KAJIAN TINDAKAN 2011

dokumen-dokumen yang mirip
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

2.0 PENYATAAN MASALAH

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

SK (2) TAMAN KERAMAT

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

GPS NO PERKARA BIL % 1 LAYAK dapat sijil (LULUS) TIDAK LAYAK dapat sijil (GAGAL)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KEMENTERIAN MALAYSIA. Ruj. Kami: KPT.JPP(0) 601-1/2/14 ( ) Tarikh : L\Disember Semua Pengarah Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PERANCANGAN STRATEGIK

- i - ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 LAPORAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI 1.1 UNIT PEROLEHAN 1. Lampiran UNIT JURNAL DAN MEDIA ELEKTRONIK 2-5

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PEKELILING TIMBALAN REKTOR KAMPUS HAL EHWAL AKADEMIK BIL 4/2013 PENDAFTARAN PELAJAR LAMA DIPLOMA SEMESTER DISEMBER 2013 APRIL 2014

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

INFO PROGRAM INTERVENSI MURID TAHUN 6 DAN PENGGUNAAN BAHAN INTERVENSI PPSMI MURID TAHUN 6 MATA PELAJARAN : SAINS

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

12.00 TGH MLM, 15 OKTOBER

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN (BBTP)

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PELAN STRATEGIK BAHASA CINA ( )

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

3756/1 PRINSIP AKAUN

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO DAN HIJAU BAGI SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

6.0 SENARAI SEMAK OPERASI HEADCOUNT

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERMAISURI BANDAR SRI PERMAISURI KUALA LUMPUR PANITIA SEJARAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Peraturan Pemarkahan Prinsip Perakaunan Kertas 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 NEGERI PERAK

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

Transkripsi:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL, JALAN LEONG YEW KOH, 60000 KUALA LUMPUR. KAJIAN TINDAKAN 2011 NAMA PENYELIDIK: PN WAN HAMIRAH BINTI WAN ISMAIL TAJUK KAJIAN: DEPOSIT UNTUK DAPAT A DALAM SPM MATEMATIK TAMBAHAN 2011

1.0 NAMA SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail, Jalan Leong Yew Koh, 60000 Kuala Lumpur. (Tel: 03-77286693, Fax: 03-77267540) 2.0 PENYELIDIK Wan Hamirah Binti Wan Ismail 3.0 TAJUK KAJIAN Deposit bayaran untuk dapat A dalam SPM Matematik Tambahan 4.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU 4.1 Sudah menjadi satu kebiasaan dan mungkin juga satu perkara yang menyakitkan hati bagi kalangan guru apabila mendengar rungutan terutamanya dari pihak guru sendiri bahawa ramai murid tidak hadir dalam berbagai jenis kelas tambahan atau program-program peningkatan prestasi akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau atas inisiatif guru-guru itu sendiri. Akibat dari kurangnya kehadiran murid-murid dalam program-program ini ialah keberkesanan untuk mencapai matlamat dan objektif bagi meningkatkan prestasi akademik mata pelajaran tertentu atau keseluruhannya tidak kesampaian. Lantaran dari itu arahan melakukan bedah siasat pun dilakukan dan berbagai sebab pun dilontarkan dari kalangan guru dan murid-murid yang berkenaan berhubung hasil dari kelas-kelas tambahan atau program-program yang dilaksanakan. 4.2 Satu alasan utama yang diberikan oleh murid-murid yang tidak hadir ke kelaskelas tambahan anjuran guru-guru atau pihak sekolah ialah mereka terpaksa mengikuti kelas tusyen di luar sekolah yang berbayar yang dikatakan bertembung dengan waktu kelas tambahan atau program peningkatan prestasi akademik yang dilaksanakan oleh pihak guru atau pihak sekolah. 4.3 Selanjutnya, alasan-alasan remeh lain yang diberikan oleh murid-murid ini ialah mereka terpaksa menjaga adik, ibu bapa yang sakit, jauh, tiada penagkutan, ada urusan-urusan peribadi yang lain yang mana secara langsung atau tidak langsung menjurus kepada penglibatan dan peranan ibu bapa sebagai penggerak dan pemantau anak-anak jagaan mereka untuk maju dalam pembelajaran di sekolah. 4.4 Dihalusi alasan-alasan tidak hadir dalam kelas tambahan atau programprogram akademik sekolah yang diberikan oleh murid-murid dan juga ibu bapa, secara amnya saya menyimpulkan bahawa faktor utama murid-murid ini tidak hadir atau tidak mahu terlibat dalam kelas-kelas tambahan atau program-program akademik anjuran guru-guru atau pihak sekolah ialah kerana kelas-kelas tambahan atau program-program itu adalah percuma atau tidak dikenakan sebarang bayaran ke atas murid-murid. Selain itu, penglibataan murid-murid dalam program-program ini tidak boleh dipaksakan ke atas murid-murid berkenaan kerana ianya dilaksanakan di luar waktu persekolahan rasmi. Sebaliknya, makluman dan kebenaran dari ibu bapa atau penjaga perlu diperolehi bagi membolehkan anak-anak jagaan mereka hadir dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti ini.

4.5 Persoalan yang timbul, kenapakah ramai murid tidak hadir atau tidak mahu terlibat dalam kelas-kelas tambahan atau program-program akademik anjuran guruguru atau pihak sekolah yang diberikan secara percuma, tetapi pada masa yang sama boleh bersusah payah hadir ke kelas tusyen yang berbayar? Melalui alasan-alasan yang diberikan oleh murid-murid ini dan juga ibu bapa atau penjaga mereka khasnya alasan terpaksa menghadiri kelas tusyen, secara kasarnya saya menyimpulkan bahawa faktor utamanya adalah kerana wang yang berkait kepada soal untung-rugi. Dalam pemikiranatau anggapan murid-murid dan ibu bapa atau penjaga mereka, adalah merugikan jika tidak hadir kelas tusyen kerana sudah dibayar yuran. Kerana sudah dibayar yuran maka mereka memastikan mereka perlu hadir bagi memanfaatkan wang yang telah dibayar dan supaya tidak mengalami kerugian. Sebaliknya, kelas-kelas tambahan atau program-program akademik yang dilaksanakan oleh sekolah adalah percuma, maka kalau tidak hadir pun tidak mengapa kerana tidak merugikan sebab tidak perlu bayar yuran! Soal keberkesanan atau faedah dari pembelajaran atau pengajaran dalam kelas tusyen berbayar atau kelas tambahan percuma di sekolah bukan menjadi faktor utama dalam pertimbangan mereka. Yang penting ialah sama ada ianya berbayar atau percuma dan kaitannya kepada untung atau rugi. Selepas itu barulah timbul tanggapan berat sebelah bahawa kelas tusyen berbayar adalah lebih bermutu berbanding dengan kelas tambahan percuma yang dilaksanakan di sekolah. Sekali lagi tanggapan ini berpunca dari prejudis bahawa yang berbayar itu adalah lebih superior dari yang percuma, maka tidak mahu disia-siakan dan memastikan mereka terlibat dalam aktiviti yang berbayar itu! 5.0 ISU / KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN) 5.1 Ramai murid tidak hadir dalam kelas-kelas tambahan atau program-program peningkatan prestasi akademik yang dianjurkan oleh guru-guru atau pihak sekolah kerana ianya dilihat sebagai percuma. 5.2 Oleh kerana kelas-kelas tambahan atau program-program peningkatan akademik itu dilihat sebagai percuma maka murid-murid dan ibu bapa atau penjaga melihat ianya tidak merugikan walaupun tidak hadir dalam programprogram tersebut. 5.3 Oleh kerana kelas-kelas tambahan atau program-program peningkatan akademik itu dilihat sebagai percuma maka murid-murid dan ibu bapa atau penjaga melihat ianya sama seperti proses pembelajaran dan pembelajaran biasa dalam sesi persekolahan, tidak berkesan, tidak memberi banyak manfaat atau tidak berkualiti, tidak seperti kelas-kelas tusyen yang berbayar 6.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, objektif berikut diharap diperolehi: 6.1 OBJEKTIF AM Murid-murid dan ibu bapa atau penjaga hanya akan mengambil sirius program kelas tambahan atau program peningkatan prestasi akademik anjuran guru atau pihak sekolah hanya jika hanya bila ianya berbayar atau dikenakan deposit bayaran yang dikaitkan kepada soal untung-rugi dari bayaran yang dikenakan. 6.2 OBJEKTIF KHUSUS 6.2.1 Murid-murid akan hadir dan mengambil daya usaha yang sirius dalam kelas tambahan apabila ianya berbayar atau dikenakan bayaran deposit.

6.2.2 Murid-murid akan hadir dalam kelas tambahan yang berbayar atau dikenakan bayaran deposit kerana tidak mahu merasa rugi kerana telah dikenakan bayaran deposit dan akan berusaha mendapat gred A dalam SPM kerana ganjaran mendapat kembali wang deposit yang telah dibayar. 6.2.3 Ibu bapa atau penjaga juga akan mengambil perhatian sirius terhadap program kelas tambahan atau program peningkatan prestasi akademik yang dilaksanakan oleh guru atau pihak sekolah apabila deposit bayaran dikenakan. 7.0 KUMPULAN SASARAN 7.1 Kajian ini melibatkan murid-murid saya di tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan yang berani menerima cabaran saya untuk hadir di dalam kelas tambahan yang saya anjurkan tetapi dikenakan bayaran deposit setiap seorang setiap kali mereka hadir dalam kelas tambahan tersebut. 7.2 Setakat ini hanya 3orang murid, seorang dari Tingkatan 5 Alfa dan seorang dari Tingkatan 5 Beta yang telah berani menerima cabaran ini dan sedang menyertai program ini. 8.0 TINDAKAN YANG DILAKUKAN 8.1 Tinjauan Masalah Masalah dilihat berlaku apabila melalui pengalaman yang telah dilalui sendiri dan melalui rungutan guru-guru yang telah melaksanakan atau menjalankan program kelas tambahan atau program peningkatan prestasi akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data berikut: 8.1.1 Data kehadiran kelas-kelas tambahan dan program-program peningkatan presatasi akademik yang telah dilaksanakan oleh guruguru dan pihak sekolah. 8.1.2 Data prestasi murid-murid yang terlibat dalam ujian dan peperiksaan bagi mata pelajaran Matematik Tambahan sejak dari tingkatan 4. 8.1.3 Temuduga dengan guru-guru berhubung kesiriusan murid-murid yang hadir dalam kelas tambahan atau program peningkatan prestasi akademik serta keberkesanan program tersebut yang dilihat dari segi manfaat dan hasil yang diperoleh oleh murid-murid yang hadir. 8.1.4 Temuduga dengan murid-murid sebab-sebab mereka tidak berminat hadir dalam kelas tambahan atau program peningkatan presatsi akademik yang dibuat oleh guru mereka atau pihak sekolah. 8.2 Kaedah Pelaksanaan: 8.2.1 Saya menyuarakan rasa kecewa kepada murid-murid saya semasa proses P&P Matematik Tambahan di dalam kelas kerana kehadiran mereka ke kelas tambahan masa cuti sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah serta kelas tambahan yang dianjurkan oleh saya selepas sesi persekolahan di sebelah petang tidak memuaskan.

8.2.2 Saya menemuduga murid-murid yang tidak hadir sebab-sebab mereka tidak hadir. 8.2.3 Setelah mendapat maklum balas dari temuduga itu bahawa kebanyakan murid yang tidak hadir kelas tambahan kerana terpaksa menghadiri kelas tusyen berbayar di luar sekolah atau tidak merasa rugi walaupun tidak hadir kelas tambahan percuma yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau oleh guru serta merasa tidak memberi banyak perbezaan kalau pun hadir, maka saya mencabar murid-murid untuk hadir ke kelas tambahan saya dengan membayar deposit RM50.00 sejam selama dua jam setiap satu sesi setiap minggu. Saya mencabar murid-murid sekiranya mereka berjaya mendapat A (A-, A atau A+) dalam SPM 2011 bagi mata pelajaran Matematik Tambahan, keseluruhan bayaran deposit yang telah dibayar untuk hadir di setiap kelas tambahan akan dikembalikan semula kepada mereka. Sebaliknya, sekiranya mereka gagal mendapat A, wang deposit yang telah dibayar itu tidak akan dikembalikan. 8.2.4 Murid-murid yang berani menerima cabaran tersebut dan mahu mengikuti kelas tambahan yang dijalankan oleh saya perlu memaklumkan dan mendapat persetujuan dari ibu bapa atau penjaga mereka terlebih dahulu. Satu surat perakuan yang disediakan oleh saya yang mengandungi butiran perlaksanaan program diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga murid-murid yang mahu mengikuti rancanagn ini. Murid, ibu bapa atau penjaga dan saya akan menanda tangani surat perakuan tersebut menandakan persetujuan dan tanggungjawab masing-masing dalam perlaksanaan program tersebut. 8.2.5 Satu akuan bayaran deposit bagi setiap murid mengikut kehadiran dalam kelas tambahan akan disediakan sebagai rekod jumlah bayarn deposit yang telah diterima oleh saya dan telah dibayar oleh pihak murid. 8.2.6 P&P kelas tambahan matematik akan dilaksanakan setelah murid, ibu bapa atau penjaga telah menanda tangani surat perakuan tersebut pada masa, hari dan tempat yang ditetapkan sehingga menjelang berlangsung peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Matematik Tambahan Kertas 1 dan Kertas 2. 8.2.7 Apabila keputusan SPM 2011 diumumkan pada bulan Mac 2012, sekiranya murid-murid berkenaan berjaya mendapat A (A-, A atau A+) dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, semua bayaran deposit yang telah saya terima akan dikembalikan kepada ibu bapa atau penjaga berkenaan dengan ucapan tahniah kerana telah berjaya dan ribuan terima kasih kerana sanggup menerima cabran program ini. 8.2.8 Analisis dan laporan kajian disediakan setelah keputusan SPM telah diumumkan dan selesainya program ini. 9.0 BAHAN YANG DICADANGKAN 9.1 Rancangan P&P Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan 5. 9.2 Modul P&P Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan 5.

9.3 Buku teks Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan 5. 9.4 Kertas A4 dan Riso. 9.5 Kertas Graf 10.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN BIL AKTIVITI TARIKH 1. Tinjauan masalah dan pengumpulan data awal. Tahun 2011 2. Merancang tindakan - individu Januari & Februari 2011 3. Merangka dan menulis cadangan kajian Mac 2011 4. 5. Melaksanakan tindakan 1 Surat Pengakuan dan pelaksanaan P&P Analisis tindakan 1 pencapaian murid dalam Ujian Setara 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun Februari - Jun 2011 Mac dan Jun 2011 6. Melaksanakan tindakan 2 Pelaksanaan P&P Jun Oktober 2011 7. Analisis tindakan 2 pencapaian murid dalam Ujian Setara 2 dan Peperiksaan Percubaan SPM Oktober 2011 8. Ulangkaji menjelang SPM 2011 Oktober November 2011 9. Analisis keputusan SPM 2011 murid Mac 2012 10. Refleksi dan menulis laporan Mac 2012 11.0 ANGGARAN KOS KAJIAN BIL JENIS BAHAN KOS (RM) 1. Kertas A4 (1 rim) RM 10.00 2. Bahan-bahan cetakan riso RM 50.00 3. Lain-lain (jika ada) RM 40.00 JUMLAH RM 100.00 TAMAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL, JALAN LEONG YEW KOH, 60000 KUALA LUMPUR. KAJIAN TINDAKAN 2011 NAMA PENYELIDIK: PN WAN HAMIRAH BINTI WAN ISMAIL TAJUK KAJIAN: MENGGUNAKAN KAEDAH LET UNTUK MENENTUKAN SATU DARIPADA KOMPONEN FUNGSI-FUNGSI DALAM SATU FUNGSI GUBAHAN YANG DIBERIKAN

1.0 NAMA SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail, Jalan Leong Yew Koh, 60000 Kuala Lumpur. (Tel: 03-77286693, Fax: 03-77267540) 3.0 PENYELIDIK Wan Hamirah Binti Wan Ismail 4.0 TAJUK KAJIAN Menggunakan kaedah LET untuk menentukan satu daripada fungsi-fungsi dalam satu fungsi satu gubahan yang diberikan 5.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU 5.1 Fungsi gubahan (composite function) ditakrifkan sebagai satu fungsi yang wujud dari gabungan dua fungsi. Secara grafik gabungan dua fungsi itu boleh digambarkan seperti berikut: Jika f ialah fungsi daripada set A kepada set B dan g ialah fungsi daripada set B kepada set C. Maka, gf ialah fungsi gubahan f ikuti dengan g daripada set A kepada set C. f A B C g gf Jika f : A B dan g : B C, maka fungsi gubahan gf : A C. 5.2 Atau jika set A = x maka set B = f(x) dan set C sebagai gabungan set A dengan set B yang boleh ditulis sebagai gf(x), suatu fungsi gubahan iaitu gabungan fungsi f dengan objek x, iaitu f(x) yang menjadi pula objek bagi fungsi g. f x f(x) gf(x) g gf 5.3 Dalam kes ini, bagi fungsi gubahan gf(x), saya menamakan fungsi f sebagai fungsi pertama dan g sebagai fungsi kedua dengan x adalah objek bagi gabungan fungsi-fungsi tersebut. 5.4 Secara amnya, fungsi gubahan gf fg

5.5 Dalam buku teks yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Additional Mathematics Form 4, terbitan Nur Niaga Sdn Berhad tahun 2005, telah diberikan dua contoh, masing-masing untuk menentukan komponen fungsi pertama dan fungsi kedua dalam satu fungsi gubahan yang diberikan seperti berikut; Contoh 1: Diberi f(x) = 2x 1 dan fg(x) = 1 6x. Tentukan fungsi g. [iaitu menentukan fungsi pertama bagi fungsi gubahan fg(x)]. Penyelesaian yang dicadangkan: fg(x) = 1 6x 2g(x) 1 = 1 6x menggantikan g(x) sebagai objek bagi x dalam f(x) = 2x 1 2g(x) = 2 6x g(x) = 1 3x Contoh 2: Di beri g(x) = 2 3x dan fg(x) = 3 2x. Tentukan fungsi f. [iaitu menentukan fungsi kedua bagi fungsi gubahan fg(x)]. Penyelesaian yang dicadangkan: fg(x) = 3 2x f(2 3x) = 3 2x Let y = 2 3x menggunakan kaedah LET di sini. x = 2 y 3 2 f(y) = 3 2 3 y f(y) = Maka f(x) = 5 + 2x 3 5 + 2x 3 5.6 Daripada dua contoh penyelesaian masalah di atas, adalah jelas diperhatikan bahawa: (i) Untuk menentukan fungsi pertama dalam gabungan satu fungsi gubahan (Contoh 1), fungsi pertama yang hendak ditentukan itu digantikan sebagai objek ke dalam fungsi kedua. Nyata kaedah penyelesian masalah ini tidak perlu menggunakan kaedah LET. (ii) Sebaliknya, untuk menentukan fungsi kedua dalam gabungan satu fungsi gubahan (Contoh 2), kaedah LET digunakan iaitu dengan LET fungsi pertama sebagai y = 2 3x sebelum penyelesaian dapat diteruskan ke arah mendapat jawapan. 5.7 Isu yang timbul dari dua kaedah penyelesian yang berlainan seperti ditunjukkan dalam dua contoh di atas ialah murid-murid sering menjadi confuse atau keliru dengan kaedah mana yang perlu digunakan untuk keadaan bagaimana. Mungkin murid disuruh menghafalkan seperti berikut: (i) Untuk menentukan fungsi pertama gunakan kaedah penggantian dengan fungsi pertama digantikan sebagai objek ke dalam fungsi kedua.

(ii) Untuk menentukan fungsi kedua gunakan kaedah LET iaitu dengan LET fungsi pertama sebagai y bagi ungkapan fungsi pertama itu 5.8 Untuk mengurangkan kekeliruan yang timbul akibat dari penggunaan kaedah penyelesaian yang berlainan ini maka dicadangkan menggunakan kaedah LET bagi menentukan mana-mana satu komponen fungsi dalam gabungan fungsi gubahan yang diberikan iaitu: (i) (ii) LET fungsi pertama jika diminta menentukan fungsi pertama. LET fungsi pertama juga jika diminta menentukan fungsi kedua. Dengan mengambil balik contoh soalan seperti dinyatakan dalam para 5.5 di atas, penyelesaian dengan kaedah LET bagi menentukan komponen fungsi pertama dan fungsi kedua dalam satu gabungan fungsi gubahan adalah seperti berikut: Contoh 1: Diberi f(x) = 2x 1 dan fg(x) = 1 6x. Tentukan fungsi g. [iaitu menentukan fungsi pertama bagi fungsi gubahan fg(x)]. Penyelesaian yang dicadangkan: fg(x) = 1 6x Let g(x) = y menggunakan kaedah LET bagi fungsi pertama f(y) = 1 6x y yang telah diletkan bagi fungsi pertama g(x) digantiakn sebagai objek dalam fungsi gubahan fg(x). f(y) = 2y 1 fungsi tungal f dengan objek x digantiakn denagn objek y 2y 1 = 1 6x menyamakan kedua-dua fungsi f(y) y = 1 3x Therefore g(x) = 1 3x Contoh 2: Di beri g(x) = 2 3x dan fg(x) = 3 2x. Tentukan fungsi f. [iaitu menentukan fungsi kedua bagi fungsi gubahan fg(x)]. Penyelesaian yang dicadangkan: fg(x) = 3 2x Let g(x) = y menggunakan kaedah LET bagi fungsi pertama di sini g(x) = 2 3x Then y = 2 3x menyamakan kedua-dua fungsi g(x) x = 2 y 3 f(y) = 3 2x 2 f(y) = 3 2 3 f(y) = Therefore f(x) = 5 + 2x 3 5 + 2x 3 y mendapatkan subjek x dalam subutan y untuk digantikan ke dalam fungsi f(y), yang mana y datangnya dari LET g(x).

6.0 ISU / KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN) 6.1 Murid confuse atau keliru dengan kelainan kaedah yang digunakan dalam menentukan satu komponen fungsi dalam satu fungsi gubahan yang diberikan. 6.2 Kekeliruan dalam menggunakan kaedah penyelesian yang betul mengikut komponen fungsi yang hendak ditentukan itu menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan masalah soalan berkenaan dengan betul. 6.3 Kekeliruan dalam kelainan penyelesaian masalah yang disebutkan itu menjejaskan prestasi murid secara keseluruhan dalam mata pelajaran Matematik Tambahan 7.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, objektif berikut diharap diperolehi: 7.1 OBJEKTIF AM Prestasi murid-murid dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan tajuk fungsi dalam mata pelajaran Matematik Tambahan akan meningkat. 7.2 OBJEKTIF KHUSUS Murid-murid dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan penentuan salah satu komponen fungsi dalam satu fungsi gubahan yang diberikan dengan yakin dengan menggunakan kaedah LET. 8.0 KUMPULAN SASARAN 25 orang murid yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam Tingkatan 4 Sigma.. 9.0 TINDAKAN YANG DILAKUKAN 9.1 Tinjauan Masalah Masalah dilihat berlaku apabila melalui pengalaman dalam memeriksa kerja latihan murid-murid yang mengambil Matematik Tambahan tahun-tahun galaman yang mendapati murid-murid menghadapi kekeliruan dalam menggunakan kaedah yang betul bagi menyelesaikan masalah berkaitan penentuan salah satu fungsi dalam satu fungsi gubahan yang diberikan. 9.2 Prestasi murid bagi tajuk fungsi tidak cemerlang dalam ujian dan peperiksaan sekolah kerana kegagalan murid-murid menyelesaikan masalah berkaitan penentuan salah satu fungsi dalam satu fungsi gubahan yang diberikan.. 9.3 Kaedah Pelaksanaan: 9.3.1 Melaksanakan P&P bagi tajuk berkenaan berdasarkan contoh penyelesaian yang dicadangkan dalam buku teks. Kemudian satu ujian pra dilakukan ke atas murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. 9.3.2 Melaksanakan P&P bagi tajuk yang sama tetapi menggunakan cadangan kaedah LET bagi menentukan mana-mana komponen fungsi dalam satu satu fungsi gubahan yang diberikan. Kemudian satu ujian pos dilakukan ke atas murid-murid yang terlibat dalam kajian ini.

9.3.3 Analisis ke atas pencapaian murid-murid dalam ujian pra dan ujian pos dilakukan untuk menentukan keberkesanan penggunaan kaedah LET dalam menentukan mana-mana satu komponen fungsi dalam satu fungsi gubahan yang diberikan. 9.3.4 Analisis ke atas pencapain murid-murid dalam ujian dan peperiksaan sekolah bagi tajuk yang berkenaan. 9.3.5 Menulis laporan berdasar analisis dan dapatan yang diperolehi dari kajian. 10.0 BAHAN YANG DICADANGKAN 10.1 Modul P&P Matematik Tambahan Tingkatan 4 bagi tajuk Fungsi 10.2 Buku teks Matematik Tambahan Tingkatan 4 10.3 Kertas A4 11.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN BIL AKTIVITI TARIKH 1. Tinjauan masalah dan pengumpulan data awal. Tahun 2010 2. Merancang tindakan - individu Januari & Februari 2011 3. Merangka dan menulis cadangan kajian Mac 2011 4. 5. 6. Melaksanakan tindakan 1 Pelaksanaan P&P, Ujian Pra dan Ujian Pos Analisis tindakan 1 pencapaian murid dalam Ujian Setara 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun Analisis tindakan 2 pencapaian murid dalam Ujian Setara 2 dan Peperiksaan Percubaan SPM Februari - Mei 2011 Mac dan Jun 2011 Ogos - Oktober 2011 7. Refleksi dan menulis laporan November 2011 12.0 ANGGARAN KOS KAJIAN BIL JENIS BAHAN KOS (RM) 1. Kertas A4 (1 rim) RM 10.00 2. Bahan-bahan cetakan riso RM 40.00 JUMLAH RM 50.00 TAMAT