GARISPANDUAN PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT

dokumen-dokumen yang mirip
JABATAN PEGUAM NEGARA

PROSEDUR KAWALAN REKOD. PK.UiTM.CNS(P).02

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTMPs.(P).02

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

1.0 PENGENALAN PANDUAN PENGURUSAN FAIL DAN REKOD UNIVERSITI 1.1 TUJUAN

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIT LATIHAN PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENDAFTAR RAHSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEPERIKSAAN POLITEKNIK

KAWALAN REKOD. Jawatan: Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

SKOP CERAMAH : Objektif Pengenalan Definisi Pengurusan Dokumen Terperingkat Peringkat Keselamatan Tanda Keselamatan

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

PERKARA RASMI : BUKU ARAHAN KESELAMATAN. Perkara Rasmi. Dokumen Terperingkat. Bahan Rasmi. Dokumen Rasmi. Maklumat Rasmi

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Kesatria/ Pembantu Kokurikulum yang dilantik terus;

PERATURAN PENGURUSAN MEL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik Audio Visual/ Jurukamera yang dilantik terus;

3. Pegawai Yang Layak Pembantu Keselamatan (Gred KP17/22) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan. BAHAGIAN II (3 JAM)

4 i. PK.UiTM.(P).02 PROSEDUR KAWALAN REKOD SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL. PROSEDUR KUALITI PENGURUSAN No. Rujukan : PK.UiTM.(P).

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat yang dilantik terus;

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

3. Pegawai Yang Layak: Pengawal Keselamatan (Gred KP11/14) yang telah Menduduki peperiksaan disahkan dalam perkhidmatan.

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam yang dilantik terus;

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

PENGURUSAN REKOD PMM-PK-PS-09

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik Kerusi Pergigian (Fakulti Pergigian) yang dilantik terus;

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTM.APB.(P).02

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik/ Pembantu Makmal (APB) yang dilantik terus;

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEL KAKITANGAN UPSI(ISO)/BSM/P01/GP01

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Tetap yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SURAT PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 3 TAHUN 2007 TAPISAN KESELAMATAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) - GRED N17

PENGELASAN SURATAN RASMI

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Juruteknik Mekanikal Tekstil (FSG) yang dilantik terus;

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PELUPUSAN REKOD AWAM

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

Arkib Negara Malaysia

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P002 PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH DAN GURU BAHASA (TETAP)

PENGURUSAN ARKIB Pelupusan Fail

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

SISTEM PELUPUSAN REKOD SEKSYEN PENGURUSAN REKOD DAN DATA PEJABAT PENDAFTAR, UPM

PROSEDUR PENGELASAN, PENGELASAN SEMULA & BUKU DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI

GARIS PANDUAN DAN TATACARA PENGELASAN DAN PENGELASAN SEMULA DOKUMEN TERPERINGKAT

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (JURUTRENGKAS) GRED N17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

: 20 Mac Pegawai Yang Layak Menduduki : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Tetap yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

GARIS PANDUAN PENGELASAN & PENGELASAN SEMULA MENGIKUT AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN SURAT PEKELILING AM Bil. 2 TAHUN 1987

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Pertanian yang dilantik terus;

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Veterinar (FSG) yang dilantik terus;

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PK. UiTM.FSSR.(P).01. Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Arkib Negara Malaysia

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

PROSEDUR PEPERIKSAAN. PK.UiTM.CNS.HEA (O).11

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/OPR/PNC-BP/P001 PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA

Transkripsi:

mmmm UNIVERSITI T e k n o l o g i MARA GARISPANDUAN PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT

GARISPANDUAN PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1. AM Garis panduan ini bertujuan menjelaskan tatacara dan peraturan perlaksanaan Pengurusan Dokumen Terperingkat yang perlu dipatuhi oleh setiap staf Universiti Teknologi MARA. 2. LATAR BELAKANG 2.1. Kerajaan telah mengadakan peraturan-peraturan tentang pengurusan dokumen-dokumen rasmi dan peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri. Penjelasan tentang tatacara pengurusan dokumen-dokumen tersebut telah dinyatakan di dalam sumber-sumber b eriku t: a) Arahon Keselamatan b) Arahon Perkhidmatan Bab 3, Surat Menyurat Para 11 Dan Bab 4, Failmemfail Para 4(1) dan (b) c) Surat Pekeliling Am Bit.2 Tahun 1987, Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi d) Akta Rahsia Rasmi 1972 2.2. Langkah kerajaan mengadakan peraturan-peraturan tentang pengurusan dokumen terperingkat adalah untuk memastikan bahan-bahan tersebut yang merupakan aset kerajaan tidak terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Kebocoran maklumat dan dokumen penting yang diklasifikasikan sebagai 'TERPERINGKAT' kepada pihak-pihak yang tidak berhak ke atasnya akan menggugat kredibiliti serta akauntabiliti Jabatan pada amnya. 2

2.3. Dua aspek penting dalam Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 dan Akta Rahsia Rasmi 1972, Pindaan 1987 ialah: a) Perlantikan dan kuasa pegawai pengelas untuk mengkelaskan dokumen/suratan rasmi jabatan. b) Kuasa untuk mengelaskan semula dokumen/suratan rahsia rasmi Jabatan supaya ianya terhenti menjadi rahsia rasmi. 3. SKOP Garispanduan ini hanya meliputi dokumen terperingkat yang terdiri daripada fail-fail, surat-surat, dokumen-dokumen dan borang-borang yang telah diisi serta apa-apa maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai "Rahsia Besar", "Rahsia", "Sulit" atau "Terhad", mengikut mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau manamana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972. 4. DEFINISI 4.1 Dokumen/ Suratan Rasmi Fail-fail, surat-surat, borang-borang yang telah diisi, semua maklumat yang disimpan dalam pelbagai bentuk 'storage' seperti pendrive yang mengandungi maklumat rasmi termasuk soalan peperiksaan dan skima jawapan.

4.2 Dokumen Terperingkat Dokumen / surat rasmi yang dikelaskan kepada Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Terhad. 5. TATACARA KESELAMATAN DOKUMEIM TERPERINGKAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 5.1 Penentuan Peringkat keselamatan Peraturan bagi melindungi keselamatan maklumat adalah ditetapkan mengikut tafsiran semua perkara terperingkat. a) peringkat dokumen bergantung kepada kandungan dan tidak kepada peringkat fail. Dokumen di atas perkara yang sama tidak semestinya diberi peringkat yang sama dengan peringkat dokumen yang terdahulu. b) peringkat bagi dokumen tidak bergantung kepada perkara utama. Sesuatu dokumen yang tidak terperingkat mungkin mengandungi maklumat yang perlu diperingkatkan \ c) maklumat terkumpul yang diperolehi daripada beberapa dokumen memerlukan peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat sesuatu dokumen d) peringkat dokumen yang mempunyai lampiran mestilah diperingkatkan dengan peringkat lampiran yang tertinggi e) pemula dokumen hendaklah menentukan kesan sekiranya dokumen dikompromi, sebelum memberi sesuatu peringkat kepada sesuatu dokumen 4

f) penggunaan peringkat keselamatan yang betul amat penting agar semua peraturan-peraturan dalam penyelenggaraan dan penggunaannya tidak membebankan setiap orang yang terlibat; g) peringkat bagi sesuatu fail tidak boleh rendah daripada peringkat dokumen yang tertinggi sekali yang terkandung dalam sesuatu fail. Peringkat fail perlu lebih tinggi daripada peringkat dokumen jika maklumat di dalamnya memerlukan peringkat yang lebih tinggi. 5.2 Di bawah pengurusan dokumen-dokumen terperingkat di Universiti ini, terdapat 4 kategori iaitu : (i) (ii) (iii) (iv) Penyediaan dokumen Penyimpanan dokumen Penghantaran/pergerakan/pengedaran dokumen Pemusnahan dokumen (i) Penyediaan Dokumen (Kategori ini perlu dibaca bersekali dengan garispanduan pengelasan dan pengelasan semula mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 - Lampiran 1) Semua penyediaan dokumen terperingkat hendaklah mematuhi Akta Rahsia Rasmi 1972 di mana hanya pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh YB Menteri Pengajian Tinggi sahaja yang dibenarkan untuk menentukan taraf keselamatan sesuatu dokumen yang dikeluarkan. Di peringkat Jabatan, surat Arahan Pentadbiran akan dikeluarkan dengan memberi kuasa kepada pegawai-pegawai tertentu. Semua pegawai Jabatan perlulah mematuhi prosedur berikut dalam menyediakan dokumen/suratan terperingkat: 5

(a) Dokumen tersebut hendaklah ditentukan taraf keselamatan terlebih dahulu sama ada rahsia besar, rahsia, sulit atau terhad sebelum dokumen tersebut disediakan (b) Peringkat bagi sesuatu fail pula tidak boleh rendah daripada peringkat dokumen yang tertinggi sekali yang terkandung dalam sesuatu fail. Peringkat fail perlu lebih tinggi daripada peringkat dokumen jika maklumat di dalamnya memerlukan peringkat yang lebih tinggi. (c) Sekiranya dokumen tersebut boleh dikategorikan sebagai dokumen terperingkat, dokumen tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pegawai yang dilantik di bawah seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk tujuan pengkelasan. Walau bagaimanapun jika dokumen tersebut telah ditentukan taraf keselamatannya di atas arahan yang telah diberikan atau berdasarkan fail yang digunakan, pengkelasan tidak perlu dilakukan; (d) Semua draf dan salinan yang tidak diperlukan hendaklah dilupuskan dengan cara dikoyak kecil-kecil, dirincih dan digaul agar tidak lagi dikenali dengan kadar segera. (e) Bilangan salinan dokumen yang disediakan hendaklah seboleh-bolehnya menepati jumlah yang diperlukan sahaja; dan (f) Pegawai / staf yang mengendalikan dokumen dalam kategori rahsia besar dan rahsia hendaklah telah lulus tapisan keselamatan halus dan bagi pegawai-pegawai/staf yang mengendalikan kategori sulit dan terhad hendaklah telah lulus tapisan keselamatan kasar seperti yang dijelaskan melalui Bahagian II perenggan 80, Buku Arahan Keselamatan, (Keselamatan Peribadi). 6

(ii) Penyimpanan Seperti yang dinyatakan di dalam Perenggan 58, Buku Arahan Keselamatan (Keselamatan Dokumen) menjelaskan kaedah menyimpan dokumen terperingkat seperti berikut:- (a) Semua dokumen di bawah kategori rahsia besar hendaklah disimpan dalam peti besi yang seelok - eloknya dipasang dengan kunci tatakira. Walau bagaimanapun jika dokumen tersebut sedang digunakan ianya boleh disimpan secara sementara di dalam kabinet fail yang dikunci dan menggunakan palang besi berkunci. Peti besi dan Kabinet besi yang berkenaan perlu mempunyai dua kunci dan disimpan dua pegawai yang berasingan; (b) Bagi dokumen rahsia pula, cara penyimpannya sama dengan dokumen rahsia besar; (c) Bagi dokumen Sulit dan Terhad pula hendaklah disimpan di dalam kabinet fail yang dikunci dan menggunakan palang besi berkunci; (d) Semua dokumen terperingkat yang ditinggalkan untuk jangka waktu yang singkat tanpa ditunggu hendaklah diletakkan di dalam bilik yang dikunci dan tingkap ditutup dan juga dikunci. Jika dokumen tersebut ditinggalkan dalam waktu yang lama (melebihi 10 minit) dokumen tersebut hendaklah disimpan dalam kabinet/almari besi yang dikunci. (e) Semua kunci bagi almari besi/kabinet/bilik tempat penyimpanan dokumen terperingkat hendaklah disimpan oleh Ketua Jabatan/Timbalan Ketua dan/atau Pegawai-Pegawai Kumpulan 7

Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa oleh Ketua Jabatan/Timbalan Ketua. Bagi pegawai-pegawai kanan yang mempunyai Setiausaha Pejabat masing - masing, mereka boleh mengarahkan Setiausaha Pejabat tersebut menyimpan kunci - kunci berkenaan; (f) Ketua Jabatan/Timbalan Ketua adalah dikehendaki memastikan pegawai-pegawai yang akan bertukar/bersara menyerahkan dokumen dan kunci tersebut kepada pegawai lain yang mengambil-alih tugas sebelum tarikh pertukaran/bersara; Penghantaran/Pengedaran Dalaman (a) Penghantaran/Pengedaran Dalaman I. Semua penghantaran/pengedaran dokumen terperingkat hendaklah melalui bahagian yang mengeluarkan; II. Penghantaran/pengedaran dokumen terperingkat Rahsia Besar hendaklah dibuat melalui fail terperingkat berwarna kuning berpalang merah, Rahsia melalui fail terperingkat''1 berwarna merah jambu berpalang merah, Sulit melalui fail terperingkat bewarna hijau dan Terhad melalui fail terperingkat berwarna putih bertulis TERHAD; III. Penghantaran dokumen terperingkat menggunakan sistem beg/peti berkunci dengan satu lapis sampul surat yang ditanda peringkat keselamatan dan dimeteri atau sistem dua lapis sampul surat tanpa tingkap di mana sampul pertama di tulis nama penerima dan dicop sulit di sudut atas sebelah kiri dan bawah sebelah kanan, di gam rapi dan dilekatkan

lakri/sticker manakala sampul kedua digam tetapi tidak diletakkan sebarangtanda keselamatan. IV. Staf yang ditugaskan menghantar dokumen terperingkat Rahsia dan Rahsia Besar hendaklah telah melalui tapisan keselamatan halus manakala sulit dan terhad hendaklah telah melalui tapisan keselamatan kasar; dan V. Penghantaran yang dibuat sendiri oleh semua pegawai kepada pegawai yang lain dikecualikan daripada peraturan (IV) dan (V) di atas tetapi pegawai yang menghantar hendaklah mengisi slip Transit ( sila lihat borang A di lampiran 2) dan slip dikemukakan kepada bahagian yang mengeluarkan bagi tujuan memudahkan mengesan pergerakan fail. (b) Penghantaran/Edaran Luaran I. Semua pegawai kecuali Naib Canselor tidak dibenarkan membawa keluar daripada pejabat ( sama ada untuk tujuan rasmi atau tidak ) semua dokumen terperingkat dalam kategori rahsia besar dan rahsia. Walau bagaimanapun, dokumen terperingkat dalam kategori sulit dan terhad, boleh dibawa oleh pegawai - pegawai selepas mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang B seperti di Lampiran 3. II. Pegawai - pegawai yang membawa keluar dokumen terperingkat mestilah menjaga dokumen tersebut dengan baik dan selamat. Jika dokumen tersebut hilang, usaha mencari hendaklah dilakukan segera, dan pegawai berkenaan dikehendaki melaporkannya kepada Ketua Jabatan seberapa segera; 9

Semua maklumat daripada dokumen terperingkat boleh dihantar melalui faksmili dan e-mail dengan memastikan pegawai yang menerima dokumen tersebut berada di sisi mesin tersebut. Ini boleh dilakukan dengan menelefon sebelum menghantar dokumen. Namun demikian, dokumen rahsia dan rahsia besar tidak dibenarkan dihantar melalui faksmili dan e- mail. Dokumen terperingkat yang dihantar melalui pos hendaklah menggunakan sistem dua lapis sampul surat di mana sampul surat sebelah dalam digam rapi dan dilakri. Sekiranya tugas ini dilakukan oleh Pembantu Am Rendah, pegawai/staf yang diberikan kuasa oleh Ketua Jabatan hendaklah mengawasi tugas beliau itu. Penghantaran dokumen melalui serahan tangan hendaklah melalui staf yang telah lulus tapisan keselamatan halus ataukasar mengikut peringkat keselamatan dokumen berkenaan dan Penghantaran melalui serahan tangan juga hendaklah mematuhi peraturan - peraturan yang beriku t: Menggunakan slip yang mengandungi butiran nombor fail/dokumen pada slip tersebut. Sila lihat Borang C seperti di lampiran 4. Slip tersebut perlu ditandatangani oleh pihak penerima dan slip tersebut kemudiannya diserahkan kepada pejabat/bahagian yang mengeluarkan dokumen tersebut untuk direkod; dan Sampul surat yang mengandungi dokumen terperingkat perlu ditanda dengan peringkat keselamatan dan nombor rujukan dokumen berkenaan serta nama dan alamat penerimanya.

(iv) Pemusnahan Dokumen Terperingkat (a) Semua rekod-rekod terperingkat iaitu rekod-rekod yang telah dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 hendaklah diturun tarafkan kepada terbuka dahulu sebelum dimusnahkan. (b) Semua dokumen terperingkat yang telah didaftarkan pada prinsipnya tidak boleh dimusnahkan melainkan jika ada arahan daripada Kerajaan atau telah diubah taraf keselamatannya terlebih dahulu dengan kelulusan daripada Pegawai Pengelasan Semula UiTM iaitu Naib Canselor; (c) Mana - mana draf atau kertas buangan yang tidak diperlukan lagi dan perlu dimusnahkan, pemusnahan tersebut hendaklah dipersetujui oleh Ketua Jabatan dan mereka sendiri atau pegawai yang diwakilkan hendaklah mengawasi pemusnahan tersebut; (d) Kertas sedemikian hendaklah dimusnahkan dengan cara mengoyaknya kecil - kecil terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin perincih dan digaul agar dokumen tidak dapat lagi dikenalpasti. \ 6. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI/STAF 6.1 Adalah menjadi tanggungjawab pegawai/staf mematuhi prinsip-prinsip keselamatan dokumen melalui langkah - langkah beriku t: (a) Sentiasa mengambil langkah berwaspada terhadap kepentingan keselamatan Universiti dan Negara; (b) Menghapuskan sikap ingin mengetahui dan ingin memberitahu kepada orang lain yang tidak berkenaan; 11

(c) Melaporkan kepada Ketua Jabatan/Naib Canselor sekiranya ada orang atau pihak yang ingin mendapatkan sesuatu maklumat/rahsia Universiti/Kerajaan; (d) Pegawai/staf yang mengesyaki/mempunyai maklumat tentang berlakunya perlanggaran tatacara Keselamatan Kerajaan hendaklah melaporkan kepada Ketua Jabatan/Naib Canselor dengan segera dan nama mereka akan dirahsiakan ; (e) Pegawai/staf tidak dibenarkan menyampaikan apa-apa maklumat kepada pihak akhbar atau orang/pihak tertentu tanpa persetujuan Naib Canselor terlebih dahulu; (f) Pegawai/staf adalah dilarang melakukan apa-apa tindakan/ perbuatan yang boleh disifatkan bertentangan dengan peraturan di dalam garispanduan ini. 7. PERLANGGARAN 7.1 Pegawai dan staf yang didapati melanggar peraturan di atas boleh diambil tindakan di bawah: (a) Akta Rahsia Rasmi 1972 (b) Akta 605: Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000. (c) Akta 173 Seksyen 33 (1) dan (2) 12

8. PENGEMASKINIAN PERATURAN Garispanduan ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan objektif dan Dasar Pengurusan Dokumen terperingkat Kerajaan Malaysia serta keperluan maklumat negara. 9. TARIKH KUAT KUASA Garispanduan Pengurusan Dokumen Terperingkat Universiti Teknologi MARA ini berkuatkuasa mulai dari tarikh diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Universiti Teknologi MARA. Diluluskan oleh: Universiti Teknologi MARA Eksekutif Tarikh: \ 13