DASAR AGIHAN ZAKAT PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN OBJEKTIF Bertujuan untuk memastikan proses pengagihan wang zakat disalurkan mengikut asnaf lapan bagi memenuhi kehendak-kehendak hukum syarak dan dilaksanakan dengan sistemetik dan berkesan. DEFINISI Asnaf Lapan i. Fakir Seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang di bawah tanggungannya. ii. Miskin Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya yang melebihi 50% tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang di bawah tanggungannya. iii. Amil Mereka yang terlibat secara langsung dengan Institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk kutipan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
iv. Muallaf Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada empat:- i. Baru memeluk Agama Islam. ii. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. iii. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah pimpinannya. iv. Orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. v. Al-Riqab (Hamba) Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orangorang tertentu. vi. Al-Gharimin Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syara. vii. Fisabilillah Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan Agama Islam serta kebajikannya.
viii. Ibnu Sabil Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syara dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan. SYARAT AGIHAN ZAKAT A) SYARAT AM Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan Beragama Islam. B) SYARAT KHUSUS PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM, MAIK Merupakan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian terpilih yang telah ditetapkan oleh MAIK. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin Kadar maksimum pendapatan isi rumah mengikut tanggungan keluarga adalah sebagaimana berikut: PENDAPATAN KASAR BILANGAN MINIMUM TANGGUNGAN KURANG RM1,000 1 RM1,000 RM1,500 2 RM1,500 RM2,000 4 RM2,000 RM2,500 5 RM2,500 RM3,000 6 RM3,000 RM3,500 8 Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan. Syarat Khas Mengikut Pengajian yang ditawarkan:
PROGRAM A-LEVEL DIPLOMA SIJIL KEMAHIRAN Lokasi Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin,Selangor KFCH International College, Kampus Johor Bharu Akademi Saga, Shah Alam, Selangor. Tawaran Kursus A-Level Diploma Pengurusan Restoran (Diploma In Restaurant Diploma Seni Masakan (Diploma In Culinary Arts) Diploma Pengurusan Pelancongan (Diploma In Tourism Diploma Pengurusan Acara (Diploma In Event Sijil Teknologi Automotif Tahap 1 Dan Tahap 2 Kelayakan Minima SPM-9A 1. Bahasa Inggeris A 2. Matematik A 3. Matematik Tambahan A dan 4. Fizik A atau 5. Kimia A atau 6. Biologi A SPM-3C (kelebihan kepada pemohon yang memperolehi keputusan kredit dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) PMR- Lulus (kelebihan kepada pemohon yang mengambil peperiksaan SPM) Yuran Pengajian Tajaan MAIK Pinjaman PTPTN/FELDA/KESEDAR Dan Lain-Lain Yang Sesuai Jika SPM Minima 5C, Pinjaman MARA Tajaan MAIK Elaun Buku Tahunan RM 600.00 RM600.00 Tiada Wang Saraan Bulanan RM200.00 RM500.00 RM150.00
Bantuan Segera IPT RM500.00 RM1,700 (RM500 Digunakan Untuk Yuran Pendaftaran) RM500.00 Sesi Kemasukan Julai Ogos Julai Borang permohonan boleh diisi secara online melalui portal MAIK www.emaik.my bermula 1 Mei 31 Mei 2014. Borang Pengesahan Permohonan hendaklah dihantar bersama-sama salinan Sijil/Dokumen yang telah disahkan kepada: Sekretariat Jawatankuasa Pendidikan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Kompleks Islam Darulnaim, 15200 Kota Bharu, Kelantan. No. Telefon : 09-7481512 No. Fax : 09-7485512 Email : info_pendidikan@e-maik.my