Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

dokumen-dokumen yang mirip
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

SURAT TAWARAN PER: PERMOHONAN UNTUK OVERDRAF BERCAGAR TALIAN KREDIT TERHADAP PELBAGAI KOLATERAL

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB 1. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN

MEMORANDUM DEPOSIT SAHAM DAN SYER

MEMORANDUM CAGARAN DAN DEPOSIT. CIMB BANK BERHAD (No. Syarikat P ) Kepada:

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

LAMPIRAN SEBUTAN PERMULAAN 1 DEFINISI DAN PENTAFSIRAN

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Bertarikh pada haribulan 20. Antara CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H) Dan [NAMA PIHAK] SURATIKATAN PENYERAHAN HAK

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

LAMPIRAN SEBUTAN PERMULAAN 1 DEFINISI DAN PENTAFSIRAN

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Page 1 of 7. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM 1. MEMBUKA AKAUN

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

PERJANJIAN AKAUN PELABURAN EMAS CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

lain tanpa memberikan sebarang sebab. Kepada: CIMB Bank Berhad Cawangan...

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Kepada: CIMB Bank Berhad

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Fasal-fasal yang dipinda

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL BIL KREDIT YANG DIBELI

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

JAMINAN DAN TANGGUNG RUGI OLEH INDIVIDU

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Overdraf. November 2017

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Pada haribulan 20. Antara CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H) Dan. (Nama Pihak) SURAT KUASA WAKIL

Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Page 1 of 7 CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN AIRASIA SAVERS CIMB BANK Layak menerima perlindungan PIDM

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

Page 1 of 9. Kepada: CIMB Bank Berhad. ... Cawangan PERJANJIAN AKAUN PELABURAN EMAS CIMB BANK. Tuan,

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

PERJANJIAN KEMUDAHAN MURABAHAH Berhubung Dengan Kemudahan Pembiayaan Harta Komoditi Murabahah-i. Bertarikh[ ] Diantara

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

Perjanjian Maybankard Platinum

Transkripsi:

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB 1. DEFINISI Dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB ini ("Terma-terma dan Syarat-syarat Utama") dan Surat Tawaran, kata-kata berikut akan membawa maksud yang dibentangkan di bawah:- "Kolateral" "Had Peminjaman Komponen" "Had Pengeluaran" "Peristiwa Keingkaran" "Pelaburan" bermaksud semua Cagaran (termasuk tanpa had, Pelaburan) yang digadai janji, disandarkan, digadai atau diserah hak kepada Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan dari semasa ke semasa selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran dan "Kolateral" bermaksud setiap atau mana-mana daripadanya atau mana-mana bahagian daripadanya. bermaksud berkaitan dengan setiap Kolateral, jumlah Margin Pembiayaan yang terpakai kepada Kolateral dan Nilai Pasaran Kolateral; bermaksud pada masa yang ditentukan dan tertakluk kepada Had Kredit Diluluskan Maksimum tidak dilampaui, agregat semua Had Peminjaman Komponen ditolak Jumlah Belum Dijelaskan. bermaksud sebarang peristiwa atau keadaan yang dibentangkan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini. bermaksud semua:- (i) (ii) (iii) (iv) Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) dan Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa; Produk Berstruktur tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa; Unit amanah yang diterbitkan dan diuruskan oleh CIMB Principal Asset Management Berhad, Aminvestment Services Berhad, Affin Hwang Investment Management Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd, Eastspring Investments Berhad, TA Unit Trust Management Berhad dan Pacific Mutual Fund Berhad, di mana unit Amanah tersebut dilanggan dan/atau dibeli melalui Bank; dan sebarang cagaran lain yang boleh diterima oleh Bank dari semasa ke semasa yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditawarkan oleh Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran sebagai cagaran bagi Kemudahan dan/atau dideposit dengan Bank atau yang mungkin kini atau selepas ini berada dalam milikan atau dipegang oleh Bank atau

nomininya dan termasuk semua faedah atau kupon yang terakru ke atasnya dari semasa ke semasa dan semua bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian dan wang lain pun jua yang dibayar atau perlu dibayar atau dibuat terhadapnya dan semua hasil penebusan, hasil jualan, hak, opsyen, dan manfaat yang walau bagaimanapun jua terakru atau sebaliknya berhubung dengannya. "Margin Pembiayaan" bermaksud, berhubung dengan setiap Kolateral atau kategori Kolateral, margin pembiayaan seperti yang dibentangkan dalam Lampiran pada Surat Tawaran atau sebarang margin pembiayaan lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara mutlaknya, dan selaras dengannya Had Pengeluaran dan Had Peminjaman Komponen diperolehi atau dikira. "Nilai Pasaran" bemaksud nilai setiap Kolateral pada masa yang ditentukan seperti yang ditetapkan oleh Bank berdasarkan:- (i) (ii) harga penutup harian bagi Kolateral tersebut seperti yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya; atau mengikut keadaan nilai muka Kolateral tersebut. "Jumlah Belum Dijelaskan" "Cagaran" bermaksud agregat semua wang sama ada jumlah prinsipal, faedah, faedah dimodalkan, fi komitmen, kos, caj atau jumlah lain pun jua yang belum dijelaskan atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu dibayar oleh Peminjam dari semasa ke semasa di bawah atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat Tawaran ini dan Dokumen Cagaran dan semua liabiliti dan obligasi sama ada pada masa ini atau masa hadapan atau sebenar atau kontingen bagi pembayaran balik atau pembayaran sebarang wang oleh Peminjam dari semasa ke semasa berhubung dengan atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat Tawaran ini dan Dokumen Cagaran. hendaklah membawa maksud yang ditetapkan baginya dalam Surat Tawaran. "Dokumen Cagaran" bermaksud sebarang dan semua dokumen cagaran yang disempurnakan atau yang mungkin dari semasa ke semasa disempurnakan memihak kepada Bank untuk menjamin pembayaran balik atau pembayaran Jumlah Belum Dijelaskan oleh Peminjam. "Kepentingan Cagaran" termasuk tanpa had, sebarang gadai janji, sandaran, lien, gadaian (sama ada tetap atau terapung), penyerahan hak, hipotekasi, hak tolakan, deposit melalui cagaran, penjualan dengan penyimpanan atau kepentingan cagaran lain tidak kira jenisnya (termasuk tanpa prejudis sebarang penyimpanan hakmilik, penyerahan hak, pemindahan melalui cagaran, penjualan dan pajakan balik dan/atau penjualan dan pembelian balik berdasarkan terma kredit) dan sebarang perkiraan lain yang mempunyai kesan ekonomi yang sebahagian besarnya sama sama seperti mana-mana yang disebut sebelum ini yang walau bagaimanapun jua diwujudkan atau berbangkit.

"Pihak Cagaran" "Jumlah Dedahan" bermaksud mana-mana pihak yang menyediakan sebarang cagaran (termasuk selaras dengan Dokumen Cagaran) kepada Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan. bermaksud Jumlah Belum Dijelaskan dan agregat semua wang lain yang terhutang atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu dibayar oleh Peminjam kepada Bank berhubung dengan sebarang dan semua kemudahan perbankan yang diberikan oleh Bank kepada Peminjam dan sebarang obligasi belum dijelaskan yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank sama ada sendiri atau bersama-sama dengan pihak lain atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin atau sebenar atau kontingen pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa; 2. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa oleh Bank) sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:- (d) (e) (f) (g) (h) Dokumen Cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran dan sebarang dokumen cagaran lain atau dokumen lain yang perlu disempurnakan oleh Peminjam dan mana-mana Pihak Cagaran sepertimana dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan dikembalikan kepada Bank bersama-sama dengan semua sijil relevan, penyata akaun, surat pengesahan dan/atau bukti berdokumen lain tentang hakmilik atau pemilikan terhadap cagaran sebagaimana mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya; cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran telah disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan, jika berkenaan); setelah membuka akaun semasa atau mengekalkan akaun semasa oleh Peminjam dengan Bank; sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar; pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan dalam Fasal 15 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama; tiada Peristiwa Keingkaran yang dinyatakan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syaratsyarat Utama ini dan tiada peristiwa yang dengan pemberian notis dan/atau luputnya masa akan merupakan Peristiwa Keingkaran telah berlaku atau masih berterusan; Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini melainkan jika terdapat kesilapan yang nyata) bahawa tiada perubahan material telah berlaku terhadap keadaan kewangan Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan cagaran Bank; dan kepatuhan dengan sebarang terma dan syarat lain yang boleh ditetapkan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.

Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan Kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah untuk manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara keseluruhan atau sebahagian untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya. 3. CAGARAN 3.1 DEPOSIT TETAP/DEPOSIT TERMA SEBAGAI CAGARAN Jika deposit tetap/deposit terma yang ditempatkan dengan Bank dan atau CIMB Islamik Bank Berhad disediakan oleh Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) sebagai cagaran berterusan bagi Kemudahan, Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan secara mutlak kepada Bank melalui gadaian tetap pertama semua wang yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditempatkan dalam deposit tetap/deposit terma dan semua wang yang dari semasa ke semasa dalam kredit semua akaun deposit tetap/deposit terma termasuk semua faedah/keuntungan yang terakru ke atasnya dan semua pembaharuannya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "FD") yang mana ungkapannya hendaklah jika konteks membenarkannya, termasuk mana-mana bahagian daripadanya) sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua/atau mana-mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin dan sama ada terhutang dan kena dibayar pada masa ini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa termasuk faedah dan/atau keuntungan dan semua caj dan wang lain sehingga tarikh penyelesaian penuh. Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui FD bersama-sama dengan faedah dan/atau keuntungan ke atasnya (kecuali jika faedah/keuntungan tersebut dibenarkan dikeluarkan menurut terma-terma penempatan) pada tarikh matang menurut sebarang terma yang dianggap wajar dan gadaian/ penyerahan mutlak hak FD hendaklah termasuk semua faedah dan/atau keuntungan yang diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank berhak menyimpan deposit tersebut bersama-sama faedah dan/atau keuntungan yang terakru sehingga keseluruhan liabiliti Peminjam dengan Bank telah dibayar balik dengan sepenuhnya. Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank mempunyai budi bicara mutlak dan kebebasan pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa dan meskipun tempoh penempatan FD atau mana-mana bahagian daripadanya mungkin belum luput dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam (dan/atau manamana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak FD (termasuk sebarang faedah dan/atau keuntungan yang terakru) terhadap sebarang liabiliti Peminjam dengan Bank. Sementara menunggu pihak Bank melaksanakan hak untuk menolak yang tersebut, pihak Bank berhak untuk menahan dan atau menggantung bayaran untuk sebarang wang dari FD tersebut (termasuk apa-apa faedah dan/atau keuntungan yang terkumpul). Semasa melaksanakan sebarang budi bicara dan haknya, Bank tidak mempunyai liabiliti atau bertanggungjawab untuk sebarang kerugian kepada Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) termasuk tetapi tidak terhad kepada

sebarang kerugian faedah/keuntungan melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. (d) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak boleh:- (i) (ii) menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan, mewujudkan atau membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran terhadap FD; atau mana-mana bahagian daripadanya mewujudkan sebarang amanah terhadap FD atau mana-mana bahagian daripadanya; (iii) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak sebarang hak terhadap FD atau mana-mana bahagian daripadanya; (iv) mengeluarkan dan Peminjam juga tidak berhak mengeluarkan atau berhak meminta pembayaran balik FD atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada Bank. (e) (f) Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan atau perkara atau melaksanakan apa-apa dokumen, notis, pengendorsan bagi tujuan menyempurnakan cagaran Bank dan/atau penyerahan hak mutlak terhadap FD dan Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) hendaklah bertindak/melakukan perkara yang dikehendaki dalam sebarang tempoh yang boleh ditetapkan oleh Bank. Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, kesemua resit asal deposit tetap/deposit terma akan dijaga oleh Bank jika ada dikeluarkan dari semasa ke semasa berkenaan dengan FD. 3.2 INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING KADAR TERAPUNG (FRNID)/INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING (NID) YANG DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD / PRODUK BERSTRUKTUR CIMB YANG DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD / UNIT AMANAH YANG DITERBITKAN DAN DIURUSKAN OLEH CIMB PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD, AMINVESTMENT SERVICES BERHAD, AFFIN HWANG INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD, RHB ASSET MANAGEMENT SDN BHD, EASTSPRING INVESTMENT BERAHD, TA UNIT TRUST MANAGEMENT BERHAD DAN PACIFIC MUTUAL FUND BERHAD DI MANA UNIT AMANAH TERSEBUT DILANGGAN DAN/ATAU DIBELI MELALUI BANK DAN CAGARAN LAIN YANG BOLEH DITERIMA OLEH BANK Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini secara mutlak menyerah hak dan/atau menggadai janji dan/atau menggadai dan/atau menyandar dan/atau mendeposit dengan Bank melalui gadaian tetap pertama semua Pelaburan sebagai cagaran berterusan untuk pembayaran balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua dan/atau manamana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin dan sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini

termasuk faedah dan semua caj dan wang lain sehingga tarikh penyelesaian penuh. (d) Bank mempunyai budi bicara dan kuasa pada semua masa untuk membuat keputusan sama ada atau tidak dan bila untuk meneruskan dengan pendaftaran mana-mana atau semua Pelaburan dalam nama Bank atau penamanya dan semua Pelaburan hendaklah menjadi cagaran berterusan untuk semua liabiliti dengan Bank sama ada Pelaburan telah didaftarkan sedemikian atau tidak dan tidak kira sama ada Pelaburan mungkin didaftarkan dalam nama Bank atau penamanya. Sebarang Pelaburan yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah berbayar sepenuhnya dan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan dan bebanan pun jua. Peminjam hendaklah dengan serta-merta berhubung dengan sebarang Pelaburan yang ditawarkannya sebagai cagaran untuk Kemudahan (kecuali telah dilakukannya sebelum ini): - (i) menyerahkan atau menyebabkan penyerahan kepada Bank semua sijil relevan, penyata akaun, surat pengesahan dan/atau bukti berdokumen tentang hakmilik atau pemilikan terhadap Pelaburan sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya, (ii) memindahkan atau menyebabkan pemindahan melalui cara elektronik atau sebaliknya kepada akaun Bank, agennya atau nomininya, depositori termasuk tetapi tidak terhad kepada Malaysian Central Depository Sdn. Bhd., sub-wakil, daftar saham atau manamana institusi yang diberi kuasa di bawah undang-undang Malaysia, (iii) menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dari semasa ke semasa bagi penyerahan hak, sandaran, gadaian terhadap sebarang nota kontrak, sijil atau sebarang cagaran yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini. (e) (f) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, cagaran yang diwujudkan terhadap Pelaburan termasuk dan merangkum semua faedah, kupon, dividen, bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian, penebusan, hak, keutamaan, opsyen, waran, jualan hasil jualan dan hasil penebusan dan semua wang, saham, stok atau sebarang manfaat yang walau bagaimanapun jua terakru kepadanya atau sebaliknya berhubung dengannya yang dibayar secara terus kepada Peminjam dari semasa ke semasa dan tidak boleh dikeluarkan atau dilupuskan atau diserah hak atau dipindahkan atau diwujudkan sebarang amanah terhadapnya atau diberikan sebarang waran opsyen atau hak untuk melanggan atau membeli atau memperolehinya atau diwujudkan sebarang bentuk bebanan dengan mana-mana pihak pun jua. Semua panggilan, wang langganan dan/atau sebarang wang yang perlu dibayar ke atas atau terhadap Pelaburan hendaklah dibayar oleh Peminjam apabila dituntut, dan jika tidak, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi berbuat demikian) membuat pembayaran dan jika Bank berbuat demikian, Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap

semua pembayaran sedemikian bersama-sama dengan faedah ke atasnya dari tempoh bermula pada tarikh pembayaran tersebut dan berakhir pada tarikh apabila Bank telah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Peminjam, yang dikira pada kadar yang akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicaranya. (g) Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai mengambil apa-apa tindakan, yang mana tindakan atau peninggalan tersebut boleh menjejaskan secara material dan mudarat atau boleh mengurangkan nilai sebarang Pelaburan atau yang boleh mengubah atau menjejaskan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak yang diwujudkan disini. (h) (i) Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Jumlah Belum Dijelaskan tidak melampaui agregat semua Had Peminjaman Komponen sama ada (i) dengan mendeposit dengan atau menyediakan kepada Bank Cagaran tambahan yang diluluskan oleh Bank (dalam tempoh yang ditetapkan yang dibentangkan dalam makluman Bank secara bertulis kepada Peminjam) dan dengan itu Cagaran tambahan tersebut akan menjadi sebahagian daripada Pelaburan di sini; atau (ii) dengan membayar kepada Bank atau penamanya secara tunai sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank; dan (ii) Di samping dan tanpa prejudis kepada sebarang hak dan remedi lain di pihak Bank, Bank berhak dan dengan ini secara tak boleh batal dan dengan tidak bersyarat dibenarkan oleh Peminjam pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, apabila Jumlah Dedahan melebihi agregat semua Had Peminjaman Komponen atau apabila difikirkan wajar oleh Bank:- 1. untuk menggunakan semua atau sebarang manfaat dan hak daripada Pelaburan atau yang wujud padanya untuk mengurangkan Jumlah Dedahan dalam apa jua cara atau turutan yang dianggap wajar oleh Bank; dan/atau 2. untuk menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau untuk merealisasikan atau bersetuju menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang boleh diputuskan oleh Bank menurut budi bicaranya dan bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras dengan terma-termanya dan hasilnya boleh digunakan untuk mengurangkan Jumlah Dedahan dalam sebarang cara atau turutan yang dianggap wajar oleh Bank. (i) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dan semua liabiliti daripadanya dijelaskan dengan sepenuhnya, Bank akan pada semua masa mengekalkan budi bicara mutlak terhadap semua atau sebarang isu berkaitan dengan penggunaan sebarang

faedah, kupon, pendapatan, pembahagian atau sebarang wang lain yang diterima, pelaksanaan hak mengundi, sama ada untuk mendapatkan pemisahan sekuriti menjadi lot lebih kecil dan pelaksanaan kuasa penguatkuasaan berikutan sebarang pelanggaran Surat Tawaran dan Termaterma dan Syarat-syarat Utama ini. (j) (i) Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi boleh dikuat kuasa dan kuasa penjualan dan sebarang kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan menjadi boleh dilaksana, menurut budi bicara Bank, selepas notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar telah diberikan, sekiranya Peminjam gagal membayar atau menjelaskan mana-mana bahagian Kemudahan apabila kena dibayar atau selepas Bank menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada liabiliti Peminjam atau jika Peminjam melanggar sebarang obligasi kepada Bank sama ada di bawah Kemudahan ini atau sebarang kemudahan dan/atau perjanjian lain dengan Bank. (ii) Bank berhak melupuskan, mencairkan atau menjual Pelaburan yang disandar dan/atau dicagar dan/atau diserahhak dan/atau dideposit dengan Bank, sebagaimana dianggapnya wajar menerusi agennya yang dilantik atau mana-mana syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holding Berhad, syarikat induk muktamad Bank, sekiranya Peminjam ingkar membayar balik Kemudahan Peminjam atau apabila berlaku mana-mana peristiwa keingkaran yang dinyatakan di dalam ini atau Peminjam memungkiri apa-apa obligasi kepada Bank di bawah Kemudahan. Hasil penjualan akan dikreditkan untuk melaraskan dan/atau menyelesaikan liabiliti Peminjam dengan Bank. Apa-apa kurangan dalam akaun hendaklah dijelaskan oleh Peminjam. Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang peruntukan di dalam ini, kuasa Bank termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:- 1. Mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; 2. Menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan atau bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang diputuskan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya (bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras dengan terma-terma di sini dan hasilnya boleh digunakan untuk membayar balik liabiliti Peminjam terhadap Bank dalam sebarang cara atau turutan yang dianggapnya wajar); 3. Melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan pelaksanakan semua kuasa atau hak sampingan dengan pemilikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;

4. Menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun sebarang tuntutan/penyelesaian, akaun, pertikaian, persoalan dan tuntutan yang berkaitan dalam apa cara jua dengan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; 5. Membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau menggugurkan sebarang tindakan, guaman atau prosiding terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana pihak yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu oleh Bank; dan 6. Mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau wajar atau sesuai untuk merealisasikan Pelaburan dan penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar kepada Bank. Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan memastikan Bank ditanggung rugi sepenuhnya terhadap semua tindakan, kerugian, tuntutan, prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang ditanggung oleh Bank (jika ada) untuk melaksanakan atau cuba melaksanakan sebarang hak, kuasa, remedi atau budi bicara yang diletak hak pada Bank melainkan ianya daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau Bank atau kelalaian yang sengaja. (k) (l) (m) Sebarang dividen, faedah, kupon, pendapatan, wang dan/atau sebarang bentuk manfaat lain yang diterima daripada atau berpunca daripada Pelaburan, sama ada dibayar atau diberikan kepada Peminjam atau sebaliknya, hendaklah pada semua masa dipegang dalam amanah untuk Bank dan dibayar kepada Bank apabila dituntut. Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap Peminjam atau mana-mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan atau pengurangan harga/nilai Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang disebabkan oleh Bank merealisasikan keseluruhan atau sebahagian daripada Pelaburan atau atas sebarang keingkaran atau ketinggalan oleh Bank berkaitan dengan Pelaburan atau kerana Bank melaksanakan atau tidak melaksanakan atau lewat melaksanakan sebarang kuasa atau budi bicara yang diletak hak pada Bank melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. Peminjam mengakui dan bersetuju bahawa Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan kepada Peminjam untuk memastikan bahawa Pelaburan dijual atau ditebus pada harga terbaik atau harga munasabah. Mana-mana pembeli, rumah dana atau penerbit sebarang Pelaburan atau orang, firma, syarikat lain atau entiti lain yang berurusan dengan Bank tidak akan terikat atau dikehendaki memastikan atau bertanya sama ada hak Bank untuk melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Surat Tawaran dan/atau Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau yang boleh dilaksanakan oleh Bank telah berbangkit atau mengambil kira sebarang notis yang menyatakan sebaliknya atau tentang kewajaran atau kesesuaian sebarang pelaksanaan atau pelaksanaan yang dikatakan terhadap kuasa tersebut atau sama ada sebarang wang masih terhutang terhadap cagaran ini atau tentang penggunaan sebarang wang yang dibayar.

(n) Sepanjang tempoh Kemudahan dan selama mana selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan telah dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak akan:- (i) menggadai janji, menggadai, menyandarkan, menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan, mewujudkan atau membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; (ii) mewujudkan sebarang amanah terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; (iii) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak apa-apa hak terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; 3.3 CAGARAN BERTERUSAN Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah cagaran yang berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada masa ini atau selepas ini kepada Bank oleh Peminjam dan/atau setiap Pihak Cagaran dari semasa ke semasa, meskipun: (d) Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank untuk suatu jangka masa; sebarang akaun Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan Bank atas sebarang sebab pun jua tidak lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan akaun atau sebaliknya; sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang mungkin dibuat pada susunan mana-mana Pihak Cagaran (yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan) atau Bank; atau kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana Pihak Cagaran, sama ada secara sukarela atau paksa. 3.4 LIEN DAN HAK LAIN Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau cagaran lain di pihak Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat kuasa atau sebarang wang masih boleh dipinjamkan atau perlu dibayar oleh Peminjam dan/atau Pihak Cagaran, mempunyai lien am terhadap semua sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau Pihak Cagaran yang kini atau mungkin dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau dalam atau menjadi milik, dijaga atau dikawal atau dipegang dalam nama atau atas perintah atau untuk Bank dan/atau penama Bank sama ada untuk simpanan selamat atau cagaran atau sebaliknya atau untuk sebarang tujuan khusus atau secara amnya. Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan memudaratkan atau menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain yang menjadi hak Bank dari semasa ke semasa atau yang mungkin dipegang oleh Bank untuk atau bagi Jumlah Belum Dijelaskan dari semasa ke semasa atau sebarang wang lain yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank dan

tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan memudaratkan atau menjejaskan sebarang bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain yang mungkin dipunyai atau dipegang oleh Bank pada masa itu untuk sebarang wang yang dipinjamkan atau didahulukan, faedah ke atasnya dan wang lain yang disebut sebelum ini atau sebarang hak atau remedi Bank di bawah bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain tersebut. 3.5. WA'D UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan memihak kepada Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam. Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki oleh Bank. 4. PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN (d) (e) Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa atau Kadar Had Lebihan (mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan sebarang caj lain terhadap Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang ditetapkan oleh Bank di dalam Surat Tawaran. Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan 365 hari setahun (366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun Kemudahan Peminjam setiap bulan kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya oleh Bank. Kadar Faedah (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan, faedah tambahan dan faedah dimodalkan), adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicaranya. Perubahan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada mengubah asas bagaimana Bank menentukan Kadar Faedah, daripada tanda aras Kadar Asas Bank, spread kuantum yang perlu dibayar melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri sekiranya kadar faedah tidak dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah untuk mengira Kadar Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank. Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap Kemudahan dan perubahan pada sebarang Kadar Faedah yang diperuntukkan di dalam ini berbangkit daripada perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak mengubah komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan/atau Kadar Faedah yang terpakai yang terkandung di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu sekurangkurangnya 21 hari kalendar kepada Peminjam. Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan perlu dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bilabila masa selepas tarikh kena dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan kepada akaun Kemudahan Peminjam dan faedah yang didebit tersebut akan dicagar dan dibayar sewajarnya.

Bagi tujuan di sini, "Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada Kemudahan sepertimana dinyatakan dalam Surat Tawaran termasuk Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan oleh Bank. 5. FAEDAH PERLU DIBAYAR SEBELUM DAN SELEPAS PENGHAKIMAN MAHKAMAH Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan yang belum dijelaskan di bawah Kemudahan yang pada masa itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan, faedah yang diubah dan faedah dimodalkan) perlu dibayar sebelum dan selepas penghakiman mahkamah dan sebelum dan selepas tuntutan dibuat untuk pembayaran terhadap Peminjam dan semua wa'd dan syarat yang terkandung di dalam atau dibayangkan secara tersirat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua kuasa dan remedi yang diberikan oleh undang-undang atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua peraturan undang-undang atau ekuiti berkaitan dengan jumlah prinsipal dan faedah hendaklah dikenakan dengan sama rata kepada faedah dimodalkan dan meskipun perhubungan jurubank dan pelanggan antara Bank dan Peminjam telah terhenti atas apa-apa sebab pun jua. Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah dilampaui atau tidak, semua faedah yang didebit dan faedah yang dimodalkan akan dianggap faedah dan bukan had prinsipal. 6. HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang Dokumen Cagaran lain, Bank berhak untuk menyemak semula Kemudahan pada bila-bila masa yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya, tanpa sebarang obligasi sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, untuk memberi sebarang sebab untuknya dan sama ada peristiwa yang dibentangkan di dalam klausa 13 di dalam ini telah berlaku atau tidak, dan selepas memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dan dalam sebarang cara pun jua;- (d) had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau menambah had Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa); cara Kemudahan disediakan; sebarang terma dan syarat Kemudahan; dan/atau sebarang Dokumen Cagaran berkaitan dengan Kemudahan. Tertakluk kepada Bank memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peminjam dan atau pihak cagaran (jika berkenaan), sebarang perubahan dan/atau pindaan (sama ada dengan menambah, meminda atau memadamkan terma-terma dan syaratsyarat Kemudahan dan/atau mengurangkan, memadamkan, membatalkan, memodifikasi, meminda, menukar, mengganti Kemudahan atau sebaliknya) hendaklah dianggap berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank dan tidak akan dalam apa cara pun jua menjejaskan hak dan remedi Bank yang terkandung di dalam ini dan/atau sebarang Dokumen Cagaran lain atau kesahan cagaran, liabiliti dan obligasi yang diwujudkan di dalam ini atau di

dalam sebarang Dokumen Cagaran lain. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan sekiranya sebarang cek atau nota yang dibayar atau bil yang diterima oleh Peminjam tidak dilayan disebabkan tindakan yang disebut sebelum ini oleh Bank melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. 6.1. KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi, pindaan dan/atau perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan dengannya dan sebarang faedah yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya termasuk tarikh apabila perubahan demikian mula berkuat kuasa:- (d) (e) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis tersebut ditampal di premis Bank; dan/atau dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh Bank, notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Peminjam; dan/atau dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis tersebut kepada Peminjam melalui pos biasa atau pos berdaftar; dan/atau dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik kepada Peminjam atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa di laman web Bank dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan. 7. PEMBAYARAN BALIK Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat Tawaran, segala jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal, faedah atau sebarang wang lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar apabila dituntut.

(d) Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank sebarang jumlah yang dibentangkan di dalam Surat Tawaran atau yang dimaklumkan oleh Bank sebagai jumlah yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank (melainkan jika terdapat kesilapan yang nyata dalam pemberitahuan Bank tentang jumlah wang yang terhutang) dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar dari notis Bank yang dikeluarkan. Semua pembayaran yang akan dibuat kepada Bank hendaklah pembayaran penuh tanpa tolakan atau tuntutan balas, bebas dan bersih dan tanpa potongan sebarang cukai, levi, impos, duti, caj, fi, potongan, penahanan, sekatan atau syarat tidak kira jenisnya. Jika undang-undang menghendaki sebarang potongan daripada sebarang pembayaran, Peminjam hendaklah memastikan bahawa jumlah bersih yang diterima oleh Bank adalah bersamaan dengan jumlah penuh yang akan diterima oleh Bank, jika potongan tersebut tidak dibuat. 8. REPRESENTASI DAN JAMINAN Dengan menerima Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa: Peminjam mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan, memenuhi dan melaksanakan terma-terma di dalam Surat Tawaran dan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini; (d) (e) (f) (g) baik Peminjam mahupun mana-mana Pihak Cagaran tidak mengingkari sebarang perjanjian (sama ada berkenaan dengan pembayaran, pelaksanaan atau sebaliknya) yang mana Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran adalah pihak padanya atau yang mengikat Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran; tiada litigasi, timbang tara atau pertikaian sama ada sebenar, belum diputuskan atau diancam terhadap Peminjam atau mana-mana atau Pihak Cagaran; semua penyata kewangan yang diterima atau akan diterima oleh Bank berkenaan dengan Peminjam memberikan gambaran yang benar dan tepat tentang kedudukan kewangan Peminjam; tiada perubahan material yang buruk berlaku pada keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan Pihak Cagaran, dan jika berkenaan, persekitaran operasi atau pengurusan perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana Pihak Cagaran yang akan menjejaskan secara material keupayaan Peminjam atau keupayaan Pihak Cagaran untuk melaksanakan obligasi Peminjam/mereka di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran; Peminjam dan jika berkenaan, setiap Pihak Cagaran adalah pemilik undang-undang dan benefisial sebarang aset atau harta yang ditawarkan sebagai cagaran kepada Bank berhubung dengan Kemudahan, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan Dokumen Cagaran; penerimaan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini merupakan obligasi yang sah dan boleh dikuat kuasa dan tidak atau tidak akan melanggar peruntukan mana-mana undang-undang, peraturan, kaedah, perintah, writ, injunksi atau dekri mana-mana mahkamah, badan pentadbiran atau badan kawal selia yang mempunyai kuasa terhadap Peminjam, dan tidak melanggar sebarang perjanjian lain

yang mana Peminjam adalah pihak padanya atau akujanji yang mengikat Peminjam atau asetnya; (h) (i) (j) (k) (l) (m) (n) Peminjam telah mendedahkan kepada Bank dengan sepenuhnya dan secara bertulis semua fakta berkaitan dengan Peminjam dan Pihak Cagaran yang diketahui atau secara munasabah sepatutnya diketahui oleh Peminjam dan yang wajar didedahkan kepada Bank dalam konteks Kemudahan; semua pengisytiharan yang dibuat kepada Bank dan maklumat yang diberikan oleh Peminjam dan jika berkenaan, setiap Pihak Cagaran berhubung dengan Kemudahan tidak mengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau tidak menyatakan sebarang fakta dan semua ungkapan tentang jangkaan, niat, kepercayaan dan pendapat semua unjuran yang terkandung di dalamnya dibuat dengan jujur dan berdasarkan alasan munasabah selepas pertanyaan yang wajar dan berhati-hati; Peminjam dan setiap Pihak Cagaran adalah tertakluk kepada undang-undang sivil dan perdagangan berhubung dengan setiap obligasi Peminjam/ mereka di bawah Kemudahan dan penyempurnaan, penyerahan dan pelaksanaan obligasi yang diwujudkan di bawah ini merupakan tindakan peribadi dan perdagangan dan bukan tindakan kerajaan atau awam dan Peminjam, Pihak Cagaran mahupun mana-mana harta/cagaran tidak menikmati sebarang kekebalan atas alasan kedaulatan atau sebaliknya berhubung dengan obligasi mereka berbangkit daripada Kemudahan; tiada prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Peminjam, dan penjamin dan/atau mana-mana Pihak Cagaran; Jumlah peminjaman Peminjam daripada semua sumber dalam Malaysia, termasuk Kemudahan ini (tidak termasuk kemudahan untuk pembiayaan/pembiayaan semula bagi pembelian atau pembinaan harta tak alih dan pembelian tanah) tidak melebihi RM10 juta secara agregat atau sebarang had maksimum lain yang mungkin dikenakan oleh pihak berkuasa yang mengawal dari semasa ke semasa. (Hanya terpakai kepada warga asing) Peminjam dan setiap Pihak Cagaran telah memperolehi semua kebenaran, lesen, pengecualian, kelulusan atau pemberikuasaan yang perlu yang mungkin dikehendaki di bawah sebarang undang-undang, peraturan atau arahan yang terpakai berkaitan dengan penyempurnaan, pelaksanaan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan terma-terma yang dibayangkan oleh Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, dan jika berkenaan, Dokumen Cagaran dan pelaksanaan setiap perniagaan Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran; dan semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan (termasuk memperolehi semua Kebenaran untuk Penyerahan Hak yang dikehendaki daripada pihak berkaitan, jika berkenaan) telah dipenuhi dan dilakukan untuk membolehkan Peminjam: (i) memasuki, melaksanakan hak, menjalankan dan mematuhi obligasi di dalam Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dengan sah; (ii) memastikan bahawa obligasi dan penyerahan hak, sandaran, cagaran Sekuriti adalah sah, mengikat dan boleh dikuat kuasa; dan (iii) menjadikan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini boleh diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah Undang-undang di Malaysia.

(o) Terdapat tiada pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau mana-mana undang-undang atau keperluan peraturan atau arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau yang dari semasa ke semasa boleh dikeluarkan atau dipinda oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan pemberian Kemudahan secara amnya atau kepada orang-orang yang berkaitan dengan pihak Bank ('Undang-Undang atau Garis Panduan'). Setiap representasi dan jaminan yang dinyatakan di atas akan kekal berkuat kuasa selepas Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini ditandatangani dan diserahkan dan Peminjam akan dianggap membuat reprentasi dan jaminan kepada Bank bahawa representasi dan jaminan di atas adalah benar dan tepat dalam semua segi dan diulang setiap hari. 9. KOS, PERBELANJAAN DAN FI Meskipun Kemudahan mungkin dibatalkan atau dibantutkan atas apa-apa sebab pun jua: (d) Semua kos dan perbelanjaan pun jua termasuk kos pembantutan, pencetakan, perbelanjaan tunai langsung dan semua kos lain berkaitan dengan Kemudahan yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan rundingan, persediaan atau pennyiapan Kemudahan atau langkah mendapatkannya kembali atau penebusan akaun Kemudahan Peminjam atau berkaitan dengan apa-apa akaun atau aset Peminjam perlu dibayar oleh Peminjam selepas Bank memberikan notis terdahulu kepada Peminjam selama tujuh (7) hari kalendar, atas dasar tanggung rugi penuh. Jika berkenaan, Dokumen Cagaran berkenaan dengan Kemudahan akan disediakan oleh peguamcara dalam panel Bank dan Peminjam bersetuju untuk membayar kepada peguamcara tersebut semua fi undang-undang (atas dasar tanggung rugi penuh) dan kos sampingan berkaitan dengan langkah menyediakan (termasuk lain-lain duti dan cukai yang sama dan mana-mana denda atasnya), dan mendaftarkan dan menguatkuasakan apa-apa Dokumen Cagaran yang diperlukan oleh Bank di bawah ini walaupun dokumen tersebut tidak disempurnakan oleh Peminjam. Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali melalui proses undang-undang atau sebarang proses lain, atau diserahkan kepada peguamcara untuk pungutan, Peminjam bertanggungjawab untuk membayar fi peguamcara Bank (atas dasar peguamcara-anakguam) dan sebarang pembayaran dan perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan pungutan tersebut. Peminjam bertanggungjawab membayar semua duti setem, fi brokeraj, fi penilaian, caj jurulelong, bayaran pungutan hutang dan fi profesional lain yang mungkin ditanggung oleh Bank berhubung dengan langkah mendapatkan kembali wang tersebut dan/atau penguatkuasaan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran dan/atau untuk melaksanakan sebarang hak dan remedinya di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Peminjam juga hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang liabiliti berkaitan dengan atau disebabkan sebarang kelewatan untuk membayar atau kegagalan untuk membayar sebarang duti atau cukai melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. Meskipun Fasal 9 di atas, Bank berhak mendebit akaun Kemudahan Peminjam pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk faedah, komisyen, caj, fi, duti setem, duti, penalti dan semua wang berbangkit daripada Kemudahan termasuk kos yang disebut dalam Fasal 9 sebelum ini. Jumlah yang didebit tersebut akan

dikenakan faedah pada kadar semasa atau Kadar Faedah Semasa, dan boleh tertakluk kepada sebarang faedah tambahan pada Kadar Had Lebihan dan boleh dimodalkan di bawah peruntukan di dalam ini pada penghujung setiap bulan kalendar. (e) Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan di bawah ini, Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan yang berhubungan dengan atau berikutan daripada perjanjian ini atau kemudahan atau apaapa perkhidmatan yang berhubungan dengannya. Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun Peminjam bagi sebarang jumlah yang diperlukan untuk membayar cukai barangan dan perkhidmatan. 10. BUDI BICARA BANK TERHADAP PENGGUNAAN/PEMINDAHAN WANG Jika sebarang jumlah yang diterima atau didapatkan kembali berkaitan dengan liabiliti Peminjam adalah kurang daripada jumlah yang terhutang kepada Bank, tertakluk pada manamana garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, Bank boleh dari semasa ke semasa menggunakan jumlah tersebut untuk membayar faedah, fi, jumlah prinsipal atau sebarang jumlah lain yang kena dibayar menurut sebarang kadar dan turutan dan secara amnya mengikut sebarang cara yang difikirkan wajar oleh Bank atau boleh mengkredit atau memindahkan sebarang wang yang diterima atau didapatkan kembali kepada akaun gantungan tanpa faedah buat sebarang tempoh yang difikirkan wajar oleh Bank tanpa sebarang obligasi sementara itu untuk menggunakannya atau mana-mana bahagian daripadanya untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang wang atau liabiliti yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh Peminjam kepada Bank. 11. PENDEDAHAN Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada Syarikat-syarikat Kumpulan jika dibantah oleh Peminjam; dan (ii) menghendaki kebenaran nyata daripada Peminjam bagi pendedahan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan yang dinyatakan, Peminjam dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan sebarang maklumat berhubung dengan Peminjam dan/atau urusan atau akaun Peminjam dan/atau perhubungan akaun atau perhubungan urusan Peminjam dengan Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada butir-butir Kemudahan, sebarang cagaran yang diberikan, transaksi yang dilaksanakan dan/atau baki dan/atau kedudukan dengan Bank: (d) kepada agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesional Bank yang lain dan kepada mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia yang menyediakan cagaran atau jaminan dan/atau adalah pihak pada mana-mana perjanjian yang mungkin merupakan atau membentuk asas untuk cagaran atau jaminan tersebut; kepada Biro Kredit Pusat, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa relevan lain kepada mana Bank dikehendaki membuat pendedahan sedemikian dan/atau kepada manamana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank; kepada mana-mana institusi kewangan yang berurusan atau bakal berurusan dengan Peminjam; kepada mana-mana syarikat insurans yang dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan sebarang polisi insurans yang ingin diambil oleh Bank selaras dengan termaterma Perjanjian ini;

(e) kepada syarikat yang kini atau di masa hadapan mungkin menjadi syarikat di dalam kumpulan Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk muktamad Bank ("Syarikat-syarikat Kumpulan") sama ada Syarikatsyarikat Kumpulan tersebut bermastautin, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia; untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau selaras dengan sebarang sepina atau perintah mahkamah. Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan hendaklah bagi tujuan memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain di pihak Bank dan/ atau Syarikat-syarikat Kumpulan dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Peminjam dengan menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada Peminjam): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: +603 6204 7788. Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat Peminjam (tidak termasuk maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Peminjam) dengan pihak ketiga untuk tujuan perikatan strategik, pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran daripada Peminjam telah diperolehi. Peminjam dengan ini secara nyata membenarkan pendedahan tersebut dan dengan ini mengesahkan bahawa Bank, pegawai dan agennya tidak akan menanggung sebarang liabiliti pun jua kerana memberikan maklumat tersebut sama ada disebabkan sebarang salah nyata, kesilapan, ketinggalan, kelewatan atau apa-apa perkara berhubung dengannya pun jua dan sama ada sebelum pada atau selepas tarikh Surat Tawaran melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. 12. PENYATA OLEH BANK Penyata atau notis oleh pengurus atau mana-mana pegawai atau agen Bank yang diberi kuasa pada masa itu atau notis daripada Bank yang dihasilkan oleh komputer yang tidak memerlukan tandatangan, yang diberikan setiap bulan, berkaitan dengan jumlah baki dan liabiliti yang ditanggung oleh atau kena dibayar kepada Bank atau tentang kadar faedah atau jumlah faedah yang perlu dibayar, hendaklan kecuali kesilapan yang nyata, menjadi bukti muktamad bagi segala maksud (termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding undangundang). Di samping itu, sekiranya Peminjam gagal melaporkan sebarang kesilapan di dalamnya kepada Bank dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar dari tarikh penyata Bank atau tempoh notis tersebut sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, penyata atau notis tersebut hendaklah menjadi bukti muktamad mengenai liabiliti Peminjam kepada Bank dalam jumlah yang dinyatakan di dalamnya. 13. PERISTIWA KEINGKARAN Tanpa menjejaskan tanggungjawab keseluruhan Peminjam untuk membayar balik semua Jumlah Tertunggak apabila dituntut oleh Bank, Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya yang pada masa itu belum dijelaskan dan tidak dibayar bersama-sama dengan faedah ke atasnya dan semua wang lain yang dijamin oleh apa-apa cagaran hendaklah, melalui notis bertulis oleh Bank kepada Peminjam, menjadi kena dan perlu dibayar dan cagaran memihak kepada Bank hendaklah selepas tujuh (7) hari kalendar dari notis bertulis