Detik terbaik henti merokok

dokumen-dokumen yang mirip
30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (PENAMBAHAN)

CHIA CHONG YANG A143398

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA) TEMUBUAL MELALUI TELEFON

SOAL SELIDIK BUKAN PEROKOK DEWASA (MENGHUBUNGI SEMULA)

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

PEMBANGUNAN JANJI-JANJI SELANGOR. 2. Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam, ibu negeri Selangor. Penjelasan:

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Koperasi Pengangkutan

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR PROF. DR. MOHD ISMAIL ABD. AZIZ PERASMIAN PROGRAM HARI UNESCO SOLIDARITY WITH PALESTINE

SASARAN KERJA TAHUNAN (2014)

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden


BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

UCMMC SERIAL /2009 INSTITUT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT (INSPEKA)

PROGRAM GAP YEAR KESUKARELAWANAN KHIDMAT NEGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA & ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PELAKSANAAN KLINIK 1MALAYSIA

PERTANIAN DAN INDUSTRI

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Pentingnya pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia *RESOLUSI

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Pembangunan budaya keselamatan di tempat kerja. Sinopsis:

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA 2015

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

Muhamad Nur Shafiq Bin Roslan


Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

PROGRAM GAP YEAR KESUKARELAWANAN KHIDMAT NEGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA & ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

BAHAGIAN 1 : Demografi

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN SURAU KAMPUS TETAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 12 Mac 2014

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

Transkripsi:

Detik terbaik henti merokok Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee SALAM Ramadan al-mubarak! Kita kini sekali lagi dalam dakapan bulan Ramadan, iaitu bulan yang dijanjikan keberkatan oleh Allah. Sudah pasti setiap umat Islam akan meningkatkan kualiti ibadah serta amalan kerana ganjaran pahala berganda menunggu. Di negara kita, Ramadan diterima sebagai satu daripada momen penting kepada masyarakat. Bagi komuniti perniagaan, Ramadan akan meriah dengan aktiviti jualan murah dan keghairahan rakyat membeli-belah. Bagi kami komuniti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Ramadan pasti tempoh yang sangat sibuk dengan kegiatan kesukarelaan dan kemasyarakatan. Majlis jamuan berbuka puasa dan bersolat Tarawih adalah program utama yang mesti diberi perhatian kerana akan meningkatkan hubungan di antara pemimpin pergerakan belia. Sifat toleransi dan persefahaman kaum amat terserlah dalam bulan mulia ini apabila rakan yang tidak beragama Islam sanggup menunggu sehingga jemaah selesai bersolat Maghrib dan barulah mereka sama-sama menikmati hidangan. Fokus dan kaedah kerja kesukarelaan juga disesuaikan dengan tuntutan bulan Ramadan. Kebanyakan mesyuarat dan gerak kerja dijalankan pada waktu malam selepas selesai solat Tarawih. Banyak juga yang mengadakan program di sebelah petang dan disusuli dengan majlis berbuka puasa. Tahap toleransi yang tinggi juga ditunjukkan oleh rakan pergerakan belia bukan Islam/Melayu. Sebagai contoh, dalam gerak kerja menderma darah, rakan daripada Pertubuhan Belia Buddha akan membuat kempen agar ahli mereka meningkatkan usaha menderma darah pada bulan Ramadan kerana menyedari tidak ramai sukarelawan Muslim

bersedia mendermakan darah pada bulan tersebut. Suatu peluang yang sangat baik untuk dicapai melalui tempoh berpuasa ialah berusaha berhenti merokok. Perbuatan merokok sering dikaitkan dengan ketagihan terhadap nikotin dan kegagalan seseorang perokok untuk keluar daripada persekitaran perokok. Menurut kajian, kebanyakan perokok muda bermula dengan kewujudan ikatan persahabatan yang terjalin dalam kalangan rakan yang merokok. Meninggalkan tabiat merokok dirasakan oleh seseorang individu sebagai ancaman akan kehilangan keistimewaan sesama ahli kumpulan. Sifat jantan dan macho yang ditanamkan kepada kebanyakan perokok sejak usia muda oleh iklan komersial dan karakter pelakon dalam filem serta drama juga menyumbang kepada peningkatan perokok baru setiap tahun. Laporan dipetik daripada Buletin Umum Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (Penawar Racun), pada Mac 2004 menunjukkan 14 peratus daripada remaja di seluruh dunia adalah perokok. Di Malaysia pula lebih kurang lapan peratus daripada 4.6 juta perokok terdiri daripada remaja. Dalam kajian Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), pada 2006 mendapati 47.2 peratus daripada jumlah responden lelaki (2,054 orang) adalah perokok manakala 4.8 peratus daripada jumlah belia perempuan (2,030 orang) adalah perokok. Statistik Pusat Racun Negara USM juga menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 50 hingga 60 remaja mula merokok setiap hari. Memandangkan data menunjukkan bahawa kadar merokok dalam kalangan Melayu Islam adalah tertinggi dengan 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus, maka adalah wajar bulan Ramadan ini dijadikan ruang terbaik untuk umat Islam meninggalkan tabiat merugikan ini. Fakta serta

bukti mengenai bahaya dan kesan merokok kepada perokok serta orang sekeliling tidak perlu lagi kita bincangkan di sini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan mempunyai data dan program lengkap untuk membuktikan bahawa rokok adalah perosak. Kini adalah masa untuk kita mencari organisasi serta individu yang sanggup mengisytiharkan dirinya sebagai antirokok. Kita harus menyanjung dan menyokong pemimpin dan pembuat dasar yang berani mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan dasar tidak merokok dalam kawasan pentadbiran masing-masing. Di antara pemimpin negara yang tegas dan berani membasmi budaya merokok ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang mengisytiharkan Melaka Bebas Rokok. Beliau mempunyai kaedah tersendiri untuk mendapatkan kerjasama pentadbir dan pemimpin seluruh negeri untuk menerima pakai program pengawalan dan penguatkuasaan larangan merokok di seluruh negeri. Kerajaan negeri Melaka mempunyai program khas dengan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) Kementerian Kesihatan untuk memastikan dasar tidak popular ini diterima baik oleh masyarakat. Di antara strategi yang menarik ialah dengan mendapatkan komitmen serta sokongan daripada seberapa banyak pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili pelbagai komuniti di negeri yang mendapat pengiktirafan Unesco sebagai Bandar Warisan Dunia ini. Pengalaman Penulis berkunjung dan bertemu rakan belia di negeri berkenaan mendapati sudah wujud kesedaran dan penerimaan yang tinggi larangan merokok di tempat awam di negeri Melaka. Semoga langkah berani negeri Melaka akan dituruti oleh pentadbiran negeri lain di Malaysia. Satu lagi

langkah berani dalam usaha memerangi budaya merokok ialah keputusan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang mengisytiharkan untuk berhenti merokok sejak 20 Julai lalu. Semua orang khususnya lebih 100,000 anggota tentera di seluruh negara harus menghormati dan mencontohi sifat jujur dan keinsafan beliau terhadap kesan buruk tabiat merokok kepada manusia. Sekiranya seorang jeneral sanggup keluar daripada bayangan ego dan mengakui kesilapan masa lalu sehingga menjadi seorang perokok tegar, maka sudah sampai masanya bagi orang lain menuruti jejak langkah ini. Mesej ini juga penulis tujukan kepada cerdik pandai agama serta imam yang mungkin masih gagal meninggalkan tabiat merokok sedangkan fatwa yang menyatakan bahawa merokok adalah haram sudah lama diputuskan. Kempen Perangi Rokok oleh ATM amat bermakna bagi kita untuk memastikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia dicapai. Dengan adanya kempen sedemikian, maka anggota tentera kita memberikan mesej jelas kepada rakyat Malaysia bahawa kewibawaan dan kejantanan perwira kita adalah berdasarkan kepada kemahiran menggunakan senjata dengan semangat patriotisme yang tinggi untuk mempertahankan negara; bukan bergantung kepada sebatang rokok yang tersepit di celah jari. Kepada remaja dan belia di luar sana, silalah fahami dan pelajari kenyataan yang dibuat oleh Panglima ATM berkaitan tabiat merokok. Pada usia 58 tahun dengan status sebagai panglima, beliau mengakui bahawa tindakannya sebagai perokok tegar sejak dulu adalah salah kerana menjejaskan kesihatan dan membazirkan wang. Maka, apakah lagi alasan anak muda yang masih bergaji kecil dan cetek pengalaman ini untuk menghalalkan perbuatan merokok? Tepuk dada tanya selera. Mengetepikan ketagihan bukan usaha

mudah. Hanya yang jujur dan berjiwa besar saja mampu melaluinya. Penulis Presiden MBM berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) USM