan pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama Lembaga Kesatuan Melayu Johor (LKMJ) menyebabkan beliau ingin meletakkan jawatan. Bahkan anaknya sendiri (seorang penjawat awam & ahli UMNO) tidak akan membantu Haji Ariffin melangsaikan hutangnya kecuali beliau berhenti daripada politik. - Yacob bin Hitam (Pembantu Setiausaha HM) dan beberapa pegawai HM juga telah meletakkan jawatan.

- Mereka percaya bahawa HM tidak akan mencapai kemajuan tanpa kepimpinan Ustaz Abu Bakar al-baqir yang telah ditahan di bawah Undang-Undang Darurat. - Hasrat mereka untuk meletakkan jawatan dan membubarkan HM juga tiada kaitan dengan Ordinan Pertubuhan yang baru digubal (1948). - British kemudian melaporkan bahawa Haji Ariffin (Ketua Satu HM) akhirnya mengumumkan bahawa penguatkuasaan Ordinan Pertubuhan yang baru digubal menyebabkan tiada lagi kebebasan dalam politik, sekaligus membawa kepada pembubaran HM. - Pembubaran HM juga menyebabkan Maahad al-ihya al-sharif mengalami masalah kewangan yang serius. - Satu pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Maahad al-ihya al-syarif juga telah diedarkan bagi memohon bantuan kewangan.

KESIMPULAN - British sentiasa memantau pergerakan pertubuhan bercorak Islam sejak penganjuran Kongres MATA dan penubuhan HM, sehinggalah pembubaran HM. - British sentiasa memantau pergerakan pemimpin HM khususnya Ustaz Abu Bakar al-baqir yang dianggap sebagai musuh negara, malah ketiadaan beliau membawa kepada pembubaran HM (September 1949). - Kemunculan HM benar-benar membuka mata British tentang potensi parti politik bercorak Islam dalam menarik sokongan orang Melayu, sekaligus bakal menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. - British percaya HM bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan pertubuhan berhaluan kiri khususnya PKMM, malah pengaruh komunis dalam HM juga semakin ketara melalui kerjasama dengan PKM.

TERIMA KASIH