Garis Panduan Praktikum

dokumen-dokumen yang mirip
PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG KUCHING 23 Jun Ketua Unit Praktikum

HARUN HAJI SARAIL SETIAUSAHA AKADEMIK IPG KAMPUS KENT TUARAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Bab Dua - Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

DEFINISI ISTILAH. Bilik Darjah : Merujuk kepada tempat sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

BUKU PANDUAN PRAKTIKUM FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI SELANGOR

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

GARIS PANDUAN INTERNSHIP PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KPM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BUKU PANDUAN PRAKTIKUM FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PENGURUSAN KURIKULUM

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PENGAJARAN BERPASANGAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS) & PRAKTIKUM

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Padankan. Padankan. Padankan

PENGURUSAN KURIKULUM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN PENCALONAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MANUAL PROSEDUR KERJA PERANCANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN MODEL TASMIK

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SENARAI TUGAS GURU BESAR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

PENGETUA AKTIVITI SEKOLAH 2. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN ENAM

KUMPULAN TERLIBAT: PISMP AMBILAN FEBRUARI 2012 (MOD PJJ) KUMPULAN PPG

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

GARIS PANDUAN PRAKTIKUM

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Struktur Pengurusan Bank Item dan Peraturan Pemarkahan 4

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO9001:2008 PERLAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Isi KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 SEKOLAH CEMERLANG KOKURIKULUM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Transkripsi:

Garis Panduan Praktikum Diploma/Sarjana Muda (K) Pendidikan FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL, UNIVERSITI SELANGOR

Garis Panduan Praktikum Diploma/Sarjana Muda (K) Pendidikan 1. KONSEP Praktikum memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan di sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara fakulti, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan. 2. OBJEKTIF Melalui program praktikum ini, pelajar dapat: menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran; mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran; merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu dengan bimbingan; mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran; memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan; memperkembang potensi diri sebagai pendidik dan guru bimbingan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas; mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran pembelajaran; menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 3. PROSEDUR PELAKSANAAN (i) (ii) (iii) (iv) Syarat Guru pelatih hanya layak menjalani Latihan Praktikum setelah menyelesaikan semua subjek dalam program. Penempatan Penempatan pelajar dibuat secara pemuafakatan di antara UNISEL dan tadika swasta, tabika KEMAS dengan kebenaran Jabatan Kebajikan Masyarakat serta sekolah dengan persetujuan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pelajar ditempatkan di tadika swasta, tabika KEMAS serta Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Agama (SRA). Tempoh Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur kursus Bilangan waktu mengajar Minimum 7-8 jam semingggu bersamaan 08 minggu sesi praktikum untuk pelajar Diploma dan pelajar ISM praktikum 1 ( syarat 4 jam kredit ). Minimum 7-8 jam seminggu bersamaan 12 minggu sesi praktikum untuk pelajar ISM praktikum II tahun akhir ( syarat 6 jam kredit ). 1 kredit bersamaan 2 minggu tempoh praktikum. Syarat yang disyorkan oleh MQA. 2

(v) Bilangan penyeliaan Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal. Ini termasuklah dua (2) kali bimbingan dan satu (1) kali penilaian akhir. Bimbingan berterusan hendaklah diamalkan sepanjang praktikum. Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan. Penyeliaan bersama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing perlu dijalankan dua minggu sebelum tamat praktikum. 4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB I) Pelajar a) Menghadiri taklimat praktikum oleh Unit Praktikum. b) Memahami dan menghayati objektif praktikum. c) Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikum. d) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sekolah. e) Menghantar jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat maklumat lain kepada pensyarah pembimbing dalam minggu pertama. f) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan universiti dan peraturan sekolah. g) Hadir ke sekolah sepanjang tempoh praktikum. h) Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah. i) Membuat portfolio semasa sesi praktikum sebagai sebahagian penilaian. j) Mendapatkan sukatan pelajaran dari sekolah. k) Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar. l) Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. m) Merancang pengajaran bersama-sama guru pembimbing. n) Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu dan masalah yang kritikal semasa tempoh praktikum. Penulisan jurnal perlu dibuat berdasarkan tempoh masa yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang difokuskan. o) Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan. p) Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum. q) Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum kepada Pensyarah Praktikum. II) Pensyarah Pembimbing a) Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada Fakulti Pendidikan & Sains Sosial. b) Menghadiri taklimat praktikum. c) Berbincang dengan pelajar tentang urusan praktikum. d) Membuat lawatan ke sekolah, berjumpa dan berbincang dengan pengurus sekolah dan guru pembimbing untuk menjalin hubungan profesional. e) Melapor kemajuan pelajar dari semasa ke semasa kepada Penyelaras Praktikum. 3

f) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum bersama pelajar, berdasarkan senarai semak yang ditetapkan. g) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang dikemas kini. h) Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh praktikum. i) Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan Pasukan Pengurusan Praktikum. j) Memaklumkan secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan Penyelaras Praktikum dengan menggunkan borang yang ditetapkan. k) Menyemak buku persediaan mengajar pelajar dan mencadangkan pembaikan di mana perlu. l) Memberi bimbingan berasaskan unsur-unsur pencerapan klinikal. m) Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang telah ditetapkan. n) Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian kokurikulum. o) Bekerjasama dengan guru pembimbing dan menjalankan mentoring menerusi proses pencerapan klinikal, pengajaran berpasangan dan penyediaan portfolio praktikum. p) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah yang baik. q) Melengkapkan Borang Bimbingan (PR1), menyerahkan satu salinan kepada pelajar, dan menyimpan satu salinan dalam folder sendiri. r) Membuat rumusan prestasi praktikum setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing. III) Guru Pembimbing a) Menghadiri taklimat praktikum dan latihan yang dijalankan oleh universiti. b) Memahami dan mengamalkan peranan sebagai guru pembimbing. c) Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar tentang: jadual waktu sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru rancangan kerja semester dan persediaan mengajar harian sumber pengajaran pembelajaran proses pengajaran pembelajaran pengajaran berpasangan amalan pemulihan dan pengayaan di dalam pengajaran dan pembelajaran. teknik penyoalan, membina soalan. pentaksiran dan penilaian murid. pengurusan bilik darjah penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif porfolio praktikum pengelolaan kokurikulum hal-hal lain yang berkaitan. d) Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajarannya. e) Menyemak dan memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar pelajar. f) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik terutama dari segi pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan. 4

g) Menyelia pengajaran pelajar menerusi pencerapan klinikal dengan menggunakan Borang Bimbingan (PR1).Rujuk kepada pensyarah pembimbing. h) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini. i) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. j) Memantau dan memaklumkan kehadiran dan disiplin pelajar kepada pengurus sekolah dan pihak maktab dengan segera sepanjang tempoh praktikum. k) Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar (cemerlang, gagal, masalah disiplin) kepada pihak Penyelaras Praktikum dengan segera. l) Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah pembimbing. IV)Tabika KEMAS/Sekolah /Guru besar / Pengetua a) Menghadiri taklimat praktikum yang dijalankan oleh pihak universiti jika ada. b) Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum peringkat sekolah. c) Mencalon guru pembimbing daripada kalangan guru terlatih yang berpengalaman dan bersesuaian. d) Memberi taklimat kepada guru pembimbing tentang: program dan pelaksanaan praktikum peranan guru pembimbing e) Memberi taklimat kepada pelajar tentang: sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya tadika swasta/ tabika KEMAS dan sekolah tugas dan tanggungjawab menguruskan firma iaitu tadika swasta/ tabika KEMAS. tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan latar belakang murid dan masyarakat setempat tugas dan tanggungjawab pelajar di tadika/tabika dan sekolah pengelolaan gerak kerja kokurikulum maklumat-maklumat lain yang berkaitan. f) Memberi jadual waktu dan takwim tadika/tabika/sekolah kepada pelajar. g) Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka. h) Tidak menyingkirkan atau membuang pelajar semasa sesi latihan mengajar sedang berlangsung. i) Memberitahu secara bertulis kepada pihak universiti dari semasa ke semasa tentang pelajar yang: tidak menjalankan tugas dengan memuaskan tidak hadir tanpa sebab. kes-kes disiplin kes-kes kesihatan dan kemalangan j) Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan mengajar pelajar. k) Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran Praktikum. l) Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar berterusan kepada pelajar. m) Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar dan membuat tindakan susulan. 5

n) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna. o) Memastikan pelajar dilibatkan dalam kokurikulum sekolah dalam salah satu daripada unit beruniform / sukan dan permainan. 5. KEHADIRAN PRAKTIKUM a) Kehadiran pelajar dalam praktikum adalah 100%. b) Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir praktikum (dengan kebenaran dan tidak melebihi 30% daripada jumlah hari praktikum) ialah; Cuti sakit kerana sakit, kemalangan, cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan klinik/hospital kerajaan. Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes di mahkamah. Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian. Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan. Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran secara bertulis oleh pihak universiti. c) Tindakan bagi kes kehadiran paktikum yang kurang daripada 100% dengan kebenaran adalah seperti berikut; Kehadiran Praktikum Tindakan 90 % ke atas AJK Praktikum akan menentukan sama ada perlu melengkapkan kehadiran praktikum atau tidak. 70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran praktikum. Kurang dp 70% Pelajar wajib mengulang keseluruhan praktikum. 6. PENANGGUHAN PRAKTIKUM a) Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Penyelaras Praktikum. b) Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepada Dekan Fakulti Pendidikan & Sains Sosial. c) Penangguhan praktikum tidak menghalang seseorang pelajar untuk meneruskan pengajian dan praktikum pada semester berikutnya. d) Penangguhan tidak boleh melebihi tempoh satu tahun dari tarikh berkuat kuasa penangguhan. e) Pelajar mesti melaporkan diri mereka kepada Penyelaras Praktikum, selepas tamat tempoh penangguhan yang dipohon. Penyelaras perlu memaklumkan ke Bahagian Sekolah atau Jabatan / Bahagian lain yang berkenaan untuk tujuan penempatan. f) Pelajar dibenarkan menangguh praktikum sekali sahaja sepanjang tempoh berkursus. g) Pelajar yang disahkan hamil sebelum memulakan sesi praktikum dikehendaki membuat penangguhan kerana tidak boleh menjalani latihan mengajar semasa hamil untuk mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku sepanjang praktikum. 6

7. KES GAGAL PRAKTIKUM a) Sekiranya pelajar disahkan GAGAL dalam Praktikum oleh Lembaga Akademik Fakulti (LAF), pelajar berkenaan dikehendaki mengulang Praktikum keseluruhannya. b) Pelajar diberi peluang mengulang praktikum sekali sahaja. 8. SYARAT PENENTUAN KEPUTUSAN a) Penentuan Lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut: Kehadiran 100 % dalam Praktikum. Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan kepada kaedah penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing menggunakan borang bimbingan (PR1) Pensyarah dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasi pelajar dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum (PR1) b) Penentuan gagal berdasarkan kepada syarat-syarat berikut: Guru pelatih tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam kategori lulus. Guru pelatih menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan pengajaran pembelajaran yang diberikan dari semasa ke semasa. Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan. 9. BILANGAN WAKTU MENGAJAR 9.1 Bilangan waktu mengajar di dalam bilik darjah prasekolah adalah 2 hari pengajaran penuh seminggu. 9.2 Pelajar perlu merancang pengajaran satu hari pengajaran penuh bersama guru pembimbing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh empat minggu pertama praktikum. 9.3 Agihan waktu mengajar adalah seperti dalam Jadual 1, mereka juga perlu melaksanakan tanggungjawab pengajaran lain yang ditentukan oleh pihak sekolah/pusat prasekolah. Jadual 1: Agihan Waktu Mengajar Mata pelajaran Prasekolah Bilangan Waktu Mengajar Seminggu *2 hari seminggu Nota * Bilangan waktu mengajar di dalam bilik darjah prasekolah adalah 2 hari pengajaran penuh seminggu disyorkan tetapi pihak sekolah/tabika/tadika boleh mengikut kesesuaian masa di sekolah. 7

10. BILANGAN PENYELIAAN 10.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan kepada prinsip dan kaedah penyeliaan klinikal. 10.2 Bimbingan yang berterusan mesti diamalkan sepanjang praktikum meliputi bimbingan ilmu mata pelajaran, ilmu pengajaran, ilmu bimbingan, sahsiah, personaliti dan profesionalisme. 10.3 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan. 10.4 Penyeliaan bersama-sama antara pensyarah penyelia dan guru pembimbing mesti dijalankan untuk penyelarasan dan rumusan markah pencapaian pelajar di akhir praktikum. 10.5 Bilangan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti di Jadual 2. Jadual 2 : Agihan Penyeliaan Praktikum Program PAKK/DPPS/DPPI PROGRAM PRA PENYELIAAN PENYELIAAN PENYELIAAN BERSAMA- SAMA** Jumlah UNISEL UNISEL SEKOLAH/ TABIKA/ TADIKA UNISEL & SEKOLAH/TABIKA/ TADIKA PAKK/DPPS (Prasekolah) * 1 2 2 1 6 Nota: * Penyeliaan untuk pelajar pengkhususan Prasekolah melibatkan satu penyeliaan sehari penuh dan penyeliaan lain mengikut tunjang atau slot pengajaran. ** Penyeliaan Bersama-sama merujuk kepada penyeliaan secara bersama-sama antara pensyarah dan guru pembimbing dalam satu sesi pengajaran dan perbincangan menentukan rumusan dan keputusan penilaian pelajar. 8

11. PENYEDIAAN PORTFOLIO 11.1 Portfolio atau profil professional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang professional dari segi: Pengetahuan Kemahiran Pengalaman Kelayakan Matlamat dan Pencapaian 12. TUJUAN PORTFOLIO 12.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman sewaktu praktikum 12.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk menilai prestasi pelajar yang diselia. 12.3 Memberi peluang pelajar menganalisis dan menilai perkembangan dan arah pemikiran mereka. 12.4 Memberi ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat yang ditetapkan sepanjang praktikum. 12.5 Maklum balas tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum sepanjang praktikum. 12.6 Sebagai asas untuk membuat keputusan dan menetapkan matlamat pengajaran dan pembelajaran. 12.7 Alternatif kepada penilaian berbentuk pengujian dan peperiksaan atau penilaian sumatif. 12.8 Memperkembangkan daya kreativiti melalui penyediaan strategi, tindakan dan idea dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. 13. CIRI-CIRI PORTFOLIO 13.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan guru pelatih telah terlibat dengan refleksi kendiri. 13.2 Hasil yang dibuat sendiri oleh guru pelatih bukan kepada guru pelatih menghargai usaha dan diri sendiri. 13.3 Portfolio berbeza dengan folder simpanan guru pelatih. Maklumat yang bermakna dari folder sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio. 9

13.4 Mesti menggambarkan dengan jelasnya aktiviti guru pelatih dari sudut rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan. 13.5 Mempunyai matlamat yang berbeza dari masa ke semasa. Oleh itu mesti dikemaskini setiap masa. 13.6 Boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu masa tetapi tidak bercanggah. 13.7 Mengandungi maklumat yang menggambarkan berlakunya kemajuan dan perkembangan dalam sesuatu perkara. 14. JENIS PORTFOLIO 14.1 PORTFOLIO KERJA: Koleksi hasil kerja harian pelajar sendiri. Catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir yang telah dibuat guru pelatih. Milik guru pelatih sendiri. Penilaian formatif dan bersifat diagnostik. 14.2 PORTFOLIO DOKUMENTARI: Koleksi hasil kerja yang dikumpulkan khusus untuk penilaian. Bukti-bukti proses yang dijalankan bagi menghasilkan sesuatu tugas/perkara. Bahan yang menggambarkan pencapaian guru pelatih dalam pembelajaran Kandungan Portfolio memperlihatkan kekuatan dan kelemahan guru pelatih. Penilaian formatif dan sumatif. 14.3 PORTFOLIO HASIL: Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik guru pelatih. Mengandungi hasil akhir sahaja. Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran sesuatu matapelajaran/ perkara. Bahan bukti mencerminkan pencapaian guru pelatih. 15.0 TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING DAN PENSYARAH PENYELIA TERHADAP PEMARKAHAN PORTFOLIO 15.1 Menyemak dan menilai isikandungan portfolio guru pelatih setiap kali penyeliaan dan bimbingan dijalankan. 15.2 Menyediakan pengalaman sekolah yang bermakna kepada guru pelatih. 15.3 Memastikan kandungan portfolio dikemaskini oleh pelajar setiap masa 10

16.0 MAKLUMAT ASAS KANDUNGAN PORTFOLIO A. Maklumat Diri B. Maklumat Sekolah/Tabika/Tadika C. Maklumat Tugas D. Jurnal E. Dan Lain-Lain 16.1 SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO Bahagian Perkara Tandakan ( / ) A ) Maklumat Diri Biodata Pelajar Surat Pengenalan Diri B) Maklumat Sekolah/Tabika/Tadika Peta Lokasi, Pelan Sekolah Dan Bilik Darjah Carta Organisasi Sekolah/Tabika/Tadika Visi Dan Misi Sekolah/Tabika/Tadika Takwim Sekolah/Tabika/Tadika Senarai Nama Staff Peraturan Peraturan Sekolah/Tabika/Tadika C ) Maklumat Tugas Salinan Borang Bimbingan (Pra/Pra) Salinan Borang Kehadiran Praktikum Peranan Lain Jika Ada D ) Jurnal Penulisan Jurnal 11

Minggu 1 Dan Pernulisan Jurnal Minggu 2 Minggu Akhir. F ) Lain-Lain Hasil Kerja Murid (Terpilih) Bahan Bantu Mengajar (Bersesuaian) 12

17.0 PENULISAN JURNAL Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan oleh pelajar sendiri berkaitan dengan pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasa melaksanakan sesuatu tugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangka masa yang ditetapkan sendiri.format penulisan jurnal adalah bergantung kepada pensyarah pembimbing masing-masing mengikut kesesuaian kepada pelajar praktikum. 18.0 GARIS PANDUAN PENULISAN JURNAL 18.1 Pelajar dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum. 18.2 Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah, pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa praktikum. 18.3 Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci, mengandungi pandangan, cadangan.dan tindakan susulan. 18.4 Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (literature review) supaya setiap masalah, cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan lebih objektif dan berkesan. 18.5 Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang telah difokuskan. 18.6 Pelajar dikehendaki mengumpul data dengan membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan. 18.7 Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas pelajar sebagai guru profesional. 18.8 Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemas kini sepanjang masa praktikum untuk disemak oleh pembimbing. 13

19.0 FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL FORMAT JURNAL (Minggu pertama) Bilangan Jurnal : Ke- Minggu Praktikum : Tarikh Peristiwa / Kejadian : hingga : Minggu Pertama di SK/Tabika/Tadika Tajuk Jurnal Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan :... :... Nama... :... Tarikh... 14

19.1 FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya) Bilangan Jurnal : Ke- Minggu Praktikum : Tarikh Peristiwa / Kejadian : hingga : Minggu Pertama di SK/Tabika/Tadika Tajuk Jurnal 1. Masalah / Peristiwa 2. Analisis 3. Cadangan Tindakan Susulan 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan:... :... Nama... :... Tarikh... 15

20.0 PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH/TABIKA/TADIKA 20.1 Sukan Dan Permainan & Persatuan Dan Kelab (Sekolah Rendah Kebangsaan) Melibatkan diri dalam pengajaran dan persiapan pasukan Membantu Guru Penasihat melatih kumpulan/pasukan dalam pertandingan Membantu Guru Penasihat dalam satu pertandingan yang dirancang seperti pertandingan antara kelas, sekolah atau karnival Pelajar dikehendaki membuat mengisi borang aktiviti kokurikulum yang dikendalikan dan disertakan di dalam portfolio sepanjang amalan profesional. 20.2 Unit Beruniform (Sekolah Rendah Kebangsaan ) Melibatkan diri dalam satu unit beruniform. Membantu guru penasihat dalam latihan atau perjumpaan kokurikulum unit beruniform di sekolah. Membantu guru penasihat merancang dalam menjayakan perkhemahan/ kursus/ latihan/ lawatan/projek. Membantu penubuhan atau kegiatan yang akan dibuat oleh pihak sekolah (jika perlu). Pelajar dikehendaki membuat laporan kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio sepanjang amalan profesional. 20.3 Aktiviti-Aktiviti Tambahan (Khusus di Tabika/Tadika ) Sekiranya pelajar melibatkan diri dengan cemerlang dalam aktiviti-aktiviti tambahan kokurikulum di sekolah/tabika/tadika seperti di bawah, pelajar berkenaan boleh diberi penilaian seperti : Hari Terbuka / Hari Ibu Bapa Sukaneka dan sebagainya Lain-lain aktiviti 16