PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

more examination papers at :

PENTAKSIRAN TINGKATAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEJARAH

PEPERIKSAAN AKHIR SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2015

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SEMESTER 1 SESI 1/2017 KOLEJ VOKASIONAL KPM (KV KPM)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Oleh : Unit Peperiksaan dan Penilaian Sektor Akademik Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor / 3588

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2013

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA TAHUN 2011 ARAHAN AM

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

PERATURAN PEPERIKSAAN

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 3 SESI 1/2016 KOLEJ VOKASIONAL KPM (KV KPM)

PANDUAN MENGISI DAN MENANDATANGANI BORANG PERJANJIAN

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA/KEDUA SESI 20_/20_ TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS DAN PENGAWAS

Semua calon hendaklah membaca dan mengambil perhatian terhadap peraturan dan arahan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) ini.

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN CALON/GURU CEMERLANG PPPLD DGA32 (KUP) HINGGA PPPS GRED KHAS C (KUP)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN DAN PENGAWAS PEPERIKSAAN UNIVERSITI

ARAHAN AM PEPERIKSAAN. Calon perlu melihat dan meneliti:

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN LISAN MENDENGAR PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS

TERMA & SYARAT PERADUAN

PANDUAN PENDAFTARAN CALON MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

PANDUAN PENGAWASAN BAGI PEMBANTU PENGAWAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

CENTRE OF TECHNICAL EXCELLENCE SARAWAK BORANG PERMOHONAN

PANDUAN PENTADBIRAN PELBAGAI INSTRUMEN SEJARAH & GEOGRAFI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) SEJARAH GEOGRAFI

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

TATACARA PERMOHONAN IBUBAPA/PENJAGA

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2009 DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN BAGI CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK) LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG (GC)/ PENSYARAH CEMERLANG (PC)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

NOTIS MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER I SESI 2014/2015 (PROGRAM PRASISWAZAH SEPENUH MASA)

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

*Nota : Sila Rujuk Kepada Surat Makluman Dan Borang-Borang Yang Dikepilkan

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

TAKLIMAT KETUA PENGAWAS/PENGAWAS PEPERIKSAAN

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

MANUAL PENGGUNA APLIKASI PENDAFTARAN PMR VERSI 2012 UNIT APLIKASI PEPERIKSAAN BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

IKLAN JAWATAN KOSONG

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN

IKLAN JAWATAN KOSONG

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

KEKOSONGAN JAWATAN MASJID AL-AZHAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 1 kekosongan

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

Manual Kerja Kursus Bahasa Arab Kertas 5 (913/5)

P E N T A D B I R A N P E P E R I K S A A N

1. Permohonan menjalankan kajian hanya menggunakan Borang BPPDP 1.2. (mulai 1 Sep. 2015)

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

BPG bertanggungjawab merancang dan menguruskan pembangunan profesionalisme guru dalam perkhidmatan.

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

Transkripsi:

LP/PMR 6 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHAGIAN A. ARAHAN AM KEPADA PENGETUA 1. Pengetua hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan PMR kepada semua calon. 2. Pengetua hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR sebelum peperiksaan. 3. Pengetua hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa. 4. Pengetua hendaklah memastikan calon telah membaca dan memahami Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/PMR 7. 5. Pengetua hendaklah memberitahu Bahagian D (Amaran Kepada Calon Peperiksaan) dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR kepada calon sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan. 6. Pengetua hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan (Cetakan 2010). BAHAGIAN B ARAHAN AM KEPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN 1. hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR dimaklumkan kepada calon. 2. hendaklah mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan. 3. hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR. 4. hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas. 2

5. hendaklah butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul. 6. hendaklah mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan. 7. hendaklah memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan. 8. hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang LP/Am 29 Pin. 1/2012 akur dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan. 9. hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis. BAHAGIAN C. ARAHAN KEPADA CALON 1. ARAHAN AM 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada sebelum tamat tempoh peperiksaan PMR. 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Pengetua sekiranya terdapat kesilapan maklumat serta mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/PMR 7. 2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 sebelum peperiksaan dimulakan. 2.2 Calon hendaklah menyemak butiran dan menandatangani Kenyataan Kemasukan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan. 3

2.3 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan. 2.4 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 selepas peperiksaan dimulakan. Calon mestilah mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan. 2.5 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas dan nama kertas sebagai bukti pendaftaran atau surat kelulusan Pengarah Peperiksaan. Calon tidak dikenakan bayaran. 3. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN 3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul. 3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap. 3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan. 4. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN 4.1 Calon hendaklah memaklumkan kepada dengan segera jika menerima kertas jawapan yang tidak menepati keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada kertas peperiksaan. 4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas dengan jelas pada ruangan yang disediakan pada kertas peperiksaan dan kertas jawapan sama ada pada Buku Jawapan (BJ), Helaian Tambahan (HT), graf, kertas kaligrafi dan sebagainya. 4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta. 4.4 Calon hendaklah menggunakan kedua-dua halaman pada setiap helaian BJ dan HT. Tulis jawapan bagi setiap soalan pada halaman yang baharu. 4.5 Calon hendaklah menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan. 4.6 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain. 4

4.7 Calon hendaklah membawa peralatan geometri dan peralatan kaligrafi bagi mata pelajaran yang memerlukannya. 4.8 Calon hendaklah memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas telah ditulis dengan betul pada setiap helaian skrip jawapan peperiksaan apabila diarah berhenti menulis. 4.9 Calon hendaklah pastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat. 4.10 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan. 5. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB) 5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada dengan segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap. 5.3 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab kertas yang berkenaan. 5.4 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja. 5.5 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruangan yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.6 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadam sehingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya. 5.7 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk kertas JOB dan JOTB. 5.8 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada kertas JOB dan JOTB. BAHAGIAN D AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN 1. Dilarang membawa masuk sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan PMR ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. 2. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan. 5

3. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 4. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon. 5. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru. 6. Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 7. Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain. 8. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada. 9. Dilarang membawa keluar kertas peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 10. Dilarang membawa kertas peperiksaan tertutup dan skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 11. Dilarang membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 12. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 pertama peperiksaan dimulakan dan 10 terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan. 13. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan. 14. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 15. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata. 16. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan. 17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan- Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:- 17.1 Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan; 17.2 Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan; 17.3 Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal. 6

BAHAGIAN E ARAHAN KHAS KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS 23/1 Geografi ARAHAN KHAS Calon yang mengambil kertas peperiksaan Geografi hendaklah membawa peralatan geometri dan kalkulator sainstifik. 50/1 Mathematics Calon yang mengambil kertas peperiksaan Mathematics boleh membawa kalkulator sainstifik. 50/2 Mathematics Calon yang mengambil kertas peperiksaan Mathematics hendaklah membawa peralatan geometri. Calon tidak dibenarkan menggunakan kalkulator. 02/2 Bahasa Melayu Calon dikehendaki menjawab dalam Buku Jawapan (BJ). 12/2 Bahasa Inggeris 32/2 Bahasa Cina 33/2 Bahasa Tamil 34 Bahasa Punjabi 37/2 Bahasa Iban 38/2 Bahasa Kadazandusun 45/1 Pendidikan Islam 31/1 Bahasa Arab Calon dikehendaki menjawab dalam kertas peperiksaan. 50/2 Mathematics 55/2 Science 7

Kertas peperiksaan Tertutup 76/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 77/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga 78/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian 79/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan hendaklah menyerahkan baki kertas peperiksaan Kemahiran Hidup Bersepadu kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri. hendaklah mengumpul semula kertas peperiksaan Kemahiran Hidup Bersepadu selepas tamat waktu peperiksaan mata pelajaran berkenaan dan menyerahkannya kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri. 8

JADUAL MASA TAMBAHAN CALON BERKEPERLUAN KHAS Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan Kategori B. Kategori A : Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia, dan Cacat Anggota. 1. Calon yang mengalami kemalangan layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis. 2. Kecederaan-kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR Masa tambahan yang diberi 1 atau kurang hingga 30 30 2 Lebih 30 hingga 2 jam 30 Kategori B : Calon Pekak Masa tambahan yang diperuntukkan adalah seperti berikut: Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR Masa tambahan yang diberi 1 atau kurang 15 2 15 20 3 30 25 4 45 30 5 2 jam 30 6 2 jam 15 35 7 2 jam 30 40 9

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS PMR TARIKH WAKTU 8.00 pagi 8.10 pagi KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS 10 9.10 pagi 02/1 Bahasa Melayu RABU 2 Oktober 10.10 pagi 10.20 pagi 10.20 pagi 12.20 tengah hari 02/2 Buku Jawapan Bahasa Melayu 10 2 jam Subjektif 2.20 petang 2.30 petang Buku Jawapan 10 4.30 petang 45/1 Pendidikan Islam 2 jam Subjektif 8.00 pagi 8.10 pagi 10 08:10 pagi 09:10 pagi 12/1 Bahasa Inggeris KHAMIS 3 Oktober 10.10 pagi 10.20 pagi 10.20 pagi 11.50 pagi 12/2 Buku Jawapan Bahasa Inggeris 10 30 Subjektif 2.20 petang 2.30 petang 10 3.45 petang 23/1 Geografi 15 10

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS PMR TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS 8.00 pagi 8.10 pagi butiran pada kertas Jawapan 10 9.10 pagi 55/1 Science ISNIN 7 Oktober 10.20 pagi 10.30 pagi 10.30 pagi 12.00 tengah hari 55/2 Kertas Soalan Science 10 30 Subjektif 2.20 petang 2.30 petang 10. 3.45 petang 21/1 Sejarah 15 8.00 pagi 8.10 pagi 10 9.25 pagi 50/1 Mathematics 15 10.30 pagi 10.40 pagi Kertas Soalan 10 10.40 pagi 12.25 tengah hari 50/2 Mathematics 45 Subjektif SELASA 8 Oktober 2.20 petang 2.30 petang 10 4.00 petang 76/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 30 4.00 petang 77/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga 30 4.00 petang 78/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian 30 4.00 petang 79/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan 30 11

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS PMR TARIKH WAKTU 8.00 pagi 8.10 pagi KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS Kertas Soalan 10 10.40 pagi 31/1 Bahasa Arab 2 jam 30 Subjektif 08:00 pagi 08:10 pagi Buku Jawapan 10 10.10 pagi 32/2 Bahasa Cina 2 jam Subjektif 10.10 pagi 33/2 Bahasa Tamil 2 jam Subjektif RABU 9 Oktober 10.10 pagi 9.25 pagi 34 Bahasa Punjabi 2 jam Subjektif 37/2 Bahasa Iban 15 Subjektif 9.25 pagi 38/2 Bahasa Kadazandusun 15 Subjektif 11.40 pagi 11.50 pagi 10 11.50 pagi 12.50 tengah hari 32/1 Bahasa Cina 11.50 pagi 12.50 tengah hari 33/1 Bahasa Tamil 11.50 pagi 12.50 tengah hari 37/1 Bahasa Iban 11.50 pagi 12.50 tengah hari 38/1 Bahasa Kadazandusun 12

LP/PMR 7 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PENGAKUAN CALON GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN DALAM JADUAL WAKTU PENILAIAN MENENGAH RENDAH TELAH DIBACA 1. Nama : 2. Angka Giliran : 3. Nombor Kad Pengenalan : - - 4. Pengakuan : Saya mengaku bahawa telah membaca dan akan mematuhi semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Tandatangan Calon : Tarikh :.. 5. Pengesahan Pengetua : Tandatangan dan Cap Pengetua: Tarikh : NOTA : Sila asingkan borang ini dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan. Setiausaha Peperiksaan dikehendaki menyimpan semua Borang Pengakuan Calon. Borang Pengakuan Calon boleh dilupuskan enam bulan selepas pengumuman keputusan PMR.