BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN. Bab ini akan menerangkan objektif kajian. Ianya juga menerangkan langkah yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UTM

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN BERTINDAK KECEMASAN (ERT) PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj) (EMERGENCY RESPONSE TEAM)

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

FACT SHEET

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PELAN TINDAKAN PENGOSONGAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN / BENCANA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI DAN KLINIK-KLINIK KESIHATAN KOTA TINGGI

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

PELAN KECEMASAN RADIASI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

KAJIAN KE ATAS PERMASALAHAN KELEWATAN PROSES KELULUSAN TUKAR SYARAT TANAH (KES KAJIAN : PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR) OLEH: HAZRUL BIN MAMAT

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Sustainable Education 54

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Luka Terbakar dan Melecur

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN PEYAKIN KESELAMATAN

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Jangkitan Patogen/ Keracunan/ Penyakit Pekerjaan. Kesan Insiden : Kematian Kecederaan anggota/kemudaratan Kerosakan harta benda

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Model Pengurusan Strategik

Transkripsi:

BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental, kematian, kehilangan harta dan tempat tinggal seperti pejabat, hotel, pusat perbelanjaan, hospital, sekolah dan rumah kediaman. Mengikut statistik pada tahun 2000 yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), sebanyak 2,737 kebakaran berlaku membabitkan bangunan dan 1,187 lagi kenderaan. Kebakaran itu menyebabkan 61 kes kematian dan 42 lagi cedera, dengan taksiran kerugian dianggarkan sebanyak RM553 juta dan taksiran yang berjaya diselamatkan sebanyak RM14.3 bilion. Angka kematian akibat kebakaran di seluruh negara semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2004 sahaja, kadar kematian akibat

kebakaran bertambah kepada 100 kes iaitu peningkatan sebanyak 117.4 peratus, berbanding 46 kes pada tahun sebelumnya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengatakan bahawa, sebahagian besar daripada kes kematian dalam kebakaran adalah kerana terperangkap. Punca mangsa terperangkap di dalam bangunan ini pula berasal dari pemasangan jeriji besi jenis tetap. Mangsa yang terperangkap hanya memiliki 60 saat sahaja untuk keluar dari situasi tersebut, jika tidak mereka akan mati akibat lemas dan akan terbakar sampai mati. Fungsi jeriji besi ini dipasang bertujuan untuk mengelakkan pencuri daripada memasuki bangunan, tetapi pada masa yang sama bertukar menjadi perangkap maut jika berlakunya kes kecemasan. Bencana ini boleh dielakkan jika langkah keselamatan menangani kebakaran dipraktikkan secara tepat dan berkesan. Maka, Sistem Pengautomatan Pembukaan Jeriji Ketika Kebakaran (EasyEscape) dibangunkan adalah bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah terutamanya kes terperangkap disebabkan jeriji besi sekaligus memudahkan JBPM mengendalikan masalah tersebut. Sistem EasyEscape ini menggunakan teknologi tanpa wayar sebagai alat komunikasi. Sistem ini direka khas bagi kegunaan bangunan yang menggunakan jeriji besi di samping membantu JBPM dalam tugas menyelamat. Fungsi utama sistem ini ialah membuka jeriji tetap pada bangunan secara automatik setelah mengesan kebakaran. Sistem ini juga dapat mengenalpasti kebakaran yang berlaku itu sama ada benar atau palsu. Sistem ini juga boleh digabungkan dengan sistem keselematan sedia ada seperti sistem untuk mencegah kecurian dan juga sistem kebakaran lain. Oleh itu, sistem ini boleh diaplikasikan di tempat lain terdedah kepada punca kebakaran seperti industri minyak dan gas, sektor perkilangan dan perhotelan.

1.9 Latar Belakang Masalah Berdasarkan kajian yang dilakukan, pemasangan jeriji besi pada tingkap dan pintu pada bangunan menjadi ikutan dan langkah berjaga-jaga daripada kes kecurian. Tetapi secara tidak langsung menjadi satu faktor utama kematian ketika kes kebakaran. Kes terperangkap di dalam rumah disebabkan oleh jeriji besi ini di akui oleh JBPM. Faktor utama yang menyebabkan kejadian mangsa terperangkap telah dikenalpasti oleh JBPM adalah seperti berikut: i. Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis statik atau tetap. ii. Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis bermangga. Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM, Datuk Rusmani Muhamad (2009), berkata JBPM tidak menggalakkan jeriji besi kekal dipasang di rumah kediaman atau bangunan kerana boleh menghalang penghuni menyelamatkan diri. Malah mengikut kajian, kebanyakan kes kematian akibat kebakaran di rumah yang mangsanya lemas akibat terhidu asap dan melecur ketika cuba menyelamatkan diri berpunca daripada jeriji besi kekal tidak dapat dibuka. Selain itu, jeriji besi boleh menjadi senjata merbahaya ketika proses menyelamat mangsa kes terperangkap. Ini kerana JBPM perlu memotong jeriji besi tersebut untuk masuk ke dalam bangunan. Bahagian yang dipotong menjadi sangat tajam, panas dan susah dilihat dalam asap yang tebal. JBPM atau mangsa dan terperangkap di dalam bangunan terdedah kepada bahagian tersebut ketika ingin keluar dari tempat yang dipotong tadi. Beralih pula kepada aspek kesedaran dikalangan penduduk, remaja di antara 12 dan 18 tahun serta warga tua melebihi 55 tahun mempunyai tahap kesedaran yang lebih rendah mengenai keselamatan kebakaran berbanding mereka yang berusia 19 tahun ke atas. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Ting,

menurut Berita Harian (2008) berkata hanya 2.12 peratus remaja berusia 12 hingga 18 tahun yang mempunyai kesedaran mengenai langkah-langkah mencegah kebakaran. Kajian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dibuat di Kuala Lumpur dan Selangor menunjukkan hanya 60.58 peratus daripada 3,061 responden mempunyai kesedaran kebakaran. Selebihnya, iaitu 21.72 peratus lagi, tidak tahu langsung dan 19.17 peratus tidak pasti apa makna keselamatan kebakaran di rumah. Justeru, kerana sikap masyarakat sendiri tidak memandang berat, JBPM mengambil langkah berani dengan menggiatkan aspek penguatkuasaannya. Sepanjang tahun 2002 yang lalu, JBPM mempergiatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negara dan berjaya memeriksa sebanyak 7,751 premis dan 14,389 notis dikeluarkan. Daripada jumlah itu, 113 kes sudah dibawa ke mahkamah dan berjaya menyelesaikan kes berkenaan keseluruhannya. Realitinya, kebakaran mengajar bahawa rumah yang dianggap bangunan paling selamat untuk berlindung boleh bertukar menjadi tempat yang membawa mudarat jika tidak berjaga-jaga. Menyedari betapa kebakaran membawa penderitaan kepada mangsa-mangsanya, kita perlu memahami bahawa kebakaran sebenarnya boleh dielakkan melalui persediaan atau pencegahan. Dalam hal ini, perkara yang sering dikaitkan ialah dengan ilmu pengetahuan. Seperkara yang perlu difahami ialah bukannya orang ramai tidak tahu, tetapi kurang pengetahuan. Seperti yang kita maklum, hal-hal sebegini kurang dipelajari melalui pendidikan formal. Selalunya pengetahuan sebegini diperolehi melalui latihan, kempen dan pembacaan. Buku mengenai kebakaran pula amat terbatas. Dalam soal ini, masih ramai yang mengambil sikap sambil lewa untuk mencegah kebakaran di kediaman masingmasing. Angka kematian akibat kebakaran dapat dikurangkan sekiranya penduduk mempunyai pengetahuan kebombaan dan mengajar semua penghuni rumah cara-cara mencegah, melawan dan menyelamatkan diri. JBPM satu ketika dulu pernah memberikan garis panduan berhubung langkah-langkah keselamatan berhubung kebakaran di rumah yang boleh diambil dengan menggunakan kaedah 5P iaitu: Pendidikan, Pencegahan, Penggera, Pemadaman dan Pelepasan yang boleh dipraktikkan oleh orang ramai. Garis panduan

itu antara lain meminta orang ramai supaya mengambil inisiatif untuk belajar tentang asas keselamatan kebakaran di rumah melalui pembacaan artikel, buku atau informasi dari Jabatan Bomba. Tetapi langkah 5P berikut tidak berkesan. Ini dibuktikan dengan alat pemadam kebakaran yang ada dalam bangunan tidak dapat digunakan akibat kurangnya pengetahuan atau sengaja tidak mahu ambil tahu kerana menganggap tanggung jawab tersebut adalah tugas bomba semata-mata. Secara keseluruhannya, masalah yang timbul dalam kes terperangkap di dalam kebakaran melibatkan bangunan adalah seperti berikut: i. Pemasangan jeriji besi jenis tetap. ii. Kecuaian pengguna tentang punca kebakaran. iii. Kurangnya pendedahan tentang langkah-langkah mencegah kebakaran. iv. Mengambil sikap sambil lewa terhadap bahaya kebakaran. v. Belum ada jeriji besi yang boleh dibuka dari dalam yang diluluskan sepenuhnya oleh JBPM. Masalah terperangkap ketika kebakaran seharusnya segera ditangani agar jumlah mangsa terkorban akan dikurangkan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu di ambil bagi mengelakkan kejadian mangsa terperangkap ketika kebakaran terus meningkat. 1.10 Pernyataan Masalah Setelah membuat kajian terhadap sistem sedia ada, terdapat empat persoalan yang telah dikenalpasti perlu diberi perhatian. Berikut adalah persoalan utama yang ditimbulkan:

Bagaimanakah sistem keselamatan jeriji besi yang perlu digunakan untuk keselamatan dari segi kecurian dan juga kebakaran? Bagi memastikan persoalan utama terjawab, terdapat tiga soalan sokongan perlu dikemukakan bagi menjawab persoalan utama kajian. Persoalan tersebut adalah seperti berikut: i. Apakah teknik pembukaan jeriji yang perlu diimplementasikan bagi membantu JBPM menyelamatkan mangsa terperangkap dengan lebih sistematik dan efisien? ii. Bagaimanakah teknik pembukaan jeriji besi tersebut boleh membantu mengurangkan jumlah kematian akibat terperangkap dengan berkesan? iii. Apakah kelemahan sistem jeriji besi yang sedia ada? 1.11 Objektif Projek Objektif kajian ini adalah seperti berikut: i. Menganalisa masalah terperangkap di dalam kebakaran disebabkan oleh jeriji besi tetap dalam sistem dan proses yang sedia ada. ii. Mengenalpasti masalah dan memperbaiki proses yang digunakan dengan menggunakan sistem yang boleh mengenalpasti kebakaran benar atau palsu. iii. Mereka bentuk satu penyelesaian kepada masalah pemasangan jeriji tetap pada pintu keluar rumah yang akan digunakan ketika kecemasan. iv. Membangunkan sistem pembukaan jeriji besi tetap secara automatik apabila sesuatu kebakaran dikesan.

1.12 Skop Projek Bagi memenuhi objektif utama ini, maka skop kajian telah dikurangkan bagi memudahkan untuk penghasilan sistem ini nanti. Skop yang ditekankan dalam kajian ini adalah seperti berikut: i. Mengkaji teori dan konsep sistem keselamatan kebakaran yang diguna pakai sekarang, fungsi pengawal mikro, fungsi dan teori elektromagnet, pengesan asap kerana untuk kajian ini, pengesan haba dan api tidak terlibat lagi kerana memerlukan masa yang panjang untuk menggabungkan ketiga-tiga jenis pengesan ini dalam satu sistem, reka bentuk mekanisma dan konsep kunci dan skru. ii. Membuat model dan juga reka bentuk atur cara untuk sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan C, mereka bentuk konsep luaran produk yang akan dihasilkan. Reka bentuk sistem dikhususkan untuk jeriji besi yang dipasang bangunan terlebih dahulu. iii. Membuat analisis pasaran dan rancangan kewangan bagi produk yang akan dihasilkan. iv. Menghasilkan prototaip produk berdasarkan analisis pemilihan reka bentuk yang sesuai dan juga berdasarkan teknologi dan kemudahan yang senang diperolehi. 1.13 Kepentingan Projek Justeru, sudah tiba masanya orang ramai perlu menyedari bahawa peranan dan tanggung jawab melawan kebakaran bukan hanya terletak pada JBPM sematamata, tetapi juga pada setiap individu.

Matlamat projek ini akan tercapai apabila sistem yang dibangunkan memenuhi skop, objektif dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat, didapati bahawa kelemahan dalam sistem sedia ada kurang efektif dalam menyelesaikan masalah terperangkap didalam bangunan ketika kebakaran. Maka, sistem yang dibangunkan adalah penting bagi: i. Memudahkan pengurusan JBPM dalam usaha menyelamat supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. ii. Memberikan alternatif baru di dalam penyelesaian kes terperangkap ketika kebakaran. iii. Memberi kemudahan kepada mangsa dalam mencari jalan keluar dari kawasan kebakaran. iv. Mengurangkan perasaan gelisah ketika terperangkap dan menjimatkan masa untuk menyelamatkan diri. 1.14 Ringkasan Secara ringkasnya, pengenalan projek dalam bab ini menerangkan secara keseluruhan projek yang ingin dilakukan dan masalah yang dikenalpasti serta cadangan penyelesaian dengan secara umum. Keadaan semasa, proses semasa yang dikaji dan penerangan masalah yang telah dikenalpasti juga dinyatakan dalam bahagian latar belakang masalah. Manakala, permasalahan yang ingin diselesaikan juga dinyatakan dalam pernyataan masalah. Selain itu, matlamat projek, objektif projek dan skop projek serta kepentingan projek juga dinyatakan dalam bab ini. Sistem ini diperlukan kerana menyediakan penyelesaian kepada masalah jeriji tetap pada pintu dan tingkap yang mana menjadi punca kes terperangkap ketika kebakaran.

Oleh yang demikian, sistem EasyEscape yang akan dibangunkan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pihak yang terlibat kerana projek ini mempunyai cadangan penyelesaian yang sistematik dan efektif di dalam usaha mengurangkan jumlah kematian akibat terperangkap ketika kebakaran.