Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

dokumen-dokumen yang mirip
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (MECD) Lot 2G6, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya Malaysia.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BORANG PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN DAN PENUTUPAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DITETAPKAN

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Akaun Pelaburan Waheed

SEKTOR KEUSAHAWANAN. Bahagian Pembangunan Industri & Perniagaan. Bahagian Pembangunan Usahawan. Bahagian Pembiayaan. Perniagaan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PENILAIAN BERSAMA PERCUBAAN TINGKATAN MATA PELAJARAN PERDAGANGAN SKEMA PERMARKAHAN KERTAS 2. Soalan Butiran Markah

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

NO. SOALAN: 263 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PERTANYAAN DARI PAD A BERTULIS DATO' IR. NAWAWI BIN AHMAD [ LANGKAWI]

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

AR-RAHNU SEBAGAI SUMBER PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT: AMALAN PENYEDIA PERKHIDMATAN RINGKASAN EKSEKUTIF

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Akaun Pelaburan Wafiyah

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

HASIL BELANJA HASIL BELANJA. 1.0 Memahami Penyata Pendapatan

2. Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk selama-lamanya.

Pengenalan kepada Kewangan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

ELEKTIF : BAB 3 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN. Kandungan 2/24/2011 LOGO. 3.1 Asas Keusahawanan Pengertian Keusahawanan Ciri Utama Usahawan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

TEKUN Nasional Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 1 NEGERI M 2 KAWASAN 3 PENGUNDI BERDAFTAR. KONTRAKTOR KECIL NO.AKAUN: Sila tandakan

Koperasi Pengangkutan

Pengenalan Makroekonomi

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

RANCANGAN KEWANGAN BERKOMPUTER

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akaun Semasa Mudarabah

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Polisi Privasi. Pengenalan

Transkripsi:

Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinannya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang. Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahanbahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawanusahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa. Sekian, terima kasih serta wassalam, Yang Berhormat Dato Mohamed Khaled Bin Nordin.

Muka surat LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 1 PROFIL PERNIAGAAN 1 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 2 PENGURUSAN PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN 4 PENGURUSAN TENAGA KERJA 5 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 6 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 8 PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR 12 PENGURUSAN RISIKO 13 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 14

1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN Perniagaan Landskap adalah perniagaan yang menggabungkan perkhidmatan merancang, merekabentuk, membina dan menyelenggara landskap yang hendak dihasilkan. Rekabentuk landskap adalah keperluan utama perniagaan landskap, sebelum proses pembinaan dilaksanakan. Seterusnya penyelenggaraan terhadap landskap yang dihasilkan perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keindahan landskap tersebut. Usahawan dan bakal-bakal usahawan harus menimbang untuk menceburi bidang perniagaan landskap berasaskan kepada sebab-sebab berikut: Tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi. Perniagaan ini boleh dimulakan dengan anggaran modal RM10,000. Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi dan tatacara yang rumit. Mempunyai potensi yang baik untuk menceburi bidang sampingan yang berkaitan dengan perniagaan landskap seperti tapak semaian, jualan bahan-bahan serta peralatan landskap dan sebagainya. Kadar keuntungan yang tinggi. 2 PROFIL PERNIAGAAN Perkhidmatan asas perniagaan landskap meliputi membina landskap kejur atau landskap lembut atau gabungan kedua-duanya. Landskap lembut merujuk kepada unsur-unsur asli atau semula jadi iaitu tanaman seperti pokok utama, renek, memanjat, herba atau penutup bumi. Landskap kejur pula merujuk kepada unsur-unsur binaan seperti siar kaki, tempat duduk, tempat sampah, papan tanda, lampu, arca dan elemen semula jadi yang lain. Pemilihan terhadap penghasilan landskap tersebut meliputi perancangan dan reka bentuk landskap, penanaman tumbuhan, pembinaan struktur-struktur dan penyelenggaraan. 1

Seorang pengusaha perniagaan landskap perlu memahami prinsip-prinsip asas reka bentuk, membaca pelan dan spesifikasi, keperluan tumbuh-tumbuhan, teknik pembinaan dan juga pengurusan perniagaan. Untuk memenuhi kehendak pelanggan, pengusaha perlu benar-benar memahami kehendak, masalah dan kemampuan pelanggan. Ini boleh dilakukan melalui perbincangan dengan pelanggan. Perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan antaranya sebagai pereka bentuk pelan landskap, pembekal dan pemborong keperluan landskap serta sebagai perunding hiasan dalaman. Selain daripada tawaran perkhidmatan yang sedia ada pengusaha boleh melaksanakan perniagaan sampingan lain yang boleh mendatangkan keuntungan seperti menghasilkan pokok-pokok hiasan ditapak semaian, melaksanakan pusat jualan bunga serta melaksanakan perniagaan kedai bunga dan cenderahati sebagai perniagaan sampingan lain yang berkaitan. 3 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN PENUBUHAN PERNIAGAAN Sebelum memulakan perniagaan, bakal pengusaha perlu menubuhkan perniagaan. Beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh seseorang bakal pengusaha sebelum menubuhkan sesebuah perniagaan adalah: Pemilihan Nama Syarikat Pemilihan nama syarikat yang baik akan membantu kejayaan sesebuah syarikat. Nama syarikat yang baik akan mempengaruhi orang lain atau pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat. Jenis Perniagaan Jenis perniagaan yang bolek dilaksanakan oleh pengusaha ialah secara persendirian, perkongsian dan sendirian berhad. 2

PEMILIHAN LOKASI PERNIAGAAN Pemilihan tempat yang strategik mampu membantu perniagaan meningkat maju. Pengusaha baru perlu melihat potensi pelanggan mereka di tempat atau premis perniagaan yang di pilih. Ia merupakan faktor penting dalam kejayaan sesuatu perniagaan. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lokasi yang strategik meliputi ciri-ciri seperti sosioekonomi, demografi, kemudahan perhubungan dan infrastruktur MENDAPATKAN LESEN Pengusaha perlu memastikan apakah perniagaannya memerlukan Lesen atau Permit atau Surat Kuasa daripada pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti penguasa tempatan, Kementerian atau Jabatan atau Agensi Kerajaan dan sebagainya. Keperluan ini adalah berdasarkan kepada jenis perniagaan yang hendak dijalankan. Antaranya ialah seperti berikut: Lesen Perniagaan Lesen Cukai Jualan Surat Kuasa Bomba Lesen atau Permit Pengangkutan PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN Pengusaha digalakkan menyediakan satu rancangan perniagaan (RP) iaitu satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Ia merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan. 3

4 PENGURUSAN PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN Pengetahuan prinsip asas landskap yang terperinci sebelum memulakan perniagaan adalah perlu. Selain itu, reka bentuk tanaman landskap iaitu satu proses atau aktiviti yang menyatukan elemen-elemen dalam landskap tidak boleh dipisahkan. Pada asasnya terdapat enam prinsip landskap iaitu: Ukuran Ringkas Kepelbagaian Keseimbangan Turutan Ulangan PERALATAN Peralatan yang cukup dan sesuai perlu agar segala kerja-kerja penyelenggaraan landskap dapat dijalankan dengan sempurna dan teratur. Peralatan asas untuk kerja-kerja landskap boleh diperoleh dari kedai perkakasan dengan harga yang berpatutan. BAHAN-BAHAN Bahan-bahan seperti campuran untuk penanaman, batu-batuan, sumber bekalan anak pokok, alatan, pokok bunga, baja, alat penjagaan dan lain-lain boleh diperoleh dari pembekal tempatan ataupun pembekal luar negeri. Kesemua bahan-bahan ini boleh diperoleh dari pembekal-pembekal yang berdekatan agar kos untuk pengangkutan dapat dikurangkan. Di Malaysia terdapat banyak pengusaha yang membekalkan bahan untuk landskap tanaman. Kebiasaan harga untuk bahan-bahan ini bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam pasaran. 4

5 PENGURUSAN TENAGA KERJA Melaksanakan sesebuah perniagaan landskap memerlukan tenaga pekerja terlatih agar segala perjalanan berkaitan perniagaan ini dapat dilaksanakan dengan licin dan teratur. Ini kerana setiap ukuran taman landskap adalah berbeza-beza dan semakin luas sesuatu taman landskap itu, semakin rumit pula penyelenggaraannya. Pekerja perlu tahu prinsip dan teknik penyelenggaraan di samping berwaspada terhadap keselamatan semasa menjalankan tugas. Sebagai bakal usahawan, garis panduan pengurusan pekerja yang boleh digunakan adalah seperti berikut: Terangkan tugas masing-masing dengan jelas dan hanya pemohonpemohon yang berkelayakan diambil. Bermula dengan satu gaji yang realistik, kenaikan gaji akan dilakukan bergantung kepada produktiviti dan tanggungjawab yang ditunjukkan. Membentuk satu program latihan yang baik dan berkesan. Menilai perkembangan pekerja pada masa-masa tertentu. Memberi pujian atas prestasi kerja yang dilakukan yang mana telah turut sama menyumbang dalam memajukan syarikat. Memberi peluang kepada pekerja untuk maju dan berkembang. KATEGORI PEKERJA Jumlah tenaga kerja yang diperlukan adalah bergantung kepada saiz perniagaan yang dijalankan. Tenaga kerja dalam perniagaan landskap boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan profesional, mahir dan pekerja am. 5

6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN Pemasaran adalah satu proses menemukan kemampuan sesebuah organisasi dengan permintaan pelanggan atau pengguna. Ia mementingkan proses perhubungan dengan pelanggan dan memberi kesan terhadap setiap aspek organisasi dari penyelidikan perkhidmatan atau produk sehingga kepada perkhidmatan sokongan selepas jualan. Pasaran landskap boleh dibahagikan kepada 3 segmen utama: Individu Syarikat Swasta Kerajaan KEPERLUAN PELANGGAN Memenuhi kehendak pelanggan adalah suatu kemestian dalam perniagaan sungguhpun kedang-kadang sukar dilakukan. Ini kerana, sememangnya manusia mempunyai cita rasa yang berbeza bergantung kepada nilai-nilai dan norma kehidupan seperti tahap pendidikan, pegangan agama, sosioekonomi, budaya dan juga masyarakat. Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza cita rasa ini, seorang pengusaha landskap perlu mengetahui dan mendapatkan maklumat mengenai perkara berikut: Tema landskap Jenis hiasan Konsep hiasan sama ada formal, separa formal dan tidak formal. Kawasan hiasan, sama ada dalaman atau luaran. Peruntukkan kewangan yang ditetapkan pelanggan. PAKEJ PERKHIDMATAN Pengusaha perniagaan landskap boleh melaksanakan perniagaan mereka lengkap dengan pakej perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelangga antaranya: Mereka bentuk landskap Perkhidmatan lepas jualan Penyelenggaraan 6

PENENTUAN HARGA Faktor penentuan harga bagi setiap perkhidmatan landskap yang dibuat adalah bergantung kepada nilai harga pasaran, buruh yang terlibat, peralatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan dan menyelenggara landskap yang di buat. Beberapa cara bagi menentukan harga untuk kerja-kerja landskap dan barang-barang keperluannya termasuklah; Menggunakan Formula Menggunakan formula dalam menentukan harga dapat memastikan peniaga menetapkan keuntungan mereka. Pada umumnya margin keuntungan yang digunakan ialah 50-60 peratus. Namun begitu dalam keadaan persaingan yang hebat margin keuntungan perlu dikurangkan. Mengikut Harga Yang Ditentukan Oleh Pengusaha Lain Cara yang paling mudah untuk menentukan harga adalah seperti yang di cadangkan oleh peniaga lain. Namun begitu, pengusaha akan kerugian jika harga yang ditawarkan oleh pengusaha lain lebih rendah atau sama dengan kos yang ditawarkan. Menggunakan Harga Tahun Lepas Cara ini boleh dilakukan tetapi pengusaha perlu peka terhadap sebarang perubahan kos dan persaingan. Jika tidak, pengusaha akan mengalami kerugian atau kehilangan pelanggan. Menaikkan harga kerana kenaikan harga bekalan perlu dilakukan secara beransur-ansur dari tahun ke tahun bagi mengelakkan kehilangan pelanggan sedia ada. PERKHIDMATAN PELANGGAN Antara objektif perkhidmatan pelanggan adalah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan supaya mereka terus mendapatkan perkhidmatan yang diberikan. Perkhidmatan selepas jualan atau perkhidmatan yang disediakan perlu berterusan dalam perniagaan landskap. Ini kerana secara tidak langsung pengusaha akan membantu memberi khidmat nasihat tentang cara penjagaan dan pengawalan untuk mengekalkan landskap sentiasa menarik. 7

JARINGAN Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara, pengusaha perlu mencari dan menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat perniagaan landskap seperti pembekal bahan dan tanaman (nursery) dari dalam dan luar negara. Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan di pasaran baru dapat dikurangkan dan segala keperluan birokrasi pasaran baru dapat diatasi bersama. Jaringan membuka peluang kepada pengusaha untuk mempelajari teknik-teknik baru di dalam mengembangkan lagi perniagaan landskap yang diusahakan. GLOBALISASI DAN PROSPEK PERNIAGAAN Dalam menempuh era globalisasi, prospek perniagaan landskap pada masa akan datang dilihat semakin luas. Ini kerana semakin banyak teknologi-teknologi baru dihasilkan sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Perkembangan teknologi komputer dan internet harus diberi perhatian dalam usaha mencari pasaran baru dan berkongsi maklumat kepakaran dari dalam dan luar negara. Perniagaan melalui internet atau secara dalam talian (on-line) juga menjadi trend perniagaan masa kini. Prospek perniagaan boleh dikembangkan dengan membuka cawangan-cawangan baru perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara. 7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN Pengurusan dan strategi kewangan yang berkesan adalah sangat penting di dalam manamana perniagaan. Tujuan pengurusan kewangan ialah bagi menentukan aliran tunai yang baik, mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, memaksimumkan kadar keuntungan dan simpanan rekod yang teratur dan kemas kini. MODAL PERMULAAN Penyediaan anggaran modal termasuk pecahan kos-kos terlibat perlu dibuat bagi mengira modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan yang ingin di ceburi. 8

Sumber-sumber rujukan untuk mendapatkan anggaran yang tepat dan hampir tepat boleh diperoleh melalui sumber rujukan seperti berikut: Contoh dan rekod perniagaan yang sedia ada. Buku-buku rekod jualan dan pembelian. Data dan maklumat mengenai ekonomi. Majalah, risalah dan bahan-bahan terbitan dari sektor swasta dan kerajaan. Pemerhatian, temu bual dan sebagainya. Anggaran modal yang diperlukan bagi memulakan sesuatu perniagaan landskap adalah seperti berikut: Modal Permulaan Minimum Kos Permulaan minimum bagi memulakan perniagaan landskap dianggarkan RM10,000 Modal Permulaan Sederhana Kos Permulaan sederhana bagi memulakan perniagaan landskap dianggarkan RM25,000 Modal Permulaan Maksimum Kos Permulaan maksimum bagi memulakan perniagaan landskap dianggarkan RM100,000 Modal yang dinyatakan tadi hanyalah anggaran sahaja, ia boleh berubah jika peniaga melengkapkan perniagaan dengan mesin atau peralatan yang berlainan, yang telah diguna pakai dan sebagainya. Hasil kajian yang dibuat mendapati, modal untuk permulaan perniagaan landskap adalah sebanyak RM50,000 hingga RM100,000. 9

SUMBER PEMBIAYAAN Pembiayaan untuk memulakan perniagaan diperlukan untuk membeli peralatan, membayar upah buruh dan profesional boleh didapati daripada beberapa sumber seperti: Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga. Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan kemudahan pinjaman atau overdraf. Perjanjian sewa beli peralatan dengan berhutang dengan syarikat kewangan. Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-pengusaha baru. MODAL PUSINGAN Modal pusingan bergantung kepada sesuatu projek atau tender yang diperoleh. Sekiranya projek atau tender yang diperoleh besar, maka modal pusingan yang diperlukan sepanjang menjalankan kerja-kerja juga besar. Ini kerana pengusaha perlu mendapatkan bekalan peralatan dan bahan pembinaan yang secukupnya bagi kerja-kerja pembinaan landskap tersebut. KOS OPERASI Kos operasi ialah segala kos yang diperlukan bagi membiayai segala perbelanjaan operasi sewaktu perniagaan dijalankan. Di antara contoh perbelanjaan kos operasi ini merangkumi pembelian tumbuh-tumbuhan hiasan, peralatan, aksesori untuk hiasan landskap dan utiliti lain seperti pembelian minyak kenderaan dan alat tulis. HASIL JUALAN Hasil jualan untuk perniagaan landskap diperoleh dari dua punca iaitu hasil jualan perniagaan utama dan hasil daripada jualan perniagaan sampingan. Perniagaan Utama Hasil jualan daripada perniagaan utama bagi perniagaan landskap ini adalah mereka bentuk landskap, membina dan menyiapkan bentuk landskap, pengurusan projek landskap, membekal bahan-bahan landskap dan penyelenggaraan landskap. 10

Lain-Lain Perniagaan Hasil jualan daripada perniagaan-perniagaan lain yang berkaitan landskap meliputi menjual tumbuh-tumbuhan hiasan (tapak semaian), perniagaan kedai bunga dan sebagainya. ANALISIS KEWANGAN Analisis kewangan melibatkan penilaian kedudukan kewangan sesebuah syarikat untuk masa lepas, kini dan akan datang. Objektif utama ialah menentukan kelemahan serta kekuatan syarikat. Untuk keberkesanan, pengusaha harus memahami penyata kewangan asas seperti kunci kira-kira dan penyata pendapatan. Anggaran Untung Kasar Pengiraan mudah bagi menentukan keuntungan adalah seperti formula di bawah: Untung Kasar = Jualan Jumlah Kos atau Untung Kasar = Jualan (Kos Tetap + Kos Berubah) Titik Pulang Modal (TPM) Teknik analisa titik pulangan modal merupakan satu teknik yang amat berguna untuk menganalisa tingkat keupayaan atau jualan di mana hasil jualan berupaya melindungi kos operasi. Titik di bawah TPM adalah peringkat kerugian dialami dan titik di atas TPM adalah peringkat keuntungan dicapai. Teknik pulangan modal boleh ditentukan secara keseluruhan, atau jabatan operasi tertentu atau keluaran tertentu dan penilaian teknik ini perlu mengambil kira keupayaan tersedia, keanjalan permintaan, dan faktor luar dan dalam yang bersangkutan. 11

8 PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PENDAFTARAN DENGAN KERAJAAN Setiap perniagaan landskap yang hendak diusahakan perlulah mendaftar dengan Jabatan atau agensi kerajaan berdasarkan keperluan. Antaranya; Pendaftaran di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Pendaftaran Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pendaftaran Perniagaan Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Pendaftaran Perniagaan Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) PENDAFTARAN DENGAN SYARIKAT SWASTA Sesetengah syarikat swasta yang besar mengehendaki mana-mana syarikat yang ingin bekerjasama menjalankan urus niaga dengan mereka perlu mendaftar dengan syarikat mereka terlebih dahulu. Tidak terkecuali juga bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan landskap. Oleh yang demikian, pengusaha perlu mendapatkan maklumat dan mendaftar dengan mereka untuk merebut segmen pasaran ini. 12

9 PENGURUSAN RISIKO Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, pengusaha perlu mengetahui jenis risiko dan membuat strategi pengurusan risiko yang terancang untuk mengelakkan kerugian di masa akan datang. Seseorang usahawan perlu merancang dan bersedia awal dengan sebarang perubahan di dalam ekonomi, pasaran dan perniagaan yang dijalankan. JENIS RISIKO Risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh bakal pengusaha antaranya adalah : Risiko Pengeluaran Risiko Pemasaran Risiko Undang-Undang Risiko Sumber Manusia Risiko Kewangan Langkah Pengurusan Risiko Langkah-langkah awal yang boleh diambil bagi menguruskan risiko ialah: Membuat persediaan dan perancangan yang teliti dari semua sudut dalam perniagaan. Memberi kursus dan latihan kepada pekerja mengenai penyelesaian dan penekanan kepada aspek keselamatan. Membuat sistem rekod yang berkesan seperti rekod keselamatan, rekod kewangan yang terperinci dan tersusun. Formula pengiraan kos dan keuntungan atau untung rugi yang berkesan perlu di kenal pasti bagi melicinkan simpanan rekod kewangan. Sentiasa berbincang dengan pekerja tentang sebarang permasalahan atau cadangan yang ingin dikemukakan. Mendapatkan bantuan pakar sekiranya terjadi sesuatu yang tidak mampu diatasi seperti serangan penyakit ke atas tumbuhan yang ditanam. 13

10 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang kepada kelangsungan dan keuntungan sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri. CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa mengurus sesebuah perniagaan. Perilaku atau keperibadian seseorang memainkan peranan penting sama ada menyumbang atau merosakkan urus niaga sesebuah perniagaan. CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN Ciri Perincian Mengetahui kegunaan, cara mengguna dan peraturan keselamatan setiap bahan kimia, peralatan dan mesin. Pengetahuan Mengetahui cara kerja, peraturan dan langkah keselamatan semasa perniagaan landskap sedang dijalankan. Berpengalaman dalam perniagaan Kemahiran Sikap dan Tingkah Laku Jenis-jenis landskap, susun atur tanaman, jenis-jenis bahan kimia, perkakas, peralatan dan mesin yang digunakan. Minat Dedikasi Kecekalan/Kesabaran Sanggup menanggung risiko Keberanian Komunikasi Perhubungan Awam 14

CIRI-CIRI PERNIAGAAN Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlu mengesan ciri-ciri penting yang perlu ada pada sesebuah perniagaan landskap. CIRI-CIRI PERNIAGAAN Ciri Perkhidmatan Premis Tenaga Kerja Citra Perniagaan Perincian Kualiti perkhidmatan Lokasi perniagaan Mutu Tenaga Kerja (tenaga kerja terlatih) Sukakan kerja-kerja pembersihan Semangat Kerja Berkumpulan Orientasi Pencapaian Dalam Perkhidmatan Rangkaian Perniagaan (Business Networking) Cawangan Tambahan Reputasi Perniagaan Sedia Ada Perkhidmatan Mesra 15

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (MECD) Lot 2G6, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya Malaysia. Tel : 603-8880 5000 Fax : 603-8880 5106 Http://www.mecd.gov.my