Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah

dokumen-dokumen yang mirip
BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

Katakunci : amalan pengurusan, peniaga kedai runcit

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Katakunci : faktor, pemilihan kerjaya perguruan

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Katakunci : faktor, tuisyen Bahasa Inggeris

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

PROJEK WARGA: KERJA SOSIAL YANG DIPERTANDINGKAN. Noor Azam bin Abdul Rahman, Mohd Azmir bin Mohd Nizah, Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, Mohd Zin Mokhtar.

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

ABSTRAK PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PROGRAM PEMULIHAN AKHLAK WANITA: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PUSAT PERLINDUNGAN WANITA MEMBANTU PROSES PEMULIHAN?

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

Katakunci : aplikasi kerja amali, elemen ekinomi rumah tangga, kehidupan seharian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

Katakunci :makmal komputer, guru

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Faktor-Faktor Pendorong Guru-Guru Teknikal Bukan Siswazah Menyambung Pengajian Memiliki Ijazah Muhammad Sukri Saud & Norhisham Monil

SENARAI KANDUNGAN. Borang Perakuan Keaslian Penulisan. Penghargaan. Senarai Kandungan. Senarai Jadual. Senarai Rajah. Senarai Simbol/Singkatan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

KAJIAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA DARAT DI PENEMPATAN KAWASAN BANDAR MEJAR AHMAD NORZAINI BIN BADRUN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universisti Teknologi Malaysia, Skudai Terhadap Ajaran Sesat Di Malaysia

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN BAHAGIAN 1

National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, Puteri Pan-Pacific, Johore bahru, October 2003

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Transkripsi:

Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Di Kalangan Pelajar Pelajar Sekolah Menengah Di Sekitar Daerah Klang, Selangor. Yahya Bin Buntat & Saidi Bin Daud Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan isu yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing. Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti faktor faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Klang, Selangor. Kajian ini melibatkan seramai 302 orang responden. Data - data yang diperoleh diproses menggunakan perisian SPSS (Statiscal Package for the Social Sciences) versi 13.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Kajian ini di bataskan kepada lima faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin iaitu pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, guru, sikap pelajar dan peraturan sekolah. Hasil kajian menunjukkan semua faktor kurang mempengaruhi namun begitu faktor peraturan sekolah memberi pengaruh yang tertinggi terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah berbanding dengan faktor faktor lain yang dikaji. Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah Pengenalan Masyarakat kita mempunyai pandangan yang berbeza di dalam member pengertian mengenai disiplin. Ada yang memberi pandangan yang positif dan tidak kurang juga yang memberi pandangan yang negatif mengenai disiplin. Bagi yang berfikiran positif, itu adalah yang sebaiknya tetapi bagaimana pula yang berpandangan negatif terhadap disiplin. Pandangan yang negatif terhadap disiplin menjadi tumpuan dan isu yang popular pada masa ini. Ia melibatkan individu dan juga masyarakat. Apa yang diperkatakan sekarang ialah masalah disiplin di sekolah semakin menjadi-jadi dan semakin menular bukan saja di dalam sekolah malah di luar kawasan sekolah yang melibatkan pelajar sekolah menengah. Dapat kita lihat angka-angka ini menunjukkan penurunan dari segi penglibatan pelajar dengan pelbagai masalah disiplin. Walaupun peratusannya kecil, jika ditukar kepada angka, bilangannya agak ramai. Boleh dikatakan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah masih lagi tidak terkawal dan sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak. Contohnya, Memorandum Kabinet Menangani Gejala Disiplin Di Sekolah yang dibentangkan oleh kabinet kepada Jemaah Menteri pada 26 April 2006. Menurut memorandum itu, kerjasama antara polis dan kementerian juga di perhebatkan melalui mekanisme Pegawai Perhubungan Sekolah, Kadet Polis dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS). Untuk memerangi gejala ponteng sekolah, kementerian dan polis bersetuju supaya masalah ponteng sekolah diangkat kepada jemaah menteri kerana aspek undang-undang juga perlu dilihat, dan ada kaitan dengan Akta Kanak-Kanak 2001. Pihak media masa, sama ada media cetak atau elektronik sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini. Saban hari kita disajikan dengan berita berita kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah. ( Sumber Maklumat, Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 )

Oleh demikian dapat kah kita menyalahkan sistem pendidikan kita ke atas kemerosotan disiplin pelajar pelajar masa kini atau ada faktor faktor lain yang menyumbang kepada masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah. Sehubungan dengan itu semua pihak terutama para ibu bapa dan guru harus menggembleng tenaga untuk memastikan masalah disiplin dapat dibendung supaya ia tidak terus menular. Pernyataan Masalah Kajian ini adalah merupakan satu kajian untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan faktor - faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. Faktor faktor yang dikenal pasti untuk dibuat kajian ialah pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya, pengaruh sikap pelajar, pengaruh guru dan pengaruh peraturan sekolah terhadap masalah disiplin pelajar sekolah menengah di sekolah sekitar Daerah Klang. Pengkaji ingin memastikan faktor yang manakah yang dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah. Objektif Kajian Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah. Oleh yang demikian tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai beberapa objektif. Di antara objektif yang hendak dicapai adalah untuk a. mengenal pasti pengaruh ibu bapa terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan b. mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan c. mengetahui pengaruh guru terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. d. mengetahui pengaruh sikap pelajar terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan e. mengenal pasti pengaruh peraturan sekolah terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk mengetahui faktor-faktor sebenar yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan Adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini akan dapat :- Pihak sekolah Membantu pihak sekolah mengenal pasti faktor-faktor sebenar yang menyebabkan masalah disiplin di kalangan Ini membantu Pengetua, Penolong Kanan Hem, guru disiplin dan para guru untuk merangka, merancang dan melaksanakan tindakan untuk memperbaiki disiplin pelajar. Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah Menyediakan gambaran maklumat dan bukti kajian serta membantu pihak, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Klang merancang dan mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang seperti membuat garisan panduan serta mengkaji semula peraturan yang sedia ada tentang masalah-masalah disiplin yang wujud di sekolah sekitar Daerah Klang.

Kaedah Kajian Kajian ini merupakan suatu kajian berbentuk deskriptif iaitu satu kajian tentang fenomena semasa yang bertujuan untuk memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang sesuatu persoalan yang dikaji. Di mana data yang diperoleh daripada set soal selidik yang disediakan akan diterjemahkan dalam carta, graf, jadual dan sebagainya. Salah satu cara bagi meringkaskan kuantiti data yang besar supaya lebih mudah difahami ( Azizi et al, 2007). Maklumat dan data yang dikehendaki adalah faktor - faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan Pengkaji ingin melihat faktor faktor yang mampu mempengaruhi pelajar terjebak dalam masalah disiplin di sekolah. Populasi dan Sampel Kajian. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tingkatan empat, iaitu seramai 1493 orang dari empat buah sekolah menengah di sekitar Daerah Klang, Selangor. Bilangan sampel seramai 302 orang. Sampel terdiri daripada pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah masing-masing. Ini bermakna sampel dipilih secara pensampelan tidak rawak, Pensampelan purposif atau pensampelan bertujuan. Penyelidik mengambil sampel bertujuan bagi mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan. Sampel dikenal pasti dari pihak sekolah berdasarkan senarai nama pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin lebih dari tiga kali di sekolah yang terlibat. Jadual 1 : Taburan Sampel Mengikut Sekolah Instrumen Kajian. Instrumen yang digunakan di dalam kajian adalah berbentuk soal selidik. Menurut Azizi et al ( 2007 ), soal selidik merupakan satu instrumen yang kerap digunakan dalam kajian deskriptif kerana menerusi kaedah ini kerjasama daripada responden adalah mudah diperoleh. Tinjauan deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan ataupun ciri populasi. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Maka soal selidik adalah sesuai digunakan di dalam kajian ini. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Dalam Bahagian A pengkaji mengemukakan 6 soalan mengenai biodata responden. Bahagian B pula adalah merupakan soal selidik yang mengandungi soalan mengenai faktor - faktor yang telah di kenal pasti yang dapat mempengaruhi masalah disiplin pelajar di sekolah. Analisis data dalam bahagian ini dibuat berdasarkan Skala Likert daripada lima diringkaskan kepada tiga pilihan jawapan iaitu bagi jawapan 1 (STS ) dan 2 ( TS ) dianggap TS, jawapan 3 Tidak Pasti manakala jawapan 4 ( S ) dan 5 (SS ) dianggap Setuju.

Jadual 2 : Pemeringkatan Skala Likert. Kajian Rintis Sebelum kajian sebenar dapat dilakukan, kajian rintis perlu dilakukan bagi mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik. Tujuan kajian rintis adalah untuk memastikan anggaran masa pentadbiran soal selidik, kefahaman pelajar tentang kehendak soalan, kejelasan dan kesahan sesuatu item soal selidik tersebut. Ia juga untuk melihat kekuatan korelasi bagi setiap pemboleh ubah. Kebolehpercayaan soal selidik tinggi jika nilai korelasi 0.6 atau 0.7 ke atas. Nilai Cronbach s Alpha yang diperoleh pengkaji semasa kajian rintis ialah 0.848. Peratus Keseluruhan Jadual 3 : Peratus Keseluruhan Faktor Faktor Jadual 3 menunjukkan kelima lima faktor yang mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah. Faktor pengaruh peraturan sekolah merupakan peratus tertinggi responden setuju iaitu 35.85 peratus dan diikuti oleh faktor guru iaitu 34.43 peratus. Ini menunjukkan peraturan sekolah lebih mempengaruhi berlakunya masalah disiplin berbanding dengan faktor faktor lain yang dikaji. Faktor ibu bapa menunjukkan faktor yang paling kurang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin responden.

Rajah 1 : Analisis Keseluruhan Rumusan Dalam bahagian ini penyelidik akan mengaitkan hasil dapatan dan analisis data yang telah diperoleh dalam bab IV dengan objektif kajian. Seterusnya penyelidik akan membuat rumusan serta cadangan yang difikirkan perlu berkaitan dengan kajian ini. Daripada hasil kajian yang dibuat, pengkaji mendapati kelima lima faktor yang dikaji kurang mempengaruhi masalah disiplin pelajar sekolah. Faktor pengaruh peraturan sekolah merupakan faktor yang kuat mempengaruhi berbanding dengan faktor lain. Secara umumnya faktor faktor demografi seperti jantina, bangsa, agama, bilangan adik beradik, pendapatan ibu bapa dan pelajar tinggal dengan siapa mempengaruhi masalah disiplin pelajar sekolah. Bilangan adik - beradik yang melebihi daripada dua orang merupakan punca remaja terabai dan dibiarkan sahaja bebas tanpa kawalan ibu bapa. Ini mempengaruhi masalah disiplin pelajar sekolah. Sebahagian besar responden dalam kajian ini mempunyai adik beradik dalam lingkungan dua orang hingga empat orang melebihi separuh daripada bilangan responden iaitu 172 atau 58 peratus. Keluarga mereka juga berada dalam lingkungan pendapatan bawah RM1000 seramai 110 atau 36.4 peratus dan pendapatan RM 1000 hingga RM 2000 seramai 111 atau 36.8 peratus. Ini menunjukkan responden tidak mendapat sumber kewangan yang cukup dalam memenuhi keperluan sekolah. Akibatnya ia mempengaruhi masalah disiplin pelajar di sekolah. Faktor faktor yang mempengaruhi masalah disiplin pelajar yang dikaji dapat dilihat hasilnya pada analisis soal selidik bahagian B. Ia berdasarkan kepada lima persoalan kajian yang telah dibentuk bagi mencapai objektif kajian iaitu untuk a. mengenal pasti pengaruh ibu bapa terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan b. mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan c. mengetahui pengaruh guru terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. d. mengetahui pengaruh sikap pelajar terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan e. mengenal pasti peraturan sekolah terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan

Pengaruh ibu bapa Daripada analisis data bab IV, dapat kita lihat item 10 menunjukkan peratus setuju paling tinggi berbanding dengan item item lain. Ini menunjukkan masih ada ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya daripada kepentingan anak anak mereka. Walaupun peratusannya rendah tetapi ini boleh mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di sekolah. Daripada item item yang dikemukakan oleh pengkaji, ia menunjukkan peratus tidak setuju yang tinggi. Dengan kata lain faktor pengaruh ibu bapa kurang mempengaruhi terhadap berlakunya masalah disiplin Pengaruh rakan sebaya Item 16 menunjukkan peratusan setuju paling tinggi berbanding dengan item item lain. Item ini menyatakan, saya suka membuat bising di dalam kelas. Ini menunjukkan ramai kawan kawan responden suka membuat bising di dalam kelas. Seramai 147 responden menyatakan kawan kawannya terdiri daripada pelajar pelajar yang sememangnya suka membuat bising di dalam kelas. Pelajar pelajar ini akan mempengaruhi responden untuk melakukan kesalahan disiplin iaitu membuat bising di dalam kelas. Responden juga mempunyai ramai kawan kawan yang suka menconteng dinding tandas. Item 15 menunjukkan 96 responden mempunyai kawan kawan yang lebih berumur daripada mereka. Secara keseluruhan berdasarkan item - item yang dikemukakan oleh pengkaji, faktor rakan sebaya kurang mempengaruhi terhadap berlakunya masalah disiplin Pengaruh guru Berdasarkan item item yang dikemukakan oleh pengkaji, item 21 menunjukkan guru kurang bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar. Item 24 menunjukkan tindakan yang diambil oleh guru untuk menghukum pelajar tidak berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Item 26 menunjukkan perbezaan peratus setuju dengan tidak setuju tidak begitu ketara, ini menunjukkan ada segelintir guru suka datang lewat ke kelas untuk mengajar. Item 27 menunjukkan peratus setuju tinggi menunjukkan guru suka memarahi pelajar yang melakukan kesalahan di depan pelajar lain. Item 29 menunjukkan peratus setuju paling tinggi berbanding dengan item item lain, ini menunjukkan guru suka memberi kerja rumah yang banyak kepada pelajar. Item 30 menunjukkan sering memandang rendah akan kebolehan saya.. Secara keseluruhannya pengaruh guru kurang mempengaruhi terhadap berlakunya masalah disiplin Pengaruh sikap pelajar Item 33 menunjukkan peratus paling tinggi setuju. Seramai 124 responden tidak suka membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Ini menunjukkan sikap yang tidak baik bagi seorang pelajar sekolah. Item 35 menunjukkan responden suka mengganggu rakan rakan ketika berada di dalam kelas. Item 39 menunjukkan responden suka mengikut kawan kawan melepak di pusat membeli belah. Pelajar suka membazir masa dengan membuat perkara perkara yang tidak berfaedah. Secara keseluruhannya pengaruh sikap pelajar kurang mempengaruhi terhadap berlakunya masalah disiplin Pengaruh peraturan sekolah Analisis data bab IV dalam jadual 4.11 menunjukkan tindak balas responden terhadap item item yang dikemukakan bagi faktor peraturan sekolah. Item 46 menunjukkan peratus paling tinggi setuju. Item ini menunjukkan pengawas tidak mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar yang datang lewat. Item 44 menunjukkan peratus setuju 45 peratus, seramai 136 responden tidak dapat melepaskan diri dari tindakan disiplin oleh pihak sekolah. Item 48 menunjukkan responden tidak berminat untuk datang ke sekolah. Item 49 seramai 149 responden

menyatakan ibu bapa mereka tidak dipanggil untuk datang ke sekolah apabila melakukan kesalahan disiplin. Item 50 menunjukkan pihak sekolah tidak memberi peluang kepada responden untuk membela diri apabila melakukan kesalahan disiplin. Jika dilihat kepada peratus setuju, pengaruh peraturan sekolah adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan faktor faktor lain. Ini menunjukkan faktor pengaruh peraturan sekolah memberi pengaruh yang kuat terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah berbanding dengan faktor faktor lain. Rujukan Azizah Abdul Talib ( 2002 ). Peranan Guru Pendidikan Islam dalam membentuk disiplin pelajar: Kajian kes di Sek. Men Majidi Baru, Johor Bharu. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli,Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Ee Ah Meng ( 2005 ). Bimbingan dan Kaunseling. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Editor. 50 pelajar Selangor terjebak dadah. Harian Metro, 28 Julai 2007. Editor. 15 pelajar dibuang MRSM diterima di sekolah biasa. Berita Harian, 20 Julai 2007. Erywan Norsal. Pelajar sekolah langgan pelacur. Harian Metro, 19 Julai 2007. Faiza Zainudin. Peraturan disiplin pelajar diperkemas. Harian Metro, 26 Julai 2007. Mohd Najib Ghafar ( 2003 ). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai : Penerbit UTM. Mohd Salleh Lebar ( 1999 ). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Muhammad Sobri Hussin (2000). Kajian Terhadap Kepentingan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik, Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Noor Hayati Sebran ( 2001 ). Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar Sek. Men di sekitar Daerah Kluang, Johor Bharu. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Omardin Haji Ashaari ( 2002). Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( 2006-2007 ). Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Roslee Mardan. Jangan manjakan pelajar. Utusan Malaysia, 26 Julai 2007. Sarbiah Samsudin ( 2002 ). Faktor-faktor yang mempengaruhi disiplin Pelajar Islam Tingkatan 2 dan 4 Sek.Men. Keb. Tmn Universiti ( 2 ). Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Suwarni Mokhtar. Peraturan disiplin pelajar dipinda. Utusan Melayu, 26 Julai 2007. Syed Agil Al-Attas,Syed Omar ( 2003).Melentur Rebung. Kuala Lumpur: Mulia Eraf Sdn Bhd. Universiti Teknologi Malaysia ( 2002 ). Panduan Menulis Tesis untuk pelajar UTM. Perpustakaan Sultanah Zainab. Zalifah Mohd Yatim. Mengaku Khalwat. Harian Metro, 18 Julai 2007.