GARIS PANDUAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK (APCP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Anjuran Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Disediakanoleh: IBRAHIM JAHIDIN ( GPK KOKO SK MASAI )

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAB, PERSATUAN & INDIVIDU UiTM CAWANGAN KEDAH

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PERMOHONAN LAWATAN / PROGRAM / SEMINAR / AKTIVITI AKADEMIK PELAJAR

GARIS PANDUAN PENCALONAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

TAKLIMAT PEPERIKSAAN. i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) ii. Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point

PUSAT PEMBANGUNAN KORPORAT & PENGURUSAN KUALITI ANUGERAH SUKAN HARI KUALITI & INOVASI UMP

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KEPIMPINAN)

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN GURU TAHUN: Sekolah. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan. Mata Pelajaran Diajar

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

1. ANUGERAH EMAS( ANUGERAH MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA)

ANUGERAH TOKOH MASYARAKAT

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Amalan Berkualiti (Individu)

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN GURU TAHUN: Sekolah. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan. Mata Pelajaran Diajar

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2016 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERMOHONAN PEMBIAYAAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK PELAJAR

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KESUKARELAWANAN)

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2013 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar. gambar

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BORANG PENCALONAN ANUGERAH SUKAN 2014 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 2016

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2014 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KEMENTERIAN MALAYSIA. Ruj. Kami: KPT.JPP(0) 601-1/2/14 ( ) Tarikh : L\Disember Semua Pengarah Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT PUSTAKA NEGERI SARAWAK, MIRI CABARAN REKACIPTA & INOVASI BAHAN KITAR SEMULA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PTSS-PK-PPP-12 PENDAFTARAN KURSUS

TAKLIMAT PENYEDIAAN DATA MPPSM, APC DAN PPC. Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin) Masa : 11:00 Pagi Tempat : Dewan Senat (UTMJB) Dewan Jumaah (UTMKL)

NO. K/P - - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK KENAIKAN PANGKAT BAGI KUMPULAN SOKONGAN TAHUN 200

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

Isi KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 SEKOLAH CEMERLANG KOKURIKULUM

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

DASAR PENGOPERASIAN KOKURIKULUM PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SMK SERI TANJONG, MELAKA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

SYARAT DAN KATEGORI ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA SESI 2014/2015

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

BUTIRAN AKTIVITI AKTIVITI TARIKH TEMPAT ANJURAN PEGAWAI PEMANTAU : KELULUSAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR. RM Ada Tiada

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun

KAPS-14 Kod Amalan Anugerah Akademik Pengajian Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

FORMAT PAJSK. Terbahagi kepada TIGA (3) komponen:- SEGAK dan BMI (Body Mass Index) Kokurikulum Sukan/Permainan Kelab/Persatuan Badan Beruniform

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Transkripsi:

GARIS PANDUAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK (APCP) BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK

KANDUNGAN Mukasurat 1.0 Pendahuluan 3 2.0 Latar Belakang 3 3.0 Objektif 4 4.0 Kategori Anugerah 4 5.0 Perincian Anugerah 5 5.1 Anugerah Ketua Jabatan PNM 3.50 5 5.2 Anugerah Khas Ketua Jabatan HPNM 3.50 6 5.3 Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum 7 (Jabatan) 5.4 Anugerah Pengarah Politeknik 9 5.4.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum 9 (Politeknik) 5.4.2 Anugerah Projek Terbaik (Politeknik) 10 6.0 Jawatankuasa Penilaian 11 7.0 Penutup 12 8.0 Lampiran 12 9.0 Contoh-Contoh Sijil 24 2

1.0 PENDAHULUAN Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia mula mewujudkan Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik (APCP) hasil persetujuan daripada ahli Mesyuarat Perancangan Teknikal yang telah diadakan di Mutiara Resort, Taman Negara pada 22 hingga 23 Mac 2002. Anugerah ini mula diperkenalkan pada Majlis Konvokesyen Politeknik tahun 2003 dan digunapakai sehingga kini. Pada 5 hingga 9 November 2012, Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik telah dimurnikan melalui Bengkel Keselarasan Pengurusan Pentaksiran Politeknik. Hasil perbengkelan ini, beberapa penambahbaikan dibuat ke atas komponen penilaian iaitu kecemerlangan akademik, penglibatan, pencapaian dan sahsiah pelajar. Pada 28 Mei 2013, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Prinsip Pentaksiran yang berlangsung di Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya, Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik telah dibentangkan kepada pihak pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik untuk membuat penambahbaikan. 2.0 LATAR BELAKANG Sejak tahun 1971, Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik telah diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Seiring dengan peredaran masa, kriteria pemilihan bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik perlu dilihat dari perspektif baharu supaya sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Penganugerahan dan pengiktirafan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan menggalakkan penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum. Kepentingan aktiviti kokurikulum adalah sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penambahbaikan berkaitan penganugerahan ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada politeknik dan pihak berkepentingan luar. Pengiktirafan kecemerlangan ini adalah komprehensif dan adil berdasarkan penilaian terhadap pelbagai aspek kecemerlangan supaya sejajar dengan keperluan domain hasil pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. 3

3.0 OBJEKTIF 9.1 Mengiktiraf dan menghargai pelajar yang telah mencapai tahap kecemerlangan. 9.2 Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum. 9.3 Mendorong pelajar untuk menyertai secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di pelbagai peringkat. 9.4 Menerapkan budaya kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum, kemahiran kepemimpinan dan sahsiah pelajar. 9.5 Menggalakkan penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti akademik supaya pelajar sentiasa berfikir kreatif dan inovatif. 4.0 KATEGORI ANUGERAH 4.1 Anugerah Ketua Jabatan PNM 3.50 4.2 Anugerah Khas Ketua Jabatan HPNM 3.50 4.3 Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum (Jabatan) 4.4 Anugerah Pengarah Politeknik 4

5.0 PERINCIAN ANUGERAH 5.1. Anugerah Ketua Jabatan PNM 3.50 Anugerah ini akan diberikan kepada para pelajar yang telah mencapai tahap prestasi akademik yang cemerlang pada semester dinilai kecuali ketika menjalani latihan industri. Bilangan penerima anugerah ini adalah tidak terhad. Bentuk Anugerah Penerima akan dianugerahkan: i. Sijil Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan disampaikan pada Majlis Anugerah Ketua Jabatan masing-masing. ii. Slip Keputusan Penilaian Akhir Semester bercetak dengan perkataan Anugerah Ketua Jabatan. Syarat-syarat Penganugerahan i. Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) dengan Purata Nilai Mata (PNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester yang dinilai. ii. Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap kursus yang diambil pada semester yang dinilai. iii. Telah mengambil jumlah kredit bersamaan 12 kredit (pelajar sepenuh masa) dan 5 kredit (pelajar KSS) atau lebih pada semester yang dinilai seperti yang telah ditetapkan dalam buku Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. iv. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik pada semester yang dinilai. 5

Kaedah Penganugerahan i. Keputusan penilaian akhir bagi setiap semester akan digunakan sebagai asas penganugerahan. ii. Keputusan penganugerahan akan disenarai dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik. iii. Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik adalah muktamad. 5.2. Anugerah Khas Ketua Jabatan HPNM 3.50 Anugerah Khas ini akan diberikan kepada pelajar yang telah mencapai tahap prestasi akademik yang cemerlang dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian. Bentuk Anuagerah Penerima akan dianugerahkan: i. Pingat Ketua Jabatan yang dipakai semasa menghadiri majlis konvokesyen politeknik; dan ii. Sijil Anugerah Khas Ketua Jabatan (AKKJ) yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan diserahkan kepada pelajar semasa majlis konvokesyen politeknik. Syarat-syarat Penganugerahan i. Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan Himpunan Purata NiIai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian. ii. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik. 6

Kaedah Penganugerahan i. Keputusan penilaian semester akhir akan digunapakai sebagai asas penganugerahan. ii. Keputusan penganugerahan disenarai dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik. iii. Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik adalah muktamad. 5.3. Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Jabatan) Penerima anugerah ini terdiri daripada lulusan yang telah menamatkan pengajiannya di politeknik. Penerima anugerah adalah pelajar yang telah mencapai tahap prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang sepanjang tempoh pengajian. Bilangan penerima adalah terhad kepada seorang bagi setiap jabatan dengan memenuhi syarat yang ditetapkan. Nama penerima anugerah akan direkodkan sebagai Pelajar Cemerlang Jabatan di jabatan yang berkenaan. Semua bentuk anugerah akan disampaikan semasa majlis konvokesyen politeknik. Bentuk Anugerah Penerima akan dianugerahkan: i. Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum yang ditandatangani oleh Pengarah; ii. Wang tunai atau cek bernilai sekurang-kurangnya RM300.00; dan iii. Plak iringan. 7

Syarat-syarat Penganugerahan i. Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan HPNM pada Semester Akhir bersamaan atau melebihi 3.50. ii. Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap kursus yang telah diambil. iii. Bergiat secara aktif dalam bidang kokurikulum. iv. Calon mesti mencapai jumlah markah minimum 80%. Rujuk Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Jabatan) seperti di Lampiran APCP 01 (A). v. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik. Kaedah Pencalonan dan Pemilihan i. Anugerah ini diberikan kepada lulusan terbaik dari jabatan bagi setiap sesi pengajian ketika majlis konvokesyen politeknik. ii. Penerima anugerah terdiri daripada seorang penerima sahaja bagi setiap jabatan. iii. Keputusan penilaian semua semester, rekod dan sijil kegiatan sukan dan kokurikulum akan digunapakai sebagai asas pencalonan. iv. Jawatankuasa Pemilihan Induk akan membuat pemilihan berdasarkan markah tertinggi dalam Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Jabatan) seperti di Lampiran APCP 02. v. Keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad. 8

5.4. Anugerah Pengarah Politeknik Anugerah Pengarah Politeknik terbahagi kepada dua iaitu: i. Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Politeknik ii. Anugerah Projek Terbaik 5.4.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Politeknik) Calon-calon bagi anugerah ini adalah terdiri daripada penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Jabatan. Daripada keseluruhan calon-calon ini, seorang pelajar akan dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum. Nama penerima anugerah akan direkodkan sebagai Pelajar Cemerlang Politeknik. Semua bentuk anugerah akan disampaikan semasa majlis konvokesyen politeknik. Bentuk Anugerah Penerima akan dianugerahkan: i. Sijil Anugerah Pengarah Politeknik yang ditandatangani oleh Pengarah Politeknik; ii. Wang tunai atau cek bernilai sekurang-kurangnya RM 500.00; iii. Plak iringan; dan iv. Piala pusingan. Kaedah Pencalonan dan Pemilihan i. Seorang lulusan terbaik keseluruhan untuk setiap sesi pengajian akan dipilih. ii. Jawatankuasa Kecil Pemilihan akan membuat pemilihan berdasarkan markah tertinggi dalam Borang Ringkasan Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Jabatan) seperti di Lampiran APCP 03. iii. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad. 9

5.4.2 Anugerah Projek Terbaik (Politeknik) Anugerah ini akan disampaikan kepada kumpulan pelajar yang telah berjaya menghasilkan projek Semester Akhir yang terbaik di Politeknik berkenaan bagi setiap sesi pengajian. Kriteria pemarkahan bagi Anugerah Projek Terbaik ini adalah merujuk kepada Borang Pencalonan Anugerah Projek Terbaik (Politeknik) Lampiran APCP 04(A) atau (B). Bentuk Anugerah Penerima akan dianugerahkan: i. Sijil Anugerah Projek Terbaik Politeknik bagi setiap ahli kumpulan yang ditandatangani oleh Pengarah Politeknik; ii. Wang tunai atau cek bernilai sekurang-kurangnya RM 500.00; iii. Plak iringan (setiap ahli kumpulan); dan iv. Piala Pusingan. Kaedah Penganugerahan dan Kelayakan Penerima i. Anugerah disampaikan pada hari konvokesyen. ii. Semua ahli kumpulan layak menerima anugerah ini walaupun terdapat ahli kumpulan yang belum berstatus graduan dan masih pelajar politeknik. 10

6.0 JAWATANKUASA PENILAIAN 6.1. Jawatankuasa Pemilihan Induk Jawatankuasa Pemilihan Induk berfungsi menerima, menilai dan mengesahkan senarai nama yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kecil Pemilihan. Jawatankuasa Pemilihan Induk ini terdiri daripada; Penasihat : Pengarah Pengerusi : Timbalan Pengarah Akademik Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ahli-ahli i. Ketua-ketua Jabatan Akademik ii. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar iii. Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan iv. Pegawai Peperiksaan v. Pegawai Latihan Industri vi. Pegawai yang dilantik oleh Pengerusi dari Jawatankuasa Kecil Pemilih peringkat jabatan, di mana seorang ahli dari setiap jabatan 6.2. Jawatankuasa Kecil Pemilihan Jawatankuasa Kecil Pemilihan berfungsi melaksanakan pemilihan pada peringkat jabatan. Jawatankuasa Kecil Pemilihan ini terdiri daripada; Pengerusi : Ketua Jabatan Akademik (Induk) Ahli-ahli : i. Ketua Program ii. Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Jabatan iii. Penyelaras Peperiksaan Jabatan iv. Penyelaras Projek Jabatan v. Penyelaras Penasihat Akademik Jabatan 11

7.0 PENUTUP Garis Panduan Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia diharap akan menjadi rujukan kepada semua politeknik. 8.0 LAMPIRAN 12

LAMPIRAN APCP 01 (A) BORANG PENCALONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN) Nama Calon No. Pend Kod Program Seksyen/Kelas Nama Penasihat Akademik E-mail/ Facebook No. KP No. HP Tarikh Jabatan KOMPONEN KRITERIA BUTIRAN PENCAPAIAN AKADEMIK SEMESTER 1 2 3 5 6 7 MAR KAH MAK. HPNM (Nilai HPNM) x 12.5 50 MARKAH x =. Jawatan Markah JAWATAN YANG DISANDANG JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PASUKAN BERUNIFORM/ KELAB/ PERSATUAN i. Yang Dipertua 9 ii. Naib Yang Dipertua 8 iii. Setiausaha/Bendahari 7 iv. Penolong Setiausaha/ Bendahari/ Biro v. AJK Biro 5 Jawatan 6 Markah i. Pengerusi 7 ii. Naib Pengerusi 6 iii. Setiausaha/Bendahari 5 iv. Penolong Setiausaha/ Bendahari v. AJK 3 vi. Ahli Biasa 2 4 9 7 Peringkat Markah i. Antarabangsa 8 PENGLIBATAN SUKAN/ PERMAINAN/KOKURIKULUM /KEBUDAYAAN ii. Kebangsaan/Negara 7 iii. Zon 6 iv. Negeri 5 v. Politeknik 4 vi. Jabatan 3 Jawatan Markah i. Pengarah/ Pen. Pengarah 5 ii. Setiausaha/Bendahari 4 iii. Penolong Setiausaha/ Bendahari iv. AJK 2 3 8 5 v Peserta 1 AKTIVITI AKADEMIK Peringkat Markah i. Antarabangsa 8 ii. Kebangsaan/Negara 7 iii. Zon 6 iv. Negeri 5 v. Politeknik 4 vi. Jabatan 3 8 13

AKTIVITI AKADEMIK Jawatan Markah i. Pengarah/ Pen. Pengarah 5 ii. Setiausaha/Bendahari 4 iii. Penolong Setiausaha/ Bendahari iv. AJK 2 v Peserta 1 3 5 Peringkat Markah PENGLIBATAN KHIDMAT MASYARAKAT/SUKARELAWAN/ MOBILITI i. Antarabangsa 8 ii. Kebangsaan/Negara 7 iii. Zon 6 iv. Negeri 5 v. Politeknik 4 vi. Jabatan 3 Jawatan Markah i. Pengarah/ Pen. Pengarah 5 ii. Setiausaha/Bendahari 4 iii. Penolong Setiausaha/ Bendahari iv. AJK 2 3 8 5 v Peserta 1 Peringkat Markah KEUSAHAWANAN / LAIN-LAIN i. Antarabangsa 8 ii. Kebangsaan/Negara 7 iii. Zon 6 iv. Negeri 5 v. Politeknik 4 vi. Jabatan 3 Jawatan Markah i. AJK 2 8 2 ii. Peserta 1 PENCAPAIAN PENGIKTIRAFAN PIHAK LUAR Peringkat Markah i. Antarabangsa 8 ii. Kebangsaan/Negara 7 iii. Zon 6 iv. Negeri 5 v. Politeknik 4 vi. Jabatan 3 8 SAHSIAH KEMAHIRAN INSANIAH Tahap Markah i. Cemerlang 5 ii. Baik 4 iii Sederhana 3 5 Jumlah y 78 JUMLAH MARKAH = (x) +( ) y =...% ( ) Penasihat Akademik Tarikh : Tarikh : ( ) Ketua Jabatan Cop Jabatan 14

LAMPIRAN APCP 01 (B) KRITERIA PEMARKAHAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN) 1.0 PENCAPAIAN AKADEMIK Pencapaian akademik adalah merujuk kepada pencapaian HPNM pelajar pada semester akhir pengajian sahaja. 2.0 JAWATAN YANG DISANDANG 1.1. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Merujuk kepada markah jawatan yang disandang. 1.2. Persatuan Beruniform/Kelab/Persatuan Merujuk kepada markah jawatan yang disandang. 3.0 PENGLIBATAN 3.1. Penglibatan Dalam Sukan/ Permainan/ Kokurikulum / Kebudayaan Merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan, permainan, kokurikulum atau/dan kebudayaan merujuk kepada peringkat yang diwakili dan jawatankuasa kecil yang disandang. 3.2. Penglibatan Dalam Akademik. Merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik pada peringkat yang diwakili dan jawatankuasa kecil yang disandang. Sebagai contoh penglibatan pelajar dalam akademik ialah penyelidikan, inovasi, projek, pertandingan (debat, nasyid, pidato, musabaqah) pameran, keusahawanan, lawatan sambil belajar dan lain-lain. 3.3. Khidmat Masyarakat/ Sosial/ Sukarelawan/ Mobiliti Merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti khidmat masyarakat, sosial, sukarelawan dan mobiliti pada peringkat yang diwakili dan/atau jawatankuasa kecil yang disandang. Sebagai contoh penglibatan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR), program anak angkat, derma darah, pertukaran pelajar antarabangsa dan lain-lain. 15

3.4. Lain-lain Merujuk kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti konvokesyen, career fest, rakan siswa, jamuan perdana, Majlis Maulidur Rasul, MSK, Majlis AKJ, sambutan kemerdekaan, pameran serta keusahawanan. 4.0 PENCAPAIAN Merujuk kepada pengiktirafan pihak luar terhadap pencapaian yang ditunjukkan pelajar merangkumi pengiktirafan dan keahlian badan profesional, sijil profesional, pingat, anugerah dalam sesuatu projek atau pertandingan. Contoh pengiktirafan luar seperti Autodesk, CISCO, ACCA, FINAS, SUKMA, SUKIPT, ROBOCON, Robot Soccer dan lain-lain. 5.0 SAHSIAH Komponen sahsiah merangkumi kemahiran insaniah seperti: 5.1. Kemahiran dan tanggungjawab social. 5.2. Nilai, sikap dan profesionalime. 5.3. Kemahiran komunikasi, kepemimpinan dan kerja berpasukan. 5.4. Kemahiran penyelesian masalah dan kemahiran saintifik. 5.5. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. 5.6. Kemahiran mengurus dan keusahawanan. 16

LAMPIRAN APCP 01 (C) ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN) PANDUAN MENGISI BORANG APCP 01 (A) 1.0 Komponen penilaian Markah 1.1. Akademik (Pemberat : 50%) 50 1.2. Kokurikulum (Pemberat : 50%) 78 2.0 Sila tandakan ( ) di ruangan semester yang berkenaan mengikut jawatan dan peringkat yang berkaitan untuk markah-markah yang diberikan. 3.0 Markah maksimum bagi setiap kriteria 3.1. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 9 3.2. Pasukan Beruniform/Kelab/Persatuan 7 3.3. Sukan/Permainan/Kokurikulum/Kebudayaan (Peringkat) 8 3.4. Sukan/Permainan/Kokurikulum/Kebudayaan (Jawatan ) 5 3.5. Aktiviti Akademik (Peringkat) 8 3.6. Aktiviti Akademik (Jawatan ) 5 3.7. Khidmat Masyarakat/Sukarelawan/Mobiliti (Jawatan) 8 3.8. Khidmat Masyarakat/Sukarelawan/Mobiliti (Peringkat) 5 3.9. Lain-lain (Peringkat) 8 3.10. Lain-lain (Jawatan) 2 3.11. Pengiktirafan Pihak Luar 8 3.12. Kemahiran Insaniah 5 4.0 Cara pengiraan: Jumlah Markah = (x) + ( ) 5.0 Sesuatu aktiviti, program atau apa-apa penglibatan yang telah digunakan pada sesuatu kriteria tidak boleh digunakan sekali lagi pada permakahan bagi kriteria yang lain untuk sepanjang tempoh pengajian. 17

LAMPIRAN APCP 02 RINGKASAN PENCALONAN JABATAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN) (Panduan: Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Jawatankuasa Kecil Pemilihan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Induk) Sesi * Dis / Jun BIL NAMA SEKSYEN KOD PROGRAM JABATAN NO. PEND NO. KP MARKAH ( ) Ketua Jabatan Tarikh : Cop Jabatan 18

RINGKASAN PENCALONAN ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM (JABATAN) LAMPIRAN APCP 03 (Panduan : Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Jawatankuasa Kecil Pemilihan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Induk bersama-sama Lampiran APCP (01) Sesi * Dis / Jun BIL NAMA SEKSYEN/ KELAS KOD PROGRAM **JABATAN NO. PEND NO. KP MARKAH ( ) Pengerusi Jawatankuasa Cop Pengerusi J/K Tarikh : * Sila bulatkan yang berkenaan ** Setiap jabatan SATU pencalonan sahaja 19

LAMPIRAN APCP 04 (A) ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK BORANG PENCALONAN ANUGERAH PROJEK TERBAIK (POLITEKNIK) Panduan : Perlaksanaan Penilaian ini hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya TIGA orang ahli panel. Sesi Tamat Pengajian : Sesi Dis / Jun Tajuk Projek Kejuruteraan : Kod Program : Seksyen/Kelas : Jabatan : BIL NAMA NO. KP NO. PEND BIL ITEM KRITERIA MARKAH/MARKAH MAKSIMUM SEBENAR Kekemasan 10 Kefungsian 10 1 Hasil Kerja Kesesuaian Bahan 10 Penggunaan Teknologi 10 Ciri Keselamatan/ Kesihatan 5 Novelti 5 2 Keaslian, Adaptasi dan Kreativiti Kreatif 5 Daya Inventif/Inovatif 5 3 Kegunaan Faedah 5 Kerelevanan 5 4 Potensi Projek Potensi Paten 5 Potensi Komersial 5 5 Keberkesanan Kos Projek 5 6 Dokumentasi 5 Penyampaian 3 7 Persembahan/Demonstrasi Pengetahuan Tentang Projek 4 Soal Jawab 3 8 Bonus (maksimum 3 markah) JUMLAH 100 ( ) Ketua Jabatan ( ) Pengerusi Jawatankuasa Induk Cop Jabatan Tarikh : Tarikh : 20

LAMPIRAN APCP 04 (B) ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK BORANG PENCALONAN ANUGERAH PROJEK TERBAIK (POLITEKNIK) Panduan : Perlaksanaan Penilaian ini hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya TIGA orang ahli panel. Sesi Tamat Pengajian : Sesi Dis / Jun Tajuk Projek Bukan Kejuruteraan : Kod Program : Seksyen/Kelas : Jabatan : BIL NAMA NO. KP NO. PEND BIL ITEM KRITERIA MARKAH/MARKAH MAKSIMUM SEBENAR Penyediaan Bahan 10 Pembungkusan 10 1 Hasil Kerja Pelabelan 10 Penggunaan Teknologi 10 Ciri Keselamatan/ Kesihatan 5 Novelti 5 2 Keaslian, Adaptasi dan Kreativiti Kreatif 5 Daya Inventif/Inovatif 5 3 Kegunaan Faedah 5 Kerelevanan 5 4 Potensi Projek Potensi Paten 5 Potensi Komersial 5 5 Keberkesanan Kos Projek 5 6 Dokumentasi 5 Penyampaian 3 7 Persembahan/Demonstrasi Pengetahuan Tentang Projek 4 Soal Jawab 3 8 Bonus (maksimum 3 markah) JUMLAH 100 ( ) Ketua Jabatan ( ) Pengerusi Jawatankuasa Induk Cop Jabatan Tarikh : Tarikh : 21

KRITERIA PEMARKAHAN ANUGERAH PROJEK TERBAIK LAMPIRAN APCP 05 1.0 HASIL KERJA Pemberian markah adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut: 1.1. Kekemasan Kekemasan fizikal projek tersebut. 1.2. Kefungsian Berfungsi mengikut objektif projek yang ditetapkan. 1.3. Kesesuaian Bahan Penggunaan bahan yang sesuai bagi menghasilkan projek seperti bahan yang mudah didapati, bahan tempatan, bahan kitar semula atau pengganti kepada komponen asal. 1.4. Penggunaan Teknologi Penggunaan teknologi adalah bersesuaian bagi penghasilan projek. 1.5. Ciri Keselamatan/Kesihatan Ciri keselamatan/kesihatan yang ditunjukkan ketika penggunaan atau operasi projek. 2. KEASLIAN DAN KREATIVITI 2.1. Novelti Penghasilan projek baharu atau projek yang belum pernah dicipta sebelum ini. 2.2. Kreatif Keupayaan menghasilkan konsep baharu atau pembaharuan kepada idea sedia ada. 2.3. Daya inventif/inovatif Kebolehan menghasilkan sesuatu projek yang berbeza daripada sebarang sumber atau dokumen projek sedia ada. 3. KEGUNAAN 3.1. Faedah Kegunaan projek yang boleh dimanfaatkan oleh individu, masyarakat, negara atau luar negara. 3.2. Kerelevanan Kesesuaian projek dengan masalah yang ingin diselesaikan. 22

4. POTENSI PROJEK 4.1. Potensi Paten Hak eksklusif yang diberikan kepada sesuatu rekacipta baharu sama ada berbentuk produk atau proses dan penyelesaiaan teknikal bagi sesuatu masalah. 4.2. Potensi Komersial Potensi projek tersebut untuk dikomersialkan bagi pasaran pengguna atau industri. 5. KEBERKESANAN KOS PROJEK Keberkesanan kos dan penilaian sama ada projek tersebut praktikal digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan. 6. DOKUMENTASI Keterangan yang lengkap berkaitan dengan spesifikasi teknikal dan ilustrasi projek serta kekemasan kandungan dokumen yang disediakan. 7. PERSEMBAHAN/DEMONSTRASI 7.1. Penyampaian Persembahan pelajar yang jelas dan lancar. 7.2. Pengetahuan Tentang Projek Kebolehan pelajar menguasai ilmu pengetahuan teknikal dan bukan teknikal berkaitan dengan projek yang dihasilkan. 7.3. Soal Jawab Keupayaan pelajar menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh panel penilai. 8. BONUS Aspek pengurusan masa dan ketrampilan pelajar, keceriaan dan susun atur ruang pameran. Maksimum TIGA (3) markah diperuntukan oleh panel penilai yang bertujuan untuk menampung kekurangan markah pada mana-mana item yang dinilai. Pemberian markah ini bergantung kepada budi bicara panel penilai. 23

9.0 CONTOH-CONTOH SIJIL 9.1 Lampiran bagi sijil-sijil ini adalah sebagai panduan dan rujukan politeknik terutama jawatankuasa terlibat. 9.2 Rekabentuk dan format sijil adalah atas pertimbangan politeknik, tetapi maksud atau ayat yang tertulis dalam contoh sijil-sijil ini perlulah dikekalkan. 24

LAMPIRAN APCP 06 (A1) ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK UNGKU OMAR ANUGERAH KETUA JABATAN Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada < NAMA PELAJAR > < NO. KAD PENGENALAN > < NO. PENDAFTARAN > kerana telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dengan Purata Nilai Mata (PNM) bersamaan atau lebih daripada 3.50 pada Penilaian Akhir Semester < SESI PENGAJIAN > Bagi Program < NAMA PROGRAM > (AB. LATIF BIN SAAD) Ketua Jabatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar Tarikh : < KEPUTUSAN RASMI > 25

LAMPIRAN APCP 06 (A2) ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK UNGKU OMAR ANUGERAH KETUA JABATAN Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada ALI BIN ABU 821012-01-5675 01DKM10F0890 kerana telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dengan Purata Nilai Mata (PNM) bersamaan atau lebih daripada 3.50 pada Penilaian Akhir Semester SESI DISEMBER 2011 Bagi Program DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AB. LATIF BIN SAAD) Ketua Jabatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar Tarikh : 04 APRIL 2012 26

LAMPIRAN APCP 07 (A1) ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK UNGKU OMAR ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada < NAMA PELAJAR > < NO. KAD PENGENALAN > < NO. PENDAFTARAN > kerana telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau lebih daripada 3.50 pada Penilaian Akhir Semester Bagi Program < NAMA PROGRAM > (AB. LATIF BIN SAAD) Ketua Jabatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar Tarikh : < KEPUTUSAN RASMI > 27

LAMPIRAN APCP 07 (A2) ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK UNGKU OMAR ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada ZULHAIRI BIN HASHIM 880907-09-6259 01DTK09F1019 kerana telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau lebih daripada 3.50 pada Penilaian Akhir Semester Bagi Program DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER (AB. LATIF BIN SAAD) Ketua Jabatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar Tarikh : 04 APRIL 2012 28

LAMPIRAN APCP 08 (A1) ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR ANUGERAH PROJEK TERBAIK Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada < NAMA PELAJAR > < NO. KAD PENGENALAN > < NO. PENDAFTARAN > dari <JABATAN> kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam penghasilan projek terbaik peringkat politeknik bagi tahun <TAHUN> dengan tajuk projek <TAJUK PROJEK> (KAMARUDDIN BIN HAMZAH) Pengarah Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak Tarikh : < TARIKH KONVO > 29

LAMPIRAN APCP 08 (A2) ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR ANUGERAH PROJEK TERBAIK Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada AMIRUDDIN BIN HALIM 810203-090-9845 01DKM09F2012 dari JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam penghasilan projek terbaik peringkat politeknik bagi tahun 2012 dengan tajuk projek PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK MENGGUNAKAN KUASA ANGIN (KAMARUDDIN BIN HAMZAH) Pengarah Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak Tarikh : 04 APRIL 2012 30

LAMPIRAN APCP 09 (A1) ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada < NAMA PELAJAR > < NO. KAD PENGENALAN > < NO. PENDAFTARAN > dari <JABATAN> kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di peringkat politeknik bagi tahun <TAHUN> (KAMARUDDIN BIN HAMZAH) Pengarah Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak Tarikh : < KEPUTUSAN RASMI > 31

LAMPIRAN APCP 09 (A2) ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM Sukacita Sijil Ini Dianugerahkan Kepada AMIRUDDIN BIN HALIM 810203-090-9845 01DKM09F2012 dari JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di peringkat politeknik bagi tahun 2012 (KAMARUDDIN BIN HAMZAH) Pengarah Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak Tarikh : 04 APRIL 2012 32

Contoh Cop Mohor PUO APCP 33