DASAR HARTA INTELEK RAKAN SEKUTU UKM (TAMBAHAN)

dokumen-dokumen yang mirip
DASAR HARTA INTELEK UKM

DASAR PENGKOMERSILAN HARTA INTELEK (TAMBAHAN)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

POLISI HAK MILIK HARTA INTELEK UTHM. PEJABAT PENYELIDIKAN, INOVASI, PENGKOMERSILAN DAN PERUNDINGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR DAN ETIKA PENYELIDIKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR PENGKOMERSILAN HARTA INTELEK Universiti Teknologi MARA 2013

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

BUKU PANDUAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN INOVASI, HARTA INTELEK (IP) DAN PENGKOMERSIALAN POLITEKNIK MALAYSIA

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

b. Status pihak-pihak orang perseorangan/syarikat/badan berkanun/kerajaan persekutuan atau negeri/kerajaan asing/entiti asing c. Profil pihak-pihak

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Polisi Privasi. Pengenalan

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSI DAN UNIVERSITAS RIAU

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

PROSEDUR & GARIS PANDUAN PENUBUHAN SYARIKAT TERBITAN DAN SYARIKAT SPIN OFF/ START-UP

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

MEMORANDUM PERSEFAHMAAN DI ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DAN...

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

TERMA PENGGUNAAN. Skop

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Sistem Hakcipta di Malaysia

TERMA RUJUKAN PENTADBIR AKADEMIK FAKULTI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Transkripsi:

Tarikh Dasar Diperkenalkan 2011 Tarikh Kajian Semula 2013 Pejabat Yang Boleh Dihubungi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Perundangan dan Dasar yang Berkaitan Akta Cap Dagangan 1976 Akta Hak Cipta 1987 Akta Paten 1983 Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 Akta Petunjuk Geografi 2000 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010 Dasar Harta Intelek Pelajar UKM (Tambahan) Dasar Pengkomersilan Harta Intelek UKM (Tambahan) Dasar dan Garis Panduan Pengkomersilan Harta Intelek untuk Projek Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang Dibiayai oleh Kerajaan Malaysia (Jun 2009) Dasar Harta Intelek Negara (2007) Dokumen/Borang Sokongan Borang Pendedahan Reka Cipta Perjanjian Kerahsiaan Surat Ikatan Serah Hak Rakan Sekutu Notis Penerimaan Nasihat Guaman Bebas i

1. TUJUAN DASAR DASAR HARTA INTELEK RAKAN SEKUTU UKM (TAMBAHAN) 1.1 Dasar ini terpakai kepada semua rakan sekutu UKM. Ia mengemukakan dasar UKM yang berhubung dengan Harta Intelek (HI) yang timbul daripada penyertaan dan sumbangan mereka dalam projek dan aktiviti penyelidikan yang dijalankan di UKM. 1.2 Dasar ini, bersama dengan Dasar Harta Intelek UKM, Dasar Harta Intelek Pelajar UKM (Tambahan) dan Dasar Pengkomersilan Harta Intelek UKM (Tambahan) membentuk sebahagian daripada rangka Dasar Harta Intelek UKM. 2. TAKRIF Untuk tujuan Dasar ini, takrifan berikut digunakan: 2.1 Bahan Mengajar bermaksud semua karya yang hak ciptanya masih sah yang digunakan oleh Pekerja UKM untuk tujuan pengajaran dan termasuk semua maklumat, dokumen, bahan atau barang digital dalam apa-apa bentuk yang dicipta atau digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di UKM. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada nota kuliah yang disediakan untuk Pelajar, janaan komputer atau projektor overhed (seperti persembahan powerpoint), tugasan, soalan dan penyelesaian tutorial, fotograf, imej, rakaman suara, rakaman video, skor muzik dan kandungan laman web kursus yang berkaitan. 2.2 Bahan Pentadbiran bermaksud apa-apa bahan atau dokumen, termasuk dasar, rancangan perniagaan, kontrak, permohonan untuk geran penyelidikan dan/atau usaha sama, laporan, brosur promosi dan perisian yang dibangunkan untuk tujuan pentadbiran UKM, penilaian prestasi, pemasaran dan juga perkhidmatan undang-undang. 2.3 Bantuan Kewangan Lain bermaksud cara/sumber lain bagi pembiayaan dan tidak termasuk geran penyelidikan luar. 2.4 Geran Penyelidikan Luar bermaksud apa-apa bantuan kewangan yang dibiayai oleh organisasi luar, sama ada tempatan atau antarabangsa dan tidak termasuk bantuan kewangan atau geran penyelidikan yang dibiayai oleh UKM, sama ada dalam bentuk tunai atau selainnya. 2.5 Hak bukan eksklusif, bebas royalti dan lesen yang berterusan bermaksud dalam tempoh penggunaan harta intelek, Pereka Cipta harta intelek memberikan hak bukan eksklusif kepada UKM untuk 1

menghasilkan semula dan mengedarkan karya tersebut (tetapi tidak termasuk untuk tujuan komersil), tanpa perlu membayar apa-apa royalti kepada pereka cipta harta intelek. Hak tersebut boleh dilaksanakan dalam semua bentuk media, termasuk apa-apa bentuk baru yang akan dicipta selepas ini. 2.6 Hak Di sisi Undang-undang bermaksud semua hak yang diiktiraf di bawah mana-mana statut yang berhubung dengan hak cipta, paten, reka bentuk perindustrian, cap dagangan, petunjuk geografi, reka bentuk susun atur litar bersepadu dan varieti baru tumbuhan. 2.7 Harta Intelek (HI) bermaksud semua harta intelek yang dilindungi di bawah undang-undang Malaysia atau mana-mana perundangan berkaitan HI seperti hak cipta, paten, reka bentuk perindustrian, cap dagangan, petunjuk geografi, reka bentuk susun atur litar bersepadu, varieti baru tumbuhan, ilmu kemahiran dan maklumat sulit. 2.8 Institusi Tuan Rumah bermaksud institusi yang dengannya Rakan Sekutu UKM mempunyai hubungan utama. 2.9 Jangkaan Pengkomersilan bermaksud UKM menjangka ia akan menguruskan pengkomersilan HI. 2.10 Kepentingan Ekuiti bermaksud kepentingan yang dipegang berdasarkan hak milik ekuiti (hak milik yang menunjukkan kepentingan beneficial dalam harta dan memberikan hak kepada pemegang untuk memperoleh hak milik yang sah) atau tuntutan atas dasar ekuiti, seperti kepentingan yang dipegang oleh benefisiari amanah. Kepentingan ekuiti ialah hak dalam ekuiti dan, sekiranya dilanggar (mengalami kemudaratan), tertakluk kepada penyelesaian melalui remedi ekuiti. 2.11 Pengkomersilan bermaksud mengguna, membuat, menyerahkan, melesenkan, memfrancaiskan, memasarkan atau menggunakan HI untuk tujuan menjana pendapatan atau pulangan kewangan yang lain. 2.12 Pereka Cipta bermaksud pereka atau pencipta HI. 2.13 Perjanjian Kerahsiaan bermaksud perjanjian yang mewujudkan hubungan rahsia antara UKM, Pereka Cipta dengan/atau Rakan Sekutu. Dengan menandatangani perjanjian ini, semua pihak tidak boleh menzahirkan semua maklumat sulit yang akan menjejaskan UKM kepada lain-lain pihak ketiga. 2

2.14 Rakan Sekutu termasuk rakan usaha sama dalam penyelidikan, penyelidik pelawat, perunding, felo, entrepreneur-in-residence atau mana-mana individu, entiti atau badan korporat lain yang dijemput oleh UKM untuk tujuan akademik atau penyelidikan, tetapi tidak termasuk Pekerja atau Pelajar UKM. 2.15 UKM bermaksud Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. PEMAKAIAN DASAR INI Dasar ini terpakai kepada semua Rakan Sekutu, dan tidak terpakai kepada Felo Bergaji yang dianggap sebagai Pekerja UKM. 4. PENYERTAAN RAKAN SEKUTU UKM DALAM PENYELIDIKAN 4.1 UKM menggalakkan penyertaan Rakan Sekutu dalam projek dan aktiviti penyelidikan. UKM mengiktiraf bahawa Rakan Sekutu boleh menyertai projek atau aktiviti penyelidikan yang: i. dibiayai oleh mana-mana geran penyelidikan, di mana UKM mempunyai obligasi kontraktual atau sebaliknya; ii. iii. iv. berkitar pada HI telah sedia ada yang dimiliki oleh kumpulan ahli penyelidik yang terdiri daripada Pekerja UKM; berkitar pada HI telah sedia ada milik UKM atau yang dilesenkan kepada UKM; direka cipta, dibangunkan atau dihasilkan dengan menggunakan kemudahan, bahan, dana atau sumber lain milik UKM; v. direka cipta di bawah sokongan dan/atau usaha sama dengan Pekerja UKM; atau vi. menyediakan Bahan Pentadbiran dan/atau Bahan Mengajar. 4.2 Semua Rakan Sekutu UKM yang menyertai mana-mana projek penyelidikan, aktiviti atau lawatan di UKM mesti menandatangani Perjanjian Kerahsiaan. 3

5. PEMILIKAN HI YANG DI REKA CIPTA OLEH RAKAN SEKUTU 5.1 Semua HI yang direka cipta oleh Rakan Sekutu dalam tempoh projek penyelidikan, aktiviti atau lawatan di UKM adalah hak milik Rakan Sekutu. Walaubagaimanapun, UKM mempunyai hak bukan eksklusif, bebas royalti dan lesen yang berterusan untuk menggunakan, menghasilkan semula dan mengedar karya tersebut dalam apa-apa cara yang dianggapnya sesuai. 5.2 UKM menetapkan Rakan Sekutu menyerahkan HI secara bertulis, kepada UKM, menurut Dasar Harta Intelek Rakan Sekutu UKM (Tambahan), apabila; i. HI direka cipta, dibangunkan atau dihasilkan dengan menggunakan kemudahan, bahan, dana atau sumber lain milik UKM; ii. iii. iv. HI direka cipta dengan sokongan dan dibawah seliaan Pekerja UKM; HI itu dimiliki oleh kumpulan penyelidik yang ahlinya adalah Pekerja UKM; ditempah atau direka cipta atas permintaan langsung oleh UKM. 5.3 Apabila projek, aktiviti atau lawatan penyelidikan membawa kepada penyediaan Bahan Mengajar, UKM tidak akan menuntut HI. Walau bagaimanapun, UKM akan meminta Rakan Sekutu untuk memberikan hak bukan eksklusif, bebas royalti dan lesen yang berterusan untuk menggunakan, menghasilkan semula dan mengedar bahan tersebut dalam penyampaian kursus UKM. UKM akan memastikan bahawa penggunaan tersebut tidak bercanggah dengan hak moral pengarang. 5.4 Apabila Rakan Sekutu mempunyai perjanjian terdahulu dengan Institusi Tuan Rumah atau Geran Penyelidikan Luar atau selain yang dirujuk dalam Fasal 4.1, dan Institusi Tuan Rumah atau Geran Penyelidikan Luar itu mempunyai hak ke atas HI yang direka cipta oleh Rakan Sekutu, maka Rakan Sekutu itu bertanggungjawab dan berkewajipan untuk mendedahkan dan memastikan apa-apa HI Institusi Tuan Rumah atau mana-mana pihak lain tidak bercanggah dengan pemilikan HI oleh UKM. 4

6. PENYERAHAN HI RAKAN SEKUTU 6.1 Tanpa menyentuh Fasal 5.2 Dasar ini, Rakan Sekutu boleh memilih untuk tidak menyerahkan HInya kepada UKM. Rakan Sekutu mempunyai kewajipan untuk memberitahu keputusannya secara bertulis kepada ketua penyelidik atau Pekerja UKM yang menjadi hos kepada Rakan Sekutu. Sesudah itu, i. Rakan Sekutu tersebut, setelah berunding dengan ketua penyelidik atau Pekerja UKM yang menjadi hos kepada Rakan Sekutu, hendaklah membangunkan projek penyelidikan yang berbeza yang tidak bercanggah dengan Fasal 5.2 Dasar ini; dan ii. Rakan Sekutu tersebut tidak boleh melibatkan diri dalam projek atau aktiviti penyelidikan yang: a. UKM mempunyai apa-apa obligasi kontraktual dengan pihak ketiga; b. berkitar pada HI hi milik UKM atau yang dilesenkan kepada UKM; c. mempunyai Jangkaan Pengkomersilan; atau d. membawa kepada penyediaan Bahan Mengajar atau Bahan Pentadbiran. 6.2 Apabila Rakan Sekutu memilih untuk menyerahkan HInya kepada UKM dengan mematuhi Fasal 5.2 Dasar ini, Rakan Sekutu mesti menandatangani Surat Ikatan Serah Hak Rakan Sekutu UKM. Rakan Sekutu boleh mendapatkan nasihat undang-undang bebas tentang sifat dan kesan Surat Ikatan Serah Hak Rakan Sekutu UKM dan setelah menerima nasihat tersebut, penasihat undang-undang berkenaan mesti menandatangani Notis Berkenaan Nasihat Guaman Bebas. 7. PENGAGIHAN PENDAPATAN 7.1 Menurut Fasal 7 Dasar Harta Intelek UKM, semua Pereka Cipta Harta Intelek termasuk Rakan Sekutu akan menerima bahagian pendapatan yang diperoleh daripada pengkomersilan Harta Intelek. 7.2 Apabila Institusi Tuan Rumah atau Geran Penyelidikan Luar mempunyai hak ke atas HI yang direka cipta oleh Rakan Sekutu dalam tempoh projek penyelidikan, aktiviti atau lawatannya UKM, UKM akan, selepas berunding dengan Rakan Sekutu, Institusi Tuan Rumahnya dan/atau Geran Penyelidikan Luarnya, dengan mengambil kira apa-apa 5

perjanjian kontraktual dan dasar sedia ada akan menentukan pengagihan pendapatan mengikut kes. 6