koridor pembangunan sabah _72

dokumen-dokumen yang mirip
DASAR DASAR PERTANIAN (DPN) DPN1 ( ) DPN2 ( ) DPN3 ( ) LATARBELAKANG SEKTOR PERTANIAN NEGARA

Visi Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian. Misi Membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi

POTENSI DALAM INDUSTRI HILIRAN BERASASKAN MAKANAN LAUT (IKAN DLL)

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

STATUS EKONOMI DAN INISIATIF STRATEGIK KERAJAAN DALAM MENGEMBANGKAN INDUSTRI MANGGA DI MALAYSIA

INDUSTRI AGROMAKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOPERASI

MEMPERKASAKAN PERTANIAN DAN INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN

Bil 04/2010 Edisi APRIL

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENGURUSAN PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

BAB I PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

PEM BERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAW APAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAM A. PENGGAL KEEMPAT. PARLIM EN KETIGA BELAS. MAJLIS M ESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Usaha Sama Inisiatif SPOTS. Menjamin Kemampanan Minyak Sawit dan Kebolehkesanan dengan Pekebun Kecil di Sabah

KHIDMAT SOKONGAN 18,368,978 41% PENGELUARAN AGRO MAKANAN 25,599,586 59%

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Akaun Semasa Mudarabah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Akaun Pelaburan Wafiyah

PERNIAGAAN DAN KEUSHAWANAN TING 2

1 P a g e Hak Cipta MyHSR Corporation Sdn Bhd

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Koperasi Pengangkutan

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB VII KESIMPULAN. Kajian sejarah perkembangan perusahaan perikanan di Brunei ini melibatkan satu jangka

Akaun Pelaburan Waheed

PERNIAGAAN BIDANG KEBERHASILAN:

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

WWF-MALAYSIA SKIM USAHASAMA KONSERVASI

PARLIMEN M ALAYSIA PEM BERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT. : Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] SO ALAN Puan Teresa Kok Suh Sim m inta

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

KESTABILAN EKONOMI MAKRO UNTUK PERTUMBUHAN

PERTANIAN DAN INDUSTRI

KEMUDAHAN BEKALAN AIR : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

SENARAI JADUAL DAN CARTA

Pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan pada kadar 8% setahun sepanjang tujuh

Akaun Semasa Mudarabah

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH Kertas 3 Ogos 2017 UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

MEMESATKAN PERDAGANGAN PENGEDARAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bab 6. Kesimpulan. Kajian berhubung dengan budaya pemakanan masyarakat Malaysia. daripada perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

8.0 PENILAIAN KEMAMPANAN

SOALAN NO: 146 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT BERTULIS PERTANYAAN DARIPADA PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [PASIR GUDANG]

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

BAB VI HASIL ANALISIS DAN PERBINCANGAN

RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (RM6)

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

SEKTOR KEUSAHAWANAN. Bahagian Pembangunan Industri & Perniagaan. Bahagian Pembangunan Usahawan. Bahagian Pembiayaan. Perniagaan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Wacana Ilmu ICT Servis Awan UTM. Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia

Pengenalan Makroekonomi

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pembangunan Ekonomi Malaysia

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

KELAS KEGUNAAN TANAH BLOK PERANCANGAN 6 : HULU SEMENYIH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS TUAN SU KEONG SIONG [IPOH TIMOR] (ISNIN) 219

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

MENYEDIAKAN PERUMAHAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR YANG BERKUALITI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

MEMPERKAYAKAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

MANIFESTO PRU 14 CAMERON HIGHLANDS

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

1. Pengenalan Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita.

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Soalan SPM Berpotensi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Transkripsi:

koridor pembangunan sabah _72

koridor pembangunan sabah _73

koridor pembangunan sabah _74

BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan perdagangan produk pertanian di Asia menjelang 2025. Ini termasuk menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pertanian semasa sebanyak empat kali ganda kepada lebih daripada RM17 bilion, purata pertumbuhan terkompaun sebanyak 8% setahun dan mengurangkan import makanan bersih Sabah sebanyak 60%. Minyak kelapa sawit akan menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan ini dari segi peningkatan hasil. Selain itu, Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan memberikan tumpuan terhadap mempelbagaikan kegiatan dengan menceburi produk pertanian bernilai tinggi seperti hortikultur, produk asli berkaitan kesihatan dan jatrofa. Tanaman getah pula akan dipromosikan untuk susu getah dan sebagai stok bahan mentah bagi industri berasaskan kayu. Dalam usaha untuk menempatkan Sabah sebagai pusat kecemerlangan, SDC akan terus menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam penghasilan bahan tanaman yang mampu memberikan hasil yang tinggi, pelaksanaan amalan terbaik dalam kaedah penanaman dan amalan lestari dalam usaha memulihara alam sekitar. SDC juga akan meneroka inisiatif untuk menempatkan Sabah sebagai pusat perdagangan utama produk pertanian serantau, dengan memanfaatkan lokasi geografinya. Pertanian juga dilihat sebagai satu cara yang berkesan bagi membantu penduduk luar bandar keluar daripada kepompong kemiskinan. Kerajaan Sabah sedang giat meneliti program pengezonan tanah dan penyediaan infrastruktur sokongan untuk meningkatkan kecekapan pengoperasian petani luar bandar. Bagi melengkapkannya, SDC akan meneliti program pembangunan peladang dalam usaha merangsang daya pengeluaran pertanian berasaskan makanan melalui peruntukan benih bermutu tinggi, peningkatan kaedah penanaman serta peningkatan skala melalui pertanian berkelompok. koridor pembangunan sabah _75

3.1 Situasi Semasa Pertanian adalah penyumbang kedua tertinggi selepas sektor perkhidmatan, menyumbang sebanyak 28% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah atau RM4.1 bilion 12 pada tahun 2005. Sejak tahun 2001-2005, pertumbuhan KDNK pertanian kekal pada kadar 6%, iaitu lebih tinggi sedikit daripada kadar pertumbuhan pertanian di Malaysia keseluruhannya, iaitu pada kadar 5% setahun dalam tempoh yang sama. Rajah 3.1: Bahagian Pertanian dalam KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar Sabah menurut Industri, 2005 Peratusan KDNK Pertanian Peratusan 100% = RM15.1 billion 100% = RM4.1 billion Perkhidmatan 47% 81 28% Pertanian Kelapa Sawit 7% Perhutanan 5% 13% dan Pembalakan Pembuatan Perlombongan dan Kuari 10 2 1 5 Perikanan Ternakan Koko Getah Lain-lain Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah 12 Jabatan Statistik, Sabah koridor pembangunan sabah _76

Rajah 3.2: Pecahan KDNK untuk Sabah, 2001-2005 (Pada Harga Kekal 1987) Peratusan Sektor 2001 2002 2003 2004 2005 Perkhidmatan 46% 45% 44% 46% 47% Pertanian 27% 26% 26% 26% 28% Pembuatan Perhutanan & Pembalakan Perlombongan & Kuari 11% 3% 13% 12% 5% 12% 13% 5% 12% 13% 5% 10% 13% 5% 7% Jumlah Nilai KDNK (RM Juta) Nilai untuk Pertanian (RM Juta) 12,242 13,007 13,759 14,345 15,073 3,280 3,375 3,592 3,766 4,164 Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah Eksport pertanian bagi tahun 2005 bernilai lebih RM9 bilion 13. Minyak kelapa sawit adalah eksport pertanian terbesar dengan pendapatan mencakupi kira-kira 91% daripada jumlah hasil eksport pertanian dan 33% daripada jumlah eksport Sabah. Eksport pertanian utama yang lain termasuk getah, kelapa dan koko dengan nilai tergabung melebihi RM540 juta. 13 Jabatan Statistik, Sabah koridor pembangunan sabah _77

Rajah 3.3: Eksport Pertanian 2005, Sabah Eksport Pertanian 2005, Sabah RM juta Nilai (RM Juta) Minyak Kelapa Sawit Koko Kelapa Getah Perikanan dan Akuakultur Pertanian Lain Jumlah 8,310 129 132 283 199 67 9,123 Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah Sejumlah 376,000 atau 33% daripada semua individu yang bekerja di Sabah terlibat dalam pertanian, menjadikannya penyumbang kedua terbesar selepas perkhidmatan dari segi pekerjaan merentas semua industri di Sabah. Dari segi keluasan tanah, sejumlah 2.1 juta 14 hektar telah dikenal pasti sebagai tanah yang sesuai untuk pertanian, dan 1.4 juta hektar daripadanya telah pun diusahakan. Baki tanah yang sesuai untuk pertanian di Sabah harus dirancang dengan teliti dalam format tersusun. 14 Jabatan Pertanian, Sabah koridor pembangunan sabah _78

Rajah 3.4: Tanah yang Sesuai untuk Pertanian Tanaman, 2006 Kawasan Tanah Sabah Diguna oleh Aktiviti Pertanian, 2006 Peratusan Tanah yang Sesuai untuk Pertanian 000 hektar 100% = 7.2 juta hektar Jumlah tanah = 2,100 270 Tanah yang ada 430 Hutan simpan Tanah tidak sesuai 71.8% 29.2% Tanah yang sesuai untuk pertanian 1,400 Tanah dibangunkan untuk pertanian Sumber: Jabatan Pertanian, Sabah Rajah 3.5: Penggunaan Tanah Pertanian yang Dibangunkan Mengikut Tanaman, 2005 000 hektar Kelapa sawit 1,231 Getah 66 Padi 40 Kelapa 18 Koko 14 Lain-lain 26 Sumber: Jabatan Pertanian, Sabah koridor pembangunan sabah _79

Pertanian tersebar luas di seluruh negeri Sabah. Sub-Wilayah Timur merupakan kawasan utama tanaman perindustrian, terutamanya kelapa sawit, getah dan koko, dan menjadi lokasi bagi tapak perikanan dan akuakultur yang utama. Tumpuan Sub-Wilayah Tengah adalah kepada penanaman padi, herba, sayur-sayuran, buah-buahan, produk asli istimewa (SNP) dan perladangan ternak. Kegiatan pertanian di Sub-Wilayah Barat pula merangkumi ternakan, perikanan, padi, buah-buahan, koko dan kelapa. Rajah 3.6: Taburan Tanaman Perindustrian dan Jumlah Hektar menurut Daerah Sumber: IDS Sub-sektor Pertanian Utama i) Kelapa Sawit Kelapa sawit ketika ini adalah tanaman pertanian utama di Sabah. Sumbangan ekonomi kelapa sawit jika ditukar ke dalam bentuk sumbangan KDNK adalah hampir RM3.4 bilion pada tahun 2005, dengan KPTK sebanyak 9% dari tahun 1998-2005. koridor pembangunan sabah _80

Rajah 3.7: Kawasan Ladang Kelapa Sawit di Sabah Sumber: IDS Keadaan tempatan yang sesuai dan pengurusan ladang yang baik di Sabah menjadi pemangkin utama bagi hasil sawit yang tinggi. Seperti yang ternyata dalam Jadual 3.1, Sabah ketika ini mengeluarkan hasil purata tertinggi di Malaysia. koridor pembangunan sabah _81

Jadual 3.1: Hasil purata BTB dan MSM di Sabah lwn. purata Malaysia (2000-2006) Hasil Purata BTB Sabah BTB Malaysia Year 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 19.84 21.04 20.57 21.32 21.40 22.99 23.10 18.33 19.14 17.97 18.99 18.60 18.88 19.60 MSM Sabah MSM Malaysia 3.91 4.33 4.45 4.56 4.56 4.91 4.88 3.46 3.66 3.59 3.75 3.73 3.80 3.93 Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Luas tanah yang diusahakan dengan kelapa sawit ketika ini meliputi 1,231,584 hektar atau hampir 90% daripada kesemua tanah pertanian negeri Sabah. Kebanyakannya tertumpu di sekitar kawasan kelapa sawit yang mengunjur dari Sandakan ke Lahad Datu. Ini meletakkan Sabah sebagai penyumbang terbesar tunggal kepada industri minyak sawit Malaysia dengan 29.8% daripada kesemua ladang kelapa sawit di Malaysia, terletak di sini. Sabah mengeluarkan 5.4 juta tan metrik 15 Minyak Kelapa Sawit Mentah (MSM) pada tahun 2006 yang bersamaan 30% daripada pengeluaran MSM negara. Meskipun pengeluaran MSM-nya tinggi, namun pada ketika ini terdapat kegiatan hiliran sawit yang amat sedikit di negeri ini. Satu jumlah yang diuntukkan kepada permintaan peserta hiliran tempatan bagi MSM perlu ditetapkan, yang akan diwujudkan oleh Kelompok Industri Minyak Sawit (POIC) yang dilancarkan baru-baru ini. POIC bertujuan untuk menguasai aktiviti hiliran nilai ditambah seperti oleo-kimia dan lemak khas (sila lihat bab Pembuatan untuk butiran lanjut). Kelapa sawit merupakan penyumbang utama industri pertanian di Sabah. 15 Buku Statistik MPOB 2006 koridor pembangunan sabah _82

ii) Tanaman Perindustrian Lain Tanaman perindustrian penting lain termasuk getah, kelapa dan koko menyumbang sejumlah RM545 juta kepada eksport Sabah, dengan getah menyumbang sebanyak RM284 juta. Sabah menyumbang kepada lebih daripada 50% pengeluaran koko di Malaysia. Ketika ini, lebih 66,000 hektar tanah ditanam dengan getah, dengan 90% daripadanya diusahakan oleh pekebun kecil yang terutamanya bertempat di Sub-Wilayah Barat dan Tengah negeri ini. Kelapa ditanam di lebih 18,600 hektar tanah manakala koko meliputi 14,100 hektar. Penyumbang lain bagi industri pertanian adalah getah dan kelapa. iii) Perikanan dan Akuakultur Industri perikanan dan akuakultur di Sabah, sebahagian besarnya dipacu oleh sektor swasta. Pada tahun 2005, perikanan menyumbang sebanyak 10% daripada KDNK pertanian bernilai RM411 juta. Perikanan laut dalam masih belum cukup maju dan dengan itu mempunyai potensi yang amat besar. SDC akan menitikberatkan aktiviti akuakultur. koridor pembangunan sabah _83

Rajah 3.8: Kawasan Perikanan dan Akuakultur di Sabah Sumber: IDS Kegiatan utama dalam sektor perikanan adalah kegiatan menangkap udang dengan pukat tunda dan akuakultur. Dari segi eksport, udang sejuk beku segar merupakan produk perikanan utama yang dieksport dari SDC, menyumbang sejumlah kira-kira RM200 juta setahun kepada pendapatan eksport Negeri. Eksport utama lain termasuk udang harimau yang jumlah eksportnya mencecah 3,000 tan metrik bernilai RM100 juta. Ketika ini terdapat 2,073 kolam di Sabah yang melibatkan 82 pengendali, dengan Tawau menjadi kawasan utama yang menyumbang lebih 2,000 tan metrik hasil keluaran. Kawasan-kawasan lain termasuk Semporna, Lahad Datu dan Sandakan. Negeri Sabah telah menetapkan kawasan sekitar Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Beaufort dan Kuala Penyu sebagai Zon Industri Akuakultur (AIZ). Adalah dianggarkan 63,000 hektar tanah di kawasan ini sesuai digunakan untuk kegiatan akuakultur. Usaha penanaman rumpai laut khususnya merupakan industri pertumbuhan tinggi kebelakangan ini dengan kegiatan tertumpu di sekitar Semporna, Kota Belud dan Tuaran. koridor pembangunan sabah _84

Ketika ini ia melibatkan lebih 600 peladang dan menghasilkan produk seberat hampir 3,000 tan metrik. Terdapat potensi pemprosesan hiliran yang besar bagi rumpai laut, yang buat masa ini dijalankan terutamanya di Selatan Filipina. Produk akuakultur bernilai tinggi yang lain tertumpu pada penternakan ikan, udang, ketam, tiram dan abalon terpilih. Lokasi Sabah adalah ideal untuk aktiviti perikanan dan akuakultur. iv) Tanaman Lain Kawasan yang diusahakan dengan produk hortikultur seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, herba dan produk asli istimewa (SNP) ketika ini meliputi kira-kira 23,000 hektar tanah di seluruh Sabah. Penanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil tertumpu di kawasan seperti Ranau, Kudat, Penampang, Lahad Datu, Keningau, Papar dan Tambunan. Bagi tahun 2005, nilai eksport gabungan bagi tanaman lain berjumlah RM67 juta dengan pertumbuhan KDNK dari 1998-2005 sebanyak 4% setahun. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam termasuk jagung, ubi kayu, halia, durian, pisang, langsat dan nanas. Produk SNP termasuk kacip fatimah, hempedu bumi, cengkih, kulit kayu manis, pala, dan mengkudu tertumpu di kawasan Papar, Beaufort dan Keningau, yang berhampiran dengan Presint Agro-Industri Sabah (SAIP) di Kimanis. Dari segi pengeluaran makanan, padi dan perladangan ternak adalah penting untuk membantu Sabah mengurangkan defisit makanannya sebanyak RM900 juta. Pengeluaran padi mampu diri hanya pada kadar 34% merupakan tanaman yang memberikan pendapatan utama kepada petani luar bandar. Kawasan yang diusahakan dengan padi meliputi 40,000 hektar dan terletak dalam kawasan seperti Papar, Tuaran, Kota Belud, Tambunan dan Kota Marudu. Tanah Sabah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman. koridor pembangunan sabah _85

v) Ayam Itik dan Ternakan Pada tahun 2005, pengeluaran telur ternakan dan babi adalah pada tahap mampu diri manakala pengeluaran daging ternakan dan susu tenusu adalah pada kadar 98% daripada tahap mampu diri. Pada tahun 2005, daging lembu dihasilkan hanya pada kadar 20% daripada tahap mampu diri dan semakin berkurangan dari 1995 hingga 2005 pada kadar KPTK sebanyak -9%. Penggunaan per kapita daging lembu bagaimanapun adalah 2.8 kg, dengan KPTK sebanyak 6% dalam tempoh yang sama. Peladang ternakan di Sabah ketika ini menghasilkan produk lembu, kerbau, ayam, itik, babi dan tenusu. Ia terletak terutamanya dalam kawasan sekitar Kota Belud, Kinarut, Keningau, Sandakan dan Tawau. Penternakan lembu akan diusahakan untuk memenuhi hasrat untuk mengeksport hasil ini, memandangkan Sabah telah disahkan bebas daripada penyakit ternak kuku dan mulut oleh Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE). Selain itu, disebabkan oleh saiz ladang kelapa sawit yang besar di Sabah, Perladangan Ternakan Bersepadu harus diberi perhatian yang sewajarnya. Aktiviti perladangan termasuk ayam itik dan ternakan. 3.2 Kekuatan Utama Pertanian di Sabah i) Keadaan Semula Jadi yang Sesuai Sabah mempunyai kawasan tanah yang luas di samping cuaca dan keadaan tanah yang sesuai untuk pertanian. Ladang kelapa sawit Sabah mempunyai hasil purata tertinggi dalam negara. Keadaan tanah yang sesuai juga membolehkan pelbagai tanaman ditanam - tanaman industri seperti getah dan koko, serta tanaman pertanian yang lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan produk asli istimewa (SNP). ii) Bekalan Semula Jadi Hidupan Marin Sabah mempunyai pinggir laut paling panjang di Malaysia dengan lebih daripada tiga suku sempadannya dikelilingi laut sepanjang lebih 4,300 km. Negeri ini kaya dengan produk laut kerana airnya yang cetek di sepanjang pinggir pantai membolehkan cahaya matahari menembusi dasar untuk membolehkan fotosintesis koridor pembangunan sabah _86

berlaku, menghasilkan bilangan fitoplankton besar. Ekosistem laut terbahagi kepada zon muara dan zon lautan. Zon muara mewakili kurang daripada 10% daripada jumlah kawasan lautan tetapi mengandungi 90% daripada kesemua hidupan laut. iii) Ternakan yang Bebas daripada Penyakit Ternak Kuku dan Mulut Sabah merupakan salah satu daripada dua negeri di Malaysia yang diisytiharkan secara rasmi sebagai bebas daripada penyakit ternak kuku dan mulut (FMD), dan dengan yang demikian pengeksportan produk ternakan Sabah dibolehkan. iv) Lokasi Strategik sebagai Pintu Masuk ke Pasaran Utama Sabah terletak secara strategik berhampiran pasaran pertumbuhan tinggi seperti China dan Taiwan. Terdapat potensi bagi syarikat yang beroperasi di sekitar SDC untuk merangsang eksport hasil pertanian segar dan hiliran ke pasaran ini. 3.3 Cabaran Utama dan Isu yang Dihadapi dalam Pertanian Sebahagian besar tanah pertanian diusahakan oleh syarikat-syarikat minyak kelapa sawit yang menghasilkan perolehan tertinggi di Malaysia disebabkan oleh keadaan dan amalan penanaman yang sesuai. Namun begitu, potensi pengeluaran tidak dicapai sepenuhnya berikutan terdapatnya perbezaan dalam kaedah penanaman dan penuaian. Pekebun-pekebun kecil terutamanya, memerlukan bantuan asas berhubung amalan pertanian yang baik, penggunaan teknologi yang bersesuaian, pencapaian ekonomi skala, pemasaran dan pengedaran. i) Penerapan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Penggunaan Teknologi yang Lemah oleh Pekebun Kecil Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kepada pekebun melalui insentif, subsidi alat, pengalihan teknologi dan latihan. Walaupun terdapat kemajuan, masih ada ruang untuk pekebun memperbaiki kemahiran dan kaedah mereka. Ini akan memberikan pulangan hasil yang lebih tinggi dan keluaran yang berkualiti sebagaimana yang dikehendaki oleh pembeli kuantiti besar seperti pasar raya besar. Pekebun kecil secara amnya tidak menerapkan Amalan Pertanian Baik (GAP) secara berterusan. ii) Kurangnya Keluasan, Pemasaran dan Pengagihan Perladangan skala kecil yang dijalankan pada waktu ini seperti penanaman padi, penternakan, buah-buahan, sayuran, SNP dan herba telah menyebabkan kos pengeluaran koridor pembangunan sabah _87

yang tinggi, kualiti pengeluaran yang tidak tetap dan hasil yang rendah. Oleh sebab itu pendapatan pekebun-pekebun ini rendah. Isu keluasan dan ketidakmampuan untuk penghasilan berterusan, dalam kuantiti yang besar, yang memenuhi piawaian kualiti, menyebabkan pemasaran hasil pertanian menjadi sukar. Pekebun buah-buahan dan sayur-sayuran serta penternak buat masa ini tidak mempunyai keupayaan untuk memasarkan secara terus ke pasaran yang besar kerana kegagalan mereka untuk memenuhi permintaan yang berterusan. Mereka menjual hasil di pasar tempatan atau melalui orang tengah yang menyebabkan mereka tidak mendapat harga yang lebih baik bagi hasil mereka. iii) Tanah Pertanian yang Semakin Menyusut Sabah perlu memberikan tumpuan kepada teknologi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik kerana tanah yang sesuai untuk pertanian adalah terhad jika dibandingkan dengan Indonesia. Harga produk komoditi utama seperti minyak kelapa sawit akan terjejas teruk, apabila ladang kelapa sawit baru yang besar di Indonesia, mencapai kematangan dalam tempoh lima ke tujuh tahun akan datang. 3.4 Strategi Utama untuk Menggiatkan Semula Pertanian Pertanian memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi Sabah. Strategi untuk meningkatkan prestasi sektor tersebut akan ditumpukan, terutamanya kepada tiga perkara utama: Pertumbuhan yang pesat bagi produk untuk eksport bernilai tinggi Peningkatan kualiti dan daya pengeluaran untuk pertanian berasaskan makanan Mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai teraju pusat kecemerlangan minyak sawit Untuk menyokong strategi di atas, kerajaan (Persekutuan dan Negeri) perlu meningkatkan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan, penerapan kejenteraan dan GAP untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti. Hab Pendidikan Sandakan akan menunjangi satu kelompok pusat penyelidikan dan pembangunan dan latihan kerajaan untuk tujuan ini. Antara yang akan diletakkan di sini ialah Pusat Kecemerlangan Biodiversiti Tropika. Stesen juga akan dibina di seluruh Sabah bersama-sama pusat pengumpulan untuk memberikan panduan kepada pekebun, terutamanya pekebun kecil tentang bahan penanaman, baja, alat kejenteraan dan penerangan, serta peragaan GAP. koridor pembangunan sabah _88

3.4.1 Pertumbuhan yang Pesat bagi Produk untuk Eksport Bernilai Tinggi Salah satu daripada bahagian yang diberi tumpuan dalam pertanian ialah usaha mempercepatkan pertumbuhan produk pertanian yang bernilai dan berpotensi tinggi. Insentif dan penurunan kos perladangan akan menjadi alat pendesak penting dalam menarik pengusaha agro dan IKS untuk membangunkan industri akuakultur, perikanan laut dalam, produk hutan bukan balak dan hortikultur. Pasaran akuakultur global sekarang bernilai lebih kurang ASD75 bilion dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 8.8% setahun sejak tahun 1971. Sabah kini mengeksport udang, ikan nilai tinggi dan produk akuakultur utama, seperti rumpai laut, ke pasaran mewah seperti Jepun, Taiwan dan China. Sub-sektor utama lain termasuklah hortikultur yang nilai pasaran globalnya sebanyak ASD80 bilion pada tahun 2004. Ini termasuk florikultur yang pada masa ini, banyak dikeluarkan di Sabah, contohnya orkid. Produk lain termasuklah herba dan SNP yang mempunyai nilai pasaran global sebanyak ASD60 bilion dan kadar pertumbuhan sehingga 30% setahun, dan produk baru seperti jatrofa, kenaf, rosella dan vanilla akan dipertimbangkan. Jatrofa berpotensi sebagai sumber alternatif bagi bio bahan api, yang mempunyai nilai yang menarik, memandangkan harga yang tinggi pada masa ini bagi bahan api fosil dan bahan mentah bio bahan api daripada komoditi makanan seperti minyak sawit dan tebu. Tumbuhan tersebut boleh tahan kemarau panjang dan dapat dituai dalam tempoh yang singkat, kurang dari setahun. Oleh sebab itu ia sesuai untuk ditanam di kawasan yang curahan hujannya rendah dan pengairan sukar dijalankan seperti Semenanjung Bengkoka, Kota Marudu, Keningau dan Tenom yang berada dalam Sub-Wilayah Tengah. Pati buah jatrofa boleh digunakan dalam industri kosmetik dan farmaseutikal. 3.4.2 Peningkatan Kualiti dan Daya Pengeluaran untuk Pertanian Berasaskan Makanan Satu lagi tumpuan utama pertanian ialah usaha meningkatkan tahap kualiti dan daya pengeluaran sub-sektor pertanian berasaskan makanan. Objektifnya termasuklah mengurangkan defisit makanan untuk Sabah yang pada ketika ini berada pada paras RM900 juta, di samping meningkatkan pendapatan pekebun luar bandar. Ia juga dijangka akan menjana pendapatan melalui eksport ke Semenanjung Malaysia dan negara-negara jiran. Di bawah Dasar Pertanian Negeri Sabah Kedua, Kerajaan Negeri terutamanya, telah menetapkan sasaran utama berhubung peningkatan tahap mampu diri untuk pengeluaran koridor pembangunan sabah _89

padi daripada 30% kepada 60% dan lembu daripada 23% kepada 30% menjelang tahun 2010. Kerajaan negeri telah mengenal pasti Kota Belud sebagai kawasan jelapang padi bagi negeri ini. Sebuah pusat pengeluaran benih padi dan penyelidikan dan pembangunan sedang dibangunkan di sana. Kerajaan negeri juga telah memperkenalkan Taman Pengeluaran Makanan Kekal (PFPP) di Tawau, Kinabatangan, Papar dan Beaufort dengan insentif bagi pekebun untuk menanam tanaman tertentu seperti betik, nenas, avokado, mangga dan pisang. Penternakan haiwan juga menjadi tumpuan utama pengeluaran makanan di Sabah kerana industri tersebut mempunyai potensi yang besar berikutan iklim yang sesuai dan juga telah diisytiharkan secara rasmi sebagai bebas daripada penyakit ternak kuku dan mulut (FMD) oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE). Tanaman berasaskan makanan utama lain adalah padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Penerapan GAP oleh pekebun kecil akan menjadi faktor utama dalam memastikan hasil yang tinggi dapat diperoleh daripada setiap hektar tanah. Ini penting terutamanya bagi pekebun kecil yang tambahan peningkatan pengeluaran akan meningkatkan jumlah pendapatan mereka. Ini boleh dicapai dengan meminimumkan pembaziran dan mengawal peningkatan kos. Kualiti keluaran juga akan mampu menepati tahap jualan dan eksport yang diperlukan. Amalan Pertanian Baik diaplikasikan dalam usaha meningkatkan kualiti pengeluaran. 3.4.3 Mengukuhkan Kedudukan Sabah sebagai Teraju Pusat Kecemerlangan Minyak Sawit Minyak sawit merupakan tanaman minyak makan yang paling tinggi hasilnya setiap hektar. Ia mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam penjanaan kerja bernilai tinggi dalam aktiviti hiliran. Kesesuaian tanah dan keadaan di Sabah telah menyumbang kepada kejayaan Sabah sebagai penghasil tertinggi di negara ini. Oleh sebab itu, tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan produktiviti dan hasil melalui kemajuan teknologi dan peningkatan penyelidikan dan pembangunan dalam bioteknologi dan amalan agronomi. koridor pembangunan sabah _90

Mempromosikan dan menguatkuasakan kemampanan minyak sawit dan kebolehjejakkan (traceability) makanan perlu demi memastikan akses yang berterusan ke dalam pasaran dunia. Oleh sebab itu, proses pensijilan dan penguatkuasaan perlu diperketat sebaik sahaja standard diterbitkan oleh Meja Bulat berhubung Minyak Sawit Mampan. 3.5 Program Untuk mencapai objektif peningkatan pertumbuhan pertanian dan pendapatan luar bandar, strategi umum yang diterangkan di atas akan disebarkan dan dilaksanakan melalui beberapa program. Pendekatan tiga fasa akan digunakan: Fasa 1: RMKe-9 2008-2010 Fasa 2: RMKe-10 2011-2015 Fasa 3: RMKe-11-12 2016-2025 Meletakkan asas untuk pertumbuhan Mempercepat penyelidikan pertanian makanan dan penubuhan perniagaan Menjadi wilayah pengeluaran makanan terkemuka di Asia Mengukuhkan infrastruktur pertanian Sabah Mewujudkan tumpuan terhadap subsektor pertumbuhan utama dan bernilai tinggi Mempertingkat keusahawanan luar bandar Menggalakkan penyertaan IKS dalam perniagaan pertanian Memperhebat penyelidikan dan pembangunan Menarik minat penyelidik terbaik dalam bidang tertentu Membangunkan bakat pengurusan dalam pertanian melalui kerjasama dengan Hab Pendidikan Sandakan Meletakkan Sabah sebagai pusat pengeluaran pertanian terkemuka di Asia koridor pembangunan sabah _91

3.5.1 Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel) Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel) menyediakan platform untuk membolehkan pengetahuan dan bantuan disebarkan kepada pekebun kecil. Pelbagai pusat akan ditubuhkan di kawasan pertanian utama di Sabah dalam program tersebut. Pekebun kecil akan mendapat akses untuk: Latihan amalan pertanian yang baik (GAP) Petak penerangan dan peragaan untuk penerapan teknologi Khidmat nasihat Pembelian sumber yang bersubsidi (baja dan alat kejenteraan) Di samping agensi yang telah menyediakan pembiayaan mikro di seluruh Malaysia, satu skim pembiayaan mikro baru yang disasarkan khusus untuk Sabah dan tertumpu pada pertanian akan dibentuk. Isu utama pada waktu ini ialah pekebun luar bandar tidak dapat memanfaatkan kewujudan dana sebegini kerana tiada kesalinghubungan. Dana-dana ini perlu disesuaikan, dipakejkan dan dibawa ke kampung-kampung tersebut supaya pekebun faham terma dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul. Inisiatif sokongan lain dalam program ini termasuk penempatan semula pekebun luar bandar dan pekebun kecil berdasarkan kawasan yang dizon semula. Kawasan yang terbabit akan ditentukan dengan memadankan kesesuaian tanah kepada tanaman yang difokuskan seperti padi, getah, koko, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sejumlah 10,000 isi rumah dijangka akan terlibat dalam projek ini. Proses penempatan semula, yang kebanyakannya melibatkan pemindahan pekebun kecil dan pekebun luar bandar di dalam daerah yang sama, akan membolehkan akses yang lebih mudah kepada sumber dan pengeluaran tanaman secara besar-besaran. Program Bantuan Cemerlang Tani (Agri-Excel) bertujuan untuk melahirkan ramai usahawan luar bandar yang amat diperlukan untuk dibantu dengan pendidikan, latihan, pembinaan kesedaran dan pembiayaan mikro. Program ini dijangka akan memberikan kesan yang ketara ke atas pembanterasan kemiskinan. Skim Penempatan Semula Getah Bengkoka mengikut model agropolitan menyediakan contoh yang baik bagi model penempatan yang boleh dibantu oleh Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel). Satu lagi program berkaitan ialah program Jelapang Padi yang melibatkan 7,000 keluarga di daerah Kota Marudu-Kota Belud dan cadangan Skim Jatrofa SLDB Keningau-Tenom. koridor pembangunan sabah _92

3.5.2 Program Pencepat Niaga Tani Penglibatan sektor swasta penting kepada pertumbuhan industri pertanian. Program pencepat niaga tani direka bentuk untuk menarik IKS dan usahawan tani untuk menjalankan aktiviti pertanian yang dipromosikan di Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Program ini juga akan menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan IKS niaga tani dengan penyertaan pekebun tempatan melalui usaha sama atau perladangan kontrak untuk memastikan pendapatan yang berterusan. Presint Agro-Industri Sabah (SAIP), yang sedang dibangunkan di Kimanis akan menjadi kluster bersepadu agrotek yang akan membantu IKS dan perusahaan baru dalam industri asas tani dengan komponen seperti: Pusat inkubator Ladang herba Taman ilmu Taman IKS Zon komersial dan kediaman Program Pencepat Niaga Tani akan menggalakkan dan memberikan sokongan kepada peserta melalui insentif, pembiayaan dan membuat sempadan tanah untuk kelompok pertanian. Kelulusan permohonan untuk insentif akan diasaskan pada satu gugusan faktor yang telus dan komprehensif, yang termasuk kebolehlaksanaan ekonomi projek yang dicadangkan serta pengalaman bertani dan keusahawanan pemohon. Insentif yang akan diberikan melalui program tersebut termasuk: Sumbangan pembiayaan bantu mula Pinjaman untuk pembelian teknologi Geran untuk aplikasi pemindahan teknologi Pemajakan kapal laut dalam, jentera penting dan kemudahan Insentif fiskal Nasihat perniagaan dan bantuan pemasaran Kemudahan inkubator untuk menjalankan medan ujian bagi teknologi baru yang diserapkan koridor pembangunan sabah _93

Inisiatif pembangunan sub-sektor pertumbuhan tinggi berpotensi yang disasarkan termasuk: i) Akuakultur Pembangunan Pusat Akuakultur Marin Kebangsaan untuk penyelidikan khusus dalam akuakultur dan menggalakkan penggunaan teknik mampan dalam kalangan nelayan tempatan º º Pembangunan inkubator dengan kemudahan loji perintis untuk menggalakkan usahawan menerapkan teknologi Pusat penyelidikan tersebut akan bekerjasama rapat dengan Universiti Malaysia Sabah dan juga mempunyai pautan dengan Jabatan Perikanan serta institusi biologi marin dan akuakultur yang terkenal di dunia Mengimport teknologi pembiakan untuk ikan hiasan, udang, tiram dan udang kara. Pembangunan pusat pengumpulan dan pemprosesan penting ii) Perikanan Memastikan pelesenan untuk syarikat penangkapan ikan laut dalam telus dan berdasarkan kriteria yang ditetapkan Menubuhkan sebuah syarikat pemajakan kapal laut dalam yang dilengkapi dengan pelbagai jenis kapal yang mencukupi untuk operasi penangkapan ikan laut. Kapalkapal ini akan dipajakkan kepada syarikat-syarikat yang dilesenkan Penambahan infrastruktur pelabuhan untuk menyokong penangkapan ikan pinggir laut dan laut dalam di pelabuhan utama yang pada waktu ini di Papar, Kudat, Kunak dan Sandakan. Ini termasuklah kemudahan seperti bilik storan sejuk, platform kerja, bangunan pejabat, kemudahan CIQ, kemudahan kesihatan, pejabat kawalan trafik, bekalan elektrik dan air, perhubungan dan bekalan diesel iii) Penternakan Peningkatan kelompok ternakan Nabawan dan Pantai Timur dengan pembangunan kemudahan am seperti rumah sembelihan, kemudahan simpanan dan pusat fidlot Pembangunan Pusat Penternakan Bersepadu Keningau yang akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan dan pembiakan haiwan ternakan serta peningkatan pengurusan memberikan makanan untuk ternakan daging dan tenusu Pembangunan inkubator dan projek perintis untuk menjadi medan ujian bagi teknologi dan produk baru yang diambil dan diamalkan oleh usahawan seperti perusahaan sarang burung, ternakan burung unta dan rusa koridor pembangunan sabah _94

Penggunaan tanah di sekitar untuk menanam jagung bagi mengurangkan kebergantungan pada makanan ternakan yang diimport iv) Hortikultur Pembangunan infrastruktur yang dikongsi untuk kawasan kelompok jalan raya, bekalan air dan elektrik, sanitasi, dan sebagainya Peruntukan sistem hidroponik/aeroponik, ladang organik, perladangan kepersisan, sokongan penyelidikan dan pembangunan agrobio dan pembinaan rumah hijau yang merangkumi sistem penyiraman, sistem kawalan suhu dan kelembapan, pencahayaan, pasu dan tanah dan sebagainya Pembangunan inkubator dengan loji perintis bagi menyokong pembangunan produk baru secara percubaan, seperti minyak kelapa dara, produk berasaskan vanilla, dan rozel dan sebagainya v) Produk hutan bukan balak Pembangunan infrastruktur yang dikongsi untuk kawasan kelompok termasuk jalan raya, bekalan air dan elektrik, sanitasi, dan sebagainya Pembangunan kilang penyarian tumbuhan, kemudahan pengeringan semburan dan Pusat Perdagangan Herba Sabah Tinjauan bio dan pembangunan produk melalui rangkaian Sabah Bio-X (rujuk Bab 7) 3.5.3 Memodenkan Pusat Pengumpulan, Pembungkusan dan Pengedaran Pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran akan ditempatkan di kawasan pumpun pekebun kecil, kelompok penternakan dan tanaman makanan yang ditubuhkan oleh IKS dan berhampiran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (PFPP). Sebuah Taman Halal yang khusus akan dibina di lokasi yang sesuai di dalam Zon Agro-Makanan IKS supaya pensijilan Halal, pemprosesan, perkhidmatan teknologi dan nasihat mudah dicapai. Taman Halal ini akan bekerjasama dengan Hab Halal dan Pengedaran Labuan. Tujuan penubuhan pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran adalah untuk membolehkan IKS memenuhi skala dan kualiti untuk pembeli seperti pusat pemprosesan dan pasar raya besar. Ini juga akan membolehkan pekebun kecil dan usahawan tani mendapat harga yang lebih baik kerana pusat-pusat ini menghapuskan orang tengah dan dikawal oleh undang-undang kerajaan. Pusat-pusat pengumpulan ini, yang mempunyai kemudahan penyimpanan yang sempurna dan kawalan kualiti, serta akses kepada perkhidmatan pensijilan Halal dan rangkaian rantaian sejuk, perlu mempunyai sokongan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, tenaga dan perhubungan. Ini akan memastikan kualiti dan kesegaran hasil tani tidak terjejas supaya ia boleh dijual pada harga yang tinggi. koridor pembangunan sabah _95

Kesalinghubungan pusat-pusat pengumpulan ini amat penting bagi memastikan produk boleh sampai ke loji pembungkusan dan pemprosesan yang terletak di kawasan seperti Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Presint Agro Industri Sabah (SAIP) di Kimanis. Kenderaan pengangkutan untuk memungut hasil tani dari ladang pekebun kecil dan juga untuk menghantar hasil tani ke pasaran sasaran juga akan disediakan untuk pajakan. Penetapan harga bagi produk dicadangkan supaya dipantau secara harian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, dan FAMA untuk memastikan pekebun kecil dibayar mengikut harga pasaran yang sesuai yang berdasarkan suatu harga minimum. Penetapan harga minimum untuk pelbagai jenis hasil tani akan melindungi kepentingan pekebun-pekebun kecil tersebut. Pengurusan pusat akan dibuka kepada pemilik syarikat atau IKS. Pengendali yang dipilih akan bertanggungjawab ke atas pemasaran hasil tani yang dikumpulkan di pusat-pusat ke pasaran utama. 3.5.4 Membina Asas Pengetahuan Minyak Sawit Sabah menyumbang sejumlah 29.8% kepada tanaman kelapa sawit di Malaysia dan merupakan penghasil minyak sawit mentah (MSM) yang tertinggi. Untuk mengekalkan Sabah sebagai peneraju dalam hal ini tumpuan perlu diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan, pembangunan modal insan dalam pengurusan ladang dan juga amalan agronomi untuk meningkatkan tahap produktiviti, daya saing dan penyertaan penduduk tempatan dalam industri kelapa sawit. Hab Pendidikan Sandakan akan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran asas pengetahuan minyak sawit. Ia akan bekerjasama dengan pusat latihan minyak sawit (PLASMA) MPOB. Institusi berkenaan akan bekerjasama dengan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (PMSM) untuk memahami keperluan pemilik ladang serta pengurus ladang. Syarikat perladangan minyak sawit juga akan diminta untuk membantu dalam latihan fizikal dan membenarkan kakitangan mereka untuk mengambil cuti sabatikal bagi melanjutkan pelajaran. Latihan juga akan dijalankan di luar negara melalui Dana Biasiswa Pendidikan Pertanian yang akan diwujudkan untuk tujuan membiayai pelajar bagi mempelajari amalan yang diperlukan di institusi terkenal di seluruh dunia. Pusat penyelidikan dan pembangunan Bioteknologi Sawit Sandakan akan ditubuhkan untuk memberi tumpuan terhadap peningkatan pengetahuan tentang minyak sawit iaitu bahan penanaman, pengeluaran benih dan penjenteraan ladang. Pusat tersebut akan berkongsi koridor pembangunan sabah _96

dengan pusat penyelidikan pertanian dan bioteknologi di seluruh dunia dan mengambil saintis ternama tempatan dan luar untuk bekerja dengannya. Penyertaan pasukan penyelidik antarabangsa yang berwibawa daripada The Royal Society dan Kew Gardens boleh dimanfaatkan melalui Pusat Kecemerlangan untuk Penyelidikan Biodiversiti Tropika. Pusat pemprosesan minyak sawit. koridor pembangunan sabah _97