(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN HAL EHWAL DAN PELINDUNG PENGGUNA SABAH (CONSUMERS AFFAIR AND PROTECTION SOCIETY OF SABAH) (CAPS) FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Hal Ehwal Dan Pelindung Penguna Sabah (Consumers Affair And Protection Society Of Sabah) atau nama ringkasnya CAPS. Yang mana selepas ini disebut Pertubuhan. FASAL 2 ALAMAT (1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, 89509 Penampang, Sabah. atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat adalah Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, 89509 Penampang, Sabah. (2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 MATLAMAT (1) Melindungi dan menjaga masyarakat pengguna dari pelbagai unsur penipuan, pemerasan, pemalsuan dan penindasan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. (2) Memupuk kesedaran pengguna supaya arif dengan hak-hak mereka dan bersuara mengikut landasan hak-hak asas pengguna seperti berikut:- (a) Hak untuk mendapatkan keperluan asas (b) Hak untuk mendapatkan keselamatan (c) Hak untuk mendapatkan maklumat (d) Hak untuk membuat pilihan (e) Hak untuk bersuara ( f) Hak untuk mendapatkan ganti rugi 1

(g) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna (h) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat (3) Membantu kerajaan melalui pemantauan harga barangan keperluan harian terutama sekali harga barang-barang terkawal di seluruh daerah dari masa kesemasa di mana lapuran pemantauan tersebut akan disalurkan kepada pihak kerajaan untuk tindakan lanjut. (4) Mengemukakan masaalah dan kerumitan masyarakat pengguna disamping menyampaikan cadangan, komen dan teguran kepada pihak yang berwajib agar tindakan seterusnya dapat dilakukan. (5) Membentuk masyarakat pengguna kearah pengguna bijak melalui penerapan tabiat berhemat dalam mengendalikan urusan kewangan peribadi dan keluarga. (6) Menganjur seminar, bengkel, kempen, kursus, dialog dan lain-lain aktiviti kepenggunaan yang dapat memberi ilmu pengetahuan kepada pengguna di peringkat kampung, mukim, daerah dan zon diseluruh negeri dengan kerjasama dan kebenaran pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. (7) Berkerjasama dengan lain-lain persatuan, pertubuhan atau organisasi samada di dalam atau di luar negeri yang mempunyai misi, visi dan matlamat yang sama untuk melindungi masyarakat pengguna. FASAL 4 KEAHLIAN (1) Keahlian pertubuhan adalah seperti berikut; (a) Ahli Biasa terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan bermastautin di negeri Sabah. (b) Ahli Bersekutu terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa. Ahli Bersekutu tidak dibenarkan memegang jawatan atau mengundi. (c) Ahli Kehormat terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan pertubuhan. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan. (d) Ahli Seumur Hidup terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran seumur hidup seperti yang terkandung dalam Fasal 5 (2)(b) (2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebabsebabnya. 2

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, dan setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan, maka hendaklah ia diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli. FASAL 5 SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan Pertubuhan ini adalah daripada: (1) Bayaran masuk: RM 15.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Sahaja) (2) Yuran: (a) Yuran Tahunan Ahli Biasa ialah RM 12.00 (Ringgit Malaysia Dua Belas Sahaja). (b) Yuran Ahli Seumur Hidup ialah RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Yuran ini tidak termasuk bayaran masuk seperti yang disebut dalam Fasal 5 (1). Ahli yang memohon menjadi Ahli Seumur Hidup boleh memohon pada bila-bila masa dengan syarat Yuran Ahli Seumur Hidup dibayar sepenuhnya semasa mengemukakan permohonan. Ahli yang membayar Yuran Seumur Hidup adalah dikecualikan daripada membayar Yuran Tahunan untuk selama-lamanya. (c) Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 30 hari dari awal tiap-tiap tahun. (d) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 (satu) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. (e) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 2 (dua) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. (f) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. (g) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. 3

(3) Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam apa-apa bentuk dan sumbangan yang diterima hendaklah diisytiharkan di dalam Penyata Tahunan Pertubuhan. (4) Kutipan Derma Pertubuhan boleh membuat kutipan derma dari orang ramai dengan syarat pengesahan daripada Pendaftar Pertubuhan dan kebenaran daripada Jabatan Ketua Menteri diperolehi terlebih dahulu. (5) Perniagaan Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih dan lain-lain kegiatan ekonomi. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan Pertubuhan dan tiada sebahagian pun daripada wang atau keuntungan tersebut boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahlinya. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik seperti untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau keduaduanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini. FASAL 6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 (dua) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. (2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG (1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurangkurangnya satu perdua (½) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan setiap tahun bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 4

(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan adalah:- (a) (b) (c) (d) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu; Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa dan melantik Pemeriksa Kira-Kira untuk 3 (tiga) tahun yang akan datang. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan bersama satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. (5) Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan: (a) (b) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan. (6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. (8) Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi 5

dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. (9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 8 JAWATANKUASA (1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih 3 (tiga) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Seorang Presiden 3 orang Timbalan Presiden 5 orang Naib Presiden (2 orang dilantik) Seorang Setiausaha (dilantik) Seorang Penolong Setiausaha (dilantik) Seorang Bendahari (dilantik) Seorang Penolong Bendahari (dilantik) Seorang Pegawai Media (dilantik) 11 orang Ahli Jawatankuasa (3 orang dilantik) (2) Jawatan 2 (dua) orang Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari, Pegawai Media dan 3 (tiga) orang Ahli Jawatankuasa akan dilantik oleh Presiden Pertubuhan dengan persetujuan Ahli Jawatankuasanya. (3) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. (4) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas kecuali jawatan-jawatan yang dilantik, hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung. Semua pegawai boleh dipilih semula 3 (tiga) tahun sekali. (5) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan 6

(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 5 (lima) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (½) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: (a) (b) (c) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat. (7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan adalah dianggap sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. (8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. (9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. (10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. (11) Jawatankuasa sebelumnya hendaklah menyerahkan semua dokumen yang berkaitan dengan Pertubuhan kepada Jawatankuasa yang baru dipilih, namun masih 7

dipertanggungjawabkan jika ada kesilapan, kerosakan, dan kehilangan semua rekod atau dokumen tersebut. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI (1) Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. (2) Timbalan-Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden menjalankan tugastugasnya dan Timbalan Presiden terkanan hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya. (3) Naib-Naib Presiden hendaklah membantu Timbalan-Timbalan Presiden menjalankan tugas-tugas mereka dan Naib Presiden terkanan hendaklah memangku jawatan Timbalan Presiden semasa ketiadaan Timbalan-Timbalan Presiden dan memangku jawatan Presiden semasa ketiadaan Presiden dan kesemua Timbalan-Timbalan Presiden. (4) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undangundang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiaptiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. (5) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. (6) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. (7) Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan tugas-tugasnya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya. Penolong Bendahari tidak ada kuasa untuk menandatangaani cek pengeluaran wang Pertubuhan. (8) Pegawai Media adalah bertanggungjawab keatas penerangan dan publisiti Pertubuhan. 8

(9) Ahli Jawatankuasa hendaklah menghadiri semua mesyuarat Pertubuhan dan membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 10 KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. (2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Akaun bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan. (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh 2 (dua) orang pegawai Pertubuhan yang terdiri daripada Presiden, Bendahari atau Setiausaha. Tandatangan Presiden adalah wajib dalam setiap pengeluaran wang Pertubuhan. Semasa ketiadaan Presiden, Bendahari atau Setiausaha maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan. (4) Perbelanjaan RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Bendahari atau Setiausaha. Perbelanjaan yang lebih daripada RM. 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. (5) Penyata kewangan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan dan kunci kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. (6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. 9

FASAL 11 JURUAUDIT (1) Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik 3 (tiga) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama 3 (tiga) tahun dan boleh dilantik semula. (2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan dan kunci kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit penyata kewangan dan kunci kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PENTADBIR HARTA (1) Harta yang tidak boleh dialih bagi Pertubuhan hendaklah didaftar atas nama Pertubuhan dan segala surat cara yang berkaitan dengan harta itu adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah suratcara itu telah disempurnakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat bahawa suratcara itu disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan Pertubuhan ini yang terdiri daripada Presiden, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa itu dan pelantikan mereka adalah disahkan oleh satu perakuan daripada Pendaftar Pertubuhan dan dimeterikan dengan meteri Pertubuhan. (2) Segala hak milik Pertubuhan tidak boleh dijual, ditarik balik atau dipindah hak milik dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan. FASAL 13 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG (1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak jelas di dalam undang-undang ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 14 PENASIHAT DAN PENAUNG Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat dan Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. 10

FASAL 15 LARANGAN (1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang dimainkan di premis pertubuhan. (2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. (3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. (4) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. FASAL 16 PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 17 PEMBUBARAN (1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. (2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. (3) Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. FASAL 18 LAMBANG (1) Rekabentuk Lambang Lambang Pertubuhan ini berbentuk bulat, mengandungi 3 bulatan dan mempunyai 3 jenis warna iaitu warna hitam, putih dan kuning. 11

(a). (b). Bulatan pertama yang berwarna hitam terdapat tulisan PERTUBUHAN HAL EHWAL DAN PELINDUNG PENGGUNA SABAH dalam warna kuning iaitu nama Pertubuhan dan sebutir bintang berwarna kuning. Bulatan yang kedua berwarna putih terdapat tulisan Consumers Affair & Protection Society Of Sabah dalam warna hitam iaitu nama Pertubuhan dalam Bahasa Inggeris dan sebutir bintang berwarna hitam. (c). Bulatan di bahagian tengah yang berwarna hitam terdapat tulisan CAPS berwarna putih dan lakaran 3 gambar yang berbentuk manusia berwarna putih. (2) Keterangan Lambang Perkataan CAPS berwarna putih yang terletak dalam bulatan tengah adalah singkatan kepada perkataan Consumers Affair & Protection Society Of Sabah. Semantara lakaran gambar 3 orang manusia yang berpegang tangan antara satu dengan yang lain adalah simbol kepada perpaduan para pengguna di seluruh negeri Sabah. (3) Keterangan Warna (a). (b). (c). Warna hitam melambangkan komitmen dan ketegasan Pertubuhan dalam menangani isu-isu penguna. Warna putih melambangkan ketelusan dan Keadilan Pegawai Pertubuhan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Warna kuning melambangkan Kerjasama dan keharmonian dikalangan ahli-ahli Pertubuhan yang berbilang kaum, budaya, agama dan fahaman politik. JAMES BAGA @ BAGAH ASDK, ADK Presiden VOO MING CHUNG @ STANLY Setiausaha 12