Bola Keranjang Permainan Kecil Bola Keranjang

dokumen-dokumen yang mirip
HOKI. Permainan Kecil Hoki

BOLA SEPAK. Permainan Kecil Bola Sepak 1. TANDUKAN BERPUTAR 2. SEPAKAN ROUNDERS 3. BOLA SEPAK TENIS 4. BOLING SEPAK 5.

Bola Tampar. Permainan Kecil Bola Tampar 1. BOLA TERBANG 2. TEMBAK TEMBOK 3. TEMBAK TARGET 4. MEMUKAT KATAK 5. MEREJAM BOLA

KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN

KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

Pingpong. Permainan Kecil Pingpong. Permainan 1: Melantun bola pingpong. Permainan 2: Memungut bola dengan pantas

Bola Baling Permainan Kecil Bola Baling

Olahraga Permainan Kecil Olahraga

BOLA JARING Permainan Kecil Bola Jaring

SEPAK TAKRAW PERMAINAN KECIL

Undang-undang Permainan

KARNIVAL SUKAN MSPM KALI KE XIV DAN SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

PERMAINAN TRADISIONAL HARI KELUARGA KPK 2014

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK RAGA TIMBANG PESUMA KE-30

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kejohanan Futsal Remaja & Belia 2009

FUTSAL PRASEKOLAH. 1.2 Kejohanan ini merupakan kesinambungan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

PERATURAN BOLA JARING 3 ON 3 PIALA MENTERI PELAJARAN

PERATURAN PERTANDINGAN KAROM LELAKI / WANITA PESUMA KE-30

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI DAN WANITA PESUMA KE-30

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

Materi Permainan Bola Basket Lengkap

PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN (TID) PERINGKAT SEKOLAH

MODUL INI DISEDIAKAN SEBAGAI LANGKAH AWAL UNTUK MEMBANTU GURU-GURU PENASIHAT KELAB SUKAN SEKOLAH. USAHA PENAMBAHBAIKAN MODUL INI AKAN DILAKUKAN

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN DAM AJI PESUMA KE-30

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2. Terbitan

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3 on 3 KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN TAHUN 2016

2. Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan secara menyeluruh.

PERTANDINGAN KAROM PESTA SUKAN MUHIBBAH JKM TAHUN 2017 PENGELOLA: JABATAN TANAH DAN UKUR

KEPEGAWAIAN OLAHRAGA PENASIHAT 3/12/2018 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS TEKNIK PANEL JURI RAYUAN

ASAS PERMAINAN SOFBOL

BOLA KERANJANG 3 ON 3

ISI KANDUNGAN. MAKLUMAT 1.0 Peraturan Am Jurukamera dan Juruvideo 2. PERALATAN 3.0 Pakaian Peralatan 2

DASAR 1 MURID 1 SUKAN 1.1 Pengenalan Rasional Matlamat Konsep 8

KELECEK BOLA DENGAN KAKI. Berkebolehan menggelecek bola menggunakan kaki dengan lakuan yang betul.

BUKU PANDUAN KADET POLIS KAWAD TANGAN (TANPA SENJATA) DALAM KEDUDUKAN STATIK BAHAGIAN 1 SIRI 1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

DASAR 1 MURID 1 SUKAN 1.1 Pengenalan Rasional Matlamat Konsep 8

PERATURAN PERTANDINGAN TARIK TALI PESUMA KE-30

MODUL INI DISEDIAKAN SEBAGAI LANGKAH AWAL UNTUK MEMBANTU GURU-GURU PENASIHAT KELAB SUKAN SEKOLAH. USAHA PENAMBAHBAIKAN MODUL INI AKAN DILAKUKAN

BAB 1 PERMAINAN BOLA BESAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Am MASUM.

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

4. Mengaplikasi kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik irama, dan gimnastik artistik dengan betul dan selamat;

DASAR 1 MURID 1 SUKAN 1.1 Pengenalan Rasional Matlamat Konsep 8

UJIAN SPESIFIK BAHAGIAN A : LONTARAN

MODUL INI DISEDIAKAN SEBAGAI LANGKAH AWAL UNTUK MEMBANTU GURU-GURU PENASIHAT KELAB SUKAN SEKOLAH. USAHA PENAMBAHBAIKAN MODUL INI AKAN DILAKUKAN

Definisi Satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan

2. Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan secara menyeluruh;

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C

Teknik Dasar Permainan Bola Basket Beserta Gambarnya

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat pertandingan olahraga acara larian berganti-ganti 4 x 100 meter

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Badminton. Permainan Kecil Badminton

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

SUKAN PANTAI UiTM SHAH ALAM 2017 BOLA JARING PANTAI

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA m. 5.07m 10.14m

Ujian Anthropometrik. : Ketinggian Berdiri (Standing Height) : Ketinggian duduk (Sitting Height) : Panjang Depa (Armspan)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

ne{'.irvif] 1 0 aug?017

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Nw6lsutan fr-t. %ffii. ,le qt'''- I KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN BOLA KERANJANG 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (KSSR) PENDIDIKAN JASMANI 2012 TAHUN 2

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN PERMAINAN SUKAN SUPSAT 2017

SPTS ISI KANDUNGAN. Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - BOLA SEPAK KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA 2018 PERATURAN PERTANDINGAN KAROM

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PERATURAN PERTANDINGAN CONGKAK PESUMA KE-30

Pengurusan Bilik Darjah

KAROM BERPASUKAN PERATURAN PERTANDINGAN KAROM BERPASUKAN SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

DRAF SULIT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU PENDIDIKAN JASMANI

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 18TKB MSSPP

DASAR 1 MURID 1 SUKAN 1.1 Pengenalan Rasional Matlamat Konsep 8

SEPAKTAKRAW BERPASUKAN. Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

REKA BENTUK MAKLUM BALAS DISEDIAKAN OLEH MEJAR BERSEKUTU (PA) PROF MADYA DR TAN WEE HOE

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

SUKAN SBAM Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah MUKTAMAD.

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

PERATURAN PERTANDINGAN CONGKAK SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2017 (CONGKAK)

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIALA FUTSAL NEGARAKU

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESUMA KE-30

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

Bola Keranjang Permainan Kecil Bola Keranjang 1. Hantaran Berganti-ganti 2. Permainan Monyet 3. Hantaran Asas Bola Keranjang 4. Menggelecek Bola Berganti-ganti 5. Koordinasi Menggelecek 6. Nelayan dan Ikan 7. Maharaja Gelanggang 8. Jaringan Tempat 9. Permainan Jaringan 10. Tindakbalas Pemain

1. HANTARAN BERGANTI-GANTI Permainan ini mengajar dan membantu murid untuk menambah- baikkan kemahiran menghantar dan menerima bola dengan menggunakan kaki kisar berpasak (pivot foot). a. Bahagikan murid kepada dua / lebih pasukan, bilangan murid dalam setiap pasukan mestilah sama. Beraturlah mereka dalam satu garisan lurus di pertengahan gelanggang, jarak antara setiap murid adalah kira-kira 4-6 kaki. b. Murid pertama membuat hantaran kepada murid kedua. Setelah menerima bola, murid kedua mesti memusingkan badan sebanyak 180 ke arah murid ketiga dengan menggunakan kaki kisar berpasak yang betul sebelum membuat hantaran kepada murid ketiga. c. Teruskan hantaran sehingga ke murid terakhir. Selepas itu, bola itu dihantar semula ke murid pertama melalui garisan tersebut. Sekiranya bola itu terjatuh atau murid menggerakkan kedua-dua belah kaki semasa membuat hantaran, maka pasukan tersebut mesti memulakan hantaran lagi dari murid pertama. d. Pasukan yang berjaya membuat hantaran yang terpantas akan menang dalam permainan. Tips: Pastikan murid menggunakan kaki kisar berpasak yang betul. Tunjukkan kepada murid kaki kisar berpasak yang betul semasa membuat hantaran sebelum permainan dijalankan. Ingatkan murid sekiranya hendak menangkap bola dengan tepat, pastikan murid tersebut merendahkan badannya dengan lututnya bengkok sedikit.

2. Permainan Monyet Permainan ini memberi tumpuan pada pelbagai hantaran serta strategi pertahanan. a. 5 orang murid membentuk 1 bulatan. Seorang murid berdiri di tengah bulatan untuk merampas bola. b. Kumpulan tersebut diberi sebiji bola. Murid-murid cuba berkomunikasi dan bekerjasama untuk membuat hantaran tanpa ditangkap oleh murid di tengah. c. Murid-murid boleh mengaplikasikan pelbagai cara hantaran dengan syarat tidak boleh menghantar bola ke murid yang berdiri di sebelahnya. d. Jika bola itu berjaya ditangkap oleh murid di tengah, murid tersebut perlu masuk ke dalam tengah bulatan menjadi murid yang menangkap bola. Tips : Setiap murid mesti berkomunikasi dengan murid yang lain semasa hendak membuat hantaran.

3. Hantaran Asas Bola Keranjang Permainan ini bertujuan untuk menggalakkan murid berinteraksi dalam pertandingan dan membuat hantaran yang tepat kepada rakan sepasukan walaupun dalam keadaan tekanan. a. Anda memerlukan sebiji bola keranjang dan 10 orang murid untuk memulakan permainan bola keranjang ini. b. Bahagikan murid kepada 2 pasukan. c. Murid tidak dibenarkan menggelecek bola sepanjang permainan tersebut. Sebaik sahaja murid menerima bola, dia mesti membuat hantaran terus kepada rakan sepasukannya sehingga bola tersebut berjaya dijaringkan. Walau bagaimanapun, murid yang hendak menjaringkan bola dibenarkan membuat dua langkah untuk jaringan laying (lay-up). d. Semua undang-undang pertandingan bola keranjang akan diaplikasikan dalam permainan tersebut. Variasi : Sekiranya bilangan murid adalah kecil, maka jalankan permainan tersebut di separuh gelanggang (half-court) bola keranjang. Untuk menjadikan permainan ini lebih menarik, anda juga boleh membenarkan setiap murid menggelecek bola 1 atau 2 kali sepanjang pertandingan tersebut.

4. Menggelecek Bola Berganti-ganti Permainan kecil ini dapat meningkatan teknik seseorang murid dari segi menggelecek bola dengan pantas dan dapat dikawal oleh murid dengan baik. a. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan berdasarkan bilangan. b. Murid pertama setiap kumpulan mesti pegang bola. c. Wisel dibunyikan untuk memulakan permainan. d. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan menggelecek naik dengan tangan kanan dan turun dengan tangan kiri sepantas yang boleh di gelanggang. e. Apabila murid pertama balik ke tempat asal, maka murid kedua dalam kumpulan akan bermula. Permainan ini akan diteruskan hingga murid terakhir. f. Murid yang tidak dapat mengawal bola semasa menggelecek (loss ball) perlu menggelecek semula bola di tempat kesalahan tersebut. f. Pasukan yang berjaya menggelecek yang terpantas akan menang dalam pertandingan. Variasi : Menggelecek dengan mempelbagaikan teknik dalam separuh gelanggang seperti cross-over, behind-the-back atau spin move

5. Koordinasi Menggelecek Permainan kecil ini dapat membantu murid meningkatan kemahiran menggelecek bola dan koordinasi anggota badan. a. Setiap murid bermula dengan memegang bola dan berdiri berselerak di dalam separuh gelanggang. b. Semua murid mula menggelecek bola sambil bergerak. c. Murid nombor 1 diberi sebiji bola tenis. Murid nombor 1 menggelecek bola sambil membuat lambungan bola tenis di sebelah tangan yang lain. d. Selepas itu, murid nombor 1 cuba menghantar bola tenis kepada murid yang lain. Sebelum menghantar, murid nombor 1 mesti memanggil nama murid tersebut. e. Murid yang menerima bola perlu menangkap bola tenis dengan tangan yang bebas lalu menghantar bola tenis kepada murid yang lain. f. Kalau murid tidak dapat menangkap bola tenis itu, maka dia perlu keluar dari gelanggang dan menggelecek bola di luar gelanggang. Murid yang akhir masih di gelanggang dianggap sebagai pemenang. Tips : Murid sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersedia untuk menerima bola. Variasi : Bilangan bola tenis boleh diperbanyakkan bergantung kepada kebolehan murid. Murid juga digalakkan melakukan latihan dengan menggunakan tangan bukan dominan untuk menggelecek bola.

6. Nelayan dan Ikan Permainan ini dapat membantu murid meningkatan kemahiran menggelecek dan mengawal bola. a. Anda memerlukan 10 pemain. Setiap pemain diberikan sebiji bola. b. Setiap murid yang bertugas sebagai ikan perlu berada di hujung gelanggang dan setiap murid diberi sebiji bola. c. Pilih dua pemain untuk dijadikan sebagai Nelayan. Nelayan membuat kemahiran menggelecek di sepanjang garisan tengah. d. Setiap Ikan mesti menggelecek bola ke hujung sebelah tanpa disentuh oleh Nelayan. Setiap Ikan mesti melakukan aktiviti menggelecek untuk sampai ke destinasi. e. Apabila Ikan sudah sudah ditangkap, dia akan didenda menggelecek di luar gelanggang. f. Apabila semua Ikan sampai di hujung gelanggang, mereka perlu bergerak semula ke hujung gelanggang bertentangan tanpa di sentuh oleh Nelayan. Variasi : Permainan ini boleh dijadikan lebih sukar dengan menjadikan syarat tangan bukan dominan untuk menggelecek dan meningkatkan jumlah Nelayan.

7. Maharaja Gelanggang Permainan ini mengajar murid-murid sentiasa memerhati sekeliling semasa menggelecek bola. a. Murid-murid bertaburan sekitar separuh gelanggang atau seluruh gelanggang mengikut bilangannya. b. Murid-murid harus menggelecek sambil mengacau atau menolak bola kawan mereka. c. Sekiranya,bola murid itu ditolak dan dia tidak dapat mengawal bolanya,maka dia akan disingkirkan daripada permainan itu. d. Apabila berlaku penyingkiran, pemain itu harus pergi ke tepi gelanggang untuk latihan menggelecek bola. e. Apabila bilangan murid yang bermain berkurangan, gelanggang permainan boleh dikecilkan. Tips : Murid tidak boleh membawa bola berlari Murid mesti menggelecek bola dengan jari dan bukannya tapak tangan. Murid perlu melindungi bola dengan sebelah tangan yang lain dan memerhati sekeliling dengan mengangkat kepala. Guru boleh membenarkan sentuhan atau pelanggaran yang sederhana semasa permainan.

8. Jaringan Tempat Ini adalah latih tubi untuk melatih murid dalam teknik menjaringkan gol dan menghantar bola. TAMA a. Pilih 3-5 tempat di atas gelanggang. Pecahkan kumpulan anda kepada 2 kumpulan dan berbaris di tempat pertama, kemudian beri setiap kumpulan 2 atau3 biji bola. b. Semasa wisel ditiup, pemain pertama yang berada di garisan melakukan jaringan gol. Selepas bola mengena bakul (rim) atau papan jaringan, pemain seterusnya mengambil tempat di garisan jaringan. Pemain pertama mengutip balik bola dan hantar pada barisan pemain berikut yang tiada bola. c. Setelah kumpulan berjaya melakukan bilangan jaringan yang ditetapkan di tempat pertama, mereka bergerak ke tempat yang seterusnya. d. Kumpulan pertama yang berjaya menjaringkan gol yang ditetapkan di setiap tempat akan dianggap sebagai pemenang. Tips : Melakukan jaringan gol dari jarak 3 hingga 5 kaki bagi umur bawah 12 tahun. Melakukan jaringan gol dari jarak 5 hingga 15 kaki bagi umur lebih daripada 12 tahun. Variasi : Hanya jaringan dengan teknik yang betul dikira. Untuk murid yang lebih mahir, kumpulan yang berjaya melakukan bilangan yang tertentu dalam satu turutan sahaja boleh bergerak ke tempat seterusnya.

9. Permainan Jaringan Permainan ini melatih murid-murid menangani tekanan semasa melakukan jaringan percuma pada hujung permainan. a. Bariskan semua murid di kawasan jaringan percuma dalam satu barisan. Murid pertama dan kedua dalam barisan diberi sebiji bola. b. Apabila wisel ditiupkan, murid pertama akan mula melakukan jaringan percuma. Jika murid berjaya melakukan jaringan, murid perlu mengambil bola dan menghantar bola kepada murid berikut dalam barisan. c. Jika murid gagal menjaringkan gol, murid mesti mengambil bola dan melakukan jaringan dengan pelbagai cara yang betul d. Murid berikut dalam barisan dibenarkan melakukan jaringan percuma selepas bola yang dijaringkan terkena rim atau terkena jaring. e. Sekiranya murid sebelumnya gagal melakukan jaringan, manakala murid berikutnya berjaya melakukan jaringan, maka murid yang sebelumnya harus duduk di tepi dan tidak boleh bermain lagi. f. Permainan ini diteruskan sehingga hanya seorang murid yang terakhir. Tips : Sekiranya guru mendapati murid mula menyeleweng (menjaring bola di depan garisan jaringan percuma, memukul bola murid lain dan sebagainya), arahkan murid berkenaan henti dari permainan.

10. Jaringan Layang Permainan ini melatih murid-murid menggelecek dan menjaring dengan cara jaringan layang. a. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan di kedua-dua hujung gelanggang. b. Dalam kumpulan masing-masing,murid akan diberi nombor. c. Dua biji bola keranjang diletakkan di tengah gelanggang. d. Guru akan menyebutkan nombor dan murid dengan nombornya disebut perlu berlari dengan pantas dari hujung gelanggang ke tengah gelanggang untuk mengambil bola yang diletakkan untuk kumpulan mereka. e. Murid tersebut perlu menggelecek bola dan membuat jaringan gol. Jaringan yang berjaya akan mendapat satu mata untuk kumpulan mereka. f. Murid yang melakukan jaringan perlu meletakkan balik bola ke tempat asal iaitu di tengah gelanggang. g. Selepas bola diletak pada tengah gelanggang, guru boleh menyebutkan nombor murid yang lain sehingga setiap murid dalam kumpulan bermain. h. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan mata jaringan yang terbanyak dikira pemenang. Tips : Penekanan harus diberi kepada murid supaya menolak bola ke hadapan jauh dari badannya semasa hendak menggelecek dengan pantas. Variasi : Permainan ini boleh juga diubah kepada setiap ahli kumpulan menggelecek bola dari hujung gelanggang, mendapatkan bola yang diletak di tengah gelanggang dan menggelecek bola dengan kedua-dua belah tangan balik ke hujung gelanggang semula. Murid yang berjaya balik ke hujung gelanggang akan mendapat satu mata untuk kumpulan mereka.