SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

dokumen-dokumen yang mirip
SYARAT PERMOHONAN MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

BIL PERKARA ( ) 1. Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh konferensi/woksyop.

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL


ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SUB SPECIALITY UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEKELILING PENDAFTAR

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

GARIS PANDUAN PENGUATKUASAAN KADAR PENALTI BAGI KETIDAKHADIRAN LATIHAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

3.1 Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi.

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

M / S : 1/12 TARIKH : 5 MEI 2017 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN UPSI UPSI(ISO)/BSM/P07 PINDAAN : 00 KELUARAN : A 1.

Untuk menerangkan tatacara membuat tempahan tiket secara atas talian (online) bagi urusan perjalanan udara rasmi dalam dan luar Negara.

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PINDAAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN TENAGA PELAWAT AKADEMIK KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKIM TENAGA PELAWAT AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

PEKELILING BENDAHARI BIL: 9/2006 PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PEKELILING BENDAHARI BIL : 2 / 2007 PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P003 PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN AKADEMIK

TERMA RUJUKAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN UNIVERSITI

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN SKIM POST DOKTORAL UPSI (ISO) /BSM /P02 /GP03

SENARAI SEMAK PERMOHONAN ELAUN MENANGGUNG KERJA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PERATURAN PEPERIKSAAN

Transkripsi:

BAHAGIAN AKADEMIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA A. KATEGORI : PEGAWAI AKADEMIK/PEGAWAI PENYELIDIK/FELO PENYELIDIK BIL PERKARA GARIS PANDUAN 1. Pengenalan Panduan ini menjelaskan syarat, kriteria dan prosedur permohonan menghadiri konferensi/woksyop luar Negara menggunakan Vot Peruntukan 13001. 2. Nama Jawatankuasa Jawatankuasa Konferensi/Woksyop Luar Negara (JKW). 3. Urus Setia Bahagian Akademik, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia. 4. Kelayakan Permohon (a) Pegawai yang memohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk bertaraf tetap. (b) Pegawai mestilah sedang berkhidmat dengan UPM sekurangkurangnya satu (1) tahun dalam jawatan bertaraf tetap. (c) Walau apa pun yang disebut dalam perenggan 4 (a) dan (b) di atas, pegawai kontrak boleh dipertimbangkan dengan syarat pegawai adalah penulis pertama yang telah berkhidmat dengan UPM sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan penulis bersamanya adalah pegawai tetap UPM. (d) Pegawai yang sedang bercuti sabatikal atau cuti belajar atau mengikuti Pasca Kedoktoran pada tarikh konferensi/woksyop, adalah tidak layak untuk memohon. (e) Pertimbangan hanya diberikan kepada pembentangan kertas kerja secara lisan (oral presentation) sahaja. (f) Keutamaan pertimbangan akan diberikan kepada pemohon berikut: i) pegawai akademik/pegawai penyelidik/felo penyelidik yang berkhidmat dengan UPM kurang daripada tiga (3) tahun yang tidak mempunyai geran penyelidikan; atau Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 1 / 10

ii) pegawai akademik/ pegawai penyelidik/felo penyelidik yang mana peruntukan geran penyelidikannya telah habis atau tidak mencukupi digunakan atau geran penyelidikannya telah tamat. 5. Syarat Permohonan (a) Kertas kerja yang dibentangkan perlu berkaitan dengan bidang kepakaran pemohon. (b) Pemohon mestilah penulis pertama (first author). Penulis lain boleh dipertimbangkan dengan mendapat persetujuan penulis pertama dalam kertas kerja yang akan dibentangkan. 6. Kekerapan menghadiri konferensi/woksyop (a) Pegawai yang berkhidmat dengan UPM kurang daripada tiga (3) tahun layak memohon dan dipertimbangkan sekali setiap tahun. (b) Pegawai yang telah berkhidmat dengan UPM melebihi tiga (3) tahun atau bertaraf Profesor Madya dan ke atas layak memohon dan dipertimbangkan sekali dalam tempoh dua (2) tahun. 7. Penerbitan 7.1 Penerbitan Jurnal (a) Pegawai yang berkhidmat dengan UPM kurang daripada dua (2) tahun boleh dipertimbangkan setelah mempunyai sekurangkurangnya satu (1) penerbitan dalam jurnal berindeks atau satu (1) bab buku. (b) Pegawai yang berkhidmat dengan UPM kurang daripada tiga (3) tahun boleh dipertimbangkan setelah mempunyai sekurangkurangnya dua (2) penerbitan jurnal berindeks atau dua (2) bab buku. (c) Pegawai yang berjawatan Pensyarah Kanan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) penerbitan jurnal berindeks dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir. (d) Pegawai yang bertaraf Profesor Madya mestilah mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) penerbitan jurnal berindeks dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir. (e) Pegawai bertaraf Profesor mestilah mempunyai sekurangkurangnya sembilan (9) penerbitan jurnal berindeks dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir. (f) Senarai penerbitan jurnal yang dikemukakan hendaklah dicetak daripada KM Portal. (g) Walau apapun yang disebut dalam perenggan 7.1 (c) dan (d) di atas, pertimbangan khas boleh diberikan kepada pensyarah klinikal perubatan. Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 2 / 10

7.2 Penerbitan selain daripada jurnal: (a) Bagi penerbitan lain akan diambil kira berdasarkan nilai kesetaraan untuk menentukan jumlah penerbitan pemohon mematuhi ketetapan semasa yang diguna pakai oleh Sistem Penilaian Prestasi Kerja Tahunan seperti mana berikut: Jenis Penerbitan Jurnal Berwasit 1 skor muzik 1 1 skrip 1.5 1 drama 1.5 1 konsert 1.5 (b) Abstrak pendek yang diterbitkan dalan jurnal tidak akan diambil kira dalam pengiraan jurnal. 8. Tanggungjawab Mengadakan Jaringan Pegawai yang telah diluluskan untuk menghadiri konferensi/woksyop dikehendaki: (a) Mengadakan jalinan kerjasama dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi/organisasi luar negara di mana konferensi dijalankan. (b) Mengemukakan surat atau email daripada pegawai yang akan ditemui dan jadual tentatif jaringan kerjasama yang akan diadakan bersama borang permohonan. (c) Membawa dan mengedarkan kit promosi UPM. 9. Tempoh (a) Tempoh menghadiri konferensi/woksyop yang diluluskan ialah mengikut tarikh konferensi/woksyop dan ditambah satu hari perjalanan dan satu hari lawatan jaringan. Walau bagaimanapun tempoh pemberian bantuan kewangan dihadkan kepada maksimum tujuh (7) hari sahaja. (b) Jika perjalanan konferensi/woksyop melebihi tempoh tujuh (7) hari, JKW tidak akan bertanggungjawab ke atas kos tambahan yang terlibat. 10. Jenis dan Kadar Bantuan (a) Bantuan kewangan adalah meliputi tambang kapal terbang, elaun makan, elaun penginapan, elaun pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel pergi dan balik di luar negara dan yuran pendaftaran konferensi/woksyop. (b) Tambang kapal terbang adalah tertakluk kepada tambang kelas ekonomi terendah sahaja. Semua penerbangan ke destinasi yang mempunyai laluan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Malindo atau Firefly hendaklah menggunakan syarikat penerbangan berkenaan sahaja. (c) Permohonan tempahan tiket penerbangan hendaklah dibuat melalui pegawai di Zon/Seksyen kewangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing. Walau bagaimanapun pegawai adalah Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 3 / 10

dibenarkan untuk membuat pembelian tiket secara online untuk mendapatkan harga yang lebih murah. (d) Bayaran elaun makan dan penginapan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan dari semasa ke semasa. (e) Pemberian elaun makan dan penginapan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah tertakluk kepada: i) 100% kepada pegawai yang berkhidmat dengan UPM kurang daripada tiga (3) tahun. ii) iii) 90% kepada pensyarah kanan, Profesor Madya dan pegawai yang berkhidmat dengan UPM lebih daripada tiga (3) tahun. 80% kepada pegawai berjawatan Profesor tanpa mengira tempoh perkhidmatan dengan UPM. (f) Walau apa pun yang disebut dalam perenggan 10 (c) dan (e) di atas had maksimum kelulusan adalah RM15,000.00 sahaja. 11. Proses Permohonan/ Kelulusan (a) Pegawai dikehendaki mengisi BORANG AKD/KW BR01 dan mengemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum tarikh konferensi/woksyop. Permohonan selepas konferensi/woksyop tidak akan dipertimbangkan. (b) Pegawai perlu mengemukakan surat penerimaan (acceptance letter) bersama borang permohonan. (c) Pegawai perlu memohon kebenaran daripada Naib Canselor untuk ke luar negara setelah menerima surat tawaran dengan mengisi permohonan atas talian Sistem Permohonan Ke Luar Negara (SPLN) di http://www.spln.upm.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan pegawai boleh berhubung terus dengan Pejabat Naib Canselor. (d) Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Urus Setia JKW kepada semua pemohon yang telah mendapat kelulusan Jawatankuasa. Surat ini mengandungi maklumat kelulusan bantuan kewangan dan bilangan hari untuk menghadiri konferensi/woksyop. (e) Kelulusan di atas juga tertakluk kepada Perintah Am dan kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri dari semasa ke semasa. 12. Bilangan Penyertaan (a) Had penyertaan pegawai bagi setiap konferensi/woksyop yang menggunakan peruntukan ini adalah sebanyak tiga (3) orang pegawai yang membentangan kertas kerja secara berasingan. Bagi satu kertas kerja hanya seorang pegawai sahaja yang akan dipertimbangkan. Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 4 / 10

(b) Konferensi/woksyop yang dihadiri hendaklah bertaraf World Congress iaitu konferensi yang dianjurkan oleh badan-badan profesional bidang yang berkenaan/ universiti/ institusi penyelidikan bidang yang berkenaan/ persatuan bidang yang berkenaan yang diadakan secara berkala sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun sekali. 13. Laporan Menghadiri Konferensi/woksyop (a) Pegawai yang telah menghadiri konferensi/woksyop dikehendaki: i) mengemukakan laporan dengan menggunakan Borang AKD/KW BR02 dan kertas kerja yang lengkap. ii) dokumen di atas hendaklah disediakan dalam dua (2) salinan dokumen di atas hendaklah disediakan dalam dua (2) salinan kepada Urus Setia JKW untuk tujuan rekod, rujukan dan simpanan selewat-lewatnya sebulan selepas kembali dari konferensi/woksyop (b) Pegawai dikehendaki membentangkan perkara baharu yang dipelajari di dalam konferensi/woksyop yang dihadiri, yang dikendalikan oleh PTJ masing-masing, kepada warga kampus selewat-lewatnya dua (2) bulan atau tempoh yang munasabah selepas kembali dari konferensi/woksyop. (c) Pegawai yang gagal mengemukakan laporan pada tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan pegawai pada masa hadapan tidak dipertimbangkan. 14. Proses Tuntutan Perjalanan/ Pendahuluan (a) Borang Pendahuluan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Bursar di Zon/ Seksyen Kewangan PTJ sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum perjalanan menghadiri konferensi/ woksyop ke luar negara. (b) Semua tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Bursar di Zon/Seksyen Kewangan PTJ yang berkenaan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh konferensi/woksyop. Pegawai yang lewat mengemukakan tuntutan perjalanan boleh menyebabkan pihak universiti tidak menimbang tuntutan tersebut kecuali bagi kes khas. (c) Walau bagaimanapun, pegawai yang telah menghadiri konferensi/woksyop sehingga 15 November setiap tahun hendaklah mengemukakan tuntutan perjalanan pada tahun yang sama. (d) Semua borang tuntutan perjalanan dan pendahuluan hendaklah dikemukakan bersama surat kelulusan Naib Canselor, surat kelulusan bantuan kewangan dan dokumen sokongan yang berkenaan. Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 5 / 10

(e) Semua pembayaran bagi tuntutan bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada Perenggan 14 (d) di atas. 15. Penulisan/ Penerbitan Jurnal Semua pegawai yang telah menghadiri konferensi/woksyop dikehendaki untuk menghantar kertas kerja yang telah dibentangkan untuk diterbitkan dalam jurnal berindeks sebelum layak memohon bagi permohonan akan datang. 16. Pembatalan Permohonan Sekiranya berlaku pembatalan perjalanan ke luar negara sama ada oleh pihak penganjur atau pemohon sendiri atas sebabsebab yang munasabah perlu dimaklumkan secara bertulis kepada Urus Setia JKW selewat-lewatnya seminggu selepas pembatalan. 17. Maklumat Tambahan Semua pegawai adalah tertakluk kepada peraturan termasuk peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Universiti dan kegagalan mematuhi peraturan berkenaan boleh dikenakan tindakan sewajarnya seperti surcaj atau lain-lain tindakan tatatertib. 18. Tarikh Kuatkuasa Syarat-syarat dan peraturan ini hendaklah berkuatkuasa serta merta. Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 6 / 10

B. KATEGORI : PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P) BIL PERKARA GARIS PANDUAN 1. Pengenalan Panduan ini menjelaskan syarat, kriteria dan prosedur permohonan pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (P&P) menghadiri konferensi/woksyop luar negara menggunakan Vot Peruntukan 13001. 2. Nama Jawatankuasa Jawatankuasa Konferensi/Woksyop Luar Negara (JKW). 3. Urus Setia Bahagian Akademik, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia. 4. Kelayakan Pemohon (a) Pegawai yang memohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia. (b) Pegawai mestilah sedang berkhidmat dengan UPM dalam jawatan bertaraf tetap sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan telah disahkan dalam jawatan. (c) Pegawai hendaklah mendapat markah Penilaian Prestasi Tahunan 80% dan ke atas pada tiga (3) tahun terakhir. 5. Syarat Permohonan Permohonan peruntukan adalah tertakluk kepada pembentangan kertas kerja secara lisan (oral presentation) sahaja. 6. Kekerapan menghadiri konferensi/woksyop Pegawai layak mendapat bantuan kewangan sekali sahaja setiap dua (2) tahun. 7. Tanggungjawab Mengadakan Jaringan Pegawai yang telah diluluskan untuk menghadiri konferensi/woksyop dikehendaki: (a) Mengadakan jalinan kerjasama dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi/organisasi luar negara di mana konferensi dijalankan. (b) Mengemukakan surat atau email daripada pegawai yang akan ditemui dan jadual tentatif jaringan kerjasama yang akan diadakan bersama borang permohonan. (c) Membawa dan mengedarkan kit promosi UPM. Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 7 / 10

8. Tempoh (a) Tempoh menghadiri konferensi/woksyop yang diluluskan ialah mengikut tarikh konferensi/woksyop dan ditambah satu hari perjalanan dan satu hari lawatan jaringan. Walau bagaimanapun tempoh pemberian bantuan kewangan dihadkan kepada maksimum tujuh (7) hari sahaja. (b) Jika perjalanan konferensi/woksyop melebihi tempoh tujuh (7) hari, JKW tidak akan bertanggungjawab ke atas kos tambahan yang terlibat. 9. Jenis dan Kadar Bantuan (a) Bantuan kewangan adalah meliputi tambang kapal terbang, elaun makan, elaun penginapan, elaun pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel pergi dan balik di luar negara dan yuran pendaftaran konferensi/woksyop. (b) Tambang kapal terbang adalah tertakluk kepada tambang kelas ekonomi terendah sahaja. Semua penerbangan ke destinasi yang mempunyai laluan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Malindo atau Firefly hendaklah menggunakan syarikat penerbangan berkenaan sahaja. (c) Permohonan tempahan tiket penerbangan hendaklah dibuat melalui pegawai di Zon/Seksyen kewangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing. Walau bagaimanapun pegawai adalah dibenarkan untuk membuat pembelian tiket secara online untuk mendapatkan harga yang lebih murah. (d) Bayaran elaun makan dan penginapan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan dari semasa ke semasa. (e) Pemberian elaun makan dan penginapan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah tertakluk kepada: i) 100% kepada pegawai yang berkhidmat dengan UPM kurang daripada lima (5) tahun. ii) 90% kepada pegawai yang gred 54. iii) 80% kepada pegawai yang berjawatan JUSA C dan ke atas. (f) Walau apa pun yang disebut dalam perenggan 10 (c) dan (e) di atas had maksimum kelulusan adalah RM15,000.00 sahaja. 10. Proses Permohonan dan Kelulusan (a) Pegawai dikehendaki mengisi BORANG AKD/KW BR01 dan mengemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum tarikh konferensi/woksyop. Permohonan selepas konferensi/woksyop tidak akan dipertimbangkan. (b) Pegawai perlu mengemukakan surat penerimaan (acceptance letter) bersama borang permohonan. Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 8 / 10

(c) Pegawai perlu memohon kebenaran daripada Naib Canselor untuk ke luar negara setelah menerima surat tawaran dengan mengisi permohonan atas talian Sistem Permohonan Ke Luar Negara (SPLN) di http://www.spln.upm.edu.my. Bagi sebarang pertanyaan pegawai boleh berhubung terus dengan Pejabat Naib Canselor. (d) Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Urus Setia JKW kepada semua pemohon yang telah mendapat kelulusan Jawatankuasa. Surat ini mengandungi maklumat kelulusan bantuan kewangan dan bilangan hari untuk menghadiri konferensi/woksyop. (e) Kelulusan di atas juga tertakluk kepada Perintah Am dan kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri dari semasa ke semasa. 11. Bilangan Penyertaan (a) Had penyertaan pegawai bagi setiap konferensi/woksyop yang menggunakan peruntukan ini adalah sebanyak tiga (3) orang pegawai yang membentangan kertas kerja secara berasingan. Bagi satu kertas kerja hanya seorang pegawai sahaja yang akan dipertimbangkan. (b) konferensi/woksyop yang dihadiri hendaklah bertaraf World Congress iaitu konferensi yang dianjurkan oleh badan-badan profesional bidang yang berkenaan/ universiti/ institusi penyelidikan bidang yang berkenaan/ persatuan bidang yang berkenaan yang diadakan secara berkala sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun sekali. 12. Laporan Menghadiri Konferensi/Woksyop (a) Pegawai yang telah menghadiri konferensi/woksyop dikehendaki: i) mengemukakan laporan dengan menggunakan Borang AKD/KW BR02 dan kertas kerja yang lengkap. ii) dokumen di atas hendaklah disediakan dalam dua (2) salinan kepada Urus Setia JKW untuk tujuan rekod, rujukan dan simpanan selewat-lewatnya sebulan selepas kembali dari konferensi/woksyop. (b) pegawai dikehendaki membentangkan perkara baru yang dipelajari di dalam konferensi/woksyop yang dihadiri, yang dikendalikan oleh PTJ masing-masing, kepada warga kampus selewat-lewatnya dua (2) bulan atau tempoh yang munasabah selepas kembali dari konferensi/woksyop. (c) Pegawai yang gagal mengemukakan laporan pada tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan pegawai pada masa hadapan tidak dipertimbangkan. Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 9 / 10

13. Proses Tuntutan Perjalanan/ Pendahuluan (a) Borang Pendahuluan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Bursar di Zon/ Seksyen Kewangan PTJ sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum perjalanan menghadiri konferensi/ woksyop ke luar negara. (b) Semua tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Bursar di Zon/ Seksyen Kewangan PTJ yang berkenaan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh konferensi/woksyop. Pegawai yang lewat mengemukakan tuntutan perjalanan boleh menyebabkan pihak universiti tidak menimbang tuntutan tersebut kecuali bagi kes khas. (c) Walau bagaimanapun, pegawai yang telah menghadiri konferensi/woksyop sehingga 15 November setiap tahun hendaklah mengemukakan tuntutan perjalanan pada tahun yang sama. (d) Semua borang tuntutan perjalanan dan pendahuluan hendaklah dikemukakan bersama surat kelulusan Naib Canselor, surat kelulusan bantuan kewangan dan dokumen sokongan yang berkenaan. (e) Semua pembayaran bagi tuntutan bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada Perenggan 14 (d) di atas. 14. Pembatalan Permohonan Sekiranya berlaku pembatalan perjalanan ke luar negara sama ada oleh pihak penganjur atau pemohon sendiri atas sebabsebab yang munasabah perlu di maklumkan secara bertulis kepada Urus Setia JKW selewat-lewatnya seminggu selepas pembatalan. 15. Maklumat Tambahan Semua pegawai adalah tertakluk kepada peraturan termasuk peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Universiti dan kegagalan mematuhi peraturan berkenaan boleh dikenakan tindakan sewajarnya seperti surcaj atau lain-lain tindakan tatatertib. 16. Tarikh Kuatkuasa Syarat-syarat dan peraturan ini hendaklah berkuatkuasa serta merta. PINDAAN SYARAT JKW 2014/NY JPU 26062014 MINIT 517.04(a) Syarat Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Menghadiri Konferensi/Woksyop Luar Negara 10 / 10