DOKUMEN SEBUT HARGA BEKALAN/PERKHIDMATAN

dokumen-dokumen yang mirip
PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

PEJABAT BENDAHARI DOKUMEN SEBUT HARGA BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

BAHAGIAN KEWANGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK DOKUMEN SEBUTHARGA

SEBUT HARGA MEMBEKAL BAHAN-BAHAN BACAAN PUSAT SUMBER 2013

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

No. Borang Tender :... (Diisi Oleh Petender) Kod Tender :... (Diisi Oleh Petender) KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG TENDER

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA

2. Sebutharga hendaklah sah selama 90 hari dari tarikh sebutharga ditutup. 3. Penyebutharga dikehendaki menyertakan dokumen-dokumen berikut:

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pelupusan Ikan

UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN

DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

KENYATAAN SEBUTHARGA. SEBUTHARGA yang terlibat adalah di dalam bidang berikut : Skop Kerja

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN)

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR


2. KESAHAN MATA GANJARAN

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERKHIDMATAN PENGENDALIAN KANTIN KIOSK NO. 2, UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH BORANG TENDER

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA & SYARAT PERADUAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP03

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA(BERNAMA ) HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN PELBAGAI JENIS MESIN FOTOSTAT UNTUK PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

GARIS PANDUAN PEROLEHAN KERJA BAGI JUMLAH SEHINGGA RM100, Kod Dokumen : SOK/KEW/GP010/BUY

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

Sumasni Sulaiman. Bahagian Pengurusan Perolehan Pejabat Bendahari

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

2.2. Semua harga yang ditawarkan oleh wakil-wakil Rapid Data Recovery adalah tidak termasuk VAT (pada kadar 17.5% daripada jumlah boleh dibayar.

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DOKUMEN SEBUTHARGA

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

Overdraf. November 2017

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI KETERANGAN DESCRIPTION

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

MUSTAHAK PETENDER DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI TENDER INI

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

Borang Cadangan Insurans Mesin

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P006. PROSEDUR TENDER Tarikh: 26/05/2017

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

KENYATAAN SEBUTHARGA

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

KUiTTHO.PB/10.12/14( 39 ) 9 Januari 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2007 PINDAAN HARGA CIF BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

SOKONGAN PENYELENGGARAAN PERALATAN & KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Transkripsi:

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA BEKALAN/PERKHIDMATAN No. Rujukan Sebut Harga : UPMKB/SHB-11/2014 Tajuk Sebut Harga : PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI BANGUNAN DI ZON D BAGI TEMPOH SELAMA SATU (1) TAHUN DI FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK Kod Bidang : 221001 (Pembersihan Bangunan dan Pejabat) Tarikh Tutup : 9 Julai 2014 Pusat Tanggungjawab (PTJ) : Kewangan Bil. Kandungan Muka Surat 1. Perkara Am 2/30 3/30 2. Syarat-syarat Sebut Harga 4/30 11/30 3. Spesifikasi Sebut Harga 12/30-17/30 4. Borang Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan 18/30 5. Ringkasan Sebut Harga Perkhidmatan 19/30-22/30 6. Borang Maklumat Penyebut Harga 23/30 30/30 7. Senarai Semakan Dokumen LAMPIRAN A 8. Surat Akuan Pembida LAMPIRAN A1 NOTA PENTING SILA BACA SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA DENGAN TELITI, KEGAGALAN PIHAK TUAN MEMATUHI SYARAT- SYARAT TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN SEBUT HARGA TUAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN 1/30

DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK (Arahan Perbendaharaan No. 170) Tajuk : PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI BANGUNAN DI ZON D BAGI TEMPOH SELAMA SATU (1) TAHUN DI FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK No. Rujukan Sebut Harga : UPMKB/SHB-11/2014 No. Peti Sebut Harga : 3 Tarikh Tutup : 9 Julai 2014 Masa : 12 Tengahari Perkara Am 1. Tawaran adalah dipelawa untuk melaksanakan perkhidmatan di atas tertakluk kepada syarat-syarat yang dikembarkan bersama ini. 2. Sila nyatakan tempoh perkhidmatan. 3. Tempoh sah laku tawaran sebut harga hendaklah tidak melebihi 90 hari (3 bulan) dari tarikh tutup sebut harga. 4. Jika diminta, penyebutharga hendaklah menyediakan katalog bagi alat-alat yang telah ditetapkan. 5. Sila gunakan sampul surat khas sebut harga yang disediakan. Selain daripada sampul surat itu, tawaran mungkin tidak akan dipertimbangkan. 6. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, penyebut harga bolehlah menggunakan lampiran dan lampiran hendaklah ditandatangani dan dicop dengan syarikat. 7. (a) Penyebutharga hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan satu salinan Sijil Pendaftaran tersebut hendaklah dihantar bersama dokumen sebut harga ini (b) (c) Penyebutharga hendaklah bebas dari sebarang tindakan tatatertib pihak Kementerian Kewangan Malaysia. Tindakan akan diambil ke atas pembekal yang melanggar peraturan ini. Penyebutharga yang menyertai sebut harga ini atas pilihan dan risikonya sendiri dan tidak berhak membuat apa-apa tuntutan ke atas Universiti Putra Malaysia, segala gantirugi dari sebarang kerugian yang berpunca 2/30

dari penyertaannya dalam sebut harga ini adalah di bawah tanggungannya sendiri. Fakulti/Jabatan/Bahagian Tandatangan dan cop: 3/30

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN 1. TAFSIRAN (a) Pegawai Penguasa Pegawai Penguasa yang disebutkan dalam syarat-syarat sebut harga ini ialah Ketua Pusat Tanggungjawab, Pusat Tanggungjawab Universiti Putra Malaysia atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Universiti Putra Malaysia memikul tanggungjawab Ketua Pusat Tanggungjawab kemudian dari ini digelar UPM. (b) Wakil Pegawai Penguasa Wakil Pegawai Penguasa ertinya mana-mana orang atau orang-orang yang telah diwakilkan atau dibenarkan dari semasa ke semasa oleh Pegawai Penguasa untuk menjalankan mana-mana atau semua kewajipan Pegawai Penguasa. (c) Perkhidmatan Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah seperti ditunjukkan dalam Ringkasan Sebut Harga, Spesifikasi yang disebut/disertakan. (d) Kontraktor Kontraktor ertinya orang atau orang-orang perkongsian firma atau syarikat yang menyebutharga untuk kerja/perkhidmatan dan telah disetujuterima dan kontraktor membawa erti dan termasuk wakil-wakil peribadi kontraktor penggantinya dan mana-mana orang atau kumpulan orang lain yang kepadanya kontraktor telah menyerah hak yang telah mendapat kelulusan Pegawai Penguasa. 2. BORANG TAWARAN SEBUT HARGA 2.1. Petender adalah dikehendaki mengisi borang tawaran yang disediakan seperti berikut dengan lengkap: a) Borang Tawaran Spesifikasi b) Borang Tawaran Harga 2.2. Borang tawaran ini hendaklah diisi dalam dua (2) salinan dan petender dikehendaki menurunkan tandatangan dan cop syarikat pada tiap-tiap salinan Borang Tawaran Harga. Tuan boleh juga mengemukakan spesifikasi lengkap tawaran tuan dengan melampirkan butir-butir harga secara berasingan. 2.3. Petender hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran sebut harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan. 4/30

3. KONTRAK Satu kontrak dikira mengikat di antara UPM dengan kontraktor yang Sebut harganya ini disetujuterima dan tertakluk kepada syarat-syarat Sebut harga Untuk Perkhidmatan. Keseluruhan perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam Borang Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan akan diberi secara kontrak. 4. PERCANGGAHAN DALAM BORANG TAWARAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN Kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa untuk mendapatkan keputusan sekiranya kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Borang Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan. 5. RINGKASAN SEBUT HARGA a) Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambilkira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi menyiapkan perkhidmatan dengan sempurnanya. c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh perkhidmatan. 6. JUMLAH HARGA SEBUT HARGA Jumlah harga sebut harga ialah jumlah harga yang dicatatkan di dalam Borang Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan atau lain-lain jumlah yang dibenarkan menurut syarat-syarat sebut harga ini. Jika terdapat perbezaan di antara jumlah di dalam Ringkasan Sebut Harga dengan jumlah yang dibawa ke Borang Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan maka jumlah harga sebut harga yang akan diambilkira ialah jumlah yang dinyatakan di dalam Borang Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan tersebut. Sekiranya berlaku kesilapan antara jumlah perkataan dengan jumlah berangka maka jumlah perkataan hendaklah diambilkira. 7. MENGHALANG DARI MEMASUKI SEBUT HARGA Dalam mana-mana halpun UPM tanpa menyentuh apa-apa hak lain berhak menghalang kontraktor dari mengambil bahagian dalam mana-mana perkhidmatan yang dikendalikan oleh UPM hingga satu masa mengikut budi bicara UPM dan hanya apabila persetujuan bertulis UPM telah terlebih dahulu diterima oleh Kontraktor. a) menarik balik sebut harga sebelum tamat tempoh sah sebut harga atau apa-apa tempoh lanjutan; atau 5/30

b) mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan sebut harga (dan dalam hal yang sedemikian ianya hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik sebut harga ini); atau c) jika kontraktor enggan dan tidak meneruskan perkhidmatan-perkhidmatan dalam masa empat belas hari dari tarikh akhir tempoh mula perkhidmatan yang dinyatakan dalam surat setujuterima sebut harga. 8. MENYERAH HAK PERKHIDMATAN Keseluruhan kontrak yang dipersetujui kontraktor di sini tidak boleh dipindah kepada mana-mana pihak yang lain, juga Kontraktor tidak dibenarkan menyerah hak sepenuhnya, sebahagian mahupun mana-mana bahagian perkhidmatanperkhidmatan kepada kontraktor-kontraktor lain. Berkaitan dengan yang sama, kontraktor memberi akujanjinya di sini tidak akan menyerah hak apa-apa faedah di bawah perkhidmatan ini tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa. 9. PERATURAN PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN Perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, butir-butir perkhidmatan dalam Ringkasan Sebut Harga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Borang Tawaran Sebut Harga Perkhidmatan ini dan arahan Pagawai Penguasa atau wakilnya. 10. ARAHAN PEGAWAI PENGUASA ATAU WAKILNYA Kontraktor hendaklah dengan serta merta mematuhi semua arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Penguasa atau wakilnya untuk menyempurnakan dan menyiapkan perkhidmatan termasuk semua arahan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tambahan dan pindaan. a) UPM berhak melantik seorang pegawai yang akan bertanggungjawab, mengkaji, mengawasi perkembangan dan arah tujuan Kontrak yang dikendali oleh Kontraktor dari masa ke semasa (kemudian ini bergelar Pegawai Penguasa ). b) Pegawai Penguasa, Pengganti dalam jawatan atau pegawai yang dilantiknya, atau wakilnya adalah layak untuk mengeluarkan arahan, pesanan, apa-apa notis termasuk pindaan dan tambahan dan tidak terhad juga kepada notis penamatan perkhidmatan/kontrak ini, bagi pihak UPM kepada kontraktor, sama ada secara bertulis mahupun secara lisan. c) Kontraktor mengakui akan menuruti dan mematuhi segala arahan, pesanan, notis untuk pindaan dan/atau tambahan, dan apa-apa notis sekalipun yang mungkin diterima daripada Pegawai Penguasa, pengganti dalam jawatan atau pegawai yang dilantiknya, wakilnya yang bertindak bagi pihak Pegawai Penguasa dan berkaitan dengan yang sama hendaklah (sekiranya terpakai) dengan serta merta mematuhi semua arahan, pesanan dan notis-notis yang dikeluarkan bagi menyempurnakan dan pelaksanaan perkhidmatan yang dikehendaki. 6/30

11. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN PERKHIDMATAN OLEH PEGAWAI PENGUASA Pegawai Penguasa atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan perkhidmatan oleh kontraktor yang tidak mematuhi spesifikasi. Bahan, barang dan perkhidmatan yang ditolak hendaklah diganti atau dilaksanakan semula dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri. 12. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG KECIL, UNDANG-UNDANG BERKANUN OLEH KONTRAKTOR Kontraktor hendaklah mematuhi semua undang-undang kecil yang berkenaan dan membayar semua yuran, caj dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos atau bayaran tambahan berhubung dengan pematuhannya dengan syarat-syarat ini. 13. PENAMATAN PELANTIKAN KONTRAKTOR UPM berhak menamatkan kontrak ini di atas sebab-sebab berikut dan setelah menerima Surat Amaran daripada Pegawai Penguasa; a) Sekiranya kontraktor masih gagal melaksanakan perkhidmatan dengan memuaskan dan sempurna. b) Penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian perkhidmatan oleh kontraktor tanpa apa-apa sebab yang munasabah; c) Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa tanpa apa-apa sebab yang munasabah; d) Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah; dan Dalam hal sekiranya pengambilan perkhidmatan kontraktor ditamatkan di bawah kontrak ini mengikut salah satu perenggan atau mana-mana perenggan campuran (sekiranya terpakai dari fasal (a) hingga (d) UPM berhak:- memberhentikan perkhidmatan kontraktor dan UPM boleh secara langsung atau mendapatkan khidmat daripada pekerja, kontraktor, orang perseorangan yang lain atau sesiapa sahaja bagi menyempurnakan perkhidmatan itu mengikut budibicara mutlak UPM tanpa perlu rujukan lagi kepada kontraktor. 14. TANGGUNGAN KECACATAN i) Kontraktor hendaklah membaiki sebarang kecacatan yang mungkin timbul akibat perkhidmatan tersebut dengan seberapa segera. WALAU BAGAIMANA SEKALIPUN, tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas diberitahu/penerimaan notis dari Pegawai Penguasa. JUGA ADALAH DIPERSETUJUI, tiada senarai kecacatan boleh dikeluarkan oleh Pegawai 7/30

Penguasa selepas tujuh (7) hari dari tamatnya Tempoh Liabiliti Kecacatan tersebut. ii) Di dalam keadaan sekiranya setelah pemberitahuan notis untuk pembetulan dan pemulihan kecacatan diserahkan kepada Kontraktor, namun Kontraktor gagal, enggan dan/atau mengabaikan untuk menyempurnakan yang sama dalam masa melebihi tempoh tujuh (7) hari yang dibenarkan mengikut Fasa 14 (i) di atas, Kontraktor memberi persetujuannya di sini bahawa, Pegawai Penguasa adalah berhak bagi mendapatkan khidmat daripada pekerja, kontraktor, orang perseorangan yang lain atau sesiapa sahaja untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembetulan dan dalam keadaan demikian segala kos, pembayaran dan upahan terhadap perkhidmatan seperti tersebut akan ditanggung sepenuhnya dan dikira sebagai hutang yang perlu dibayar dan/atau diselaraskan oleh Kontraktor kepada UPM. 15. DENDA DAN PENALTI i) Jika Petender gagal melaksanakan Perkhidmatan itu dengan memuaskan dan sempurna UPM berhak mengenakan penalti yang akan dikenakan dari Bayaran Perkhidmatan pada kadar berikut:- a) satu per dua puluh enam (1/26) daripada Bayaran bagi setiap Perkhidmatan Harian yang tidak dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan. b) satu per empat (1/4) daripada Bayaran bagi setiap Perkhidmatan Mingguan yang tidak dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan. c) kesemua Bayaran bagi setiap Perkhidmatan Bulanan yang tidak dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan. ii) Tidak tertakluk kepada penalti yang dikenakan di bawah Fasal 15.1 di atas UPM boleh mengenakan denda tidak melebihi dari Ringgit Malaysia: Lima ratus sahaja (RM500.00) jika Petender gagal melaksanakan Perkhidmatan Setengah Tahunan atau secara berterusan dan gagal melaksanakan Perkhidmatan dengan sempurna dan memuaskan. 16. SAMPUL SURAT SEBUT HARGA Petender-petender diminta menggunakan sampul surat sebut harga yang disediakan. Sampul surat yang mengandungi Borang Tawaran HENDAKLAH BERLAKRI. Petender adalah dilarang menulis nama syarikat atau tanda-tanda pengenalan syarikat disampul surat berkenaan. 8/30

17. PENYERAHAN SEBUT HARGA i) Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan sendiri ke peti sebut harga yang dinyatakan di dalam iklan. ii) Dokumen sebut harga hendaklah sampai pada atau sebelum tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Dokumen yang diterima lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 18. SURAT-MENYURAT DARI PETENDER YANG TIDAK BERJAYA Universiti tidak akan melayan sebarang surat-menyurat daripada petenderpetender mengenai sebab-sebab sebut harga mereka tidak berjaya. 19. INSURANS Sebelum memulakan perkhidmatan yang dipersetujui, Kontraktor hendaklah di atas kos dan perbelanjaannya sendiri, telah mengambil insurans, dipihaknya perlu mengambil demi menjaga kepentingannya sendiri, pekerja-pekerja dan/atau perkhidmatan yang akan dikendalikan, di bawah kontrak ini dengan nilai yang mencukupi dan munasabah dan seperti berikut:- i) Insurans Pampasan Pekerja dan/atau berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). ii) Insurans Liabiliti awam dan harta benda, dan/atau memastikan Kontraktor telah menepati syarat yang ditetapkan di sini, dan UPM adalah berhak dan boleh menganggap Kontraktor telahpun mematuhi kehendak fasal ini sebaik sahaja Kontrak ini ditandatangani. DENGAN SYARAT LAGI Kontraktor hendaklah dan memberi akujanji dan jaminannya di sini untuk membuat pampasan, mengganti rugi UPM, dan/atau mengecualikan UPM dari sebarang tuntutan, perbelanjaan dan pembayaran yang mungkin dituntut oleh pihak ketiga dan/atau mana-mana pihak sekalipun dan yang berpunca daripada kemungkinan Kontraktor berkaitan fasal di sini. 20. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar secara berkala setelah kontraktor menyiapkan perkhidmatan dengan sempurnanya. Kontraktor diminta memajukan tuntutan dan invois ke Pusat Tanggungjawab yang berkenaan. 9/30

21. SURAT AKUAN PEMBIDA Petender dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida semasa menghantar dokumen tender ini seperti di Lampiran A1. Sila lampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida. Pengesahan Kontraktor Syarat-syarat di atas telah dibaca dan saya/syarikat ini bersetuju dengannya.... Tandatangan & Cop Nama Penuh :. No. K/P :. Alamat : 10/30

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LAMPIRAN KEPADA SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN Perkara Perenggan Butiran/Penjelasan Pegawai Penguasa 1(a)... Wakil Pegawai Penguasa 1(b)... Jumlah Harga Sebut Harga 6 PERCUMA Tanggungan Kecacatan 14 Rujuk Para Berkenaan Denda dan Penalti 15 Rujuk Para Berkenaan 11/30

PEJABAT BURSAR SENARAI SPESIFIKASI SEBUT HARGA Untuk Kegunaan J/Kuasa Pembukaan Tender/Sebutharga Kod Syarikat : T/Tangan : No. Rujukan : UPMKB/SHB-11/2014 No. Peti Sebut Harga : 3 T/Tutup & Masa : 9 Julai 2014 & 12 Tengahari TAJUK SEBUT HARGA : PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI BANGUNAN DI ZON D BAGI TEMPOH SELAMA SATU (1) TAHUN DI FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK NO. RUJUKAN SEBUT HARGA : UPMKB/SHB-11/2014 I. TUJUAN Sebutharga ini bertujuan untuk Perkhidmatan Membersih Dan Mencuci Bangunan di Zon D bagi tempoh satu (1) tahun di FSPM, UPMKB, Sarawak. II. III. IV. TEMPOH KONTRAK Tempoh kontrak ini selama 1 Tahun. LOKASI Bangunan di Zon D adalah meliputi tiga kawasan yang berasingan iaitu di Kompleks Mekanisasi, Bengkel Teknologi Kayu dan Rumah Persalinan Padang. TENAGA PEKERJA DAN JUMLAH PEKERJA a) Pekerja-pekerja hendaklah berkelayakan dari kalangan pekerja yang mahir, bertanggungjawab dan berpengalaman dalam bidang pencucian dan hendaklah diberi pakaian seragam serta tandanama pengenalan diri, (pas 12/30

kebenaran masuk bagi pekerja boleh diperolehi dari Bahagian Keselamatan, UPM) b) Pekerja hendaklah sihat tubuh badan dan berumur lebih kurang 18 hingga 55 tahun. c) Kontraktor digalak menggunakan tenaga pekerja tempatan, tetapi sekiranya menggunakan tenaga pekerja asing, maka kontraktor mestilah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan mempunyai surat kelulusan mendapatkan pekerja asing daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN). d) Kontraktor adalah dikehendaki menyediakan bilangan pekerja yang mencukupi bagi menyeiapkan kerja seperti dalam spesifikasi sebutharga. V. MASA BEKERJA a) Kerja-kerja hendaklah dijalankan pada waktu hari bekerja biasa (Isnin Jumaat) kecuali hari kelepasan Am. Masa bekerja adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bagi kerja-kerja memerlukan penggunaan mesin yang mungkin mengganggu urusan Universiti, kontraktor hendaklah mengatur kerja mengikut persetujuan pengguna yang berkaitan. b) Kontraktor hendaklah menanggung perbelanjaan tambahan yang mungkin disebabkan oleh kerja-kerja memerlukan pekerja-pekerja melakukannya di luar masa bekerja biasa atau di luar jangka di atas arahan pegawai yang bertanggungjawab. VI. JADUAL KERJA a) Kontraktor hendaklah mematuhi jadual kerja yang diatur oleh pihak UPM dari semasa ke semasa. Sebarang kerja yang telah dijadualkan hendaklah dijalankan sama ada arahan kerja telah dikeluarkan atau tidak berkaitan dengannya. b) Pihak Universiti berhak mengeluarkan apa-apa arahan lain berkaitan dengan kerja apabila didapati perlu, dan pihak kontraktor hendaklah melaksanakan dengan sempurna dalam tempoh masa yang diberikan. VII. PENYELIAAN KERJA Bagi maksud kesempurnaan dan kelicinan perjalanan kontrak ini, kontraktor hendaklah melantik seorang wakil atau agen selaku penyelia sepenuh masa yang bertanggungjawab dalam apa-apa hal bagi mewakili kontraktor semasa ketiadaannya. Sebarang arahan yang diberikan kepada wakil itu oleh pihak Universiti hendaklah dianggap sebagai arahan kepada kontraktor untuk tindakan selanjutnya. a) Kontraktor hendaklah menyediakan pekerja yang secukupnya bagi melaksanakan kontrak ini dimana bilangan pekerja adalah bersesuaian dengan jenis tugasan dan nisbah keluasan kawasan yang dibersihkan. c) Kontraktor hendaklah memastikan pekerja berkelakuan baik pada setiap masa dan memelihara perhubungan baik dengan kakitangan Universiti. 13/30

d) Mana-mana pekerja yang berhenti hendaklah diganti dengan kadar segera. e) Pekerja bawah umur tidak dibenarkan bekerja. f) Kontraktor hendaklah menyediakan insuran bagi pekerja-pekerjanya. g) Kontraktor bertanggungjawab terhadap segala urusan berhubung pekerjapekerjanya. h) Pihak UPM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pemasalahan/pertelingkahan antara pekerja dan kontraktor. i) Kontraktor perlu mengambil tindakan segera kepada sebarang aduan yang dibuat oleh pihak UPM terhadap perlakuan pekerjanya. j) Kontraktor diminta memastikan hanya pekerja asing yang mempunyai permit bekerja yang sah dibenarkan bekerja. VIII. PERALATAN KERJA DAN BAHAN BAHAN PENCUCIAN a) Kontraktor dikehendaki mengadakan mesin-mesin dan peralatan yang perlu di samping membekalkan bahan-bahan pencuci termasuk pewangi untuk pelaksanaan kerja. Ini termasuk mesin vakum, water jet, hos, tangga, penyapu, beg plastik dan sebagainya. b) Bagi maksud kesempurnaan menjalankan kerja-kerja tersebut, kontraktor hendaklah memastikan segala peralatan yang dimaksudkan sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi. c) Kontraktor dikehendaki menyatakan jenama peralatan yang digunakan serta jenis-jenis bahan pencuci. Pihak kontraktor dikehendaki menukarkan peralatan yang digunakan sekiranya diminta oleh pihak Universiti. IX. PEMBUANGAN SAMPAH a) Semua sampah yang dikutip hasil dari kerja yang dijalankan sama ada dari dalam bangunan atau sekitar bangunan hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik yang disediakan oleh kontraktor sendiri atau bekas-bekas lain yang ditetapkan oleh pihak Universiti. Semua sampah perlu dibuang ke dalam tempat-tempat khas yang disediakan berhampiran dengan bangunan. b) Kontraktor hendaklah memastikan agar sampah sarap diangkut dengan cermat dan tidak tercicir atau tumpah dalam perjalanan. X. PERATURAN KESELAMATAN a) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan pekerja-pekerja, orang ramai dan harta benda daripada bahaya. b) Papan tanda amaran atau papan tanda yang bersesuaian hendaklah diletakkan semasa kerja-kerja sedang dijalankan. c) Atas sebab-sebab keselamatan beberapa tempat dalam bangunan seperti di ruang pejabat, bilik fail, bilik komputer, bilik makmal/pameran, stor dan bilik 14/30

pegawai hanya boleh dibersihkan semasa ada pengawasan pegawai Universiti yang dipertanggungjawabkan. XI. KERJA-KERJA PENCUCIAN Kontraktor adalah bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja berikut:- a) Keseluruhan ruang pejabat, bilik mesyuarat, bilik pameran, ruang bengkel dan stor i. Membersih dan mengelap semua mesin, perabot dan kelengkapan dari habuk. ii. Mengosongkan dan membersihkan bakul sampah. iii. Menyapu bersih keseluruhan lantai. b) Keseluruhan tandas i. Membasuh dan menanggalkan semua kotoran dan daki yang melekat di semua peralatan di tandas seperti mangkuk tandas, mangkuk basuh, tempat buang air kecil, paip air, cermin dan lain-lain dengan menggunakan bahan kimia yang sesuai. ii. Descaling dan Scrub lantai tandas dengan menggunakan bahan kimia yang sesuai. iii. Membersih serta memastikan kebersihan tandas bagi mengelakkan daripada menimbulkan bau yang busuk. iv. Mengelap bersih semua cermin muka yang terdapat dalam tandas. c) Kotoran dan sampah di atas lantai i. Sebarang kotoran yang melekat dan sampah sarap yang bertaburan hendaklah diambil tindakan serta merta untuk membersihkan supaya lantai sentiasa kelihatan bersih dan kemas. d) Longkang i. Memastikan longkang/saluran luar dan dalam bangunan dan tandas di dalam keadaan baik dan air dapat mengalir dengan sempurna. Penggunaan water Jet adalah diwajibkan untuk memastikan longkang sentiasa bersih. e) Paip sinki dan saluran tersumbat i. Kerja-kerja mencuci paip yang tersumbat hendaklah dilakukan segera sekiranya terdapat tanda-tanda pengaliran tersekat. f) Lain-lain i. Mengendalikan kerja-kerja pencucian yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertanggungjawab, terutamanya apabila terdapat upacara rasmi Universiti. XII. KERJA-KERJA PENCUCIAN SEHARI SEKALI Kontraktor adalah bertanggungjawab bagi mengendalikan kerja-kerja berikut:- a) Membersihkan dan mengosongkan bakul sampah, mengibas dan mengelap habuk dari perabot dan perkakas pejabat di kompleks mekanisasi. b) Menyapu semua ruang di bangunan kompleks mekanisasi. 15/30

c) Membersih longkang di kompleks mekanisasi dengan menggunakan Water Jet. d) Membersihkan semua tandas yang terdapat di kompleks mekanisasi. XIII. KERJA-KERJA PENCUCIAN SEMINGGU SEKALI a) Membersihkan permukaan cermin tingkap di bahagian dalam dan luar bangunan di kompleks mekanisasi (bengkel dan stor input pertanian) dan bengkel teknologi kayu. b) Membersihkan dan mengosongkan bakul sampah, mengibas dan mengelap habuk dari mesin, perabot dan perkakas pejabat di bengkel teknologi kayu. c) Menyapu semua ruang dalam bangunan bengkel teknologi kayu termasuk kawasan lalu lalang dan kawasan lapang. d) Mengutip dan membersih sampah di ruang bengkel teknologi kayu termasuk kawasan persekitaran bangunan. e) Membersih longkang di kawasan bangunan bengkel teknologi kayu dan rumah persalinan padang. f) Membersihkan tandas yang terdapat di bangunan bengkel teknologi kayu dari kotoran dan bau menggunakan bahan kimia yang sesuai. XIV. KERJA-KERJA PENCUCIAN DUA KALI SEMINGGU a) Membersihkan dan mengosongkan bakul sampah, mengibas dan mengelap habuk di rumah persalinan padang. b) Mengutip dan membersih sampah di dalam rumah persalinan padang dan kawasan persekitaran bangunan. c) Membersihkan tandas yang terdapat di rumah persalinan padang dari kotoran dan bau menggunakan bahan kimia yang sesuai. XV. KERJA-KERJA PENCUCIAN SEBULAN SEKALI a) Membersihkan permukaan dinding bangunan daripada kotoran dan tumbuhan liar di kompleks mekanisasi, bengkel teknologi kayu dan rumah persalinan padang. b) Membersihkan pagar perimeter daripada tumbuhan yang menjalar di kompleks mekanisasi dan bengkel teknologi kayu. XVI. KERJA-KERJA PENCUCIAN EMPAT BULAN SEKALI a) Membersihkan alga/lumut di permukaan gelanggang permainan (padang permainan) dengan menggunakan Water Jet. 16/30

b) Membersihkan pagar perimeter gelanggang permainan daripada tumbuhan yang menjalar. XVII. PANDUAN UMUM PELAKSANAAN KERJA a) Pembersihan am hendaklah dilakukan dengan cara menyapu, mengibas atau mengelap habuk dari permukaan lantai, perabot-perabot, mesin dan peralatan pejabat. b) Usaha-usaha khas perlu dilaksanakan untuk membersihkan mana-mana terdapat kekotoran atau yang dilaporkan oleh pengguna. c) Kerja-kerja pembersihan menggunakan mesin-mesin yang sesuai bersama bahan-bahan kimia yang dipersetujui mestilah mengikut kadar campuran yang ditetapkan oleh pembuat. d) Kontraktor bertanggungjawab menyediakan peralatan yang mencukupi dan selamat bagi kerja-kerja membersih permukaan bahagian luar bangunan. e) Kontraktor hendaklah mengosongkan semua bakul-bakul sampah setiap hari. f) Kontraktor diminta membuat penyeliaan rapi terutamanya dalam membersih ruang-ruang seperti bilik pejabat dan rak penyimpanan fail. g) Tanpa menjejaskan kehendak di dalam kontrak seperti yang telah dipersetujui kontraktor atau wakilnya hendaklah sentiasa menjalankan pemeriksaan di bangunan untuk memastikan:- i) Semua tandas sentiasa di dalam keadaan bersih dan tidak berbau busuk. ii) Kawasan-kawasan di hadapan bangunan seperti kawasan lalu lalang sentiasa di dalam keadaan kemas dan bersih dari sampah sarap. iii) Keadaan keseluruhan bangunan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur. iv) Memastikan bilangan pekerja yang hadir di tempat kerja mencukupi. v) Memastikan adanya pengganti bagi mana-mana pekerja yang tidak dapat datang bertugas untuk memastikan kelancaran kerja tidak terganggu. Pengesahan kontraktor Pihak tuan dikehendaki menandatangani pada ruang yang disediakan setelah membaca keseluruhan senarai spesifikasi di atas sebagai tanda bersetuju mematuhi kesemua syarat-syarat yang ditetapkan.... (Tandatangan Petender) 17/30

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BORANG TAWARAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN No. Rujukan : UPMKB/SHB-11/2014 No. Peti Sebut Harga : 3 Tarikh Tutup : 9 Julai 2014 Masa : 12 Tengahari Tuan, Tajuk : PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI BANGUNAN DI ZON D BAGI TEMPOH SELAMA SATU (1) TAHUN DI FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebutharga, Syarat-syarat Am Sebut Harga dan Spesifikasi Perkhidmatan, saya yang bertandatangan di bawah ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan perkhidmatan tersebut bagi jumlah : Tawaran Jumlah (RM) Dengan Perkataan (RM) i. 1 Tahun (Ringgit Malaysia :......) Saya bersetuju menyiapkan perkhidmatan tersebut dalam tempoh perkhidmatan selama 1 tahun dari tarikh Surat Setujuterima Tawaran Sebut harga/pesanan Belian dikeluarkan. Bertarikh pada (Tandatangan Petender). (Tandatangan Saksi) Nama Penuh:. Nama Penuh :.. No. K/P:. No. K/P : Alamat:... Alamat :..... (Meterai atau Cop Petender) 18/30

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RINGKASAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN No. Rujukan No. Peti Sebut Harga : 3 : UPMKB/SHB-11/2014 Tarikh Tutup & Masa : 9 Julai 2014 & 12 Tengahari Tajuk: PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI BANGUNAN DI ZON D BAGI TEMPOH SELAMA SATU (1) TAHUN DI FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK NOTA Sebarang butiran yang tidak diperhargakan adalah dianggap telah dimasukkan di dalam harga butiran-butiran lain. Penyebutharga adalah dianggap telah melawat tapak dan membaca syarat-syarat sebut harga dan spesifikasi untuk memastikan sendiri kawasan perkhidmatan yang terlibat sebelum memasukkan harga kerana sebarang tuntutan bayaran tambahan berhubung dengan perkara di atas tidak akan dipertimbangkan. JADUAL 1.1 KEKERAPAN KERJA SECARA HARIAN, MINGGUAN, DUA KALI SEMINGGU DAN SATU BULAN SEKALI Bil. Perihal Kekerapan 1. Kompleks Mekanisasi:- Kadar Harga (RM) Jumlah Setahun (Kadar Harga x12 bulan) (RM) Membersihkan dan mengosongkan bakul sampah, mengibas dan mengelap habuk dari perabot dan perkakas pejabat. Menyapu semua ruang di bangunan termasuk dalam pejabat, kawasan bengkel, stor input pertanian, kawasan lalu lalang, kawasan lapang, pondok bahan api dan tempat letak jentera berbumbung. Membersihkan longkang daripada menakung air atau tersumbat dengan menggunakan Water Jet. Harian Harian Harian 19/30

Membersihkan semua tandas yang terdapat dalam bangunan daripada kotoran dan bau menggunakan bahan kimia yang dipersetujui. Membersihkan permukaan cermin tingkap di bahagian dalam dan luar bangunan bengkel dan stor input pertanian. Membersih permukaan dinding bangunan daripada kotoran dan tumbuhan liar. Membersihkan pagar perimeter daripada tumbuhan yang menjalar. Harian Seminggu Sekali Sebulan Sekali Sebulan Sekali 2. Bengkel Teknologi Kayu:- Membersihkan permukaan cermin tingkap di bahagian dalam dan luar bangunan. Seminggu Sekali Membersihkan dan mengosongkan bakul sampah, mengibas dan mengelap habuk dari mesin, perabot dan perkakas pejabat. Menyapu semua ruang di bangunan termasuk dalam pejabat, ruang bengkel, stor, kawasan lalu lalang dan kawasan lapang. Mengutip dan membersihkan sampah di ruang bengkel dan persekitaran bangunan bengkel teknologi kayu. Membersihkan longkang daripada menakung air atau tersumbat dengan menggunakan Water Jet. Membersihkan tandas yang terdapat dalam bangunan daripada kotoran dan bau menggunakan bahan kimia yang dipersetujui. Membersih permukaan dinding bangunan daripada kotoran dan tumbuhan liar. Seminggu Sekali Seminggu Sekali Seminggu Sekali Seminggu Sekali Seminggu Sekali Sebulan Sekali 20/30

Membersihkan pagar perimeter daripada tumbuhan yang menjalar. Sebulan Sekali 3. Rumah Persalinan Padang:- Membersihkan dan mengosongkan bakul sampah, mengibas dan mengelap habuk. Mengutip dan membersihkan sampah di dalam rumah persalinan dan persekitarannya. Membersihkan tandas daripada kotoran dan bau menggunakan bahan kimia yang dipersetujui. Membersihkan longkang daripada menakung air atau tersumbat dengan menggunakan Water Jet. Membersihkan permukaan dinding bangunan daripada kotoran dan tumbuhan liar. Dua kali Seminggu Dua kali Seminggu Dua kali Seminggu Seminggu Sekali Sebulan Sekali Jumlah Kos Setahun (Jadual 1.1) dibawa ke mukasurat 22/30 JADUAL 1.2 KEKERAPAN KERJA SECARA BULANAN Bil. Perihal Kekerapan 1. Bilik Persalinan Padang (Gelanggang Permainan):- Kadar Harga (RM) Jumlah Setahun (RM) Membersihkan alga/ lumut di permukaan gelanggang permainan supaya tidak menjadi licin dengan menggunakan Water Jet 4 bulan sekali...(kadar Harga) x 3 kali =... Membersihkan pagar perimeter gelanggang permainan daripada tumbuhan yang menjalar. 4 bulan sekali...(kadar Harga) x 3 kali =... Jumlah Kos Setahun (Jadual 1.2) dibawa ke mukasurat 22/30 21/30

RINGKASAN AKHIR BIL RINGKASAN KERJA JUMLAH HARGA SETAHUN (RM) 1. Jadual 1.1 : KEKERAPAN KERJA SECARA HARIAN, MINGGUAN, DUA KALI SEMINGGU DAN SATU BULAN SEKALI 2. Jadual 1.2 : KEKERAPAN KERJA SECARA BULANAN JUMLAH HARGA KESELURUHAN (RM) Dengan perkataan : Ringgit... (1 Tahun) Malaysia... (RM)...... (Tandatangan Petender). (Tandatangan Saksi) Nama Penuh : Nama Penuh :.... No. K/P : No. K/P :... Alamat : Alamat :... 22/30

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK MAKLUMAT PENYEBUTHARGA 1. Nama dan Alamat :..... Penyebutharga........ 2. No. Telefon :.... 3. Tarikh Ditubuhkan :.... 4. No. Pendaftaran Syarikat :.... Sila kemukakan salinan Sijil Perniagaan (Borang D Perakuan Pendaftaran untuk perniagaan persendirian contohnya Enterprise, Trading dan sebagainya. Borang 9 Perakuan Perbadanan Syarikat Sendirian)/Sijil Pendaftaran daripada Kementerian atau Pusat Khidmat Kontraktor. 5. Maklumat mengenai tuan punya syarikat: No. Kad Jawatan/Taraf Nama Pengenalan Dalam Syarikat * a)...... b)...... c)...... d)...... e).. ( * Pengarah Urusan, Ahli Lembaga Pengarah/empunya tunggal dll). 23/30

6. Akaun Bank a) Maklumat mengenai bank: Cawangan Nama Bank & Alamat No. Akaun.......... b) Maklumat mengenai pegawai yang menandatangani cek-cek syarikat:- Nama Pegawai No. Kad Pengenalan Tandatangan 1)..... 2).... 3)..... 7. Modal Perniagaan: Modal dibayar Modal dibenarkan RM. RM. 8. Maklumat mengenai taraf syarikat a) Taraf syarikat Bumiputera Bukan Bumiputera (Tandakan (/) di kotak berkenaan) 24/30

b) Jika penyebutharga adalah syarikat Bumiputera, sila nyatakan peratus (%) penyertaan kaum-kaum seperti di bawah:- i) Pengurusan Syarikat: Melayu % China % India % Lain-lain % Jumlah ============ ii) Kakitangan Syarikat: Melayu % China % India % Lain-lain % Jumlah ============ iii) Pembahagian Saham Syarikat Melayu % China % India % Lain-lain % Jumlah ============ c) Sekiranya Syarikat/Perniagaan tuan bertaraf BUMIPUTERA, satu salinan Akuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang mencatatkan taraf demikian dan yang belum habis tempoh pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dokumen tender. 9. Maklumat mengenai perkhidmatan yang pernah dilakukan/dijalankan: SILA LENGKAPKAN LAMPIRAN I 10. Maklumat mengenai kakitangan/pekerja: SILA LENGKAPKAN LAMPIRAN 2 25/30

11. Maklumat mengenai kemudahan pengangkutan: SILA LENGKAPKAN LAMPIRAN 3 12. Maklumat mengenai kemudahan stor/bengkel: SILA LENGKAPKAN LAMPIRAN 4 Pengakuan: Disahkan bahawa semua keterangan dan maklumat-maklumat di atas adalah benar. Tarikh :.. Tandatangan dan cop syarikat Nota: Jika didapati keterangan/maklumat di atas tidak benar, pihak Universiti berhak menolak/membatalkan tawaran syarikat tuan di Universiti Putra Malaysia. 26/30

LAMPIRAN I SENARAI PEMBEKALAN/KERJA/PERKHIDMATAN YANG PERNAH DILAKSANAKAN DALAM TAHUN.. Bil. Jenis Tarikh Kontrak Dilaksanakan/ Siap No. Kontrak/No. Pesanan Belian Nama Agensi Kerajaan Nilai (RM) Jumlah 27/30

LAMPIRAN 2 SENARAI KAKITANGAN SYARIKAT Bil. Nama No. Kad Pengenalan Tarikh Mula Berkhidmat Dengan Syarikat Jawatan/Tugas Lain-lain 28/30

LAMPIRAN 3 KEMUDAHAN PENGANGKUTAN Bil. Jenis Pengangkutan Jumlah No. Pendaftaran Kenderaan Lain-lain 29/30

LAMPIRAN 4 KEMUDAHAN BENGKEL/STOR Bil. Alamat Keluasan Kemudahan Peralatan Lain-lain 30/30

` LAMPIRAN A SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA) Sila tandakan ( / ) Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan Bil Perkara/Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga/Tender 1 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) 2 Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) 3 Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) 4 Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat Kontraktor (Perkhidmatan) 5 Salinan Sijil Taraf Bumiputera Dari Pusat Khidmat Kontraktor (Perkhidmatan) 6 Salinan Sijil Pendaftaran CIDB 7 Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan Ditandatangani 8 Borang Maklumat Penyebut Harga 9 Pematuhan Kepada Spesifikasi 10 11 Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog (jika berkaitan) Cadangan Penyelenggaraan /Penyenggaraan (jika perlu) 12 Senarai Kakitangan Teknikal (jika berkaitan) 13 Salinan Akaun Syarikat Yang Telah Disahkan Dan Diaudit

Bil 14 Perkara/Dokumen Tiada Nama Syarikat Dalam Dokumen Tawaran Teknikal Untuk Ditanda Oleh Syarikat Untuk Di tanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga/Tender 15 Pengesahan Dari Pengeluar/Pembuat 16 Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir 17 Lain-lain Sekiranya Ada PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

LAMPIRAN A1 (SAP bertarikh 1 April 2010) SURAT AKUAN PEMBIDA Bagi ( PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI BANGUNAN DI ZON D BAGI TEMPOH SELAMA SATU (1) TAHUN DI FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK- UPMKB/SHB-11/2014) S aya,.nombor K.P. yang (Nama Wakil Syarikat/Nama Pemilik Syarikat) *mewakili/memiliki (Nama Syarikat)..nombor Pendaftaran.. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam atau (Nama Kementerian/Agensi) mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam atau mana-mana individu lain sebagai (Nama Kementerian/Agensi) sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan bilik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga * diatas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar,. (Tandatangan) Nama dan No. K.P.: Cop Syarikat: Catatan* Potong mana yang tidak berkaitan.

SENARAI PENGALAMAN, BILANGAN PEKERJA DAN PERALATAN Petender dikehendaki menyenarai pengalaman, bilangan pengawal dan peralatan yang akan digunakan dalam Perkhidmatan Membersih Dan Mencuci Bangunan Di Zon D Bagi Tempoh Selama Satu (1) Tahun Di Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan kriteria penilaian petender. SPESIFIKASI UPM TAWARAN PETENDER (SILA NYATAKAN) Petender dikehendaki menyediakan... orang pekerja yang berkelayakan, bertanggungjawab serta berpengalaman. Jumlah pekerja:.orang Petender dikehendaki menyediakan senarai pengalaman seperti dilampiran. Rujuk lampiran Petender dikehendaki menyediakan senarai peralatan seperti dilampiran. Rujuk lampiran

SENARAI PENGALAMAN BIL. TAHUN NAMA PROJEK NO. KONTRAK/NO. PESANAN BELIAN AGENSI YANG MENGELUARKAN NILAI PROJEK (RM) SENARAI PERALATAN BIL. NAMA PERALATAN JENAMA Nota: Sila buat lampiran tambahan sekiranya ruangan tidak mencukupi